08 May 2012

Rally Bersih itu haram, kata Majlis Fatwa?

Majlis Fatwa Kebangsaan dalam mesyuarat kali ke-99 telah membuat keputusan bahawa rally Bersih dan demonstrasi itu adalah haram. Fatwa ini memang satu fatwa politik kerana hakikatnya pihak polislah yang merancang kekecohan dalam rally Bersih baru-baru ini. Bagi saya, saya rela dicemuh dan dikata oleh sesiapa pun, tetapi ini merupakan fatwa yang sangat mengejutkan.

Majlis Fatwa sepatutnya mengambil isu-isu yang banyak berlaku di keliling kita yang sangat bertentangan dengan kehendak hukum dan syariat agama suci kita. Saya bukan orang pandai agama tetapi untuk menentukan yang fatwa ini adalah fatwa politik tidak payah menjadi seorang ulamak kerana ianya adalah fatwa politik.

Jika benar Majlis Fatwa ini mempunyai kredibiliti elok kita cadangkan supaya Majlis Fatwa Kebangsaan ini mengeluarkan fatwa tentang isu NFC misalnya. Ini merupakan isu salah guna kuasa yang dilakukan oleh pihak pemerintah dan jumlah yang terlibat bukannya sedikit.

Majlis Fatwa juga sepatutnya memberikan Fatwa tentang kehadiran ratusan ribu pengundi yang di kalangan pendatang asing tercatit dalam daftar pengundi di Selangor misalnya. Kerja memasukkan nama-nama pengundi yang tidak layak mengundi itu merupakan satu penipuan dan itu adalah salah dari segi agama kita yang suci. Saya tidak tahu mengapa Majlis Fatwa tidak mahu mengeluarkan fatwa tentang isu ini jika benar-benar mahu terlibat dalam politik negara.

Mencuri wang rakyat yang telah sampai ketahap RMtrillion-trillion ini juga wajar diketengahkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan BN yang begitu ketara juga wajar dikeluarkan fatwa yang kukuh dari Majlis Fatwa Kebangsaan. Oleh kerana Majlis Fatwa mahu bertanggungjawab maka Majlis Fatwa harus menerima 'accountability' terhadap isu rasuah secara besar-besaran yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin besar kita.

Majlis Fatwa sepatutnya tidak selektif dalam memberi fatwa, lebih-lebih lagi dalam isu politik dan kenegaraan. Majlis Fatwa sepatutnya memerhati dan mengetengahkan isu-isu yang kotor dari segi Islam yang berlaku di hadapan mata dan kepala kita sendiri. Majlis Fatwa tidak sepatutnya menjadi alat kepada mereka yang ‘desperate’ dan terdesak kerana ia akan memudaratkan rakyat negara ini.

Saya tidak sangka yang mengadakan rally untuk memberhentikan penipuan oleh suruhanjaya pilihanraya itu adalah salah. Yang saya tahu jika kita biarkan penipuan dilakukan secara terbuka oleh SPR itu bagaimana pula tanggungjawab sebagai seorang Islam yang membiarkan penipuan itu berterusan?

Adakah Majlis Fatwa mengharapkan kita untuk menadah tangan dan berdoa sahaja tanpa sesuatu usaha dilakukan untuk memberhentikan penipuan itu? Jika senarai pengundi itu merupakan senarai yang telah dilacurkan, apa pula pandangan Majlis Fatwa terhadap isu ini? Adakah Majlis Fatwa memfatwakan yang itu adalah halal dan boleh dilakukan dan kita semua membiarkan sahaja perkara terkutuk itu dilakukan?

Kenapa Majlis Fatwa memberikan kelonggaran kepada sebelah pihak untuk melakukan sesuatu yang jahat dan memberikan fatwa yang mengharamkan sesiapa yang mahukan kejahatan itu dihentikan.

Kita tidak boleh membiarkan apa yang dilakukan oleh SPR ini berterusan. Kita abaikan sahaja fatwa yang berat sebelah itu. Sebagai seorang Islam, pandai-pandailah kita untuk menilai yang mana satu yang jujur dan yang mana pihak yang menjadi alat kepada kepentingan yang rakus kuasa.

Oleh kerana pilihanraya sudah hampir bermacam-macam karenah setengah pihak yang tidak semenggah, termasuklah Majlis Fatwa. Memang sahlah kita hidup di akhir zaman. Yang baik dikatakan salah dan yang buruk dikatakan benar dan dilindungi dengan menggunakan agama.

Saya kira rakyat sepatutnya memanggil ribuan sadiqiah Islam dari seluruh negara untuk membuat ketetapan dalam isu ini untuk mendapat kan fatwa yang sebenar-benarnya mempunyai kredibiliti yang tinggi yang tidak menokok dan menambah hukum Tuhan yang sudah tersedia lengkap itu. Saya tahu dan ramai yang tahu, fatwa ini keluar kerana takutkan Bersih 4.0 yang akan mengeluarkan 1juta rakyat kali ini.

Pandangan saya mungkin mendapat reaksi keras dari sesetengah pihak, tetapi biarlah kita berjumpa di Yaumil Mahsya sahaja untuk penentuannya.

Sekian.

42 comments:

Anonymous said...

Salam AA dan bloggers,

BN secara sahnya disisi undang2 mempunyai 13 parti komponen.

Tetapi umum mengetahui bahawa ahli2 komponen tidak rasmi ialah SPR,SPRM,PDRM,BTN,ulamak3 dan mufti2 yang makan gaji termasuk raja-raja seperti yang terbukti dalam Perak "power-grab".

Cuma tinggal satu lagi harapan orang2 cintakan keadilan iaitu ATM.

Mudah2an Allah melindungi kita semua jika PR menang.

Surrogate

MAHApenipu said...

Inilah ulamak suk iaitu ulamak2 yg menyembunyikan kebenaran kerana wang, pangkat,kedudukuan dan takut kpd tuannya mengatasi Allah swt.

Anonymous said...

Apakah sumber Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) yang mengatakan niat BERSIH 3.0 ingin menumbangkan kerajaan yang sah melalui himpunan?

Peserta BERSIH datang dengan tenang dan aman.

Provokasi melampau dari pihak keselamatan menyebabkan sedikit huru-hara berlaku. Huru-hara ini tidak harus ditafsrikan sebagai huru-hara rusuhan kerana ia hanyalah respon kegerunan orang ramai kepada pedihnya gas pemedih mata dan gatalnya air kuning dari meriam air.

Sejak bila MFK pandai membaca niat orang?

Nampak sangat MFK bukan lagi sebuah badan bebas yang boleh menjaga kesucian agama Islam.

Apakah hukum menipu dalam pilihanraya dan hukum menafikan hak royalti Kelantan?

Anonymous said...

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berpandangan bahawa kenyataan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata. Mata yang digunakan pula adalah kabur dengan cermin mata yang telah pun rosak.

Nik Aziz berkata, "tidakkah disedari bahawa Himpunan Bersih 3.0 bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara?"

"Himpunan ini menggariskan lapan tuntutan untuk membersihkan pilihan raya bukannya mencetuskan huru-hara jauh sekali untuk menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya,"

"Justeru, soalan saya ialah fatwakah namanya sekiranya tanpa penjelasan dari kedua-dua belah pihak, terus sahaja dijatuhkan hukuman?"

"Andaikan himpunan di Gua Musang dan RTC, Kota Bharu ketika kedatangan Perdana Menteri baru-baru ini ke Kelantan dihalang dan disembur dengan air, tidak mustahil ia turut menjadi huru-hara."

"Jika BERSIH berhimpun dianggap haram, apa pula hukum perhimpunan Presiden Umno di Gua Musang dan RTC baru-baru ini yang tujuannya jelas mengajak rakyat menukar kerajaan Kelantan?"

Anonymous said...

Fatwa yang dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi berpendapat bahawa demonstrasi adalah harus kerana ia adalah salah satu kaedah untuk membebaskan rakyat dari cengkaman pemerintah yang zalim, tidak adil serta tidak memberikan kebebasan rakyat bersuara dan bergerak dalam suasana yang aman.

Anonymous said...

Peserta tidak mencetuskan huru hara, sebaliknya yang mencetuskan huru hara tersebut adalah pihak polis yang menyerang, menangkap dan memukul peserta Bersih 3.0 tanpa sebarang sebab.

Anonymous said...

Setelah mahkamah dan SPR, kini kewibawaan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan berdepan dengan krisis keyakinan.

Pada hakikatnya, rata-rata rakyat mula kehilangan keyakinan terhadap keutuhan dan integriti institusi-institusi negara.

Anonymous said...

Ulamak al-Su’ (jahat) ialah ulamak yang memutar belitkan tujuan agama yang benar kepada yang lain demi kemaslahatan dirinya dan pemerintah walaupun bertentangan dengan agama.

Orang alim yang bersikap demikian ialah syaitan yang durjana yang bertopengkan manusia dan paling bahaya kepada agama Allah. Merekalah virus perosak yang paling merbahaya untuk membinasakan iman umat. Segala fatwa mereka akan mempengaruhi cara hidup dan pemikiran orang lain.

Ulamak jahat menghalalkan tindakan pemerintah yang rakus semata-mata untuk kepentingan dunia mereka.

10 ciri-ciri ulamak jahat :

1. takbur dengan pandangannya walaupun tidak betul dari segi kaedah pengambilan hukum.

2. melebihkan dunia sehingga mengabai tugas akhirat.

3. takut kepada manusia

4. tamak kepada dunia dan pangkat.

5. pengampu kepada pemerintah yang zalim.

6. takut memberi nasihat kepada pemimpin yang zalim.

7. tidak ada rasa sensitif terhadap penyelewengan yang dilakukan oleh pemerintah seperti rasuah dan penindasan.

8. bijak bermadah pujangga untuk menarik perhatian orang ramai walaupun salah dari segi fakta.

9. bercakap tidak serupa dengan bikin.

10. tidak memaparkan akhlak Islam yang sepatut ada kepada seorang yang ada ilmu agama. Keluarganya tidak menunjuk contoh suri teladan yang baik seperti anak isteri tidak memelihara aurat.

Anonymous said...

Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat, "apakah amal perbuatan yang paling utama?"

Baginda menjawab, "Teman yang menolong kamu apabila kamu susah dan mengingatkan kamu jika kamu melakukan kesalahan."

Sahabat berkenaan bertanya lagi, "manusia yang bagaimana yang paling buruk?"

Baginda menjawab, "ulama yang selalu membuat kerosakan."
(Hadis Riwayat Jamaah).

Rasulullah bersabda: "Rosaknya agama disebabkan tiga perkara, iaitu faqih (ahli agama) yang jahat, pemimpin yang zalim dan orang yang bodoh tetapi mahu berijtihad."
(Hadis Riwayat Dailami dari Ibnu Abbas).

Jeram Toi said...

Kenapa fatwa haram selepas Bersih 3.0? Bagaimana dengan 2.0 dan 1.0?

Sebabnya takut sangat pada Bersih 4.0!

Dasar UMNO ialah pecah dan perintah. Fatwa sebegini akan mengelirukan umat Islam negara ini. Ada yang ikut majlis fatwa dan ada yang akan menentang.

Bila umat Islam gagal disatukan, maka mudahlah UMNO perintah.

Jeram Toi said...

Fatwa sebegini dapat mengalihkan pandangan rakyat buat seketika.

Ini semua skrip politik lama Mahadey lah.

Minda rakyat perlu digusarkan dengan sesuatu supaya perhatian tidak tertumpu kepada pimpinan atasan negara untuk mereka senang berkomplot.

Anonymous said...

Sekumpulan penyokong BERSIH 3.0 bertembung dengan satu lagi kumpulan anti-perhimpunan itu dalam satu kejadian yang hampir mencetus pergeseran di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=KQJdKN0f5aA

Anonymous said...

Apakah orang Melayu begitu mudah lupakan kezaliman dan penganiayaan kerajaan UMNO ke atas orang Melayu?

Bolehkah orang Melayu gantikan fatwa sebegini dengan penafian hak rakyat Kelantan yang majoritinya orang Melayu daripada mendapatkan royalti minyak?

Minyak dijumpai di perairan Kelantan, tapi Kelantan dinafikan peluang membangunkan industri minyak dan gas di Tok Bali. UMNO lebih rela menyalurkan minyak ke Songkhla Thailand dari Tok Bali.

Bolehkah orang Melayu terima fatwa sedemikian padahal orang Melayu tidak mahu menerima kenyataan bahawa UMNO busuk sampai ke usus?

Bolehkah orang Melayu menggulingkan kerajaan secara demokratik iaitu melalui peti undi, walhal kewibawaan SPR pengendali PRU sudah terbukti dengan penipuan?

Macam mana nak gulingkan kerajaan yang sebenarnya bukan sah kerana 'kemenangannya' selama ini adalah melalui penipuan?

Anonymous said...

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan perlu menjelaskan hukum menipu dalam pilihanraya. Apakah sah sesebuah kerajaan yang menang dalam pilihanraya yang menipu?

Anonymous said...

Pak Aspan, again and again, I keep telling and repeating myself that we need a Tsunami. A real Tsunami! Hanya dengan adanya Tsunami muga Allah menyelamatkan orang yang baik-baik. Hanya dengan cara itu, Malaysia dapat diselamatkan! Tiada jalan lain...kerana Mufti pun haprak!

nick said...

Pak,

National Fatwa Council? NFC? Any similarities between Sharizat's NFC and religious NFC? Yes is the answer! Both are subservient to UMNO and both owed their allegiance to UMNO instead of Islam and the muslim population. How else but to accept that hypothesis when the religious NFC is silent as a mouse on so many other issues that plague the muslim and islam in this country such as the prevalence of RIBA in the whole life aspect of the muslim community and the acceptance of vices such as gambling and liquor as a source of income of the government which BTW are a greater threat to the muslim community AND yet they (the NFC) are most vocal and "bravely" issuing fatwas about some people gathering to ask for more freedom, more transparency in election and above all fairness and equality!

Those scholars who issued the fatwas are more concerned about malaysian gathering peacefully and the mingling of people from all races and religion than the harm that is being done by those corrupt people in government. Why hasn't there been a fatwa about UMNO's money politics? Why hasn't there any fatwas about the wealth of politician well beyond their means (UMNO politician especially Najib and wife, TDM and of course AAB, Mr clean)? Why hasn't there any fatwas that forbid muslim to elect and vote corrupt political party that harbor people the like of Isa Samad, Ali Rustam, Rahim Thamby and many others politician convicted and implicated with corruption, bribery and pedophilia (does Najib and his wife ring a bell, NFC?)? Why hasn't there any fatwas prohibiting muslim from electing people who are confirmed liars, cheaters, slanderers, abusers and above all traitors of the country (selling citizenship to foreigner to stay in power. Does TDM and his pet "project IC" ring a bell)? Are those issues not affecting Islam and muslim and yet BERSIH is so pressing an issue it required them to issue a fatwa?

It is obvious that the NFC is more concerned about safeguarding the interest of corrupt people in UMNO than the interest of the Malaysian muslim community at large. Those so called religious scholars are more concerned with their monthly salaries that the government gives them (which btw is in part paid for by income generated through riba and vices such as gambling and alcohol - taxes and profits from shareholding) than speaking about the truth and standing up for the people and what is right. BUT then again, would those people who are nose deep in riba and unclean income and in cahoot with the present corrupt government speak out against themselves and confesses to their sin and repent? Going by the fatwa regarding BERSIH, don't hold your breath since those people value the material world more than the hereafter or in other words, they are a bunch of hypocrites! They sound religious and looks religious but they just love money and wealth too much to stand up for what is right and true. Just like the Gemas NFC, the religious NFC are filled with the same kind material. Lock, stock and barrel! Therefore the value of fatwas from the religious NFC is the same as the value of NFC as a profitable business which btw is zero, zilch, hampeh!

Nick.

Anonymous said...

Apakah Umno tidak mahu 8 tuntutan BERSIH dipenuhi kerana pilihan raya yang Bersih akan menyukarkan Umno?

Pilihan raya yang adil, bebas dan telus bukanlah sesuatu yang diinginkan oleh Umno.

Pilihan raya yang bersih, telus dan bebas akan membunuh segala peluang Umno dan alat-alatnya untuk terus menipu.

Apabila tersepit, Umno gunakan setiap ruang dan peluang untuk mengalih pandangan rakyat ke tempat lain.

Anonymous said...

Saudara AA,

Seperti yang dikatakan oleh Tok Guru Nik Aziz, Majlis Fatwa memakai cermin mata yang rosak. Apa yang diharamkan disucikan dan apa yang patut dihalalkan diharamkan pula.

Anonymous said...

Adakah Majlis Fatwa Malaysia yang maha hebat itu juga menyatakan:

. Demonstrasi dan intifada saudara-saudara kita di Tebing Gaza itu haram?
. Demonstrasi bagi manjatuhkan diktator Gadaffi di Libya tidak lama dahulu itu haram?
. Demonstrasi di Tunisia tidak lama dahulu yang menjatuhkan diktator Zine al-Abidine Ben Ali
. Demonstrasi di Tahrir Square Mesir itu haram?
. Demonstrasi & penentangan terhadap regim Bashar al-Assad yang telah membunuh puluhan ribu orang di Syria itu haram?

Agama kini semakin parah dipergunakan oleh umporno yang cuba kepentingan mereka.

Zul KL

serting said...

Rakyat jangan mudah lupa tentang pendedahan status 42,000 nama pengundi dalam SPR yang kewarganegaraan mereka diragu tidak dapat disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Terdapat konspirasi "besar-besaran" oleh SPR untuk menipu dalam pendaftaran pengundi. Sudah terbukti bahawa 79,000 pengundi di 354 alamat yang mempunyai lebih daripada 100 pengundi berdaftar.

SPR telah memotong 106,000 nama tanpa arahan dan warga asing telah didaftarkan sebagai warganegara yang kemudian diberi hak mengundi.

Mengapa SPR mendaftarkan seramai 240,000 petugasnya sebagai pengundi pos?

Anonymous said...

Pelbagai penyelewengan telah dan sedang berlaku berkaitan daftar pengundi dalam Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Ketelusan, kewibawaan dan kebolehpercayaan terhadap SPR kini dipertikaikan.

Bolehkah SPR diterima sebagai badan yang bersih untuk mengendalikan PRU?

Anonymous said...

SPR telah GAGAL menjalankan tanggungjawab untuk membersihkan daftar pemilihnya yang kotor walaupun berbagai desakan telah dibuat oleh berbagai pihak sehinggakan perhimpunan rakyat duduk bantah kini dialihkan pandangan.

Hakikatnya, rakyat sudah turun beramai-ramai memBANTAH!

SPR sudah tak boleh diterima pakai.

Anonymous said...

FAKTA yang mencurigai kewibawaan SPR :

1. Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil yang menempatkan 457 pengundi pos (suku 3, 2011), yang secara tiba-tiba dipindahkan dari kawasan Parlimen Bandar Tun Razak (P124) ke Lembah Pantai (P121), walaupun ianya terletak lebih 3km dari sempadan parlimen Lembah Pantai;

2. Lebih 79,000 pengundi yang didaftarkan dalam lebih 350 alamat yang sama, di mana setiap alamat itu merekodkan lebih dari 100 pengundi;

3. 42,000 nama yang disahkan SPR sebagai pemilih yang diragui status kewarganegaraan mereka, yang masih enggan dibersihkan SPR dari daftar pemilih;

4. Lebih 1,000 pengundi yang melebihi umur 100 tahun, di mana antara yang tertua berumur 159 tahun (lahir 1853), yang enggan dibersihkan SPR dari daftar pemilih; dan banyak lagi penyelewengan yang jelas enggan dibersihkan SPR.

5. Undi Pos petugas SPR saja sudah sampai 240,000 orang.

Anonymous said...

FAKTA :

Seksyen 7 Akta Pilihan Raya 1958 menyatakan isu persempadanan semula mesti ikut Perlembagaan Persekutuan.

Persempadanan semula hanya boleh berlaku jika Parlimen memberi kelulusan.

Tanpa kelulusan Parlimen (yang BN tidak boleh lakukan kerana ketiadaan dua pertiga), persempadanan semula TIDAK BOLEH dilakukan maka pemindahan pengundi juga secara automatik tidak boleh dilakukan.

JEMPOL said...

Wajarlah RAKYAT berhati-hati dan sentiasa berwaspada dengan lencongan yang sentiasa dilakukan oleh UMNO.

Rakyat Malaysia sudah selalu sering ditipu, dilecong-kelentong.

Sebarang pertandingan pasti gagal mencapai matlamatnya jika pengadilnya berat sebelah, berkepentingan dan tidak kompeten.

Oleh sebab itu, pengadil dan pasukan SuruhanJaya Pilihan Raya mestilah dibersihkan terlebih dahulu. Pengadil yang baru perlu diperolehi.

BERSIH harus teruskan gerakan dan usaha ke arah itu. Adalah satu tragedi kepada masa depan negara kita, jika kita terus bersabar dengan pengadil yang curang dan tidak amanah.

Usah benarkan UMNO terus berwayang dan berlakon.

Perancangan, tindakan lanjutan yang berterusan dan strategik diperlukan jika Rakyat Malaysia benar-benar mahukan sebuah Malaysia yang baru dan merdeka. Jika perlu, kita teruskan dengan siri BERSIH.

Ini bermakna, akhirnya UMNO tak punya pilihan lagi, kecuali bertanding dalam pilihan raya sebagai lelaki sejati. Masa untuk UMNO berterus-terusan berwayang kulit dan berlakon untuk mengekalkan kuasa telah tamat. Rakyat mahukan tindakan ― bukannya slogan.

albert magic said...

salam tuan aa,
saya tabik spring pada umno kerana berjaya merekrut ramai barua tak kira dari aliran apa pun, jelas barua mereka tu tak takutkan Allah swt tetapi hanya takutkan kepada mumno saja.

Anonymous said...

Khabarnya 59,000 warga asing telah didaftarkan sebagai pengundi.

Quiet Despair said...

Hi Nick aka Nik Kelate

Long time no hear. Missed you. Just released from the police lock-up after Bersih? Hahaha.
Of course, yeah, the fatwa does not apply to Serambi Mekah.
You can follow St Nick's fatwa and hold Bersih 4.0. Why don't you?
Bersih 3.0 was a boon for Najib and BN.

Anonymous said...

1.7 juta pengundi hantu di seluruh negara sekarang

http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=print&sid=20290

Anonymous said...

Salam Tuan,

Saya bukanlah pakar business atau ekonomi.

Apa yang saya harapkan ialah agar semua penyokong PR, tidak kira DAp, PAS, PKR membuat satu marketing strategy dalam perjuangan. Terpulanglah kepada kepakaran masing-masing.

Kalau orang MLM, bermatian-matian membina network untuk memperkenalkan produk, maka pejuang PR harus juga dengan hikmah bijaksana "marketkan" PR kepada seluruh RAKYAT.

Fokus utama kita ialah kepada penyokong totok UMNO@BN di seluruk ceruk kampung di setiap inci bumi Malaysia, agar sebahagian mereka mungkin "fikir dua kali".

Zaman ini kita ada semua kemudahan IT. Bawalah laptop sebagai bahan penerangan. Dalam laptop, tunjukkan video-video contoh Bersih 3.0 dan kekejaman polis dan juga artikel-artikel lain.

Tidak payah kepada orang ramai, boleh kumpul 2 atau 3 orang pakcik makcik satu meja dan tunjuk apa yang ada dalam laptop itu. Nanti mereka akan ceritakan kepada kawan lain.

Bukan hanya kepada Melayu, tetapi juga kepada bangsa lain dalam kalangan penyokong totok BN dan jangan lupa atas pagar.

Semua bukan sahaja pihak pimpinan, tapi juga akar umbi harus bergerak.

Marketing! Marketing!

bat8 said...

Bro

Majlis Fatwa perlu mengeluarkan fatwa, pertama, mengenai tindakan pihak kerajaan menggunakan institusi awam seperti SPR,JPN, AG,POLIS dll untuk tujuan dan kepentingan politik mereka yang jelas mengkhianati amanah rakyat.

Kedua,amalan rasuah dikalangan mereka yang berkuasa termasuk tindakan kakitangan awam yang bersongkol merompak harta negara dengan cara memanipulasi kontrak-kontrak kerajaan dan lain-lain instrumen kewangan.

Ketiga, kita perlu fatwa mengenai tindakan menipu dengan merekasaya isu-isu yang mengaibkan seperti tuduhan berbau sex kepada seteru politik setelah gagal berlawan secara sihat. Ini termasuk mengupah samseng taik minyak menganggu dan bertindak dengan dengan ganas dengan niat untuk mendatangkan kecederaan kepada seteru politik di majlis-majlis anjuran pihak lawan.

Merujuk kepada Fatwa terbaru ini, sah dan jelas sekali demonstrasi heret kepala lembu yang didalangi oleh UMNO BARU dulu adalah haram dan bertujuan untuk mengulingkan kerjaan pakatan di selangor. Begitu juga dengan siri-siri demonstrasi yang dibuat oleh seksyen mamak UMNO BARU* di pulau pinang.

bat8

* Geng UMNO BARU ni kita kena pakai seksyen/bahagian pulak sebab banyak puak sangat dalam parti tu. Terbaru orang siam kat Kedah pun dah tubuhkan cawangan UMNO BARU kat kampong mereka. Pening aku....UMNO BARU la ni ni parti melayu ke parti carca merba? TERBARU !!!!....aku ada dengar kabar angin bahawa pendatang asing yang telah mendapat kerakyatan iaitu geng Indon dan geng bangla pun masing-masing sedang menubuhkan cawangan UMNO BARU di kawasan penempatan mereka

bat8 said...

Bro

Majlis Fatwa perlu mengeluarkan fatwa, pertama, mengenai tindakan pihak kerajaan menggunakan institusi awam seperti SPR,JPN, AG,POLIS dll untuk tujuan dan kepentingan politik mereka yang jelas mengkhianati amanah rakyat.

Kedua,amalan rasuah dikalangan mereka yang berkuasa termasuk tindakan kakitangan awam yang bersongkol merompak harta negara dengan cara memanipulasi kontrak-kontrak kerajaan dan lain-lain instrumen kewangan.

Ketiga, kita perlu fatwa mengenai tindakan menipu dengan merekasaya isu-isu yang mengaibkan seperti tuduhan berbau sex kepada seteru politik setelah gagal berlawan secara sihat. Ini termasuk mengupah samseng taik minyak menganggu dan bertindak dengan dengan ganas dengan niat untuk mendatangkan kecederaan kepada seteru politik di majlis-majlis anjuran pihak lawan.

Merujuk kepada Fatwa terbaru ini, sah dan jelas sekali demonstrasi heret kepala lembu yang didalangi oleh UMNO BARU dulu adalah haram dan bertujuan untuk mengulingkan kerjaan pakatan di selangor. Begitu juga dengan siri-siri demonstrasi yang dibuat oleh seksyen mamak UMNO BARU* di pulau pinang.

bat8

* Geng UMNO BARU ni kita kena pakai seksyen/bahagian pulak sebab banyak puak sangat dalam parti tu. Terbaru orang siam kat Kedah pun dah tubuhkan cawangan UMNO BARU kat kampong mereka. Pening aku....UMNO BARU la ni ni parti melayu ke parti carca merba? TERBARU !!!!....aku ada dengar kabar angin bahawa pendatang asing yang telah mendapat kerakyatan iaitu geng Indon dan geng bangla pun masing-masing sedang menubuhkan cawangan UMNO BARU di kawasan penempatan mereka

Alam Flora said...

Pengerusi dan Tim. Pengerusi SPR sebenarnya sudah lama menjadi "barua tegar" kepada pemimpin korupsi UMNO. Kini status tersebut akan menjangkiti pula Majlis Fatwa. Nampaknya golongan Melayu sial ini semuanya boleh dibeli dengan kuasa dan wang. Rasanya status agama Islam amat tidak sesuai dianuti oleh segelintir barua-barua ini kerana perbuatan dan kelakuan mereka akan menjejaskan maruah agama suci tersebut.

Anonymous said...

Pak Aspan !

UMNO serba boleh selaras dengan slogan Malaysia BOLEH. Sekarang ini mereka semakin BOLEH ! Majlis FATWA telah boleh mereka MANDUL kan. Para MUFTI telah boleh mereka BURUNG BALAM kan... kita patut bangga !

Wahai para MUFTI dan barisan ulama majlis FATWA yang bijaksana. Bagaimana dengan banyak perkara lain?

1. Tidak haramkah mendokong dan menyokong seorang pemimpin yang dikaitkan dengan pembunuhan gara gara tamakkan komisyen haram?

2. Tidak haramkah membela dan melindungi pemimpin2 yang mempersendakan rasulullah dan membelakangkan tuntutan Islam malah memusuhu Islam itu sendiri?

3. Tidak haramkan pemimpin dan anak2 mereka menjadikan arak, judi dan segala yang jelas diharamkan oleh Ilam sebagai sumber utama pendapatan dan hidup mewah mereka?

4. Tidak haramkan pemimpin2 yang menjalankan kerja2 penipuan keatas rakyat melalui segala jentera bawah kekuasaan mereka semata2 kerana untuk mengekalkan kekuasaan bagi terus membolot khazanah negara dan menjalankan kerja2 haram untuk tembolok diri mereka, keluaga, kaum kerabat dan kroni masing2 tanpa memperdulikan hak majotiti rakayat kerdil lain?

Kalau anda sebagai anggota Majlis FATWA dan ULAMA yang meletakkan Islam sebagai Ad Din..kenapa anda semua terlalu bacul dan kecut untuk memperkatakan kebenaran sebenar. Rakyat tahu anda semua tidak diberi peluang untuk suarakan pendapat oleh di media massa UMNO BN tetapi ruang tersebut sentiasa terbuka di media massa alternatif serta akhbar2 terbitan alternatif lain. Tetapi kenapa ruang yang ada ini tidak anda gunakan sebaiknya untuk anda nyatakan kebenaran sedangkan soal BERSIH 3.0 yang anda sendiri tidak begitu yakin dan jelas kedudukannya tetapi sanggup anda pustuskan hukum sedemikian.

Benarlah kata ramai orang...hidup anda dan sumber pencarian anda untuk anak isteri hanya bergantung kepada kerja2 MEMBODEK anda. Tanpa membodek ini..anda hanyalah anggota majlis FATWANG atau layak bergelar ULARMAK sahaja.

Anda semua telah di MANDUL kan Najib serta parti UMNO BN. Itu jelas dan tidak dinafikan lagi. Rakyat ramai amat faham perkara ini dan orang seperti anda bukan lagi tempat rujukan mereka yang berilmu dan waras berfikir.

Masa sebenar anda akan berakhir bila bila sahaja. Sampai bila anda mampu untuk menjadi burung balam dan pencacai agama???.

Maksia UMNO BN anda semua diamkan, kerja murni golongan bukan UMNO anda haramkan. Apa jenis manusia MUFTI ini??? Patut la taraf anda semua dinaikkan Najib..ada udang sebalik batu rupanya!!!

babby man said...

AA, kenapa agaknya majlis fatwa kata perhimpunan itu haram? He..he...sebab mereka takut Bersih 4.0 akan keluar 1 juta rakyat membanjiri K Lumpur. Itu sajalah.

Anonymous said...

Kita tunggu komen Jawatankuasa Fatwa mengenai gelaran KAFIR sesama muslim (issue ex-IGP dn Tok Guru). Kita tunggu samaada Jawatankuasa Fatwa berpaksikan kebenaran atau DUIT

Anonymous said...

Terima kasih PM, hidup PM kerana bagi durian runtuh pada peneroka Felda..

Anak Peneroka Sendayan

Anonymous said...

Salam sekelian ahli pengijtihad Majlis Fatwa Kebangsaan yang baru memfatwakan demonstrasi BERSIH 3/ sebagai perbuatan haram.

Setiap hukum Islam sama ada yang klasik atau baru difatwakan perlu ada takrif atau difinisi yang menjelaskan perkataan atau perkataan -perkataan tertentu dan penting yang digunakan bagi menjelaskan sesuatu hukum.

Tolong berikan difinisi bagi perkataan DEMONSTRASI dan HURUHARA.

Maksud saya, mengatakan demonstrasi macam BERSIH 3 sebagai haram tidak memadai kerana ia akan membawa kepada pertikaian seperti beberapa komen di atas.

,,,SAJI

Anonymous said...

QD faham ke fatwa halal haram yang sedang diulas? Tipikal UMNO la abang QD ni..bodoh tak boleh di ajar, pandai pulak untuk kepentingan sendiri aje..

Sori Pak Aspan..lama tak menulis, selalunya singgah baca..
Rasanya QD memang ditugaskan untuk divert issue dan buat pembaca hilang fokus dengan komen dia yang bunyi macam orang intelek tapi dumb than dumber..tapi bagus juga dia ada..bukti orang UMNO idup senang dengan temberang..

Orang Miskin Mersing

Nordin said...

Nasihat saya pada mufti. Lebih baik kamu balik kampong cari rezki tanam sayur dari dapat rezeki dengan membodek pemerintah. Kezaliman yang berlaku urutan dari fatwa kamu pasti akan rakyat tuntut di depan Allah di akhirat kelak!

mahaza said...

An Islamic body in Malaysia, the National Fatwa Committee, announced May 6 that it was not permissible for Muslims to participate in any rally intending to oust a government or cause disturbance in the country. However, a religious official in Turkey disagreed, saying it was a constitutional right for people to participate in protests. http://t.co/y0Ks8rO0

Anonymous said...

Mahaza,When you are in Rome do ad the Roman do.Of you knoe what i mean.Tq

bat9