Pilihanraya dijangka sampai
bila-bila masa sekarang. Ada
yang membuat spekulasi yang ia akan diadakan pada bulan Jun dan ada yang
merasakan ia akan diadakan pada bulan Julai. Tidak kurang pula yang merasakan
PRU tidak perlu diadakan sekarang kerana tempoh tamatnya penggal ini adalah
pada bulan April tahun hadapan. Orang yang boleh menentukan tarikh pilihanraya
ini adalah PM Najib sahaja…bukan sesiapa yang lain.
Hanya Najib dirasakan belum lagi
mendapat ilham untuk menentukan tarikh itu kerana kali ini bukannya senang
untuk membubarkan Parlimen sebelum Najib merasakan sokongan orang ramai
terhadap kerajaan belum pulih. Najib sehingga hari ini belum menampakkan
keyakinan beliau yang BN sudah kembali pulih dari kegeringannya.
Seperti juga manusia yang dalam kegeringan,
ia tidak boleh menentukan bila kah kesihatannya akan kembali pulih kerana orang
yang dalam kegeringan hanya mempunyai dua kebarangkaliannya. Pertamanya ia akan
pulih atau pun ia mati sahaja. Kenazakkan UMNO sudah begitu lama dan tidak
siapa yang bolih menentukan nasib masa depannya.
Itu sebabnya jika seseorang
manusia itu dalam kegeringan dalam masa yang lama, ahli keluarganya akan
membaca surah yassin untuk memohon kepada yang Maha Esa untuk menentukan nasib
si pesakit itu secepat yang mungkin. Doa keluarganya ialah memohon kepada yang
Maha Esa untuk memulihkan penyakitnya atau untuk meringankan beban kesakitan si
pesakit itu dengan mengambil rohnya kembali ke arash dan mengadap yang Maha Esa
itu.
Apabila seseorang itu meninggal
dunia, yang mati itu hanyalah tubuh kita sedangkan roh tetap hidup dan menghadapi
Illahi. Kewujudan elemen dosa dan pahala itu ialah kerana roh kita tidak mati.
Roh kitalah yang akan menerima bahagia atau celaka apabila tubuh kita telah
mati. Jika semasa jasad dan roh masih hidup, segala kerja baik dan buruknya di
timbang dan roh itu akan menghadapi segala kemungkinan…samada ke-neraka atau
kesyurga.
Pendeknya roh itu hidup
selama-salamanya dan menerima nasibnya di alam akhirat bergantung kepada amal
dan lakunya semasa hidupnya. Jika baik nasibnya berbahagialah mereka di jannah.
Jika sebaliknya maka ke nerakalah untuk membersihkan segala noda dan dosa yang
telah mereka lakukan semasa hidup di dunia yang fana’ ini.
Jika dikaitkan dengan UMNO itu
sekarang ini, parti itu sedang dalam alam nazak. Tidak tahu lagi nasibnya dalam
masa yang terdekat ini, samada akan terus hidup dengan kekurangan mayanya atau
mati terus untuk selama-lamanya. Bagi pesakit yang terlalu tenat jika ia kembali
baik pulihnya, kesihatannya tidak akan sebaik sebelum melakukan kerja yang
memudharatkan mereka sebelumnya.
Tetapi satu hakikat yang kita
harus menerimanya, ialah jika penyakit yang dihadapinya itu berlaku semasa umur
dan usianya yang tua, yang selalu ditunggu ialah maut. Semasa penghujung hayatnya
itu, selalunya penglihatannya akan banyak berkurangan, telinganya akan kurang
pendengarannya dan apabila berjalan tidak akan setegap sebelumnya. Pemikiran
mereka pun sudah banyak lemahnya dan kadang-kadang ia tidak lagi berapa
mengenali rakan dan kawannya. Perangainya pun berubah banyak dan selalu sahaja
bersungut apabila ada perkara yang mereka tidak setuju berlaku dihadapan nya.
Apabila sudah terlalu tua mereka
selalu sahaja menyalahkan orang lain dan ramai tidak akan melawannya kerana
menghormati mereka sebagai orang tua. Itulah sebabnya jika orang tua
marah-marah, ramai akan hanya mendengarnya kerana menghormati usianya tetapi
jarang-jarang diikuti oleh mereka yang mendengarnya.
Bagi mereka yang masih sihat
mereka akan mengambil jalan mereka sendirian dan melakukan perkara-perkara yang
wajar bagi mereka kerana mereka masih sihat dan akan melakukan perkara-perkara
yang boleh menjamin masa depan mereka.
Itulah sebabnya apabila seseorang
itu sudah tua, mereka akan membuat persediaan untuk bersara. Jika mereka yang
bekerja itu bersara semasa usianya dalam lingkungan lima puluhan, dan memberikan tanggungjawab
kepada orang lain maka UMNO pun begitu jugalah keadaan nampaknya.
Usia UMNO dan BN sudah melebihi
jangkauan itu maka memang tepat masanya bagi parti itu yang sudah terlalu uzur.
Orang ramai sudah sedar BN ini memang sudah sampai usia tuanya kerana semua
‘attribute’ orang tua itu memang banyak nampak ada pada BN dan UMNO itu.
Penglihatannya pun sudah
berkurangan, telinganya sudah tidak mampu mendengar keluhan dan kemahuan rakyat
lagi dan ia berjalan pun sudah ‘pencang-pencung’. Oleh kerana sudah pekak,
mereka bila bercakap pun bernada tinggi kerana mereka sangka orang
sekelilingnya pun pekak dan tidak mendengar kata-katanya. Tubuh badannya pun
tidak terurus lagi dan memang sifat orang tua yang mereka akan menjadi
bertambah degil dalam usia tuanya.
Kadang-kadang jatuh dalam bilik
air dan banyak yang jatuh itu akhirnya akan membawa maut kepada mereka. UMNO pun begitu. Elok berehat sahaja kerana parti itu cepat sangat menjadi tua. PAS dan DAP pun tua juga tetapi masih sihat.. itulah perbezaan diantara dua puak. Satu puak cepat menjadi tua tetapi satu puak yang lain masih sihat dan segar bugar.
Kata setengah pengamal perubatan, tubuh akan cepat sakit dan tua kalau terlalu banyak sangat 'makan'. Kalau tamak sangat makan, maka tubuh badan kita akan cepat dihinggapi penyakit, dan selalunya penyakit yang menghinggapi kita itu merupakan penyakit-penyakit 'terminal' yang tidak dapat diubati lagi. PAS dan DAP lambat datang tuanya kerana mereka makan mengikut peraturan dan cara pemakanan yang baik.
UMNO cepat tua dan berpenyakit kerana bila makan mereka makan terlalu pelahab. Belum habis ditelan, yang ada dalam mulut sudah sumbat lagi suapan yang lain. Bukan kah kita tahu semua penyakit bermula dari perut? Kerana terlalu banyak 'makan', inilah akibatnya.
UMNO patut berehat sahaja. Jangan buat kerja-kerja berat lagi. Wang ringgit yang menggunung yang terkumpul itu belanjakanlah untuk membeli ubat dan merawati penyakit-penyakit itu. Makanlah sayur-sayuran lebih, sebab selama ini terlalu banyak sangat makan daging yang lazat-lazat. Asyik makan tak ada hentinya.
Kata setengah pengamal perubatan, tubuh akan cepat sakit dan tua kalau terlalu banyak sangat 'makan'. Kalau tamak sangat makan, maka tubuh badan kita akan cepat dihinggapi penyakit, dan selalunya penyakit yang menghinggapi kita itu merupakan penyakit-penyakit 'terminal' yang tidak dapat diubati lagi. PAS dan DAP lambat datang tuanya kerana mereka makan mengikut peraturan dan cara pemakanan yang baik.
UMNO cepat tua dan berpenyakit kerana bila makan mereka makan terlalu pelahab. Belum habis ditelan, yang ada dalam mulut sudah sumbat lagi suapan yang lain. Bukan kah kita tahu semua penyakit bermula dari perut? Kerana terlalu banyak 'makan', inilah akibatnya.
UMNO patut berehat sahaja. Jangan buat kerja-kerja berat lagi. Wang ringgit yang menggunung yang terkumpul itu belanjakanlah untuk membeli ubat dan merawati penyakit-penyakit itu. Makanlah sayur-sayuran lebih, sebab selama ini terlalu banyak sangat makan daging yang lazat-lazat. Asyik makan tak ada hentinya.
28 comments:
Hahaha Tuan Aspan, Tuan Aspan. Naughty, naughty like me.
Mula-mula tulis tua. Sekarang tulis uzur pulak. Ikut progression of nature, next will be mati lor.
Tapi yang mati tu UMNO ke Pakatan, bro?
Dengar cerita, Si Anu (ehem!) ketar perut (cakap Pahang) St Nick dah setuju muzakarah dengan UMNO.
Ovey, berbahagialah kita yang cintakan perpaduan Melayu dan Islam. Gamaknya Tok Guru dah nampak oghe Kelate dah mula bangke. Tengok Tv tiap hari ada demo weh oleh Awe dan Mek.
Nick Kelate kat blog ini toksei campurlah dan diapun dok kat KL.
All this while St Nick yang jadi batu penghalang.
DAP alright with the Chinese votes. UMNO and PAS bersatu. Parti lagi satu nampaknya K.O or mati lor.
Agaknya itulah yang dimaksudkan oleh Tuan Aspan.
Kalau liat sangat nak mati.. kita buat 'mercy killing' lah.. daripada menanggung segala sakit yg berpanjangan baik kepada yg sakit atau yg disakitkan.
Mati itu adalah satu kelapangan.. kepada yg mati dan yg ditinggalkan
Time to pull the plug.
As Salam Tuan AA.
Betul sangat telahan Tuan tu berhubung dengan keuzuran dan usia yang lanjut. Tetapi masih ada manusia segelintir manusia tidak boleh menerima ketentuan Illahi ke atas perkara tersebut, baginya kalau soal politik tak habis-habis menyalahkan Anwar (yang telah lama dizalimi oleh UMNO) dan suka sangat memfitnah Anwar..... kadangkala semakin tua semakin bodoh dan terloncat-loncat berhubung pendapat dan provokasi beliau terhadap orang lain, tak ubah seperti 'beruk mok yea' (kata org Kelantan) atau seperti 'beruk tua kena belacan'. Selalunya orang tua begini sifat dayusnya terlalu menebal, kalau tak percaya sila tanya rakan-rakan atau kenalan lain yang mengenalinya.... tak gitu QD..??
Tuan Aspan,
Saya setuju UMNO BN sudah uzur. Kena ingat, sungguhpun uzur itu nampaknya lemah, penipuan masih kuat lagi.
UMNO BN hanya perlu menang dengan sokongan rakyat memihaknya sebanyak 30% sahaja.
Contohnya parlimen Px1 mempunyai 100 ribu pengundi yang berdaftar. Kalau 80 ribu (80%) keluar undi dan 10 ribu (10%) adalah undi pos/hantu/warga asing, 31 ribu (31%) undi UMNO BN, kemenangan majoriti 1 ribu sudah cukup untuk UMNO BN.
Ini bermaksud faktor penentuan kemenangan ialah 1% sahaja!
Begitu juga dengan parlimen Px2 yang mempunyai 20 ribu pengundi yang berdaftar. Dengan contoh yang sama seperti atas, majoriti 200 sudah memadai untuk UMNO BN menang.
Harus ingat apakah akan berlaku sekiranya hanya 70% yang keluar mengundi?
Malah, jika pengundi pos/hantu/warga asing bertambah 1% lagi, tapi khabarnya bukan 1% tapi 3%!
Malangnya masih ramai rakyat tidak sedar tentang kepentingan perjuangan perhimpunan BERSIH dan tidak ambil berat untuk keluar mengundi.
Nik aziz pun dh uzur sangat, berhenti je lah daripada mampos jadi MB.
Karpal sing pun berjalan pun guna kerusi roda, baik lah berehenti saja. klu berjalan pun tk mampu ,tu tandanya nak mamposss
lim kit siang pun sama juga,,,, dh nak mampos juga.
apa komen anda...
Tuan Aspan,
Jika UMNO dilihat sebagai sudah tua dan uzur, makanya PR tidak perlu lah terlalu gerun dengan kejahatan dan kekejaman UMNO. Teruslah bergembira dengan penuh keyakinan bahawa putrajaya sudah berada dalam genggaman. Satu taktik peperangan yang dipilih dan diyakini akan memenangi hati majoriti rakyat. Tahniah tuan.
QD, tak baik harapkan orang mampueh.Kito orang akan mampueh satu hari nanti,tapi sebelum mati adakah kito ni mati dengan aman atau asyik nak juubur si anu tu?
Kalau nak bahas politik,bahas lah secara gentleman,jangan sampai melampau batas.
Bagi saya tak payah usik UMNO,ia akan self destruct ,jual burger ke,tarian pungung ke atau samseng ke semua nya pasti tendang balik kepada umno sendiri.Mana ada ahli politik yang "low class" saperti BN yang suka main politik sex,serangan peribadi dan keluarga atau budaya samseng.Just name me a politician dari PR yang buat begitu.
Sedar atau tidak kelakuan politikus umno membuat kita meluat bila dengar saja nama umno.Kalau nak challege isu2 politik,bahas lah secara baik,tetapi bila nak debat BN yang selalu kecut,mungkin kerana tak ada modal kut.
Lihat lah sendiri dan compare blog2 pro umno dan proPR,the comments is miles apart.Yang proumno asyik personal attack dan tiada ada comment yang bernas dan interlect,kalau blog2 proPR berkelakuan macam tu pasti QD tak akan lawat dan comment sebab comment blog2 ini adalah berisi dan QD bukan orang "mentally challenge"kan QD?
Exnavy, apa nak komen,nak mati matilah.Mahathir pun dah tua jugak,mengapa tak suruh dia jaga cucu dan asyik nak masuk campur hal2 politik dan dia sendiri yang nak pencen.Sekarang dia pulak mintak "injection"untuk proton.Dah 30 tahun buat kereta sampai sekarang pun tak boleh berdiri tampa tongkat.Kalau negara lain sudah lama dah lingkup.
Umno/BN terpaksa menggunakan pelbagai fitnah dan penipuan serta memperbodoh rakyat.
Pemimpin UMNO BN akan mencetuskan beberapa provokasi untuk mengaburkan rakyat akan kezaliman dan rasuah yang dilakukan mereka.
Hakikatnya, kerajaan UMNO BN telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab yang dimandatkan untuk memimpin negara dan membela nasib rakyat.
Persoalannya sekarang ialah jenis pemimpin Melayu yang bagaimana yang ingin disokong oleh masyarakat Melayu di Negara kita ini? Melayu rasuah, perkauman, fitnah dan tidak amanah atau yang sebaliknya?
Sekiranya yang rasuah, perkauman, fitnah dan tidak amanah adalah pilihan hati sekalipun, ianya tidak merupakan hujjah untuk menyokong tindakan penipuan dan pengkhianatan yang sedang dilakukan UMNO berhubung daftar pemilih.
@@
Apakah penipuan, rasuah, fitnah dan sebagainya adalah kebiasaan dalam alam politik? Betulkah politik itu kotor?
Kalau gitu UMNO yang mengaku membela nasib orang Melayu dan sebagai pejuang Melayu sebenarnya telah menghina bangsa Melayu dan ingin bangsa sendiri hancur atas sebab akhlak buruk yang UMNO selama ini kekalkan.
Apakah UMNO beranggapan bahawa bangsa Melayu ini sebagai bangsa yang paling tidak bertamaddun di dunia sehingga tidak mampu membebaskan diri dari amalan-amalan terkutuk seperti rasuah, fitnah, perkauman, salah guna kuasa dan sebagainya?
Memang benar bahawa tiada yang maksum, tetapi itu bukan alasan untuk terus menyokong pemimpin UMNO yang mengkhianati amanah yang telah diserahkan kepada UMNO oleh rakyat.
Masyarakat Melayu perlu melepaskan diri dari fahaman UMNO dan yakin akan kemampuan bangsa untuk menghasilkan pemimpin-pemimpin yang bersih dari sifat-sifat terkutuk seperti di atas. Kelemahan pasti ada dan setiap kelemahan perlu ditegur dan diperbetulkan, bukan ‘diharuskan’ atas alasan tiada yang maksum!
Kenapa masih ada rakyat masih tidak sedar atau pura-pura tidak tahu bahawa selama ini rakyat telah ditipu oleh UMNO dalam setiap pilihanraya dengan bantuan JPN dan SPR?
Sejak zaman Mahathir berkuasa, UMNO menang pilihanraya dengan cara tidak sah, menipu daftar pengundi, mengangkut rakyat asing sebagai pengundi dan pengundi UMNO boleh mengundi lebih dari satu tempat!
Apakah ini halal di sisi Islam?
Sudah 3 himpunan BERSIH dilakukan untuk menuntut pilihan raya yang adil dan bersih. Kenapa polis dalam himpunan diberikan lesen untuk membelasah rakyat yang tidak bersenjata, tidak melawan dan tidak berdosa? Apakah rakyat yang cuba mempertahankan diri dikatakan sebagai cuba menyerang polis?
Betulkah undang-undang negara tidak membenarkan rakyat membalas serangan yang zalim samada dilakukan oleh pihak polis atau pihak pemerintah seperti UMNO ke atas rakyat?
Mengapa pemimpin negara dan puak UMNO yang membalun harta negara, balun rasuah, roboh rumah Allah dan rampas tanah rakyat mendapat layanan berlainan dari rakyat marhaen yang hanya ingin pilihan raya yang adil dan bersih?
kepada QD yg memang bebal&otak kemetot, asyik jubor anuar je yg ko ingat, lain xde.
Nik aziz nak buat mauzakarah utk bincang soal kewajaran penggunaan perkataan Islam pada parti pas, takde kaitan pun dgn kerajaan perpaduan, pemimpin umno je bila buat statement tetiba nak kaitkan dgn kerajaan perpaduan yg x jadi tu. Puak umno ni mmg tere kalau bab2 pusing cite ni.
Ha tengok tu my dear brother stk punya spin. Saja nak look for my mistakes. Ai bro, mentang-mentanglah saya ni seorang saja pencacai (perkataan you all) UMNO.
Check balik apa yang saya tulis. Yang cakap mampuih tu our new pal ex-navy. Dia mintak komen. Kenapa tak jawab? But I must say what he said is right.
Youpun cakap I am not mentally challenged. If not takkanlah Tuan blogger benarkan saya di sini.
But Bro stk (steak ke?) with death comes resurrection.
And in coma, if you all think UMNO is now, is fast awakening to the pink of health.
And of course you know, you have to get worse before you can get better.
Pernah tengokkan orang yang nazak, tiba-tiba sembuh like normal.
Tapi yang nampak sihat dan family amat gembira dia recover fast, tiba-tiba mati.Adakan orang yang doctor certify out of the woods, then he breathed his last?
Hahaha tak rugilah kan belajar tinggi. Amat tak betul, ada orang kata in the last posting saya beli degree yang cap ayam.
Ha ha ha..
QD..sebenornye Pak Aspan silap..Ameno Lama dah Lama mampos..yang ade sekarang Ameno Baru yang baru lepas aksiden merempit...Dah ler merempit, sempat lagi menyambor lopok (bekas kate orang Pahang Ulu) masejid...abih tu bila jatuh..orang ramai lutu ler..ha ha ha..Dokter kate 50-50, nazak pepalih dah..Sekarang ni tunggu talian hayat aje ..ha ha ha.
Tentang TG Nik muzakarah dengan Ameno tu..tak akan jadi..last minute Ameno tarik diri kata PAS yang tak mahu Muzakarah...lepas tu tulis Beso-beso dalam Utusan Meloyee..ha ha ha ..Aok tenggok ler QD...ha ha ha.
Kepada pelawat2 blog Pak Aspan,
Jika QD menghentam pendapat Pak Aspan dan berteriak dan menjerit pelbagai hal maka hendaklah diambil tahu bahawa Jabatan Kesihatan Mental telahpun mengklasifikasikan kesihatan QD sebagai "gila meroyan tahap gaban". Oleh itu hendaklan dilayan baik2 adinda QD yang sedang meroyan tahap gaban dan menerima bayaran yang juga lumayan gaban. he...he...QD jangan marah...nanti kena jual dan masuk PR group..he he
Quiet Despair,
saya syorkan awak masuk persatuan tarian punggung je lah, itu yang layak gamaknya.
Tahniah QD sebab berjaya 'hijack' dan mengaburkan pembaca dari berbincang isu memenangi PRU yang akan datang.
I admire your skill in diverting the weak mind of the readers. Congrats!
How about Nik Aziz, Kit Siang and Karpal. They all dah uzur already. give to other people. And don't forget anwar who always sakit belakng. those people should take care their grandchildren. Even that, their sons, daughter become sec gen, VP to those party. are there no other calibre people in those parties beside their daughter, sons?
19 May 2012 14:39:00 GMT+08:00,
Senag jer ko kata pengundi hantu. ada bukti ker bro? apa wakil setiap candidate buat dalam dewan mengundi? diorang boleh bantah kalau syak senarai/pengundi ragu2. mcmmana kelantan boleh menag 20 tahun? takder pengundi hantu kat kelantan kot...cakap guna iar liur boleh ler bro...
A responsible leader will never quit. The duty of a leader is to lead. To quit when leadership is being highly sought potrays the irresponsibility of a leader!
Menurut pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Wan Nik Wan Yusoff berkata, penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai keraguan yang timbul dalam buku khas yang diedar belum menjawab isu sebenar.
SPR masih seperti buta hati bagi mendengar keluhan rakyat apabila jawapan diberi begitu meragukan sekali.
Usaha SPR yang mahu mengekalkan lebih 40,000 pengundi yang meragukan cukup memalukan. Alasan yang diberikan langsung tidak lojik.
Kewujudan pasukan khas ‘task force’ yang didakwa memberi kad pengenalan kepada warga asing dan kemasukan mereka dalam senarai pemilih tidak boleh dibenarkan terus berlaku.
SPR dan kerajaan UMNO BN langsung tidak berminat untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap perjalanan pilihan raya secara adil dan telus di negara ini.
Faqih
Wahai anon 09:27,
Senang ke untuk Jabatan Pendaftaran Negara bagi kad pengenalan kepada warga asing?
Kenape begitu ramai berhimpun membantah dalam Bersih 1.0/2.0/3.0 sekiranya tiada bukti?
Betul ke tiada pengundi hantu kat Kelantan? Tak terlintas ker dalam akalmu PAS boleh kekal menang di Kelantan adalah kerana hantu takut sangat ngan hukum Allah?
Yang nak mati boleh " transform " jadi apa??
927
Engkau pun sudah tahu kenapa wakil candidate sendiri tidak membantah. Bagi yang tidak tahu, wakil sendiri pun sudah diperbodohkan kerana yang datang mengundi membawa kad pengenalan yang diberikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. (JPN)
Nama pun sudah berdaftar dengan SPR.
Persoalan cepu emas ialah JPN dan SPR ini abang adik kepada bapak UMNO BN sejak bila? Sejak Mahathir mendapat majoriti dua per tiga ke?
QD,
usah la bimbang rakyat dan ko dah buat keputusan, so biar je la..
Rakayat - pakat tolak umno bagi tersungkuk.
Ko pulak - asyik shok menjilek jubo madey.
ha kira ok la tu.. jilek bro jilek..
jubo madey no une. kan....x3
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Ma sha Allah! "CREATIVE!" Agaknya, kalau Mahathir baca artikel ni, kojol terus, kot ...
Ya, benar lagi tepat. Antara punca cepat tua ialah makan banyak. Selain itu, banyak tidur dan berfoya-foya sampai tang wajib pun habis diabaikan ... Apatah lagi, kurang bersenam -- Maklum, dah duduk di singgahsana bagaikan syurga, ya tak? Sedangkan, orang lain, sampai terpaksa berjalan kaki berteman panas terik menddih sang mentari, dipukul digari, dimaki, hatta dibunuh hingga mati ... Bukankah itu semua juga senaman penyihat badan dan minda? Juga, mentang-mentang pernah memenangi anugerah "MERDEKA!!!", lantas beroleh segalanya bagai rezeki percuma, bebas buat apa aja bagaikan dunia Malaysia ni mereka yang punya, tiada "KERAJAAN" selain "KITA (UBN)", ... Lain halnya dengan mereka yang senantiasa dihempas, dipulas, hatta terguling hingga terkelupas ... Nah, siapa yang banyak mengaji sekarang? Kalau tepuk dada tanya selera, tentu jawapannya ialah ingin berseronok dan bersuka-ria selama-lamanya, kan?
Justeru, tuanya jemaah lain ialah tua yang dewasa penuh kematangan, sedangkan tua UBN ini hanyalah tua seorang yang tak siuman ... Setujukah?
Terima kasih.
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Maaf, mencelah sekali lagi. Teruja saya membaca ulasan kalian. Saya faham, bukan semua yang dinyatakan blogger kita ini serta beberapa orang rakan kita dapat dibuktikan kebenarannya dalam sekelip mata. Justeru, saya dengan rendah hati, sebagai seorang yang juga masih perlu mengaji banyak ini, memohon kepada sekalian yang terlanjur melontarkan ulasan yang kurang wajar agar berhenti dan bertaubatlah sebelum terlambat, khasnya kepada saudara Muslim Mukmin. Ingatlah baik-baik, setiap perjuangan perlukan pengorbanan; kiranya dianugerahkan kemenangan itu secara spontan, nah, bukankah gejala-gejala rosak seperti ini yang sedang kita saksikan? Apakah kita sekalan ini cacat penglihatan, pendengaran, anggota, atau lebih parah, rosak hati dan iman?
Oleh itu, elok rasanya saudara menapis ulasan yang tak wajar, atau menjawab kembali ulasan seperti itu, walaupun ianya datang daripada saya. Perlu ditegaskan di sini, jangan nanti ada pihak yang menganggap cara sebegini juga satu bentuk penapisan, sekaligus menghalalkan penapisan kebenaran membuta-tuli puak-puak munafiqun yang memerintah sejak berzaman, kerana sejarah ketamadunan Islam sehingga kurun ke-20 turut menyaksikan kewujudan elit-elit pemerintah seperti yang kita sedang dengar dan saksikan sekarang, lalu kerajaan tersebut dengan mudahnya ditumbangkan musuh dalaman dan luaran. Bukankah kejatuhan Melaka ke tangan Portugis 1511 sudah cukup mengajar kita agar sentiasa berhati-hati pada segala tindak-tanduk kita, khasnya sebagai pemerintah? Adakah kejayaan dan ketahanan pemerintahan seorang ulama soleh di Kelantan boleh disamakan dengan ketahanan regim yang telah berkuasa lama ini atas pelbagai bentuk kemungkaran, tak payah banyak, pemalsuan berita di media arus perdana dan agenda sentimen perkauman dan agama?
Oleh itu, sekali lagi, saya terus-terang ingin menyatakan rasa marah, kecewa, hampa, sedih dan benci saya terhadap individu yang melontarkan ulasan secara semberono, sekaligus anda telah mencalar-balarkan imej sebagai seorang Melayu Islam. Untuk itu, kenapa anda masih solat? Fahamkah anda akan mafhum syahadah yang anda ucapkan sendiri ketika tahiyyat? Dengan itu, berhentilah daripada menulis perkara merapek meraban sebegini; hanya buang masa. Saya pasti, anda akan marah dan benci dengan kenyataan saya ini; tetapi, seperti yang saudara blogger kita sebutkan, janganlah kita mati sebagai seorang tua yang dah uzur benar dalam keadaan serba cacat lagi jahil; mati sebegitu adalah mati hina sebagaimana matinya mereka yang kufur lagi takbur!!! Akhir kata, jutaan ampun maaf andainya kedapatan yang menyinggung rasa kalian; saya hanya insan biasa dan sekadar melontarkan pandangan tanpa "buyers" kepada mana-mana pihak.
Terima kasih.
Exnavy
Mak bapak awak pun dah mampos apa nak cakap, kalau tak mampos pun satu hari nanti dia pun akan mampos inilah dia orang macam awak ni dah lah berlagak macam kafir lahnat ini sah penyokong Umat Munafik National organization.
Post a Comment