Kenyataan Rais Yatim yang jumlah
kehadiran dalam perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini hanyalah lebih sedikit
dari 22,000 sahaja dan perkiraan beliau itu disanggah oleh penulis-penulis dan
individu pro UMNO dan BN. Sesungguhnya 22,000 itu hanyalah jumlah peserta yang
duduk dari persimpangan Tun Razak dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman sahaja.
Tetapi saya menyeru kepada
sesiapa yang tahu jumlah sebenarnya (lebih dari 300,000 orang), supaya tidak
melayan kata-kata Rais itu kerana beliau adalah hulubalang kepada UMNO dan
apabila bersama UMNO itu banyak perkiraan sudah semestinya salah dan terlalu
jauh dari kebenaran. Jika Rais mengakui jumlah peserta itu pada hakikatnya
lebih dari 300,000 orang, maka beliau tidak akan dianggap sebagai ahli-ahli
UMNO. UMNO memang begitu sikapnya….berbohong dan berbohong terus-terusan. Kalau
tidak berbohong mereka tidak selari dengan ‘attribute’ asas UMNO itu.
UMNO memang tidak merasa apa-apa
jika berbohong. Berbohong itu ada satu kewajipan bagi UMNO. Jika kita hendak
menunjukkan bagaimana UMNO nya kita itu, kita mesti berbohong kerana itulah UMNO.
Yang penting bagi sesiapa yang
menyertai perhimpunan itu, mereka tahu yang jumlah kehadiran melebihi 300.000
orang. Yang kita tahu perhimpunan raksaksa itu dihadiri oleh setiap bangsa dan
agama, yang tua dan yang muda serta para professional yang buat pertama kalinya
bersama Bersih untuk merakamkan manifestasi dan keluhan rakyat tentang
kekurangan dan kelemahan ketara yang menyelubungi SPRM.
Kita jangan respon kepada
kenyataan-kenyataan pemimpin-pemimpin UMNO kerana mereka adalah dari kumpulan
yang tidak boleh diyakini rakyat lagi. Jika angka kedatangan peserta yang
melebihi 300,000 itu dikatakan hanya 22,000 orang maka tidak syak lagi UMNO sudah
begitu panik dan terpaksa berbohong dan menyorok ditempat yang terang.
Kita mesti memahami kenapa
pemimpin UMNO berbohong tentang isu kehadiran peserta perhimpunan itu. UMNO
tidak boleh hidup jika tidak semua pemimpin-pemimpinnya berbohong. Kalau tidak
berbohong pemimpin-pemimpin UMNO tidak akan lena tidur. Mereka akan berasa segar
kembali apabila berbohong. Berbohong itu adalah ibarat julap dan sarapan bagi
UMNO dan pemimpinnya.
Masalahnya saya sudah lama betul
tidak bertemu dengan Rais ini. Oleh kerana begitu lama tidak bertemu dengan
beliau, rupa-rupanya beliau belum lagi berubah. Baru sekarang saya sedar dan
mengakui yang Rais sudah terlalu sebati dengan pembohongannya. Mulut manis Rais
itu lah yang membolehkan beliau kekal dalam kabinet Najib. Jangan kita ambil
peduli dengan angka-angka yang beliau sebut itu.
Tetapi sebaliknya perhimpunan
ulang tahun UMNO ke66 baru-baru ini dikatakan oleh media arus perdana yang
kehadiran perhimpunan itu berjumlah
120,000 orang sedangkan jumlah sebenar kehadirannya hanyalah 65,000 orang sahaja.
Jangan lawan mereka itu. UMNO sebenarnya ibarat orang tua yang sakit. Semua
orang mesti percaya dan menuruti kehendaknya. Kita jangan respon dan biarkan
pemimpin mereka bercakap untuk membohongi diri sendiri. Apabila rakyat tidak mempercayai pembohongan mereka UMNO bertindak pula untuk membohongi diri mereka
sendiri…. Mereka akan terus berbohong dan berbohong.
Tetapi pembohongan ini rasanya
akan berakhir kerana selepas pilihanraya ini beliau tidak ada‘premis’
untuk berbohong lagi. Semasa itu nanti ramai orang UMNO akan bertambah kurus
bukan kerana hilang kuasa tetapi kerana semasa itu UMNO akan menghadapi
kesusahan kerana mereka sudah susah untuk berbohong lagi.
Sementara masih ada kuasa
sikit-sikit ini teruskanlah berbohong itu dengan sepuas-puasnya. Selepas
pilihanraya nanti mungkin tidak dapat lagi berbohong dengan sewenang-wenangnya. Berbohonglah banyak-banyak. Lagi pun kalau mereka cakap benar pun orang ramai akan menganggap mereka berbohong juga.....sebab berbohong itu sudah sinonim dengan UMNO.....UMNO itu bohong, bohong itu adalah UMNO.
53 comments:
Kena ajar si Rais ini macam mana nak kira,mungkin kena pakai jari kut atau lidi.Anak tadika pun lebih pandai kira kira dari menteri "dinosaur"ini.
Walau pun saya ini anti-dap.. tapi saya suka tuan berhujah mengkritik umno. Saya suka penulisan tuan. Ia tidak seperti blog-blog lain yang merapu dan sebagainya. Hujah tuan bernas dan lebar. Harap boleh belajar dengan tuan cara membuat penulisan dengan tuan suatu hari nanti..he3
Rais, Rais. Kalau sebut nama dia teringat lagu 'Burning Bridges' lagu tema Kelly's Heroes, filem perang dunia ke2.
Deep Sea Green
Salam AA dan bloggers,
Malulah kalau kata Bersih 3.0 dihadiri lebih 250,000 org sedangkan ulangtahun UMNO dihadiri sekitar 50,000.
Itupun setelah dicampur dengan kerusi2 kosong,lalat,rumput..kakkahkah
Surrogate
Assalam.Pak Aspan Memang begitulah resam UMNO,bohong berterus terusan.Cuma hendak saya nasihatkan kalau hendak berbohong biarlah yang boleh mengelirukan akal.Jangan yang tidak masuk akal kerana kelak ditertawakan orang kerana nampak benar kebodohan diri sendiri.
Tuan Aspan,
Atas nasihat siapa yang mendorong Rais berani berbohong tanpa malu?
Apakah motif di sebalik tindakan Rais selaku dikorban ke depan untuk berbohong sedemikian?
Apakah respon dan reaksi yang dikehendaki dengan Rais membuat kenyataan sebegitu?
Kita kena bagitahu ini Rais yang sering bercakap pasal budaya Timur ni supaya jangan terus bercakap bohong...mati nanti susah nak kena jawab.
Hah, aku pun tahu...aku yang tak pergi masjid, ke tokong atau ke kuil sekalipun.
Si anak Pak Yatim ni dia kena ingat akan konsep menjaga nama baik keluarga. Itu junjungan yang dipegang oleh orang Asia...
Rais ni kalau bercakap pasal budaya bukan main lagi, macam kerbau kena sembelit adanya!
Nama aku bc. Saja malas nak buka akaun.
Tuan Aspan, Berbohong iti budaya UMNO, tak tahu mengira pun budaya UMNO. Kalau tidak masa kan RM250 juta dia org ingat RM25 dan USD1 bil pun dia orang ingat RM1,000 ! Lepas PRU ini sumbatkan mereka ke kelas celik matematik.
cow2 raiz yatim kena bodo.. haha ske sgt b'ckp ikot nafso.. haha pdn muko ko!! haha
Apa nak buat Aspan... BBC dan Aljazera pun kata dekat-dekat 25,000 tak jauh dengan angka yang dinyatakan oleh Rais..
Kalau tak percaya lagi.. pergilah ambik gambar dan kira satu-satu - teknik kiraan moden mcam tulah, kira frame by frame
Kalau tidak lain kali kalau nak lebih accurate ikut kiraan pakai nombor giliran.. Apamacam idea bernas saya ni..
This time I wanna agree with you guys on old fart Mr Burn The Bridge Rais.
Dia ni bukan nak menipu sangat, tapi nak membodek.
Yang my dad panggil nasi tambah. Kalau boss cakap sikit, dia tambah lebih.
Bilalah agaknya Najib nak get rid of him? Takkanlah nak bertanding lagi kot. Entah berapa buah jambatan dah bakar dah. LOL.
Tak larat nak tengok RTM. Asyik tengok gambar dia dan isteri Queen Controlnya.
I can't stand like official functions on RTM the wifey must also take to the stage, pimpin tangan dan she will be be handing over the awards or trophies too.
Since when is this policy? Dahlah asyik pakai baju sama material, same color theme, macam pengantin tua. Hahaha.
If Najib or Muhyiddin is there, orang Pahang cakap the pair tersongok-songkoklah (you all cakap terhegeh-hegeh) dan isteri mencelah sama bikin sibuk.
Actually Aunty Rose and Najib taklah over sangat macam this always honeymooning couple.
Sometimes they are acting like they are the second couple after Najib and wife.
Jom kita ramai-ramai propose Tuan Aspan lawan kat Jelebu kalau dia bertanding lagi.
Haha, bahagialah you all malam ini ya. Heehee.
Okay signing off. Nak tengok my beloved bro KJ and Rafizi debate.
I will be writing about the estimation of the crowd in Bersih. Tunggu ya.
Kah kah, polis pukul org Bersih 3.0, kemudian hitung sama lembu NFC.
http://www.youtube.com/watch?v=obR6a77L5BE
Salam Sdr Aspan,
Salam Melayu bahasa yg indah,
Diajar guru dizaman remaja.
Jika jiwa mula bergundah,
Hari siang dikata senja.
Siakap senohong,
Gelama ikan duri.
Bercakap bohong,
Memang amalan pencuri.
Lama berdendang terbatuk2,
Duduk meneman sinenek tua.
Jika dah tua pencenlah Datuk,
Jangan menyusah orang semua.
Dari Rembau ke Inderagiri,
Singgah diMuara membeli buluh.
Jika gundah melanda diri,
Masa takut hati pun berpeluh.
Ditengahari kompang dipalu,
Pengantin bersanding tersipu2.
Hilang habis perasaan malu,
Kerana kerusi sanggup menipu.
Sungguh malang nasib pak kaduk,
Ayam menang kampung tergadai.
Malang sungguh nasib mu datuk,
Sampai senja maseh tak pandai2.
Surung papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu.
Jangan datuk sebarangaan makan,
Sakit perut semua rakyat tahu....
Tok Pan,
Siakap senohong, gelama ikan duri.
Bercakap bohong, lama-lama jadi menteri.
He3...sender Rakyat Jenny (Jeniang la tu)
Apabila dah tak tahu nak menipu lagi membohong lah. Dah tak boleh nak buat apa-apa lagi mahu tipu pun orang dah tak percaya lagi membohonglah apa lagi.Orang yang membohong itu sudah tak ada pendirian lagi sudah tak se-standard lagi dengan kita.Inilah akibat bagi orang yang suka menipu. Sedihnya, kalau saya disuruh bohong sehingga begitu ketara pasti saya letak jawatan kalau tidak dimanalah letaknya muka saya.
Siapa sebenarnya berbohong?
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=mWsAwzmoUqs
Rais.
You are shameless person man...and you deserve a four letter word on your aziz satar like face.
You are insulting everyone and you think we can take such insult?
Bodoh punyai Rais!!
sakai K Kelawang
kadang kadang hairan bin ajaib..bila rais yati, ne ke hulu kehilir bawa bini dia..dia ingat bini dia cantik ke??,,menyampah
Debat PTPTN
1. http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=expUxzgLbZo
2. http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=EKIoVhMLiKE
3. http://www.youtube.com/watch?v=K21pF5-rh8s&feature=player_embedded
Sebenarnya jumlah yang Rais sebutkan itu adalah angka di mana Amah-Amah Indon yang cun dan bergetah dan akan dibawa masuk ke negara ini melalui belakang pintu rumah Rais. Bukannya sejumlah pendemo Bersih 3.0......
burning bridges , ada affair dengan maid ,perompak balak dan tanah rakyat n.s dan sekarang tak tahu mengira dan inilah nama pemimpin umno yang disanjung ..haprak punya minangkerbau.
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Sekali lagi, terima kasih tak terhingga di atas pendedahan terbaru ini. Dengan itu, kalimah terbaik untuk ditujukan kepada mereka serta jemaah mereka sekaliannya ialah pantun dua kerat itu ... "Siakap senohong gelama ikan duri ..."! Tunjuk-ajar siapa? ha, umum dah maklum, kan?
Untuk itu, tahniah kepada rakan-rakan pengunjung di atas ulasan kalian. Semoga kita sekalian istiqamah terhadap kebenaran, bukan menyokong pembohongan, meskipun yang melakukannya adalah rakan taulan, ahli keluarga, hatta ilmuan dan artis pujaan. Justeru, jangan percaya lagi dah segala kenyataan mereka; tunaikanlah hak kita sebagai warganegara demi kesejahteraan Malaysia bersama.
Terima kasih dan selamat berjihad.
Tuan Aspan,
Rais Yatim memberikan angka beliau lengkap dengan hujah dan cara pengiraan nya. Jika tuan enggan bersetuju dengan angka beliau, makanya lebih bijak tuan berikan angka tuan dan cara pengiraan tuan. Mungkin cara pengiraan tuan dan rakan2 sealiran pemikiran dengan tuan mempunyai cara pengiraan yang lebih tepat.
Jika Rais Yatim (tuan baca sebagai UMNO) silap dalam memberikan angka kehadiran, pastinya kesilapan itu kerana kaedah pengiraan beliau silap.
Bagaimana kaedah pengiraan tuan? Jika tuan hanya mengikut kaedah rasa rasa atau agak agak atau kaedah ikut angka yg pemimpin agung tuan berikan makanya ianya jelas menjejaskan kredibiliti dakwaan angka tuan.
Namun saya akui, jalan paling mudah adalah menyalahkan UMNO. Ini cara lama yg di amalkan oleh Anwar. Mempertahankan diri dengan menyerang adalah strategi anwar yang terbukti berkesan sehingga hari ini. Satu rekod sejarah apabila anwar dapat bertahan dari serangan UMNO (tuan baca sebagai parti yg amat zalim dan kejam) selama ini. Oleh itu saya rasa tuan juga boleh gunakan strategi menyerang untuk bertahan ini.
Debat mengenai pemansuhan PTPTN (SINAR HARIAN)
1. http://www.youtube.com/watch?v=Nccc4bsMfLo
2. http://www.youtube.com/watch?v=BXm2RfmNQ-Q&feature=player_embedded
3. http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=4ZyJ4LDmidI
Ibni Ismail,
Samada 22 ribu atau 220 ribu, hakikatnya ialah sudah 3 perhimpunan telah berlangsung bagi menuntut sistem dan proses pilihan raya yang telus, adil dan bersih.
Macam mana nak undi kalau sistem pilihanraya penuh dengan unsur penipuan?
Kenapa masih nak berdalih? Apakah tuntutan sejak 2005 sukar dipenuhi?
Ibni Ismail,
Dalam Bahagian II (Kebebasaan Asasi) Perkara 10 (Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan), menyatakan hak untuk berhimpun secara aman dan hak asasi manusia telah digunakan pakai bagi menganjurkan perhimpunan untuk menuntut keadilan dan ketelusan pilihanraya dari SPR.
Rakyat terpaksa berhimpun 3 kali kerana rakyat sudah tidak mahu dibohong dengan pilihanraya yang penuh dengan unsur penipuan.
Yang berbohong tentang jumlah crowd Bersih ialah Pakatan. Ada yang kata 300,000 and some overblown it to 500,000. Satu pembohongan besar.
Rais is just aping Bernama estimation of the crowd being 22,000. And I agree.
Time to set the record straight.
Following is the Bernama story:
Bernama used the photograph blocking system on photographs taken at 7 locations around the city to arrive at its estimate of 22,000 people.
It incorporated a simple graphic software with which the pictures were blown up before grids were added to facilitate headcount.
A 10 percent margin of error was provided on the number of participants to accomodate those who might have been hidden or blocked on the photos.
The estimated figure did not include the security forces personnel including the police.
The photos were taken by photographers in a police helicopter.
The 7 locations were Jalan Tun Perak, Jalan Tun Perak/Jalan Silang junction, Jalan Sultan/Jalan Jebat junction, areas of Central Market, Jalan Pasar Besar, Jalan Kinabalu and Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Kalau nak menipupun biarlah betul!
Ibni Ismail,
Allah SWT menganugerahkan kami (alhamdulillah) yang hadir semasa Bersih3.0 dengan semua deria dan akal yang berfungsi dengan elok.
Melalui observation, experience dan pemikiran, 200,000 atau lebih memang angka yang realistik. Angka 25,000 adalah amat mustahil, apabila sudah dilihat betapa besarnya lautan manusia semasa Bersih3.0 itu dengan mata kasar sendiri.
Tapi tak mengapalah. Anda sudahpun membuat andaian anda sendiri. Jangan salahkan aku sekiranya persepsi aku terhadap anda merudum sepenuhnya, kerana anda tidak mampu untuk melihat kebenaran, dan tidak malu untuk menegakkan kepalsuan, seperti menteri Rais Yatim itu.
Bagi kami yang hadir semasa Bersih3.0, sudah jelas angka mana yang benar. Juga tidak boleh dilupakan jumlah yang hadir dalam Bersih3.0 di bandar-bandar lain di seluruh dunia e.g. JB, Melaka, Ipoh, P.Pinang, Perth, Sydney, Brisbane, Canberra, London, Taipei, Shanghai dsb. (lebih kurang 70 buah bandar di seluruh dunia).
Semoga anda berjaya di dunia dan di akhirat.
--ziggy
Hello QD,
KJ dan Rafizi dan 2 kali debat. Topik PTPTN ni yang second. Aku tak kisah either KJ atau Rafizi yang menang. Bagi aku kedua duanya adalah pemenang. 2 orang ini adalah contoh baik pemimpin masa depan yang menyemarakkan tradisi debat. Ini yang dituntut agama.
Bagi aku baik KJ mahu pun Rafizi..dua dua adalah anak jantan. Mereka ini layak dan berhak menjadi pemimpin kerana berani dan tidak bacul walu pun kita semua faham masing masing membawa ideologi dan parti berbeza. Setinggi kredit dari aku buat dua pemimpin muda ini.
Cuma aku terkilan ialah idola awak tu QD..your uncle Najib tu. Umur sudah tua tapi berperangai macam budak lagi. Tak malu ke uncle dan idola you yang dituduh bacul ( bukan tuduhan tapi memang terbukti bacul ). BUkan sekadar takutkan pergi court, nak berdebat macam KJ dan Rafizi buat tu pun penakut dan kecut telor.
Aku harap you QD sebagai pemuja dia elok jumpa idola you tu. Mesti dia welcome u anytime sebab aku tak nampak orang lain yang lebih kuat menyokong dia selain u seorang jer. Tolong jumpa Najib yer...sambil duduk sembang ngan uncle u tu..cuba cuba raba celah kang kang dia..periksa cukup tak ada " two balls" or "one missing" or "no ball at all".
Tolong QD yer. Sampai bila u sanggup tengok seluruh dunia membaculkan uncle u tu. Tak kesian ker...kalau kesian..u perlu lakukan sesuatu. Minta dia ke court atau input dia agar willing to go for debate with Anwar. Alaa..kalau tak nak debat isu SCORPEON atau Altantuya..tak kisah...boleh minta penganjur atau moderator assign topik "Bujet Untuk Tadika Malaysia"
Amacam ???
Sampai hati kau kato orang kampung den tu pombohong. Tau tak kok tak sobab Maznah orang tuo tu dah lamo pencen. Konolah Maznah tu moghokap kek Rosmah ko sanun ko sini sampai tobakar rambut eh. Janganlah hontam amek anak yatim tu, sio-sio jo kojo Maznah tu....hahaha
Dulu bila orang bagi tahu Rais Yatim balun amah dia, saya tak pasti nak percaya atau tidak. Tapi sekarang kalau Rais anak Yatim ni nafikan sampai naik biru muka dia pun saya tak akan percaya lagi kata-kata si pembohong ini!!!! Bakarlah banyak mana jambatan pun...aku tak percaya lagi!!!!
Bangchaq
Rakan rakan tetamu Tuan aspan,
Saya hanya bertanya kaedah pengiraan angka kehadiran Bersih 3.0 tempohari. 300,000 itu satu angka yg pastinya ada asas pengiraan. Besar jumlah itu yang memerlukan hampir 4 stadium bukit Jalil utk menampungnya. Barulah saya tahu kenapa enggan guna stadium, rupanya antara sebabnya adalah stadium kita tiada yg boleh tampung kehadiran seramai itu. Nampak macam saya menyindir tapi saya lontarkan apa yg rakyat yg tidak berpihak fikirkan.
Jika hujah Rais disangkal maka berilah kaedah pengiraan tuan. Jika tiada kaedah khusus maka nyatakanlah tiada kaedah khusus hanya agak2 dan pandang keliling sahaja. Biarlah rakyat menilai kaedah siapa yang lebih boleh diterima pakai.
Tujuan demontrasi tersebut serta hak kebebasan yg dituntut adalah saya fahami walaupun saya tidak bersetuju. Saya hormat pendirian saudara2 semua.
Cuma kali ini saya terfikir tentang kaedah pengiraan. Tertarik dengan hujah Rais Yatim bersumberkan Bernama. Kaedah topografi ini walaupun difahamkan dah ujud lama tapi masih baru untuk saya. Agak logik dan menarik untuk difikirkan.
Bila saya kata tertarik dengan cara Rais Yatim berhujah dengan fakta kaedah yg dia gunakan tidaklah bermakna saya sudah buat kesimpulan bersetuju dengan kaedah tersebut. Kita tidak semestinya untuk sentiasa setuju atau sentiasa tidak setuju.
Meng uar2 kan jumlah kehadiran ini adalah taktik lama parti politik yang dimulakan pastinya oleh UMNO. Setiap kali majlis mestilah hendak diberitahu betapa ramainya penyokong mereka sedangkan majoriti pengundi tak ambil peduli pun jumlah penyokong yang hadir. Satu kenyataan yg lebih berupa syok sendiri sahaja.
Mungkin selepas ini bila kita dengar suara guruh anwar dan najib berkata ribuan penyokong hadir, maka kita tanya pula apakah kaedah pengiraan mereka.
rais is without pants, his GPS wife, ooozing with arrogance is wearing his.
Pak, why, on what grounds justified and how is it so difficult for the leaders to relinquish their positions to vacate their seats once their term is over ?? Period. Imperatively, position and leadership must come based on merits : accountability, proven records,competence,honesty ?
If not for power, the never- ending opportunities in making immense wealth and pleasures being clipped, their wives being waited upon hand and foot, even the datos and datins act as office boys at their beck and call during functions, picking up the tabs, kissing hands until salivate, yes dato yes mak datin this that trawling down the stars and the moon figuratively ?
BE Opposition, still getting the monthly paychecks with reasonable perks ? like in the States, UK. Time done, they move on, not giving unsolicited paid talks everywhere, breathing down ones necks. Hand brake !
Or after being complacent in cushy offices for more than two terms, they lack skills, become too rusty, idle, cholesterol-ed ( pun intended ) intellectually infirmed or too unimaginative, too many smoothened hands with sheep placenta to tip, to work beyond the four walls of the elected office ?
Ibni Ismail,
Anda sudah pun maklum bahawa media arus perdana adalah berat sebelah, sentiasa dimanipulasikan oleh pihak kerajaan untuk mengaburi mata rakyat. Namun anda masih menjadikan fakta dari media arus perdana itu sebagai bahan rujukan?
Rujukan aku adalah deria penglihatan aku (yang meyaksikan sendiri jumlah kehadiran semasa Bersih3.0), pemikiran yang waras, dan pengalaman (melihatkan lautan manusia yang begitu luas semasa Bersih3.0, >200,000 adalah amat realistik).
Jadi yang mana lebih meyakinkan?
Sekiranya anda ikhlas dalam mencari kebenaran, anda seharusnya berada bersama kami semasa Bersih3.0 tempohari. Jadi aku harap anda akan turun bersama kami sekiranya Bersih4.0 (yang sebenar) kelak, dan saksikan dengan mata kasar anda sendiri, demi mendapatkan kebenaran. Sanggupkah anda? Ikhlaskah anda?
Semoga anda berjaya di dunia dan di akhirat.
--ziggy
Wahai bangsa melayu..umno baru sekarang tengah nazak..mereka memerlukan undi org melayu..adakah org melayu lupa apa yg telah umno baru lakukan ketika berkuasa..pengambilan tanah melayu..di bayar dgn murah,melambakkan dadah dan arak supaya org melayu rosak,mendirikan perumahan ppr yg sempit sehingga berlaku gejala sosial,memberi kad pengenalan kepada pendatang asing..dan banyak lgi..selama umno memerintah..cuba tengok apa yg umno lakukan kepada org melayu..umno hanya untuk mengkayakan kroni saja..berfikirlah..talkin untuk umno
ha ha si dia macam boria ( boria itu bagus ) tapi boria pakai baju tema sama macam pengantin dinosaur, pimpin tangan macam romantis tak kena tempat, orang, tak yakin diri, ( Nak Serve rakyat, atau nak tunjuk trofi ) domineering Queen Bees lahir Queen Bee princesses, betoiii, tanya jejaka profesional yang kahwin high maintenance daddy dato's gals ! dekat pejabat, pekik sini sana, CEOs, pakai driver cum body guards ! Macam buat business mafia kot, musuh ramai sgt, atau nak tunjuk kat org, ada body guards.
ha ha kali ini QD cakap logik ! Pak Aspan dignified sgt, tak nak jom tangkap gambar. Rakyat kita pun satu, masih ketinggalan zaman, nak pilih pemimpin cekap kah ? ataupun nak sibuk posing sini sana, ha kalau pemimpin yang masih bujang pulak, macam nak carikan teman hidup ! Apa lah ini zaman IT, Blackberry, degrees, tetapi kelakuan seharusnya terukur juga.
Ibni Ismail;
Persoalan yang mesti ditanya: Kenapa SPR masih tidak melaksanakan tuntutan-tuntutan BERSIH?
Kaedah mengira berapa yang hadir tidaklah penting kerana tidak ada rakyat yang akan rugi sekiranya kelapan-lapan tuntutan itu dilaksanakan secara total, bahkan membawa untung kepada semua.
“Himpunan BERSIH” adalah manifestasi dari kegagalan SPR melaksanakan tuntutan BERSIH.
Ramai yang mempersoal, kenapa perlu buat demonstrasi kalau boleh berbincang secara elok dan aman? Ini adalah soalan yang tidak cerdik. BERSIH sudah ditubuhkan sejak tahun 2005.
Perbincangan secara aman telah banyak kali dilakukan, tuntutan demi tuntutan terus diutarakan. Dan sudah tiga kali BERSIH mengadakan demonstrasi.
Persoalan kembali timbul: Kenapa SPR masih tidak melaksanakan tuntutan BERSIH?
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Pendapat saya muktamad: Berhujjah biarlah berfakta, bukan dengan emosi. Justeru, tiada guna pandai memberi perangkaan dengan jumlah tak menasabah serta daripada sumber terhad demi menjatuhkan lawan. Dengan itu, pemberi maklumat tersebut akhirnya akan dicap masyarakat awam seperti "katak di bawah tempurung" serta akan menyerlahkan lagi kelapukan pemikiran dan ideologi perjuangan jemaah. Untuk itu, sekali lagi, sekadar pandangan, namun diharapkan ianya diambil perhatian serius, bersamalah kita perhambakan diri hanya kepada-Nya, bukan kepada mana-mana parti politik. Kalau nak sokong mana-mana jemaah sekalipun, fikir-fikirkanlah akan dosa dan pahala, syurga dan neraka. Jangan nanti bila di sana, kita akan saling dakwa-dakwi kerana hal sedemikian telahpun dinukilkan dalamkitab suci mulia kita ini, Al-Quranul-Karim. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, TST aja-lah, kan?
Apapun, Allah Yang Lebih Mengetahui, dan terima kasih.
Tak kisah la 22ribu ke atau 220ribu...yang penting BERSIH 4 akan menyusur....
Rais kata dia ada cara yang foolproof untuk mengira crowd.
Suruh dia apply teknik serupa untuk mengira penyokong umno yang hadhir di Stadium Bukit Jalil itu.
anon 23 May 2012 09:34:00 GMT+08:00
adakah kamu rasa umno tak menipu..
sejak bila kamu lahir???
jika kamu belum baligh saya boleh terima.
jika kamu dah mimpi basah..
jangan nak tambah tipu lagi.
penipu backup penipu..baikkk
Tak payah nak pusing dan peningkan kepala nak kira angka berapa ribu atau juta rakyat yang hadir BERSIH 3.0 tu.
Kalau dah rasa sikit, 20,000, 30,000 atau 50,000...Dataran Merdeka tu muat untuk tampung jumlah tu. Yang UMNO BN lorat tak benarkan kenapa?. Kalau dah sikit ..apa yang risaunya letak ribuan polis kepung sana dan sini?
Apa yang aku nampak..UMNO BN ni dah tak percaya pada diri sendiri. Kalau dalam tekanan dan segala kekangan kiri kanan dari UMNO dan intitusi pencacai...dan dengan berbagai ugutan lain yang dilaungkan..kehadiran masih boleh cecah 50,000 pun aku kira dah banyak, jangan kan 200K atau 300K. Itu dalam keadaan ugutan dan amaran yang diberi oleh Polis dan pelbagai pihak.
Cuba tengok pula kalau kebenaran diberi sepenuhnya tanpa apa2 ugutan..UMNO BN boleh tengok angka sebenar. Tapi bagi aku, tangan orang depa gari..kemudian tuduh orang tu tak melawan...kepala bapak apa macam ni. Ugut rakyat agar tak hadir dengan pelbagai cara, kemudian laung BERSIH 3.0 tak dapat sambutan. Kah kah kah..
Kepala bapak depa!!! Otak taruk mana?. Kalau rasa nak tunjuk mana yang berpengaruh...lakukan cara gentleman. Bakannya megah dan sorak menang bergusti kerana lawan yang didepani bergusti dalam keadaan tangan bergari. Kalau macam ni cara nya...bergusti dengan UnderTaker atau sapa saja aku sanggup.
Patut la Sak selalu perlekeh Najib..masuk bakul angkat sendiri sebab guna kaedah macam ni. Kah kah kah...tak sudah sudah UMNO BN nak kelentong rakyat!.
AA, hampir 6 dekad Umno cakap pasal Melayu...Melayu....dan Melayu.
Tetapi Melayu teruk jugak...kerana kita tertipu tak berhenti-henti.
Close your eyes, just leave Umno. Go for Pakatan if you want to participate in politics.
Umno should stay away from the rakyat as from now on AA. I am fascinated when you left this unruly party bro.
Pembongak he ta habih2.... keturunan dio nie ... LAMBONG TAK POCAH... TEROMPEH TAK JAMIN .... pembohong..
Ibni Ismail...
Kenapalah hang tak kasi fikir sikit? Gunalah akal.
Dalam BERSIH 2.0 dilaporkan 11 ribu anggota polis dikerah bertugas. Kerajaan dikatakan membelanjakan sebanyak RM2 juta.
Kalau sudah 11 ribu, tak kanlah yang baju kuning juga 11 ribu?
Bilik perbincangan yang berhawa dingin banyak di Kuala Lumpur. Kenapalah tak selesaikan tuntutan rakyat di bilik hawa dingin?
Kalau awal-awal sudah kasi selesai, tak perlulah belanja sebegitu banyak untuk belasah dan aniaya rakyat dalam perhimpunan. Tak perlulah susah nak fikir methodoloji nak kira kehadiran rakyat pula.
Tuan Azpan,
Malangnya Umno kerap bercakap tidak benar, yakni berbohong di depan rakyat. Walaupun parti Umno sudah memerintah sekian lama, tetapi kadangkala Parlimen tidak jadikan perbahasan Parlimen sebagai amalan kebenaran. Terutama dalam menyampaikan kebenaran Islam kepada semua Ahli Parlimen.
Justeru berlaku persoalan yang tidak berkesudahan sehingga memaksa Ahli Parlimen DAP terpaksa mendapat penjelasan mengenai Islam dengan pihak lain di Parlimen.
Sedangkan Islam sebagai agama rasmi boleh diperjelaskan dengan sebaiknya di Parlimen. Islam sepatutnya diperjelaskan oleh Kerajaan Umno sebagai agama mengutamakan keharmonian antara kaum serta dan mengamalkan kebebasan beragama meskipun berlainan fahaman politik.
Salam Pak AA..
Selain dari keinginan membaca penulisan Pak AA dalam blog ini, saya juga terdesak utk membuka blog pak AA demi untuk melihat hujah2 dari
1)QD yang mmg dah tahu penyokong umno tegar dan berkomunikasi dgn beliau hanyalah seperti mencurah air ke daun keladi,
2)Ibni Ismail yang katanya org yang tidak memihak tetapi pada masa yang sama mempersoalkan penulisan dan kepercayaan Pak AA,
3)Wan Kamarul yang katanya anti DAP tetapi mengagumi penulisan ahli DAP...
lain2 pengkomen @ d other side.
i like ziggy quote "anda tidak mampu untuk melihat kebenaran, dan tidak malu untuk menegakkan kepalsuan"
-anon-
DSU Dr Rais jangan kecoh-kecoh lah sekarang. Dulu entah menderhaka dan pembelot UMNO. Enta tubuh S46!. Sekarang enta dapat jawatan dan kedudukan enta mahu seru orang umno yang selamanya umno tak pernah belot dan durhaka supaya setia dan jangan durhaka pada umno. Lebih baik DSU cermin diri dulu. Sepatutnya orang umno perlu derhaka! Kenapa sebab yang pernah durhaka semua jadi menteri dan VVIP dalam UMNO! Siapa? Enta lebih tahu!.
mmm
Salam Tuan AA,
Gelihati membaca tulisan Tuan.
Saya orang tidak berparti tetapi minat mengikuti perkembangan politik melalui blog dan media eloktronik sebab surat khabar dah lama tak beli faham2 lah sebab dia .
Bukan nak memuji tetapi itu kenyataan blog tuan adalah pilihan pertama saya disamping MSO . Soal pendirian politik itu hak masing2 dan atas alasan tersendiri melalui pengalaman politik yng dilalui.
Apa yng nak diberitahu adalah Tulisan Tuan menghiburkan dan memeriahkan dunia blog. Kalau tidak membacanya ibarat missed teh tarek sehari. Teruskan menulis selagi ada hayat dan doa dari saya diberikan kesihatan yang baik, Amin
peminat setia
22,000 TU REVERSE PHYSIOLOGY JE TUAN-TUAN, KENYATAAN 22,000 TU DI TUJUKAN KEPADA DS.NAJIB BAHAWA YANG MENGHADIRI SAMBUTAN ULANGTAHUN UMNO HANYA 22,000 BAGI MEMBERI SIGNAL KEPADA NAJIB YANG MANA MUHYIDIN YASIN AKAN MERAMPAS KUASA PENGERUSI UMNO SEBELUM PRU 13.
"Kalau terkurung diluar kalau tersepit diatas" Inilah pakaian Anak Yatim. Poluto eh Yarobbi situo ni. Dah Tigo kali "Last" maso kempen Ketuo Bahagian. Nak mintak lagi "Last" yang keOmpek.
Betul la apa yang Balkis katakan:
AA, hampir 6 dekad Umno cakap pasal Melayu...Melayu....dan Melayu.
Tetapi Melayu teruk jugak...kerana kita tertipu tak berhenti-henti.
Close your eyes, just leave Umno.
SEKARANG ORANG MELAYU MENOLAK UMNO DAN CUBA BERPAKAT DENGAN DAP, PR DAN PAS ....CUBA-CUBA UNTUK MENGOBAH NASIB BANGSA MELAYU...WALAUPUN DAH DI DUGA DAP ADALAH ANTI DAN AKAN KHIANATI MELAYU......TETAPI APA BOLEH BUAT...UMNO NAMPAKNYA LEBIH BURUK DARI DAP, UMNO TELAH HAMPIR 60 TAHUN TETAPI GAGAL BAIKI NASIB ORANG MELAYU....NAMPAKNYA ORANG MELAYU SANGAT DESPERADO DALAM USAHA MEREKA UNTUK TERUS HIDUP......SANGAT TRAGIK!!!...CPT KIRK...
Betul la apa yang Balkis katakan:
AA, hampir 6 dekad Umno cakap pasal Melayu...Melayu....dan Melayu.
Tetapi Melayu teruk jugak...kerana kita tertipu tak berhenti-henti.
Close your eyes, just leave Umno.
SEKARANG ORANG MELAYU MENOLAK UMNO DAN CUBA BERPAKAT DENGAN DAP, PR DAN PAS ....CUBA-CUBA UNTUK MENGOBAH NASIB BANGSA MELAYU...WALAUPUN DAH DI DUGA DAP ADALAH ANTI DAN AKAN KHIANATI MELAYU......TETAPI APA BOLEH BUAT...UMNO NAMPAKNYA LEBIH BURUK DARI DAP, UMNO TELAH HAMPIR 60 TAHUN TETAPI GAGAL BAIKI NASIB ORANG MELAYU....NAMPAKNYA ORANG MELAYU SANGAT DESPERADO DALAM USAHA MEREKA UNTUK TERUS HIDUP......SANGAT TRAGIK!!!...CPT KIRK...
Post a Comment