Kali ini saya teruskan lagi tentang
perlunya kerajaan diubah, dianjak dan dialih, kalau boleh sebelum pilihanraya
umum. Sambutan himpunan Bersih menunjukkan sokongan kepada perubahan dan rakyat
tidak lagi mahu menerima pujukan kerajaan dan pimpinan hari ini agar mereka
diberikan sekali lagi sambungan untuk memerintah negara kita yang kaya-raya
tetapi disalah tadbir ini.
Apa pun kata pihak media massa arus perdana jumlah
peserta himpunan Bersih 3.0 tetap jauh melebihi 200,000 orang. Siapa pun boleh
nafikan angka ini, tetapi itulah angka yang sebenarnya. Tetapi angka itu tidak
penting. Yang penting dalam pilihanraya kali ini BN akan sampai penghujung
hayatnya untuk mentadbir negara kita setelah memerintah begitu lama yang
membuatkan pemimpin-pemimpin mereka menjadi seperti orang yang kufur nikmat.
Mahu tidak mahu kita mesti terima
hakikat yang Bersih 3.0 telah berjaya besar yang tidak disangka-sangka. Pihak
BN boleh berkata mengikut apa yang mereka mahu dengar tetapi hakikatnya rakyat
telah membuat keputusan yang ‘conclusive’; iaitu , untuk menggantikan BN,
justru rakyat akan ditadbir oleh kerajaan baru. Seperti yang saya sebut dalam
posting saya beberapa hari yang lalu sokongan terhadap Bersih 3.0 sabtu lepas
memberikan ‘signal’ yang rakyat akan diperintah oleh pihak ‘alternative’.
Sesungguhnya, apa pun yang
dilakukan oleh Najib dan barisan pimpinan negara, majoriti rakyat Malaysia
sudah kehilangan keyakinan terhadap BN. Persepsi majoriti rakyat terhadap BN
sudah sampai keperingkat optima dan tidak ada jalan lagi untuk BN diyakini oleh
rakyat yang ramai ini. Semalam saya berada di Terengganu dan sebahagian yang
mendengar ceramah yang saya sampaikan itu adalah dari mereka yang baru pulang
dari Kota Baru kerana mereka diberikan bas dan berbagai-bagai kemudahan untuk
menyambut PM Najib di sana.
Rakyat tahu yang pimpinan hari
ini tidak akan mampu melakukan perubahan yang baik kerana kecelaruan yang
dialami oleh rakyat adalah hasil dari sikap kufur nikmat yang keterlaluan
jelasnya. Secara saikologinya rakyat sesungguhnya sedang menukar ‘mindset’
mereka untuk bersedia menerima perubahan kepada kerajaan baru negara.
Perubahan kerajaan dalam sistem
demokrasi adalah ‘normal’. Hanya dinegara ini sahaja pertukaran kerajaan akan
di alami oleh rakyat buat kali pertamanya selepas pilihanraya yang akan
diadakan pada bila-bila masa sahaja. Jika sudah biasa dengan pertukaran
kerajaan dan pentadbiran bertukar ganti maka dengan ‘natural’nya akan berlaku
sistem dua parti dinegara ini.
Penjawat awam juga tidak perlu
runsing kerana jika BN kalah dalam PRU kali ini, penjawat awamnya adalah
pegawai-pegawai dan kakitangan yang sama. Malahan Polis yang membedil rakyat
dengan gas pemedih mata itu pun akan kekal. Oleh itu pihak polis dan penjawat
awam tidak perlu resah gelisah dengan pemindahan kuasa dari BN kepada PR.
Saya menyebut ini kerana saya
hendak memberi tahu semua pihak yang ‘there is life after the demise of UMNO’.
Tidak lama lagi kita akan mendapat bukti yang jika UMNO diketepikan rakyat akan
berpeluang dan mempunyai harapan yang perubahan kepada kehidupan mereka yang
lebih terjamin akan dibuktikan. Masa itu nanti baru lah rakyat tahu yang mereka
tidak akan terjejas kehidupan walaupun UMNO akan tidak lagi berkuasa.
Peluang untuk UMNO kekal dalam
kuasa adalah tipis walaupun bukan mustahil. UMNO selama ini hidup di atas
kebijaksanaan mereka membohongi rakyat dengan retorik lapuknya. Maklum sajalah
berbohong itu merupakan satu perkara yang telah menjadi makanan kepada UMNO dan
BN.
UMNO sekarang sedang dalam
kekalahan walaupun mereka berpengalaman dalam mengelirukan rakyat. Perang
saikologi yang dilakukan oleh media massa
seperti TV3 tidak pergi kemana kerana rakyat begitu jemu mendengarnya. Malahan
TV3 pun sudah tidak lagi mujarab untuk mengubah hati rakyat yang telah tercalar
oleh tingkah laku UMNO dan BN sejak beberapa ketika dahulu.
Segala institusi demokrasi yang
telah diporak perandakan oleh pemimpin UMNO sejak hampir tiga dekad dahulu akan
pasti dipulihkan imejnya selepas UMNO tidak lagi berkuasa di Putrajaya. Polis
yang menendang dan memukul peserta Bersih baru-baru ini akan sampai masanya
untuk mengetahui yang mereka juga akan terus berkhidmat dan masa itu nanti
barulah mereka (polis) yang sesiapa pun memerintah kedudukan mereka tidak akan
terjejas.
PDRM sebaliknya akan merasakan
yang mereka tidak didendami walaupun mereka pernah berlaku zalim kepada rakyat
yang membayar gaji mereka dan bayaran pencen mereka. Sementara keadaan itu
berlaku PDRM janganlah bersikap angkuh jika ada lagi himpunan rakyat serperti
Bersih 4.0 misalnya. Tidak perlulah menyelitkan agen ‘provocateur’ dalam
perhimpunan Bersih jika ia berlaku lagi.
TV3 juga akan tetap kekal dan
tidak payah lagi membodek kerajaan baru nanti. Pengurusan Media Prima tidak
payah hendak bertanya kepada pihak berkuasa macam mana hendak spin
berita-berita tentang UMNO yang akan menjadi parti pembangkang Mereka dari
sekarang boleh lah berlatih untuk menjadi pengamal media massa secara professional, dan tidak payah
mengampu lagi.
Semasa itu nanti kita berharap
pendokong UMNO tidak lagi mencarut dan membabikan pihak lain atau menjatuhkan
hukum murtad kepada pihak lain. Berbuat baiklah sambil kita bersama-sama
memperbetulkan diri dan melakukan intropeksi yang secukupnya. Saya bukan hanya
menyeru orang lain untuk berubah kepada kebaikkan ini. Saya juga menyeru kepada
diri saya sendiri untuk melakukan perkara yang sama.
Yang terpenting sekarang ini
melakukan perubahan adalah satu perkara yang sangat mendesak kerana jika tidak
dilakukan sekarang tidak tahulah apa yang akan terjadi kepada rakyat dan negara
kita ini pada masa-masa yang akan datang.
30 comments:
Asalamualaikum Tuan Aspan,
Apakah rakyat perlu ubahkan kerajaan hanya melalui peti undi?
Kerajaan UMNO BN sudah lama ketahui kalau ikut peti undi, sudah lama mereka kalah.
Sebab itu mereka jaguh dalam penipuan. Apa tidaknya? Walaupun dengan wakil calon memerhati dalam bilik undi, pengundi hantu sudah lama bergiat.
Kini dengan rang undang baru, apakah kegiatan pengundi hantu dapat dibanteras?
Tuan menulis BERSIH 3.0 itu berjaya. Adakah SPR sudah respon? Sebaliknya timbalan SPR hanya berkata beliau bukan ahli UMNO, sementara PM dan bekas PM hanya baling tuduhan.
Pada pendapat saya, UMNO BN akan menunggukan rang undang baru itu digazetkan terdahulu sebelum memanggil PRU13.
Hakikatnya tuan, UMNO BN sudah pun menambah keahlian pengundi hantunya. Respon mereka pada BERSIH 3.0 ialah menambah lagi pengeluaran Mykad kepada pengundi hantunya. Mereka akan tetap kekalkan timbalan SPR.
Sikap pekak badak dan bodoh sombong terhadap segala aduan rakyat mengenai ‘kejahatan’ dan ‘ pengkhianatan’ SPR membuktikan PRU di Malaysia selagi UBN tidak dihumban ke tanah akan terus menjadi medan buli terhadap mana-mana parti-parti sah yang menentang dasar-dasar dan perangai para pemimpin Umno yang ‘gila babi’ dalam mengurus negara, khususnya dalam mengurus harta dan masa depan rakyat.
Majoriti rakyat di negara ini mempunyai hak untuk mengundi, cintakan keamanan dan percaya kepada proses pilihan raya dalam amalan demokrasi yang sihat sudah pasti tidak mahu lagi menyaksikan perbuatan songsang seperti ini berlaku.
Semakin hari semakin banyak kepincangan SPR dan JPN yang berjaya dibuktikan oleh rakyat Malaysia yang sangat prihatin terhadap perjalanan pilihan raya yang bersih dan adil.
Pada masa yang sama, pihak yang bertanggungjawab gagal menyanggahnya.
Apa-apa pun yang terjadi, keadilan mesti ditegakkan. Tamatkan kemenangan haram UMNO dan BN dengan segera. Bukti sahih yang terbentang depan mata pun mereka nafikan!!!
SPR terlalu banyak menipu setelah dijadikan lembu yang dicucuk hidung oleh UMNO.
I agree with you that there is life after the demise of UMNO.
The fact is whether UMNO will allow itself to be demised?
UMNO knows very well that it can be replaced. Does UMNO itself willing to be replaced?
Therefore, UMNO will continue to cheat and plays dirty to the extend of using the police force to brutalize the rakyat. SPR has already been abused. The system has already been corrupted by UMNO.
So, will UMNO die?
Wanita Melayu yang tidak berdosa ditembak oleh polis
http://www.youtube.com/watch?v=_o92KNxW0ig&feature=player_embedded
Lawan Penipuan, Rasuah & Kekotoran Dengan Bersih
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Lv-7A1jgg20
oh..ya ke?
Boleh ke umno dijatuhkan?
Kita harus terima hakikat bahawa masih terlalu ramai rakyat Malaysia
yg anggap umno itu kerajaan, dan kerajaan itu umno.
Jatuhkan umno bermakna jatuhkan kerajaan...
Salam Tuan,
Bukan hanya ustaz yang cakap.
Dunia kedoktoren juga kata, apabila seseorang itu sudah dekat ajalnya :
1. Cakap tidak macam biasa
2. Cakap merapu
3. Otak tidak berfungsi tepat
4. Permintaan pbenda yang pelik-pelik
5. Organ semacam tidak berinterkasi antara satu sama lain
dll.
Maka kita lihat apa rupa UMNO sekarang :
1. Presiden UMNO bila mula start ceramah (macam di Kelantan tempoh hari), ha .. sudah merepek, Cakap bukan macam PM, tapi macam Ketua Gangster yang rasa dirinya terancam. Takut menggila.
2. Pimpinan UMNO tidak stabil. Kementerian yang wanita sepatutnya pegang, dipegang oleh suara garau.
3. Apa saja kes rasuah berbilion, UMNO tidak terasa sakitnya, bahkan semakin seronok.
4. Bawah UMNO, polis yang sepatutnya jaga rakyat, pukul rakyat pula, macam gerombolan singa meratah seekor kijang.
5. UMNO sudah pekak tua, bincang suara rakyat di parlimen, telinga mereka bertebat, macam orang tua "eehh..ehhh..ngeehhh" habis pekak, marahkan orang lain pulak.
6. Maka ini bermakna UMNO BN, sudah dalam keadaan Na'Zak.
Not only there is life after the demise of UMNO but life is definitely better after the demise of UMNO.
Apakah Umno itu perlu ditaati dan di takuti?
Apakah Umno punca segala kesenangan untuk orang Melayu?
Apakah Umno itu pemberi rezeki kepada orang Melayu yang beragama Islam?
Yang di-Pertuan Agong hendaklah mengambil perhatian tentang peri mustahaknya suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam. - Perkara 114. Keanggotaan Suruhanjaya Pilihan Raya
Apa yang terjadi sekiranya SPR tidak lagi mendapat kepercayaan awam?
Siapa yang nak pantau apa yang SPR buat?
SPR boleh bagi macam-macam jawapan. Kalau rakyat tak mau terima jawapan yang diberikan, rakyat nak buat apa?
Kalau rakyat sudah berhimpun dan membantah, dan dianiaya oleh polis, dan dituduh pula nak jatuhkan kerajaan, apa lagi rakyat boleh buat?
Kalau nak tumbangkan Umno..kenalah tumbangkan SPR dulu!
Kebobrokan dasar UMNO BN selama ini dalam semua perkara daripada hilang enjin kapal terbang, kapal selam yang tidak boleh menyelam, RM32 juta wang PPRT lesap, stadium runtuh, perhentian bas Kuala Berang runtuh dan banyak lagi jikalau hendak disenaraikan.
Negara Indonesia, Thailand, Kemboja walaupun iklim negara sama dengan negara kita tetapi mampu menampung keperluan makanan di negara mereka malahan boleh dieksport ke negara Malaysia.
Apa pemimpin negara buat untuk merancang keperluan permakanan negara kita? Menteri Pertanian buat apa?
Wang sebanyak 250 juta dapat membeli 125,000 ekor lembu yang berharga RM2,000 seekor.
Kalau 125,000 ekor boleh diagihkan kepada 62,500 ahli Umno yang miskin, jika dua ekor sekeluarga, sekurang-kurangnya 62,500 keluarga Umno yang miskin dapat dikurangkan.
Apakah masih boleh sokong UMNO BN kalau pemimpin negara sendiri bukan sahaja tidak menjaga kebajikan rakyat malahan ahlinya juga terbiar?
Rakyat perlu ingat isu sekarang bukan lagi soal dakwat kekal atau biometrik.
Isunya adalah kepercayaan kepada SPR.
Kepercayaan awam kepada SPR kini sudah hampir musnah.
Keanggotaan SPR mesti dirombak dan dibarisi tokoh-tokoh yang diyakini rakyat.
Khabarnya Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar adalah orang yang paling dipercayai oleh pemimpin tertinggi UMNO BN.
Beliau diamanah menjalankan "misi sulit", dengan sokongan pelbagai kemudahan, bagi memenangkan UMNO BN dalam PRU13.
Hari ini ramai rakyat sedar mereka telah ditipu oleh Umno BN.
Mereka sedar Umno BN tipu melalui SPR.
Rakyat sedar siapa dalangnya juga.
Rakyat telah bantah dengan berhimpun. Malah dibuli dan dianiaya oleh polis padahal polis yang keluar dari sempadan yang mereka patut menjagai.
Rakyat telah lihat laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (SSD) kematian Teoh Beng Hock pada perenggan 176 : "Kami mendapat bahawa dia (Hishamuddin) seorang yang angkuh, bercakap bohong, tidak jujur dan tidak akan bertolak ansur ..."
Apakah masih ada rakyat rela terima pemimpin yang bercakap bohong dan tidak jujur?
Boleh diandaikan ramai rakyat kini telah sedar tapi masih tak tahu apa nak buat kerana sistem yang ada tidak membenarkan rakyat untuk melakukannya.
Kenapa tidak? Kalau nak ubahkan pemimpin melalui sistem peti undi, sistem tersebut sudah tercemar dengan unsur-unsur penipuan. Masakan tidaknya? Dakwat kekal dipersetujui tetapi digantikan dengan 3 rang undang-undang baru pula.
Rakyat kini terikat dengan undang-undang ciptaan Umno BN.
Salam AA,
Pemerhatian dan telahan AA benar atas asas dan anggapan AA, TAPI MUNGKIN JUGA MELESET. Aku berpendapat PR mungkin duduk di Putrajaya 2 kali pilihan raya lagi lah, kita sama -sama tengok.
AA JANGAN MENYALAHKAN pARTI MEMERINTAH, JENTERA NYA JUGA ADA SUMBANGAN NYA. sIAPA MEMIKIR DAN SIAPA MENYEDIAKAN KERTASA DAN HUJAHNYA, Contoh nya siapa meneliti caangan projek besar..besar, tidak kah jenteranya. itu hakikat. Kalau puak AA memerintah , kaedah yang sama terpakai juga. maka serupa saja.
TK
Jika tanpa penipuan besar-besaran umno akan tumbang..adakah umno akan serahkan kuasa secara gentlemen jika kalah nanti?? adakah polis dan tentera akan ikut perubahan yg rakyat malaysia maukan??? bagaimana sokongan kuasa besar seperti amerika terhadap perubahan kuasa pemerintahan negara??? umno telah teruk kerana pemimpin tua bangka iaitu mahadey yg merosakkan negara..dia la pengkhianat besar negara..
Tuan Aspan,
Saya sangat berharap setelah PRU13 nanti, janganlah pula Pakatan Rakyat (PR) yang mewakili rakyat berkata 'sepatutnya PR menang tapi BN main kotor...'
Hakikatnya, umum sudah diketahui BN ini selalu main kotor. Apakah persediaan PR melawan BN?
Ungkapan basi seperti "...tapi BN main kotor..." janganlah diulangkan lagi.
Kalau masih diulangi, maka bodohlah kerana tidak mempelajari dari kesilapan dahulu. Even a fool learns from his own mistakes.
wahai ybyb mp seluruh negara yg duduk dibawah bn, marilah ubah kerusi anda dlm waktu terdekat ini. agar satu kerajaan baru boleh dibentuk. masa yg ada ini kita mampu memperbetulkan apa yang mustahil dilakukan jika nak tunggu ge13. anda akan dikenang sebagai wira, kerana dapat menyelamatkan negara dari hancur. jika kerajaan berubah kepada pakatan rakyat bagi tempoh beberapa bulan ini se
belumm april 2013. keranaan baru ini tumpukan kepada isu utama perbetulkan spr. yg lain tuggu sampai pilihan raya.
012
Tuan,
Kalau Dataran Merdeka sudah jadi Dataran Penjajah UMNO ... kita pergi Bersih 4.0 SUARA RAKYAT samada :
1. Di PutraJaya
2. Di depan pejabat SPR.
Dua tempat di atas inilah masih ada zombie-zombie berkeliaran.
kalau tak ada anwar, tak adalah pkr. tak ada pkr, tak adalah pr. masa tu baru tau macamana sebenarnya hubungan antara part2 pr. semuanya pembohongan belaka kerana hendakkan kuasa. sebab itu dap dan pas perlukan pkr hidup. sebab itu anwar berani cakap ikut sedap mulut dia saja. dia tahu dap dan pas perlukan dia.
Next week UMNO celebrates its 66th birthday. Dah tua dah macam Aki kita. Makin tua makin menjadi....kuat!
Economist Magazine has a write-up that the Bersih demo did not dent UMNO and Najib's popularity.
Infact it said Anwar has a lot of explaining to do for starting the riot.
Bak kata Najib jadilah jantan dan lawan kerajaan menerusi peti undi.
Bukannya jalanan.
To QD @ prejudiced bigot,
"Next week UMNO celebrates its 66th birthday."
Get your facts right. UMNO is dead since 1988.
Your precious UMNO-Baru is only 24 years old.
A diehard UMNO-Baru fan like you can even get this basic fact wrong? Definite proof that your lot have all been brainwashed.
--ziggy
QD,
UMNO LAMA adalah parti melayu dan keahliannya terbuka kepada semua orang melayu dan Islam. Parti ini telah dimatikan oleh mahkamah dalam tahun 1987 dan terus dibiarkan mati oleh TDM.
sebanyak manapun spin yang UMNO BARU nak buat sekarang, dengan penguasaan total keatas penyaluran maklumat kepada rakyat, sejarah pasca UMNO BARU akan merekodkan seperti diatas.
2. UMNO BARU sejak memasuki Sabah di awal 90an telah mengubah syarat keahlian parti. Sejak memasuki Sabah, keahlian parti UMNO BARU dibuka kepada SEMUA BUMIPUTRA, TAK KIRA MELAYU ATAU TIDAK. TAK KIRA ISLAM ATAU TIDAK.
Syarat keahlian UMNO BARU sekarang ini serupa dengan syarat keahlian sebuah lagi PARTI BUMIPUTRA KAT SARAWAK pimpinan
Taib Mahmud. Syarat keahlian parti PBB sarawak juga terbuka kepada bumiputra, tak kira melayu atau tidak, tak kira Islam atau tidak.Sebab itu Timbalan Presiden PBB ialah Dato Seri ALFRED JABU, dari keturunan IBAN.
Malulah nak tipu orang hidup-hidup QD ...... nak sambut ulangtahun ke 66 parti lain. Dah la itu parti lain, kena bunuh pulak dengan pengasas parti u !!!!
Bat8
QD ni macam orang pergi Mekah tapi tidak mendapat hidayah..kesian dia.
Salam tuan
sebenarnya umno ( BN ) dah tewas di 4 negeri di malaysia , wilayah persekutuan pun BN menang 3 kawasan je dalam pru12 , yang uruskan pru12 ialah SPR ni yang BERSIH tuduh penipu , agen umno ( BN ) . Kalau spr ni penipu kenapa banyak kerusi parlimen PR menang dan 4 negeri jatuh ke tangan PR ? Bagi saya BERSIH ni hanyalah alasan untuk menuntup kelemahan PR , kalau PR tewas besar dalam pru13 para pemimpin PR ada alasan untuk di canangkan kapada penginkut fanatiknya bahawa PR tewas bukan kerana tiada sokongan tetapi SPR penipu .
salam gobong,
sebenarnya PR dah memerintah Malaysia lepas PRU12 lagi dgn adanya pertolongan SPR juga make UBN masih bernyawa.. kalau PR tak bersuara Kali ni pasti lagi bermaharajalela lah puak tu.. kan ke Tim pengerusi SPR tu ahli UBN.. fikir-fikirkan lah.....
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Maaf, agak terlewat mengikuti artikel-artikel saudara terkini. Namun begitu, saya akan cuba luangkan masa, insha Allah, kerana saya yakin, tulisan saudara adalah atas pengalaman dan pemerhatian sekian lama.
Oh, mengenai UBN jadi "PEMBANGKANG" ... Saya turut bersetuju akan kebenaran kebarangkalian itu. Mana tak? Lihat sahaja akan sebaran maklumat dan berita yang sangat bercanggah antara media arus perdana dan terbuka; dengan keadaan sedemikian pun, setidak-tidaknya yang boleh melihat, pasti nampak perbezaannya yang teramat nyata, kan? Malah, bagi saya sendiri, walaupun hanya mampu mengakses internet seperti yang pernah saya sebutkan suatu ketika dahulu, dengan peralatan dan perisian yang dicipta oleh orang lain, sudah memadai untuk saya mengetahui siapa yang benar dan siapa yang berbohong. Oleh itu, bersamalah kita bergerak ke arah perubahan ini dengan semampu kita sehingga Malaysia tercinta ini jadi milik kita bersama, bukan milik puak, kaum atau bangsa tertentu sahaja sebagaimana laungan bermusim UBN selama ini.
Terima kasih.
Post a Comment