Apa yang dikatakan oleh Dr
Mahathir di Jitra semalam mendapat perhatian saya. Beliau meminta supaya
pemimpin UMNO serta ahli-ahli partinya tidak sabotaj UMNO dalam pilihanraya
nanti. Beliau berkata yang beliau yakin BN akan menang jika semua pihak dalam
UMNO membuang sikap suka mensabotaj parti.
Kenyataan Dr Mahathir ini
membuktikan yang apa yang saya katakan selalu yang pada PRU yang lalu lebih
dari 1.5 juta ahli UMNO telah mengundi parti-parti pembangkang dan telah
menunjukkan kepada semua yang UMNO sudah tidak lagi boleh mengaku yang parti itu
adalah parti yang mewakili orang Melayu dalam politik negara.
Beliau pastinya memahami keadaan
sabotaj menyabotaj dalam UMNO itu adalah satu kenyataan yang hakiki. Ini ialah
kerana beliau sendiri merupakan penyabo kepada UMNO dalam pilihanraya dahulu
ketika UMNO sedang membuat persiapan untuk menghadapi pilihanraya ke-12 pada
tahun 2008 dahulu.
Sabotaj yang dilakukan oleh Dr Mahathir
sendiri merupakan salah satu dari banyak sebab kenapa ramai calon-calon UMNO
jatuh tersembam dalam pilihanraya umum itu. Dr Mahathir telah keluar dari UMNO
di saat UMNO memerlukan penyatuan di antara semua ahli-ahli dan pemimpinnya.
Tetapi Mahathir telah bertindak keluar kerana yang lebih di utamakan oleh
beliau ialah untuk merudumkan kepimpinan UMNO semasa itu yang dipimpin oleh
Abdullah Badawi.
Mahathir tidak peduli dengan
segala-galanya terhadap parti. Yang terpenting bagi beliau Abdullah Badawi
mesti dijatuhkan walaupun ia membawa risiko yang amat tinggi kepada UMNO dan
BN. Sekarang ini beliau pula yang meminta supaya ahli-ahli dan pemimpin UMNO
tidak menyabo mana-mana calon yang diturunkan walaupun calon-calon itu
datangnya dari langit atau dari rimba.
Tetapi yang lebih jelas dalam
kenyataan Mahathir ini, ialah tindakan mensabotaj calon BN sendiri itu sudah
menjadi budaya dalam BN teraju UMNO ini. Ini lebih dijelaskan pada Perhimpunan Agong UMNO yang lepas dalam mana setiap perwakilan telah berdiri membaca baiah
perwakilan untuk tidak mensabotaj calon-calon UMNO dalam pilihanraya yang bakal
diadakan nanti.
Itulah sebabnya saya selalu
meminta supaya UMNO menjaga parti mereka sendiri dan janganlah menyibuk hendak
memberikan komen terhadap parti-parti lain dan membuat fitnah jahat semata-mata
untuk mengalihkan pandangan ahli-ahli UMNO dan rakyat dari kelemahan mereka
sendiri.
Bagi saya, tindakan sabotaj
mensabotaj parti dalam UMNO semasa pilihanraya nanti merupakan isu yang besar
bagi BN. Yang penting sekali ialah kerja sabotaj mensabotaj ini tidak mungkin
dapat dihindarkan lagi kerana tidak ada tindakan disiplin bagaimana ketat
sekali pun akan mampu membaiki keadaan. Tidak salah jika saya katakan yang UMNO
sudah menghadapi penyakit dalaman yang terlalu teruk dan sudah terlalu
‘advanced’ dan tidak mungkin boleh diperbaiki lagi.
Yang menjadi persoalan sekarang
ini ialah samada pimpinan UMNO dan BN bersedia untuk menghadapi proses
pengambil alihan kuasa oleh rakyat dari mereka. Sampai kehari ini Najib atau
kepimpinan tertinggi parti masih belum ada membuat kenyataan yang mereka
bersedia utuk menyerahkan kuasa jika itu yang dikehendaki oleh rakyat dalam
pilihanraya nanti. Yang kita dengar selama ini hanyalah kenyataan Najib yang
UMNO akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan Putrajaya.
Banyak parti-parti yang
memerintah dinegara-negara maju menerima kekalahan dengan ‘gentleman’ dan
menyerahkan kuasa secepat mugkin setelah rakyat memberikan mandat kepada phak
lain. Gordon Brown tahu yang parti Buruhnya akan kalah dalam pilihanraya yang
lalu. Tetapi oleh kerana menghormati sistem demokrasi yang tulin, pimpinan
parti Buruh tidak pula bertindak dengan melakukan tektik kotor terhadap parti
Conservative atau parti Liberal Demokrat sebelum menghadapi pilihanraya negara
Britain
awal tahun lepas.
Tidak ada penyokong-penyokong
parti Buruh menonggengkan punggung mereka dihadapan rumah pemimpin parti
pembangkang dan pemimpin NGO di Britain. Tidak ada pula ‘function’ parti
pembangkang diganggu oleh gangster-gangster parti Buruh malahan parti Buruh
tidak mempunyai gangster-gangster upahan untuk mengganggu program parti Liberal
Demokrat.
Walaupun parti Buruh tahu yang
mereka akan kalah, tidak ada pula kita mendengar penyokong parti itu mengambil
video pemimpin-pemimpin Conservative semasa mereka berada di dalam bilik air
atau tandas.
Yang penting Najib dan UMNO patut
belajar ialah untuk melalui pengalaman kekalahan dalam pilihanraya kerana UMNO
terlalu angkuh seolah-olah kemenangan pilihanraya itu hanyalah hak UMNO sahaja.
UMNO tidak pernah diduga dan merasakan pahit maungnya berada dipihak
pembangkang kerana hasil kerja buruk mereka sendiri. Saya tidak mahu mendahului
Tuhan, tetapi hukum mengatakan yang UMNO kali ini seperti juga makhluk-makhluk
kejadian Tuhan itu tetap akan merasa giliran untuk menerima dugaannya kali ini.
Selama ini UMNO hanya diduga
dengan kemewahan dan kesenangan tetapi
belum pernah merasakan dugaan melalui kesusahan. UMNO perlu melalui proses ini
untuk mematangkan lagi perjuangannya dan kembali kepada ‘basic’ iaitu untuk
melakukan kerja dan ubudiah baik bagi rakyat yang ramai ini.
Rakyat sekarang dalam kerinduan
untuk melihat pimpinan kerajaan memberikan fokus kepada rakyat yang ramai dan
berhenti menjadi satu parti yang menjaga
‘exclusivity’ bagi kumpulan kecil
sahaja. Rakyat tidak mahu lagi melihat
UMNO itu sebagai sebuah kelab ekslusif semata-mata.
Rakyat sudah tidak menerima lagi
laungan 'acronym' besar-besar seperti NKRA, ETP, TTP, KETIAK, RTM, SPRM, KTM,
TDM, dan banyak lagi acronym yang menjadi laungan yang entah apa-apa itu.
Rakyat mahukan ‘substance’ bukannya ‘form’ yang terlalu lazim digambarkan oleh
pimpinan negara kita.
UMNO, seperti yang saya sebut
dalam posting yang lepas sepatutnya berehat dan membuat ‘introspeksi’ mendalam
dan menilai kembali apakah mereka telah berjaya berjuang selama ini terutamanya
dalam menentukan nasib orang Melayu sebagai yang dilaungkan sejak lebih dari
lima dekad yang lalu.
Pilihanraya kali ini adalah
pilihanraya diantara rakyat dengan pimpinan BN sebenarnya. Jika rakyat yang
menang, mereka akan menang melalui mandat yang akan diberikan kepada parti-parti
dalam Pakatan Rakyat, PAS, DAP dan PKR. Jika Pemimpin-pemimpin BN yang menang
maka itu adalah kemenangan bagi segelintiran ‘warlords’ dalam UMNO yang telah
menenggek diatas kuasa rakyat yang dimandatkan kepada BN.
Tetapi seperti yang saya nyatakan
diatas tadi jauh disudut sanubari saya, PR akan mendapatkan mandat itu dari
rakyat dalam PRU yang akan datang ini.
Itulah sebabnya saya cuba untuk
mengingatkan pemimpin-pemimpin BN khususnya UMNO supaya menerima kekalahan itu
dengan ‘gentleman’ dan bersama-sama melakukan penyerahan kuasa itu dengan baik
dan bertertib.
Kalau Gordon Brown telah
menyerahkan kuasa kepada parti Conservative hanya dalam tempoh 6 jam selepas
kekalahanya dalam pilihanraya umum Britain, kita tidak nampak kenapa
BN harus menyusahkan proses peralihan kuasa itu dalam pilihanraya yang akan
datang.
Barulah demokrasi terlaksana
dalam erta kata yang sebenarnya. Najib dan pimpinan BN jangan merasa marah
dengan penolakan rakyat terhadap kepimpinan mereka. Kita perlu ingat yang Adam Alaihissalam pun dikeluarkan dari syurga bersama Hawa.
Apa yang lebih enak selain dari
berada di dalam syurga. Itu pun Adam telah menerimanya dengan senang penuh
takzim dan terus melakukan tanggungjawabnya walau pun telah dikeluarkan dari
syurga.
Apa nak dihairankan jika Najib
keluar dari Putrajaya jika dibandingkan dengan Adam yang telah keluar dari
syurga itu.. Apakah yang lebih enak dari syurga? Ia lebih enak dari berada di
Putrajaya.
44 comments:
Pak Aspan,
Saya sangat bersetuju bahawa pilihanraya kali ini adalah pilihanraya di antara rakyat dengan pimpinan BN sebenarnya.
Rakyat Malaysia kini diseru untuk bersatu menumpaskan pimpinan Umno BN. Inilah satu-satunya cara untuk memerangi gejala rasuah Umno BN.
Kerajaan Barisan Nasional telah menjatuhkan maruah umat Islam di Malaysia kerana rakyat Malaysia memang tahu bahawa kabinet kerajaan Malaysia terdiri daripada menteri-menteri yang beragama Islam.
Berbilion duit rakyat telah dibazirkan kerana budaya rasuah. Kecuaian dan pengabaian dalam memelihara ajaran Islam dan tidak menjadikannya sebagai agenda utama dalam pentadbiran negara telah menyebabkan rasuah terus kekal bermaharajalela.
Setuju bro....
Khir toyo berkelakuan dengan perbuatan bagi PENYAPU.... (Selangor telah rebah)
Najib pula berkelakuan dengan perkataan HARAM JADAH....(Persekutuan akan rebah)
Umno ini rosak bawah tun ahmad badawi atau mahathir sendiri atau kerana kepimpinan umno dan budaya buruk umno?
Hakikatnya ialah Mahathir telah menggunakan apa saja isu untuk menutupi kesilapannya yang lampau. UMNO yang telah dibangunkan oleh Onn Jaafar, Tunku, Tun Razak, Tun Dr Ismail, Tun Hussein; semua telah di porak porandakan oleh Dr Mahathir kerana beliaulah pengasas UMNO baru.
Mahathir bukan saja rosakkan UMNO, beliau juga rosakkan Integriti Negara, Integriti Perkhidmatan Awam, Integriti Polis, Integriti Kehakiman dan Integriti Negara.
Mahathir telah merosakkan sistem Negara. Oleh itu, rakyat sangat perlukan perubahan untuk memperbetulkan kerosakan yang dialami oleh negara.
Kalau Mahathir yang merosakkan dan Pak Lah serta Najib telah gagal memperbetulkannya, maka Pakatan Rakyat lah harapan negara.
Mahathir bapa perosak
Saudara AA,
Mahathir takut bayang-bayangnya yang datang menghantuinya manakala Najib takut realiiti teori RAHMAN.
Salam.
Apa yang tidak dibuat Mahathir pasca 13 Mei tahun 1969? Mahathir menghina dan mencerca Tunku yang dikatakan leka dengan towkey China dan berlumba kuda.
Dosa Mahathir terhadap Arwah Tun Hussein Onn semasa menjadi Timbalan PM, Mahathir lebih banyak membuat karenah dan memberi tekanan kepada Tun Hussein dengan bantuan anasir asing. Mahathir yang memperkasakan budaya berpuak dengan umpanan wang supaya mudah mencengkam kuasa.
Untuk kekuasaannya, strateji Mahathir sanggup mengadu-domba antara Musa Hitam dan Tengku Razaleigh. Malah ditekannya Musa Hitam dengan isu Memali. Ghaffar Baba yang diperkudakannya juga dikencing apabila tidak diperlukan lagi. Nasib Anwar Ibrahim lebih teruk dan parah lagi. Kebebasan dan maruahnya diinjak Mahathir dengan menyalahgunakan segala institusi yang ada. Malah hampir sedozen cara digunakan untuk menghabiskan riwayat Anwar Ibrahim. Antara yang masyhur adalah peristiwa lebam mata, dua kali kemalangan helicopter yang sepatutnya beliau naiki dan keracunan arsenic serta kini dengan video sex dan kes Saiful.
Dosa Mahathir kepada seluruh rakyat Negara ini lebih besar lagi. Mahathir telah berlaku curang dan pecah amanah terhadap kuasa dan kepercayaan yang rakyat berikan kepada beliau. Mahathir tidak mempedulikan kebajikan rakyat marhaen dan kecil.
Malah Mahathir seakan memperli atau menghina kehadiran mereka. Mahathir banyak menghabiskan masa dan membela nasib orang kaya. Itu adalah budaya kezaliman yang dilakukan sampai sekarang.
Bahkan bukan sekadar itu, budaya rasuah, penyelewengan kuasa dan frasa KKN dari Indonesia sudah menjadi resmi kerajaan hari ini. Itulah legasi Mahathir yang yang masih dipegang sampai hari ini.
Mahathir memandang ringan akan Hak Asasi rakyat seperti Ilmu Pelajaran dan Perkhidmatan Kesihatan. Semasa zaman kemewahan dengan segala hasil cukai yang dipungut, Mahathir lebih memandang akan pembinaan projek Mega yang kununnya adalah penting bagi menarik pelancong dan juga kepentingan stratejik masa hadapan.
Adakah para pemimpin lain menegur mcorak kepimpinannya? Tidak berani, Mahathir selalu mendabik dada bahawa dia lah yang menghidupkan Umno Baru dan memerintah mengikut acuannya yang tersendiri. Ahli Umno hanya diperalatkan waktu undi dan menjadi sesumpah yang mengangguk sahaja. Mana-mana yang berani menyanggah dan menegurnya akan berakhir sepertimana Musa Hitam, KuLi dan juga Anwar Ibrahim.
Perlakuan keji pemerintahan Mahathir banyak berselindung di sebalik slogan dan dasar-dasar yang diciptanya sepanjang kepimpinan malah sampai sekarang.
Mahathir out-sourcekan perkhidmatan kerajaan satu persatu sehinggakan Perkhidmatan Pendidikan dan Kesihatan juga tidak terlepas.
Allah kurniakan kebijaksanaan yang luar biasa kepada beliau tetapi oleh kerana ketamakan kuasa, Mahathir menggunakan kesenian politiknya menjajah minda ahli-ahli Umno terutamanya Perwakilan dan ahli Majlis Tertinggi.
Kecelikan Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri kerana percaya masih boleh berkuasa dari belakang telah memakan diri kerana Umno kini bukan hanya rosak tapi telah hilang kepercayaan ahli malah rakyat keseluruhannya.
Tuan Aspan,
Rakyat marhaen semakin sedar tentang agenda Mahathir yang sengaja mengaitkan Pembangkang dengan keganasan.
Skrip beliau berusaha memecah-belahkan rakyat semua kaum dengan mengadu-domba menggunakan sentimen menggugat perpaduan dan harmoni kaum.
Rakyat sudah sedar bahawa projek Mega Mahathir (seperti Bakun, Mahligai Mahathir Putera Jaya, pembelian Global express, pembinaan KLCC, Stadium dan SUKOM, projek PERWAJA, dasar Penswastaan Pendidikan dan Kemudahan Awam, dll) dibantah oleh rakyat kerana semuanya adalah satu pembaziran yang gagal menjana kekuatan ekonomi rakyat. Yang mendapat faedah ialah kroni-kroni yang mendapat tender dan kontrak secara langsung dari Mahathir.
Siapa tidak tahu anaknya Mokhzani, orang terkaya dalam Malaysia? Siapa lagi tidak kenal anaknya Mukhriz, bakal jadi perdana menteri Malaysia?
Kebijaksanaan rakyat telah membawa kepada kewarasan politik.
Kalau Mahathir sayangkan UMNO, beliau tidak akan melepaskan jawatan Perdana Menteri sebagaimana Nik Aziz sayangkan Islam.
Kalau Mahathir sayangkan UMNO, beliau tidak akan keluar dari UMNO hanya kerana marah pada Pak Lah.
Kalau Mahathir sayangkan UMNO, beliau tidak akan hina dengan berkata UMNO tidak bagi orang pandai masuk.
Kalau Mahathir sayangkan UMNO, beliau tidak akan menangis kerana mengungkap perjuangan belum selesai sebab beliau hipokrit kerana menangis dan meninggalkan kepimpinan UMNO.
Juasseh
Salam,
Siapa sebenarnya yang sabotaj Umno? Bukankah Umno Baru yang sabotaj Umno lama? Buat apa digelar presiden parti kalau tiada kuasa? Kenapa tidak digunakan kuasa presiden untuk elakkan Umno dari diharamkan? Apakah itu bukan tindakan sabotaj terhadap perlembagaan Umno lama, sabo kerana ingin pertahankan kuasa?
Kenapa DEB disabotaj sehinggakan golongan miskin dari semua kumpulan etnik terpinggir.
Ahli Umno yang waras fikiran sudah tentu tidak akan bersekongkol dengan pemerintahan yang penuh dengan rasuah dan ketamakan. Kalau tidak sokong Umno, apakah digelar sebagai sabotaj?
Ini macam nak memaksa ahli keluar dari parti sendiri. Selagi dalam parti Umno, ahlinya kena tetap sokong sungguhpun pemimpinnya tidak betul?
@@
Pengundi bernama Umno bin Tinggal
http://addin77.blogspot.com/2012/05/tolak-pbb-terima-haniff-omar-bukti-umno.html
Sdra pembahas,
Antara petunjuk/indikator penting untuk mengetahui kedudukan UMNO Baru dari masa kesemasa menjelang PRU13 ini terutamanya jika keadaan seketika itu tenat ialah KITA PERHATIKAN GELAGAT TDM.
Jika keadaan UMNO Baru tenat maka timbullah TDM membuat pelbagai kenyataan akhbar menuduh pembangkang dengan pelbagai tuduhan tak masuk akal. Minggu lepas dia begitu aktif menabur fitnah. Itu maknanya, maklumat terakhir dia terima menunjukkan keadaan UMNO Baru tenat.
Selamat memerhati. Esok Anwar, Azmi dan Chegubad akan dituduh dimahkamah dibawah akta perhimpunan aman yang baru. Perhatikan komen-komen TDM kat MSM untuk mengetahui keadaan UMNO Baru semasa.
bat8
Tuan,
Bermacam tuduhan saya lihat pada UMNO dalam blog tuan tetapi deep down saya tahu parti inilah sahaja yang Akan membela nasib orang Melayu kecuali PAS dan PKR betul betul jujur dan betul betul kuat dan dapat menarik Kebanyakan orang Melayu bersatu dan meyakini parti ini.Buat masa sekarang belum lagi saya fikir.Salam.
Tuan aspan,
Saya setuju dengan sistem 2 parti dan itulah yg saya angan angan kan. Cuma bukan sahaja BN yang kena gentleman menerima kekalahan akan tetapi PR juga kenalah gentleman menerima kekalahan. Janganlah jika tewas ( saya yakin PR akan tewas)nanti, tuan bersama sahabat2 PR pula akan berdemontrasi jalanan.
Saya tidak bersetuju dengan perumpamaan tuan menggunakan Nabi Allah adam dan Hawa. Tidak sesuai dan tidak sopan. Ini kali kedua rasanya tuan guna perumpamaan Rasul Allah ini.
Tahukah Mahathir dan geng bahawa syaitan boleh masuki dalam hati anak adam melalui 10 pintu?
1. Pintu sangka buruk - kenapa mempunyai sangka buruk ahli tak pandai dan ahli sendiri yang nak sabotaj?
2. Pintu cinta hidup panjang - kena terima hakikat semua tidak akan kekal. Kena terima Umno bukan selama-lamanya.
3. Pintu Nikmat - Ke manakah kenikmatan yang patut dikecapi setelah memimpin selama 22 tahun?
4. Pintu pandang rendah terhadap orang lain - Akibat memandang rendah pada Pakatan Rakyat. Mereka ini berjuang untuk rakyat. Janganlah pandang rendah pada rakyat.
5. Pintu kagum pada diri sendiri - masih kagum sebagai pengasas Umno Baru, Proton dsb.
6. Pintu hasad dengki - kenapa jeles dengan Pak Lah yang dapat mandat 90% dalam PRU 11 sehingga menjatuhkan penganti pilihan sendiri sampai Umno yang rugi.
7. Pintu riya - kenapa tak ikhlas sewaktu memimpin? Kini terbongkar satu per satu dasar udang di sebalik batu.
8. Pintu bakhil - kenapa meletak jawatan PM walhal kepimpinan sangat diperlukan waktu itu. Janganlah sampai sudah rosak baru nak menyibuk.
9. Pintu takabur - kenapa meludah ke langit? Surat Mahathir kepada Tunku Abdul Rahman berbunyi, "Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Service,...tidak lagi ada keperchayaan dan respect kepada Tunku."
10. Pintu tamak - tak cukup lagi kekayaan dalam keluarga? Anak sudah jadi terkaya. Kuasa sudah pegang 22 tahun. Masih tak cukup?
UMNO telah hilang kredibilitinya sebagai parti yang memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa Melayu. Kini UMNO ialah parti untuk meraih kemewahan dan menjaga kepentingan peribadi ketua-ketuanya. Perasaan takabur dan tamak haloba telah mengkaburi UMNO sehinggakan sebarang pendapat berbeza dari ahli-ahli lain dipandang sebagai pengkhianatan yang wajib diperangi habis-habisan.
Ahli-ahli UMNO tidak perlu mempunyai daya fikir yang analytical dan wajib menerima bulat-bulat tanpa soal setiap keputusan kepimpinan.
Salam semua,
Memang sifat kebanyakan orang tidak mahu melepaskan apa yang telah selesa dipegang lama! Hakikatnya pengamal politik didalam umno tidak pernah terfikir risiko kehilangan kuasa (ketakutan acah acah banyak dibuat dalam latihan yg apa akan jadi bila melayu hilang kuasa) Nak cadangkan pada semua untuk fokus cara nak ambil sebab nak tungu lepas memang puak puak ni takan bagi punya (itu sebab tak berani nak "recognise" apa pun jua keputusan piliharaya seperti yg dicabar oleh YB LKS)
TERKINI : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan bahawa parti tersebut tidak akan bermuzakarah dengan Umno kerana persoalan itu tidak timbul.
http://www.youtube.com/watch?v=ZZdnPEYvxCA&feature=player_embedded
Salam AA dan bloggers,
Takut bukan sebarang takut.
Takut duk penjara tu.
Bukan Najib je..termasuk la Mamak Madey Kutty dan kuncu2.
Tu la pasal mati2an tak nak hilang kuasa.
Surrogate
betul tu Pan...
berangan tu percuma.. tak pelah kalau Pakatan berangan nak tawan Putra Jaya..
Harap-harap Aspan berangan jugak nak jadi MB Negeri Sembilan.. kek mano Aspan nak tanding.. Orang Pilah tak berapo kona Aspan..sonang-sonang jumpolah orang Kampung, kalau nak monang tu.
Salam Sdr Aspan.
Terima kaseh mengutarakan isu.
Untuk ingatan bersama....
Hujan gerimis diwaktu pagi,
Syahdunya azan dibulan puasa.
Apa ditangis kuasa yang pergi,
Sampai giliran bertukar kuasa.
Makan mee berperenchah udang,
Jualan mamak dipetang hari.
Semasa berkuasa tak ingat orang,
Sampai masa mengigit jari.
Guruh berdentum hujan tak jadi,
Air ditempayan dikirah sayang,
Mahadir meroyan pohon simpati,
Kuasa ditangan terasa melayang.
Budak budak bermain congkak,
Congkak dari Inderagiri.
Najib bertempik macam bebudak.
Dah nak tersungkur tak sedar diri.
Pak Aspan,
Menurut nujum Pak Belalang, kehadiran memanda Mahathir itu adalah semata2 untuk menjadi tongkat sakti kepada Bendahara Najib yang kian kehilangan kuasa sakti akibat terlalu banyak memakan darah puteri Kublai Khan. Memanda Mahathir itu pula bercakap perkara2 pelik kerana pada anggapannya tiadalah orang Melayu itu melainkan mudah lupa. Jadinya sekian parti Melayu itu lupalah akan segala derita duka nestapa sekelian umat Melayu dibawah perintah kerajaan Melayu Bersatu Baru.
Dengan hutang keliling pinggang hampir setengah trillion ringgit apakah lagi bukti kelembamam otak memanda Bendahara itu?
Khabarnya Tun Dr Ling Liong Sik menipu kerajaan Malaysia.
Yang menipu sudah tentu jahat dan bijak. Yang kena tipu pula sudah tentu lemah dan bangang.
Yang tipu tak beramanah sementara yang kena tipu pun sama tak beramanah dan pak angguk dalam mesyuarat jemaah menteri.
Apalah malang rakyat Malaysia diperintah oleh kerajaan Umno BN yang anggota jemaah menterinya orang yang bodoh bangang dan mudah ditipu sebanyak dua kali dalam tempoh tak sampai dua bulan?
Malaysia, tidak akan maju jika jemaah menteri dari kalangan penipu dan menteri yang mudah ditipu terus berkuasa.
Kesemua anggota kabinet terutama Tun Mahathir yang didakwa telah ditipu itu mesti bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan kerana kerugian yang telah ditanggung oleh negara berhubung perkara itu ternyata amat besar.
Ini merupakan "unbecoming conduct" kerana mereka sebenarnya melakukan "act of negligence" yang didefinisikan sebagai "the failure to use ordinary care".
Abdul Aziz Bin Mustafa
UMNO BN hanya menumpukan sasaran pembangunan negara kepada projek mewah dan “bailout”, pembaziran dan rasuah, penyalahgunaan harta dan ketirisan bernilai ratusan billion.
Rakyat yang akan menanggung kesemua ini. Kroni UMNO BN terus hidup mewah melimpah-ruah. Inilah kesannya menyokong UMNO BN yang berasaskan Nepostisme, Korupsi dan Kronisme.
Yang dihormati Tuan Aspan
Masalahnya bukan Najib takut keluar darpada Putra Jaya. Masalahnya rakyat biasa masih nak dia duduk situ.
Kalau Najib nak keluarpun, ada ke orang luar dari UMNO yang boleh jadi PM?
Ala Saya risaulah takut jam pergi kerja besok sebab Anwar dan Azmin will be in court.
Janganlah pulak dia suruh buat demo lagi.
Alhamdulillah akhirnya kena pergi court. Saya tengok orang kecik je kena tangkap. Polispun dah kena charged in court.
Takkanlah yang instigate demo bebas, ya tak. Tunggu bila pulak Ambiga dan Pak Samad Said's turn in court.
Quite Despair,
If Najib acn be a PM, then anyone else can. Maybe not within UMNO but there are abundant outside UMNO.
yhank you QD
Baling selipar kat hakim, tak kena pun tapi masuk court dan masuk lokap.
Baling telur dan batu..kena kereta sampai pecah cermin dan kemik kemik tapi tak perlu masuk court dan tak masuk lokap.
Paling best dan paling dahsyat...suka suka bunuh orang pakai C4 tanpa sebab, hakim kata motif bunuh tak penting...kah kah kah..cerita kartun.
Wahai Quite Despair!
Aku gerenti dan jamin baik Anwar, Azmin dan Bard pasti akan sambut saman tu dan pergi court. Mereka terbukti gentleman dan berani. Tengok jer nanti atau paling tidak lawan potong jari kalau berani?
Yang aku tak faham..orang yang dakwa diri tak salah dan tak terbabit bacul nak pergi court..baik court dalam negara ( kes liwat II ) mahu pun court kat Perancis tu. Tapi orang tu lah paling dahsyat "masuk bakul angkat sendiri". Boleh tuan bijak pandai Quiet Despair jelaskan sikit pasal hal ni?. Adakah orang itu bacul dan dayus?
Kalau dah bersumpah tak kenal perempuan monggolia tu..apa ke jadahnya takut nak pergi court?. Kalau dah yakin dan confirm Saiful tu jumpa dia nak mohon biasiswa, apa ke jadahnya takut nak hadir court?
Hidup Najib! Hidup Najib! Hidup Najib! Sebagai warga Malaysia kami bangga kerana PM kami paling berani dan hebat didunia! Kamulah PM terhebat di muka bumi ini, tiada dua melainkan kamu..memang hebat! HEBAT AUTA DAN PENIPU !
Sdr Aspan,
Membandingkan Adam dengan Najib tu tak sesuai sangat. bezanya bagai langit dan bumi.
Adam tu NABI!
Kat puncak Putrajaya tu _ABI !
Main menyondol jer dia sekarang ni, sana cekup, sini tangkap, sana pukul, sini sepak. Aku ingat dia dah terdesak. Awas pemimpin PR...gendang lama akan mereka iramakan kembali sikit demi sikit.
Apa khabar geng pijak kepala lembu? Apa cerita geng demo komtar? Apa jadi geng beli dakwat nak sabotaj pilihanraya? Apa kisahnya geng letup bom kat court tu hari? Apa macam geng henyak mahasiswa kat Dataran sebelum ni?
Aku rasa Quite Despair pun tau semua geng tu dah ditangkap dan digantung serta dihukum. Betul tak Quite Despair?. Betul kan? Kerajaan sekarang adil kan? Polis pun adil kan?
bglah kabinet bayangan PR nak tahu jugak sape jd menteri2 nt kat putrajaya.
Kelicikan politik Tun Mahathir diperakui oleh kawan dan lawan sehingga Tuan Guru Nik Aziz pernah menyebut: "Seandainya Dr Mahathir menjadikan Islam sebagai teras perjuangan, nescaya umat Islam akan beroleh manfaat besar mempunyai tokoh seperti beliau".
Kelicikan politik Tun Mahathir terus terserlah apabila dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas Tun Razak meninggal dunia, walaupun beliau bukanlah Naib Presiden Umno yang mendapat undi tertinggi semasa pemilihan parti 1975.
Malah selang enam tahun kemudian Tun Hussein Onn yang memberi kepercayaan kepada Tun Mahathir pula yang melepaskan jawatan untuk memberi laluan kepadanya. Peristiwa perletakan jawatan Tun Hussein sehingga kini masih misteri, iaitu apakah masalah kesihatan yang dihadapinya?
Tun Hussein dilihat masih sihat malah menyertai Tunku Abdul Rahman bersama-sama menyerang Mahathir selepas peritiwa pengharaman Umno 1987. Semua pemerhati politik maklum dengan rahsia umum tersebut, Mahathirlah yang menyebabkan Tun Hussein bersara awal.
Tun Mahathir melakukan 'hattrick kecil' dengan menyingkirkan tiga Timbalan Perdana Menteri. Kecuali Tun Ghaffar Baba, kedua-dua yang lain disingkirkan secara berlawan.
Tun Ghaffar Baba disingkirkan melalui proksi 'anak didik' politik Tun Mahathir iaitu Anwar Ibrahim. Ketiga-tiga Timbalan Perdana Menteri yang disingkirkan ini bukan calang-calang politikus, tetapi kelicikan politik Dr Mahathir dapat mengatasinya.
Musa Hitam yang disingkirkannya terus senyap daripada berpolitik, manakala Tun Ghaffar pula sebelum meninggal dunia tiada lagi peranannya dalam politik selain daripada veteran Umno. Hanya tinggal Anwar Ibrahim yang masih terus berpolitik.
Dalam sejarah dunia, Tun Mahathir telah menumbangkan 3 Perdana Menteri iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein dan Tun Abdullah. Selagi Tun Abdullah senyap tanpa melawan, selagi itulah beliau dapat menikmati kehidupan di dunia kerana ramai telah meninggal kerana melawan.
Oleh itu, berhati-hatilah bila berlawan dengan Tun Mahathir. Apabila diri beliau sudah terasa dikepung, mematikan riwayat pihak lawan adalah strateji terakhir beliau.
~WM~
Allah SWT menjadikan di atas dunia ini dua jenis golongan kepimpinan manusia iaitu yang dinamakan pemimpin biasa dan Nabi-nabi a.s.
Manusia biasa tidak akan mengetahui semua perkara mengenai dunia kecuali golongan Nabi dan Rasul a.s. kerana dilantik oleh Allah Ta’ala.
Kisah mati dan hidup balik tidak ada dalam pengajian demokrasi, nasionalis, komunis dan sebagainya. Sedangkan, hidup balik adalah perancangan Allah, bukannya perancangan kerajaan dan bukannya perancangan syarikat.
Allah SWT yang akan menghidupkan kita semula untuk dibalas. Jadi sebab itulah, undi kerajaan yang boleh melaksanakan Islam. Bukan sekadar hendak jaga Melayu dan bukan sekadar hendak jaga pembangunan.
Hakikatnya, kerajaan Pakatan Rakyat telah melaksanakan dasar-dasar yang berlandas Islam seperti mengharamkan arak, judi serta menentang rasuah.
Dasar BN ialah ‘dasar kebangsaan’. Dasar Kebangsaan tidak boleh bawa manusia ke Syurga, kerana dasar kebangsaan bukan ajaran Nabi Muhamad SAW kerana ajaran Nabi Muhamad ialah Islam.
Ayahanda Aspan,
Saya berdoa jangan sampai satu hari nanti anakanda melihat video seperti ini dengan ayahanda sebagai pelakon utama pula;
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=SehuWH5lPfM
HUKUM TUDUH TOK GURU BAPA KAFIR
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=lwdN0C1_-Dg
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Ma sha Allah! Hebat! Memang benar! sudah tentu, tiada yang lebih enak berbanding berada dalam syurga ... Malah, mereka yang juga ayah dan biu kepada sekalian manusia, telah dinasihati agar berhati-hati dengan si Iblis terkutuk itu. Namun, hanya kerana terlupa, ditambah pujuk rayu nafsu, akhirnya, begitulah jadinya, kan? Malah, benar seperti yang saudara sebutkan, mereka menerima dengan rela akan akibat keterlanjuran itu serta terus bertaubat dan menunaikan tanggungjawab kemanusiaan dan kehambaan sejati setelah berada di bumi ini.
Justeru, jangan pula nanti ada ulasan yang menyebut, kononnya, "itu nabi ...". Sebab itulah, tepat benar sejarah kejatuhan Pak Lah yang saudara nyatakan pada PRU 2008 lalu; angkara siapa? Setidak-tidaknya, Tun Abdullah (Pak Lah) ada melakukan apa yang Najib dan Mahathir dakwa sebagai "TRANSFORMASI" basi mereka, sekaligus menyebabkan Mahathir benci kepadanya, kan? Oleh itu, rasanya tidaklah melampau untuk sekali lagi saya tegaskan, Mahathir tu, tinggal nak mampus aja, manakala anak-anak muridnya pula, tinggal gulung semua ... Dengan ini, bersamalah kita berjihad walau hanya berbekal sehelai kertas dan sebatang pena; semoga kekhalifahan adil sebagaimana tuntutan-Nya akan memanfaatkan kita semua, insha Allah, sekaligus menafikan kenyataan politik itu kotor.
Terima kasih.
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Jutaan maaf; menhantar dua ulasan pada kadar masa yang agak spontan. Teruja saya membaca ulasan membina rakan-rakan kita, sedangkan kedapatan yang lain, bagaikan taksub terhadap kemungkaran yang telah nyata, sekaligus membelanya sebagai benar, halal, biasalah ...
Memang benar, nak banding kepimpinan para Nabi dan Rasul dengan kepimpinan golongan biasa seperti kita ini, jauh benar. Namun, sejarah ketamadunan manusia sentiasa berulang; cuma skrip dramanya berbeza mengikut pentas zaman dan tempat. Sebab itulah, seperti yang saya sering nyatakan, kepada parapenyokong kemungkaran yang telah jelas nyata ini, fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah kembali akan prinsip anda, khasnya aqidah sebagai Muslim Mukmin. Tidakkah anda yakin, walau selicik mana kemungkaran, kezaliman dan pelbagai macam sabotaj manusia, ia pasti terdedah jua, ditambah zaman penyebaran maklumat "spontan" sebegini? Bahkan, saya berani menyatakan, dengan ulasan rakan-rakan kita yang kebanyakannya mengutarakan fakta dan kenyataan yang tiada kesangsian, adakah anda masih kegelapan atau sengaja memandang enteng semuanya itu? Di manakah keyakinan anda terhadap dosa dan pahala, syurga dan neraka?
Akhir kata, jutaan terima kasih di atas ulasan rakan-rakan yang punya fakta kronologi sejarah keruntuhan kegemilangan Malaysia kini, malah turut berkongsi konteks agama bersama kita semua. Dengan ini, bersamalah kita lupakan sentimen yang didorong nafsu rakus dik cintakan dunia, sekaligus bersama mencegah kemungkaran daripada terus merebak dan membarah menyebabkan Malaysia muflis nanti. Tak guna sama sekali segala macam nikmat yang kita miliki seandainya disalah tadbir, ibarat makan terlalu banyak dan tidur terlalu lama.
Terima kasih dan selamat berjihad!
Makin lama,semakin pekung mahadey terbuka..sesungguhnya mahadey lah pengkhianat islam.pengkhianat bangsa melayu dan pengkhianat rakyat malaysia..org ameno kena paham..keturunan mahadey TIDAK boley dipercaya lagi..buang la jauh jauh mukhriz si anak mahadey..supaya pisang busuk tidak berbuah 2 kali..rakyat malaysia telah sedar siapa mahadey yang jahat..ameno tanpa mahadey lebih aman..semangat melayu dlm ameno telah terhakis dizaman mahadey sejak tahun 1988..
Rakyat menuntut pilihan raya dijalankan dengan adil dan bersih. Ini adalah induk tuntutan. Ini adalah ibu dari segala tuntutan.
Rakyat Malaysia yakin bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR) sedang merancang untuk menipu di PRU13 nanti.
Orang ramai terutama orang Melayu selalu ditakut-takutkan dengan perkataan ‘menumbangkan kerajaan’. Perkataan dan konsep ini dikuduskan sehingga orang ramai tidak berani bersuara. Orang Melayu pula ditakut-takutkan dari bergerak menyusun saf untuk menumbangkan kerajaan.
Rakyat tidak perlu merasa gentar untuk terlibat beramai-ramai dalam gerakkan menumbangkan kerajaan. Menumbangkan kerajaan adalah perkara biasa. Kerajaan Suharto tumbang pada tahun 1998. Kerajaan Marcos tumbang pada tahun 1986. Kerajaan Shah Reza Pahlevi di Iran tumbang pada tahun 1980. Kerajaan Mubarak di Mesir tumbang tahun lalu.
Justeru rakyat bangun menumbangkan kerajaan dan sebuah kerajaan tumbang adalah perkara biasa. Bukan satu perkara yang pelik. Bukan satu yang ganjil atau unik.
Dari zaman berzaman kerajaan telah ditumbangkan oleh rakyat. Kerajaan Melayu Melaka tumbang. Kerajaan Majapahit tumbang. Kerajaan Pasai tumbang. Kerajaan Aceh tumbang. Kerajaan Turki tumbang. Kerajaan Czar Rusia tumbang. Kerajaan Hitler tumbang.
Justeru – kita semua tidak perlu takut – menumbangkan kerajaan ini bukan satu jenayah. Bukan satu kerja yang salah.
Mahathir menakut-nakutkan orang ramai dari bergerak untuk menumbangkan kerajaan Najib. Mahathir ada sebab. Kerana apabila kerajaan United Malays National Organsiation tumbang maka Mahathir sendiri akan didakwa di mahkamah dengan pelbagai dakwaan rasuah. Sebab inilah Mahathir bermati-matian mempertahankan Najib Razak dari ditumbangkan oleh rakyat.
bacaan selanjutnya;
http://dinmerican.wordpress.com/2012/05/22/politik-pembohongan-ala-malaysia/
Jawab Quite Despair, jangan tak jawab. Soalan kacang tu. Kalau Anwar, Azmin dan Bard tak pergi court..tentu mereka bacul, pengecut dan entah apa apa lagi kan?. Najib mengelak court tu kira berani dan gagah kan? Itu bukti "berani kerana benar". Yer tak???. Cuma Anwar dan Azmin jer kecut telur. Kah kah kah...mengetuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.
Harap harap tak lah mampus dalam kebaculan!
Not bad ya half-breed boy QD ni banyak peminat. Dekat blog Sakmongkolpun ramai yang fan dia.
Kasi canlah budak ini. Dia nak jadi lebih Melayu dari Melayu tulin.
Ada orang tanya dia kat blog Sakmongkol, dah circumcised ke dia ni? Kalau cakap berkhatan entah tak faham. Kakakah. Jangan marah QD nanti kena jual kat Anwar. Teruk ko dibalun. Balun faham? Heeheehee.
Anwar,Azmin, Ckg Bard kena saman bukan mian seronok QD tu. Time Najib diminta ke court jadi saksi tak pula dia seronok. Time Najib diminta jadi saksi kat court France tu..dia diam saja. jadi saksi pun takut..menatang apa jenis PM ni?
Patut la..masa hunus keris nak mandikan darah Cina waktu pemuda UMNO dulu..gegak gempita seluruh Malaysia angkara cabaran dan keberanian Najib ni. Patut sangatlah QD tu jadikan Najib idola. Tapi hampeh..bila KDN mula buat tangkapan, yang gegak gempita tu laa lari dulu ke over sea, yang jadi mangsa pemimpin pembangkang jugak. Darah penakut dan bacul dalam Najib tu memang dah ada sekian lama. Sekarang ni makin terserlah. Ha ha!
Gamaknya kalau nak bagi Najib ni kena tangkap, pemimpin pembangkang patut hunus keris dan jerit gegak gempita untuk mandikan darah sana sini, kalau cara ni agaknya baru la KDN cari Najib dan tangkap dia kot?.
Tapi Anwar, Azmin dan Ckg Bard tu hunus keris ke sampai kena pergi court? Silap Anwar dan mereka tu. Patut nya bawak keris telanjang masa BERSIH 3.0 tu dan laung laung nak mandi darah..baru tak kena pergi court.
Aku jamin kalau Malaysia kena serang mana2 negara musuh lain..sekali lagi Najib akan jadi "invisible man". Kejap ada. kejap tak ada. Dasar orang bacul macam tu laa.
Malaysia Darul Kartun! Aku setuju sangat ngan Zunar tu.
Jangan mempermainkan al-Quran
http://www.youtube.com/watch?v=DljMRyDqfyM&feature=related
Rakyat yang sokong kerajaan setan & menteri setan adalah rakyat setan.
http://www.youtube.com/watch?v=b0QvT-OZRno&feature=autoplay&list=PLB90B0CB491300C9D&playnext=6
buat malu saja, jatuh lagi martabat bangsa kita, buat kerja samseng depan rumah Ambiga lagi, lelong tapak gerai start 2 K. Perangai macam ketua2 penyanggak umno. Dari lah UK, America, Canada, Sweden, NZ, Australia, jiran terdekat Singapore pun tak ada politik sampah, korupsi tak habis - habis macam kita ! Malu tak tahu nak letak muka kita !
N.aj.s bukan takut keluar Putrajaya.
Sebaliknya ia takut keluar putrajaya dan masuk penjara.
Ini termasuk Mamak dari India yang asyik cakap betapanya corrusi di UMNO tetapi masih suruh rakyat undi Umno.
Apa kepentingan peribadi atau muslihat yang ada pada dia untuk menyuruh rakyat undi party yang makan rasuah dari peringkat bawa ke atas?
Rakyat mahu kerajaan yang bersih dan hantar semua perasuah ke penjara untuk masa yang lebih cerah.
Seperti biasa, ahli politik dan orang yang mendapat manfaat dari politik akan gunakan metafora keagamaan untuk menarik minat orang lain.
Sedangkan ia tidak membina mana pun.
UMNO baru? PKR lama? Zaman berubah, sikap dan pemikiran masih di takuk lama.
Post a Comment