16 May 2012

UMNO: Tak payah guna kepala, sekarang guna punggung pula

Saya berasa geli hati dengan gelagat UMNO yang kian hari kian memalukan. Pagi semalam sekumpulan penyokong parti itu telah berbaris di hadapan kediaman Ambiga, Pengerusi Bersih, dengan menonggeng dan menunjukkan bontot pada rumah Ambiga. UMNO sudah menjadi parti lawak dan telah benar-benar jatuh martabatnya dengan sikap yang ditunjukkan oleh penyokong tegarnya itu.

Kemasukan saya ke dalam DAP dahulu disambut oleh seorang dua sebagai tindakan politik bangkrap. Tetapi sebenarnya apa yang berlaku semalam itu merupakan betul-betul politik bangkrap yang tidak ada tolok bandingnya.

Nampaknya politik UMNO ini tidak lagi boleh lari dari bontot dan punggung, sejak 14 tahun yang lalu. Sudah tidak terlarat untuk membesarkan isu bontot dan punggung. Saiful, sekarang mereka memanjangkan lagi perjuangan berlandaskan pada bontot dan punggung.

Dalam kesemua 213 negara yang berkerajaan di dunia ini, Malaysialah yang parti pemerintahnya mempertahankan kuasa dengan menggunakan bontot dan punggung dan ini amat memalukan. Saya tidak tahu bagaimanakah perasaan mereka-mereka ini semasa melakukan kerja keji ini.

Malah nampaknya mereka berbangga melakukannya. Masa demi masa UMNO melakukan kerja-kerja yang tidak menunjukkan tamadun yang asas sebagai rakyat sebuah negara yang mengaku sebagai negara sedang membangun yang termasyhur di dunia ini. Melakukan kerja menonggeng terhadap rumah Ambiga itu merupakan kerja sia-sia dan ianya amat mengerikan untuk memberikan mandat kepada parti yang sudah bankrap politiknya.

Tidak beberapa lama dahulu UMNO telah mengejutkan rakyat dengan tindakan penyokongnya menghantar kek berbentuk tahi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Apabila politik BN sudah sampai ke tahap ini, bagaimanakah sesetengah pemimpin UMNO masih mengaku bahawa parti itu boleh mempertahankan maruah Melayu dan menjaga Agama Islam, agama anutan kesemua orang Melayu itu.

Mengapa UMNO sanggup melakukan kerja-kerja yang tidak semenggah ini, tetapi begitu marah apabila parti itu dikritik dan tidak mendapat sokongan orang Melayu yang rata-ratanya beragama Islam? Apa Islamnya dengan tindakan sekumpulan manusia yang hidup pada zaman ini melakukan ‘exercise punggung’ di hadapan rumah Ambiga?

Inikah mentaliti yang berjanji untuk membawa transformasi kepada negara dalam segala bidang sedangkan penyokong kepada kepimpinan yang ada pada hari semalam telah menunjukkan sikap kuno dan menjijikkan. Berapakah upah yang mereka terima untuk melakukan kerja itu tidak dapat dipastikan tetapi yang pasti UMNO sudah bankrap dan saya jangka masih ada yang mempertahankan kerja itu sebagai kerja mulia dan perlu untuk menyambung kuasa politik UMNO dan BN itu.

Tidak dapat dibayangkan bagaimanalah masyarakat antarabangsa memandang terhadap kita semua.  Sekolot-kolot negara-negara Afrika tidak ada kejadian seburuk dan sehina ini berlaku dalam politik mereka.

UMNO memang sah sebagai sebuah parti yang sudah hilang hidayah kerana mereka berbangga dengan melakukan kerja-kerja yang memalukan ini. Tidak pernah terfikir yang UMNO sudah jatuh sedemikian rendah darjat dan martabatnya.

Sesungguhnya kelemahan yang sedang dihadapi oleh UMNO ini berpunca dari kelemahan UMNO itu sendiri. UMNO sudah menjadi parti yang penuh dengan kekalutan dan marilah kita bertindak dan berdoa agar selepas pilihanraya ini nanti tidak akan  ada lagi kejadian-kejadian sehina ini berlaku dalam politik negara kita lagi.

Ianya amat memalukan kita semua. Kadang-kadang kesian juga melihat UMNO ini. Tapi sudah tidak dapat berbuat apa-apa lagi kerana ia sudah terlalu jauh tersasar dari sasaran perjuangan. Hilang agama, hilang budaya dan hilang adab serta adat Melayunya.

Melayu telah hilang segala identitinya. Itulah sumbangan terbesar UMNO terhadap bangsanya.

64 comments:

Anonymous said...

Salam AA dan bloggers,

UMNO di peringkat akar umbi parah,yg tinggal saki baki adalah yg bangkrap secara moral.

Tanda2 kematian UMNO semakin dekat dan hari utk kita merayakan kematian nya semakin dekatr!

Surrogate

Komando Panas said...

Katanya yang melakukan perbuatan "banggang tersebut adalah bekas veteran tentera Askar Melayu? Sebagai seorang pesara tentera aku amat malu dan jijik dengan perlakuan mereka itu dan tak tahu ke mana nak disorok muka apabila berhadapan dengan jiran-jiran yang mengetahui identiti aku sebagai bekas tentera. Sudah tentunya mereka yang bersekolah paling tinggi pun sijil SRP ini diupah bagi melakukan perbuatan tersebut. Barua-barua yang tidak bermaklumat dan berakal pendek ini langsung tidak mahu memikirkan nasib bangsa dan anak cucu mereka kelak apabila membabi buta menyokong para pemimpin korupsi UMNO yang dilihat suka "lempar batu sembunyi tangan". Awam akan berkata kelak bahawa puak-puak banggang ini terlalu bodoh, dahlah nasib kamu bekas tentera tidak dibela, malah tidak diambil kisah apabila kamu telah bersara dari perkhidmatan lalu kamu sanggup lagi menjadi anjing salakan oleh jutawan-jutawan UMNO ini?

Anonymous said...

semuanya bermula dgn pendidikan awal...kalau kurang pendidikan itu yang dinamakan kurang ajar.

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Saya masih ingat Najib Razak terpaksa bayar BBC RM80 juta untuk menaikkan imej pentadbirannya yang lemah di mata rakyat Malaysia.

Bukan hanya UMNO dimalukan tetapi nama negara tercalar teruk dengan permohonan maaf terbuka British Broadcasting Corporation (BBC) atas kesalahan menyiarkan program berbayar yang berat sebelah termasuk lapan dokumentari yang melibatkan Malaysia.

Akhbar The Independent melaporkan bahawa permohonan maaf BBC akan disiarkan ke seluruh dunia secara berperingkat pada empat waktu berlainan, dari Kuala Lumpur ke Khartoum supaya sampai ke semua penonton di zon berbeza.

Amuraria said...

HABIS SEGALA JABATAN,AGENSI DAN TENAGA SERTA AKAL MANUSIA DIPERLEMBUKAN ,KESIAN SAMPAI BILA LEMBU PAWAH AKAN KEKONDO ATAU KESAWAH ?

nick said...

UMNO stalwarts (fanatics) going around someone's house, bending and showing the ugly behinds? Such brilliance in action! What magnificent mental ability! And what a truly fantastic moral behavior! The kind ONLY UMNO can deliver and with the same finesse as the UMNO President did during his "haram jadah" childish and demented bullying speech!

I expect the coming weeks will be full of "stupid action speaks louder than nonsensical words" but when UMNO is filled to the brim with fanatics (read "the quiet, the mindless and the lout") who has no mental substance to even begin speaking normally or forming a rational string of sentences, what do we really expect? A rational debates on issues? A clear and factual reply on allegations and evidences? A doctorate thesis on ISA entitled "Freedom under executive power in Malaysia: A study of executive supremacy" where one would later denounce it but keep the PhD title! Your answer is as good as mine which is correctly expecting those kind of actions, stupid and moronic action such as the excrement shaped cake and the "bending in front of someone's house (like that's going to achieve anything!) that will only further enrage the Malays and Malaysian and ultimately alienate UMNO further from the voters!

A question to UMNO and to the leadership! Does anyone in UMNO even have an IQ? No, I take that back! A better question is "do all of UMNO people even heard of the term "IQ" before"? It would seem to us, Malaysian that none of you have heard of it before and most certainly since none of UMNO members have heard about it, all of them have none! Maybe, that's why they are going around people's house, bending and showing their ugly behind? They thought that the brain reside in the nether area? Looks like it, it would seem. These bunch of "the quiet, the mindless and the lout" are really "something" aren't they? With the likes of TDM, AAB and Najib breeding and teaching them for decades, I'm not surprised AT ALL!


Nick.
Cape Tiger.

Anonymous said...

Penjualan arak atau minuman keras di kedai serbaneka adalah dibenarkan oleh Akta Eksais 1976 ( Akta 176 ). Ia dikawal oleh Peraturan-Peraturan Eksais 1976 yang mana undang-undang tersebut digubal oleh Umno kerana ia terletak di bawah bidangkuasa Kerajaan Pusat yang dikuasai oleh Umno dan sekutu-sekutunya.

Dari segi hukum Islam sesuatu mimuman adalah dikira HARAM meskipun kandungan alkoholnya adalah sedikit misalnya 1 peratus sahaja. Dalam keadaan hukum fiqah yang sudah terang dan jelas Umno masih boleh lagi menggubal undang-undang yang bercanggah dengan hukum fiqh yang jelas itu dengan menyatakan bahawa jika kandungan minuman yang dijual di kedai serbanika yang mengandungi kandungan kurang dari 8 peratus maka ianya “tidak haram” dan dibenarkan dijual di kedai serbanika tersebut.

Apakah selama ini Umno tidak jijik dengan arak sehinggakan kelakuan dan tabiat mereka sungguh menjijikkan?

Anonymous said...

Persoalan saya ialah kenapa ahli Umno yang beragama Islam tidak membuat bantahan demonstrasi terhadap Umno sendiri kerana menggubal undang-undang yang bercanggah dengan hukum fiqh yang jelas itu?

Apakah ini dikatakan hipokrit?

Anonymous said...

Mengapa sehingga kini Umno tidak bersuara tentang hidangan arak dalam kapalterbang milik MAS.

Adakah Umno sedar pembayaran Duti Eksais arak dikecualikan kepada Syarikat Air Asia X Sdn Bhd melalui Perintah Duti Eksais ( Pengecualian ) ( Pindaan ) No 2 ( 2008 ) yang diwartakan dan berkuatkuasa 1 hb Julai 2008?

Adakah Umno sedar di bawah Perbendaharaan sahaja ada lebih kurang 6 Akta yang berkaitan dengan perjudian iaitu Akta Pertaruhan 1953 ( Akta 495 ), Akta Betting & Sweepstake Duties Act 1948 ( Akta 201 ), Akta Rumah Judi Terbuka 1953 ( Akta 289 ), Akta Cukai Perjudian 1972 ( Akta 65 ), Akta Loteri 1952 ( Akta 288 ) dan Akta Pertaruhan Pool 1967 ( Akta 384 ).

Bukankah arak dan judi perkara haram yang perlu ditangani daripada menunjukkan bontot? Kalau begitu megah dengan bontot pemberian Allah, kenapa tidak menjunjungkan hukum Allah?

Anonymous said...

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?”

Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”.

Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

Anonymous said...

umno dah tua dan nyanyuk tapi masih angkuh lagi.Zahid hamidi kata mahkamah peranchis tak bolih usik kita tapi zahid perlu ingat yang dia tu naik melalui siapa .Ini cuma nak tunjukan ragam menteri yang angkuh yang tak tahu perudangan dunia tapi bolih jadi menteri.Umno dah kehibisan modal dan dilondon kabarnya Najib kena boo semasa berucap jadi ini semua tanda2 yang umno akan ditalkinkan .Orang yang buat kerja dirumah ketua bersih orang upahan dan ianya adalah gambaran sebenar tapi dilakunkan olih orang tak tahu apa asalkan dibayar.Mungkin ramai dah tinggalkan umno jadi kenalah upah.Yang pergi bukit jalil pun diupah jadi yang tinggal hanya nyawa2 ikan berkemungkinan ada bakal yb akan hilang deposit macam pbs rampas dari berjaya.kita sama2 tengok..

Anonymous said...

Nampaknya UMNO suka sangat pada bontot lah!

serting said...

Apakah perbuatan Umno selama ini bersopan dengan adat Melayu?

Sudahlah politik Umno yang hidup dengan korupsi, kronisme dan penindasan. Malah adat Melayu pun tercalar.

Tindakan Umno tanpa segan silu bagaikan sudah hilang ke-malu-an!

Anonymous said...

UMNO memang kurang ajar dan biadap. Senaman bontot melambangkan kebiadapan sebuah parti politik bernama Umno.

Sikap yang ditunjukkan jelas menampakkan betapa ceteknya cara pemikiran mereka yang bergelar veteran yang bersulam dengan pemikiran senaman bontot semestinya dibimbing Umno dalam bicara soal politik.

Mereka tidak didedahkan dengan kematangan politik nilai tetapi hanya diajar untuk menjadi samseng murahan Umno.

Siti Aishah

JERAM TOI said...

Apa sudah jadi dengan UMNO ini?

Sudah berkali-kali biadaplah. Terbaru polis pukul dan dera rakyat dalam perhimpunan aman BERSIH. Samseng diarah kacau penuntut universiti di Dataran Merdeka. Samseng diupah melontar objek keras sehingga menyebabkan kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim kemik. Samseng kacau ceramah pembangkang.

Apakah setelah 50 tahun budaya Umno masih tidak bertamadun. Sanggupkah ahli Umno bersekongkol dengan tindakan parti yang menghalalkan kemungkaran yang berlaku di depan mata dan telinga?

Anonymous said...

Tingkah laku UMNO langsung tidak menggambarkan budaya Melayu atau semangat Malaysia.

Hakikatnya, pemimpin UMNO yang senyap sepi menghalalkan serta menyokong tindakan biadap samseng UMNO.

Anonymous said...

Ayahanda Aspan,

Apakah aktiviti UMNO dengan senaman bontot dapat meningkatkan pendapatan orang Melayu?

Apakah aktiviti tersebut hasil pembangunan oleh UMNO?

Apakah itu cara menghormati kedaulatan perlembagaan negara?

Anonymous said...

Aku agak mereka menonjolkan bontot itu ingin sangat mengutarakan mesej bahawa UMNO kini panas ponggong!

Apa tidaknya? Petanda kuning yang melanda ibu kota dan seluruh dunia menuntut pilihan raya yang adil.

Dunia kini sudah tahu UMNO main kotor dalam PRU.

Anonymous said...

Cukup jelas UMNO ketakutan. Hanya senjata punggung dikeluarkan oleh askar UMNO!

Kegagalan mencari kelemahan kepimpinan Pakatan Rakyat yang berteraskan integriti telah menyebabkan Umno menggunakan senjata punggung bekas tentera.

Jangan pulak nanti UMNO mendabik dada mengatakan yang tindakan senaman punggung itu kerja berintegriti dan bermaruah.

Anonymous said...

AA cuba bagitau apa yg telah DAP buat untuk tolong orang melayu???

aaahh lupa AA dari UMNO masuk DAP pun pasal telah dipinggirkan...
Cuba tanya Tunku Aziz pasal dia ni lagi berprinsip dari AA dan SK...

JEMPOL said...

Modus operandi politik UMNO ialah bermain kotor dan jahat. Dalam keadaan sebegitu, UMNO langsung tidak menghiraukan adat sopan dan larangan agama. Pemimpin UMNO sah bersikap seperti jahiliah.

UMNO akan melakukan perbuatan yang paling terkutuk kerana sudah terpaksa. UMNO belajar dari sejarah dan mengambil pendekatan di zaman kerajaan Melaka 500 tahun dahulu yang menggunakan fitnah sebagai senjata untuk merebut kuasa.

Tindakan UMNO kini kembali ke era tahun 1511. Kepala pemimpin UMNO sentiasa berkisar dalam zaman feudal. Sebab itu pemimpin UMNO buta dan pekak dengan rintihan rakyat.

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Astaghfirullah!!! Ma sha Allah!!! Inikah namanya "NEGARA ISLAM CONTOH"!!! Kalau begitulah gayanya, adalah lebih mulia mereka yang bersikap demikian ni digelar "HARAM JADAH!!!" Kalau gitu, apa dah jadi ni dengan sekalian ramai ulama yang berkhidma di bawah pemerintah yang dah hilang modal insan ini? Kenapa kalian boleh diam membisu trillionan bahasa, sedangkan perhimpunan 28 April lalu, bukan main lagi kutuk habis-habisan, hatta mengharamkannya sama sekali? Fatwa haram jadah!!!

Justeru saya pernah mengirim ulasan ke akhbar HarakahDaily tentang perhimpunan itu sejurus beberapa hari selepas tragedi keganasan melampau pihak berkuasa, namun mungkin mereka tak jumpa, agaknya, atau ketika penapisan, mereka harus berhati-hati dalam mengambil artikel. Tak apalah. Kalau benar pun Andiga yang mereka marah benar, tolonglah, sebagai seorang yang mengaku orang Islam, janganlah sampai tergamak melakukan aksi jijik lagi tak masuk akal tu, tau! Dahlah ... Kalian tak perlulah dakwa kalian pejuang itu bin ini, hatta membimbing nafsu ke arah taqwa pun tak mampu, apatah lagi orang lain, kan? Nak tak nanti Allah dedahkan aib kalian, duhai UMNO, di dunia ni lagi, dengan kecundang dan terpaksa berambus? Apatah lagi di akhirat ... Hari yang tiada guna harta dan anak-pinak yang diperolehi dengan cara "HALAM" dik tamak bin rakus! Biarlah saya nyatakan terus-terang, perbuatan dan aksi sebegitu hanya mendedahkan aib sendiri yang dah memang bogel lantaran sesat barat dalam agama. Oleh itu, kepada Saudara Andiga, jangan layan perangai jijik mereka ni semua ... Teruskan berjuang demi Malaysia kita bersama!!!

Terima kasih.

Anonymous said...

Kebangkitan rakyat dalam BERSIH membuktikan bahawa rakyat dari segenap lapisan masyarakat dan keturunan sudah muak dan jelak dengan Umno dan BN. Bodohnya UMNO cuba mengaibkan Ambiga dengan menayangkan bontot.

Tindakan membontotkan itu bagaikan UMNO membontotkan rakyat keseluruhan yang menuntut pilihanraya adil.

Anonymous said...

Memang panas punggung UMNO sehingga setiap hari dalam media massa, UMNO belum boleh duduk tenang dan aman. Melompat-lompat macam bertih digoreng.

mad said...

sungguh loya dan nak termuntah melihat ucapan najib di london yg mengatakan sikap 2-3 org yg memboo dan meninggikan suara semasa ucapannya bukanlah sikap 'malaysian'. hipokrit sungguh. habis sikap mengganggu ceramah pembangkang dgn tindakan ganas, memfitnah, merasuah, menipu pilihanraya itu sikap malaysian? jijik sungguh perangai org yg diangkat menjadi pemimpin no 1 negara ini. ini lagi memalukan negara

Anonymous said...

Sokongan UMNO hanya wujud di kalangan golongan-golongan yang mendapat faedah daripada kerajaan. Ini berlaku kerana mereka amat berterima kasih kepada pihak kerajaan - sehingga mereka tidak menyedari bahawa pemimpin-pemimpin parti korup itu lebih banyak merompak wang rakyat daripada memperjuangkan kebajikan rakyat marhaen.

Hakikatnya, apa yang diperolehi cumalah sisa-sisa setelah harta milik rakyat dan negara dibelanjakan tanpa memikirkan halal-haramnya. Sementara itu, rakyat lain - petani, pekerja kilang, peneroka, pekerja estet - semuanya dipijak-pijak dan tidak dihiraukan.

Pada hakikinya, UMNO adalah satu tragedi yang tidak terperi kesannya sehingga hari ini.

JAKA said...

YG TINGGAL DALAM UMNO ADALAH SAMPAH2 BELAKA.

JAUHI SAMPAH!

Anonymous said...

Salam Tuan,

Puak totok UMNO Baru ni Buta Sejarah!

RTM! TV3Stooges! Atro! "Jeng..jeng.jeng.. demonstrasi bukan budaya kita!...Occupy Wall Street..Tahrir Square!" Stesen TV Malaysia Pakar Edit Buta Sebelah Mata!! UMNO hentam habis-habisan Bersih 3.0, seolah-olah bandar KL nak kiamat, huru-hara sana sini. Kereta terbakar sana-sini. Bergelimpangan mayat sana sini. Ini semua auta UMNO.

UMNO : Kalau ada demonstrasi di USA, UK, Australia, Canada, Paris. Jangan seronok-seronok pergi sana. Huru-hara nanti jadinya. Lebih baik kamu menteri-menteri UMNO pergi ke Korea Utara. Sana lagi best, tak ada demonstrasi jalanan. Semua RAKYAT menangis depan gambar Kim Jong Il.

Rujuk apa sejarah UMNO pernah demo berpuluh tahun dahulu?

http://www.malaysiawaves.com/2012/05/umno-yang-mulakan-budaya-demo-di.html

Anonymous said...

Anon 8.57, Mengapa harus tanya apa DAP telah bantu Melayu.. perjuangan DAP bukan bantu melayu miskin sahaja tetapi menyeluruh kepada semua rakyat Malaysia. Dah berpuluh tahun UMNO memerintah apahal rata rata Melayu masih di tahap yang menyedihkan. Melayu di perbodohkan oleh pemerintah. Datuk Sak tepat dengan pandangan bahawa pemimpin UMNO "There is a vast and barren void that lies between
his ears."

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Maaf, sekali lagi mencelah. Kebetulan, hari ini ialah Hari Guru, justeru, saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada sekalian pendidik, khasnya para alim ulama. Namun, kami, rakyat bin anak didik kalian, mohon benar-benar supaya kalian tolonglah kami banteras kemungkaran nan tak terbatas ini. Jangan nanti kita jadi macam bumi Sadum yang diterbalikkan, atau ditimpa kemarau panjang, atau dihinggapi wabak penyakit yang sukar beroleh penawar ...

Ingatlah, sesungguhnya Allah tak pernah zalim; yang zalim ialah makhluq haram jadah seperti puak-puak itu semua dan sekalian yang bersekongkol dengan mereka, walaupun namanya orang alim bin soleh. Tak perlu diulas panjang; kelantangan para asatizah seperti Dr Hassan Ali, Ustadz Abd. Shukur Hussein (maaf, kalau salah ejaan) -- Pengerusi Majlis Fatwa dan jawatankuasanya, dan lain-lain tokoh ilmuan lil-UMNO ni, sebenarnya telah mencalar-balarkan imej Islam dan menyesat-baratkan umat Islam Malaysia. Juga, seperkara yang perlu diingat, dengan pemerintahan asabiyah UMNO inilah, Islam dan Melayu sampai tak terbeza oleh bukan Islam dan bukan Melayu sepanjang setengah kurun ini. Untuk itu, saya benar-benar mencabar tokoh-tokoh ilmuan lil-UMNO ini, andainya kalian benar-benar ulama berjuang kerana Allah semata-mata, beranikanlah diri tuan-tuan dan puan-puan "comment" secara terbuka di media arus perdana, khasnya:

1. Kenyataan Mahathir dan kepimpinan UMNO yang jelas mempertikai hukum Allah dan merendah serta mempersendakannya;
2. Amalan-amalan mungkar di luar batas kemanusiaan sebegini, hatta yang turut melibatkan keharmonian kaum seperti pengkebumian jenaza di rumah Ketua Menteri Pulau Pinang;
3. Sejauh manakah penghayatan umat Islam terhadap tulisan Jawi dan huruf hija-iyah yang kini nampak benar semakin pupus, sekaligus, budaya penghayatan Al-Quran dan Sunnah, sekurang-kurangnya boleh membaca Al-Quran denga lancar dan tartil; dan
4. Benarkah Islam tak sesuai dilaksanakan di Malaysia yang bermasyarakat majmuk? Kalau begitu, apa pula bezanya kita dengan Yathrib ketika hijrah Nabi SAW yang akhirnya berjaya menjadi pusat ketamadunan Islam sehingga kini, dengan keadaan semasa ketika itu, wujudnya bangsa Yahudi?

Sekali lagi, jutaan kemaafan kerana terlalu panjang ulasan ini. Namun, inilah sedikit sebanyak apa yang juga sedang membuku di hati sejak mula mengenali Islam hingga kini, ditambah sambutan Hari Guru ini yang pada hemat saya, wajar sekali diguna untuk muhasabah diri. Cukup sudah, janganlah lagi sempitkan skop perguruan itu pada aspek keduniaan semata-mata, kerana ilmuan agama jauh lebih tinggi darjatnya daripada ilmuan dunia semata-mata; lihat sahaja sejarah ketamadunan Islam yang didukung ulama dan umara yang bertaqwa di zaman masing-masing, yang akhirnya dirompak serakusnya oleh kuasa penjenayah barat lalu diselewengkan. Oleh itu, kepada mereka yang melakukan aksi terkutuk di bawah naungan UMNO ini, tak kira apa bidang, profil dan keadaannya, kalau benar kalian bertuhankan hanya Allah, kembalilah bertaubat dan insafilah bahawa kita sekalian insan dha'if. Tak kan selamanya kita mampu memanjat pokok tinggi serta mendaki bukit dan gunung hatta Everest ... Tak mau sedar, tunggulah ...

Terima kasih.

Anonymous said...

rombogan tayang bontut ne katanya dr PERSATUAN VETERAN TENTERA MELAYU, sudah pasti mereka ne berugama ISLAM. Tindakan mereka ne tak bertamadun dr segi UGAMA dan adat Melayu. Saya bekas tentera rasa malu dan tersinggong akan tindakan mereka ne, mereka ne bukannya anak sekolah atau pelajar u,meraka ne mesti mempunyai cucu, apa kah perasaan cucu mereka apabila melihat kelakuan datuk mereka yg tak bertamaduan ne. PRU 13, ABU dan PR dihati ku. Terima kaseh

Anonymous said...

Anak SC berkata .........

Saya tidak dapat bayangkan nama REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA. Anugerah oleh YDPA kepada rejimen yang banyak berjasa kepada agama dan negara. Anugerah DIRAJA! Tetapi bila bekas (kalau benar) saya rasa aib perkataan DIRAJA pada RAMD itu bila perlakuan Tonggeng Jubur oleh beberapa Ahli Persatuan. Patutkah Persatuan menggantung keahlian Mereka?

Anonymous said...

hanya di malaysia sahaja...teknik yang memerlukan 20 tahun untuk dipelajari...bukan senang..teknik BERFIKIR MENGGUNAKAN LUBANG PUNGGUNG....mana nak cari didunia ni kecuali di malaysia sahaja

RN@JC

Anonymous said...

umno yg ada skrg adalah umno haprak..umno mahadey..bristish menyerah kemerderkaan kepada umno dahulu dgn bersyarat..umno dahulu terima kemerderkaan dgn bersyarat..syarat syarat itu cuba dimusnahkan oleh mahadey dgn membiarkan umno diharamkan..keran a mahadey mau lihat bangsa melayu musnah/hancur dgn perlahan lahan..itu pon irg melayu tidak sedar..

Anonymous said...

Saya tanya 10 org umno dan 10 orang PR. solan saya ialah kalau nak panjat pokok Manggis dan ambil buahnya ada banyak Kerengga macam mana? Ada dua pilihan :-

Pertama : Sapu minyak kelapa dan guna Ritsect dan panjat serta ambil Buah Manggis.

Kedua : Tangkap seekor kerengga dan gigit Buntutnya dan bagi tahu kepada kerengga yang digigit tadi supaya bagi tahu kawan2nya jangan gangu ada orang nak ambil buah manggis.

Jawapannya :
Sepuluh orang UMNO pilih Gigit buntut Kerengga. Sepuluh orang PR pilih kerja susah sapu minyak dan guna Ritsact.

Analisis saya :
Memang orang UMNOlah yang paling ramai minat Buntut tak mahu kerja susah sikit ..leceh... Buntut kerenga pun dia guna sebagai teknik memudahkan kerja terbawa2 dengan idealogi buntut yg dipelopori Pemimpin UMNO .

Secebis kesah dari Abang Sar K.Lumpur

Anonymous said...

Cerita P Ramlee dah kata UMNO = MONYET. United Monkey National Organization

Anonymous said...

Najib dan geng Umno tuduh DSAI main bontot. Itu tanpa bukti dan hanya pakai xakap mulut saksi yg kononnya dibontoti. Sekarang mereka yg main bontot dan masuk video dan surat khabar sekali. Terang dan nyata Umno kaki bontot. Allah maha kaya dalam percaturanNya.

Anonymous said...

umno sekarang..adalah umno kunta kunte..tiada matlamat,hilang pedoman..hanya untuk anak mahadey menjadi pm,hanya untuk kroni..jika ditanya pada..penagih dadah,kaki no ekor,kaki mabuk dan kaki disko..tanye adakah mereka akan mengundi umno/bn..sudah pasti jawab depa TIDAK..kerana mereka sedar umno/bn pengkianat ugama/bangsa/negara..psl tu umno/bn menipu supaya ada pengundi pendatang asing dgn memberi kad pengenalan..

Anonymous said...

Terbukti sudah...UMNO dan pengikut pengikutnya adalah Parti Bontot Malaysia

Sup bontot laku kat kedai tomyam..stok tak cukup..elok minta Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu tu bekalkan bontot mentah kat kedai kedai tomyam seluruh Malaysia.

Tu pun kalau laku bontot kurap dan sopak puak puak senaman bontot tu! Kata orang..kalau dah terdesak..bontot sendiri pun sanggup jual. Tu lah yang terjadi kat Najib, UMNO dan penyokong tegar parti karat tu sekarang! Ha ha ha...moral dan maruah diri diinjak kaki sendiri. Molek benar tuu!

Tahniah presiden persatuan! Pandai bebenor yer awak didik anak buah!!!!!!

Anonymous said...

i juz wannna read what QD's comment on dis?kihkihkih...

Quiet Despair said...

Ala you all ni, pura-pura tak tahu pula beza tunjuk bontot dan main bontot.
They are so peeved with Ambiga that they showed their buttocks in protest. It's because she disrupts their livelihood and peace by having the demo at Dataran.
Main bontot macam Anwar tu untuk syiok. We don't want to know even.
I have a lady officer who said she wants to give Ambiga her buttocks if ever she meets her.
She loves to shop at Sogo and Jakel on Saturdays so Ambiga spoilt her program.
When people are angry, they resort to all kinds of action. It's got nothing to do with UMNO forcing them.
Najib is unlike Anwar who wants people to demonstrate for him.

Red Alfa said...

Salam Saudara Aspan

Lanjutan Tunku Aziz telah keluar dari DAP dan seterusnya banyak memperkatakan kepada Media UMNO isu-isu sebagai alasan perbuatannya dia itu adalah amat berpatut.

Kalau dikatakan Tunku Aziz adalah seorang intellek yang patut disegani saya pula berpendapat dia ini kurang kebijaksanaan.

Macam Zulkifli Nordin dan Hassan Ali, dia menganggap dirinya individu yang teristimewa dengan berkelebihan tiada ada pada kebanyakan party atau jemaahnya.

Kalau Zulkifli Nordin dan Hassan Ali menganggap diri lebih Melayu, lebih Islam dan lebih mengagungkan raja-raja Melayu, disini Tunku Aziz menganggap dirinya cukup beretika dan berprinsip. Tetapi setelah mengkatakan begitu dia, seterusnya mengata-ngata seperti kebudak-budakan.

nick said...

And there you have it ladies and gents, the reply coming from the representative of the crowd labelled as "The quiet, the mindless and the lout" (which btw fit exactly those who went to Ms Ambiga's house just to make a fool of themselves), the ever popular Mr (Ms?) Quietly Desperate with his/her usual off topic and ofttimes "merapu" statement, which he/she deludedly tried to pass off as intelligent retort or semi clever repartee (not even close)! How lame and utterly nonsense! But as the cheerleader and rep of the "bending and show behind" UMNO crowd, would you expect more? I reckon NOT since UMNO hate those who have some mental abilities! UMNO just loves those who are quiet, mindless and lout in behavior!


Nick.

Anonymous said...

Terkial kial UMNO BN dan mahkamah cuba sabitkan Anwar dalam kes liwat. Segala institusi bersekongkol cuba nak babitkan Anwar baik dalam liwat 1 dan 2 tapi akhirnya kedua2 kes tu membuktikan dia tak bersalah.

So what?

Lainlah kalau macam bekas Meneteri Besar Selangor UMNO dulu..heboh cerita main dengan ipar sendiri sampai dapat anak. Kemudian diminta berundur..nak lawan tak berani sebab yakin dia bersalah, so..berundurlah. Orang UMNO cakap berundur cara terhormat tapi sebenarnya berundur cara tak bermaruah kerana tak pertahankan diri dan kebenaran.

Agaknya melaun sial kat atas tu anggap Anwar species macam ni. Kalau malaun sial tu masih yakin Anwar liwat..aku cabar melaun ni pergi buat report polis dan boleh masuk kes mahkamah lagi. Apa susah???.

Kang terkencit malaun tu nak cari dan reka bukti. Ha ha ! Elok malaun yang menuduh tu mengaku diliwat Anwar jer lagi baik. Boleh join team Azizan & Saiful tikam punggung sendiri tu. Ahak ahak ..mani sendiri ada dalam punggung bercampur mani mani orang tak kenal lain. Caca marba hangpa arah filem. Kih kih kih. Tapi malaun tu agaknya mati kejol pun akan percaya.

Allah Maha Besar. Sebijak2 perancangan manusia. Bijak lagi perancangan Allah. Cuma manusia yang legam dan hitam hati jer tak pandai nak menilai..mungkin sebab $$$$$.

stk said...

Aii,Quiet Despair,I dah buat appointment untuk mu untuk hubungan "sulit: dengan Al Juburi,mana you pergi?Buat apa malu malu kalau asyik mimpi si Al Juburi tu sampai nak jadi gila,tak apalah,saya cuba sedaya upaya untuk buat appointment satu lagi,kalau tak dapat Al Juburi,si Saiful boleh?Kan si Saiful tu lagi muda dan "lubangnya "masih ketat buat apa asyik minta nak Al Juburi yang sudah tua dan lubangnya kan dah longgar.Saya tunggu jawapan mu jangan tak jawab..

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Maaf sekali lagi, mencelahh. Juga, maaf kalau saya katakan, ulasan seperti QB ni, kena ada "check&balance", khasnya sebagai seorang Islam. Imagne, dalam masyarakat bertamadun, lelaki dewasa nak buka seluar depan orang ramai, tak malu, ya? Bayangkan aja, kalau seluar koyak tu aja pun, malunya nak pakai ...

Oleh sebab itulah, saya sekali lagi ingin menyuarakan rasa marah dan benci saya kepada sekalian ahli jemaah UMNO ini, termasuk sekalian ramai ulama dan mufti di bawah mereka yang membisu trillionan bahasa, tersumbat telinga dan buta benar mata sengaja menggam bibir dan lidah mereka daripada berjihad. Tak kan kalian semua tak faham mafhum ayat berikut yang sering dikumanangkan selunak mungkin pada setiap malam Jumaat dan kenduri arwah, atau, dah hilang ID sebagai penegak kebenaran, walhal kalau orang lain buat, semua salah?

"Dan pada hari itu (qiamat), Kam (Allah) kunci bibir mereka; dan yang akan berkata adalah tangan-tangan mereka serta kaki-kai mereka turut menjadi saksi akan apa yang telah mereka perbuat."
(Juz: 23/30, Surah: Yasin (36/114), ayat: 65/83)

Paling tidak, bersikaplah dengan kemuliaan sebagai seorang Melayu yang penuh adab sopan. Kalau tidak, sekali lagi, saya cabar puak-puak aksi drama jijik ini untuk buat benda serupa di rumah Pak Samad; berani tak? Kalau tak, memang kalian ni semua, bacul, bangang, bodoh lagi bongok ... Lebih teruk daripada monkey!!!

Terima kasih kepada saudara dan rakan-rakan, dan selamat berjihad!

Anonymous said...

One butt couldn't do the job. Now a series of butts. It's really a shame with such behaviour from Muslims. Umno has really run of out talents.

Anonymous said...

Nice one Tunku..


DAP - "tyranny of demagogue".. how true..

Bila pulak anak bangsaku yang lain dalam DAP nak sedar..

Semoga Allah bagi petunjuk pada mereka untuk kembali kepangkal jalan. Amin.

Quiet Despair said...

Salam Yang Berbahagia Tuan Aspan

Minta lalu untuk kecek dengan STK yamg amat menunggu jawapan saya. Please publish since what I am about to say is the truth.

Beloved bro in Islam STK

Awat tak cakap awal hang buat appointment dengan Ah Jub Bor for me. Sorrylah tak minat lelaki, what more an old man.
Best kalau I boleh mengorat Izzah. Dia tua pada I and I like older women.
Someone in Sak's blog ada cakap QD dan Rocky asyik fikir pasal Anwar. Dia kata agaknya bila nak main isteripun we all ingat Anwar.
Truthfully, he's right.I am rather obsessed with that family.
I just got married a few months back. When I am not in the mood, I bayangkan my wifey is Aunty Zizah.
When in organsm, I heard her screaming Annuuuuuwaaar.
And you know Americans make the loudest noise when love-making. Oops, sorry mom.
Do you know how's Epol doing? Why lambat sangat appeal dia.
Kesian dia having to suffer the agony of an unfinished trial. Harap jalan serentak dengan kes Nalla vs Anwar.
Wow boleh bikin blok-buster movie, bro.
Harap malam ini tak mimpi I masuk Keadilan. That's a nightmare!

bat8 said...

anon 21:38

Bilalah anak bangsaku nak sedar "UMNO BARU" itu bukan parti orang melayu lagi. Di dalamnya kaum melayu hanya satu kelompok sahaja. Di dalam UMNO BARU sekarang ada kaum bumiputra bukan melayu, ada kaum bumiputra bukan Islam, ada ahli bukan melayu berugama islam dan ada sekelompok bumiputra keturunan siam berugama budha yang menjadi ahli (kat kedah).

Bilalah bangsaku mak sedar dari lena tipu hidup-hidup dengan slogan kosong perjuangan melayu.

Anonymous said...

Biarlah aku berketuakan kafir atau yang sokong Yahudi atau sokong LGBT asalkan aku tak sokong pengkhianat duit rakyat yang nama aja islam tapi rasuah, penipu rakyat.

Ini banyak terdapat dalam UMNO perasuah ni.

Biar orang kafir jadi ketua aku sanggup taat asalkan perangai nya perangai Islam.

Celaka UMNO

burn said...

anon... 6 May 2012 21:38:00

egoism and selfishness started all this. it has got nothing to do with "tyranny" from the other side. you either do it on close door, or leave it be. don't take things personally. because of one disagree in "bersih", it does not mean all have to follow. the majority rule. either you follow, or just stay put. no one is forcing any to come. why nak heboh sekampong thru gomen media. moreover he should know netter that the gomen already berat sebelah since ages. whatever it is, i still respect him, but he need to accept, understand and respect the differences of others too. anyway, do grow up "anon". this has got nothing to do with "allah", but more to selfishness, hatred, and not being color blind!

salam...

burn said...

my dad, an x-army, involved during insurgency was surprised to to know the reaction of this few x-serviceman. dia terasa teramat malu dengan sikap si diaorang. soldier don't do that. soldier was supposed to protect the people, not threatening, intimidating, showing hatred, bully and so on. being a "pegawai waran", he have always teach me and bro's to be colorblind, honest, good and respect others. salah betul, can be discuss openly, but not this way. what they did telah memalukan kesemua angota-angota angkatan tentera malaysia... dad say that!

salam...

Stk said...

QD,you yang obsess kat Al Juburi,kalau tidal tak kan nak asyik mentioned dalam blog2,macam rindu sangat kat si nua tu.Sudahlah be a gentleman kalau minat cakaplah. Saya ni amat hairan QD yang berpelajaran tinggi,konon nya pernah kerja kat top multinational company,mentallity macam orang kampung,kena tipu oleh unmo kena lagi berterima kasih, sangat memalukan terutama buat orang melayu.
The problem today is no more orang cina tipu melayu,tetapi umno yang tipu melayu and expect melayu berterima kasih kerana konon nya menjaga hak2 orang melayu?? QD lah yang mendehaka kepada melayu supaya Jadi bodoh yang dihendaki oleh umno. Bila nampak dacing bn it is a symbol of corruption,lawlessness ,gangsterism.

Gajah Majah said...

Persoalannya ialah bolehkah UMNO kembali ke pangkal jalan?

UMNO sekarang tidak ubah seperti kapal yang menunggu tenggelam, namun pemimpinnya masih yakin bahawa kapal itu masih kuat. Pelbagai pergolakan dalaman dan serangan dari luar yang sudah bertalu-talu memusnahkan kapal ini sedikit demi sedikit.

Ramai yang sudah sedar dan tidak mahu lagi menaiki kapal ini. Namun bagi para pemimpin tertingginya, masih ada sisa-sisa kekayaan yang boleh dirembat yang menyebabkan mereka masih tetap bergantung pada kapal ini.

Pergaduhan dan pertelingkahan hebat yang sedang berlaku di dalam persaingan merebut jawatan di kalangan ahli-ahli UMNO pada ketika ini amat serius sehingga ada yang didakwa oleh Badan Pencegah Rasuah (SPRM).

Sesungguhnya satu-satunya tali yang mengikat ahli-ahli UMNO sekarang (dan dari dulu) adalah “manfaat”. Kerana adanya “manfaat”lah menyebabkan mereka masih berpegang kepada UMNO. Ahli UMNO kebanyakannya sudah tidak lagi mempercayai barisan kepimpinan mereka, cuma “manfaatlah” yang menyebabkan sokongan diberi.

Perebutan jawatan sehingga ke tahap rasuah-merasuah sudah terlalu biasa dan kini sudah ada pula yang terbunuh. Timbalan Ketua Cawangan UMNO cawangan Bukit Merah, Taib Ali, 61 telah mati ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosikal di hadapan sekolah anaknya di Jalan Gunung Semanggol-Bukit Merah.

Kemewahan dan kesenangan jika dapat memegang jawatan tinggi di dalam UMNO adalah punca utama kepada pergeseran dan permusuhan hebat yang berlaku dalam UMNO. Tiada siapa pun yang dapat menafikan bahawa setiap jawatan penting di dalam UMNO menjanjikan kemewahan dan kesenangan. Kerana itulah ada yang sanggup melakukan apa sahaja.

Lihatlah kemewahan yang dikecapi oleh barisan tertinggi di dalam kepimpinan UMNO. Ahli-ahli peringkat akar umbi sudah muak dengan sikap bermuka para pemimpin mereka sendiri, disebabkan itulah ada di antara mereka yang berpandangan sudah tiba masanya untuk bertindak. Itu pun kerana mereka tidak dapat mengecapi kemewahan yang sama. Tatkala mereka dijanjikan kemewahan oleh para pemimpin, maka mereka akan terus bertempel dengan UMNO. Tidak ada cara lain lagi untuk menyelamatkan ahli-ahli UMNO, dunia dan akhirat melainkan dengan merubah asas dan matlamat perjuangan mereka kepada perjuangan yang berlandaskan dan bermatlamatkan Islam.

“Manfaat dunia” nampaknya menghalang sebahagian besar ahli-ahi UMNO dari merubah perjuangan. Mereka tidak sanggup berjuang untuk Islam kerana jika berjuang untuk Islam, segala rasuah, penyelewengan dan kesenangan hidup yang mereka perolehi di bawah UMNO selama ini mungkin akan berakhir.

Kemewahan dunia telah melupakan mereka bahawa kesemua kesenangan itu tidak akan mereka bawa ke kubur sedikit pun, apatah lagi ke akhirat. Malah dengan kemewahan itulah Allah akan mengazab mereka, namun mereka masih alpa dan terus alpa.

Raden said...

semalam duduk ngeteh dengan beberapa org BN... ayat diorg yg aku tak boleh lupa... " SPR sbnrnyer sangat2 menyebelahi kita, diorg akan buat apa yg boleh untuk menangkan kita, tapi org kita jngan la leka pulak"

tringat lak ayat PM... "mempertahankan putrajaya hingga ke titisan darah terakhir"

SPR Adil?? hahahaha... selagi diorg bole tipu... diuorg akan buat... kalau dh x bole nak tipu... tu yg akan jadi mcm Penang, Selangor tu... sbb ramai sngat pangkah PR... sampaikan SPR dh x bole nak tipu

Anonymous said...

TERKINI : Minister’s daughter got RM30 mil govt contract

http://blog.drdzul.com/2012/05/16/ministers-daughter-got-rm30-mil-govt-contract-petra/

Anonymous said...

skrg banyak kerja-kerja maintenance kementerian pertahanan di kumpul dan dilakukan dgn kontrak berpenggal..3 atau 5 tahun kontrak..seolah olah jika pakatan rakyat menang..projek projek tersebut di monopoli oleh kroni..

Anonymous said...

Tuan Aspan,

The right to peacefully assemble involves the right to assemble in a public place to express a point of view.

Gathering in front of a private residence to target an individual or his family is not an exercise of that right, even if you happen to be standing on the sidewalk.

It is an exercise in intimidation, pure and simple.

We have to be able to tell the difference, for it is at that point where we stop being a group of concerned citizens, and start becoming bullies.

By the way, why target only Ambiga? Just because she is a woman and not a Muslim?

Anonymous said...

TERKINI : Why turn yourself in for police questioning if you’re going to risk getting beaten up?

This was a query raised by Bersih’s leaders after Mohd Safuan Mamat, 24, a Bersih supporter, was allegedly hit by police on Monday with a metal pipe.

Bersih steering committee member Maria Chin Abdullah said: “He [Safuan] went to the police station on a voluntary basis, but was detained and beaten up.”

“What is the message the police are giving? You want the people to cooperate, and when they come, you beat them up,” she told reporters at the Selangor Chinese Assembly Hall.

Safuan went to the Dang Wangi police station on May 14 to give a statement over his involvement in the April 28 Bersih 3.0 rally.
After giving his statement, he was taken to the lock-up behind the station, handcuffed and detained for the night.

Safuan claimed that a police officer tried to get him to confess that he had smashed a police car during the disturbance.

He claimed that when he denied the allegation, the police officer beat him up with the metal pipe. Maria asked what kind of message the police were trying to convey through this incident.

She also asked about the purported 100-plus list that the police had on Bersih participants involved in the chaos of the April 28 rally.

“If they know the people [involved], they should issue them a letter to ask them [from this list] to come to the police station instead of hunting them,” she said.

She said that nobody except the police seemed to know the identities of the 100-plus participants.

Meanwhile, Bersih leader Hishamuddin Rais said that the group had invited more than 100 people who were attacked by police on April 28 to talk about their experience at the Chinese Assembly Hall here at 11am this Saturday.

Anonymous said...

BILA TIMBALAN KPN boleh kata bahawa THIS is A FREE COUNTRY maka semau perkara termasuk buka gerai depan rumah Ambiga tak jadi masalah.
Maka akan ada masakan tosei di hadapan rumahnya nanti.
Kita akan tengoklah how FREE is THIS COUNTRY?
BILA manusia pakai uniform bercakap berdegar semata mata kerana jaga pangkat dan mengampu.
BILA uniform tertanggal? Kita nak tengok macam mana nada suara
CUKUP lah dengan MUSA HASSAN yang berdegar degar cakap... Bila dah x ada jawatan dengan TIMBALAN sendiri pun dah bermasam muka dna menuduh macam macam...
Hidup ni tak lama...

Anonymous said...

hahaha...as expected...QD with his dumbest statement...kahkahkah...

this is d diff between PR n UMNO's supporter..same goes to UMNO's dumb supporters in front of Ambiga's house..x lebih x kurang..

Anonymous said...

QD,

Ko ne memang kurang ajor...
Bini orang pun ko boleh main2 sex.
Ingat..bapak ko tak pernah ajo jadi manusia.. kalau ajo pun mesti pasal jubo aje..

tu la pengaruh jubo madey punya power..jilat lagi pungkok tua nak mampus... kan dah kenan jubo.

Anonymous said...

Umno = Wang , Wang = Umno. Musuh Melayu ialah Melayu sendiri. TAK ADA Umno lingkup Melayu, Melayu hendak Umno, Umno hendak Melayu, Melayu mesti mahu Umno = Hidup Umno, Hidup Maha titik,Hidup Daim songlap,Hidup Menteri2 bontot,Hidup tak lak dignity punya MCA,MIC,Hidup AhJip Bin Lossma..ruah,Hidup kejam Musa dan hantuGhani, Lingkup Rakyat,Wahai kaum Melayu FELDA banyak bahaya tahu tak. Lingkup Umno hidup Melayu. Ingat lu Maha Titik Malaysia BOLEH, TUNGGULAH, SIAP KAPALTERBANG KAMU PERGI JUMPA SAHABAT BAIK KAMU......PATRICK MUGABE JANGAN LUPA BAWA KEJAM MUSA DAN HANTU GHANI SEKALI KALAU TIDAK MESTI KENA GUA PUNYA LUDAH PUNYA.Si Berasan MB ali dan Katak Raja Bodek tak payah ceritalah tak tahu apa akan jadi pada mereka.