01 May 2012

Insyaallah, PR akan berjaya: asalkan jangan mendahului Tuhan

Kalau kita buat kajian yang serius, kekuatan PR tidak boleh kita nafikan dan ia telah terbukti dalam perhimpunan Bersih baru-baru ini. BN yang begitu gah selama ini sekarang sudah begitu kecil dan sokongannya sudah menirus.  BN sekarang ini ibarat tali gasing; lagi ke hujung lagi mengecil.

BN mempunyai 14 komponan di dalamnya, sedangkan PR hanya mempunyai 3 parti yang bergabung dan bekerjasama dengan motif yang satu, iaitu untuk menjadi alternatif yang efektif kepada pilihan rakyat dalam PRU yang bakal diadakan. Mengikut undi popular dari SPR, Pakatan Rakyat telah mendapat hampir 51% sokongan rakyat dalam pilihanraya yang lalu, tetapi mereka (BN) mendapat lebih kerusi kerana kawasan yang dimenangi oleh BN merupakan kawasan yang mempunyai pengundi yang kecil.

Sekarang BN telah menambah dua lagi keahlian dalam komponannya: iaitu SPR dan Polis (PDRM). Justru BN bukan lagi satu komponen 14 buah parti tetapi 16 jumlahnya. Tetapi yakinlah, PR akan mampu mendapatkan lebih dari 55% undi popular kali ini dan BN tidak mungkin dapat mempertahankan diri jika keadaan politik yang ada pada hari ini berterusan.

Dengan  rekod buruk ahli komponan baru BN (Polis DiRaja Malaysia) semasa perhimpunan Bersih baru-baru ini, ia akan menambahkan lagi kebencian kepada sikap dan nilai pemimpin BN khususnya UMNO. Perhimpunan yang melebihi 200,000 orang  rakyat Sabtu lalu memberikan impak yang bukan kecil kepada BN apatah lagi apabila parti baru BN, PDRM telah melakukan keganasan terhadap peserta perhimpunan itu. Polis dan BN serta media perdana telah menyelewengkan fakta dan menuduh peserta himpunan yang memulakan keganasan itu.

Mereka boleh  melenyapkan fakta tetapi mereka yang menyertai himpunan itu merasakan kepedihan oleh tindakan polis menyembur gas pemedih mata kepada peserta himpunan yang datang dengan aman dan damai itu. Tetapi itu tidak mengapa, kerana yang benar akan terserlah jua akhirnya. Masyarakat antarabangsa telah melihat fakta yang sebenarnya dan yang menyertai himpunan itu pun tahu keadaan sebenarnya yang berlaku pada  perhimpunan raksasa rakyat itu.

Rakyat faham tindakan polis itu adalah tindakan desperado pihak yang memerintah. Kita semua perlu bersabar kerana tidak ada kezaliman yang tidak jatuh akhirnya. Apa sangatlah kekuatan PDRM jika dibandingkan dengan kekuatan Firaun dahulu, tetapi Firaun tumpas kepada seorang manusia pilihan Tuhan.

Kita mesti yakin dengan contoh-contoh yang berlaku dalam rentetan sejarah yang tua dan yang terbaru. Kita lihatlah di mana-mana dalam dunia ini, apabila pihak penguatkuasa menyebelahi pihak yang menindas, yang tertindas akan akhirnya berjaya. Di negara di mana berlakunya ‘Arab Spring’ pihak yang menzalimi rakyat akhirnya gugur walaupun mereka disokong oleh pihak penguatkuasa seperti tentera dan polis mereka.

Bagi pihak pembangkang walaupun telah berusaha begitu kuat dan konsisten, yang paling penting untuk kita lakukan ialah untuk berdoa dan bertawassul terhadap Allah, Tuhan Semesta Alam ini. Jauh dari sudut hati ramai rakyat yang berfikir, BN akan tumbang kali ini. Yang terpenting kita jangan mendahului Tuhan.

Teruskan usaha dan teruskan doa, insyaallah, akan berlaku pertukaran kerajaan tidak lama lagi. Yang penting kita beristiqomah dalam segala usaha yang kita lakukan dan jangan lupa kepada yang Maha Penentu itu.

67 comments:

Anonymous said...

Kira BN akan kalah teruk... dan PR akan jadi ambik alih gomen... harap-harap gitulah Aspan..

Saya berpandangan sebaliknya.. Selepas Bersih 3.0 rata-rata orang saya jumpa cerita pasal video Anwar bagi arahan pada Azmin untuk memulakan rusuhan. Biar macam mana disintuk-limau sekalipun, bangkai dah membusuk dan berbau.

Walaupun saya penyokong kuat Pakatan, pertimbangan saya telah berbelah bagi. Di satu sudut fakta dan di satu sudut auta, mana yang perlu saya pilih.

Kalau saya yang pro Pakatan boleh goyang, apa lagi pengundi atas pagar. Untuk menang, kena ada isu baru... mungkin Bersih 4.0 boleh membantu, sempat ke lagi.

Aspan perlu kerja kuat lagi untuk buat 'spinning'.. stail lama banyak orang dah tahu..

Anonymous said...

Pengikut-pengikut UMNO bukannya tak tahu apa yang Allah suruh dan larang. Macam mana kita muslim nak bersaudara walhal mereka yang tak nak ikut akidah dan hukum Allah.

Pemimpin-pemimpin UMNO tahu apa itu Quran malah faham isi terjemahannya. Kenapa masih ada yang lupa nak melaksanakan isinya sehingga sekarang?

Pengikut UMNO dan pemimpinnya mengakui Syaitan laknatullah sebagai musuh, tapi kenapa masih ada yang mentaatinya dan bersetuju dengan ajakkannya untuk bermusuh sesama Islam?

Labu said...

Ku Li pernah dedahkan berlakunya penyelewengan wang rakyat dan salah guna kuasa Bank Negara untuk kepentingan broker pertukaran dana asing Rosmah Najib.

Pada pertengahan tahun 2009, perjudian Bank Negara yang tiada ambil iktibar daripada kesalahan yang sama yang pernah berlaku dalam pasaran perjudian tukaran wang asing.

Bank Negara terus berjudi sehingga mengalami kerugian sebanyak RM32 bilion. Satu jumlah yang cukup besar yang boleh menampung bajet negeri Pulau Pinang selama 100 tahun.

Tak cukup dengan penyelewengan dan kerakusan pembaziran yang dibuat oleh Badawi sebagaimana dakwa Mahathir sebanyak RM270 bilion dan Mahathir sendiri sebagaimana pendedahan Barry Wain telah membazirkan RM100 bilion wang rakyat yang dinafi cuma RM10 bilion sahaja adalah juga wang rakyat yang terpaksa menanggung siksa dan derita membayar setiap sen wang negara yang hilang dengan kenaikan harga barang gula, minyak dan sebagainya.

Rakyat perlu mendesak supaya harta Mahathir dan Badawi disita untuk menampung kerugian dan penyelewengan wang rakyat yang dilakukan oleh mereka.

Negara akan muflis jika salahguna wang negara dan penyelewengan terus berlaku di bawah pentadbiran UMNO BN.

Anonymous said...

Salam Tuan,

Tidak berperikemanusiaan punya polis.

http://www.malaysiawaves.com/2012/05/saksikan-orang2-yang-terpelanting.html

Anonymous said...

Dear sdr AA,

I think if the UMNO BN people can see their children could fly like a video in the link below, they must feel proud and excited. Why not .. they have the opportunity to bring honor to the country & PM with the ability of their children.

http://www.youtube.com/verify_age?next_url=/watch% 3Fv% 3DK-Jb9k_iNOE

No gimick ! No camera trick ! It's real !!!

olang tua said...

AA, I was very proud and fascinated by the unbelievably massive crowd at the Bersih rally last Saturday.
It only reflects the concerned Malaysian congregating together and it looks like they are heading for Putrajaya already. What fascinates me the most is the participation of the middle class as you have rightly written this time around. BN can never recover bro. The fate of the ruling parties is certainly predetermined.

Anonymous said...

Bro Aspan,

Saya rasa BN akan menang lagi sebab Quiet Despair akan undi depa.

Tok Penang

MAHApenipu said...

Apalah super bangang sangat Ker. BN nei,membazirkan wang rakyat dan tenaga pasukan keselamatan mempertahankan benda yg tidak bernyawa iaitu sebuah padang yg bernama Dataran Merdeka,sedangkan rakyatnya tidak dibenarkan merdeka dari minda yg dirantai.Tempat2 awam adalah milek rakyat utk mengadakan sebarang kegiatan2 sihat dan aktiviti2 aman yg telah tertera di dlm Perlembagaan Persekutuan.Sebab itulah namanya HAK AWAM,bukannya HAk BN!!!Istilah dlm bahasa melayu HAk AWAM pun pemimpin2 UMNO tak faham…dongoi betul!!!

Anonymous said...

Kemudahan awam semua sudah menjadi milik dan hak Umno sahaja tanpa memperdulikan rakyat dan hak demokrasi yang ada di Negara ini.

Ministers:99%cow brain,1%human brain for stealing said...

The government thinks the entire population relies of the the main stream media for news.The media has tried this trick after Bersih 1.0 and 2.0. It didn't work.
We saw police brutality and savagery. The world saw the truth. That's what matters.
Najib and UMNO can put their head into the sand and think people are stupid.

Anti Pembelit said...

Antara sebab yg utama tidak boleh berhimpun ialah tidak membenarkan rakyat semua kaum bersatu atas dasar politik.Sekiranya ini berlaku, habislah modal BN utk memperdaya rakyat.50% nyawa BN selama ini bergantung kpd cara 'divide n rule' salah satu dasar ajaran Zionis. Menjaga Datatarn Merdeka hanyalah satu alasan yg amat dangkal,kerana tak logik membazir duit rakyat & tenaga pihak keselamatan semata2 melindugi sebuah padang yg tak bernyawa.

apanama pun boleh said...

Sepatutnya mengikut prinsip demokrasi yg UMNO laungkan KL/WP adalah bawah PR dan BN jadi pembangkang kerana di PRU12,PR menang semua kerusi kecuali satu.Golongan majoritinya adalah pendududuk PR, bukannya Dato' Bandar yg termasuk golongan minoriti…tapi masih nak tunjuk besar kepala!!!

Anonymous said...

Selama ini rakyat yang sentiasa “terpaksa”. Terpaksa berhadapan dengan apa sahaja dasar kerajaan UMNO-BN. Berhadapan dengan kenaikan harga barang, jenayah, kebanjiran warga asing tanpa izin, gaji yang tidak naik-naik, pengangkutan awam yang semakin buruk, lambakan graduan menganggur dan sebagainya.

UMNO-BN cipta masalah, rakyat yang terpaksa tanggung sendiri.

Malah, ramai rakyat masih tidak sedar masalah ini berpunca daripada pemerintahan yang korup dan zalim;

- korup kerana penuh dengan penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah dan ketirisan;

- zalim kerana segala kebobrokan ini tidak disiarkan dalam media massa – kerana dikawal oleh kerajaan UMNO-BN – dan disembunyikan daripada rakyat yang sedang sengsara dengan kesan tekanan ekonomi hasil kegagalan dasar dan pelaksanaan pemerintah.

Anonymous said...

Rakyat telah memilih kerajaan yang sama berulang-ulang kali kerana rakyat sangat mudah menelan fitnah dan propaganda UMNO-BN yang disiarkan saban waktu di kaca TV, di ruang udara radio dan di muka-muka akhbar yang semuanya mereka kuasai sepenuhnya.

UMNO-BN kini memilih jalan yang lebih kotor. Selain menguasai media dan jentera kerajaan, UMNO-BN bertindak melakukan pelbagai penyelewengan dan ketidakadilan dalam pilihan raya seperti penipuan undi pos, pengundi hantu, projek IC, mengubah pengundi, dan sebagainya. Semua ini mempunyai bukti yang kukuh.

Betulkah negara ini adil, demokratik dan bebas?

Anonymous said...

Mungkin ada yang berkata, apa yang tidak adilnya kerajaan? Negara ini aman dan kaya. Bersyukurlah kerana tidak ada perang saudara, tidak hidup melarat penuh dengan pengemis merata-rata, kata mereka.

Adilkah apabila ada keluarga menteri boleh hidup mewah dengan menyalahgunakan wang rakyat yang sepatutnya digunakan untuk menternak lembu?

Daging lembu entah ke mana, rakyat tak dapat cukup bekalan daging tapi keluarga menteri tersebut senang-lenang dengan kondominium mewah, pasararaya di luar negara dan dapat pula tanah.

Apakah rakyat boleh bersyukur dalam keadaan hidup yang dihimpit tekanan hutang, pinjaman bank, wang saku anak-anak sekolah yang semakin meningkat dan sebagainya sementara kononnya ada cerita cincin bernilai berjuta ringgit milik isteri seorang pemimpin besar?

Rakyat selayaknya mendapat jauh lebih baik dari apa yang ada sekarang. Segala penderitaan dan masalah yang rakyat hadapi semua ini adalah akibat salah urus dan penyelewengan kerajaan UMNO-BN.

apanama pun boleh said...

QD ni korang jgn layan.Dia ni bukan nak cari kebenaran tapi spesis yg suka provoke dan ada penyakit 'denial syndrome'.Lagi di layan lagi dia suka & terlompat lompat mcm kanak2.Dah bertahun komen mesti sebut nama Anwar mcm gila talak.

Dia tak tahu yg majoriti penyokong PR dah sampai ketahap tak peduli sama ada bersama Anwar atau tidak.Menolak BN adalah disebabkan cukong2 BN yg mencuri, menipu dan perasuah2 tegar yg berada dlm parti BN,serta terhakisnya integriti2 kehakiman,PDRM,SPRM & SPR.Bukannya sebab Anwar...

Anonymous said...

Pilihan raya yang bersih, adil dan bebas memang tidak mampu menjanjikan kehidupan yang mewah dan makmur. Tetapi ia dapat menjanjikan titik permulaan ke arah keadilan, ketelusan dan hak rakyat yang sebenar untuk menentukan hala tuju negara.

Demokrasi bererti kuasa di tangan rakyat. Jika kuasa ini dibiarkan jatuh ke tangan orang lain iaitu hanya ke segelintir elit pemerintah, maka selama itulah nasib rakyat yang majoritinya orang melayu bagaikan kerbau dicucuk hidungnya.

Masa telah sampai untuk rakyat melakukan apa yang wajib dilakukan. Rakyat telah lama bersabar. Dan selama itu rakyat dianiaya dan ditipu.

JEMPOL said...

Orang yang buta sejarah khususnya Melayu dalam UMNO sahaja yang suka kena tipu.

Menurut tafsiran mahkamah, UMNO lama dan UMNO Baru adalah berbeza, bukan parti yang sama.

Berapa kali orang Melayu sudah tertipu? Mula-mula Portugis, kemudian Belanda. Inggeris berpakat dengan Belanda membahagi-bahagikan Melaka dan Singapura seperti milik mereka bersama. Datang Jepun dirempuh semua. British datang lagi dengan niat yang berbeda. Mujur orang Melayu (ingat: Orang Melayu saja) sedar diri dan nasib anak cucu apa akan jadi. Malaya dimerdekakan.

Maka diwujudkanlah satu resolusi rakyat bagi membendung perkara yang jelas dan kerap menjadi masalah, iaitu aspek ‘Ekonomi dan Pengagihan’ kekayaan negara.

Terciptalah satu Dasar yang sangat murni yang dinamakan ia Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalamnya terkumpul segala harapan orang Melayu. Kerana orang Melayu yang memerlukan pertolongan bagi peningkatan taraf sosio-ekonomi, maka dipersetujuilah tanpa bantahan. Amat bagus. Itulah dia konsep Perpaduan Nasional terulung di negara waktu itu!

Dasar Ekonomi Baru umpama dasar yang timbul atas hakikat “sesudah terantuk baru menegadah”. Seluruh orang Melayu berharap akan dikendalikan dengan rapi. Tempoh 30 tahun bukan lama. Diragukan – mana mungkin DEB berjaya menyelesaian permasalahan yang sekian lama kusut dalam tempoh sesingkat itu.

Orang Melayu sangat-sangat berharap UMNO akan melaksanakannya melalui satu daya dan kesungguhan yang jujur, ikhlas dan matang.

Malangnya, tidak ramai di kalangan UMNO yang sedar. Tidak ramai yang nampak wujudnya faktor-faktor negatif yang memungkinkan inspirasi rakyat itu akan gagal. Walaupun segala-galanya nampak seolah-olah menjurus kepada keinginan untuk menjaga keseimbangan, tetapi orang Melayu sekali lagi dilekakan dengan ritorika pemimpinnya.

DSAI adalah orang yang mula-mula memberi suatu kesedaran dan keinsafan kepada orang Melayu. Anwar nampak wujudnya faktor-faktor negatif yang memungkinkan inspirasi rakyat itu akan gagal. Malangnya ramai orang politik seangkatan dengan beliau tidak nampak atau pura-pura tidak nampak gejala Rasuah, Nepotisma dan Kronisma yang sedang berleluasa.

Anwar menyarankan keseimbahan pembangunan fisikal dan material wajib diselarikan dengan kekuatan ciri-ciri penghayatan keugamaan (khususnya Islam). Diyakini dengan itu, rakyat sendiri akan terlepas dari kesulitan menjaga keseimbangan semoga mampu menilai antara yang bermoral dan tidak bermoral.

RASUAH dan Penyelewengan menjadi perjuangan beliau seterusnya. Walaupun sebagai TPM, tidak semestinya beliau menjadi pemutus kata dalam semua hal. Walaupun ada ruang untuk beliau melakukannya, tetapi beliau semacam terkepung oleh keadaan yang mengancam dari segenap penjuru. Beliau menerima suatu tentangan hebat.

Apa yang berlaku kemudiannya amat menyedihkan.

Orang Melayu perlu bertanya, betulkah UMNO Baru akan menyambut ulangtahun penubuhan mereka yang ke 66?

Anonymous said...

Hukum dengar arahan orang atasan

http://www.youtube.com/watch?v=21LloV43ofM&feature=related

Anonymous said...

Ayahanda Aspan,

Saya ingin bertanya dengan ayahanda kenapa mereka berbaju kuning yang berada di luar Dataran Merdeka diherdik, dipukul dan ditangkap?

Kenapa polis menangkap dan mengherdik mereka cara Nazi di kedai-kedai makan?

Apakah polis berbuat demikian? Mahkamah hanya kata tidak boleh masuk ke dalam padang.

Soalan saya boleh kah polis tangkap dan pukul mereka yang ada di luar Dataran Merdeka?

Kenapa polis mempunyai kuasa yang begitu mengerunkan?

gajah putih said...

Setelah mengamati video youtube peristiwa BERSIH 3.0 dan melihat bagaimana pihak polis dengan brutalnya melanyak dan melasak mereka yang tidak bersalah, saya mula sedar bahawa saya tidak boleh meletakkan kepercayaan kepada mereka lagi.

Sudah sekian lama saya mendengar dan membaca bagaimana mereka yang ditahan mati dalam lokup, anak muda ditembak mati tanpa belas kasihan dan sebagainya tetapi insiden BERSIH 3.0 yang membolehkan saya menyaksi dengan sendiri telah menyedarkan bagaikan tersendak dari tidur dengan tiba-tiba.

Saya mulai menasihati anak-anak saya supaya selalu bergerak dalam kumpulan. Mana tahu nanti ditahan polis dan kemungkinan dibantai kerana tidak mahu mengikut ke balai. Elok juga kalau membuat repot di Balai membawa rakan bersama. Apatah lagi, badan institusi seperti SPRM telah tercatat dengan 2 rekod orang mati dalam pejabat mereka. Kuasa yang polis pegang hari ini nampak telah banyak disalahgunakan. Hari ini kita banyak berbicara mengenai pemimpin yang salah gunakan kuasa. Gajah yang beruniform di depan mata yang salah guna kuasa jangan dengan mudah kita abaikan.

Malahan, kini terasa juga kalau keluar dari rumah memang penuh dengan risiko. Bukan hanya peragut tetapi polis pun kita tidak boleh diharapkan lagi. Banyak sudah saya dengar bagaimana pendatang asing dikacau oleh polis. Apatah lagi bekas timbalan menteri pun boleh diterajangkan masakan rakyat kebanyakan?

Hakikatnya, BERSIH 3.0 telah membukakan mata saya. Terima kasih kepada mereka yang muatkan ke dalam youtube. Tanpa usaha anda semua, saya masih jahil.

Anonymous said...

Bergaul dgn masyarakat kebelakangan ini menyaksikan betapa mereka jijik dgn keganasan pihak berkuasa

Quiet Despair said...

Top of the morning my loves

Heehee, Tok Penang dan Apanama pun boleh. Tak lekang dari mulut dan hati ya y'all kat saya. At first I thought I will give it a rest and not placing my comments.
Tapi dah y'all missed me, here I am.
Lagipun dengan adanya saya, rancaklah blog ini dan lebih demokratik. Boleh you all bantai saya. Hahaha.
Insya-Allah DAP dan PAS akan kekal menang di Penang dan Kelantan. Mungkin hilang some seats in other states.
Harap Tuan Aspan dan orang kampung saya bro Sak akan menjadi YBs yang baru.
DAP and PAS are still needed for check and balance.
Tapi Keadilan akan kalah teruk. Maha Agungnya akan berkubur sejak Sabtu lalu.
I am happy as long as that character is not around. Aman dan bahagiah Malaysia.
Tok Penang kata BN akan menang sebab QD undi depa. Insyallah.
Saya telah menukar kawasan mengundi saya kepada Selangor pada bulan Januari.
Tak mau lagi mengundi di WP.
At least saya dan sekurangnya 100 sedara mara akan bangga dapat membantu menumbangkan Keadilan.
Kami suka TS Khalid yang juga family friend tapi kami tak suka dia dikongkong oleh dua tin despot Anwar dan Amin.
Saya suka dia perli Azmin berak di tengah jalan. Bravo TS Khalid.

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Ya, insha Allah. PRU ke-13 ini rakyat yang punya, K? Cukuplah rasanya rentetan peristiwa Perhimpunan Bersih 3.0 itu jadi saksi dan bukti nyata siapa sebenarnya UBN kini, yang dah tentu semuanya tu anak didik Mahathir tua gila tak sedar diri tu, kan? Apapun, benar seperti yang saudara sebutkan, kalau Fir'aun Mesir yang begitu bongkak itupun boleh jatuh dik seorang insan pilihan Allah, apalah aja yang ada pada UBN ni ... Tak terbanding-la, kan?

Justeru, terima kasih di atas saranan saudara. Sememangnyaperjuangan ini mestilah beroleh sokongan dan restu Allah, barulah ia benar-benar dirahmati dan diberkati, sekaligus mencipta kejayaan yang akan memberi kemanisan kepada semua pihak. Akhirnya, bersamalah kita perbanyak doa dan munajad kepada-Nya agar kebenaran yang semakin terserlah kini akan dimenangkan. Kepada rakan taulan mangsa keganasan pihak berkuasa ini, takziah saya ucapkan; kalian adalah perajurit Malaysia tercinta, dan teruskan sahaja perjuangan ini hingga ke titisan darah terakhir menghalau berambusnya penjajah dalaman ini.

Terima kasih dan bersihkan Malaysia kita!!!

Anonymous said...

Polis dan FRU diarah menjaga Dataran Merdeka daripada dimasuki orang.

Siapakah yang memberi arahan untuk serbu rakyat sehingga memburu di segala pelusuk KL?

Atas kuasa seksyen dan akta mana polis boleh gertak, herdik, meninggikan suara, menakutkan rakyat, menendang manusia dan pijak manusia dengan but, memukul dengan cotah bila rakyat langsung tidak melawan dan melukai rakyat?

Hishamuddin are you the one giving the orders from the observatory tower with your high powered binoculars?

SOP (standard operating procedures) membenarkan polis berseragam tanpa lencana nombor dan nama?

Anonymous said...

Nampak sangat polis hendak berperang dengan Rakyat marhaen.

Polis anggap rakyat sebagai musuh.

Anonymous said...

Inilah sikap dan politik durjana Umno yang bilamana gagal mengurus tadbir negara dengan baik , maka diletakkan kesalahan kepada pembangkang padahal puncanya datang dari mereka sendiri.

Quiet Despair said...

Unknown

Bro, jangan sesekali lupa anak didik kesayangan Mahathir iala Anwar. Daripada jadi pendakwah Ambim pakai capai, terus jadi nombor dua.
Anwarpun dah lupa he was foisted to the top by Mahathir.
Kalau Mahathir tu firaun, it follows Anwar is a firaun too. Big time firaun.
Anwar is the type when it's right is it I, when it's wrong it's you.

Anonymous said...

hehehehehh QD....

sapa yang sekat DSAI masuk umno?....berapa lama dia tahan DSAI?....sapa goatfather?....heheheheh

Tun Razak sejak 1970'an sudah suruh Ku Li bawak DSAI masuk umno....mah-ha-deeey yang tahan.....dia tak bagi....lama Ku Li cuba pujuk mah-ha-deyyy......ini sejarah benar....kata Ku Li, seminggu sebelom Tun Razak meninggal, dia dipanggil ke London oleh Tun Razak....dan dalam perbualan mereka, beberapa kali Tun Razak suruh Ku Li bawak DSAI masuk umno!!....'HE IS A YOUNG MAN WHO CAN WORK AND A POTENTIAL GOOD WORKER....IF NOT HE WILL JOIN PAS, NANTI SUSAH UMNO!!!'.....inilah lebih kurang kata2 Tun Razak pada Ku Li....bacalah buku Ku Li untu tahu kesah sebenar ini....'RAHSIA YANG TERPENDAM'.....semua ada....

sapa Godfather DSAI?....heheheheh...ask Ku Li....coz the other guy is just a goat!....and he sells the news that he is god!....(as usual, umno diehards like QD BELIEVED WHOLEHEARTEDLY!!!)

gheng lama....

Anonymous said...

The police staff are also human, no one stoke their emotion and break their bottom line, they will not simply charge at the 'peaceful protestors'!...Just wonder how those creeps out there define the word peaceful?!...Was jumping up to the bonnet of the police car and trampled it like apes a peaceful act?!...Was beating up the police who were on duty a peaceful act?!...By calling the police barbarous, what should we call those messed up the streets....mobs???!...In other more notorious country, the only way their security force would deal with mobs is - shoot to kill!...So sickening to see all the white lies flying around immediately after the incidents of clashes!...Even the hookers joined in the fray!

Anonymous said...

Uncle Saw (Sasterawan Bersih 3.0)

http://www.youtube.com/watch?v=uBUI15rpDI0&feature=player_embedded

Sheila Santharamohana said...

Reports are now centered on reducing Bersih 3.0 to a whodunit.

Quite frankly, to me it doesn’t matter whether the barricade was breached or by whom but I have an ugly feeling that we were set up.

This was part of the grand plan to paint us as willfully criminal and violent, that we deserved being shot at, trapped and hunted down. All of us were being punished for having the temerity for attending this gathering and now needed to be taught who was boss.

For those powerful unseen hands who ordered the attack, while you gloat in triumph even as you lay blame at our feet, please remember we didn’t fire the first salvo. You did.

For those in uniform armed with weapons the rakyat paid for, you comfort yourself that you did your duty but remember there’s no glory in using violence against the blameless and unprotected. You failed us.

Am I angry now? Hell yes!

Anonymous said...

anon 11:35am

You asked whether jumping like an ape on the bonnet of the car a peaceful act.

Can you just have a peek at this short video (1 minute only)

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=K-Jb9k_iNOE

After you watch, ask this question yourself, since Sogo has been build, has any car made such a mad dash?

Bear in mind, this is NOT a rakyat who drive. It was drove by the law custodian itself.

Can such madness be contagious? You get what you give, yunno.

If you drive like an animal, then you get animals jumping on your bonnet. ;)

razif said...

Sheila Shantaharamohana,
It is so soothing to hear and to read comment from you.

You truly understand the actual reason why the ugly incidences happened during the rally.

We must believe that the police was infiltrating huge numbers of provocateurs to start off the fracas just for them (police) to get good excuse to strike the rally with water cannons and tear gas.

It has happened before and they did it again last Saturday.For what? Just to make up an image that the rally started was the one which caused ugly incident.

Remember, the ruling party is in desperation now. and you know what.....

Anonymous said...

alooooooo QD,

lu mau tipu jangan tipu orang yang sudah hidup lama laaaaaa.....

my FIRST demo was in 1979.....when Russia invaded Afghanistan....then oredi we can see how the polis PLAYED their game!...

last saturday, I was at jalan Tun Perak-Jalan Raja junction.....very near to the 'welcome to tel aviv' signboard....looks well done and well placed!!!!hehehheheh.....and some clowns stand on the power box to LEAD the crowds......and yet no police touch them.....

QD....go talk to the tadika kemas cikgus and kids laaaaaaaaa....

gheng lama

Aspan Alias said...

Sheila Santharamohana,

Sheila, you the truth? So that was the truth.

Thanks Sheila

Anonymous said...

Dear anon 11:35am,

I agree that the police are human beings, just like you and me. But they are paid to up hold the law, and they must therefore set an example, which is not always the case.

What they did in BERSIH 3.0 was obviously unacceptable.

Anonymous said...

TERKINI : Cuba korang lihat perarakan yang berlaku di kawasan Parlimen Petaling Jaya Utara.

Perarakan yang begitu kecil sebegini pun boleh mendapat bantuan penuh dari PDRM.

Ya, PDRM pun manusia. BN pun manusia. Pakatan Rakyat pun manusia. Kenapa beza layanannya?

http://www.malaysiawaves.com/2012/05/bila-umno-berarak-polis-siap-tolong.html

Anonymous said...

Zaman Nabi Musa A.S Firaun mengaku beliaulah Tuhan. Dah lama sejak Umno berkuasa di negara ini Umno berlagak macam Firaun yang mengaku Tuhan! Semua nak kena kenang jasa dan budi sedangkan apa yang mereka bagi kepada rakyat adalah duit rakyat bukan duit Umno.

Umno tidak pula memberitahu berapa billion pemimpin Umno kebas dalam pembelian peralatan senjata perang.

Umno tidak juga memberitahu rakyat dalam projek MRT itu berapa billion individu-individu Umno dapat dan keluarga mana yang kebas.

Umno macam orang tua usik budak -budak yang berjalan dalam gelap. kata ada hantu. Umno beritahu kepada orang Melayu kata Dap anti Melayu, anti raja dan sultan, Pas dan PKR pengkhianat Melayu.

Dap ka yang pukul orang Melayu di BERSIH 3.0?

Pas dan PKR kah yang sapu saham bumiputera dan Melayu hingga lesap RM52 bilion?

mana mungkin said...

bro aspan,
aku pelik betul apabila membaca majoriti komen yang menyokong bersih kotor 3. itulah, kenapa pergi cari pasal berhimpun, kononnya nak jatuhkan kerajaan. bila kena sembur gas pemedih mata dan air, mula bising kata polis tak betul. kamu tu yang tak betul - kena kelentong dengan anwar ibrahim dan ambiga. kalau iapun tak puas hati dengan kerajaan bn, tunggu pilihan raya umum nanti, buktikan kebencian kamu kepada bn, jangan buat kerja bodoh seperti sekarang. bila sakit dan cedera, siapa yang susah. aku tahu polis mesti cari punya muka-muka yang rosakkan kereta mereka dan belasah mereka, sendiri jawab la. kamu ingat anwar dan ambiga nak jawab untuk kita. lain kali kita kena fikir dahulu sebelum bertindak!

Anonymous said...

mana mungkin,
don't be naive. There were few seen kicking the police and the same few were seen beating the the peaceful demonstrators.


semua mungkin

Anonymous said...

Kalau manusia pakai baju kuning, masihkan dia manusia lagi?

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=V41QuWVyGxg

Anonymous said...

Is pointing a gun during BERSIH 3.0 also police SOP?

http://www.youtube.com/watch?v=FyxKyu0dKjE&feature=player_embedded

Anonymous said...

Dear anon 11:35am,

Do you want to have first hand account on why the jumping up to the bonnet of the police car and trampled it like apes was a peaceful act?

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2012/05/police-car-crash-victim-speaks-out.html

Anonymous said...

Hi QD and Anon 11;35am,

Perkara : Rampas Kamera Wartawan

Menteri Dalam Negeri kata : Ikut SOP

IGP kata : Bukan SOP

Siapa yang betul ni?

Ini soalan ramalan sebelum GE13.

Atau keduanya buat lawak .... ha .. ha ..hi .. hi .. hu .. hu..

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Maaf lah tuan, rasanya dah makin sukar untuk PR menang. Tunggulah generasi penentang BN yang lebih cerdik barulah kita boleh tewaskan BN. Namun sekarang ini masa yang sesuai untuk kita sediakan asas kepada sistem 2 parti seperti di UK.

Anonymous said...

Salam bro...

Kompenan bn sebenarnya byk lagi tuan,

1. Penyokong dpt QD yg akan pegang umno hatta ia bertukar me jadi najis sekali pun
2. Media arus perdana yg melawan arus
3. Agensi kjaan yg ikut telunjuk bos..yg ikut telunjuk big bos Dan yg ikut telunjuk maha bos RM
4. Penyumbang- leweng2 dana

Pakya

Anonymous said...

Salam Tuan,

Ada komponen yang tuan tertinggal iaitu, SPRM, Jabatan Peguam Negara, Mahkamah, Pendaftar Pertubuhan dan Pejabat Imigresen dan...

drp: zuki ahmad

Anonymous said...

kepada anon 2 May 2012 11:35:00 GMT+08:00,

Kamu juga kena tengok U tube alternatif selain TV3. Baru lah adil. Lainlah jika kamu memangnya pecacai umno.

drp: zuki ahmad

Anonymous said...

Saya berdoa dan amat berharap kita dapat tukar pemerintah. Tapi agak susah kalau permainan dan daftar kotar SPRM tak dibersihkan. Itu yang lebih penting sekarang sebelum pilihanraya.

Anonymous said...

gheng lama....

2 May 2012 11:29:00 GMT+08:00

QD ne apa dia tahu pasal sejarah2..
kalau bab jilat jubo madey..

pasti dia no wahid... bessss

jay jay said...

DSAI suruh Azmin ke, Azmin suruh DSAI ke, itu bukan isunya. yang penting rakyat perlu diberi kebenaran berhimpun secara aman didataran merdeka kerana dataran merdeka adalah hak rakyat yang membayar cukai..berbagai-bagai aktiviti masyarakat telah diadakan didataran merdeka sebelum ini. dan ada ketikanya petugas kebersihan pihak bandaraya merungut kerana terpaksa membuang sampah sarap termasuklah kondum2 terpakai apabila selesai program. adakah dimasa itu berlaku kekecuhan? yang jelas polis dan datuk bandar lah yang bertanggungjawab keatas apa yang berlaku. ini semua gara2 mengikut telunjuk UMNOBN yang takut akan kebangkitan rakyat akibat kerakusan pemerintahan mereka..

merkisar said...

Imam penyokong pas keterlaluan,
Baru-baru ini penceramah pas dari tapah perak yang datang ke surau as-sadikin di tasik puteri berkata:

orang-orang umno adalah kafir yang menganggap apabila mati, maka mereka akan menjadi tanah selepas dimamah oleh cacing.

astargfirullahilazim, itu kah caranya pas memperjuangkan islam. sdr aspan bolehkah pr memerintah jika beginilah sikap komponen pr. minta disimpang malaikat 44 lah kalau begini...

burn said...

2 May 2012 11:35:00 GMT+08:00...

"polis" were given a license to make arrest, not act serupa gangster. otherwise, do not become a "polis", if cannot take the heat.

salam...

apanama pun boleh said...

QD,the problem with u is your comments are always out of topic.What we want is a healthy debate of opinion on the writers' articles, not loyar buruk or provoking comments which is very childish on serious issues.If u think BN can win Selangor without cheating than u are deluded.U should vote in WP and maybe u can help BN defends the 1 seat they won during the last election..ha..ha

Dr NH Tan said...

Dear friends

An Australian senator monitoring the Bersih 3.0 rally on Saturday was stunned when he turned in to TV reports at night to find that news coverage of the event by official TV channels was grossly distored -- 30 sec of the coverage, with no word about it being one of the largest demonstrations in Malaysian's history.

Well, the same can be said about The Star....on Sunday, the front page showed a police car was overturned, today, the headline was 'What a mess'...the news coverage was also grossly distorted, trying to paint Bersih 3.0 as trouble-makers/rioters/irresponsible mob.

Yes, we can 'understand' why The Star reports Bersih 3.0 in this way -- we all know who the Boss is. But this type of irresponsible journalism is totally unacceptable.

We know the CEO of The Star will not listen to readers' complaints, and i believe the only way we can express our disapproval is -- to stop subscribing to The Star.

To be frank, I seldom read the national news in The Star, these days, but i do like the Sports section. But that is something i am prepared to do without, so this morning i told the newspaper man to stop delivering the Star, with immediate effect.

Would you consider doing the same, to send a message to the CEO of the Star? They don't mind if a few stop their subscription. But if there is a drop of 10,000 subscriptions, it will be a different story.

I am also one of the 250000 on 428.

serting said...

Kenapa pemimpin suka tipu rakyat? Rakyat ni bodoh sangat ke?

Rakyat bodoh sanggup jadi bangang asalkan keluarga pemimpin terus kaya raya.

Anonymous said...

minta laluan tuan aspan,

ingin menjawap pertanyaan serting.

Sesuatu penipuan apabila dilakukan terpaksa diadakan penipuan yang lain untuk menutupi penipuan yang telah dilakukan tadi. Dan begitulah seterusnya penipuan selepas penipuan terpaksa diadakan untuk menutupi penipuan yang seterus.

Lama-kelamaan satu demi satu akan terbongkar penipuan yang dilakukan. Jika tidak pun akan nampak percanggahan fakta-fakta yang direka untuk penipuan-penipuan tersebut.

Bagi menjayakan penipuan mereka, setiap hari pakar-pakar penipuan terpaksa mengadakan satu demi satu penipuan bagi menutupi penipuan yang telah dilakukan.

Mereka tidak boleh berhenti berehat. Dan setiap fakta palsu yang direka terpaksa diteliti sepenuhnya agar ianya tidak bercanggah dengan yang sebelumnya.

Namun Allah Maha Berkuasa, dalam mengadakan pelbagai penipuan, lama-kelamaan akan timbul juga percanggahaan demi percanggahan yang tidak konsisten dengan yang dipalsukan sebelumnya hasil dari penipuan demi penipuan yang telah dilakukan.

serting said...

Kenapa masih ada orang yang mempercayai sang penipu?

Memang lah sang penipu tu tak cakap "aku nak tipu kau ni" or "aku nak ambil duit kau" tapi kita sebenarnya boleh fikir kan?

Rakyat kita ni mudah percaya dan sebab itu mudah kena tipu.

Anonymous said...

Sudah lebih 54 tahun rakyat ditipu dalam pelbagai sudut. Mungkin pada awalnya hanya menipu dalam hal yang kecil-kecilan, tetapi apabila sudah lama dan biasa menipu, tentulah tipunya lebih besar dan banyak pula. Siakap, senohong, gelama, ikan duri; bercakap bohong, lama-lama mencuri!

Anonymous said...

Hari ini keadaan Malaysia sudah berubah. Rakyat mahukan perubahan.

Perubahan ini bukan bermakna semata-mata menggantikan parti yang memerintah, akan tetapi yang dituntut adalah perubahan struktural.

Perubahan yang dimahukan bukanlah hanya menggantikan parti yang memerintah semata-mata akan tetapi perubahan terhadap dasar-dasar yang menindas orang ramai baik dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Dalam erti kata lain, parti yang menjadi alternatif kepada Barisan Nasional (BN) seperti Pakatan Rakyat (PR) juga tidak boleh memerintah secara sesuka hati.

Mereka harus membuktikan bahawa perubahan benar-benar sedang dilakukan.

Rakyat Malaysia sudah faham apa itu “people power” atau kekuatan rakyat. Setelah semua saluran digunakan dan kerajaan masih berdegil, maka “jalan raya” dipilih oleh rakyat.

Adalah satu perkara yang membanggakan apabila rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama sanggup turun ke jalan raya bagi menyelamatkan bumi Malaysia.

Akhirnya “benih-benih” yang ditinggalkan oleh pejuang-pejuang terdahulu sudah menampakkan hasil. Rakyat Malaysia kearah masyarakat Madani atau “civil society”.

Anonymous said...

Betul ke rakyat bodoh?

Kena ambil ujian baru boleh dapat kepastian.

YB Saifuddin Nasution mendakwa orang atas SPR adalah ahli Umno. Beliau mempunyai bukti kukuh.

Persoalan pertama : Apakah maksudnya kukuh? Sudahkah beliau betul-betul pasti yang dimaksudkan adalah orang sebenarnya?

Persoalan kedua : Bolehkah JPN memberi kad pengenalan baru kepada sesiapa?

Persoalan ketiga : Siapa yang akan meninggalkan SPR?

Persoalan keempat : Kenapa orang lama perlu disimpan?

Anonymous said...

It doesn't matter which side started the violence.

The important matter is 250,000 people came in support for "Clean and Fair Elections". That number is in KL alone. Don't forget that Bersih3.0 was a global event.

This support from large numbers means something.

It tells us that Bersih3.0 isn't a show of support towards a single person e.g. Anwar. Anwar and/or Ambiga could be dead tomorrow, but Bersih (3.0, 4.0, 5.0 etc) will go on, until its objectives are met. Bersih is a vision, a revolutionary and mind-opening one.

Visions are larger than individuals. And that's what scares UMNO/BN the most.

--ziggy

Anonymous said...

Ali Rustam naik angin

http://addin77.blogspot.com/2012/05/tamparan-hebat-buat-umno-ketua-wanita.html

Anonymous said...

Anwar tetap hebat. hebatnya mengatasi Sukarno.....

Anonymous said...

Tuan Aspan , Bloggers, Bersih Supporters,

my good friends and i were in the midst of the rally at Sogo, standing, texting, making, receiving phone calls, and cheering the leaders. Then, perhaps Tuan Mat Sabu encouraged us, " duduk 3x bantah 3 x " We bantah, definitely, but still standing.

Suddenly being a charismatic leader, he repeated the chants, and said kalau berdiri ertinya tak bantah " Immediately we sat down with fellow Malaysians. Then he said something to which, we cheered, clapped and responded with more chanting. But i recalled maybe five youths, perhaps below 24 of age, standing right behind us; one retorted, " HAAHH niii yang kita benci dengar , followed by expletives. thought it was strange they didn't look like rempit, but like the Bersih supporters.

Perhaps in future, the desperadoes might even engineer their looks to look like Pakatan leaders, the police to deceive rakyat and give malicious and provocative speeches and orders, and let loose hell.

GOD have mercy on the rakyat to protect us, being more aware NOW, forewarning each other of brutality, what safety precautions to protect self and assist each other nearest to us fast and swift. It needs rehearsing, we need to stand more united with every Malaysian like on the historical day 28 / 4 !

For them anything and everything filthy goes like Wag the Dog. Beware, be prepared.

TheSniper said...

Sebenarnya, PR tidak bertambah kuat tetapi kumpulan yang membenci UMNO semakin bertambah. Sekiranya PR naik, mereka juga akan tumbang sekiranya meneruskan sistem sedia ada.