31 May 2012

Sampai masanya UMNO mengambil giliran duduk di bawah

Dua hari yang lepas beberapa orang penggiat UMNO dari dua bahagian di NS datang menemui saya untuk berborak-borak kerana sudah begitu lama tidak bersua. Mereka adalah AJK kepada UMNO bahagian-bahagian tersebut dan mereka datang dengan hajat untuk belanja saya minum petang. Saya menerima mereka dengan senang hati walaupun saya sudah meninggalkan UMNO buat selama-lamanya.

Hampir dua puluh tahun tidak berjumpa mereka kerana sebelum saya menyertai DAP saya sudah tidak lagi bergiat dan mengambil tahu tentang apa yang berlaku di dalam UMNO itu. Walaupun saya tidak mengambil tahu, berita dan cerita sebenarnya yang berlaku di dalam UMNO itu tidak putus-putus sampai kepada saya melalui mereka-mereka yang datang berjumpa dengan saya di Subang Jaya, kariah tempat saya tinggal sejak tiga puluh tahun yang lalu.

Sampai sahaja mereka di restoran yang dijanjikan itu mereka terus menerpa dan berjabat tangan dengan saya dan cara mereka berjabat tangan itu membayangkan yang kami pernah berhubung begitu rapat suatu ketika dahulu. “Mano abang poie selamo ni..tak donga coghito langsung sampailah sayo terbaco dalam sughat khaba yang abang masuk DAP,” tanya salah seorang yang berumur dalam lingkungan 50 tahun itu.

Saya menjawab, “ado kek ghumah, jago cucu-cucu. Kau sumo oghang bosa-bosa, tak ingat kawan lamo laie. Den duduklah ghumah. Den donga kau sumo eh glamour-glamor dengan bush jacket dan mewah-mewah. Laie pun den donga NS sekarang hebat. Mat Hasan den donga MB yang paling hebat dalam sojarah NS”.

“Janganlah monyindir bang, Mat Hasan tu kok ada duo bahagian yang nyokong pun untung. Mat Hasan tu sombong bang. Pilihanrayo kali ni sayo donga dio laie yang lead bang! Kito donga jo jorit eh nanti,” jawab sindiran saya tadi.

“Kalu tidak Mat Hasan siapa lagi yang nak lead PRU untuk NS ni jang?” tanya saya. “Baik koh, bughuk koh Mat Hasanlah yang patut lead,” tambah saya.

“Lantak dio oghang lah bang, sayo ni dah putus harapan dah dongan UMNO ni. Ontah apo-apo beghak eh! Mengontam sesamo sondighi. Mat Hasan kaki eh tak tococah ko tanah. Dio oghang kayo, tak buleh ditogor bang. Tah apo pesen eh pun sayo tak tahu. Dio sokaghang asyik ngondem abang jo kojo eh!!” sambungnya.

“Tak apolah dio kondem den jang, dio tu overestimate dighi dio. Dio bolom pun kona mano tangan kanan untuk makan dan mano tangan kighi untuk cebok pun. Kalu dah lotih mulut eh ngondemkan den, biar buntut dio lak yang becakap. It does not have any consequence on me. It doesn’t hurt me. It only hurts himself,” kata saya.

“Then what do you want me to do bang, tell me. UMNO, especially in Negri is real sick and it’s terminal bang.” Tanya kepada saya.

“Just keep perpetual contact with me, and I shall tell you what to do bro when the time comes,” jawab saya. “Now let’s just eat and drink as I have not been in this kind of restaurant for ages. It is so comforting to be here, in good and super class restaurant like this,”  kata saya. 

Walau bagaimana pun kami tetap bercakap tentang politik NS dan bermacam-macam yang saya dengar dalam dua jam bersama rakan-rakan lama saya ini. Yang nyata pemilihan calon merupakan isu besar di NS.

Kata sahabat lama saya itu, “pemilihan pemimpin di NS adalah pemilihan di antara kumpulan yang buta. Yang hendak diganti pun buta dan yang hendak mengganti pun buta. They have lost the total plot on how to manage politics in this trying time. I think BN is going to lose altogether bang. No one is saying well about UMNO any longer except Utusan and TV3 as well RTM bang.”

Saya melayan sahaja sahabat-sahabat lama yang merengek tu dengan baik dan hormat kerana saya memahami perasaan mereka. Saya mengalami apa yang mereka alami berdekad-dekad lamanya. Tetapi saya telah terlepas daripada tekanan itu kerana saya telah menjauhkan diri dari parti yang amat berat untuk jaga itu.

Saya telah menyedari keadaan itu begitu lama dan saya faham tidak mungkin kita dapat menolak arus perubahan dalam pemikiran rakyat negara ini. Saya akui ini adalah fenomena yang biasa mana-mana negara hadapi. Setelah sesebuah parti itu memerintah selama 5 dekad, selalunya parti itu dengan cara ‘natural’ akan jatuh bergelimpangan di hadapan mata rakyat jelata.

Jika UMNO mengambil giliran untuk jatuh, apa anehnya? Lagi pun jatuhnya UMNO itu bukannya kerana kesalahan sesiapa. Ia akan jatuh kerana kesalahan pimpinan dan penyokong-penyokongnya sendiri yang telah buta mata-mata hati itu. Macam mana tak gitu. Yang benar disalahkan dan yang salah dihalalkan.

Kemenangan bukan hak UMNO semata-mata. Ia adalah hak kepada pihak yang kaya dengan daya perjuangan dan kemampuan untuk menjaga serta mengurus negara dengan baik dan memberikan keuntungan kepada rakyat, empunya negara ini.

Negara ini bukan kepunyaan Najib dan Rosmah sahaja atau kepunyaan Mahathir Mohammad seperti yang cuba diintroktrinasikan oleh UMNO. Kito yang punyo nogoghi ni.

38 comments:

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Saya setuju negara ini rakyat yang punya.

Mahathir dan geng juga anggap negara ini mereka punya malah terpaksa jaga periuk nasi yang telah dibina. Lagipun alang-alang tangan sudah masuk pekasam.

Apa nak buat? Terpaksalah menang pilihanraya ikut cara Mahathir. Hakikatnya, Umno tidak akan menghentikan perbuatan menipu dalam setiap kali pilihan raya untuk mencapai kemenangan.

Persoalan ialah bolehkah tipu daya
Umno dapat diatasi dalam pihanraya yang akan menjelang tidak lama lagi?

Anonymous said...

Pak Aspan,

Umno Barisan Nasional sanggup melakukan apa sahaja asalkan survival kuasa Umno Barisan Nasional dapat dicapai sekalipun terpaksa mencalar nilai demokrasi di negara ini dan memperkudakan apa sahaja agensi yang dibawah pentadbiran Umno Barisan Nasional.

Semua modus operandi yang dijalankan dalam sistem pilihan raya di negara ini seperti persempadanan semula kawasan pilihan raya, pendaftaran pemilih, undi pos, dan lain-lain melainkan tujuannya adalah untuk memenangkan Umno Barisan Nasional.

Taktik jahat Umno Barisan Nasional itu sudah banyak dibongkarkan tetapi hanya dinafikan begitu sahaja.

Anonymous said...

anon 20.38,

Ini hakikat benar bahawa pemimpin dan aktivis PAS telah lama menghadapi ujian perit, termasuk dibunuh, dipenjarakan, dibuang daerah, dinafikan hak sebagai warga dan pelbagai bentuk pengkhianatan lain.

Biarpun PAS kalah teruk -- termasuk melalui penipuan -- dalam pilihan raya, PAS tetap menghormati proses demokrasi dan pemimpin PAS telah berjaya meyakinkan ahli-ahlinya agar tidak memilih jalan di luar batasan undang-undang.

Pada pendapat saya, sungguhpun Tun Mahathir telah membuat kenyataan bahawa negara ini tidak pernah berlaku penipuan dalam proses pilihanraya, serta mendakwa jika Pakatan Rakyat tewas dalam PRU 13 nanti akan berlakunya "demonstrasi ganas" tanpa henti bagi menolak keputusan pilihanraya, sama-sama kita rakyat tunggu dan menanti hari keramat keputusan PRU 13.

Anonymous said...

anon-anon,

Apakah rakyat masih tidak sedar atau pura-pura tidak tahu bahawa selama ini ditipu oleh UMNO dalam setiap pilihanraya dengan bantuan JPN dan SPR?

Sejak zaman Mahathir berkuasa, UMNO telah menang pilihanraya dengan cara tidak sah, menipu daftar pengundi, mengangkut rakyat asing sebagai pengundi dan seorang pengundi UMNO boleh mengundi lebih dari sekali.

Apakah ini halal disisi Islam?

UMNO mencabar pembangkang berdepan dalam pilihanraya secara anak jantan. Siapa yang pondan selama ini?

Apakah kemenangan UMNO selama ini secara sah atau menipu dengan manipulasi undi pos dari kem tentera dan rakyat luar yang dipindahkan masuk sempadan?

Pembangkang telah lama bertanding secara anak jantan sejak dulu hingga sekarang, tiada penipuan atau bantuan dari JPN dan SPR.

Hari ini mengapa rakyat sanggup bangkit walaupun sekian lama sedar ditipu?

Anonymous said...

Pak Pan,,

Jom la main dam aji..
subang jaya ngan bkt lancung tak jauh tu...

KAYUAPI said...

Jika Allah menghendakinya tiada satu kuasa dan kekuatan pun yang akan dapat menghalangnya.

Anonymous said...

In a democratic system, people’s power is the ultimate political power in the country. And this is exercised through the general election.

Read more at :

http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2012/05/31/najib-will-cling-to-power-until-overthrown/

Quiet Despair said...

Wow Ayahanda Aspan is so prolific. Satu hari dua posting. Tak terkejo dek esei.Tak pernah kering idea.
Kawan-kawan Ayahnda memang bunyi frust. You should have brought the DAP membership form and sign them right away.
Betapa bangganya LGE yang duduk kat restoran je dah dapat ahli UMNO.
Best jugak ya dapat tahu banyak secrets UMNO.
Actually tak susah. Buang saja Mat Hassan. Umno is not short of candidates to contest.
Takkanlah my brother KJ tak layak. At last NS got a qualified candidate. If I am not mistaken the last one was Dr Said which was during my great grand-father's time.
Sakmongkol suruh kasi can kat orang lain selain Najib dan Mahathir.
Tuanpun senada except you suruh UMNO duduk bawah pulak.
Mana boleh kasi can atau belajar turun bawah. UMNO tak boleh buat begitu because many people that is the rakyat are dependent on its survival.

Anonymous said...

Kejayaan UMNO selama ini adalah membantutkan minda orang Melayu . Propoganda Melayu bertongkatkan UMNO berhasil. Tanyalah orang2 tua....

Anonymous said...

pemimpin umno..memang celaka..merosakkan bangsa melayu..

Cucu Mat Kilau said...

Pak Aspan,
Saya merasakan bahawa kini Tun Mahathir mula merasakan bahawa dunia sudah berubah, mungkin Melayu sudah lambat lupa, mungkin juga akan dia saksikan kejatuhan empayar UMNO yang dia bina..dan ruh perjuangan Dato' Onn Jaafar itu terjelma didlm Pakatan Rakyat. Begitulah kebenaran..bukannya monopoli mana pihak..melainkan mereka yang memperjuangkan kebenaran. Sabar sahaja dgn telatah budak2 nakal itu..kita do'akan mereka diberi petunjuk dan bersama2 kita didalam menyelamatkan Malaysia dari hancur oleh kekejaman empayar UMNO Baru itu.

Anonymous said...

Abang Aspan,

Boto kato kawan Umno abang dari Seremban tu. 'Ontah apo begahak eh Umno ni.'Yang masih akan mengundi umno dalam keluarga sayo bang, hanyolah bini ese. Anak-anak akan undi pombangkang. Bini ese tu masih sikit-sikit samo umno. Ese nak suruh dio undi pembangkang tu ese takut. Ese ni takut bini bang....macam PM kito jugak

jidun

Aspan Alias said...

jidun,

kau takut bini koh atau bini suka menakut-nakutkan kau?

Anonymous said...

jidun, samo lah kito. Den pun takut bini jugak. harap-harap den dapek jadi pm macam najib

alang

Anonymous said...

Salam...

Takut bini bukan jantan namanya.

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki dengan beberapa keistimewaan atas orang-orang perempuan. Surah al-Nisa ayat 34.

Lelaki adalah pemimpin bagi wanita iaitu lelaki adalah ketua kepada wanita, pembesar bagi wanita, pemutus bagi wanita dan pendidik wanita jika wanita itu melencong. Kerana lelaki lebih afdhal dari wanita dan lelaki lebih baik dari wanita. Dengan itu kenabian dikhususkan buat lelaki.

Begitulah juga kerajaan yang besar dikhususkan bagi lelaki berdasarkan sabda Rasulullah: “Tidak akan berjaya kaum yang dipimpin oleh wanita”.

Allah berikan sifat ‘qawammah’ kepada seorang suami. Dengan erti kata suami mesti merasai bahawa dia duduk di atas isterinya dari banyak sudut; kepimpinan, penentuan keputusan, pembimbing, tanggungjawab dan sebagainya.

Sebab itulah sudah sampai masanya untuk UMNO mangambil giliran duduk di bawah.

Kampong man said...

Aspan,

Apa kobar wareh.? Dah lamo den tak cakap nogori.Raso suko den dongar, mana tak eh !.Ompek tahun den tingga kek Paroi Jaya kerano orang rumah den korjo kek jalan Siamang Gagap tu wareh.Den pulak korjo kek Kolumpur.Ompek tahun di nogori !!.
Koling gotah keluar menoreh suboh li den pun sama poi korjo kek Kolumpur.Ai yo tahun 80 han tak po bawak kereta ke KL badan kuek sekarang samolah kito duduk kek rumah lobeh sikit.Rumah Rosmah tu Den tahu kek Gedong Lalang tu.Masa dio nikah dengan Najib tu pon den poi kerana jiran sebolah rumsh bertandang tu jawan bsik den msdao belajar kek UK dulu.

Many do not know that Pak Aspan is special to Kampong man being housemate in college early days .A lot of secrets we share together being housemate.He may not know my achievement in that same college as i was more senior to him and of course i am more SIFU why not ? Kampong man won the BEST freshie for his intake and Kampong man the champion trophy for two years in the singing talentime held by the college and played various games representing the college but the tall and handsome Aspan that TMS Pilah tu i jealous sikit .Dia banyak ladies secret admirers macam si QD tu.That i surrender to Wspan and nay be QD the hairy chested bloke he..he...

Am now in Kuantan hols at Swiss Garden tak nampak pulak our buddy Sakmongkol .I promise kalau dia kurang bashing UMNO den kurang bashing dio ! Kito bori pandangan ajo ! Kawan totap kawan.Bilo den boleh belanjo kau minum teh kek Uncle K Taman Tun.? Jangsn lupo den rekomen kau bertanfing di Seremban.Chendo Hj Shariff kek Serombsn tu sedap.See you !

Anonymous said...

umno kena di masuukan kedalam pusat SERENTI 2 penggal baru dia tahu RETI..

Quiet Despair said...

Hahaha. Bestlah tulisan jidun dan jawapan Tuan AA. You guys made my day.
Dan kalau mengikut kata alang, ramailah lelaki kat Malaysia ni jadi calon PM.
Patutlah ya Anwar tak dapat-dapat jadi PM. Tak takut bini.
Sayapun yang baru kawin dah belajar takut bini. Jarang dah lepak kat Bangsar.
Tapi yang tak bestnya duit yang jimat tu dah dibelanjakan untuk membeli her needs.
Ghaban (cakap orang Pahang) kalau dia mintak Hermes Birkin handbag!
Ada kawan saya yang nak sangat pergi Bersih, tapi madam queen control said NO.
Mujur jugaklah katanya. Kalau tidak kena tear-gas dan tak pasai-pasai keluar Video polis yang akan ditayangkan tak lama lagi. Susah pulak naik pangkat.

mahaza said...

Tun Che Det kata pembangkang akan melakukan huru-hara apabila kalah dlam pilihanraya - saya rasa amat pasti kerana PARTI yang kalah adalah pembangkang dan parti yang menang adalah parti yang akan memerintah kerajaan persekutuan. PRU-13 apakah kebarangkalian BN akan jadi pembangkang dan timbulkan huru-hara seperti kata TDM?

Anonymous said...

This question is specific to the wise former IGP Dato Musa Hassan. I hope Dato read this question.

The following is a statement given by Dato to Malaysiakini:

http://www.malaysiakini.com/news/199615

My question .. If Dato Najib is not involve in directing Sirul and Azilah to kill Altantuya, did Dato would like to say that the instructions coming from Baginda?. If yes..why court released Baginda without any charge?. The judge clearly stated that the murder motive of Altantuya by Sirul and Azilah is not important. Is this the same faith practiced by the Dato and all our policeman in Malaysia?.

Based to your previous experiences as IGP, could you tell me how many homicides and killing cases done as a hobby or suka suka by the killers? How can Azilah and Sirul who do not really know Altantuya can kill this women?. Do Dato agree to say they kill Altantuya for hobby and suka suka ?.

If Dato would like to speak the truth and with integrity, please answer this question with sincere without any elements or particular interest. As a member of UMNO BN, I tried my best to defend the party and our PM. But every time I deal with the opposition party members and asked about this, I became difficult to defend Najib and my party, UMNO BN.

I hope Dato can teach me how to tackle this issue. Najib, who takes a conservative stand and silent on this issue only worsen the situation. Do not wait until I was forced to reject UMNO BN.

Anonymous said...

Anon 13:32

Dah jenis orang munafik nak buat macam mana lagi, awak cuba nak pertahankan perbuatan yang cukup hina yang dilakukan olih puak UMNO totok dengan itu awak pun tergulung dalam kumpulan umat munafik bawalah sedar sedikit,tak terasa malu ke dan hinanya diri awak mempertahankan orang yang membuat dosa,saya rasa orang macam ini kulit nya mesti tebal macam kulit BABI bawa2lah beringat sadikit...

Anonymous said...

ANON 15.05,

Hey hey relaklah bro.Nampak ganas dengan munafik dan BABI nya.Biar buat bersopan sikit.Mamat tu cuma minta penerangan. Election nanti kita guna hak kita.Mintak mintak biarlah PR menang.Bawalah bertenang ok...Jangan mudah tuduh orang lain munafik berdosa tau.Kita bincang baik baik.

Anonymous said...

anon 15.05

yes...anon 13.32 questioning Dato' x-IGP which is Musa Hassan..(but musa hassan is Tan Sri bdw..)
i didnt see he/she trying to defend dat dato'..didnt he/she?

Anonymous said...

Memang payah bang, UMNO maseh tak insaf2 lagi dengan kekalahan yg amat terok di Semenanjung kalau tak ada sabah dan serawak ... hai..pewai. pewai..pewai.

Tapi saya cukup yakin bang UMNO akan kuat semula selepas terkuburnya kuasa yang ada sikit2 ni... sekarang antara sebab UMNO berpecah ialah Pembahagian Dalam Gua tak adil macam cerata Ali Baba. Apabila sudah tak ada yang nak dibahagi2 barulan UMNO bersatu...

Anonymous said...

Tuan,

Kekuatan UMNO ini bukanlah sesuatu yang mudah dipecah.Tanpa sumbangan MCA dan MiC mereka masih mampu meraih kemenangan cukup untuk menjadi kerajaan.Saya tidak hairan sekira mereka masih mampu lebih berjaya dari 2008 dulu.Terserah apa adakah PR boleh meneruskan tekanan yang dapat meyakinkan rakyat bahawa perubahan adalah satu yang perlu berlaku .Kita lihat. ~ DS

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan,

Kalau anak2 yg tergulung dalam lingkungan 6 dan 7 tahun kita masukkan ke sekolah rendah.
13 ke 17 tahun ke sekolah menengah, 18 ke 23 ke IPTA/IPTS.
Dalam diantara had umur diatas adajuga yang terpaksa menjalani kelas2 pemulihan,mengulang dan sebagainya.
Kita kira kini umno perlu menjalani fasa pemulihan bagi semua peringkat, dari president ke ahli biasa.
Dalam masa pemulihan ini, mana2 yang diketegorikan tenat, luput usia dan "virus" perlu disaringkan dan dibuang terus dari umno.
Jika tindakan ini tidak dilakukan, umno akan dikuburkan terus.
Perangai menakut2kan, samseng, taksiran demokrasi yang diasak dan amal sekarang, budaya ampu-mengampu, kronism wajib dihapuskan dengan pengamalnya sekali.

Jika dilihat dan dengar dari apa mantan President memaklumkan, umno telah sampai ketahap kritikal, dan wajib dikuburkan.
Mungkinkah satu umno baru2 akan muncul.....

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Maaf, agak terlewat mengikuti isu ini. Namun, seperti biasa, saya akan cuba seupayanya, insha Allah. Terima kasih sekali lagi di atas paparan terbaru ini.

Sekali lagi, sekadar pandangan dan pemerhatian yang tak seberapa ini, setiap yang ada di dunia ini, iaitu para makhluq, semuanya fana; tak terkecuali, kuasa politik. Malah, kekuasaan politik yang bertahan lama dengan pelbagai macam kemungkaran, penipuan dan penindasan ke atas rakyat, yakinlah kita semua, bahawa itu hanya suatu bentuk "istidraj" iaitu kurniaan-Nya yang bersifat memperdayakan. Sebab itu, tak hairan, umpamanya, ada ahli ibadah yang soleh, hidupnya bagaikan kesempitan, sedangkan tukang tikam nombor ekor, ... mewahnya, ma sha Allah ...!!!

Oleh itu, yakinlah janji-Nya sepertimana yang tersebut pada firman-Nya yang bermaksud: "Dan mereka merancang tipudaya, dan Allah turut merancang tipudaya; dan (ingatlah), sesungguhnya tipudaya Allah itulah yang terbaik."
(Juz: 3/30, Surah Ali-Imran: 3/114, ayat 54/200).
Dengan itu, bersamalah kita tunggu dengan penuh sabar serta mengharap hanya kepada-Nya. Semoga setelah ini, mereka yang zalim akan diadili, manakala mereka yang tertindas pula beroleh hak masing-masing. Akhir kata, saya menyokong penuh kenyataan saudara dan rakan-rakan, telah sampailah ajal UBN ini untuk dihumbankan ke bawah sebagai "PEMBANGKANG!!! ..."

Terima kasih dan selamat berjihad!

Anonymous said...

Wahai Anon 15.05,

Kenapa hang bodoh sangat. Soalan Anon 13.32 tu aku tak nampak kat masa salah dan silapnya. Malah soalan dia tu nampak ikhlas. Hang saja yang tak faham atau mungkin hang ni English failed peringkat SPM. Mudahnya tuduh orang munafik!

Soalan Anon 13.32 tu menujukkan dia juga ragu ragu tentang penyelesaian kes mahkamah berkait pembunuhan Altantuya. Jadi dia bertanya perkara sebenar. Walau pun dia ahli UMNO BN tapi nampak jelas dia sendiri pun meragui penyelesaian kes tersebut.

Aku yakin ramai pengikut parti UMNO BN lain berkongsi tanggapan yang sama dengan apa yang Anon 13.32 rasa. Malah soalan itu ditujukan pada bekas KPN Musa Hassan. Jadi biarlah Musa Hassan yang menjawab. Dan kalau jawapan yang Musa bagi nanti tak mampu menyakinkan dia atau langsung tiada jawapan yang diberi, aku yakin Anon 13.32 dan ramai penyokong UMNO BN yang mempunyai perasaan yang sama akan berhijrah ke pihak pembangkang iaitu PR. Bukankah Anon 13.32 sendiri menyebut perkara ini?.

Awak Anon 15.05 menonjolkan sikap yang tidak membantu PR sebenarnya. Bila berhujah guna akal dan bukannya hati yang amarah. Aku tidak nampak Anon 13.32 mahu pertahankan UMNO BN membabi buta sebaliknya beliau ikhlas cuba mencari kebenaran. Kalau bekas KPN tu gagal memberi jawapan kukuh, aku pasti pendokong PR akan bertambah lagi.

Lain kali hati hati lakukan komen. Jangan jadi manusia yang bodoh sombong dan berhujah guna hati amarah. Beristifarlah banyak2 !

Anonymous said...

QD, KJ ? huh setakat layak pick up the tab for your hermes birkin handbag. Bagus lah beli dua tiga buah, guna kredit kadnya, glam murahan - bijaknya mengundang liability, biar papa asalkan bergaya style ahem.. Itulah nak kata post kamu dah elok sikit, apa lah recalcitrant kutuk -ing Anwar.

Bezanya, it was a humbling experience, Kampung Man is the only one chap from umno yang panggil DSAI di blog lain, kebetulan saya komen di page yang sama. QD, kamu ni tak habis2 kutuk. Apalah.

Kampong man said...

Salam saudara semua,

Isu Altantuya, Sirul dan Azilah telah dibawa ke Mahkmah dan keputusan telah pun dibuat.Baginda dan Najib didapati tidak implicated dalam case ini kecuali adanya bukti baru yang membolehkan case inii di sebut semula.Ada baiknya kita take it as it is at face value. Benar,ramai yang mahu Najib yang bersalah tetapi tidak punyai bukti kukuh kearah itu. Ada baiknya kita jauhkan diri dari SPEKULSI begini di khuatirkan kita terjebak dalam fitnah pulak .Biarkan siapa juga yang terlibat dihukum kalau tidak didunia di akhirat.

Dihalaman ini kita berbincang isu politik dan kita sama sama berhujah to outdo pihak lawan supaya pandangan kita dapat diterima. Kita akan menghadapi PRU 13 yang getir Sept ,mungkin .Kampomg man bersedia siapa juga yang majoriti pengundi pilih and move on. Kita semua punyai pandangan dan pengalaman baik dan tidak baik dengan UMNO/ BN .Saya punyai pengalaman yang baik maka pilihan saya tuan tuan tahu dan pilihan tuan tuan saya juga tahu.Kita pun tahu banyak kepincangan berlaku kerana POLITICS CORRUPT ! siapa juga yang memerintah .Kita gunakan saluran undang undang dan apa jua yang ada kerana kitalah boss dan mereka kita yang pilih.Apakah benar PR memang sudah bersedia menjadi KERAJAAN ? atau ini semua hanya mainan saja.Pilihlah yang terbaik kecuali kita ada yang lebih baik.Wallahwualam.

Anonymous said...

Himpunan Hijau STADIUM DARULAMAN

http://www.youtube.com/watch?v=U6xF4Uh22wc

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Tt0WdWqudaw

http://www.sabahdaily.com/2012/06/lautan-manusia-di-himpunan-hijau-ke.html

Anonymous said...

Pengisytiharan Piala Pilihanraya Malaysia

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=191Yi0QbZwc

Anonymous said...

Ayahanda Aspan,

Kenapa mereka yang menghina Sultan Terengganu dengan kain rentang 'natang' tidak dikenakan tindakan walhal yang menghina Sultan Perak dikenakan denda RM50 ribu dan hukuman 1 tahun penjara?

Apakah mesej yang cuba diketengahkan di sini, ayahanda?

zaman said...

saya amat tertarik dengan tulisan Saudara Aspan..anda mempunyai bakat sebagai seorang penulis rakyat

Anonymous said...

@kampongman

er...agree wif ur opinion..but when i read what anon 15.05's Question..my brain cannot stop thinking..n thingking again...


-anon-

Anonymous said...

Bolehkah UMNO Barisan Nasional dipercayai untuk menerajui kepimpinan negara lagi?

Berpandukan kepada laporan Ketua Audit Negara, persoalan di sini ialah pentadbiran UMNO Barisan Nasional selama ini sangat mencurigai. Maka, berdasarkan bukti-bukti dan toleransi rakyat, adakah UMNO Barisan Nasional mempunyai kepimpinan yang berwibawa untuk melaksanakan amanah rakyat?

Qudwah Hasanah said...

Good Idea! Teruskan usaha dgn tulisan2 berbahasa Nogori...

Anonymous said...

Dear Kampong Man and Tuan 2,

Salam. Since you are always a good and dear friend to Sdr Aspan and many a time reminisce Sak’s friendship ; ai say, Kampong Man, you’re in umno though, in appreciation of your sincere niceness, I recommend you to read the following remarkable book :

What Money Can’t Buy : The Moral Limits of Markets by Michael Sandel, a political philosophy professor at Harvard University.

In the near future, we will converge here to discuss, to work collectively that excellent ideas are implemented for our societies as a nation.

It looks like this is one phenomenal book which we have never read before, but will definitely and powerfully impact us, readers, new leaders, our communities and our beloved nation.
Salam, Merci.