25 May 2012

Perubahan tetap akan berlaku, yang penting bersabar

Bergiat dalam politik hari ini merupakan satu aktiviti yang bukan sedikit seriknya. Politik tanahair hari ini merupakan politik yang paling getir sekali yang belum pernah kita alami selama ini. Bahangnya panas terik dan ianya hanya boleh digiatkan oleh mereka yang benar-benar yakin dan menjadikan keyakinan mereka itu sebagai penambahan kepada tenaga yang dikeluarkan oleh penggiat politik.

Saya sendiri telah berehat daripada bergiat selama lebih dari satu dekad dengan menghabiskan masa di rumah dan kadang-kadang pergi melihat di tempat-tempat yang belum saya lawati. Selama saya berehat itu saya tidak dihubungi oleh mana-mana pemimpin UMNO walaupun saya  pernah bersahabat dengan mereka.

Tetapi saya tidak pernah putus hubungan dengan kawan-kawan yang berada di strata bawah parti UMNO dan jumlah kenalan saya yang saya kenali dengan rapat adalah ribuan jumlahnya di seluruh negara. Setelah saya mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan saya dengan UMNO, saya telah mengambil keputusan untuk berfikir di luar kotak dan menyertai DAP pada 8hb Januari yang lalu.

Saya menyertai DAP setelah berfikir dan melakukan introspeksi yang mendalam selama bertahun lamanya. Saya berfikir kerana jika saya menyertai parti itu tentulah kerana saya bersetuju dengan perjuangannya dan akan bersamanya buat selama-lamanya. Saya katakan kepada ahli keluarga saya serta sahabat-sahabat akrab saya, ‘that I am going to grow old together with DAP’. Saya impikan untuk bersama sebuah parti politik yang mempunyai intergriti yang tinggi dan mengutamakan ‘rule of law’ serta memperjuangkan sebuah kerajaan yang mempunyai ‘governance’ yang tinggi.

Saya telah nampak dengan jelas bahawa DAP adalah parti yang penuh dengan disiplin, berintergriti , menghormati undang-undang dan mendukung semua yang tertulis di dalam perlembagaan persekutuan kita. Saya tidak boleh dipengaruhi oleh momokan UMNO dan media arus perdana kerana saya menumpukan kepada mengasah pemikiran yang tidak boleh dipengaruhi oleh unsur-unsur jahat dan negatif apatah lagi jika momokan itu datangnya dari UMNO sendiri.

Saya memahami keadaan dalam UMNO itu kerana saya telah menghabiskan dua pertiga daripada umur saya di dalam parti itu. Dari awal penubuhan DAP, parti itu telah cuba digambarkan sebagai parti chauvinis, komunis, anti Melayu dan Islam dan anti kepada segala-gala yang baik. Dari awal lagi saya telah mengetahui bahawa UMNO mahukan DAP ini dikuburkan kerana UMNO tahu yang DAP itu merupakan parti pembangkang yang baik dan tinggi etika kepimpinan mereka. UMNO tahu jika DAP mendapat sokongan orang Melayu maka parti itu secara mudah dapat mengambilalih MCA dan Gerakan dan sekarang terus sahaja bersama PAS dan PKR bagi menjadi alternatif yang ‘effective’.

Jika benarlah DAP itu tidak baik dan tidak mendapat sokongan, kenapa pemimpin-pemimpin UMNO tidak boleh tidur nyenyak? Dalam waktu UMNO mulai hilang identitinya sebagai parti kebangsaan dan parti yang sudah begitu sebati dengan kerja-kerja kotor seperti rasuah dan salahguna kuasa, DAP pula bersama PAS sudah dilihat oleh rakyat sebagai parti-parti yang tinggi disiplinnya dan selayaknya menjadi parti sokongan ramai..

Dalam krisis Mahathir-Anwar, ia telah membawa ‘consequence’ yang begitu besar maka tertubuh pula parti yang dinamakan PKR, pimpinan Anwar Ibrahim, orang yang membuatkan Dr Mahathir dan ramai pemimpin UMNO kurang tidur, tetapi banyak makan sampai ke saat ini.

Apabila wujud kumpulan dan pihak alternatif yang kuat, maka secara beransur-ansur menyedari yang UMNO selama ini merupakan satu parti yang berkepimpinan yang mula dianggap sebagai ‘faked leadership’ dan dari hari ke hari UMNO telah menampakkan kelemahan-kelemahan yang menonjol.  Rakyat telah mula menyedari bahawa UMNO sebenarnya sudah mula menjadi parti yang sudah hilang perjuangannya sejak kepimpinan Dr Mahathir lagi. Najib pula telah hilang segala punca bagaimana untuk menjadi pemimpin yang diyakini dan dihormati rakyat, dan kenyataan ini menambahkan lagi keterampilan  parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Elok tidak kita sebut lagi isu Dr Mahathir ini kerana dari masa ke semasa rakyat telah bertambah ramai yang menulis sejarah yang tepat dan salah satu yang disedari oleh mereka ialah Dr Mahathir merupakan pemimpin yang mula mencetuskan kerosakan kepada orang Melayu untuk membangun dalam semua bidang, baik dari bidang pemikiran, agama, sosial, politik dan semua bidang kehidupan manusia.

Roh perjuangan UMNO sudah lama hilang…yang tinggal hanyalah tubuh yang lesu yang berpaut kepada mesin-mesin tali hayatnya  iaitu wang sogokan, ugut mengugut, gangster-gangster dan tekan menekan sahaja. Satu lagi talian hayat yang ada ialah media massa yang berat sebelah dan pengamal fitnah dan taktik kotor seperti yang lazim mereka lakukan.

Kalau kita masih ingat, segala celaan kepada parti-parti pembangkang seperti PAS dan DAP sudah mula luput dari ingatan rakyat. Dulu BN sentiasa mengejek parti PAS sebagai parti yang kegiatannya hanya kegiatan berkala, iaitu dilihat hanya semasa pilihanraya hampir tiba. Tetapi sejak lima belas tahun dahulu PAS telah berada di sisi rakyat sentiasa dan mengadakan program-program bersama orang ramai dengan tidak putus-putus. Sebaliknya cawangan-cawangan UMNO pula tidak lagi aktif dan hanya kelihatan semasa mesyuarat agong tahunan cawangan-cawangan sahaja.

UMNO sudah tidak lagi berani menuduh PAS sebagai parti ala Taliban yang pernah menjadi bahan tuduhan UMNO terhadapnya. Sekarang PAS telah menjadi kerajaan di dua buah negeri dan telah membuktikan tuduhan liar dan tidak adil UMNO itu meleset. Kalau dahulu DAP dianggap sebagai parti chauvinis, anti Melayu, anti Islam dan berbagai-bagai tuduhan lagi kini terbukti bahawa DAP telah menjadi sebuah kerajaan dan mengetuai kerajaan PR di Pulau Pinang dan jelas sekali lagi DAP itu bukanlah seperti yang dituduh oleh UMNO dan BN selama ini.

Pulau Pinang sekarang telah ditadbir dengan baik dan telah berjaya membuktikan bahawa kerajaan PR Pulau Pinang itu merupakan sebuah negeri yang paling maju dan ketirisan yang hampir sifar. Tuduhan UMNO yang DAP itu anti Melayu dan Islam meleset sama sekali apabila peruntukan untuk hal ehwal Islam sekarang telah meningkat kepada RM63 juta tahun ini berbanding dengan jumlah RM12 juta semasa BN mentadbir negeri itu.

Begitu juga kerajaan Selangor yang telah menjadi negeri yang bertambah maju dan mengurangkan ketirisan juga hampir ke paras sifar. Negeri tadbiran TS Khalid Ibrahim ini telah menunjukkan prestasi yang begitu jauh baiknya jika dibandingkan dengan pentadbiran di bawah kerajaan BN dahulu.

Itu hanya cebisan daripada kebaikan yang bertambah yang berlaku dalam pentadbiran PR yang baru 4 tahun memerintah negeri-negeri itu berbanding dengan lima dekad tadbiran kerajaan BN selama ini.

Secara peribadi saya memang tertarik dengan perubahan jelas yang mampu dicetuskan oleh parti-parti dalam PR sejak dua  tahun yang lepas. Justru itu saya yang sudah beberapa ketika berbincang dan berhubung dengan DAP mengambil keputusan untuk menyertainya sejak tahun lepas lagi. Pada 8hb Januari 2012, maka secara rasminya saya bersama  Dato’ Ariff Sabri yang saya bawa bersama berbincang selama ini, menyertai DAP.

Sejak dari itu maka saya kembali bergiat setelah lebih dari satu dekad berehat dan setakat ini telah melakukan penjelajahan ke seluruh negara. Saya terangkan kenapa dan sebab saya menyertai DAP ini kepada sahabat-sahabat rapat saya dahulu yang jumlahnya beribu orang sejak dari itu.

Alhamdulillah hampir semua daripada mereka memahami matlamat saya dan memberikan galakan kepada saya. Hanya beberapa yang tegar dengan UMNO itu sahaja yang menentang penyertaan saya dalam DAP ini. Melalui ratusan e-mail yang saya terima dari rakan-rakan seluruh negara setiap minggu saya tahu dan yakin masa untuk kita jauhi daripada memainkan isu perkauman itu sudah tiba.

Hidup saling menghormati di antara kaum dan agama serta perbezaan-perbezaan yang lain itu adalah tuntutan agama suci kita juga. Lagi pun bagi diri saya sendiri saya telah berjaya mengasingkan diri daripada kumpulan yang sombong dan angkuh di dalam UMNO itu.

Kepada rakan-rakan di dalam UMNO termasuk dari negeri saya, NS, yang sentiasa menghubungi saya yang memberikan saya semangat dan menyokong tindakan saya menyertai DAP ini, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Saya faham saudara mempunyai banyak masalah di dalam UMNO, tetapi masih ada masa untuk meleraikan masalah-masalah yang saudara hadapi itu.

36 comments:

Anonymous said...

Saya amat suka dengan pendapat tuan,'pemimpin umno susah tidur tapi banyak makan sampai ke saat ini'.

saya tambah sikit disini ;

- 55 tahun berlalu,suatu peluang yang telah disia-siakan umno.

- umno tidak pernah belajar dari sejarah tapi sangat berusaha gigih menutup segala kepincangan 'tanpa ada naluri' untuk memperbaiki kelemahanya.

- media/agensi kerajaan dijadikan tunggangan

- wujud hari ini apa yang semua rakyat sedia maklum iaitu Demokrasi cap umno + undang-undang untuk puak umno vs undang-undang untuk rakyat.




salam...

- Scorpene terbang

Anonymous said...

haha...i like to read whats QD goin to merapu..haha..n how ibni ismail wants to putar2 dat he's atas pagar one...

p/s: as usual, Pak AA...u make me fall in luv with ur polite writing..hehe..

-anon-

Anonymous said...

Benarlah seperti kata Tuan, perjuangan memerlukan komitment dan kesabaran yang panjang. Saya sendiri mengambil masa hampir 10 tahun untuk mengubah pendirian serta presepsi seluruh kaum keluarga saya yang pekat dengan fahaman umno kepada perjuangan BarisanAlternatif dan kemudiannya Pakatan Rakyat. Alhamdulillah, kini semua telah berubah dan kami menolak sepenuhnya perjuangan bersifat perkauman umno.
Sama-sama kita menolak umno/bn untuk kesejahteraan negara serta untuk masa depan yang lebih gemilang untuk anak-anak kita.

Anonymous said...

Adik 12 tahun patah tangan kena balingan batu

http://paspb2.blogspot.com/2012/05/samseng-umno-melampau-gambar-adik-12.html

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Pengurusan Umno-Barisan Nasional adalah tidak telus, pembaziran melampau dan subsidi yang terlalu besar diberikan kepada kroni Umno-Barisan Nasional.

Di Kedah, kerajaan Pakatan Rakyat menurunkan cukai tanah dan dapat meningkatkan hasil balak daripada pentadbiran yang telus.

Simpanan tunai di Selangor juga meningkat walaupun pelbagai program kebajikan dilaksanakan.

Tiga janji yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat iaitu penghapusan kutipan tol, gaji minima RM1,500 sebulan dan pemansuhan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),akan manfaatkan rakyat dan negara.

Pakatan Rakyat adalah harapan rakyat untuk membersihkan amalan rasuah dan kronisme yang telah diamalkan dalam pentadbiran Umno-Barisan Nasional.

Anonymous said...

Pak Pan,

Tahniah..
Nyatakan dgn kebenaran
Nyatakan dgn kesabaran

Itulah keseluruhan hidup kita.

serting said...

Kepercayaan orang Melayu terhadap UMNO sebagai pelindung nasib mereka kini sudah terhakis. Setiap hari, orang Melayu menolak UMNO.

Saya setuju perubahan kepercayaan orang Melayu terhadap UMNO tidaklah berlaku tanpa sebab-sebab yang besar.

Pemimpin Umno sendiri mengaku yang ahli-ahli Umno sendiri yang sabotaj parti sendiri.

Apakah pemimpin UMNO tidak cerdik memahami ahli UMNO sehingga ada yang mengatakan pemimpin UMNO sendiri tidak percaya ahli-ahlinya sendiri? Sebaliknya pemimpin UMNO lebih mempercayai MCA, MIC dan Gerakan daripada ahli-ahlinya sendiri.

Malah pengasas UMNO Baru sendiri tidak percaya pada pemimpin yang dipilih oleh beliau sebagai penganti dan keluar membelakangi UMNO Baru yang diasaskan oleh beliau.

Kalau pemimpin UMNO sentiasa membuat silap, macam mana ahli-ahlinya boleh memaafkan tindakan yang sentiasa cuai itu?

Bermain politik itu adalah satu seni. Kalau permainan seni yang dimainkan sentiasa menggusarkan hati daripada membantu memberi kenikmatan, maka permainan seni itu akan dihina dan dipulaukan.

Nampak sangat pemimpin UMNO tidak cerdik bermain dalam arena politik negara.

Anonymous said...

Ayahanda Aspan,

Penulisan ayahanda dan rakan-rakan telah membuktikan masyarakat Melayu bukannya bodoh tetapi mempunyai pemikiran minda yang tajam.

Anonymous said...

Syabas tuan

Anonymous said...

" masa untuk kita jauhi dari memainkan isu perkauman itu sudah tiba "....dan agama.

Anonymous said...

Pemimpin Umno telah menyalahgunakan platform parti yang kukuh terbina dan dikagumi rakyat itu kepada perbuatan pembaziran, rasuah, kroni, skandal dan perpecahan yang begitu ketara.

Kini, Umno sudah banyak berubah, tidak lagi seperti dulu. Harapan untuk kekal selamanya tidak yakin lagi. Umno begitu lemah sehingga terpaksa menggunakan bantuan samseng. Hilangnya budaya Melayu yang penuh adab santunnya.

Umno sudah menjadi sebuah parti yang mengamalkan sistem kuku besi kerana mengamalkan sekatan-sekatan dalam pertandingan bebas di parti sehingga membolehkan presiden dan lain-lain jawatan seolah-olah tidak boleh pertandingkan. Apa jua aduan terhadap pemimpin tertinggi parti dilindungi oleh “imuniti”.

Umno bukan lagi berjuang untuk agama, bangsa, negara dan tanah air, tetapi untuk kepentingan pemimpin-pemimpin.

Pentadbiran Umno tidak telus. Kelakuan Umno tidak bermaruah dan tidak berintegriti. Malah Umno sudah hilang kehormatannya.

Juasseh

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Keyakinan terhadap Najib sebagai ketua negara semakin merosot. Imej yang cuba dibina sejak mengambil alih pucuk pimpinan tidak membawa hasil.

Negara tercemar dengan skandal Najib yang hingga hari ini masih tidak selesai.

Tindakan Najib sebagai ketua negara yang menggunakan perkataan kurang sopan haram jadah telah mengejutkan ramai rakyat.

Begitu juga dengan keikhlasan Najib untuk memupuk masyarakat Malaysia dipertikaikan kerana isu perkauman masih tidak ditangani oleh pihak beliau.

mad said...

terbaru samseng-samseng umno membuat hal lagi semasa ceramah pakatan rakyat di flat pantai permai kuala lumpur sehingga mencederakan beberapa hadirin akibat balingan batu dan telur. difahamkan bekalan letrik terlebih dahulu telah diputus sebelum serangan. bagi saya kejadian begini dapat dielak dan dikawal sekiranya pihak penganjur menempatkan beberapa orang pengawal di tempat2 strategik di kawasan ceramah. saya malah merasa hairan dgn sikap penganjur yg ambil mudah soal keselamatan walaupun setelah berpengalaman dikacau oleh samseng2 bacul ini dalam beberapa ceramah yg lepas. kita maklum pihak polis tiada kuasa terhadap samseng2 ini dalam kes2 yg lepas, oleh itu pihak penganjur ceramah haruslah menyediakan pengawal semdiri apabila menganjurkan ceramah. janganlah sampai pihak pakatan rakyat dilihat lemah dan longlai dalam memastikan keselamatan para hadirin ceramah yg rata2 datang dgn ikhlas dan tanpa sebarang bayaran itu.

maaf tuan aa saya keluar tajuk

JEMPOL said...

Persepsi pada UMNO sekarang ialah rasuah dan salah guna kuasa.

Bolehkah rakyat masih menghormati UMNO kalau pemimpinnya tidak mempunyai kredibiliti?

Kenapa persepsi terhadap Presiden UMNO itu sendiri dianggap begitu lemah sampai ada khabar menggatakan isteri beliau lebih berkuasa?

Apa yang berlaku ke atas Umno hari ini adalah sebenarnya berpunca dari keengganan mereka yang terbabit memimpin UMNO dalam menangani pelbagai gejala negatif dalam parti walaupun telah berulang kali disuarakan oleh ahli-ahli parti tersebut, orang Melayu dan malah juga pembangkang.

Kini ramai hanya melihat UMNO bukan lagi wadah politik orang Melayu dalam menghayati perjuangan mulia memartabatkan agama, bangsa dan negara tetapi sebaliknya hanya sebagai alat dan batu loncatan golongan tertentu, secara langsung atau tidak langsung untuk mencari pengaruh dengan matlamat mencari atau mengumpul kekayaan.

Anonymous said...

Pada hari ini UMNO-Barisan Nasional memegang rekod dunia sebagai parti pemerintah yang ‘dipilih’ oleh rakyat paling lama di dunia.

‘Pilihan’ rakyat itu dibuat melalui pilihan raya yang tidak adil, kotor dan berat sebelah d mana agensi kerajaan dan media massa dipergunakan sepenuhnya untuk berkempen bagi pihak parti pemerintah.

Hasilnya, UMNO-Barisan Nasional berjaya mempengaruhi dan lebih teruk ialah mengawal segala institusi-institusi penting negara tanpa sebarang imbangan adil atau ‘check and balance’.

Bermula dengan krisis kehakiman pada tahun 1988 yang amat memualkan dan menjijikkan di mana pimpinan negara memecat dan mempermainkan hakim-hakim besar demi kepentingan politik UMNO-Barisan Nasional.

Kemudian dengan penyalahgunaan undang-undang zalim seperti ISA yang digunakan terhadap pesaing politik semata-mata kerana UMNO-Barisan Nasional tidak mampu menjawab hujah dengan hujah.

UMNO-Barisan Nasional menang pilihan raya secara kotor dan tidak adil, kemudian menggunakan kemenangan besar itu untuk melakukan kezaliman. Rakyat hidup dalam ketakutan dan terpaksa merelakan penyelewengan, salah guna kuasa, perkauman dan sebagainya.

Setiap Ahli Parlimen UMNO-Barisan Nasional yang menang hanya boleh menyokong dan tidak boleh membangkang apa-apa pun yang dikemukakan oleh pimpinan parti UMNO-Barisan di Parlimen. Sesiapa yang mempunyai pendapat sendiri atau cuba membawa pandangan para pengundi kawasan wakil rakyat itu yang bertentangan dengan pendirian pimpinan UMNO-Barisan Nasional akan dikenakan tindakan disiplin.

Inikah ahli parlimen UMNO-Barisan Nasional yang rakyat mahu undi untuk mewakili rakyat di Parlimen?

Anonymous said...

Wang rakyat dari dulu dan kini menjadi milik pemimpin negara dan lebih teruk lagi maruah negara ini telah digadai dan dikhianati. Demi mengekalkan kuasa politik, beratus ribu kad pengenalan dikatakan telah diberikan kepada warga asing.

Mahukah rakyat kekalkan keadaan di mana wang rakyat jadi hak milik pemimpin negara?

Inginkah rakyat kekalkan selama-lamanya negara ini kepada warga asing?

amidaron said...

Saudara Aspan,
Penulisan tuan telah berjaya menyenaraikan karaktor UMNO dan karaktor Mahadir yang sebenarnya yang selama ini tak ramai yang ambil pusing melainkan orang macam Lim Kit siang dan TGNA serta penyokong mereka. Karaktor UMNO dan Mahader inilah yang merosakkan namabaik Islam dan Melayu dimata dunia luar. Syabas.

Anonymous said...

Surat Terbuka Moderator Debat PTPTN, Dr. Maszlee Malik Kepada Hassan Ali

http://addin77.blogspot.com/2012/05/surat-terbuka-moderator-debat-ptptn-dr.html

Anonymous said...

PTPTN, in its current form, is not sustainable

http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/ptptn-in-its-current-form-is-not-sustainable-feizrul-nor-nurbi

Anonymous said...

Saat saat 4 Orang Rakyat Dilanggar Polis

http://www.facebook.com/photo.php?v=10151006977378662

Anonymous said...

Sdra pembahas,

Ibnu Ismail dan QD adalah penyokong UMNO Baru. jadi kita minta dia orang huraikan mengenai budaya UMNO Baru sekarang ini yang semakin menganas. Peristiwa membaling batu dan telor di ceramah PKR di lembah pantai semalam dan gangguan kepada ceramah PAS di Merlimau tempohari adalah indikasi bahawa keadaan UMNO baru semakin terdesak.

Kedua peristiwa tersebut menyerlahkan satu pattern yang semakin jelas bahawa UMNO Baru akan bertindak lebih gans lagi dimasa hadapan dengan tindakan-tindakan yang boleh mengancam nyawa.

dari kedua-dua peristiwa juga kita boleh melihat bahawa perbuatan ganas tersebut dirancang dan ditaja oleh pemimpin-pemimpin tempatan. Peristiwa di merlimau juga menunjukkan bahawa seorang ADUn UMNO Baru juga berada dikawasan ceramah PAS juga, sama naik dengan mat-mat rempit membuat onar.

Persoalan yang timbul dibenak kita, mengapa pemimpin-pemimpin utama UMNO Baru membisu dengan trend keganasan yang semakin menjadi-jadi yang dilakukan oleh pemimpin UMNO Baru tempatan? Berita keganasan ini tak sampai kepada mereka kot! Seriously, Najib, Muhyidin, Tg adnan sepatutnya mengambil tindakan membendung kegiatan ganas ini kerana ia akan menjejaskan nama baik UMNO Baru dikalangan orang melayu selain ahli UMNO Baru. Jadi, tidak ada alasan untuk mereka terus membisu macam orang pekak dan buta melainkan mereka, barisan pemimpin utama UMNO Baru merestui malah menyokong tindakan ganas mengganggu ceramah dan program pembangkang sebagai strategi UMNO BARU MALAYSIA UNTUK MENGHADAPI PRU13.

Yang paling menyedihkan dalam kejadian di merlimau ialah tindakan pihak polis yang berada disitu yang tidak berbuat apa-apa, membiarkan sahaja budak-budak tajaan UMNO Baru melakukan keganasan. Apa sudah jadi dengan PDRM kita.

Anonymous said...

Woi ramai orang tunggu QD boy. Komen jangan tk komen boy. Aku baca blog nipun nak tunggu komen kau. Ke ko tengah pasang khemah perhimpunan sejuta Belia. Ko cakap kat blog Sakmongkol, kau tentu ada kat sana.

Anonymous said...

Pak Aspan.
Sesungguhnya UMNO telah pun kehilangan 1.5 juta ahlinya. Tapi spt yg tuan sebutkan, mereka masih didalam umno kerana jika mereka keluar, maka umno akan ugut dan tekan mereka. Itu lah perangai jahat umno.

Mereka tak ikhlas dalam umno. Hati mereka telah pun bersama dgn pakatan. Insyaallah mereka akan semua undi pakatan nanti.

Anonymous said...

Umno Baru

Parti "Umat Munafik National Organization......"

Anonymous said...

Bersabar penting untuk melihat perubahan politik di malaysia..supaya rakyat akan mendapat taraf hidup yg lebih baek dari kerajaan bee end..perancangan juga penting untuk mendapat semula harta negara/rakyat di diseleweng oleh ahli politik yg korup dan tokey tokey yg tamak..kerana penyelewengan banyak melibatkan 2 pihak tersebut..jgn lupa terhadap vincent tan,ytl,genting dan bnyk lagi tokey yg tamak..ambil semula dan pulangkan kepada rakyat..

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan.

Umno dengan 3.5 juta ahli saya tak risau sangat kerana ramai didalamnya hanya ada nama malah ada diantara mereka tidak tahu mereka ahli umno (ahli hantu).

JKKK memainkan peranan dalam memampuskan umno ini. Sikap berpuak, enau dalam belukar, pengampu, mengadu dumba, tamak adalah kelayakan utama yang wajib ada sebelum boleh dipertimbangkan jawatan JKKK. Hasilnya 95 peratus anakbuah tak kenal JKKK setempat.JKKK ini kerja utama memastikan kedudukan ketua2 mereka diberi gambaran indah sambil mengintai peluang untuk mendapat habuan bagi diri dan kroni (itulah gunanya kelayakan diatas). Masyarakat yang sepatutnya diberi khidmat hanya akan di"servis" apabila ketua mereka turun kelapangan setahun sekali. Dalam masa itu kroni mengumpul laba bagi mengenyang perut mereka.
Mereka inilah yang bekerja menambah keahlian umno sehingga yang empunya badan pun tidak tahumenahu. Apabila sampai mesyurat agong mereka memainkan peranan bagi mengukuhkan kedudukan kuncu2 mereka.
Selagi sistem ini tidak diubah selagi itulah umno yang berkuasa menipu rakyat dan negara.
Kita orang biasa mesti sentiasa bersedia menerima "bully" dari gulungan ini. Setakat ini Alahamdulillah kita yang bukan ahli umno ini dapat bertahan.
INSYALLAH tuhan akan memperkenan doa hambaNya yang dizalimi selama ini dan menganugerahkan kemenangan kepada hambaNya yang setengah kurun dizalami ini dengan kemenangan pada PRU 13 nanti, YA ALLAH perkenanlah permintaan hamba2Mu ini... AMIN...

Anonymous said...

"Apabila datang yang hak maka kebatilan akan musnah" Yang penting pemikiran dan jiwa kita mesti mengekalkan kaedah menyampaikan kebenaran itu secara tenang , sabar dan jauhi dari tulisan2 dan perkataan2 yang CABUL macam orang umno. Fitrah manusia tidak suka kepada yang KOTOR dan manusia akan LARI dari kekotoran. Akhirnya UNDI hilang dan inilah faktor besar terkuburnya UMNO terpaksa jadi CABUL untuk tutup KOTOR.

Anonymous said...

" UMNO lebih mempercayai MCA, MIC dan Gerakan daripada ahli-ahlinya sendiri " - serting.

If it has come to this stage, something is terribly wrong with the party and its members.

Anonymous said...

Bro,

Dulu UMNO lama amalkan konsep demokrasi.

Datang UMNO Baru mula-mula amalkan konsep "DEMO KASI(KAWEREMBAT)".

Bila "DEMO KASI" dah tak jalan, sekarang UMNO BARU amalkan konsep "MOBOCRACY" atau dalam bahasa malaysianya "SAMSENG-KRASI".

mat pendang

Anonymous said...

Pakatan hendaklah bersedia dengan apa kemungkinan yg akan berlaku sebelum dan selepas pru 13..Najib telah bersuara untuk mempertahankan putrajaya walau apa cara pon..Bukan semua rakyat malaysia bersama bee end..

Najib hendaklah sedar dengan apa yg dia ucapkan..bahwa KUASA BESAR..seperti amerika,britain akan campur tangan jika hasrat majaroti rakyat diketepikan dlm pilihanraya..jika najib cuba MENIPU dlm pilihanraya juga akan mengundang campurtangan kuasa besar tersebut..dan rakyat juga sedar bahawa campur tangan kuasa besar NANTI..adalah kenapa penipuan najib dlm pilihanraya dan keengganan menerima kekalahan dlm pilihanraya nanti...

Anonymous said...

QD tengah berdansa pekik2, praktis irama umno untuk himpunan satu juta, baru dapat sms, walaupun tidak minta. Dan kemungkinan besar dia menggigil ketandusan ide untuk menipu di sini atau di blog Tuan Sak ! seronok juga mcam sarkas bila dia muncul.

Hmm mana Kampong Man, lama sgt tak nampak, dia itu gentleman intelek, tak pernah terkeluar kata kasar.. dia yang secara ikhlas recommended datang ke blog Pak Aspan & Sak, katanya kawan2 nya yang dia respect sgt meskipun dah joined DAP. Kemungkinan besar thir sudah queen control dia ? Bila dia nak
join DAP ?

Suara Akarumbi said...

Pak Aspan,saya menjangkakan Bn akan menerima kejutan yg lebih besar pada Pru akan datang.

Suara Akarumbi said...

Pak Aspan,saya menjangkakan Bn akan menerima kejutan yg lebih besar pada Pru akan datang.

Anonymous said...

Aspan, saya ni hanya sebagai pemerhati politik.Dalam politik hari kawan esok boleh menjadi law an Dan vice versa man.Jadi dalam perkara ini saya cadangkan saudara Aspan biarlah berpada pada dengan pujian kepada parti poltik saudara sekarang tu.Says nak ingatkan berhati hati sahaja Dan jangan terlalu taksub sangat. Good politician should be cautious because in politics there are nooks and corners where uncertainties lurks around.so beware tuan.good luck ....in your endeavors

Kampong man said...

Salam bro Anon 8.00,

Thank you for still recommending me to come back to both buddy Aspan and Sakmongkol.I have been holding back as i said bro Aspan ni baik orangnya jadi sekira beliau atau Sak takut nak post pandangan saya kerana tidak sehaluan saya mula meragui kejujuran dan kebebasan bersuara mereka.

Buat masa ini komen saya ada di blog rakan saya wzwh.blogspot.com kerana disana apa juga pandangan anda insyallah tidak ada tapisan.Walaubagaimana pun ada banyak lagi blog blog yang mampu membuat kita berfikir dengan komen yang tidak terlalu bias dan balance saperti of course Che Det, Barking magpie, Bigdog, The unspinners dan banyak lagi yang sangat menarik.

Bro Aspan kita ni dia kuarang brutal macam Sakmongkol.Orang melayu kata "cakap berlapik " .
Tuan kata Queen control ?.Tak betul tu.My other half is actually a cancer survivor.Not once but twice .Apart from running my own business i need to spend more time for my beloved wife you know.Anyway i enjoy reading article and comments here and many others.Thank you and Salam.

@Kampong man - not a politician.

Anonymous said...

Salam Kampong Man,

saya selalu ingat lagi , your better half's bravery, with your constant care, that i often remember you both in prayers, even today. i never meant it that way, but i seriously meant it as it is - mahathir queen controls you, the result of which, when you say something here, it is always heartfelt and meaningful, many times to our advantage, if time is taken to read.

i hovered over wzwh once, the language - not the type that i feel comfortable with. You are an asset to wzwh cos you provide the diplomacy and rational, really. And i never want to waste time on anything to do with mahathir for years, and refrain from saying anything brutal or mild becos of you, how you respect bro Aspan & bro Sak and everyone.

i enjoy the great interests here : Bro Aspan's, Bro Sak's and many others' articles : light, moderate or intense, with lots of humor, but civil and factual, like you complimented.

Bro Aspan has to be such at times, as some matters thrown at him are utterly insane and the prolonged issues are burning, sorry bro.

pls don't call me tuan, i'm just a simple kampong rusa masuk bandar.

Thank you so much for sharing with all of us : YouTube Father & Son by Cat Steven. Only discovered it by chance, yesterday morning, weeks later.

Happy Father's Day.

Thank you, Salam. See you around more, we welcome you like a very dear brother amongst us.