Muzakarah yang disebut-sebut
diantara PAS dan UMNO sejak dua tiga hari ini mendapat perhatian juga.
Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz berkata tidak ada masalah untuk
bermuzakarah dengan beberapa syarat. Pertamanya UMNO mesti terbuka untuk
menerima Islam sebagai landasan semua hal tentang negara ini. Syarat yang
seterusnya ialah untuk membawa sekali parti-parti pembangkang yang bersama PAS
dalam PR untuk mencari penyelesaian terhadap penyatuan umat Islam dan rakyat
sekelian dalam negara kita ini.
Beliau (TGNA) berkata dalam
muzakarah itu mesti dibawa bersama PKR dan DAP kerana PAS sudah berkawan dengan
parti-parti ini dan tidak boleh ditinggalkan. Pandangan TGNA ini amat bermakna
dalam kontek menjaga setiakawan politik parti. Kalau hendak bersatu semua mesti
bersama…jangan ada yang ditinggalkan.
Tidak terperanjat mendengar
respon yang baik dari UMNO kerana sebenarnya UMNO sudah tidak ada pilihan,
tetapi terpaksa bersetuju untuk mengadakan muzakarah itu. Sehari dua ini sudah
berkurangan penyokong dan pemimpin UMNO menyerang TGNA seperti yang mereka
lazim lakukan. Tidak ada pula yang melabelkan TGNA sebagai ulamak kafir seperti
yang kita dengar baru-baru ini dari UMNO dan bekas Ketua Polis Negara kita.
Mungkin UMNO serius untuk
menyelamatkan parti itu dari runtuh bergelimpangan dalam PRU yang akan datang
ini. Itulah sebabnya yang dituduh sebagai kafir itu sudah tidak kafir lagi.
Yang penting pemimpin-pemimpin UMNO masih berahi untuk berkuasa. Kalau terpaksa
‘share’ dengan PAS pun tak apa.
Saya tidak tahu bagaimana Tuhan
akan melorongkan muzakarah ini kerana kehendak Tuhan tidak ada siapa yang mengetahuinya.
Tetapi kalau diikutkan hukum akal kita, muzakarah ini tidak mungkin terjadi
kerana ada suara-suara sumbang dari UMNO yang menyatakan yang mensyaratkan PAS
supaya tidak mengambil kira pandangan Anwar dan Lim Kit Siang. Sebelum pun
perbincangan untuk muzakarah ini, sudah ada syarat yang datang dari pihak yang
lemah untuk kepentingan parti UMNO sahaja.
UMNO selalunya beginilah
sikapnya. Mereka yang mempunyai risiko ditolak rakyat, mereka pula yang mahu
menentukan syarat itu dan ini. Bagaimana hendak mengadakan penyatuan diantara
orang Islam jika sebahagian orang Islam yang mempunyai pengaruh tidak bersama
dalam perbincangan itu. Bagaimana kita hendak melaksanakan kehendak Islam jika
rakan-rakan dari kaum yang bukan Islam tidak dibawa bersama, sedangkan
rakan-rakan dari kaum lain pun adalah rakyat Malaysia yang mempunyai
‘legitimacy’ sebagai rakyat negara ini?
Bagaimana hendak bersatu jika
kita bersikap ‘sayang bertompok-tompok, benci merata-rata?’ Apakah yang UMNO
fikirkan? Adakah UMNO masih mengaku yang parti itu adalah parti yang mewakili
kaum Melayu seperti mana yang digembar gemburkan selama ini? Tidak kah UMNO
sedar bahawa UMNO sudah tidak lagi mewakili suara orang Melayu? Kalaulah UMNO
masih mewakili suara orang Melayu, bagaimana hendak menjawab persoalan kenapa
calon-calon UMNO hanya mendapat 2 juta undi sahaja dari jumlah 5.7 pengundi
Melayu semasa PRU ke12 yang lalu. Dan diantara jumlah yang melebihi 3 juta yang
tidak mengundi calon-calon UMNO itu termasuklah 1.5 juta ahli-ahli UMNO sendiri
yang mengundi pembangkang dalam peti-peti undi semasa PRU itu?
Jika pun muzakarah ini berlaku, kita ingin tahu bagaimana kita hendak
menyelesaikan isu rasuah yang sudah menjadi stigma kepada UMNO. Jika
perundingan ini berlaku tentunya salah satu dari perundingan itu ialah untuk
mengambil keputusan yang kita hanya memaparkan mereka dan pimpinan yang bersih
dari stigma buruk ini.
Mahukah UMNO mengundurkan pemimpin-pemimpin
besarnya sekali untuk berundur dan UMNO mencari pemimpin-pemimpin baru
menggantikan semua yang ada dalam barisan kepimpinan tertinggi UMNO itu? Jika
UMNO benar-benar bersetuju untuk mengundurkan Najib dan semua barisan kepimpinan
UMNO itu, apa perlunya muzakarah kerana keresahan rakyat selama ini ialah
dengan kehadiran semua pemimpin UMNO diperingkat tertinggi yang tidak mendapat
keyakinan rakyat.
Kalau UMNO sudah mahu
mengundurkan barisan kepimpnan hari ini dan digantikan dengan yang lain, saya
yakin UMNO akan kuat dan tidak payah hendak berkompromi dangan PAS atau
pihak-pihak yang lain. Takkanlah muzakarah yang UMNO inginkan ini semata-mata
untuk mengekalkan kepimpinan yang mempunyai stigma yang buruk itu. Kalau untuk
mengekalkan pemimpin yang mempunyai stigma yang buruk itu maka rakyat akan
hilang keyakinan kepada PAS, DAP dan PKR kerana merelakan pemimpin bobrok UMNO untuk
terus bersama menguasai kepimpinan negara.
Muzakarah itu tentunya hendak
mencari kepimpinan yang bersih untuk berhadapan dengan rakyat dalam pilihanraya
ini. Takkanlah hasil muzakarah itu akan mengekalkan pemimpin-pemimpin yang
dikaitkan dengan isu Scorpene, NFC, PKFZ dan banyak lagi isu-isu yang
‘scandalous’ untuk bersama-sama menghadapi rakyat nanti, sedangkan perjuanagan
PAS, DAP dan PKR ialah untuk melakukan pembersihan kepimpinan dari kekotoran
yang menjijikkan rakyat.
Oleh yang demikian saya mempunyai
pendapat yang tegas yang muzakarah ini tidak akan menjadi kenyataan. Setakat
hendak bermain-main dengan mimpi siang hari itu bolehlah. Berangan pun bukan
dikenakan bayaran atau terpaksa mengambil lesen. Beranganlah sekehendak hati
dari pagi sehingga ke petang. Tidak ada siapa yang menghalang.
28 comments:
SAYA merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mei 2012 yang lalu yang dikatakan sedia menyahut seruan Pas untuk bermuzakarah asalkan tujuannya adalah untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.
Di dalam kenyataan tersebut, Muhyiddin turut dilaporkan berkata, "...Kalau ikut yang lepas, Nik Aziz tak pernah setuju. Masa itu dia kata Umno tak boleh dipercayai, tapi kalau hasrat dia ikhlas, tujuan untuk kebaikan ummah, masyarakat Islam dan negara Malaysia kita tidak jadi masalah.."
Suka saya membuat sedikit penjelasan terhadap kekeliruan Muhyiddin tentang sikap Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku al-Mursyidul Am Pas. Di dalam isu dialog dengan mana-mana pihak atas nama muzakarah, muqabalah mahupun mujadalah, YAB Tuan Guru sentiasa konsisten dengan komitmen bahawa pertemuan dialog harus dilakukan sentiasa bagi mencari penyelesaian.
Antaranya sukalah saya merujuk kepada kronologi berikut:
1. Kenyataan yang dikeluarkan oleh YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada 5 Februari 2011 yang antara lain menyatakan kesediaannya untuk berdialog dengan mana-mana pihak termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan ekoran dakwaan yang menyatakan beliau mengeluarkan fatwa yang melanggar syarak. Antara lain beliau berkata,
“Saya setuju benar orang berdialog dengan saya. Ini kerana ajaran Islam menggesa diadakan mujadalah sekiranya ada isu tertentu, dan ‘hendaklah kamu berdebat dengan mereka dengan cara terbaik.." Kenyataan ini boleh dirujuk di pautan berikut:
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30703:belajar-kesan-ulama-mesir-yang-ditutup-mulutnya&catid=1:utama&Itemid=50
dan juga
http://paspb2.blogspot.com/2011/02/hosni-mubarak-lama-dah-tutup-mulut.html
2. Pada 20 Ogos 2009, YAB Tuan Guru sebagaimana dilaporkan Bernama juga menyatakan kesediaannya untuk bersemuka dengan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu-isu yang timbul ekoran kenyataan yang dikeluarkan olehnya. Laporan Bernama di pautan berikut boleh dirujuk:
http://bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=434567
3. Bahkan pada tahun 2008, YAB Tuan Guru juga menyatakan kesediannya untuk bermuqabalah (bersemuka) dengan mana-mana pihak yang tidak setuju dengan pelaksanaan undang-undang Islam. Ia boleh dirujuk melalui laporan BERNAMA di pautan:
http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=349406&cat=ut
JUSTERU, apabila Muhyiddin menyatakan bahawa YAB Tuan Guru tidak pernah setuju untuk bermuzakarah, ia menunjukkan kekeliruan di pihak Muhyiddin yang gagal membezakan antara muzakarah dengan penyatuan antara Pas-Umno.
Di dalam isu penyatuan Pas-Umno, benar sekali YAB Tuan Guru konsisten menentang penyatuan ini yang dilihat hanyalah helah Umno untuk menyelamatkan diri dari lemas dalam pilihan raya.
samb...
...samb
Kekeliruan Muhyiddin memahami perbezaan antara kedua-dua isu ini menyebabkan beliau mengeluarkan kenyataan bahawa YAB Tuan Guru tidak pernah setuju untuk bermuzakarah. Ia diperkuatkan lagi dengan kenyataan Muhyiddin sendiri yang menolak debat dengan pembangkang seperti yang dilaporkan di pautan berikut:
http://malaysiakini.com/news/198296
Menolak debat dengan pembangkang namun dalam masa yang sama bersetuju dengan muzakarah bersama Pas membuktikan sedikit sebanyak silap faham Muhyiddin dalam isu ini.
Sekalipun muzakarah dan debat berkemungkinan sedikit berbeza tetapi asasnya sama iaitu bertemu, berdialog dan berhujah. Apatah lagi jika muzakarah ditafsirkan sebagai penyatuan, ia lebih silap!
Hakikatnya, bukan YAB Tuan Guru yang mengemukakan pelawaan untuk bermuzakarah. Beliau hanya menjawab soalan wartawan selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada 16 Mei 2012 yang lalu iaitu "Adakah Pas sedia bermuzakarah?" maka jawapan dari YAB Tuan Guru ialah, "Ya.."
Dipercayai soalan wartawan tersebut merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Datuk Seri Presiden Pas yang memberikan respons ekoran kenyataan Mufti Perak yang menyatakan bahawa Pas telah terpesong daripada perjuangan Islam.
Justeru, respons Tuan Guru Datuk Seri Presiden Pas ialah, "Pas bersedia membuka pintu dan bermuzakarah dengan semua badan bukan kerajaan (NGO) Islam termasuklah Umno..."
(Rujuk : http://www.sinarharian.com.my/politik/pas-sedia-muzakarah-soal-islam-1.47630)
Kesimpulannya, pendirian YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am Pas dalam isu muzakarah ialah jelas. Pintunya sentiasa terbuka untuk sesiapa sekalipun. Tetapi untuk berpadu dengan Umno bagi menyelamatkan Umno yang sedang terkapai-kapai, pohon maaf.
Ahmad Fadhli Shaari,
Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan
Have you been to the market lately?
Let me enlighten you on some costs. Ikan Kembong (fish) is now RM17 a kilo, can you believe this?
One kilo will give you five to six fishes. In the kampung where a family is easily seven members, it means only one meal because growing children have healthy appetites.
The price of sugar, which is now a monopoly business under Pak Habib Bukhary (Syed Bukhary) , has shot up. When it was under Uncle Robert (Kuok), sugar prices were lower.
Rice too has gone up. A regular 5kg packet has risen by RM7 ringgit.
http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/05/najib-co-scamming-us.html
Pak Aspan,
Jelasnya muzakarah itu hanyalah mainann di bibir mereka sahaja. Jika tulus dalam mempelawa, maka kenapa ditempelak sekelian makhluk yang tiada menyokong akan AMENO itu. Hatta lembupun mereka tipu, inikan kita...
Begitulah ahli-ahli kapor dari AMENO ini tiada lain bangun tidur kerjanya mengapor duit rakyat. Lepas Proton, FGV ..yang susah rakyat juga. AMENO sungguh fanatik dengan "hero worshipping" - jika Presiden itu tiadalah salahnya. Hatta bau busuk satu bilik kerana kentutnya..tiada diakuinya kerana kentut presiden itu tiadalah busuk melainkan menyegarkan hadirin sekelian. Maka muzakarah dengan kumpulan seperti ini adalah seperti bermuzakarah dengan ular sawa'
Hukum UNDI Bukan ISLAM
http://www.youtube.com/watch?v=na_ZWiajhoY&feature=relmfu
KOMEN TOK GURU ISU MUZAKARAH
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=n15lZo68iBs
Pak Aspan pernah menulis bahawa makhluk perosak tidak boleh memperbaiki kerosakan. Bagaimana hendak memaafkan mereka?
Rasuah bercambah-cambah, salah guna kuasa semakin menjadi-jadi, dan berbagai-bagai jenayah sedang bertambah di negara kita.
Sebenarnya rakyat ramai tidak pernah membuat masalah kepada negara. Yang membuat masalah ialah pemimpin negara, bukan rakyat.
Bagaimanakah makhluk perosak boleh memperbetulkan keadaan?
Jika yang merosakan diharapkan untuk memperbaiki keadaan maka tindakan tersebut adalah seperti ‘tikus memperbaiki labu’.
Ayahanda Aspan,
Anak ditanya untuk memilih pemimpin antara yang warak tapi tak pandai mentadbir dengan yang buat maksiat tapi pandai mentadbir.
Anak tetap akan pilih yang warak kerana yang maksiat itu akan merosakkan dan menjahanamkan negara dengan kepandaiannya.
Sementara yang warak masih boleh belajar. Anak tetap yakin yang warak lebih bertanggungjawab dan segala tindakannya tidak akan merugikan negara.
Betul ke begitu, ayahanda?
Perempuan Tak Wajib Pakai TUDUNG - Ustaz Azhar Idrus
http://www.youtube.com/watch?v=WbL-3AxUPwI&feature=related
Pak Aspan,
Petikan minit mesyuarat Agung Tahunan 2012 Persatuan Kebajikan Penduduk Kg Malaysia Tambahan Kuala Lumpur pada Sabtu 19Mei 2012 di Dewan Serbaguna DBKL Kg Malaysia Tambahan.(Perkara 14, m/s 8 berbunyi "Encik Sazali bin Salim turut memaklumkan perlantikan AJK surau di Wilayah Persekutuan mestilah mendapat restu dari Ketua UMNO Bahagian. Sebagai Ketua UMNO Cawangan Kampung Malaysia beliau telah berbincang dengan pemangku Ketua UMNO Bahagian En Saharudin tentang ketidakpuasanhati penduduk kepada sistem melantik AJK Surau secara senyap....."
Sejak bila Ketua Bahagian UMNO jadi expert bab ibadah, syariah dan muamamlah hingga perlu restu mereka utk jadi AJK surau. Inikah hak istimewa orang-oranh AMENO ni? Patutlah agama jadi tunggang terbalik...
Bersih 2.0 co-chairperson A Samad Said is asking a very pertinent question – why are the detractors not giving him a hard time and are hell bent on harassing his colleague S Ambiga?
“Why are they only targeting Ambiga, they should choose me too,” asked the 77 year-old national laurette.
Samad or better known as Pak Samad has deduced that the targetted protest against Ambiga could have a “racial or religious” connotation.
“If they continue to only target her, there may be a racial or religious slant which I think is not good,” he had said.
Salam Sdr Aspan,
Muzakarah hanya untuk memberi umno bernafas (umno tengah lemas sekarang ni), jika dipersetujui mereka akan ambil kesempatan untuk menikam dari belakang. Ini tidak mustahil memandangkan majoriti mereka yang berkuasa sekarang adalah "waris" pemimpin dulu , lihat apa yang JADI semasa PAS menyertai barisan satu masa dulu. Kesudahannya PAS dtikam dari belakang apabila kedudukan mereka kukuh.
Pendirian TGNA bersabit dengan sanggup membubarkan PAS jika umno sanggup menerima perundangan Islam adalah jalan terbaik. Dengan cara ini ketua2 dan kuncu2 mereka yang RASUAH dapat ditangani dan diadili.
Jika lain dari itu saya rasa rakyat Malaysia bukannya berpechah belah tetapi hanya pemimpin2 bn saja yang telah mula merasai kepanasan setelah rakyat berbilang kaum telah sedar tindaktanduk mereka selama ini, yang maseh menyokong dan bersifat sedikit "vokal" adalah pencacai yang mencari makan mudah dan dibantu oleh media barua kerajaan.
Pertahankan kedudukan yang ada sekarang, kerana kita mewakili rakyat Maalaysia bukan kaum2 dalam Malaysia. INSYAALLAH perjuangan kita diberkati kerana kita meletak hak kepada yang berhak....
Makan Rasuah - Ustaz Azhar Idrus
http://www.youtube.com/watch?v=D7R-aHkGfKA&feature=related
Betul tu Pak Samad. No fair ye. Buat beramai-ramai, Achi seorang saja yang kena.
Nanti saya ambil cuti jual laksa Pahang kat depan rumah Pak Samad.
Rumah mana Pak? First wife or second wife.
Laksa Pahang best kesukaan Tuanku kami.
I pun nak niaga nasi lemak depan istana Anwar Ibrahim.
And I am so happy my parents neighborhood in Damansara nak ada pasar malam. Yes, pasar malam at Ambiga's house which is within walking distance.
Persatuan penjual gerai dah buat pengumuman nak adakan pasar malam dua hari kat sana.
My family are all excited to buy Beriani Daging, Chicken Mandy, lamb tikka etc.
Sedara marapun nak datang berkumpul beramai-ramai to have dinner kat my parents house.
Yay, finally Damansara Heights have a pasar malam. Thanks Ambiga.
Siapa yang paling miskin?
http://www.youtube.com/watch?v=sp157W24EEg&feature=related
Tuan Aspan,
Tepat sekali pemahaman tuan tentang isu berangan. Sememangnya berangan itu percuma. Ia hak mutlak kita semata.
Ianya juga pastinya menjadi hak tuan untuk penuh yakin berangan angan bahawa setelah melompat dari parti yg dianggap sebagai bapa kepada segala kejahatan di Malaysia kepada parti yang sangat bersih dan demokratik sekali di Malaysia. Walaupun saya yakin yang tuan adalah antara yang berangan angan dengan idea dan mimpi mimpi indah ciptaan parti paling demokratik tersebut, saya tetap berdoa agar angan angan tuan jadi kenyataan. Jika di takdirkan angan2 tuan terputus dan ingin memutuskan hubungan dengan parti tersebut, contohi sikap gentleman Tunku aziz dan Kadir Sheikh Fadzil dengan menghantar surat perletakan jawatan. Biar masuk dan keluar secara beradab. Bersedia jugalah terima cercaan dari parti kerana samada UMNO, DAP mahupun PAS, sesiapa yg keluar parti akan dicerca dengan sehina hina nya. Itulah stail politik Malaysia.
Sdra Anon 15:51
Kita tidak perlu jadi Einstein untuk memahami maksud unity yang dimaksudkan oleh UMNO Baru. bagi UMNO Baru, unity itu bila semua orang melayu semua menjadi ahli, menyokong dan menerima UMNO Baru 150% sebagai parti melayu which in actual fact is now parti bumiputra.
Bagi UMNO Baru, pepecahan orang melayu berlaku sekarang kerana sebahagian besar orang melayu sudah mengalih sokongan kepada parti-parti lain selain dari UMNO Baru.
Mengikut dato Sak, dalam PRU 2008, UMNO Baru hanya memperolehi 2 juta dari 5.8 juta undi popular orang melayu. Ini bermakna, 1 juta Ahli UMNO Baru juga tidak mengundi UMNO Baru.
Sebenarnya, orang melayu boleh dilihat mula meninggalkan UMNO Baru dalam PRU 1990. PRU 1990 ini amat signifikan sekali kerana, PRU tersebut adalah PRU pertama setelah UMNO lama dimatikan oleh TDM dan PRU PERTAMA BAGI UMNO BARU SETELAH DITUBUHKAN PADA 14 FEBUARI 1988. Ia adalah kayu ukur sokongan kepada UMNO Baru.
Dalam PRU 1990, UMNO BARU HANYA MEMPEROLEHI 46% UNDI POPULAR PENGUNDI MELAYU DI SEMENANJUNG. PEMBANGKANG MEMPEROLEHI 54%. KEMOROSOTAN UNDI MELAYU YANG DIPEROLEHI OLEH UMNO BARU DALAM PRU PERTAMANYA MENJADI PUNCA MENGAPA UMNO BARU MEMASUKI SABAH UNTUK MEMBINA FIXED DEPOSIT BARU BAGI MENGEKALKAN KUASA.
Undi-undi popular orang melayu terus menunjukkan trend ditolak oleh orang melayu dalam PRU-PRU berikut kecuali PRU 2004.
Dari anlisa undi-undi popular melayu yang diperolehi oleh UMNO BARU sejak PRU 1990, SATU HAKIKAT YANG NYATA, SEBAHAGIAN BESAR ORANG MELAYU TIDAK DAPAT MENERIMA UMNO BARU DAN MENOLAK UMNO BARU.INI ADALAH HAKIKAT YANG TIDAK BOLEH DISANGKAL.
Saya telah nyatakan dalam beberapa posting sebelum ini bahawa sejak memasuki sabah dalam tahun 1992/93 dulu, UMNO BARU bukan lagi 100% parti melayu tetapi telah menjadi PARTI BUMIPUTRA. Ini kerana UMNO BARU telah menerima semua bumiputra tak kira melayu atau tidak, Islam atau tidak menjadi. Terbaru, satu kampong siam juga telah menubuhkan cawangan UMNO Baru kat kedah.
bersambung
bat8
Pak Aspan,
Pemilikan saham RM30.8 juta yang didakwa diberi kepada anak Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin membuktikan bahawa kronisme tidak dapat dipisahkan dari Umno-Barisan Nasional.
Jika anak menteri yang berusia 26 tahun berjaya memiliki saham yang berjumlah melebihi RM30 juta, sudah pasti pelbagai persoalan bermain di pemikiran rakyat tentang kelayakan pemilikan saham tersebut.
@@
Hudud tiada dalam al-Quran - Ustaz Azhar Idrus
http://www.youtube.com/watch?v=E1Xuojw61jA
Jawapan Tun Dr Mahathir Tentang hukum HUDUD
http://www.youtube.com/watch?v=3Dh8lfPm4RQ
“Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”
"Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam".
"Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat".
"Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa). Di zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di) padang pasir".
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Jutaan terima kasih di atas artikel terbaru ini. Pada hemat saya, sekali lagi, inilah ulangtayang sejarah pemerintahan Fir'aun yang terkutuk itu; sesudah rakyat tahu penipuannya yang memang tak masuk akal itu, ditambah membunuh para ahli sihirnya yang telah beriman kepada Nabi Musa dan Nabi Harun, si durjana itu terus menindas rakyatnya, khasnya Bani Israel. Justeru, pelbagai bala akhirnya Allah turunkan seperti taufan, kemarau panjang, darah, katak dan kutu atau lintah, menyebabkan bukan sekadar ekonomi merudum, bahkan kehidupan terjejas teruk ... Justeru, bukankah ketika itu, si bongkak yang kononnya mengaku dirinya Tuhan itu, akhirnya terpaksa juga merayu agar Nabi Musa mendoakan kesejahteraan kembali ke atas Mesir, seraya menjanjikan kemerdekaan kepada Bani Israel? Namun, setelah semuanya pulih, bukankah si bongkak bodoh itu kembali dan berterusan zalim hingga akhirnya mereka dikambuskan di Laut Merah?
Apapun, bukanlah maksud saya untuk menyamakan taktik dan sikap para dajjal dalam UMNO ini dengan Fir'aun terkutuk itu benar-benar ... Tapi, umum sudahpun tahu, begitulah kiranya taktik percaturan politik dangkal bin sempit mereka selama ini, kan? Justeru, saranan Tok Guru agar menyertakan sekali rakan-rakan PR pada muzakarah itu, sebenarnya telahpun menuruti tuntutan syariat yang benar lagi sahih. Dengan ini juga jelas benar perbezaan kedudukan di antara seorang ilmuan yang bertaqwa lagi soleh dengan trillionan macam orang yang ... Dahlah, tak payah sebut lagilah, kan? Apatah lagi, dengan sikap asabiyah membuta-tuli sehingga celupar benar mengkafirkan orang tu, apa dia? Malah, kalau diteliti sendiri jawapan TPM dalam respondnya terhadap muzakarah itu aja pun, dah cukup menggambarkan sikap "flip-flop" dia, ditambah, seperti yang saudara katakan, langkah terdesak menyambung nyawa yang dah nak hancur tu ... Dengan itu, saya berpendapat, wajar sekali PAS dan PR istiqamah pada prinsip kita: "Kalau benar-benar nak bermuzakarah atau berdebat, berbincang, dan sebagainya, kalian, khasnya UMNO, wajib bersikap ikhlas, bukan untuk kepentingan peribadi. Malah, kiranya terbukti salah dan silap di pihak kalian, sila berundur dengan segala hormatnya dan berikanlah pula kepada jemaah lain untuk mengurus-tadbir bumi Malaysia tercinta ini. Kalau tak, tak payah bazir masa dan wang ringgit; elok kita terus berperang!! ..."
Terima kasih dan selamat berjuang.
Bertiup kuat Semangat Melayu bila musim Pilihan Raya.Mulai 1981 apa pemimpin melayu buat.....
1.Lebuhraya - Utk semua kaum.
2.Pelabuhan Klang - Utk semua Kaum.
3.KLCC - utk semua kaum.
4.Putrajaya - utk semua kaum.
5.KL Tower - Utk semua kaum.
6.KTM Komuter - Utk semua Kaum.
7.Jambatan P.Pinang -utk semua kaum
8.Saiberjaya - utk semua kaum.
9.KLIA - utk semua kaum.
10.Fomula 1 - utk semua kaum.
11.Proton - Utk semua kaum.
12.Produa - Utk semua kaum.
JUMLAH KESELURUHAH PROJEK = Ratusan Billion lambakan wang dlm pasaran berapa yg masuk dlm kantong Melayu...?
13. Mana projek Khusus utk melayu.
14. Apa perlunya UMNO lagi kalau dah tak boleh perjuangkan nasib melayu. Perjuangan ikut kaum dah tak sesuai...?
Tanah siapa yang paling mahal jawapannya Tanah Lee Leong Siek.
Lembu Siapa yang paling mahal jawapannya lembu Shahrizat Jalil.
Besi siapa yang paling mahal jawapannya Aric Chia.
Laluan udara siapa yang paling mewah jawapannya Ananda Krishnan.
Cincin siapa yang paling mahal jawapannya cincin Rosmah Mansor.
Handbag siapa yang paling mahal jawapannya handbag Rosmah Mansor.
Komisen broker siapa yang paling mahal Najib Tun Razak.
Projek Kelas F siapa yang paling banyak jawapannya ialah projek Ketua2 Bahagian UMNO seluruh Malaysia.
Rumah siapa yang Paling Mahal jawapannya rumah Khir Toyo.
Kenduri siapa yang paling mahal jawapannya kenduri Bertunangan anak Najib Tun Razak.
Saya boleh faham dengan mudah bahawa muzakarah itu adalah muslihat UMNO ketika dalam keadaan "anjing tersepit". Tapi saya tak faham kenapa PAS masih mahu bermain-main dengan permainan bermuzakarah dengan UMNO sedangkan objektif muzakarah kedua-dua parti adalah berbeza dan tak mungkin salah satu pihak mau tunduk kepada pihak yang satu lagi. Belum muzakarah pun kita tak nampak bagaimana ianya akan berjaya. Tapi PAS tak nampak bahawa UMNO memang menjangkakan kegagalan dan telah bersedia untuk menggunakan kegagalan itu sebagai senjata terhadap PAS. PAS sepatutnya tak usah layan muzakarah itu kecuali PAS punya hasrat untuk "masuk UMNO" namun itu barang mustahil, sama mustahilnya untuk UMNO "masuk PAS". Walau apapun muslihat politik muzakarah ini namun untuk apa PAS mahu bermain muslihat politik sebegini rupa kalau ianya tidak dapat memberi faedah kepada PAS yang sudah pun berkahwin dengan Pakatan Rakyat tapi nampak sedang menggatal dengan UMNO. Janganlah PAS jadi perempuan yang tergila2kan UMNO yang pernah ditipu oleh UMNO tapi masih tetap lemah dengan pujuk rayu UMNO. Itulah kelemahan PAS.
Pas ada pengalaman dengan Perikatan dahulu Semangat Kebangsaan digunakan untuk membenamkan Semangat Islam yang dibawa oleh PAS . Pas terkial2 kena kencing oleh UMNO. hanya TGNA saja yg tingal terkonteng2. Masuk dalam lubang biawak biasanya sekali sahaja.
Muzakarah itu baik dan digalakkan Isalam sendiri. Tapi dalam kontek muzakarah PAS dan UMNO ni, perlu fikir berkali kali.
Melihat kepada apa yang berlaku sekarang dan cara kerajaan UMNO BN menangani politik semasa khususnya berkait dengan kebangkitan suara rakyat, saya tidak nampak muzakarah ini perlu. Ini kerana pemimpin UMNO BN jelas tidak sedikit pun menampakkan keikhlasan mereka malah sikap kejam dan kurang ajar mereka kian meningkat.
Puak yang menerajui peringkat tertinggi kepimpinan UMNO BN adalah mereka yang bermasalah dan terdesak, sukar untuk berundur lagi kerana perbuatan lampau mereka. Mereka faham bahawa jika mereka hilang kuasa, segala yang mereka miliki sekarang hasil dari perbuatan tidak sah akan hilang lenyap kelak. Dan lebih membimbangkan ialah jika undang undang dan penghakiman dijalankan keatas mereka nanti.
Sebab itu manusia seperti Mahathir dan kroni terdekat yang kaya raya dan mewah ini tidak mungkin akan menyerah kalah cara mudah. Berapa banyak pun muzakarah diatur, jalan penyelesaian tidak mungkin ada melainkan golongan pemimpin haprak ini akui dan insaf kesalahan dan dosa masing2. Tanpa keinsafan ini...muzakarah tidak akan ke mana pun.
Muzakarah bagus... TETAPI
Muza Kerah lepas menang tak payah. UMNO/BN kepala tak betul sebab selalu guna BONTOT, dan menang nanti dia kerah PAS keluar...
Muzakarah ikut pengertian UMNO ialah Mu ZAKAR ah....
Post a Comment