Saya terbaca berita dari
Malaysiakini dan saya tertarik dengan isu bukti yang melibatkan PM Najib dalam
pembelian dua buah kapal selam Scorpene dari DCNI Perancis yang dihebohkan oleh
rakyat dan masyarakat antarabangsa. Isu Scorpene ini telah menjadi buah mulut
rakyat sejak beberapa tahun yang lalu di mana-mana kita duduk dan
berbincang-bincang soal negara kita.
Oleh kerana ia melibatkan duit
rakyat yang berbillion, ia sudah tentulah menjadi isu yang sentiasa dibibir
rakyat yang kini sedang melakukan ‘soul-searching’ dalam pilihanraya yang akan
datang ini. Isu Scorpene ini adalah salah satu dari isu untuk rakyat menjadikan
isu penentuan dalam pilihanraya yang
akan datang ini.
Pendakwa mendapati Najib telah
meminta wang dari DCNI sebanyak USD1 billion untuk Parimekar Sdn Bhd sebagai
syarat untuk bertemu dengan beliau dan Parimekar ini adalah syarikat kepunyaan
Razak Baginda seperti yang diketahui oleh orang ramai. Jika dakwaan ini benar
kejadian ini merupakan satu titik hitam keatas kepimpinan negara kita dan tidak
pernah perkara seperti ini didakwa kepada mana-mana pemimpin negara kita.
Dakwaan ini merupakan dakwaan
yang terlalu serius dan jika ada sedikit kebenaran terhadap dakwaan ini Najib
hanya mempunyai satu langkah yang beliau perlu ambil; iaitu untuk meletakkan
jawatan kerana apa yang didakwa itu bukan sahaja menjejaskan nama baik negara
tetapi juga nama baik rakyat negara kerana mempunyai pemimpin yang merelakan
dirinya menjadi isu yang menjadi fokus rakyat dan masyarakat antarabangsa.
Bagaimana negara kita boleh
berhadapan dengan pemimpin seperti ini kerana imej pemimpin sebuah negara yang
kononnya berdemokrasi sepatutnya tidak aka berhadapan dengan isu seburuk ini.
Apa yang disebut oleh pendakwa
Perancis ini sangat mudah diyakini oleh rakyat kerana itu pun stigma yang ada
kepada pemimpin-pemimpin kita sejak dua tiga dekad dahulu. Baru sahaja kita
dimakluman bahawa bekas PM Abdullah telah dikatakan menerima sejumlah wang yang
begitu besar untuk membenarkan serta meluluskan kehadiran Lynas di Gebeng Kuantan.
Semua isu yang dikaitkan dengan
pimpinan kita tertumpu kepada wang ringgit yang banyak dan kesemuanya
melibatkan wang rakyat dan pembayar cukai. Dalam isu yang dikaitkan dengan
Najib ini ia merupakan isu yang tealh diperkatakan oleh rakyat dengan meluas
kerana isu ini merupakan isu yang juga mengaitkan pembunuhan gadis Monggolia,
Altantuya.
Kita wajar mempercayai yang
‘nature’ akhirnya akan menunjukkan kebenaran. Jika isu seperti ini berlaku
dinegara Jepun, misalnya, sudah pasti PMnya akan berhenti dengan meletakkan
jawatan kerana seorang PM wajar mempunyai maruah dan harga diri yang tinggi. Isu
seperti ini merupakan isu maruah serta etika kepimpinan. Perkara ini bukan
boleh dipermain-mainkan dan diambil sambil lewa sahaja. Tidak payahlah
memberikan alasan yang isu seperti ini adalah isu yang diperbesarkan oleh kuasa
asing kononnya untuk memecah belahkan kita.
Rakyat sudah terlalu jemu dengan
isu-isu buruk yang dikaitkan dengan pemimpin-pemimpin besar nagara. Sekarang
kita tunggu sahaja larutan kepada isu Najib dan Scorpene ini. Saya tidak faham
kenapa Najib masih melekat kepada jawatan beliau sedangkan yang dipertaruhkan
ini adalah maruah negara yang merdeka. Terlalu banyak isu tentang rasuah dan
penyalah gunaan kuasa oleh pimpinan kerajaan hari ini.
Tidak boleh dipersalahakan jika
menganggap BN dan rasuah itu seperti aur dengan tebing, saling memerlukan
diantara satu dengan lain. Kalaulah UMNO itu masih sinonim dengan perjuangan,
pimpinannya tidak akan terlibat dengan kes-kes yang membosankan rakyat.
Blog ini selalu berkata, pimpinan
kita tidak serius untuk membendung kemungkaran ekonomi dan politik. Kalaulah
pimpinan kita melakukan pembetulan dari awal, tidak mungkin UMNO dan BN akan
menghadapi cemuhan rakyat sedemikian rupa. Sepatutnya UMNO telah mengenepikan
pimpinan tidak berguna dari dulu lagi.
Sepatutnya UMNO mengambil
tindakan dengan membuang sesiapa yang tidak berkelakuan baik; seperti kita
memakan tebu: busuk seruas buang seruas. Tetapi kini sudah terlambat untuk
membetulkan keadaan seperti makan tebu tadi, kerana setiap ruas dibatang tebu
itu telah busuk kesemuanya. Seluruh batang tebu itu patut dibuang.
Rakyat sudah sedar tentang tipu
muslihat pimpinan kita. Rakyat sudah sedar yang pimpinan hari ini menggunakan
jawatan mereka untuk berniaga dengan bermodalkan mandat rakyat dan
pembayar-pembayar cukai cukai. Jika rakyat sedar dan marah, maka rakyat pula
dituduh sebagai tidak patriotik dan pengkhianat bangsa dan negara. Sedangkan
tindakan mereka itu merupakan pengkhianatan besar yang tidak ada tolok
bandingnya kepada rakyat dan negara.
Bak kata Dr Mahathir beberapa
ketika dahulu, UMNO telah busuk hingga ke ususnya. Kata-katanya itu benar.
Hanya yang beliau terlupa hendak sebut, dizaman siapa yang kebusukan ini mula
menular?
UMNO telah memerintah terlalu
lama sehinggakan mereka ingat yang negara ini mereka yang punya. Melawan UMNO
sudah mereka anggap sebagai dosa besar dan telah di samakan seperti seorang
Islam yang murtad. Mereka yang menentang dan meninggalkan UMNO itu dihina dan
dinesta. Tetapi melakukan rasuah tidak pula dihina seolah-olah menentang UMNO itu lebih besar dosanya dari melakukan rasuah.
UMNO kepada mereka adalah yang
paling utama; Tuhan dan agama itu jatuh nombor dua, ketiga, keempat dan
seterusnya.
32 comments:
AA, kepada pemimpin dan penyokong UBN, memang salah menentang UMNo tu. Tetapi melakukan kerja bertentangan dgn agama itu takpe.
Salam tuan
Mohon link pada blog ghaflah.blogspot.com
terima kasih
kepada anon 3 May 2012 19:34:00 GMT+08:00
er...tak boleh digest la ayat tuan. he he he...tapi ayat terakhir tu mcm rujuk pada geng2 umno saja..itu kami dah lama tahu, bagi UMNO kalau rasuah di namakan komisen, kalau mirzan jadi tokey arak takpe, asal dia tak minum arak.
pertahankan kepala bapal umno bn yahudi haram hulumnya masuk netaka nanti sia sia amalian kita selama ini
Pak Aspan,
Isu scorpene ini adalah jelmaan langsung kepada manusia yang bertuhankan duit. Apa sahaja yang dibuat adalah kerana duit. Bangunnya duit, jatuhnya pun kerana duit. Mudah2an Pak Aspan dan Dato' Sak ambil pengajaran ini bila menang kelak Insya Allah. Tidak upaya kami kalau pisang berbuah dua kali
Salam AA dan bloggers,
Alangkah bahagianya kalau UMNO tewas..
Boleh la kita tgk perasuah dan penyeleweng wang rakyat berasak2 dalam penjara..
Cuma satu saja halangannya..
Raja2 dan pihak keselamatan..
Mudah2an Allah bukakan pintu hati untuk mereka..
Surrogate
Jika segala manusia di binasakan maka tiada lagi sifat ketuhanan yg sempurna akan nyata kerana kejadian manusia itu sempurna lagi menyempurnakan ketuhanan kerana manusia itu sempurna kejadian nya. Yg mencipta itu pencipta.
Oleh yg demikian, terang juga di katakan letak nya sifat bertentangan dgn kesempurnaan Tuhan itu tak lain, jin, kerana sejahat jahat nya manusia itu sebaik baik nya kan nya.
Maka tidak aku jadikan manusia serta jin melainkan menyatakan aku. Sesungguh nya, jin dan manusia itu sentiasa ada dalam diri kita, sifat kedua dan berlawan untuk zat, berserta akan nya.
Oleh yg demikian, kedua nya manusia dan jin itu tak lain sifat ketuhanan. Berlegar legar di antara kedua nya, untuk menyatakan dan membatasi ketuhanan.
Ada kala nya kedua dua nya di perlukan untuk mengerakan serta setting up new level and frontier perbatasan.
Aku itu kamu dan kamu itu Aku. Baik dan buruk itu tetap satu tapi ngapa kamu melihat nya dua???
Hanya kita saja yg terlalu tak mengerti lalu menangis, ngapa tak berkata " ngapa mesti aku kesali memakan buah itu, kerana AKU tahu akhir nya KAMU tahu AKU akan memakani nya. Kan KAMU maha mengetahui".
When PR sits in Putrajaya,those who plundered the nation wealth,if found guilty should be sent to Bamboo River for a very long deserved vacation.
Ha ha...Pemburu Amwar jadi org yg diburu....cantik!!!
Assalamualaikum Tuan Aspan dan salam sejahtera,
Islam telah menjelaskan bahawa rasuah adalah HARAM samada si penerima atau si pemberi atau si orang tengahnya.
Saya sendiri pernah bertanyakan persoalan kenapa jenayah ini masih juga berlaku?
Menurut ustaz, jenayah ini adalah satu dosa dan mereka yang melakukannya tahu akan menerima azab hukumannya. Mereka ini tahu mereka masih akan mati dalam Islam kerana mereka tidak murtad dengan melakukan jenayah tersebut. Malah, menurut mereka lagi, jenayah ini bukan syirik.
Untuk mengurangkan azab hukuman yang bakal diterima, mereka mengimbangi dosa mereka dengan amal jariah seperti mendermakan lembu-lembu untuk dikorban, beri makan kepada anak yatim, pergi umrah dan haji banyak kali, berzakat, sembahyang wajib serta sunat dan sebagainya.
Jenayah ini akan tetap berlaku di semua peringkat. Orang politik, penjawat awam, orang awam, orang kampung, polis, malah semua manusia yang lemah imannya pasti terjebak dengan jenayah ini.
Umat Islam kini tidak mempunyai ketahanan dan iman yang kuat untuk menghadapi dunia yang kian mencabar.
Nabi Muhammad S.A.W telah menjelaskan punca kelemahan ini ialah wujudnya kecintaan kepada dunia mengatasi kecintaan kepada akhirat.
Nabi Muhammad S.A.W juga memberi 2 faktor berlakunya begini: cintakan dunia dan benci kepada mati.
Umat Islam generasi pertama dulu cintakan mati kerana dapat bertemu dengan Allah segera. Oleh sebab itu bila ada panggilan jihad, mereka sukarela bergabung tenaga memerangi musuh Islam. Mereka tidak takut menghadapi mati.
Sebaliknya masyarakat Islam hari ini takut kepada mati malahan mengingatkan mati pun dianggap menyekat kemajuan. Mereka takut mati kerana memikirkan dosa yang terlalu banyak dilakukan dan sedikitnya amalan pahala yang dibuat. Akhirnya semangat jihad memperjuang dan menegakkan agama Allah pudar dan terhakis.
Tuan Aspan,
Pemimpin yang rasuah tidak takut dengan hukum agama.
Justeru itu, tidak menghairankan sungguhpun adanya pembangunan sekali pun, ianya tidak akan diseimbangkan dengan nilai-nilai moral dan Islam.
Salam hormat Tuan AA. Kalau di negara Jepun atau Korea, pemimpin perasuah dan korupsi seperti Najib ini dah lama menggantung diri sendiri sebelum rakyat menghukum mereka. Rasanya tindakan pemimpin itu lebih bermaruah dari sebuah negara kafir daripada sebuah negara Islam yang pemimpin perasuahnya 1000 x lebih teruk dari pemimpin yang kafir, tetapi langsung tiada maruah sebagai status Islam. Untuk Tun Abdullah Badawi yang dikatakan menerima sejumlah wang yang banyak bagi kehadiran Lynas di negara ini untuk kebenarannya kena tanya Tun Mahathir dahulu adakah berita ini hanya fitnah atau realiti? Sila jawab......
Takdelah pulak orang UMNO tidak utamakan Allah. Orang UMNOpun menyembah Allah. Hubungan dengan Allah bukan hak mutlak PAS saja. Orang Melayu tak kira DAP atau UMNO sentiasa mengutamakan Allah. Tapi dalam politik negara, UMNO tetap utama. Tetap numero uno.
Dlm islam tidak di benarkan mencari2 kesalahan org,lihat lah yang nyata dgn hati yg ikhkas dan berpandukan iman bersuluh kan istikharah, insyallah akan di beri petunjuk. sesungguhnya hukum Allah itu jelas, dan balasan Allah itu amat perit, Wallahuallam
Mereka yang terbabit dengan rasuah akan dikenakan hukuman di akhirat kelak.
Mereka anggap hidup dalam dunia ini sekali sahaja. Justeru, biarlah berseronok dahulu. Akhirat belum tentu lagi. Bukankah Allah itu maha penyayang? Mereka masih percaya bahawa Allah akan memaafkan dosa yang dilakukan selagi mereka tidak keluar dari Islam.
Begitu juga mereka yang berani bersumpah dalam masjid. Mereka melakukannya kerana terpaksa. Maka, oleh kerana Allah maha mengetahui, insya Allah akan diampunkan dosa yang dilakukannya.
Ya, mereka ini masih Islam. Perbuatan mereka akan dihakimi oleh Allah. Mengikut peniliaian mereka asalkan bukan keluar dari menjadi seorang muslim sudah memadai.
Anon 10:24, Benar sangat kata saudara itu. Jangan cari kesalahan orang. Itu tidak baik. Tetapi jika kesalahan ditunjuk-tunjk dan terbuka, dan apabila orang mengkritik itu bukan tercari-cari kesalahan namanya.
Jika tidak bertindak sudah berdosa pula jika ia melibatkan rasuah dan salah guna kuasa.
Betul yang balasan Allah itu amat perit.
Seperti mereka yang memandu laju. Walaupun sudah dikenakan kompaun yang tinggi, mereka tetap akan melakukannya sebab mereka sanggup bayar.
Begitu juga dengan yang sanggup berdosa, maka mereka sanggup menghadapinya.
Sungguhpun begitu, mereka mengimbangi dosa yang dilakukannya dengan amal jariah serta membanyakkan perkara sunat.
Sebab itu, sampai hari ini, jenayah sebegitu sukar dibendungkan sebab mereka masih sanggup melakukannya.
Mereka tahu perbuatan rasuah itu perbuatan terkutuk dan amat dimurkai oleh Allah.
Mereka mengambil kesempatan kerana tahu Allah itu maha pengampun sebagaimana mereka mengambil kesempatan atas kebaikan orang ramai.
Lagipun, peluang terbuka luas untuk mereka melakukannya. Bagi mereka ini rezeki dan tidak semestinya ditolak. Asalkan mereka lakukannya dengan bijak kerana pada mereka, kebijaksanaan itu kurniaan Allah.
Tuan Aspan,
Kes Perimekar menerima komisyen dari DCNI telah dijawap oleh timbalan menteri pertahanan Zainal Abidin Md Zin di parlimen dia kata itu dia 'orang punya pasal nak beri komisyen'.Isu terbaru pula pendakwa kata ada bukti Menteri Pertahanan masa tu minta komisyen 1B Dollar.Perimekar dipunyai Razak Baginda,takkan Razak berani minta banyak tu pada DCNI tanpa backing yang kuat?Bila dapat duit takkan Perimekar belanja sorang,mestilah 'share'-betul tak?Nampaknya pembayar cukai yang setia di Malaysia ni telah menanggung perbelanjaan gaya hidup mewah seorang dan isterinya..apalah nasib rakyat Malaysia seperti aku ni,asyik kena tipu aje, nasib,nasib
Assalamualaikum Tuan Aspan,
Merujuk kepada komen anon 10:24, saya amat setuju supaya jangan cari kesalahan orang lain.
Kes scorpene masih dalam siasatan. Maka tidak elok menuduh Najib sebagai sudah bersalah sebelum mahkamah jatuh apa-apa hukuman lagi. Beliau didakwa tetapi masih belum dibukti sebagai penjenayah.
Tuan Aspan,
Apa yang tuan luahkan ini bukan perkara baru. Hasrat hendak menjatuhkan UMNO juga bukan perkara baru. Ini kisah lama yang sentiasa berterusan. Kisah scorpeon dan lynas ni pun akan jadi kisah lama selepas ini. Bukti scorpeon yg tuan perkatakan itu pun hanya statement dari satu pihak yg menyatakan ianya dari najib. Sesiapa pun boleh kata bahawa mereka mewakili najib. Najib pasti tidak bodoh sangat untuk meninggalkan kesan. Dia buat benda ni bukan setahun dua.
Isu utama adalah bagaimana mahu menentang UMNO. Saya berfahaman UMNO sukar ditewaskan dengan cara yang pembangkang amalkan sekarang ini. Tuduhan, cacian, kecaman, demontrasi hanya buat majoriti rakyat keliru kerana itulah yg UMNO buat selama ini kepada pembangkang.
Saya mengidamkan sistem 2 parti. BN di satu pihak dan Pakatan Rakyat di satu pihak. Sistem ini lebih menjamin kesejahteraan rakyat. Untuk menuju kearah ini, kita perlu tidak terlalu taksub pada pemimpin. Sekaarang ini orang kita majoritinya terlalu taksub pada najib, anwar dan nik aziz.
Saudara AA,
Si Mamak Kutty tu memang gemar membaling batu dan menyorokkan tangannya.
Memang betul ada org umno utamakan Allah..
masalahnya terlebih ramai penjilat jubo madey..
Lazimnya kalau masalah ini melibatkan mana-mana pemimpin PR, UMNO dan khususnya, Ezam, Zul Nordin dan Chief Katak Ibrahim Ali akan tuntut pemimpin-pemimpin berkenaan menyaman pihak yang menuduh. Kenapa UMNO tak desak Najib saman pihak tertentu. Bukan tu saja, beliau langsung tak respon mengenai dakwaan itu. Bila pencacai-pencacai ini nak desak Najib buat sumpah laknat?
Al-Malikul Malik dlm negara, dalam kehidupan dlm apa jua keadaan tetap ALLAH S.W.T. Tidak harus ada galang ganti.
apa2lah Quiet Despair...
anda antara penyokong UMNO totok yang jelas nama kemungkaran pemimpin anda yang begitu meleluasa (kroni, seleweng, rasuah, mengumpul kekayaan) tapi anda memejamkan mata dan tetap berkata "dalam politik negara, UMNO tetap utama". Apa punya bodoh punya statement daaa.
Anon 10:24, benar jangan cari kesalahan orang lain. Cuma kesalahan PR, PKR, DAP, PAS, Bersih. Itu saja.
Jangan cari kesalahan UMNO. Jangan cari kesalahan kerajaan. Itu khianat namanya.
Ikut resam Hang Tuah. Bukan Hang Jebat. Biar Raja tidak adil, sultan itu berdaulat.
Psst! Passtt! Jangan cerita pasal Kak Ros' Man. Dia wanita sejati.
Diam saja sudah leeeee!!!!
Quite Despair,
Begitulah bunyi org desperate. Black is black and white is white. There's no two way about it. This article is about corruption. Jgn terlalu banggakan parti yang 'corrupt'.
Sdra-sdra pembahas yang menyeru jangan dicari kesalahan,
saranan ini perlu dipatuhi oleh pihak-pihak lain apabila setiap kali apabila dibangkitkan perkara-perkara yang melibatkan pemimpin UMNO Baru, apabila mendapati sukar untuk mempertahankan perbuatan pemimpin UMNO baru mereka.
Kita kena berlaku adil. Kalaulah prinsip ini diamalkan dengan ikhlas, tidak timbul isu video sex Dato T, tidak ada usaha menyiarkan gambar kabur dan menuduh azmin ali beromen dsb.
Jika kita perhati isu-isu ini, ia berpunca untuk mencari kesalahan untuk merencatkan atau slowdown atau membunuh politik lawan. Apabila tak jumpa kesalahan yang cun untuk menjatuhkan lawan, mulalah main kotor; buat videolah dsb.
Jadi, grow up lah. mana boleh main stail, kita semuaboleh, orang semua tak boleh. itu cara lama dan begitu senang orang sekarang nampak permainan yang tak cerdik macam tu.
Sdra-sdra pembahas yang menyeru jangan dicari kesalahan,
saranan ini perlu dipatuhi oleh pihak-pihak lain apabila setiap kali apabila dibangkitkan perkara-perkara yang melibatkan pemimpin UMNO Baru, apabila mendapati sukar untuk mempertahankan perbuatan pemimpin UMNO baru mereka.
Kita kena berlaku adil. Kalaulah prinsip ini diamalkan dengan ikhlas, tidak timbul isu video sex Dato T, tidak ada usaha menyiarkan gambar kabur dan menuduh azmin ali beromen dsb.
Jika kita perhati isu-isu ini, ia berpunca untuk mencari kesalahan untuk merencatkan atau slowdown atau membunuh politik lawan. Apabila tak jumpa kesalahan yang cun untuk menjatuhkan lawan, mulalah main kotor; buat videolah dsb.
Jadi, grow up lah. mana boleh main stail, kita semuaboleh, orang semua tak boleh. itu cara lama dan begitu senang orang sekarang nampak permainan yang tak cerdik macam tu.
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Jutaan kemaafan di atas keterlewatan mengikuti blog ini. Namun begitu, saya akan cuba luangkan masa, insha Allah; setidak-tidaknya untuk saya mengkuti isu-isu terkini, yang dengannya diharapkan saya akan istiqamah dalam menentukan pilihan kepimpinan negara untuk diri dan keluarga, setidak-tidaknya.
Ya, rasanya memadai untuk saya katakan, permasalahan berat sebegitu tak lain tak bukan, berpunca daripada apa yang saudara nyatakan dalam judul artikel ini. Sebab itulah, saya berulang kali menegaskan, seandainya saya berpeluang menemui Mahathir, tak teringin pun saya nak bersalam dengannya. Kalau ya pun, hanya kerana terpaksa; namun jauh di sudut hati, begitu benci dan geram! Bukankah dia masa jadi PM itu, antara saat UMNO mula naik taufan? Bukankah Operasi Lalang 1987, pengharaman UMNO asal 1988, pelucutan kekebalan raja-raja disusuli pelbagai bentuk pencabulan hak asasi seperti kekasaran melampau terhadap tahanan, penafian royalty minyak Kelantan sejak 1990 dan pelbagai kenyataannya yang memperlekeh serta menghina Allah dan Rasul -- bukankah segalanya itu yang kini diterjemahkan UMNO sekarang, khasnya Najib? Cukuplah; mereka tak perlu lagi berdolak-dalik -- seisi dunia ni, apatah lagi, penghuni langit, dah nampak jelas tanpa bersuluh, akan segala kemungkaran, maksiat dan kerosakan melampau mereka! Sebab itulah Najib dan para ahzabnya, juga "god-father" mereka, Mahathir, hanya menunggu saat berambus dari Putrajaya, sekaligus, mati dalam keadaan hina nanti.
Dengan itu, marilah kita bersama memohon perlindungan dan naungan-Nya agar kita dijauhi daripada jadi agen kepada sekalian makhluq perosak melampau ini, sekaligus bebas memilih ke arah yang lebih baik, demi menyelamatkan generasi kita mendatang, insha Allah.
Terima kasih.
Post a Comment