13 May 2012

Derhaka kepada ibu itu berdosa besar

“Selamat Hari Ibu", itulah yang saya dengar di mana-mana hari ini. Saya tidak menyedari yang hari ini adalah hari ibu dan saya mendengar isteri saya menerima panggilan dari anak-anak yang berada jauh dan dekat untuk mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu mereka.

Memang benar, ibu adalah orang yang wajib dan mesti dihormati dan di sayangi oleh anak-anak yang telah dibesarkan nya. Seseorang ibu sentiasa berasa gembira dan bersyukur jika dikasihi dan disayangi oleh anak-anak kerana dalam usia yang sudah tua anak-anaklah tempat ibu untuk menyandarkan harapan dan  kasih sayang mereka. Setelah mereka meninggalkan kita buat selama-lamanya anak-anak yang soleh jugalah tempat ibu mendapatkan sokongan doa dan amal yang baik dari anak-anak yang soleh yang mereka tinggalkan.

Seorang ibu yang mendapat anak yang soleh itu akan merasakan hidup mereka seolah-olah di dalam syurga. Semasa membesarkan anak-anak si ibu mengorbankan segala-galanya untuk kebahgiaan anak-anak untuk melihat anak-anak itu membesar dan menjadi orang yang dewasa serta beriman.

Kasihnya seorang ibu kepada anak tiada batas dan hadnya. Itulah sebabnya kita mendengar kata-kata ‘syurga itu dibawah tapak kaki ibu. Kepada anak-anak ibu jangan di derhakai kerana seseorang yang menderhakai ibu itu tidak berbau syurga. Ibu itu adalah segala-galanya dan wajib disayangi dan dijunjung senantiasa. Bak kata perpatah seorang ulamak yang muktabar, ‘ibu itu jika salah pun benar’. Ia membawa makna seorang ibu itu tidak boleh dikecilkan hatinya walaupun sekecil mana sekali pun.

Mengecilkan hati ibu itu adalah tindakan derhaka pada hakikatnya Bercakap kasar dan biadap terhadap ibu itu derhaka dan seseorang yang memutuskan silaturrahim dengan ibu bapa itu merupakan tindakan derhaka yang tidak terperi. Segala amalan dan ubudiah tidak memberi makna kepada seseorang itu jika dia menderhaka terhadap ibu kandungnya kerana Tuhan menjanjikan orang yang derhaka terhadap ibu bapa itu, tempatnya dineraka jahanam.

Bersempena hari ibu yang jatuhnya pada hari ini, saya menyeru kepada semua pihak termasuk diri saya sendiri supaya kita hormatilah, tunduklah kepada ibu kita dan sayangilah ibu kita dengan sesungguh hati. Kepada yang ibu mereka sudah tiada doakanlah roh-roh mereka agar ditempatkan sebaris dengan roh-roh ambia dan syuhada.

Kepada yang ibu mereka masih hidup, berpuas-puas lah bersama mereka kerana saudara/i akan merasakan sangat kehilangan mereka jika mereka sudah tiada lagi bersama anda. Itulah yang saya sedang rasakan sekarang kerana saya sudah tidak beribu lagi.

Hidup kita tidak akan sama lagi setelah ibu kita meninggalkan kita buat selama-lamanya. Janganlah kita derhaka terhadap ibu kita samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Tersedik dihati perasaan marah dan tidak menghormati ibu kita walaupun telah meninggal dunia itu adalah derhaka.

Begitulah tinggi dan hebatnya ibu disisi setiap anak yang soleh dan anak-anak yang soleh ini tidak akan berhenti-henti mendoakan kedua ibu bapa kita sehingga kita menghadapi akhir kalam kita sendiri.

Ingatlah, mendoakan kedua-dua ibu bapa yang telah pergi merupakan amalan fardhu kifiayah yang amat besar di sisi Tuhan. Kalau tidak masakan Tuhan berjanji tidak akan memberikan seseorang yang derhaka terhadap ibu itu kesempatan untuk menghampiri syurga.

Khusus untuk anak-anak ku, Kak Long, Dek Naz, Shafiq dan Yen, sayangilah mama anda dengan sesungguh hati. Doakan mama sentiasa agar berada dalam kehidupan yang sentiasa dalam perlindungan Allah. Babah tahu dan menyaksikan segala pengorbanan mama anda sejak dari anda kecil sehingga anda menjadi dewasa. Doakan yang terbaik untuk ibu mu, sewaktu ibu mu masih hidup dan berterusan sehingga ibu mu sudah tiada nanti. Ingatlah pesanan babah ini walaupun babah sudah tiada lagi didunia ini.

Bagi babah, setiap hari itu adalah hari ibu kerana babah percaya yang kita wajib mendoakan kedua-dua ibu bapa itu setiap hari dan waktu kerana tanpa ibu dan bapa, babah tidak mungkin berada didunia ini. Ibu itu tidak ada galang gantinya, ingat itu.

Itu sahaja coretan saya bersempena Hari Ibu yang dirayakan oleh manusia seluruh dunia hari ini.

SELAMAT HARI IBU

19 comments:

Anonymous said...

hari ibu ada dlm quran atau hadith ke? sebenarnya, hari ibu adalah ciptaan yahudi, supaya org2 awam membeli hadiah pd ibu utk menyambut hari ibu (sekaligus melonjak jualan niaga mereka). pd hemat saya tiap2 hari adalah hari ibu & x salah jika mahu menyambutnya pd hari istimewa, spt yg sedunia menyambutnya skrg, selagi kt x menyalahi quran n hadith!

Anonymous said...

Tuan Aspan, Salam

meskipun with an analytical mind, saya terharu benar dengan tulisan masterpiece Tuan Aspan. Being very quiet and composed. True kasih sayang seorang ibu tidak boleh di analysed. Lebih - lebih lagi anak - anak soleha bring down syurga di dunia untuk ibu bapa mereka. More families could learn from you to guide their children in this way, for a strong, contented family life. Ever green - regardless some intellects have other "ideas".

Abraham Lincoln went beyond his presidency, to pay tribute to his stepmother, calling her an angel mother when his own mom passed on and his father remarried. no rampas - rampas. Maybe that's why Abraham Lincoln was a remarkable president of the United States to set free the slaves - a good son to his angel mother who prayed and he prayed too.

My late mom set a fine example by being loving to my dad, and likewise, hence, we, children were most of time very at ease to be disciplined when due, studied well, be respectful and love God, to the extent of being fair.

This is a gift for you and your best half to enjoy listening over coffee.

YouTube "Pachelbel´s Canon in D" for Classical Guitar.

Salam.

Anonymous said...

Sesungguhnya ibu beroleh panggilan ibu kerana "jasa" si ayah... Oleh itu tak payahlah di asing2kan antara hari ibu hari ayah... Sambutlah hari ibubapa setiap Kali kita berpeluang bertemu mereka

Pakya

Anonymous said...

Ustaz Azhar Idrus (Hari Ibu)

http://www.youtube.com/watch?v=2pQSObAFyB0

Anonymous said...

Mother Day celebration

http://www.youtube.com/watch?v=27AfS4YKxys

Anonymous said...

salam.

Sebagai seorg ibu, juga seorg anak, sebak saya mambaca tulisan ini.

Trima kasih, Pak Aspan.

Cik Yong

Quiet Despair said...

A heartfelt tribute to the woman in your life, Tuan Aspan. Happy Mother's Day to her and all mothers and wives here.
A very special Mother's Day to my mom Eleni and Nanna Althaia Vlahos. Love you both very much.
Betul cakap Tuan Aspan berdosa derhaka kepada ibu.
Harap Abang Azmin kita akan berjumpa ibunya di hari yang baik ini dan memohon ampun kepadanya.

Alam Flora said...

Harap ibu kepada QD tidak berkecil hati kerana dianugerahkan Allah seorang insan yang "tolol" dan hanya pandai mengutuk Anwar Ibrahim dan Azmin Ali serta PR, hanya dengan upahan yang ciput sedangkan sumpahan dari insan lain yang rasa dizalimi oleh pemimpin korupsi (idola beliau) langsung tak diendahkan.... Selamat hari ibu kepada ibu kepada QD dan tahniah kerana mendapat anak yang "tolol tegar".

Anonymous said...

Betul cakap Aspan tu...

harap-harap Azmin membaca dan mengambil iktibar dan cepat-cepat bertaubat..

Ibu dia berharap Azmin kembali kepangkal jalan dan tinggalkan Anwar..

Jangan bantah cakap ibu tu Azmin... tak guna kuasa dan kekayaan tapi tak ada restu dari Ibu..

Anonymous said...

Salam Alam Flora,
Dalam kita mengenang kembali ibu kita yang ada dan tak ada kita tidak perlu menggunakan bahasa sumbang begitu pada QD bro.Tk.

dino

Anonymous said...

Alam Flora

Apalah korang ni asyik nak menghentam QD. Dan seret mommy dia bersama. Mak dia orang asing. Tak tahupun tentang kita dan blog ni.
Lagipun tak salah QD ingatkan Azmin sebab Sdra Aspan bawa isu anak derhaka.
Sayapun tertanya tentang perkara yang sama walaupun saya bukan penyokong mana-mana parti.
Anon 21.21 juga berpandangan sama seperti saya dan QD.

Penyokong yang benar

nick said...

Pak,

Memang telah di sabdakan oleh Rasulullah SAW bahawa syurga itu dibawah telapak kaki IBU dan sesungguhnya menderhaka (khianat)kepada ibu (dan bapa) bukanlah dari ajaran Islam mahupun ajaran dari lain-lain agama. Ia merupakan perbuatan mereka2 yang tiada berakidah, rendah/tiada moral dan tiada nilai2 kemanusiaan.

Kita umat islam di malaysia ini perlu juga memahami bahawa menderhaka dan megkhianati ibu pertiwi (tanah air, Malaysia) juga adalah merupakan dosa2 besar dan sesiapa yang gemar melakukan dosa2 besar maka bukanlah mereka itu dari orang2 islam (dan dengan itu janganlah asyik bermimpi bahawa kita akan senang masuk syurga cukup HANYA dgn tak tinggal solat dan kerap ke tanah suci).

Sehubungan dengan itu, pengkhianatan keatas ibu pertiwi seperti mendaftarkan pendatang haram sebagai pengundi (yang mendapat kerakyatan segera) serta penjualan maruah negara iaitu pemalsuan dokumen2 serta penyalahgunaan kuasa atas arahan para pemimpin atasan tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan atau lebih malang tidak dipedulikan dan diambil secara tanpa endah. Sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam ADALAH WAJIB bagi kita bangun menentang dan melawan mereka2 yang mengkhianati negara, yang memusuhi warga Malaysia khususnya orang2 melayu serta menghina agama Islam (Allah dan RasulNya).

Tetapi apa yang lebih penting untuk Umat Islam melayu yang mengaku beragama Islam, memahami adalah bahawa MEMBENARKAN dan MENDIAMKAN diri keatas usaha2 pengkhianatan keatas ibu pertiwi kita Malaysia juga menjadikan diri mereka sebagai bersubahat dan juga rakan pengkhianat di mata negara, di mata Islam dan juga dibawah hukum Allah SWT.

Kita umat Islam di Malaysia (Ahli UMNO mahupun bukan) perlu sedar bahawa alasan serta hujah membenarkan dosa2 besar dilakukan tanpa halangan oleh para pembesar2 seperti " DEMI ketuanan Melayu atau demi menjaga Islam (menjaga islam dengan melakukan dosa2 besar? Sungguh besar ironinya!) tidak akan diterima oleh Allah SWT dan akan di tempelak oleh Rasulullah SAW malah "kita akan disuruh mencari syufaat dari bangsa Melayu atau dari TDM ataupun dari najib ataupun dari mana2 pemimpin UMNO yang kita patuhi dan taati" sewaktu berada di padang Mahsyar, dikala kita memerlukan syufaat dan pertolongan dari Rasulullah SAW! (Maka syurga bahkan baunya juga tidak akan dapat dirasai!).

Oleh itu UMAT Melayu Islam perlu lah berhenti dari berkhayal tentang keindahan syurga serta kesenangan caranya untuk kita memasukinya (sebab kita lahir dalam Islam) sekiranya kita masih bersubahat serta mendiamkan diri keatas pengkhianatan serta kerosakan yang dilakukan oleh para pemimpin UMNO keatas negara ini dan juga keatas agama Islam, DENGAN menggunakan slogan dan hujah dangkal seperti Ketuanan Melayu ataupun "demi mencapai matlamat UMNO,apapun cara dan kaedah walaupun menyalahi undang2 sebagai Lesen mengHalalkan yang haram dan mengHaramkan yang Halal!.

Sudah sampai masanya Umat melayu sedar akan kedudukan mereka yang sebenarnya berada di pinggir neraka (bukan dipintu syurga walaupun rajin solat dan ziarah ke tanah suci) HANYA kerana DOSA bersubahat kepada pengkhianat2 agama/negara serta bersekongkol (dengan mendiamkan diri) tanpa menentang jenayah2 besar yang dilakukan oleh para pemimpin mereka! Ingatlah bahawa dunia ini adalah daerah sementara dan Akhirat itu adalah kampung halaman yang kekal. Janganlah kita menjual kampung halaman yang kekal itu untuk sekelumit hama nilainya kesenangan dunia serta kepalsuan nikmatnya. Janganlah kita menjadi golongan yang rajin bersolat, rajin berpuasa, rajin ke Mekah tetapi segala ibadah kita akan dilemparkan ke muka kita hanya disebabkan oleh kepatuhan membuta tuli dan pendewaan sesat keatas para pemimpin. Sesungguhnya, para pemimpin UMNO tidak akan dapat memberi syufaat kepada kita diakhirat nanti walaumana pun tinggi ketaatan kita kepada mereka (sehingga sanggup bersubahat melakukan dosa besar dan mengkhianat ibu pertiwi dan agama)! Ingatlah, sebelum kita menjadi abu di neraka, lebih baik kita ABUkan para pengkhianat di dunia ini!

Nick.

Anonymous said...

Perkara yang paling manis dalam dunia ini ialah pujian seorang kekasih daripada perasaan cintanya. Ia lebih manis daripada madu yang paling enak di dunia ini.

Quiet Despair said...

Bagus sekali Nik Kelate menulis dalam BM. Saya amat menyukai postingnya kali ni. Takkanlah oghe Serambi Makkah tak boleh tulih Malay kan. Saya separuh Melayupun boleh dikatan hebat menulis BM. To me BM is the easiest language to master.
Bro can you please tell Abang Azmin about derhaka and dosa kepada ibu which you explained eloquently.

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Semoga Allah memberikan keampunan dan limpah rahmat yg melimpah ruah kepada ibu kita.

Agak terkilan apabila tuan rumah berbicara sesuatu yang melepasi sempadan politik namun tetamunya masih juga berbicara tentang politik.

Aspan Alias said...

Dear everyone,

Please leave politics alone when commenting on this writeup. Let's talk about politics on subsequent postings.

For the time being let's focus on our mothers and mothers of our children.

Thanks.

Anonymous said...

Air mata saya mengalir tatkala membaca posting Pak Aspan kali ini. Terkenang ibu yang telah meninggalkan kami tiga tahun lepas. Rasanya terlalu sedikit yang telah dapat dibalas berbanding jasa ibu selama ini. Semoga Allah swt menempatkan ruh ibu (dan ayah)di kalangan ruh mereka yang beriman, Insya Allah....
Damailah kalian berdua di sana.

Nazri

Anonymous said...

Pakya

13 May 17:57:00

Well said, " Sesungguhnya ibu beroleh panggilan ibu kerana "jasa" si ayah... Oleh itu tak payahlah di asing2kan antara hari ibu hari ayah... Sambutlah hari ibubapa setiap Kali kita berpeluang bertemu mereka.

Terima kasih, salam.

Anonymous said...

Thanks Tuan Aspan, for reminding us to be sensible to focus on moms and moms of our children based on your write- up to celebrate Mother's Day today.

Come Father's Day, please remember to write an article to honor fathers and grandpas. Thank you.