Saya diminta mengulas oleh begitu
ramai pembaca tulisan saya tentang isu Tunku Aziz, bekas Naib Pengerusi DAP
yang keluar parti baru-baru ini. Ada
di antara mereka yang menghubungi saya memahami isu sebenarnya tetapi ada juga yang
tidak memahami keadaan sebenar politik dan menganggap pemergian Tunku Aziz
sebagai satu 'setback' kepada DAP.
Pertamanya, saya ingin memberitahu
bahawa DAP bukannya parti rasis dan pemergian Tunku Aziz itu sebagai tanda yang
Melayu sedang cuba
dipinggirkan oleh DAP. Bersalah-salahan diantara Tunku Aziz dan DAP itu
bukannya pertentangan di antara DAP dengan orang Melayu tetapi hanya setakat
perselisihan di antara Tunku dan DAP bukannya perselisihan di antara Melayu
dengan DAP.
Keduanya, saya ingin menekankan
bahawa tidak ada banyak masalah dalam isu yang timbul ini. Malahan saya sebagai
orang baru dalam DAP merasakan betapa ‘real’nya keadaan sekarang yang ramai
orang Melayu tidak lagi termakan dengan momokan pihak UMNO dan penyokongnya
yang nampak gembira dengan pemergian Tunku Aziz itu. Maklumlah mereka (UMNO)
sedang sedaya upaya untuk memecahkan pandangan positif sesetengah Melayu yang
sudah ada kecenderungan untuk menyokong parti ‘mulitiracial’ itu.
Pemimpin pergi dan datang. Patah
tumbuh hilang berganti. Tetapi DAP tidak pernah mematahkan semata-mata untuk mengganti.
Begitulah keadaan politik. Yang membesarkan isu ini adalah UMNO sahaja dan itu
kita faham. Itu politik sempit UMNO sahaja dan kita tidak termakan dan
terpengaruh dengan dakyah-dakyah parti pemerintah yang sedang dalam keuzuran
itu.
Jasa Tunku Aziz tetap diingati
dan tdak ada siapa yang menafikan jasa seseorang terhadap parti. Keluarnya Tunku
Aziz dari DAP tidak mematahkan semangat parti untuk terus memperjuangkan
'transparency' di dalam mentadbir negara dan menghormati ‘rule of Law’ serta
menghormati setiap apa yang tertulis di dalam perlembagaan negara dan sama-sama
menjunjungnya. Malahan sokongan terhadap parti sedang berkembang dan saya berkeyakinan yang DAP akan akhirnya dapat membuktikan yang parti itu adalah parti muliracial yang akan memainkan peranan terhadap pembangunan negara dengan 'consequence' yang tinggi.
Ketiadaan Tunku Aziz di dalam
parti tidak menjadikan parti itu terbantut dalam perjuangannya. DAP akan terus
berusaha mengikut atur-peraturan dan tatacara yang terkandung di dalam perlembagaan
parti. Bak kata pepatah Melayu, ‘jika tidak berkokok pun ayam, hari akan tetap
siang’.
50 comments:
Salam AA dan bloggers,
Dengar kata Tunku Aziz nak join Perkatak.
Kalau benar memang ada tangan2 ghaib sedang membeli tokoh2 PR.
Berhati-hatilah.
Surrogate
As Salam Tuan AA. "jika tidak berkokok pun ayam jantan, hari tetap akan siang juga (tambahan pula ayam tersebut adalah ayam golongan elit yang tak pernah rasa hidup susah, dihimpit dan dizalimi atau lebih tepat lagi ayam Diraja - ayam jantan belaan Mahathir atau ayam jantan "play safe"). DAP apa nak susah, PAS sendiri pernah mengalami peristiwa paling getir apabila Presiden parti PAS sendiri pernah keluar parti (Asri Muda) dan lebih teruk lagi UMNO bila semua bekas PM mereka mati di luar parti dan yang terbaru bekas PM, Mahathir Mohamad yang dikatakan bapa kemodenan sendiri pernah keluar parti apabila tak bersetuju dengan Pak Lah (entah berapa kali). Apa nak diherankan? Bukannya keluar dari Islam, sedangkan keluar dari Islam (murtad) pun dah ramai, apa lagi keluar dari parti?
Sdr AA, kadang2 kita rasa amat pelik dan pelik kenapa umno selalu membesarkan isu2 kecik, isu seorang keluar parti bagaikan agenda seluruh umno tiap2 hari. Carilah modal besar sikit...!!!
mmm
salam AA,
U pun dibayar RM50,000.00 ke? hehehe
Salam,
Saya adalah pengundi di P.Pinang.
Episod ini membuatkan saya takkan
undi DAP kali ini.
Salam Tuan,
Proses perjuangan politik menuju kearah kebenaran untuk RAKYAT pasti ada sakitnya. Yang keluar itu adalah proses yang ada hikmah.
Contoh. Selepas operation badan kita oleh doktor bedah untuk membuang penyakit. Tidaklah bila habis bedah, esok terus baik. Sudah pasti selepas dibedah, dalam berhari-hari dan berminggu menanggung kesakitan akibat pembedahahn akhirnya kita akan sembuh juga akhirnya.
Begitulah proses politik Pakatan Rakyat, ada sakitnya - contoh keluar parti, fitnah balik parti, tidak setuju dengan pimpinan parti, gunting dalam lipatan dsb.
Ini semua proses kematangan politik PR yang baru peringkat awal.
Yang penting semua pihak harus bersikap berhati-hati dengan teropong UMNO yang berniat tidak baik.
Hah.. in ayam sudah kokok sampai ke Kanada.
Rating Najib naik sampai ke Kanada.
http://www.vancouversun.com/business/French+judges+begins+bribery+probe/6576987/story.htmlda.
Salam Sdr Aspan Dan Pengunjung.
Sesuatu yang hidup dan diangotai oleh yang hidup akan sentiasa begerak/berubah ke arah kemajuan, permodenan, penambahbaikan untuk keselesaan yang ada. Bukan seperti beberapa parti yang beranggapan tanpa mereka negara akan lumpuh.Tapi bagi rakyat, ada mereka negara dan rakyat lusuh dan luluh.
Pentadbiran dan pengurusan pertubuhan yang baik akan menyuburkan sesuatu persatuan. Ianya lebih baik daripada merosak/mematikan sesuatu pertubuhan bagi pemimpin yang gila kuasa.
Teruskan perjuangan untuk satu kerajaan yang demokratik, jujur dan amanah.Bagi yang tinggal sudah pasti terus berkembang,,,,
Sungguhpun pemergian Tunku Aziz, saya tetap akan undi Pakatan Rakyat (PR) kerana saya yakin perubahan akan dilakukan hanya dalam masa 100 hari pemerintahan (PR) dengan perubahan awalnya tertumpu kepada 10 perkara asas bagi kepentingan semua pihak.
I dedicate this poem to the likes of Tunku Aziz;
Often the goal is nearer than,
It seems to a faint and faltering man,
Often the struggler has given up,
When he might have captured the victor's cup,
And he learned too late when the night slipped down,
How close he was to the golden crown.
Success is failure turned inside out--
The silver tint of the clouds of doubt,
And you never can tell how close you are,
It may be near when it seems so far,
So stick to the fight when you're hardest hit--
It's when things seem worst that you must not quit.
Tuan Aspan,
To quote Peter Drucker, "No institution can possibly survive if it needs geniuses or supermen to manage it. It must be organized in such a way as to be able to get along under a leadership composed of average human beings."
You cannot be a leader, and ask other people to follow you, unless you know how to follow, too.
The final test of a leader is that he leaves behind him in other men, the conviction and the will to carry on.
Zaman era ini, rakyat tidak perlukan pemimpin politik semata-mata. Apa yang lebih penting ialah pemimpin pejuang tulin.
Perjuangan yang murni untuk mengembalikan semula hak-hak rakyat yang dinafikan.
Pemimpin yang sanggup berkorban demi agenda perjuangan tanpa memikirkan kepentingan peribadi.
Pemimpin yang ikhlas berjuang untuk rakyat tanpa memikirkan 'strategi politik' sekadar untuk mencari tempat dan keselesaan peribadi.
Biarlah strategi itu adalah berjuang untuk memperkasakan rakyat bersandarkan kepada fakta dan nilai perjuangan yang benar.
Rakyat hanya menuntut hak rakyat tanpa sedikit pun mengganggu hak orang lain.
Sejarah perjuangan Rasullullah SAW memberikan kita teladan bahawa baginda tetap tegas dalam menyampaikan dakwah meskipun diancam bunuh dan diberikan pelbagai tawaran dalam bentuk kebendaan jika tidak meneruskan seruan menyampaikan kebaikan dan menolak kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat.
Kegigihan Rasullullah SAW dengan teladan kesabaran yang tinggi tanpa ada rasa emosi yang keterlaluan telah berjaya membangunkan Islam sebagai sebuah agama yang paling pesat berkembang.
Salam Saudara Aspan
Kepada orang yang memahami isu terkini, pemergian Tunku Aziz tidak akan menjejas perjuangan DAP sedikit pun.
Walaupun ada orang Penang itu telah berkata dia tidak akan mengundi DAP - memang takkan Melayu UMNO totok akan mengundi DAP samada Tunku Aziz ada/tak ada dalam DAP.
Yang terjejas adalah kewibawaan Tunku Aziz. Seperti ada kena pada Chandra Muzaffar tiada siapa lagi akan mengambil berat isu-isu yang dia akan/cuba membawa.
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan pengunjung sekalian.
Terima kasih di atas penjelasanini. Malah, saya menyokong penuh artikel ini, dan merasakan inilah sebenarnya didikan UMNO terhadap bangsa Melayu. Ditambah, maaf, kalau tak melampau untuk saya sebutkan, semangat asabiyah ini bertitik tolak daripada niat yang baik yang kemudiannya diselewengkan sepertimana Akta ISA, AUKU dan lain-lain. Gara-gara siapa?
Malah, kenyataan Tan Sri Lim Guan Eng (maaf, kalau salah ejaan) secara jelas menghormati perbezaan pendapat itu dan merasakan pemergian Tunku Aziz itu yang beliau sebut "bapa" itulah sebenarnya mencerminkan kematangan seorang politikus, bukan macam Mahathir yang dah nyanyuk tapi masih berlagak macam dia tu serba pandai dan sempurna. Justeru, Najib dan para ahli dan ahzab (sekutu) di kalangan kepimpinannya inilah sedang menggunakan isu remeh-temeh seperti ini, apa lagi, untuk merompak, menyamun, sekaligus merogol dan membunuh, kan? Bayangkan aja, para peguam yang menegur tindak-tanduk melampau lagi subversif di phak mereka, menjadikan Iblis yang bernama Mahathir tu melenting lebih daripada cacing kepanasan, menyebabkan Nazri Aziz tak pakai kepala hotak ikut ajalah cakap si nyanyuk bin bangang tu! Kalau macam tu, apa kata, kita cabar aja dia orang tu semua untuk tadbir Malaysia macam regim komunis atau diktator yang dah terguling mampus tu ... Boleh, kan?
Terima kasih dan teruskan perjuangan!!!
Abg aspan boleh tak bgtau Tuan Lim Kit Siang, suruh dia membentuk satu model kabinet bayangan utk pakatan rakyat memerintah Malaysia slps PRU 13 ini... boleh ka abg aspan? ada boleh ka?
The best and most successful leaders never give up. They stay intensely focused on the goal and lead their team toward it.
Peranan dan tanggungjawab seseorang pemimpin itu sebenarnya amat besar dan dirasakan amat berat.
Oleh itu sebagai seorang pemimpin memegang kepimpinan yang lebih besar, kita beramanah dan bertanggungjawab atas kepimpinan tersebut malah meletakkan masalah kepimpinan itu pada tahap paling atas sesudah beriman kpd Allah SWT dan Rasul SAW.
Maka, apabila Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri negara, saya hilang keyakinan kepada beliau. Kemudian disusuli dengan tindakan beliau meninggalkan parti UMNO sehingga kini UMNO menjadi begitu lemah sekali.
Itulah tindakan seorang pemimpin yang bergelar negarawan yang tidak bertanggungjawab kepada negara dan parti!
Seorang pemimpin yang hebat tidak akan berhenti berkhidmat memimpin. Pemimpin hebat hanya mati tanpa berhenti memimpin seperti Steve Jobs, pengasas Apple.
Saya mengkagumi Tok Guru Nik Aziz kerana masih berkhidmat sebagai seorang pemimpin kerana beliau sangat bertanggungjawab.
Salam Aspan;
Saya terbaca blog Rocky Bru.. ada kenyataan pasal the so called 'Towering Malays' dalam DAP.
Ikut cakap Rocky, Aspan dan Sang Mongkol tak sekelas dengan Tunku Aziz..
Apa komen Aspan?
Batu Ronson
Batu Ronson,
I have never regards Rocky Bru as anything. He is a novice who wants to talk about politics, topic that he knows too little. He is always on the buttered side of the bread. Cari makan.
I don't exchange barbs with him. it is silly to do that isn't it?
Pak Aspan,
Betoi tu. Saya setuju sangat. Ayam selalu berkokok bila menjelang pagi. Kat rumah saya ada lampu keliling kat luar kawalan satu suis saja. Bila malam, kadang2 bila saya "on" suis" tu...ayam ayam selalu berkokok walau pun siang jauh lagi.
Semua orang tau ayam berkokok pakai mulut. Tapi laa ni manusia UMNO dah pandai berkokok pakai bontot. Siang terang tang tang pun puak ni berkokok sakan..tak tau la saya depa ni berkokok tunggu malam cepat mai kot..malam senang membontot. So siang laa depa berkokok.
Nampak sangat puak puak ni perangai lebih teruk dari ayam..berkokok pakai bontot tak tentu masa dan tak kira tempat. Jutaan tahniah dari aku pada presiden persatuan puak berkokok pakai bontot ni. Layak bebenor hang jadi presiden persatuan tu!
JEMPOL,
Aku pun kecewa dengan kepimpinan Tun Mahathir. Bayangkan waktu tu bila beliau beritahu nak lepaskan jawatan perdana menteri, bukan hanya rakyat terkejut malah kabinet menteri pun sama sehingga ada yang patah tumit kasut.
Pernah seketika dulu, beliau pernah kata hanya akan berhenti sekiranya rakyat tidak memerlukan perkhidmatannya.
Sebaliknya apabila kepimpinan beliau masih diperlukan, beliau berhenti dan itupun terpaksa dirayu baru ditangguhkan setahun kemudian. Jenis kepimpinan apa yang kena dirayu ni?
Setelah Pak Lah mengambil alih, rakyat memberi mandat 90% kerana inginkan sangat Pak Lah menerajui negara sebab rakyat macam sudah terkilan ditinggalkan oleh kepimpinan Tun waktu itu.
Malanglah, pemimpin yang sendiri mintak berhenti buat kacau pula dengan menggunakan perkhidmatan Rocky Bru and geng memburukkan pemimpin yang ditabalkan itu.
Dalam masa yang begitu singkat, bukan hanya Pak Lah diberhentikan kepimpinannya oleh pencacai media Rocky Bru dan geng, UMNO BN juga tercalar sehingga kalah teruk dalam PRU12.
Kepimpinan UMNO BN memang haprak betul. Elok diketepikan UMNO BN sebelum dikelasifikasikan sebagai pemimpin haram jadah.
Pemimpin perlu ikhlas dan mengetepikan kepentingan peribadi. Jangan sampai rakyat dapat tahu yang anak pemimpin dijadikan proksi untuk jadi mewah. Ataupun suami digunakan sebagai proksi untuk mendapat projek.
Pemimpin sepatutnya tidak mudah berkecil hati. Selagi kepimpinan mereka diperlukan oleh rakyat, jangan hanya menolak kerana kepentingan peribadi. Rakyat boleh maafkan tindakan pemimpin yang merajuk dan berhenti tetapi rakyat tidak akan lupa ditinggalkan tanpa dipimpin sewaktu terdesak oleh pemimpin tersebut.
Juasseh
Thank You Tuan Aspan for writing about Tunku Aziz. You just skim the surface. But Good enough. It will suffice. I understand your position.
I did write something about Tunku in your and bro Sakmongkol's blog.But it was deleted.
So I am not delving on it again.
I have so many thoughts. But I don't want to sound accusatory. Nanti kena tibai pulak dari your fans.
Just some questions which I hope you will answer.
To set straight the many accusations against the towering Malays in the DAP.
1).Are you paid? Not asking the figures if your are?
2).Do you think you or Sakmongkol will take over as VC to replace Tunku?
3).Are you scared one day you will be the victim like Tunku Aziz?
4)Do you feel you are being appreciated and fully recognized as a force in the party?
5).Or is it true Malays are being used as a prop to show DAP's so-called multi-racial platform?
6.) Are there an influx of new Malay members since you entered DAP?
7). Did DAP promise you candidacy in the coming GE?
and 8). The most important question. I think with or without the Malays, DAP will still thrive as the main force in Pakatan.
In short, ada Melayu bagus. Takdepun takpe. DAP will survive solely on Chinese vote.
Thanks.
Quiet Despair,
May your despair lasts longer than UMNO. Whatever happened to DAP is none of UMNO business. What happened to the RM250 million cow-gate...how many anak yatim's money have the people in power squander. Typical UMNO mentality, blame others, glorify their own hopeless flip-flop leaders...ptuih!
AA,
Putting aside sentiment and political affiliation, i must I admit that DAP is highly credible party.
DAP and PAS are good parties with impeccable integrity. But I am still stucked to Umno.
Umno seremban,
saya pun begitu. tetapi selalu saya keluar Umno sekejap aje, iaitu semasa mengundi dalam bilek mengundi.
saya mengundi apa sahaj parti asalkan jangan parti saya.
Umno ghombau
Tuan...keluar la banyak mana pun...hatta tinggal sorang aja yg ikhlas dan amanah...aku tetap pilih parti DAP dari parti hak nama kononnya melayu dan ngaku Islam tapi amalkan rasuah.
Baik aku pilih parti yg banyak kafir dan ada melayu islam yang tak rasuah sungguh pun nama parti banyak Cina.
Adam
Salam Tuan,
Saya nampak Tengku memang berada dlm kem musuh PR, beliau buat pengumuman keluar parti di TV dan keesokannya terus diinterview oleh Star.Kenapa sanggup buat macam tu,walaupun bukan di TV 3, TV umno juga ma.Kalau dah dlm kem PR, buatlah pengumuman di TV on-line PR lah bukan tak kena perangai beruk media perdana dan kenyataan beliau berunsur personel terhadap LGE pula. lEPAS MUSTAFFA CHANDRA,TA siapa lagi memang hebat lah , kalau setakat Wee Choo Keong WANGSAMAJU, Si Zul, SI KATAK RAJA BODEK DAN BERASAN MB Ali itu tak hairanlah memang moral mereka pun 2 ringgit aje.
To commentators,
Thousands apologies. i accidentally deleted bout 15 comments at one shot.
Please come back with your comments.
I am so sorry bros.
AA,
please notice that people are not going so much for Anwar or any individual leaders.
they are just against BN especially Umno, that sick party. I an never a sympathizer of Anwar neither do his supporter but I am voting for PR bro.
It's not that I love Anwar or anybody but I hate UMNO too much.
AA, I think one of the problem nowaday is leader does not have the self belonging to the party. When things went the opposite to their belief they give up. I am really respect to TAA for his principle but in the same time i felt dissapointed for his easy give up attitude or due to his ego. If he believe that the bersih demo is not the right way, he believe in rule of law then use his influence to change the mindset of the dap member.
Ala..setakat keluar parti masuk parti apa ada..inikan negara demokrasi, UMNO shj yg kecoh..PR takda apa2 pun. Pasangan berkahwin 20 tahun pun boleh bercerai..sempitlah politik UMNO ni.
Hello Quiet Despair!
Do you ever ask yourself why DAP lately getting stronger? Did you ask yourself why in the past days many Chinese support MCA and GERAKAN but not anymore now?. Did you use your rational mind to think why Malays support UMNO in the past days but is no longer now?.
If MCA, and GERAKAN enough good, what is the logic of many Chinese move to the opposition? If many Malays enjoy lot of benefits from UMNO, then what for they move to opposition now?. You should ask million of these people why they choose opposition now!. Ask these people how much they got from opposition?. I am pretty sure you'll get very precise & accurate answer from them.
Either Aspan receive and keep millions RM in his pocket, nothing to concern. He only can contribute one vote even he received millions.
If Aspan too much concerned with money and wealth, what for he trouble him self and support the poor party, opposition?
Akal letak lutut ke hang ni? Yang kalut tabur duit kat rakyat sekarang ni sapa? Bukan Najib ka???Awat hang tak suruh Najib pi tabur RM5 juta kat Aspan..dah tentu UMNO BN boleh menang kalau betul lah cara otak karat hang fikir tu!
Bengap juga otak hang ni QD oii!
Soalnya apakah watak Mahathir sekarang masih merupakan aset atau bakal menjadi liabiliti bagi UMNO dalam menghadapi PRU 13 akan datang ini?
Kepimpinan beliau tidak akan berkompromi terhadap musuh-musuhnya yang mahu menggugat kuasanya yang mana rakyat telah menyaksi selama 22 tahun dan beliau tidak kisah Melayu berpecah asalkan kuasa kekal dalam genggamannya.
Kini rakyat mulai mempersoalkan kesahihan UMNO dan BN yang kekal dengan majoriti dua pertiga kuasa di Parlimen sejak kepimpinan Mahathir yang mana SPR bertali-barut.
Implikasi bila SPR menipu dan memihak kepada UMNO, undang-undang yang diluluskan dalam parlimen selama ini oleh kerana majoriti dua pertiga adalah sebenarnya haram.
Undang-undang yang haram hanya akan menzalimi dan menganiaya rakyat marhaen.
Akhir-akhir ini semakin banyak perkara-perkara yang dilakukan Mahathir yang dulunya hanya didiamkan, kini sudah mula dibongkar satu demi satu.
Meskipun beliau terus menjawab dan menangkis pelbagai perkara yang dibangkitkan itu, hakikatnya imej serta kredebiliti beliau sebagai bekas Perdana Menteri dan seorang Negarawan sudah banyak tercalar.
Tun Mahathir dan pencacai kumpulan Rocky Bru tidak perlu berkokok lagi kerana selama ini, budaya kepimpinan Umno ialah memperkudakan orang Melayu.
Rakyat sudah hilang kepercayaan, sudah hilang sabar serta sudah muak dengan kelicikan mereka menggunakan media untuk memperdayakan orang Melayu.
Hakikatnya ialah kepimpinan Umno sudah lama memperkosa harta rakyat melalui budaya kronism yang begitu kental terbentuk dalam negara ini.
Kepimpinan Umno telah mengambil kelembutan hati orang Melayu sebagai kelemahan yang boleh diperkosa dan dinodai.
Timbalan IGP sebagai pemimpin ada sebut tak salah berdemonstrasi di depan rumah Ambiga.
Sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, beliau berkata polis tidak akan mengambil tindakan dengan alasan perhimpunan dibuat di kawasan awam.
Inilah satu negara di mana tuntutan mengadakan pilihan raya bebas itu dikecam oleh media UMNO dan pimpinan UMNO dan polis tidak akan bertindak tanpa arahan dari UMNO.
Imej dan kewibawaan Polis kini terjejas angkara campurtangan politik UMNO.
Abang Ali
Pilihan Raya Umum Ke-13 bukan sahaja dianggap cukup kritikal dan mungkin menyaksikan kempen paling buruk dalam sejarah, tetapi lebih penting ia merupakan satu kesempatan terbaik (malah datang buat pertama kali) buat rakyat melakukan perubahan menyeluruh, atau lebih tepat menukar kerajaan persekutuan.
Kita gagal melakukannya pada 1990; ada yang memberi alasan sigah Kadazan yang dipakai Tengku Razaleigh Hamzah di malam-malam akhir kempen, telah dimanipulasi media sebagai salib Kristian, dan menjauhkan pengundi Melayu daripada Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat.
Potensi lebih baik menjelma pada 1999, berlambangkan ikon mata lebam Anwar Ibrahim. Umno diasak teruk, manakala imej Dr Mahathir Mohamad merudum dengan dahsyat sekali, terutama pada kacamata masyarakat Melayu.
Malangnya, ia tidak disambut dengan baik oleh pengundi Cina, mungkin difaktorkan siri tunjuk perasaan di sekitar Kuala Lumpur, yang dikaitkan dengan reformasi di Indonesia yang menggerunkan masyarakat Tionghua.
Baca seterusnya;
http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/05/terlepas-1990-1999-2008-pru13-kempunan.html#more
TERKINI : YB Dato' Hj. Husam Musa jemput MCA!
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=ESAr8PoXXCQ
Kepercayaan adalah asas demokrasi kerana digunakan sebagai landasan untuk membangun pelbagai tindakan dan pelaksanaannya. Kepercayaan adalah asas keyakinan diri dalam setiap kegiatan sosial, ekonomi dan budaya yang memberi semangat dan optimisme kepada masa depan sebuah masyarakat dalam negara-bangsa.
Sebaliknya demokrasi negara Malaysia berada dalam keadaan;
1. suara ”rakyat” dimanipulasi dalam dewan rakyat,
2.”konsensus” bersimpang siur dalam aneka pasar gelap politik,
3. kata ”suara” diperjualbelikan dalam mafioso politik,
4. ”keadilan” dimanipulasi di lembaga keadilan,
5. ”kejujuran” diparodi di pasaran jual beli,
6. "trust" diperlekehkan di organisasi perbankan.
Kini, situasi demokrasi di Malaysia adalah tanpa harapan, kelesuan dan penuh dengan skeptisisme.
Maka, ruang untuk membangun ialah dengan ”keberanian rakyat”, kekuatan berbicara sebagai rakyat secara terhormat. Keberanian adalah kekuatan mengatasi kecemasan, ketakutan, dan skeptisisme.
Ismail Hashim Yahaya
QD,ohh I start missing you already,mungkin too much of sex,Al Juburi and tarian pungung from MSM.I don't think AA will reply your stupid questions,I volunteer to give you some stupid answers.
>>1).Are you paid? Not asking the figures if your are?<<
If AA want to get paid,I'm sure he won't be that stupid to be a poor DAP member.Umno are more than willing to pay AA as $$$ is no problem at the same time whack DAP kaw,kaw.QD are you paid by Umno?
>>2).Do you think you or Sakmongkol will take over as VC to replace Tunku.
IF both Sak and AA (maybe all the Melayu members)wants to be VC in DAP,than who will be members than,stupid question,no?
>>3).Are you scared one day you will be the victim like Tunku Aziz<<
What is there to be scared,DAP is no exclusive rich men club ,no fat juicy contracts,no cows to milk,no film stars for dim witted Apdal to visit when testesterone is high ,Kamunting camp is more likely,betul?
>>4)Do you feel you are being appreciated and fully recognized as a force in the party
I'm sure if you are good and dedicated,you will survive anywhere.If you want to appreciated in Umno,go bodek,kaw kaw like the old dinosaur Rais who talks like an idiot.
>>5).Or is it true Malays are being used as a prop to show DAP's so-called multi-racial platform.
>>DAP is always a multi racial party,just because they have more Chinese members and the MSM spinning makes them look like a single race party.Is Karpal Singh a chinese?Is Sak a Chinese?I think Lim Kit Siang is an Indian.
>>6.) Are there an influx of new Malay members since you entered DAP?
The same question post to you,are there an influx of Malays to Umno or the opposites happens?
>>7). Did DAP promise you candidacy in the coming GE?
If you are popular and honest why not?
Don't be Quiet Despair,too much of Al Juburi,sexxxx and $$$$ has clouded your intelligent mind created by Allah.Is the Chinese,Indians or others blood is different from yours?Maybe the blood from Umno members is different ,contaminated corrupted blood?
QD,you will be very appreciated and di sanjungi tinggi di blog2 proumno but I believe you are more than welcome here at AA's as it will make his blog more lively and testing ,exposing our basic intelligent and decency(if we still have it)
Teruskan perjuangan untuk satu kerajaan yang demokratik, jujur dan amanah.Bagi yang tinggal sudah pasti terus berkembang,,,(copied)
Ayam ini berkokok sambil bertelur?
Nobody in the party is more important than a commitment to other parties in PR.
Anti Pembelit said...
Ala..setakat keluar parti masuk parti apa ada..inikan negara demokrasi, UMNO shj yg kecoh..PR takda apa2 pun. Pasangan berkahwin 20 tahun pun boleh bercerai..sempitlah politik UMNO ni.
18 May 2012 01:50:00 GMT+08:00
Betoi cakap ko tu..
Cuba tengok Madey tu... pengasannya pun boleh celah ...
Tak kecoh pun mangkok tu.
Faktor kelemahan Umno ialah tiada demokrasi dalam Umno, dasar dan visi Umno yang bersifat perkauman serta perangai dan kelakuan budaya, moral dan akhlak orang Umno.
Parti Umno tidak mengamalkan demokrasi kerana menyekat dan tidak menggalakkan tumbuhnya kecekapan dan kreativiti dalam parti itu; yakni anggotanya tidak dibenarkan bersuara untuk menegur pimpinan parti, atau untuk memilih pemimpin yang lebih baik.
Ahli Umno tidak dibenarkan dan selalunya disekat malah digertak supaya jangan menentang atau menandingi pemimpin-pemimpin parti. Akibatnya parti menjadi beku. Pembaharuan dan kemajuan parti terbantut.
Kesannya terlahirlah banyak 'pak turut' dan 'tukang ampu' dalam Umno yang tidak bermoral dan berprinsip yang akan sentiasa memuji dan membela pemimpin walaupun mereka tahu pemimpin itu lemah.
Kepimpinan Umno Umno tidak lagi memperjuangkan hak-hak yang menjadi warisan bangsa Melayu sejak dahulu kala, malah Umno dilihat sebagai parti yang tidak lagi mempedulikan bahasa Melayu, budaya Melayu dan ekonomi rakyat Melayu yang miskin.
Umno kini dibenci oleh semua kaum, bukan sahaja orang Melayu tetapi juga oleh kaum bukan Melayu. Di mata orang bukan Melayu, mereka menganggap Umno ialah parti untuk kepentingan orang Melayu, tidak untuk kepentingan kaum lain, yang mana Umno dianggotai oleh orang Melayu yang 'fanatik Melayu' - suka menjulang keris apabila memarahkan kaum lain.
UMNO is no more than a Malay radical party supported by Pekida hooligans, Perkasa gangsters, right-wing Malays, Malay fanatics, Malay government servants, etc.
Kenapa dan mengapa kini UMNO dibenci, tidak lagi mendapat perhatian atau sokongan orang-orang Melayu? Pada hal, bangsa Melayu bagi UMNO adalah asas terwujud atau terzahirnya UMNO di bumi Malaysia. Kemudian, apabila ia dikaitkan dengan BN, BNpun menjadi tidak lagi diminati majoriti rakyat, malah dibenci akibat jangkitan penyakit UMNO.
Sejak Tun Mahathir mengetuai parti UMNO, apa lagi yang belum beliau lakukan kepada batang tubuh UMNO, kerajaan Malaysia yang dipimpinnya, sistem Raja Berperlembagaan, demokrasi, agama, ekonomi, pendidikan, kehakiman dan seluruh sistem negara yang sempat diporak-perandakan oleh beliau?
Rakyat sendiri menyaksi bagaimana batang tubuh UMNO dibelah-belahnya, dipecah-pecahkannya, pemimpin UMNO yang nampak berwibawa diminta letak jawatan atau dipecat, dimalukan, dipenjarakan dan perlembagaan UMNO turut dicarik-carik.
Malah, perlembagaan Negara dikoyakrobekkan dan dicabul semahu-mahunya, perjalanan kehakiman dicabul, sistem demokrasi dirantai dan seterusnya begitulah juga sistem-sistem lain dalam negara ini yang dikuasai oleh UMNO/BN telah mengalami banyak campur tangan politik yang melampau dan menggilakan. Senaman menunjuk punggung pun dihalalkan dalam era kini. Fatwa pun boleh dikeluarkan tanpa muzakarah lagi.
Sejarah telah mencatatkan keagungan bangsa-bangsa, empayar, dinasti, raja dan juga pemerintahan zaman dahulu seperti bangsa Babylon, Yahudi, Tsamud, Qarun, Fir'aun, Namrud, kerajaan Rome, Parsi dan sebagainya.
Namun, akhir-akhirnya mereka hanya tinggal sejarah, bukan lagi dengan sejarah kehebatan, keemasan atau keagungan mereka, tetapi dengan catatan cukup memilu dan memalukan dengan rentetan kronologi sejarah panjang mereka dengan warna-warni kezaliman, kekejaman, kemusnahan, catatan-catatan yang sangat-sangat menghinakan diri mereka akibat angkara tangan-tangan zalim, kejam, hipokrit dan jahat mereka sendiri.
Mereka tidak lagi dipuja-puji, tidak lagi disanjung, tidak lagi diingati kenangan baik mereka dan bahkan diperhina dan dikutuk-kutuk oleh rakyat dan masyarakat bangsa yang pernah dikuasai dan dipimpin. Hal ini sudah dialami oleh Shah Iran, Kamal Artartuk, Lenin, Karl Mark dan sebagainya.
Apakah simptom atau tanda-tanda sebegitu tiada dalam negara Malaysia?
Kebencian rakyat sudah di tahap jengkel sejengkel-jengkelnya, bosan sebosan-bosannya dan muak semuak-muaknya.
UMNO/BN kini dibenci kerana kezalimannya, kekejamannya, kerakusannya, ketamakan, kerasuahan, salah guna kuasa dan penyelewengan.
Anon 17 May 18:15:00
what an encouragement, the going gets tough, the tough gets going as individuals in unity. Merci.
Stk 18 May 2012 08:50:00
You tackled each question with gusto, smacked him hard in his tempayan face ! But he is behaving as a minor, toning down his idiotic obscene grunts lately. For that, he is always welcome here as Sdr Aspan's guest. As a guest, he has to show decorum in his language. Once on Mother Day, when he isn't crazily insane and sub zero, he was normal and fine. Good for him. There is always redemption for him.
However, exposing our basic intelligence and decency( if we still have it) ?
We definitely have too many good ideas, excellent ideas because we collaborate in camaraderie here, but find better solutions at Starbuck / Dome, takut ciplak, but never at Loaf, even if it for free, as there are better rendezvous, even the humble kopitiam for great minds and humble hearts to gather and enjoy some good humor ! Of course MINUS QD and his deees.
And our dignity is ever intact cos we are not of the mahaliar cows, we scat from the mess spiraling up to the troposphere !
Sdr Aspan & guests, Salam,
a commentator, rasanya indon dah pandai nak komen
hal 2 Malaysia di Yahoo, pulak suggest senang saja switch guna bahasa indon, sebab ada moron ( tropper ) sindir Cina, India, Melayu ( graduan luar negara ) top- notched activist lawyer Melayu tak fasih cakap Bahasa Melayu. Rasanya Pak Aspan, hati nak memberontak, pack and go one way ticket, dah professional tak susah pun, being articulate in English, pun nak control !! Bila terkenang di masa lapang, my late parents tinggalkan legacy yang tidak ternilai untuk kami, to receive English education in mission schools by choice, plus extra tutorial BM lessons and manners, kindness, acceptance being practiced and applied by mixing with multiracial friends from a young age. Our parents as our role models.
Sepatutnya betapa bangga saya, humbling experience, refreshing, punya ramai bloggers bangsa Melayu kita, yang begitu articulate dlm English with facts and figures and seorang dua itu, tulisan mereka stunning dengan elegance and intelligence humor. Kalau lah penggunaan BI nak disekat, baik kami yang dah suffocated, pack and go, kami berpendapat itu pun dlm plan hitam sistematik regim, mereka yang tebal dgn dengki, kelemahan diri akan bersorak.
Sepatutnya harus lah menjadi kebanggaan di kalangan kita yang biasa pun mampu berusaha dengan sendiri to immerse and be articulate in English, what's wrong, why not, namun kesopanan serta budaya baik kita masih terpelihara dengan sempurna ? atau goons hanya nak BI dijadikan lingua franca gol elite sahaja, memang ya pun.
Saya terkejut dengar tiga orang adik beradik bertutur fasih dalam mandarin, berirama, terpegun saya, sedangkan ayah, mak ( ustazah ) mereka orang kita, rakyat biasa, tapi berhemah tinggi, far- sighted. Saya begitu suka, sehingga beberapa kali, sengaja belanja mereka makan ais- krim di 7 eleven semata- mata nak enjoy dengar pertuturan mereka, walaupun saya tak paham.
Biarlah, kita, anak- anak kita bilingual, trilingual supaya bukan hanya anak najib yang kebas business atau jurang persahabatan dgn kaum lain semakin jauh ke pluto, mendlm seperti pacific ocean, tidak serasi seperti tomyam dgn nasi kerabu yang enak sgt ( quarter portion ).
Sdr Aspan & blog readers,
Enjoy listening :
http://www.youtube.com/watch?v=MPBRfH9uqs8&feature=related ( lompat katak )
Für Elise (Piano version)
Dear Sdr Aspan,
Hello nkkhoo,
tq for your first comment - fine. Hope you are NOT the nkkhoo from spore. If you are not, you are welcome here as Sdr Aspan's guest as DAP/ PK supporter.
that nkkhoo was the bs altered ego racist... we know what he was capable of instigating in FMT, bigot towards all races, for a few months before he was ejected out for good, by too many complaints. Here, we are all very civil, sharp minded, we do NOT tolerate any of that sort. will not allow it on honorable's Pak Aspan's or in Sdr Sak's blog and for us, guests.
Here we work with full respect, give and expect mutual respect and goodwill for a change of govt for the good of all races, Sdr nkkhoo. Keep writing, if you are not.
Post a Comment