Memperjuangkan yang benar itu
amat susah dan tidak ada jalan yang senang dan mudah. Sebaik sahaja manusia itu
ingin perubahan untuk kebaikan ia akan tetap mendapat reaksi serta-merta. Bak
kata seorang ulamak yang muktabar, ‘jalan ke syurga itu berduri-duri dan
beronak, jalan ke neraka itu penuh dengan roti dan keju’. Pejuang yang berniat
untuk kebaikan itu selalunya akan merasakan kepedihan.
Itulah sebabnya sesetengah orang merasa
hairan kenapa seseorang itu terus menerus berjuang sehinggakan menghadapi kepayahan
dalam kehidupan mereka. Sesungguhnya yang paling penting ialah kepuasan dalaman
dan jika kita pautkan usaha kita itu dengan beriktikad untuk ke addin dan agama
itu ia amat menyejukkan jiwa seseorang itu.
Nabi Noh Alaihissalam dicerca dan
dihina oleh masyarakat sekelilingnya. Dalam menegakkan kebenaran apa sahaja
yang dilakukan oleh Noh dipersendakan dan dikasari oleh masyarakat dan kaumnya
sendiri. Apabila Noh membina bahtera yang besar di tengah-tengah padang pasir dan berbukit
itu masyarakat sekeliling Noh telah mengatakan yang Noh itu gila dan
berbagai-kata nesta. Anak dan isterinya sendiri tidak mahu mengikut jejak
langkahnya.
Noh tetap cekal dan akhirnya
semua rakyat sekelilingnya telah mendapat bala yang besar dan hanya sebilangan
kecil yang disebut oleh sesetengah ulamak hanya berjumlah 81 orang sahaja.
Sesetengah ulamak berpendapat jumlah pengikutnya hanyalah 83 orang. Akhirnya
seluruh masyarakat zaman itu telah dilemaskan oleh bah besar yang diturunkan
Allah dan mereka yang selamat hanyalah mereka yang mengikuti seruan Noh untuk
taat kepada Allah swt.
Di negara kita pun berlaku
perkara yang sama. Kita selalu membaca semangat berkobar-kobar Melayu untuk
mencapai kemerdekaan daripada British dan itulah isu yang terbesar untuk menyatukan
rakyat Malaya semasa itu untuk bersatu menuju
kepada kemerdekaan itu. Tetapi kepada yang tua-tua usia mereka masih teringat
yang tentangan untuk mencapai kemerdekaan itu ada dan jelas.
Tentangan itu datangnya daripada
Melayu yang telah selesa hidupnya dan kebanyakannya adalah daripada kumpulan yang
bekerja dengan kerajaan penjajahan kerana mereka takut untuk berubah. Saya
masih ingat lagi setelah kita mencapai kemerdekaan itu masih ramai orang Melayu
yang tidak berkeyakinan dengan kemerdekaan yang kita capai.
Ramai yang bercakap yang kita
tidak akan pergi ke mana-mana sebabnya orang Melayu nak buat jarum pun tak
pandai macam mana hendak menjaga negara apabila mendapat kemerdekaan itu. Kita
dengar di merata tempat kata-kata itu. Namun apabila telah terbukti yang orang
Melayu dan rakyat mampu untuk melakukan perubahan itu, orang-orang yang
mengkritik dan menentang kemerdekaan ini jugalah yang mendapat laba dan nikmat
daripada penat-lelah dan jerih pejuang-pejuang kemerdekaan itu.
Kumpulan yang tidak senang dengan
pencapaian kemerdekaan ini jugalah yang menjadi pembesar-pembesar negara seperi
menjadi Dato' Bandar dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan selepas negara mencapai
kemerdekaan. Tetapi itu tidak mengapa kerana itulah namanya demokrasi. Pimpinanan
yang demokratik mesti mempunyai sifat ‘magnanimous’ dan tidak mempunyai sifat
dendam mendendam.
Dalam politik tanahair kini,
keadaan yang sama sedang berlaku. Setiap usaha yang dilakukan oleh pihak
alternatif itu sedang mendapat tentangan yang hebat juga. Usaha ini mendapat
reaksi yang amat kotor dengan wujudnya kumpulan-kumpulan gangster dan penyangak
upahan untuk mengganggu program serta kegiatan pihak alternatif setiap masa dan
waktu.
Usaha rakyat untuk bersatu di luar
BN menjadi isu yang besar dan pihak yang berkuasa menggunakan isu perkauman
yang menebal untuk menyatukan orang-orang Melayu di bawah kuasa mereka. Apa yang
mereka lupa ialah mereka hendak meninggalkan kebathilan yang dilakukan oleh
pemerintah yang telah mengambil kelembutan rakyat terutamanya orang Melayu
sebagai kelemahan dan mahu mengelirukan mereka sepanjang masa untuk mengekalkan
kuasa.
Tetapi kepada sesiapa yang
memahami keadaan tidak akan gentar menghadapi situasi kotor ini. Mereka yang
sedar ini tahu yang kerajaan yang merelakan kerja kotor ini berlaku itu merupakan
tanda yang amat jelas yang usia kuasa yang ada kepada mereka pasti akan tamat.
Tidak ada dalam sejarah dunia ini yang membuktikan yang zalim itu akan berjaya
terus menerus. Yang tertekan akan akhirnya berjaya asalkan isu berdasarkan
kepada niat dan motif yang baik.
Itulah sebabnya saya tidak
putus-putus dihubungi oleh mereka dalam parti pemerintah dan duduk berbincang
dan bertukar-tukar pandangan dalam isu yang baru kita sebut ini. Saya
menjangkakan mereka dari UMNO yang selalu bersama saya ini akan mengubah haluan
dan kecenderungan mereka untuk berubah ini semakin hari semakin jelas dan tidak
memeranjatkan yang mereka akan bersama-sama untuk membuat perhitungan dalam
peti undi semasa pilihanraya nanti.
Beberapa ketua-ketua cawangan
yang mengenali saya melalui blog ini pun datang ke Kuala Lumpur untuk membuat
perbincangan dengan saya dan yang terakhir ialah kumpulan dari beberapa
bahagian di Selangor. Saya menerima tawaran mereka untuk berjumpa, tetapi jika
berjumpa saya tempatnya hanyalah di kedai-kedai minuman mamak sahaja.
Saya tidak mampu untuk berbincang
di restoran-restoran besar kerana saya tidak biasa di tempat-tempat hebat itu. Saya
bukan daripada golongan yang berada seperti rakan-rakan saya di dalam UMNO itu.
Sesiapa yang hendak berjumpa saya terpaksa
bersabar dengan satu dua mug teh tarik dan diselangi dengan air suam sahaja.
Kalau nasib baik bolehlah makan roti canai sekali.
Saya menyebut perkara ini kerana
di dalam sesuatu perjuangan, yang paling susah ialah untuk memecahkan ruyungnya.
Nah, sekarang ruyungnya sudah pun pecah, hanya menunggu masa dan waktu untuk
menikmati kejayaan itu.
Sebelum mencapai kejayaan semua
pihak yang inginkan perubahan itu akan melalui waktu dan masa yang amat gelap.
Tetapi apabila kita melalui kegelapan yang amat sangat itu, ia menunjukkan yang kejayaan sudah hampir sampai.
Ada perbilangan berkata, ‘The darkest part of
the night is just before dawn’. Maksudnya bahagian malam yang paling gelap
ialah semasa betul-betul sebelum siang, iaitu sebelum subuh. Tidak beberapa ketika
selepas itu kita akan menikmati terang dan siang yang terang benderang.
Buat sementara ini kita mesti
bersabar dan berdoa terus menerus. Walaupun kita sedang melalui kegelapan yang
seketika ini, Insya-Allah kita akan melihat jelmaan siang yang terang benderang.
Kita jangan memberikan reaksi kasar terhadap gangster UMNO itu kerana kita
tidak mesti jauhi diri kita dari bersikap seperti mereka. Kita mesti menunjukkan
berbezaan di antara kita dengan mereka.
27 comments:
Uncle Aspan, I'm an avid follower of your blog.
Today my dad offered me air ticket to fly back to vote for you if you become a candidate in s'bn. I' a registered voter in Sikamat.
Hope to see you when the time comes uncle. M prepared to 'ponteng' few days of lectures for you.
Salam Tuan,
Saya selalu berpesan pada anak-anak,dalam apa keadaan jangan kita mengambil hak orang lain. Hak ini bukan hanya harta dan wang ringgit tetapi termasuk waktu, perasaan dan lain-lain asas kemanusian.
Malang sekali perkara ini yg puak-puak umno/bn tidak mengamalkan.
UMNO kini semakin ganas dan kasar. Ayat-ayat lucah dan kurang ajar sentiasa dicanang oleh UMNO. Perbuatan samseng, membaling batu dan telur adalah cara UMNO melakukan provokasi.
Sudah berpuluh tahun PAS menunggu UMNO untuk berdebat atau bermuzakarah atau berbincang dalam isu kafir mengkafir, malangnya tiada seorang dari UMNO berani ke depan.
Malah dalam isu kenegaraan, politik dan ekonomi, Ketua Pembangkang telah berkali-kali mengajak Perdana Menteri untuk berdebat, tetapi beliau masih tidak berani berdebat.
Hakikatnya, UMNO tidak mempunyai keberanian berdebat dengan pembangkang di hadapan rakyat. UMNO hanya boleh melakukan provokasi tetapi tidak mempunyai kejantanan berdepan dengan pembangkang.
Mahukah rakyat memilih pemimpin yang tidak mempunyai kebolehan berdebat di hadapan khalayak rakyat marhaen?
Bukankah debat adalah satu cara untuk mengukur kewibawaan seseorang pemimpin?
Sekiranya UMNO tidak mempunyai pemimpin yang berkaliber, maka apakah hala tuju yang boleh dibawa oleh UMNO dari segi kepimpinan dan kepercayaan oleh rakyat?
Sudah bertahun demi tahun laporan Ketua Audit Negara telah membuktikan kepimpinan Umno Barisan Nasional;
a) Menyelewengkan wang rakyat
b) Membazirkan wang rakyat
c) Menyalahgunakan kuasa yang diberikan oleh rakyat
Rakyat perlu tanya diri sendiri; Bolehkah laporan ketua audit negara itu dipercayai?
Sekiranya laporan-laporan itu dipercayai, maka bolehkah UMNO Barisan Nasional dipercayai untuk menerajui kepimpinan negara lagi?
Tuan, cuba bayangkan kalau melayu ini hidup pada zaman Nabi Nuh..tak taulah samada ia tergolong dalam 81 org yang percaya atau akan termasuk dalam org cerdik pandai yang menesta Nabi Noh. Bayangkan pula melayu ini hidup dalam zaman Nabi Isa..percayakah kaum melayu ini Nabi Isa lahir tanpa bapa..atau melayu ini dapat berhimpun dan mendengar cerita Nabi Muhamad di Isra' dan di Mikrajkan hanya pada satu malam sahaja sehinggakan ada yang mempersenda dengan menyuruh Nabi Muhamad mengangkat kedua-dua kakinya. Dan jawapannya Tuan juga sudah amat makklum...ada pada Saidina Ali
Apa yang sungguh hebat dengan Umno?
Adakah Umno kini memperjuangkan hak orang Melayu? Kenapa ramai Melayu masih merempat setelah hampir 54 tahun merdeka? Kenapa jurang kekayaan Melayu masih berada pada tahap yang merisaukan?
Adakah Melayu kini dilihat lebih beradab dan bersofistikated? Kenapa masih ada yang berkelakuan biadap? Kenapa masih ada yang berhujah bahasa haram jadah? Kenapa keadaan masih menjadi tidak bertamadun sewaktu berceramah?
Adakah agama Islam terpelihara? Kenapa rasuah tidak diharamkan? Kenapa arak dan judi diharuskan dalam pentadbiran UMNO? Kenapa keluarga pemimpin UMNO tidak menutup aurat?
Salam Pak AA..
saya tidak mahu komen atas apa yg pak AA tulis sebab ternyata kebenarannya..
Tapi Pak AA, jika sekiranya qada' dan qadar PR menang di PRU 13, harap semua parti including dalam PR tidak mengikut jejak langkah UMNO..
jika Pak AA tidak ditawarkan jawatan mana2 pon, still boleh berjuang lagi melawan kezaliman saki baki UMNO...
PR bukanlah spt UMNO yang berjuang kerana jawatan..bukan kerana duit...
yang penting ikhlas..tawaddhuk dan redha...
niat semata kerana menegakkan kebenaran Lillahi Ta'ala...InsyaAllah..Allah bersama kita..
kepercayaan saya kepada PR xpernah luntur..tetapi manusia sentiasa perlu diingatkan..atas tujuan apa kita berjuang..
p/s:kemon QD..what say u?ibni ismail??
-anon-
Pak Aspan,
Dalam masa 2 hari lagi, genaplah sebulan BERSIH 3.0 telah berlangsung. Apakah kesudahannya?
Kalau pilihan raya masih tidak adil, kotor dan berat sebelah, saya menjangkakan Pakatan Rakyat yang akan menerima kejutan paling besar pada PRU13 yang akan datang.
Segala aspirasi dan perjuangan Pakatan Rakyat nanti akan hanya menjadi kenangan saja.
Tuan Aspan,
Kerajaan di Selangor memberi air percuma yang tidak pernah dimimpi oleh rakyat Selangor selama ini. Semuanya hasil jimat cermat. Walaupun Selangor memberi banyak kebajikan untuk rakyat, negeri Selangor tidak muflis malahan simpanan Selangor meningkat kepada RM1.9 bilion.
Apakah kepimpinan Umno BN boleh dipercayai memberi air percuma?
Ayahanda Aspan,
Kenapa pihak yang memerintah tidak mampu untuk berfikir dan berubah mengikut peredaran zaman dan masanya?
Kenapa Umno merasakan bahawa negara ini adalah kepunyaan parti dan bukannya rakyat?
Kenapa teguran memperbetulkan kesilapan dianggap sebagai satu pengkhianatan dan dibalas dengan penghinaan dan penistaan?
Kenapa perbuatan rasuah itu bukan satu penderhakaan kepada negara?
Kenapa menipu itu dianggap sebagai satu budaya seni yang perlu dikagumi?
Kenapa pihak yang memerintah tidak cerdik dalam bab bermuhasabah diri?
Pak Aspan,
Kalau Rais Yatim kata hanya 22 ribu dalam BERSIH 3.0, apa agaknya Dato Jamal dapat jual ikan bakar jika semua petugas SPR seramai 240 ribu berhimpun di KL?
Pak coba bayangkan sekiranya 240 ribu petugas SPR berhimpun di KL berbanding dengan hanya 22 ribu waktu BERSIH 3.0. Agaknya 240 ribu sebesar macam mana?
Saya setuju dengan anon 8:22am. Sekiranya pilihan raya masih tidak adil, kotor dan berat sebelah, janganlah pulak nanti nak berdemo menuduh BN main jahat. Waktu tu, nampak sangatlah pihak yang sudah kalah tak dapat terima keputusan kalah.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Buat apa bersusah payah berjuang untuk perubahan kemudian ditipu hidup-hidup dalam pilihanraya?
Mengapa berhimpun beramai-ramai sehingga 3 kali kemudian tuntutan rakyat masih tidak ada perubahan? Rakyat ini bodoh sangat atau apa? Himpunan ini bukan fiesta lah. Ada yang sudah mati dan banyak lagi sudah cedera. Ada pemimpin BERSIH yang terkorban? Ada mana-mana pemimpin BERSIH yang cedera? Kalau sudah menganjur, tolong follow-up lah!
Masa sudah banyak terluang. Duit pun banyak dibelanjakan. Apakah gerenti PRU13 itu tidak ada penipuan? Bukti-bukti sudah berlambak. Habis itu, apa kesudahannya?
Pengomen semua,
abaikan qd and the gang.
mereka tak akan komen artikal jenis mcm ne.. kalau ada kaitan dgn jubo..ha baru dia semangat...
2..3 post pun dia galak
Anwar Ibrahim BERPERANG!
http://www.youtube.com/watch?v=yQL9-fmEUbE&feature=relmfu
Anon 8.10
QD sibuklah pergi Unclenya Najib lancar Perhimpunan Sejuta Belia di Putra Jaya. Maklumlah dia belia kaki ampu Umno.
Kepada Anon 26 May 2012 09:36:00,
Jangan mudah berputus asa. Seperti kata artikel Tuan Tanah yang lepas, perubahan tetap akan berlaku, yang penting bersabar.
Yakinlah bahawa kematian dan kecederaan yang dialami oleh rakyat itu tidak sia-sia, pasti ada ganjarannya.
Kita perlu meneruskan perjuangan, kerana kita maklum bahawa berjuang untuk perubahan memang susah kerana dugaan bertimpa-timpa.
"Evil only prevails when good men stand by and do nothing".
Semoga anda berjaya di dunia dan di akhirat.
--ziggy
Rata2 Dlm kompani sy keje 80 percent sokong pr.... Sy selalu berdoa Moga2 bn kalah dalam pru13 nanti
Amin
@anony 9.48
haha...title2 yg sensasi sahaja dia drop komen..nak tau juga point of view dia..
@anony 9.57
haha..ye lah...da berapa hari xnampak...
-anon-
Our politicians exploited a nation of hurt sentiments.....while bad leadership, gross mismanagement and rampant corruption were accepted/ignored.
Biasalah adat perjuangan kena onak dan ranjau.. kalau menang akan bermakna perjuangan tersebut. ikut cakap orang tua-tua ada kemanisan.
Masalahnya onak dan ranjau adalah yang dibawa kita sendiri..contohnya... Sapa terfikir video seks Anwar dan Azmin terkeluar, nak cakap macam mana muka sama,baju pun sama... nak tak percaya 100% pun ramai orang PKR dah jatuh musykil.. Spin macam mana pun. damage is already done. Terfikir pulak saya yang menjadi pengikut PKR sejak lama..zaman reformasi dulu...nak ke pemimpin macam ni yang begitu rendah moralnya. Kalau kat barat, dah lama kena hambat dari tampuk pemerintahan.Kita orang Islam Aspan, nak ke kita pemimpin macam ni?? Tepuk dada tanyalah hati. Kalau kita terima mereka, hendak ke kalau kita terima menantu kita macam tu?
Orang tua juga pernah berkata, kalau kita ni dijalan yang benar, insyaallah akan ditunjukkan jalan yang lurus dan mudah.
macam macam kita dah buat, demo, ceramah dan tazkirah tanpa henti.. sembahyang hajat .. Dulu dulu tiap kali kita buat sembahyang hajat agar Allah jatuhkan musibah pada UMNO, TDM dan Najib. Nik Aziz pulak sembahyang hajat pecah perut. Samapai la ni saya tengok UMNO bertambah mantap, PAS pula dah caca marba, TDM bertambah sihat pulak. Najib steady lagi.
Apa ni Aspan... kita tak ditolong oleh Allah.apa maknanya, Allah tak reda dengan doa kita.. Mungkin maknaya kita dipihak yang bathil, bukan begitu..
Maaf kalau saya ngomel sikit. Kalau kita dah cuba macam-macam tapi masih lagi tak makbul, I think it is time for us to give up.
Pak Aspan,
Salam kecekalan dalam perjuangan. Sentiasalah kita memperingatkan rakyat akan kezaliman2 kerajaan UMNO BN termasuklah membangkrapkan kerajaan Pusat dgn hutang 450 bilion, bail out kroni, pemberian konsesi, AP kawalan2 menteri. Sebaik2nya isu ini dibukukan dan bersedia untuk di saman. Ada baiknya diterbitkan di Singapura - jadi penerbitnya "terlindung". Serangan blog sahaja tidak cukup kerana tidak sampai ke desa2. Perlu ada barisan informasi bukan-elektronik. Sekadar cadangan
Tuan AA,
Sememangnya saya sangat setuju,apa saja yang tuan tulis selama ini,sama seperti yang terpendam didalam hati.
Semoga tuan sihat selalu.
-scorpene terbang-
Tuan Aspan,
Apa yang tuan sarankan ini adalah sangat tepat. Cara yang berhemah dan berbeza dari cara UMNO sahaja lah cara untuk menumbangkan UMNO. Jika PR dilihat sama sahaja kelakuan dan sifatnya dgn UMNO maka rakyat akan pilih UMNO kerana UMNO terbukti lebih kasar dan gangster dari PR.
Sejarah mengajar kita bagaimana Ayatullah Khomeini menjatuhkan Shah Iran. Kezaliman UMNo tidaklah seberapa dibandingkan dengan Shah Iran dan tentera Savaknya. Dakwah dengan berhemah dari Ayatullah Khomeini menyebabkan Shah Iran tumpas tanpa perlu ada pertumpahan darah, demontrasi jalanan serta caci maki yang kekadang malu untuk kita dengar. Rakyat memilih untuk bersama Khomeini kerana melihat bahawa Khomeini tidak sama dengan Shah Iran.
Pandangan saya terhadap 'layanan' tidak mesra terhadap ceramah anwar tempohari adalah jelas. Ini menunjukan kebiadapan manusia yg mungkin akibat dari salah didikan ibubapa mereka, masyarakat dan juga pemimpin mereka. Mereka ini setaraf dengan mereka yg berkelakuan biadab semasa bersih tempohari.
Sdr Aspan,
There will be light at the end of the tunnel. Berubah memang tidak senang apatah lagi mengubah mereka yang berkepentingan. Namun, kalau kita yakin, kita akan berjaya akhirnya.
Salam Tuan,
Saya rasa pihak PR semacam slalu di pihak defensif. Kena fitnahlah, kena ejeklah. Ini perkara biasa dalam perjuangan.
Bak kata Cek Det, hanya org pandai saja yang masuk PR atau PAS, yang bodoh masuk UMNO.
Saya rasa why not pihak yang bijak dalam PR buat sesuatu yang lebih praktikal, seperti adakan jelas tuisyen contoh matematik, kelas memasak kepada umum. Atau seminar mengenai kerjaya. Atau pertandingan puisi, Pak Samad Said jadi jurinya. Ini lebih menarik perhatian rakyat.
Kalau setakat ceramah AI yang isinya serang Najib, kena belasah di penjara, jumpa Pm Turki dll, maka ianya tidak banyak membantu, bahkan agak membosankan.
Mungkin cari lebih banyak aktiviti kemasyarakatan yang lebih strategik dan lebih praktikal.
Hanya pandangan penyokong PR.
XYZ, Adelaide.
this is overwhelming ! so awesome, what loyalty and courage, great sense of responsibility placed in the right direction to vote for your uncle Aspan for a better future.
cheers once fr Aust,
rusa kg
Post a Comment