13 August 2008

UMNO Bandar Tun Razak keluar parti

Naib ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Norasidi Salim telah mengambil keputusan untuk meninggalkan UMNO bersama 151 orang ahli dalam Bahagian itu pada 11hb Ogos lalu.

Beliau dan pengikut-pengikutnya mengambil tindakan ‘decisive’ ini kerana sudah kurang yakin UMNO akan dapat memperbetulkan keadaan untuk menjadi terus releven.

Tindakan ini akan disusuli dengan sekumpulan lebih 200 orang lagi dalam masa yang terdekat ini dan kesemuanya akan menyertai PKR pimpinan Dr Wan Azizah.

Saya sempat bertanya kepada beberapa kenalan yang telah mengambil tindakan itu mengapa mereka begitu ‘decisive’ dalam tindakan mereka.

Jawapan mereka adalah ‘standard’; kerana UMNO tidak mungkin dapat memperbetulkan keadaan dan tidak lagi perlu bersusah-payah mempertahankannya.

Salah saorang memberitahu saya, “Pemimpin-pemimpin masih dengan sikap lama mereka, dengan menekan dan memaksa orang bawah untuk menerima sahaja apa yang mereka lakukan di peringkat atas,” katanya keras.

“Kalau setakat Pak Lah yang lemah boleh lagi dibendung, tetapi yang nak mengambil alih mengikut pelan peralihan kuasa itu ialah orang yang terlalu kontroversial dan kami tidak nampak kita akan memerintah lagi! Jadi buat apa nak tunggu?" sambungnya.

Rakyat kawasan Bandar Tun Razak diwakili oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, daripada PKR di Parlimen, dan tentulah mereka yang merasakan perbezaan yang dialami rakyat di sana.

Kalau tidak masakan mereka meninggalkan parti dengan begitu mudah dan tidak merasa bersalah, kerana sekarang ini mereka dipimpin oleh barisan Abdullah dan Najib yang sangat tidak meyakinkan.

Sesungguhnya PKR bukanlah parti yang kuat dan segar tetapi oleh kerana kelemahan pimpinan UMNO membuatkan PKR ini terus menjadi pilihan ramai.

Kata orang tua-tua, “lulus jarum lulus kelindan”. Oleh kerana PKR sudah mampu memberikan pilihan maka kita yang mempunyai kepimpinan yang lemah ini mudah akan ditinggalkan oleh ahli-ahli yang berfikir.

Saya tidak terkejut jika ada lagi pemimpin-pemimpin Bahagian akan turut mengikut langkah Norasidi Salim untuk bertindak keluar parti.

Jika keadaan ini berterusan maka telahan saya yang UMNO akan hanya mampu bertahan sehingga tengah malam pada hari mengundi PU13 akan menjadi kenyataan.

UMNO terlalu banyak penyakit, tetapi apa yang dilakukan oleh pimpinan ialah hanya untuk menghilangkan sakit, tetapi tidak berusaha memulihkan penyakitnya.

Perlu kita ingat, sakit dan penyakit itu adalah dua perkara yang berbeza.

Jika UMNO masih bernafsu untuk meneruskan pemerintahan ramai-ramailah kita bertindak menukar Abdullah Badawi dengan seorang pemimpin yang lain yang telah pun menawarkan diri beliau untuk menjadi Presiden UMNO.

Jika tidak dilakukan maka UMNO dan lambangnya bolehlah bersedia untuk ditempatkan di dalam Muzium Negara di Jalan Travers.

Mungkin saya dan rakan-rakan akan ke Muzium Negara sehari dua ini untuk menengok-nengokkan jika ada ruang untuk letakkan lambang UMNO kita di sana nanti.

Jika benar perkara ini berlaku saya cadangkan lambang UMNO yang bakal diletakkan di dalam muzium itu mestilah diapitkan dengan gambar Abdullah Badawi dan Najib.

Jika ada ruang yang lebih kita letakkan gambar Rosmah, Khairy, Kalimullah, Kamal Badawi, Muhammad Taib dan lain-lain sekali.

Ini penting untuk dijadikan tatapan generasi yang akan datang bagi mengenali petualang-petualang bangsanya.


Sekian……………………………Aspan Alias

10 comments:

Unknown said...

salam dato...

rasanya ramai juga yang da keluar party tetapi mungkin tak dihebohkan..

mari kita renungkan dan nilaikan lirik dari lagu dan nyayian M.NAsir..anak kita

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan Tuhan-Tuhan itu

carcon

Anonymous said...

Nurasidi is the guy that caused the downfall of Rakyat First Merchant Bank.

The MoF was Anwar Ibrahim. Nothing surprising there.

Anonymous said...

nurasidi salim ni kah yang sapu duit rakyat merchant bank dulu? kalau dia PKR nak ambil pun ambil lah!

Aspan Alias said...

Sdr Joe, Hantarlah senikata-senikata lagu yang memberi semangat paerjuangan.

Saya bolih menyanyi jika ada senikatanya.

Mungkin kita patut adakan 'talent time' lagu yang bolih memberi pelajaran untuk kita.

Gelombang Rakyat said...

An informative piece. Please, may I get the source of this news. Thank you.

Akar Umbi said...

Dalam perjuangan tiada erti putus asa. Mungkin hasrat tak tercapai di era kita, tapi mungkin generasi akan datang yang sealiran pemikiran dengan kita yang akan mencapainya di suatu hari nanti.

Aspan Alias said...

Dear Zubli Zainordin, I personally know the move as I am close to few of those who singed in for PKR.

Thanks

Gelombang Rakyat said...

Dear Aspan Alias,

Thank you for the information. It is good to get it direct.

I just prefer change. So this information to me is vital and valuable.

More please...

Anonymous said...

Org-org PKR sibuk turun padang bertemu rakyat menyelesaikan masalah rakyat bagi untuk dipilih semula pada PR13 manakala org-org UMNO sibuk melobi mempertahankan jawatan dan kuasa serta mencari kesempatan yang ada peluang perniagaan di dalam UMNO untuk menambah kekayaan dari menyelesaikan masalah rakyat.

Isu org-org UMNO keluar dari UMNO dilihat dari 2 perspektif, keluar dari UMNO kerana merasakan pemimpin yang bakal dipilih tidak akan berjuang mempertahankan hak orang Melayu dan terkeluar dari landasan perjuangan UMNO yang sebenar atau keluar dari UMNO kerana merasakan pemimpin pilihannya tidak akan terpilih untuk ia menjana kekayaan.

Isu kenaikkan harga minyak belum lagi lapuk dan senjata ini akan diguna pakai disepanjang kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh. Berikutan penurunan harga minyak di pasaran dunia, dalam masa sebulan Kerajaan Singapura telah menurunkan harga minyak sebanyak 5 kali secara berperingkat namun di Malaysia sebagai negara pengeluar minyak hanya mampu menunggu sehingga September 2008. Tidak kah Pak Lah dapat melihat psikologi yang dimainkan oleh kerajaan Singapura bagi menangani ketidakpuasan hati rakyat Singapura? dan dalam masa yang sama memperlihatkan Singapura mempunyai kerajaan yang efisyen?.

Namun apa pula sumbangan Sharir sebagai menteri di dalam menangani kenaikan harga barang yang semakin meningkat? Selain mengeluarkan kenyataan-kenyataan bahawa isu harga minyak telah di'overwrite' oleh Pak Lah. Sharir juga boleh tergolong sebaris dengan Shafie Afdal sebagai menteri yang gagal di bawah pemerintahan Patric Badawi, gagal membawa perubahan menyelesaikan masalah rakyat.

Salam Anak Merdeka

Gelombang Rakyat said...

Some of us may be wondering as to why the top leaders, in the government, react in a way so foolish in relations to the global oil prices.

I sense there are two points, where most cabinet ministers, and all Members Of Parliament from Barisan Nasional cannot disagree with the Prime Minister Of Malaysia.

The first point is the national debt. When you find out, you shall know how huge it is.

You can start with the government investment overseas, and failed. BII, can be one example to study on. Soon, you shall know more.

Do you remember, in 2004, how much million was spend on posters and the like? Yes, RM 218 Million.

Itu baru posters dan seumpamanya. Lain-lain? Apa macam...

The second point is that a few individuals are ripping profits by this move.

Even in Parliament, no one dare to disclose how much for example, Pos Malaysia is earning handling the rebate payment.

There are more than meets the eye.

English says, the tip of the iceberg only.

Orang Utara kata, "celah gigi jah".

I wrote a post here:

http://www.atotalblog.wordpress.com

The increase of prices of petrol and diesel in Malaysia was not necessary.

The wrong move was, ministers based this increase on the futures market, a kind of legalized gambling by the international speculative institutions.

Whereas the actual price of global oil, we know it from OPEC countries collective statement.

In addition, we have Petronas, it is like having a dusun of durians, for example, when the price of global durians increases, shouldn't Malaysians be rich?

It's all relating to political money and earning easy money.

Corruption then can be the game of the weak to stay in power.

Please check how much for example, the number of bag full loads of cash are brought to an UMNO cawangan or a bahagian.

You can do a simple calculation if a vote of an UMNO member can cost RM 500 each. Then times the possible number of voters.

So, 5th June, 2008, the price of petrol and diesel was announced increased, immediately, suddenly, and drastically.

Why?

Debt and Profit.

to pay debt, and to earn profit.

Since the basis of this increase was merely speculative, that is why the prices can yo-yo ridiculously.

Whilst the actual market price remains almost constant.

You have seen the smiling faces when the price is Yo up.

But when the price is Yo down.

You can read the same faces, "alamak, rosak program".

So, as usual, just buying time. That is why, 1st September 2008 is chosen for the next announcement.

It seems the government needs time to study the price trend.

But, was there a similar study done, when announcement made for the increase.

Surprise!

It is worth the dirt on our shoes, a leader such as this can lie plainly selambaly and no one can dare question him.

Please take a close look at the words. On 1st September 2008, the word used is not "Reduction" or Penurunan, but "Streamline" or Pelarasan.

Hahahahaha!

Once a liar lies to us, will we see another lie from him soon, and another, and another?

Sure.

Do tell me, how many more are leaving UMNO, and Barisan Nasional?

It is never too late.