27 January 2010

Tun Ghazalie mati meninggalkan nama

Tun Ghazalie Shafie memang nama yang tidak asing lagi dalam politik dan negara. Saya berasa sedih kehilangan beliau kerana saya sudah beberapa bulan tidak menjengok beliau walaupun saya tinggal berhampiran dengan kediaman beliau.

Lazimnya saya pergi juga menziarah beliau semasa uazur beliau tetapi sejak 3 bulan yang lepas saya tidak ada kesempatan untuk berbuat demikian kerana urusan peribadi yang begitu banyak.

Diakhir hayatnya beliau berasa kesunyian, hanya ditemani oleh beberapa orang rakan yang perihatin terhadap keadaan beliau yang uzur itu.

Rakan-rakan seperjuangan khasnya dari Pahang ada yang tidak tahu dimana beliau tinggal kerana sibuk dengan politik masing-masing.

Allahyarham dua tiga kali bertanya kepada saya, "Saya dah pencen begitu lama, awak masih ingat kepada saya? Terima kasihlah!" katanya. Saya jawab, "ingat, pemimpin yang masyor saya ingat".

Sesungguhnya saya memang susah hendak melupakan orang yang saya sudah kenali. Memang sudah menjadi resam saya, mana-mana pemimpin yang saya kenali semasa berjawatan saya akan hampirinya sehingga tuanya.

Bak kata ramai kawan-kawan, "awak ni Aspan, mana-mana pemimpin yang pencen atau yang jatuh kau yang tukang sambut."

Sekarang Tun Ghazalie telah meninggalkan kita semua dan banyak kenangan yang terpahat apabila sekali sekala bersama beliau 5 atau 6 tahun yang lalu semasa beliau masih boleh berbincangan dengan cergas.

Beliau selalu bercerita tentang sejarah lampau yang memberi semangat terutamanya tentang isu keselamatan negara dan masa depan orang Melayu.

Beliau jelas amat tertekan dengan apa yang berlaku pada hari ini kerana beliau memerhatikan keadaan dengan penuh minat walaupun beliau sedang berperang dengan kesihatan beliau yang tidak menentu bersendirian.

“I am restless watching things that happen today. Everyone is lost in the woods” katanya kepada saya semasa saya menziarahi beliau beberapa kali.

Saya tidak bercadang untuk menulisnya kerana tentu ada pihak yang lebih berwajib untuk melakukannya dengan baik.

Saya gembira apabila PM Najib berjanji untuk memilih seseorang untuk membuat memoir beliau supaya dapat dibaca oleh generasi muda dan yang akan datang.

Beliau selalu bercerita tentang nasib ahli-ahli politik semasa bersara terutamanya apabila mereka sudah menjangkau usia tua.

“Young man, pemimpin politik selalunya akan dicerca dan dihina apa lagi bagi mereka yang tidak pandai menjaga nama baik.

Segala kebaikkan hanya akan disebut orang apabila kita sudah meninggal” katanya selalu kepada saya 5 tahun yang lepas semasa bertemu lobby lounge hotel Sheraton Subang Jaya.

“Saya tidak disenangi oleh beberapa orang pemimpin yang berpengaruh dan saya selalu dikecam oleh orang politik yang menyokong pemimpin yang tidak menyenangi saya.”

Beliau bercerita serius dan sangat seronok mendengar beliau bercerita, sebab penuh dengan keaslian dan keikhlasannya bercerita. Saya kagum dengan ketelusan beliau berkata-kata.

Kadangkala beliau tidak dapat menyorokkan perasaannya berhubung dengan parti dan kerajaan sekarang ini yang beliau anggap sudah hilang bentuk dan lari dari apa yang digariskan dahulu.

"Kita sekarang ibarat hidup dihujung tanduk" katanya kepada saya suatu ketika dahulu.

“Diantara ramai-ramai ahli politik dalam negara ini dan dimana-mana sekali pun saya seorang sahaja yang mengalami dipuji ‘selepas mati’dan dikata selepas saya hidup kembali. Awak ingat tak semasa saya jatuh kapal terbang kat Janda Baik pada awal lapan puluhan dulu?”

Saya menjawab “Ingat, sebab saya pun dulu meyibuk ke Janda Baik untuk mendengar berita tentang you”

Dia senyum. “Ha…. kalau ingat senang nak cerita. Semasa saya belum dijumpai semua orang seluruh dunia kata saya dah mati” memulakan cerita.

“Akbar tempatan memberi pujian kepada saya gila-gila. Adam Malek Indonesia sudah bersedia untuk terbang keKuala Lumpur untuk mewakili Indonesia dalam upacara pengkebumian saya” ketawa..

“Menteri Luat Thailand. Australia dan ramai lagi sudah bersedia untuk keKuala Lumpur. Hanya nak dengar kepastian sahaja lagi.” Kata beliau serius.

“Saya ingat,..saya baca” jawab saya.

“Orang-orang UMNO dan pemimpin sekali memuji saya dan tidak ada salah saya lagi. Malah ada pemimpin UMNO kata saya ini ‘the best leader’ who has played lofty role in International politics.”

“Biasalah boss” kata saya.

“Tapi, bila pasukkan penyelamat jumpa saya masih hidup dicelah pokok buluh tu, keadaan berubah. Kebetulan semasa itu perhimpunan dan pemilihan UMNO sudah hampir” beliau ketawa.

“Keluar sahaja dari hospital saya mulalah dikritik begitu hebat dan bermacam-macam lagi kerana saya ada cita-cita nak bertanding Naib Presiden UMNO.” dia ketawa dan senyum lebar.

“Jadi anak muda, itulah politik. Saya bangga saya seorang sahaja yang ada pengalaman seperti itu.. Bila dia orang ingat saya dah mati berbakul-bakul pujian. Semasa saya hidup dalam pencen ini jarang-jarang orang teringat kat saya” agak sedih.

“Itu biasa, tapi saya ingat saya akan dapat pujian tak lama lagi, sebab saya dah tua.” katanya lagi, mungkin menyindir.

“Masa tu nanti agaknya ramai yang akan menziarah jenazah saya” perlahan.

Begitulah perasaan seorang pemimpin dalam persaraan yang hampir dilupakan terus oleh masyarakat terutamanya dikalangan pemimpin parti yang beliau sertai begitu lama.

Sebelum dari perjumpaan yang ini saya pernah berjumpa beliau ditempat yang sama.

Pada suatu petang saya terjumpa beliau di Shereton juga dan beliau berada dalam keadaan sihat….hanya beliau berjalan agak perlahan dan bertongkat.

Secara berseloroh beliau berkata kepada saya, “Awak boleh tolong calunkan saya sebagai Ketua Pemuda UMNO tak?” apabila saya tanya tentang kesihatan beliau.

Saya spontan menjawab secara berseloroh, “Alah Tan Sri, berjalan pun dah pakai tongkat, kaki pun dah lemah, takkan nak jadi Ketua Pemuda! Hishamuddin tu muda lagi.”

“I am going to use my head to lead, not with my legs!” katanya sambil ketawa besar.

Begitulah secebis ingatan bersama Allahyarham, yang pemikirannya masih sihat sehingga akhir hayatnya.

Kepada mereke-mereka yang menulis dan membicarakan tentang kewujudan negara Malaysia ini, jika tidak disebut nama Tun Ghazalie Shafie penulisan dan pembicaraan itu pastinya tidak lengkap dan sempurna.

Walaupun upacara pengkebumian beliau tidak dihadziri oleh ramai pembesar-pembesar negara, bagi sesiapa yang tahu dan menghayati perjuangan beliau tetap melihat beliau sebagai seorang pemimpin yang lebih jauh kemampuan berfikir dari ramai pemimpin-pemimpin sekarang.

Beliau mengakhiri hidup beliau tanpa harta benda dan mahligai besar tetapi perjuangan beliau bersama-sama pemimpin terdahulu telah memberikan kemudahan bagi pemimpin hari ini bersemayam dalam mahligai-mahligai yang indah-indah.

Kepada ahli-ahli keluarga dan sahabat handai beliau, terimalah pemergian beliau dengan iringan doa, agar rohnya ditempatkan bersama roh-roh aulia dan para ambia.

Yang hidup wajib menemui kematian. Hanya kita tidak tahu bila roh kita akan diambil pulang oleh Allah swt keArash. Entah esok entahkan lusa,..kita tidak tahu lagi.


Sekian………………………………………………….Terima Kasih

5 comments:

Anonymous said...

'King Ghaz' nama diberi kepada pemimpin ini. Pemergian beliau meninggalkan berbagai dan bermacam peristiwa yang pahit dan manis.
Saya hanya mampu mendoakan roh beliau mendapat tempat dijannah.

Amir Mohd Daud'
University Malaya

Anonymous said...

King Ghaz nama yg sangat dihormati diperingkat antarabangsa semasa beliau bertugas.

He only knew is function as a political and government leader.

He didn't take 'kick backs' like the current leaders Aspan.


ex diplomat

Anonymous said...

semasa berkuasa pemimpin dianggap seperti gula...semut-semut ramai yg datang.

bila dah berhenti mereka dianggap seperti benda yg toxic...orang akan menjauhinya.

Betul kata King Ghaz.

Najib dan pasangan menjadi idaman semua opotunis, tetapi beliau akan mengalami kesunyian semasa pencen nanti jika tidak berlaku adil.

Yang berjasa seperti King Ghaz pun dilupai org apa lagi bagi orang yg tidak ada kesempurnaan kepimpinannya.

anakpahang

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

I am fascinated that I have found this blog and the writer is very nostalgic about past glories of past leaders; in this case Tun Ghazalie.
Let us own the fact that we are in the process of soul searching and let us also be realistic that the only living soul who can make structural changes is TRazaleigh.
With due respect to the current reigning leaders they are all dis qualifiers.
Being working with TR for almost 10 yrs, I extend my greatest regards to him for the contribution to the country like I what I have extended to King Ghaz.
Be serious and focus for the sake of the nation.

Dato SSS