26 February 2010

UMNO/BN: Tercari-cari ubat Mujarab

Gelombang perubahan pemikiran dan kemahuan rakyat nampaknya semakin meningkat dan kita masih belum berupaya untuk menyaingi perubahan yang berkembang pesat ini.

Pemimpin dan kerajaan telah melakukan bermacam-macam usaha untuk memberikan jawapan kepada masalah-masalah yang kita hadapi namun desakan untuk perubahan kian hari kian mengembang dengan ketaranya.

Dalam pada pimpinan mengumumkan bermacam-macam tindakan untuk menyenangkan hati dan pemikiran rakyat, pemimpin kita juga melakukan perkara-perkara yang tidak disenangi ramai.

Kontroversi di kalangan rakyat tentang isu royalti minyak misalnya, telah menghakis segala usaha untuk meraih penerimaan dan sokongan rakyat.

PM baru sahaja mengummkan kepada rakyat bahawa Malaysia akhirnya telah keluar daripada kemelut ekonomi dan pertumbuhan ekonomi kita telah meningkat dengan kadar yang di luar jangkaan.

Jika benar pun ianya hanyalah di peringkat makro sahaja tetapi rakyat masih menghadapi kesukaran yang tidak kunjung selesai dan mereka belum lagi merasakan perubahan positif kerana di peringkat mikronya pertumbuhan ini belum lagi berlaku.

Isu yang sudah lama menghantui kita semua masih tidak nampak perubahannya dan kerajaan masih terkapai-kapai dalam usaha memenangi keadaan ini.

Setakat ini kita hanya mengharapkan pergolakan yang sedikit berlaku di dalam Pakatan Rakyat (PR) sebagai petunjuk bagi BN untuk kembali mendapatkan sokongan rakyat terutamanya di kalangan pengundi bukan Melayu.

Masalah peribadi Anwar Ibrahim menjadi ukuran kepada UMNO untuk mendapatkan kembali rakyat yang telah meninggalkan kita bukan dan belum tentu boleh menambah keyakinan rakyat terhadap kita.

Mengharapkan kelemahan orang lain untuk menambah kekuatan kita merupakan kepercayaan yang membimbangkan, kerana sebagai pentadbir yang diamanahkan rakyat kelemahan dan kekuatan kita sendiri adalah ukuran yang paling penting untuk mendapatkan sokongan yang berkekalan.

Jika ada pun aliran sokongan akan kembali kepada kita kerana kelemahan pihak lawan ianya tidak akan kekal dan akhirnya rakyat akan tetap memandang daripada sudut kemampuan kita untuk mentadbir dengan baik dan jujur.

Memberikan segala-segalanya kepada bukan Melayu di samping mengecilkan apa yang telah dipersetujui untuk orang Melayu bukanlah cara yang betul untuk mendapatkan kembali sokongan bukan Melayu kepada UMNO dan BN.

Malahan ianya menghakis sokongan orang Melayu terhadap kepimpinan parti yang memerintah kerajaan pusat kini.

Akhirnya yang dikejar tidak dapat, yang dikendung pula berciciran.

Kita masih tidak mampu untuk memahami apa sebenarnya masalah yang kita semua hadapi.

Itulah sebabnya kiat ibarat memberi preskripsi atau ubat yang salah kepada penyakit yang salah.

Rakyat berbilang kaum masih ingin melihat bahawa ketelusan kerajaan mentadbir negara itu adalah di peringkat yang memuaskan.

Pihak berkuasa dan agensi penguatkuasa kerajaan masih memilih bulu dalam memerangi rasuah misalnya. Nik Aziz sedang diusahakan untuk disabitkan dengan kesalahan itu dengan sedaya-upayanya.

Tetapi kita masih ingin mengulangi pertanyaan; apa jadi kepada 18 kes yang berprofil tinggi yang diumumkan oleh salah seorang ahli Kabinet kita beberapa tahun dahulu?

Kenapa ada insulasi yang kuat terhadap mereka-mereka yang terlibat dengn kes berprofil tinggi ini?

Jika ini masih tidak diselesaikankan bagaimana rakyat hendak diyakinkan bahawa pihak berkuasa tidak memilih bulu dalam isu rasuah sebagaimana yang dijanjikan itu?

Rakyat tidak boleh dipersalahkan untuk bertanya tentang isu ini kerana wang yang besar yang deselewengkan itu adalah wang cukai yang dikutip oleh kerajaan dari mereka dan anak serta cucu mereka.

Kalau benar pimpinan kita hendak memberikan kesejahteraan kepada rakyat maka isu seperti ini mesti diselesaikan secepat yang mungkin.

Jika rakyat sudah tahu siapa yang menyelewengkan wang mereka barulah mereka merasakan kesejateraan kerana kerajaan ikhlas dan bercakap benar dan telah melakukan apa yang dijanjikan.

Masalahnya kita selalu berfikir mendapatkan hasil dan pendapatan yang baik untuk keluarga sudah mencukupi untuk dijadikan kayu pengukur tentang kesejahteraan tadi.

Kalupun rakyat sudah mendapatkan peningkatan pendapatan tidak semestinya mereka hidup dalam kesejahteraan jika mereka masih melihat sikap pilih bulu pemimpin dalam menangani kes-kes rasuah.

Mereka akan lebih takut jika penginiayaan ini akan dilakukan keatas anak-anak dan cucu-cucu mereka pada masa yang akan datang.

Kegusaran rakyat ini ditambah pula dengan ketidak yakinan kepada system perundangan yang belum selesai untuk keturunan mereka mendapatkan penghakiman yang adil dan saksama.

Kerajaan boleh mengumumkan apa-apa sekali pun tetapi jika isu penyelewenagan dan rasuah tidak dapat dibendung maka segala pengumuman itu tidak membawa apa-apa faedah kerana sudah terpahat dalam pemikiran mereka yang rasuah akan menggagalkan apa-apa juga usaha murni kerajaan itu.

Rakyat sudah jemu kerana mereka sentiasa menjadi tebusan (taken at ransom) kepada rasuah yang begitu bermaharajalela seolah-olah rasuah dan kerajaan itu adalah 2 istilah yang sinonim.

Jika tidak sanggup membayar rasuah maka tiada peluang untuk mendapatkan apa-apa peluang dari kerajaan.

Isu Setiausaha Politik kepada Nor Mohammad Yaacob yang ditangkap oleh SPRM dengan wang tunai 2 juta ringgit di Pulau Pinang baru-baru ini memaksa rakyat untuk mengikuti perkembangan ini dengan serius dan menunggu samada Menterinya dipertanggungjawabkan atau pun tidak.

Jika tidak maka ianya sudah pasti menambah beban bagi UMNO dan BN untuk mendapatkan keyakinan rakyat dan akhirnya nanti sudah pasti parti pembangkang dan rakyat pula dipersalahkan kerana menolak pakatan parti-parti dalam komponen BN.

Ramai orang merasa hairan kenapa kita tidak mahu menerima hakikat yang rasuah itu adalah musuh numbor 1 kepada dunia dan umat; lebih hina daripada pesalah liwat.

Kalaulah kita mahu menerima apa yang dikatakan oleh agama kita yang melakukan rasuah itu adalah seperti kita memakan daging saudara kita sendiri, saya yakin rasuah akan mampu dibenteras.

Jika tidak ada will yang kuat daripada pimpinan maka BN yang sudah hampir punah ranah ini akan menerima nasib yang Tuahan sahaja yang tahu pada masa depan.


Sekian…………………………………………Aspan Alias

7 comments:

bob ibrahim said...

aspan, you know how to solve it?

This is the answer:

UMNO should be canalized and reconstructed by another person outside the mainstream of leadership lineup

OR get another Malay party set up.

Thnx

ibrahim koyan said...

bob ibrahim,

you mean we go for a third force? I am agreeable.

send these narrow minded leaders into retirement.

they are just nuts and it's not easy to crack these nuts.

kelly said...

The effort to combat corruption can only be executed by clean and dignified leaders.

How could you expect for Najib to do it?

It is next to impossible bro.

Don't have that expectation at all and just let him bring the nation to dismay.

Anonymous said...

Hei Aspan, Najib is doing well. Malaysia, he said is out of the problem now.

We are better than myanmar you know?

We are going to be at the same level of Mongolia and laos in term of FDI.

Success isn't it?

Ryzal72 said...

Assaamualaikum,
Tn.Aspan, lupakah tuan akan pelancaran UMNO Juara tempohari hehehehhe!. Kan diwarwarkan UMNO nak menjuarai SEGALANYA akan hal yg berkaitan rakyat...katanyalah! Sebab itulah dalam kes YBK pun terkial2 UMNO nak menyelesaikannya.

Btw..sy fikir si ahmad maslan pemotong getah di Manik Urai yg dah bersara tu, cukup2lah membuat agenda2 yg bunyinya hanya sedap di mulut sahaja seperti UMNO JUARA...tapi bila tanya khalayak UMNO sendri apa yg juaranya semuanya sengih2....tak tahulea tu maknyanya.

So PRU ke 13 mcm....motong getah lagi ke!

bat8 said...

Tuan,

saya hanya ingin mencelah mengenai siasatan SPRM terhadap TGNA. Jika strategi UMNO bagi menghadapi PRU13 dengan memasukkan kedalam lokap DSAI dan TGNA - rasanya akan memakan diri sendiri.

DSAI lebih berbahaya sekiranya berada di penjara sungai buluh atau kajang. As for TGNA, any attempt to discredit him via SPRM is suicidal for UMNO Kelantan.

Jika ini berlaku, kekalahan tahun 1990 akan berulang lagi, dimana peringkat DUN UMNO tewas semua kerusi. Peringkat parlimen, hanya Tg Razaleigh je menang.

Ia juga akan memberi kesan kepada keputusan di Terengganu. Undi simpati kepada TGNA dikalangan rakyat terengganu mungkin akan melihat TGHH & geng kembali memerintah.

Bayangkan huruhara yang bakal terjadi jika PAS menang pru13. Apa kerjaan pusat( Jika BN masih membentuk kerajaan persekutuan) akan buat dengan bayaran royalti minyak yang disambung semula sejak tahun lalu?

jangan sekali-kali underestimate kesan undi simpati kepada TGNA dikalangan pengundi-pengundi bukan melayu di negeri-negeri pantai barat seperti perak, selangor dll.


bat8

Anonymous said...

Salam hurmat Sdr Aspan,

Harapan sdr untuk melihat perubahan kepada satu keadaan yg positif dan baik,khususnya dalam amalan rasuah,kronisma,penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa di dalam parti UMNO/BN dan Kerajaan adalah merupakan satu impian yg murni dan amat indah bagaikan mimpi disiang hari.Sebenarnya itulah juga harapan dan impian kebanyakan orang orang lama yg pernah terlibat dalam perjuangan parti UMNO yg berasakan kepada sentimen yg benar benar cintakan kepada bangsa,agama dan negara yg merdeka dan berdaulat.
Melihat kepada keadaan hari ini, dimana nilai dan gaya hidup serta budaya masyarakat hari ini,khususnya ahli-ahli UMNO telah jauh berubah kepada satu keadaan yg amat terasing daripada yg pernah kita miliki dahulu.Perubahan nilai dan budaya ini sekali gus merubah minda dan sikap mereka yg menjurus kepada perlakuan dan amalan negatif yg kita lihat berleluasa sekarang.

Untuk mengubah minda,sikap dan budaya sesuatu kaum atau masyarakat, ianya memerlukan gerakan yg dinamik dan radikal,seakan gerakan revolusi yg memerlukan pemimpin yg betul betul berwibawa,nekad dan jujor terhadap perjuangan,berani, tegas dan bijak dalam mengatur strategi dan penggunaan segala sumber yg ada.Disamping itu,ianya juga memerlukan satu jangkamasa yg tertentu untuk melihat hasil perubahan yg diharapkan itu.

Buat masa ini ,bagi saya,kita tidak menpunyai pemimpin yg mempunyai keupayaan dan keazaman untuk membawa dan melaksanakan perubahan itu.Justeru itu,kita perlu menerima realiti dan tanpa putus asa, buat lah apa yg termampu bagi kita dalam usaha untuk kebaikan kita dan generasi akan datang.

Secara teori,saya bersetuju dengan saranan bob ibrahim.Tapi untuk melaksananya ianya tidak semudah seperti yg dicakapkan itu.Tukar pemandu dan tukar penumpang mungkin senang tetapi, mungkin pemandu dan penumpang yg baru ini,pada mulanya elok dan baik,tetapi kemudiannya akan bertindak lebih ganas dan rakus.Akhirnya, bala dan bencana yg akan menimpa negara kita.

Askar Tua