03 July 2010

Alkisahnya FELDA - Preamble

Akhir-akhir ini kita dipaparkan dengan usaha setengah pihak untuk menjadikan isu Felda yang dikatakan bangkrap oleh Suara Keadilan, akhbar resmi PKR

Pihak itu sedang berusaha untuk menyaman pihak Suara Keadilan kerana telah dikatakan menerbitkan berita yang berunsur fitnah terhadap agensi terbesar kerajaan itu.

Jumlah saman yang dihadapi oleh Suara Keadilan itu ialah sebanyak RM200 juta dan itu merupakan saman yang agak besar.

Saya tidak mahu terlibat dengan isu saman menyaman ini tetapi saya lebih berminat untuk menulis bagi melihat dari segi pengendalian peneroka dilakukan dengan adil dan samada FELDA melakukan perkara yang betul berlandaskan kepada asas penubuhan badan ini sejak 50 tahun dahulu.

FELDA yang telah ditubuhkan pada akhir tahun lima puluhan dahulu adalah salah satu usaha kerajaan untuk menusun semula masyarakat dengan membantu orang-orang melayu yang tidak bertanah untuk memilikki tanah.

Apabila kita mencapai kemerdekaan orang-orang Melayu begitu dhaif kerana dibelenggu kemiskinan dan dengan memberikan 10 ekar tanah kebun getah atau kelapa sawit beserta dengan suku ekar tanah dengan sebiji rumah kecil untuk keluarga peneroka-peneroka membina penhidupan baru agar mereka menjadi rakyat yang berkemampuan untuk hidup bersaing dengan rakyat yang lebih bernasib baik.

Sejak ianya tertubuh maka FELDA telah memindahkan lebih dari 300,00 peneroka dengan keluarga masing-masing kepenempatan baru mereka dan meninggalkan kampong tradisi asal mereka.

Mereka berpindah kepenempatan dan penghidupan yang baru dengan satu hasrat; iaitu untuk meningkatkan taraf hidup mereka dari orang yang di belenggu kemiskinan kepada orang yang mempunyai harta dan menikmati penghidupan yang lebih baik.

Usaha membangunkan tanah-tanah oleh FELDA untuk peneroka-peneroka ini merupakan satu projek yang sangat intim kepada Allahyarham Tun A Razak yang sentiasa memikirkan kebajikkan rakyat yang dipimpin beliau dengan penuh bertanggungjawab.

Sekarang FELDA merupakan satu organisasi yang sangat besar dengan kekayaan yang begitu menyerlah dan FELDA telah berjaya mengumumkan keuntungan yang berbillion jumlahnya.

Perlu diingat FELDA ditubuhkan untuk kepentingan peneroka bukannya untuk menjadikan badan FELDA itu sebagai gergasi dan hanya memberi nikmat kepada kakitangan badan itu semata-mata.

Pada tahun 2008 FELDA telah dikatakan mempunyai rezab tunai sebanyak RM4.08 billion dan ini merupakan kejayaan besar agensi ini.

Semua nya itu merupakan kejayaan agensinya, tetapi yang menjadi persoalannya ialah adakah peneroka-peneroka mendapat kejayaan yang setimpal dengan kejayaan FELDA?

Pihak mana sebenarnya yang berjaya? Adakah FELDA atau peneroka-penerokanya?
Hasrat penubuhan FELDA ialah untuk menjadikan peneroka sebagai masyarakat yang berada dan kaya raya dan bukannya untuk menjadikan FELDA sebagai gergasi.

Kajayaan yang dicapai oleh peneroka itu pada pandangan saya tidak setimpal dengan kejayaan FELDA yang telah meraih keuntungan yang begitu besar diatas penat lelah dan jerih perit para peneroka selama ini.

Banyak ketidak adilan dilakukan keatas peneroka tetapi semuanya itu terlindung oleh kerana pada mata kasar orang ramai FELDA telah menempa kejayaan yang begitu besar. Ibu pejabatnya tersegam indah, pegawai-pegawainya hebat-hebat berkereta besar,pengurus-pengurusnya saling tidak tumpah menerupai ahli korporat besar dengan ceut yang panjang-panjang dan berbagai rupa kenikmatan yang sangat besar.

Kalau kita kaji dengan terperinci banyak perkara-perkara yang sangat mencurigakan didalam FELDA dan jika perkara yang dicurigakan itu benar-benar berlaku maka ianya sudah pasti diatas kerugian dari pihak peneroka-peneroka yang telah membanting tulang empat kerat mereka.

Banyak rungutan yang didengar dan mereka tidak berpuas hati kerana kekayaan yang berbilion yang diraih oleh FELDA itu adalah dari penat lelah peneroka-peneroka.

Mereka tahu FELDA pernah mengumpulkan dana sehingga melebihi RM4 billion tetapi dana tersebut telah susut ketahap yang membimbangkan dan tidak siapa yang tahu kemana perginya jumlah wang yang begitu banyak dibelanjakan.

Beberapa orang diantara ahli jawatankuasa Gabungan Wawasan Generasi FELDA telah menemui saya untuk meluahkan apa yang mereka anggap sebagai penginayaan keatas mereka dalam menguruskan peneroka.

Banayk kerugian yang dialami oleh peneroka kerana FELDA lebih mementingkan kekayaan badan itu sendiri dengan mengorbankan beberapa hak asasi mereka.

Jika saya menjadi peneroka atau pun generasi kedua peneroka saya akan persoalkan kemana hilangnya sebahagian besar dari wang RM4.08 billion itu serta wang CESS yang dipotong dari hasil jualan mereka yang jumlahnya melebihi RM5 billion itu.

Sebagai pemegang amanah kepada peneroka FELDA dan pengurusan serta Ahli Lembaga Pengarahnya mesti tampil untuk memberikan jawapannya.

Kita baru sahaja berhadapan dengan kerugian yang melebihi RM2 billion yang dialami oleh Sime Darby Bhd.

Dimana-mana kita dengar penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pihak-pihak yang diamanahkan rakyat tidak melaksanakan amanah dengan jujur dan telus.

Disana kita dengar rasuah, disini kita dengar penyalahgunaan kuasa disana rugi dan disini rugi. Tidak ada berita yang menyedapkan telinga rakyat yang sudah sedia mendengar banyak lagi masalah yang lalu yang belum diselesaikan.

Dalam kes dan isu FELDA ini, kita akan nampak bagaimana peneroka seolah-olah dipersendakan oleh pihak yang sepatutnya menjadi pemegang amanah kepada mereka.

Saya cuba menulis tentang cerita ini dengan lebih lanjut tentang apa yang berlaku dalam FELDA dalam posting-posting yang akan datang.

Posting kali ini hanyalah merupakan ‘preamble’ kepada isu-isu yang sangat besar yang dihadapi oleh FELDA dan peneroka-penerokanya.

Kita hanya berharap yang tindakkan mahkamah keatas Suara Keadilan itu bukanlah usaha untuk menutupi segala kerja yang tidak adil keatas peneroka kita.

9 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Kalau kita buka laci nak tengok tengok, lazimnya semua tersusun rapi.

Kalau kita nak menyelongkar, pelbagai macam yang kita terjumpa, lain yang dicari lain yang dijumpa.

Kalau kita nak kemas setor, tentulah lebih banyak yang kena buang dari yang akan terus disimpan.

Anonymous said...

kita semua tahu, UMNO bukanlah parti yang mahu memajukan orang melayu, sebaliknya hanya memajukan puak2 dan kroni2 mereka sahaja. Peneroka felda sememangnya tidak mendapat hak mereka sewajarnya, sebaliknya sebahagian besar hak peneroka telah dirampas oleh perbadanan yang di kuasai UMNO untuk menggertak peneroka. Tanpa orang2 melayu, UMNO hanyalah beruk-beruk sahaja. UMNO sama sahaja seperti parti politik lain yang ada didalam malaysia, menangguk di air keruh. Peneroka tak pernah mengambil tindakan menyaman sebaliknya perbadanan yang dikuasai UMNO sahaja yang bertindak untuk melindungi kepentingan peribadi mereka, bukan kepentingan peneroka. Buktinya masa pilihan raya kecil hulu selangor, u help me, i help u oleh pemimpin UMNO, sebenarnya dia hanya memulangkan sebahagian kecil hak peneroka. Tak pernah terlintas dan tak perlu terlintas difikiran, UMNO menolong peneroka atau orang melayu. Momokan bahawa peneroka mendapat subsidi hanyalah retorik lapuk. Peneroka sebenarnya terlebih membayar hutang kepada perbadanan yang dikuasai UMNO. Sebenarnya UMNO melalui perbadanan yang berhutang kepada peneroka. Sasaran tun abdul razak memang telah lama tercapai, cuma usaha murni beliau diputar belit oleh pemimpin UMNO dari zaman Mahathir sehingga sekarang, untuk kepentingan kroni2 politik.

Non-partisan said...

Sdr Aspan,

Tk kerana mula menyelongkar tentang apa sebenarnya yang berlaku di Felda.

Ramai bapa-bapa saudara menjadi peneroka-peneroka generasi pertama beberapa rancangan Felda di Negeri Sembilan.

Mereka telah meninggal dunia dan tempatnya diambil-alih oleh anak-anak mereka yg merupakan generasi kedua.

Sebagaimana lazimnya bila tiba Hari Raya Aidilfitri mereka akan balek ke kampung asal untuk menziarah kaum keluarga. Atau untuk menghadiri majlis perkahwinan pada hari-hari tertentu.

Mereka akan bercerita realiti kehidupan di rancangan tanah tersebut. Ada yang mencapai kejayaan. Ini tidak boleh dinafikan.

Tetapi pada hakikatnya, rata-rata keadaan kehidupan mereka kini yang banyak menyumbang kepada keuntungan besar kepada Felda adalah indah khabar dari rupa.

Mereka terpaksa membuat kerja sampingan untuk menambah pendapatan.

Jadi saya tidak heran apabila Felda diheret ke mahkamah tidak beberapa dahulu dan dikenakan bayaran saman yang besar.

Tunjuk-tunjuk perasaan oleh peneroka-peneroka Felda beberapa hari kebelakangan ini, pada saya adalah 'stage-managed'.

Ia bukan didorong kesedaran tinggi, kemarahan yang meruap-ruap, kebencian yang membara terhadap PKR atau mereka yang memburuk-burukkan Felda.

Perhatikan 'body-language' dan air muka mereka. Mereka ketawa riang atau sekurang-kurangnya tersenyum lebar dari telinga ke telinga. Mungkin ada sesesuatu mesej yg hendak disampaikan disebalek ketawa dan senyum mereka.

Terakhir Felda akan membayar dividen sebanyak 14%. Ada yang tersurat dan tersirat.

vinnan said...

'Sasaran tun abdul razak memang telah lama tercapai, cuma usaha murni beliau diputar belit oleh pemimpin UMNO dari zaman Mahathir sehingga sekarang, untuk kepentingan kroni2 politik.'

Samalah macam sasaran DEB, sudah capai tapi mati-mati mahu diteruskan juga. Bila orang bukan Melayu protes mereka dianggap, sebagai pelacurlah, pengemislah, ektremis kaum dan sebagainya.

Kalau orang bukan Melayu tiada hak protes terhadap ketidakadilan DEB Melayu macam awak ini bising buat apa? Kan UMNO masih berkuasa.

Anonymous said...

Saya gembira kerana ada pihak seperti sdr yg cuba untuk memberikan gambaran sebenar yg tidak pernaha diketahui umum yg berlaku dalam Felda. Sebegai generasi kedua Fekda saya gusar melihat Felda melakukan perkara yg sangat mengcilkan hati kami semata-mata untuk memberikan kekayaan kepada Felda shja.
Keringat kami basah dan kering untuk menyara hidup tetapi kekayaan yang diperolihi Felda tidak sampai kepada peneroka seperti bapa saya.
Encik Aspan, jika ada kebenaran perjuangan sdr, tulislah segala-galanya untuk umum mengetahuinya.
Sekian shaja.

anak peneroka jengka.

schenker78 said...

sekurang2nya, rakyat dapat RM12 sebulan rebate air percuma dari kerajaan negeri selangor dan RM100 setahun untuk warga emas Pulau Pinang.

BN bagi apa?? gula2 masa by election atau duit kopi masa GE sahaja.....

Kalau Pakatan Rakyat jadi kerajaan pusat, Akta ISA, Akta Zalim, Akta Firaun semua akan dimansuhkan. Semua tender adalah terbuka dan projek ikut bajet dan harga kompetetif.

Saudara Aspan dan rakan2 pembaca blog ini dan keluarga, tolong undi Pakatan untuk mengajar BN masa GE13.

Biar BN berubah selepas dijatuhkan dan pemimpin dan peniaga kroni yang berkulat dan busuk haprak masuk penjara Sg. Buluh.

Red Alfa said...

Salam Saudara Aspan

Tidak ada di mana-mana negara yang mengamalkan Free Press melainkan di Malaysia ini dimana Free Press perlu dilesenkan rakyatnya jadi macam kita yang sangat-sangat mengharapkan ada individu seperti Saudara yang perlu memberanikan diri untuk menceritakan perkara dan peristiwa yang sebenar berlaku di FELDA.

Bukankah yang sepatutnya dan sememangnya hak kita untuk mendapat maklumat yang benar dan objektiv?

Ini semua adalah Kerajaan sengaja menyalahgunakan OSA, ISA dan PA terutama sekali dalam hal melesenkan surat khabar dan senang menggunakan Radio-TV mengikut kehendak dan selera kepimpinan yang serbakorup.

Selagi tidak ada Free Press dan Media, kita akan terus dijajah fikiran dan dizalimi dengan hak-hak kita dicuri tanpa diketahui umum.

Selagi maklumat terus dikuasai, selagi itulah Peneroka FELDA adalah sekaligus mangsa dhaif juga penyokong kuat kerakusan yang sedang berluasa di FELDA.

Anonymous said...

Saya tengok Demonstrasi baru2 ini demonstrasi yang bodoh kerana ada pehak yang nak bantu bongkar kelemahan pengurusan FELDA utk kebaikan Peneroka ada pula peneroka yang marah kerana diupah untuk marah agaknya......

Anonymous said...

Salam bro Aspan..

Dari segi perbandingan peneroka felda lebeh beruntung dari org kg biasa.

Bila Felda Technoplant ambil aleh kerja penjagaan ladang , ramai peneroka tak tahu nak buat apa .

Barangkali apa yg perlu dikaji dan dicari jalan penyelesaian ialah ..reform ekonomi desa yag terlalu bergantung kpd pertanian..agar ..peneroka ada kerja sampingan utk tambah rezeki...nak kata felda is a failure ...jelas kita emosi ...banyak kejayaan felda ..dan banyak juga yg perlu dilakukan lagi ..demi peneroka melayu..