Sekarang ini setiap pihak samada bangsa, kesatuan dan individu pemimpin wajar berkorban untuk mencari penyelesaian kapada semua kemelut politik yang kita semua hadapi.
Sejak merdeka lagi negara dipimpin oleh PERIKATAN yang kemudiannya menjadi BN, satu gabungan parti-parti didalam PERIKATAN dengan parti-parti pembangkang, seperti GERAKKAN disemenanjung dan parti-parti yang besar di Sabah dan Sarawak selepas insiden berdarah pada 13 May 1969.
Mungkin oleh kerana keperitan yang dirasai dan dialami oleh rakyat berbilang kaum semasa kejadian 13 Mei 69 itu, rakyat bersedia untuk bersatu serta hormat menghormati diantara satu kaum dan kaum yang lain dan masing-masing menerima segala yang dirancang oleh pemimpim yang memerintah khususnya Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Sekarang ini sifat berkorban sudah tiada lagi. Sesiapa yang sudah dapat kuasa tidak sanggup berkorban kerana kuasa itu adalah ‘ultimate’ bagi mereka.
Kalau parti dan kerajaan menjadi lemah dan berpecah, itu tidak menjadi hal kepada mereka kerana mereka bukannya hendak melihat parti dan negara itu kembali kukuh, tetapi yang lebih sekali ialah kepentingan mereka sendiri.
Didalam kemelut yang tidak ada hentinya ini saya yakin pengorbanan pemimpin adalah faktor terpenting untuk penyelesaiannya. Apabila kemelut yang berlaku berkait dengan kelemahan dan kesalahan politik, moral dan jenayah pemimpin maka pemimpin yang terlibat mestilah mengambil giliran untuk bersara.
Jika kita menjadi isu yang menyebabkan kekalutan itu maka kita wajar berhenti dan mengambil tempat diluar kepimpinan parti dan kerajaan.
Jika kita masih kekal bergayut kepada jawatan yang kita anggap baik kepada kita tanpa memikirkan samada ia baik untuk rakyat pimpinannya maka yang akan timbul secara natural ialah kerosakkan kepada negara.
Dengan meletakkan jawatan maka kita akan dapat membuktikan kepada ramai yang kita benar-benar bekerja untuk rakyat dan apabila kita melakukan kesalahan yang sengaja seperti rasuah dan jenayah yang lain maka kita wajar berhenti apabila sudah diketahui oleh rakyat.
Politik itu adalah ‘game of perception’ dan jika rakyat sudah ramai yang menjadikan diri kita sebagai isu besar kepada kekalutan itu maka moralnya kita mestilah berhenti.
Disinilah letaknya moral demokrasi itu, bukannya bertahan kerana mendapat undi yang lebih kerana menggunakan kuasa yang mampu menekan dan memaksa orang memberikan sokongan dan undi kepada kita.
Dinegara kita ada contoh-contoh pengorbananyang boleh kita teladani. Tunku A Rahman meletakkan jawatan kerana beliau dikaitkan dengan isu yang boleh memecahkan perpaduan negara.
Dinegara lain banyak contoh-contoh lain tetapi biarlah kita ambil contoh yang ada disekeliling kita sahaja.
Tun Husein mengumumkan perletakkan jawatan dari awal lagi apabila beliau merasakan bahawa sudah ada tanda-tanda yang perpecahan mungkin berlaku apabila beliau berdepan dengan isu Dato Harun Idris ketua pemuda UMNO semasa itu.
Pihak yang tidak berpuas hati dengan cara pengendalian isu Harun itu maka kumpulan ini telah mencalunkan Hj Sulaiman Palestin untik bertanding jawatan Presiden menentang Tun Husien dan Sulaiman Palestin hanya berjaya mendapat 125 undi sahaja.
Kemenagan Tun Husein merupakan kemenangan mutlak tetapi oleh kerana beliau merasakan yang ahli UMNO tidak ‘solid’ dibelakangnya maka beliau mengumumkan tidak mempertahankan jawatannya sebagai Presiden dalam perhimpunan agung 1981.
Tunku dan Husein Onn boleh terus bertahan dengan jawatannya jika beliau mahu, tetapi beliau telah mengambil moral demokrasi itu sebagai ‘ultimate’ maka mereka meletakkan jawatan.
Mengorbankan apa yang ada itulah resepi yang menyebabkan parti dan negara kita aman damai. Tetapi sifat berkorban itu sudah tidak ada kagi didalam naluri pimpinan pada hari ini.
Hasilnya kemelut yang berlaku itu tidak berpanjangan dan merosakkan sistem pentadbiran negara dan parti.Walaupun mereka sudah tidak memegang jawatan itu lagi tetapi mereka berasa lega kerana mereka tahu mereka memberikan sumbangan kepada perpaduan rakyat denga bersara dan duduk dibawah.
Justru itu mereka memberikan sumbangan besar dengan bersara kerana mereka ingin melihat parti dan negara dalam damai dan sentosa. Mereka mengambil pengorbanan mereka sebagai sumbangan bukan ssebagai kerugian kepada mereka.
Jika Najib yang berjanji untuk sentiasa memberikan sumbangan kepada rakyat dan negara maka sekarang sudah sampai masanya bagi beliau memberikan sumbangan dalam memperbaikki keadaan kemelut hari ini.
Najib patut bersara bersama-sama Muhyiddin dan ramai yang lain dan menyerahkan kepada ahli-ahli UMNO untuk menentukan siapa yang mereka mahukan untuk memimpin.
Kalau kita tidak mampu untuk menyumbang dengan dengan jawatan dan tugasan yang ada, maka yang paling baik beliau untuk terus menyumbang kepada negara ialah dengan bersara sahaja daripada bertahan dengan jawatannya yang boleh menjauhkan parti dari rakyat dan membawa kerosakkan kepada pentadbiran negara.
Jika dengan kehaziran kita itu membuatkan rakyat menolak parti kita dalam pilihanraya maka parti kita akan kalah dan mampukah kita mengambil ‘accountability’ diatas kekalahan itu?
Kalau parti kita kalah apa gunanya menjadi Presiden, Timbalan Presiden atau Ketua Pemuda?
Jangan jadi pelepah kelapa yang mati terkulai dicelah-celah mayang kelapa tetapi tidak juga turun sehingga angin yang kuat melucutkannya dari pokok kelapa itu dan jatuh melayang kebumi.
Kita ingat ini; Dalam perlumbaan 100 meter misalnya bagaimana kita bermula kurang penting, yang penting kita sampai ketali penamat dengan waktu yang baik.
Hidup dalam dunia ini, segala apa yang kita lakukan ialah untuk kita disukai dan dihormati setidak-tidaknya oleh masyarakat dikeriah semasa usia tua kita. Bagi kehidupan kita ini, sepanjang mana pun usia dan umur kita, yang penting sekali ialah diakhir kalam; kita mati dalam kalimah.
Kita mesti mengotakan janji untuk berkorban. Jangan hanya berretorik yang tidak mampu dilaksanakan. Rakyat tahu untuk menilai mana yang baik untuk mereka.
Kepada pemimpin tertinggi kita, berkorbanlah untuk rakyat. Janganlah rakyat teraba-raba dengan kekeliruan.
8 comments:
Takkan Najib nak berhenti. Nak mampus?
joyce
Kurang logik untuk minta Najib dan Muhyiddin serta para kabinet yang ada untuk letak jawatan sedangkan mereka baru sahaja 'bermula' malah masih meletakkan harapan yang tinggi untuk terus berkuasa, menang dan terus lebih berkuasa.
Masign2 masih menyimpan kuku dan belang, ramai yang masih alim2 kucing dan terlalu ramai mahu menonjolkan bakat terpendam dan daya ampu yang baik semata mata mengidam posisi Menteri Besar atau yang lebih baik lagi dari kedudukan sekarang dengan harapan negeri2 yang terlepas kepada pembangkang dapat dirampas semula atau MB yang dah lama, nyanyuk dan tidak produktif ditukarkan dengan mereka.
Kalau benarpun Najib mahu melepaskan jawatan atas jiwa dan kesuciannya kepada rakyat apakah Rosmah juga sanggup berbuat demikian.
Itu yang buat jadi payah !
Salam Saudara Aspan
Selepas saudara katakan Tunku dan Hussein Onn adalah pemimpin UMNO yang begitu beretika, siapa dari kalangan kepimpinan UMNO dewasa ini sedar untuk membawa tradisi yang begitu yunik pada UMNO ini?
Sekiranya langsung tiada akan berkemungkinan, di situlah tertunjuk sekian lama beramanah itu sudah tiada pada kepimpinan. Juga tiada pada mereka yang sekarang ini mengkejarkan untuk berkuasa baik di peringkat bahagian juga di peringkat cawangan.
Sungguh sedih, itu adalah realiti!
JEPUN DAH BERAPA KALI TUKAR PERDANA MENTERI... NEGARANYA MAJU.. WALAUPUN TAHUN 40AN NEGARANYA PADANG JARAK PADANG TEKUKUR.....
Rosmah tak akan beri Najib berhenti. nanti kena penampar kiri kanan. Najib memang takut dengan bini dia. Muka Queen Control. najib masa ucapan memang garang, tapi depan isteri no 2. macam Mickey Mouse.
Mungkin dia menyesal kahwin perempuan ini. memang xde kelas langsung. Susah nak berpoya2 jugak macam masa muda dulu najib ni.
Sdr Aspan,
Most of the reasons you stated fit the followings,
1. DSAI
2. TGNA
3. TSKI [MB SGOR]
Why dont you suggest for them to BERKORBAN?
Aspan,
Betul ke pemimpin dulu berkorban? Tak terlintas ke di fikiran bagaimana mereka 'mengorbankan' demi kepentingan sendiri sehingga pada hari ini kita melihat anak cucu mereka mengambil alih apa yg mereka perjaungkan? Lihat saja hairarki dlm sistem feudal yang mereka garapkan selain nepostime hingga dpt menghimpun jutaan utk pewaris kemudian hari.
Itu bukan korban namanya...
Anon 20 July 12.49
Betul cakap saudara itu.
Tunku overstayed his welcome.
So was Dr Mahathir, though I feel he's the best PM we ever had.
Tun Razak, oleh sebab dipanggil Allah, tidak lama menduduki kuasa.
Tun Abdullah, oleh kerana desakan, terpaksa melepaskannya.
Semua mereka sukar melepaskan jawatan.
Dahlah tu, meninggalkan baka mewarisi negara.
Najib pun tengah mneggilap anak bongsu dari isteri kedua, Rosmah.
Schenker78
Saya setuju Rosmah dah terlalu over.
Najib beri ucapan 15 minit. Dia bercakap 40minit. Dahlah tu tiba awal dairpada Najib dan mendahului Najib dalam meneima hormat semasa lawatan ke Sabah baru-baru ini.
Dah tergelincir dan jatuh selepas berucap, tak juga insaf.
Berucap lagi semalam.
Tidak sah kalau tak buka TV, tak ada dia berucap.
Tak sedar diri dia isteri nombor dua. Not a First lady in every sense of the word.
Ucis
Anwar dan kuncu-kuncunya juga mesti berkorban dan melepas jawatan politik masing-masing.
Anwar lagi teruk nepotismnya. Ada bini dan ada puteri untuk meneruskan perjuangan (apa ya?) selepas masuk jail nanti.
Dia telah hilang kredibilit selepas segala impiannya ke Putra Jaya lenyap begitu saja.
Post a Comment