16 July 2010

Pasir sudah menjadi emas

Isu kecurian pasir hangat dibincangkan oleh orang ramai setelah media massa perdana memaparkan dengan konsisten akhir-akhir ini. Pasir adalah merupakan satu item yang sangat mahal pada waktu ini dan menjadi bahan rebutan di kalangan ahli-ahli perniagaan dan ahli-ahli politik untuk mengaut keuntungan.

Sebagaimana biasa isu pasir ini hanyalah menjadi perkara yang hangat dipaparkan oleh media massa bagi negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Yang terbaru semalam isu ini hanya disiarkan secara meluas di Selangor dan di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Perniagaan Pasir berkait rapat dengan kuasa politik dan ianya seolah-oleh perniagaan ala cartel. Kalau dahulunya isu panas adalah isu balak yang selalunya berkait rapat dengan Menteri Besar dan banyak pemimpin telah jatuh dan naik kerana balak ini.

Kompartmen balak selalunya diperolehi oleh mereka yang rapat dengan Menteri Besar kerana Menteri Besarlah yang berkuasa untuk memberikan konsessi-konsessi ini kepada sesiapa yang beliau kehendaki. Malah di NS pasir ini dengarnya dikuasai oleh keluarga MBnya sendiri. Elok juga kalau media massa perdana intai-intai apa yang berlaku di sana.

Selalunya hanya pemimpin-pemimpin UMNO di Bahagaian sahaja yang mendapat konsessi ini dan di belakang mereka sudah sedia taukeh-taukeh besar yang akhirnya membeli kayu-kayu yang dikeluarkan dari kompartmen-kompartmen yang diberikan kepada kroni-kroni mereka.

Setelah balak hampir pupus, pasir pula menjadi rebutan. Pasir ibarat jongkong-jongkong emas sekarang ini. Di mana-mana sekarang taukeh-taukeh bertanya, “Lu ada jalan dengan MB ke?” Orang politik pula jawab “Ada”. Setelah itu taukeh-taukeh ini akan berbincang hal bisnes pasir ini di Coffee House hotel 5 bintang.

Di hotel 5 bintang pula, jika kita terjumpa seorang Melayu (UMNO) bersongkok dan berbaju batik, duduk bersama-sama taukeh-taukeh Cina, saya agak pasti mereka sedang berbincang satu di antara 2 perkara; Balak atau pasir.

Kadangkala kita lihat mereka menandatangani surat-surat perjanjian di Coffee House sahaja sambil makan makanan yang enak-enak yang dibelanja oleh Ah Chong atau Lau. Yang bersongkok dan berbaju batik tadi senyum-senyum kerana dia sudah dapat pendahuluan daripada keseluruhan kamsen yang ditandatangani tadi.

Tetapi media massa hanya memberikan tumpuan kepada negeri-negeri yang dikuasai oleh PR sahaja. Tetapi tidak pula memberikan ulasan tentang isu ini di negeri-negeri lain.

Kenapa tidak diperbesarkan isu ini di NS yang tidak kurang hebatnya? Di NS isu pasir juga hebat diperkatakan di kedai-kedai kopi dan rata-rata pasir di NS dikuasai oleh keluarga pemimpin besar negeri itu.

Di Pahang isu pasir juga menjadi isu hangat dan media memberikan exception kepada negeri-negeri yang kita kuasai.

Yang lebih jenaka lagi ada bekas MB yang tidak lagi berkuasa setelah kalah dalam pilihanraya telah pergi menunjukkan kepada penguasa lokasi-lokasi pencurian pasir sedangkan semasa beliau menjadi MB kegiatan ini berlaku lebih hebat lagi.

Jadi isu pasir ini sudah menjadi ‘item’ politik dan ramai merasakan yang pilihanraya sudah hampit tiba.

Itulah sebabnya isu pasir ini menjadi bahan untuk dipolitikkan. Khalid Ibrahim menjadi sasaran pihak tertentu untuk memberikan persepsi buruk terhadap beliau. Tetapi kenapa tidak sebut tentang pasir di NS, Johor dan lain-lain? Tapi itulah politik di negera kita.

Pihak yang memerintah sehingga hari ini tidak berdaya untuk membawa kes-kes rasuah yang berprofil tinggi ke muka pengadilan kerana ianya melibatkan mereka yang ada kuasa dan dilindungi oleh mereka.

Kes seorang setiausaha politik Menteri Kanan yang diberkas dengan jutaan wang rasuah sehingga ke hari ini tidak dibawa ke muka pengadilan. Menterinya masih duduk dalam Jemaah Menteri, dan masih bercakap tentang pembangunan untuk orang Melayu dan berbagai lagi.

Rakyat masih tertunggu-tunggu tindakan pihak yang berwajib terutamanya PM Najib. Kenapalah perasuah-perasuah besar ini masih bebas dan tidak ada apa-apa yang tindakan yang diambil terhadap mereka.

Di samping itu, pemimpin kita meminta pula sokongan rakyat dalam pilihanraya yang akan datang. Harta rakyat dicurinya tetapi memaksa rakyat untuk terus menyokong mereka.

Pemimpin-pemimpin tertinggi kita masih memberi perlindungan kepada penjenayah-penjenayah ini. Mereka mahukan rakyat memberikan mandat terus-menerus kepada mereka tetapi tugas dan tanggungjawab mereka tidak terlaksana.

Mereka (pemimpin) kita seolah-olah hanya mahu menjadikan rakyat seperti kita ini sebagai hamba abdi, boleh diperlakukan apa sahaja terhadap mereka. Harta mereka dicurinya tetapi meminta sokongan dari empunya harta itu.

Kita telah begitu lama bersabar dengan karenah pemimpin kita, tetapi kali ini kita tidak boleh lagi berdiam diri. Rakyat harus bangun dan membanteras kegiatan ini sendiri.

Saya telah membuat telahan bahawa NS akan jatuh ke tangan pembangkang kali ini. DAN dengan perkembangan terakhir ini nampaknya kekalahan itu tidak dapat dielakkan lagi.

Kelalaian pemimpin-pemimpin yang kita amanahkan untuk menjaga harta benda kita masih tidak diperbaiki. Mereka masih ‘taking everything for granted’ dan masih menganggap rakyat sebagai anjing untuk memburu bagi pihak mereka.

Rakyat berasa tertipu oleh pemimpin mereka. UMNO tidak boleh lagi menjadi parti harapan bagi orang Melayu untuk mendapatkan perlindungan. Masakan rakyat mendapat perlindungan jika harta benda mereka dicuri oleh mereka yang sepatutnya menjadi pelindung kepada mereka.

Di sini kita ingin bertanya; apa bezanya nilai kemanusiaan seorang pemimpin yang menjahanamkan harta rakyat pimpinannya dengan seorang bapa kandung yang merogol anaknya sendiri? Apa bezanya?

Apa bezanya nilai kemanusiaan seorang perompak seperti Botak Chin dengan perasuah-perasuah ini? Apa bezanya?

Apa bezanya di antara penagih dadah dengan penagih rasuah? Apa bezanya? Bukankah kedua-duanya ini meruntuhkan negara dan sistem kerajaan yang memerintah?

Apa bezanya peliwat dengan kumpulan pemerintah yang rasuah? Peliwat mungkin meruntuhkan penghidupan mereka yang menjadi mangsa liwatnya. Tetapi perasuah meruntuhkan penghidupan dan meliwat hampir 30 juta rakyat dan negaranya sekaligus.

Kenapa kita mesti ada ‘double standard’ di antara satu kesalahan dengan kesalahan yang lain?

Pendeknya, perasuah = perogol muhrimnya sendiri + Botak Chin + Peliwat + memakan daging saudaranya sendiri.

Itulah ‘equation’nya rasuah dengan jenayah-jenayah yang lain. Kita tanya diri kita sendiri; diantara yang disebutkan tadi kedudukan kita di mana? Tidak payah beritahu sesiapa. Simpan di dalam diri sendiri.

7 comments:

mahaza said...

Respect your sincere opinion. Isu pasir Johor baru sahaja diceritakan dalam Star pada bulan Jun 2010 tetapi langsung takde isu? Samajuga semasa Tun DM menyatakan isu 700 lori pasir melalui tambak Johor setiap hari.
Lebih menyentapkan lagi apabila yan gmenghantar memorandum kepada MB Khalid adalah Dato Ismail Kijo. Semua orang Lembah Jaya tahu kisahnya sama seperti Dato Mufti dahulu jadi tindakannya memalukan diri sendiri..... Dan expect UMNO berubah.... kena buang yang karat karat tu dahulu.
Salam Jumaat

Pak Zawi said...

Dah rak ada isu lain nak hentam kerajaan Negeri Selangor. yang ada hanya isu pasir. Yang kecik diperbesarkan dan yang lebih besar di selindungkan.

Anonymous said...

Bang, ni artikel pasal pasir ke nak bantai pemimpin Umno ? hahahaha...baaaaaaaaaik punyaaaaaa !

nick said...

Sir,

Just love the word "kamsen". Haven't heard that word for quite a while. And on another note, I was wrong. It seems that some malays did learned the lesson that history wanted to teach us. Alhamdulillah! There's hope yet for malays in Malaysia!

Nick.

Anonymous said...

Shamsul Anuar,

You are naive in yr observation as you see that PAS has lost some grip.

Let the politician comment on this issue as PAS is gaining ground among professionals specially in KL. If you are a professional you must be among the few among the professional still believing in UMNO.

God bless you.

jailani

Red Alfa said...

Salam Saudara Aspan

It's so disappointing the UMNO people who went/are going for positions see only the "jongkong emas" you wrote about.

A lot of us see this khianat culture has been taking root and has been so for so long.

For this, blame it on the UMNO stalwarts/patriots who will/still support these 'bangsat of melayu' come what may because they are UMNO!

Don't we realize we are in subahat to the corruption? For our sake and that of our children's, ACT NOW to stop their pillaging by withdrawing our support!

Anonymous said...

Bro,
Banyak Psyop UMNO tak menjadi bro... isu memburukkan imej Pemimpin PKR tak berkesan sebab imej Pemimpin UMNO dan BN lagi TEROK.... Catatan beberapa akhbar arus perdana contohnya dalam satu perhimpunan PKR yang hadir sepuloh ribu orang catatan akhbar perdana seribu orang. Bila CAKAP BOHONG TERANG2 ni di saksikan rakyat, yang tahu realiti sebenar, sampai bila-bila lekat dalam pemikiran rakyat bahawasanya UMNO dan BN PENIPU. Benda yang nampak pun dia TIPU benda yang kabur dan yang tak nampak lagi PARAH Bro....Laporan Ketua Audit Negara 2008 satu kaki persegi rumah PPRT RM100 satu kaki persegi... fikir-fikirkanlah...