31 July 2010

Selepas Tun LLS, Tun yang mana pula akan kemahkamah?

Tun Ling Liong Sik (TLLS) merupakan VVIP yang bergelar Tun yang pertama dan merupakan Presiden MCA yg kedua menghadapi proses undang-undang dan merupakan kes dan pertuduhan berprofil tinggi.

Sebelum LLS, Tan Koon Swan pernah ditimpa nasib malang yang sama dan beliau gugur sebagai pemimpin MCA dan LLSlah yang mengambil alih tugasan Presiden MCA selepas itu.

Tidak payahlah saya perturunkan pertuduhan dan satu lagi pertuduhan ‘alternative’ yang dihadapi oleh TLLS kerana semua orang tahu pertuduhan itu dibibir mulut masing-masing.

Yang penting kita perlu insafi dan fahami yang rasuah dan menyalahgunakan kuasa yang keterlaluan itu akhirnya akan diketahui umum, samada kesalahan itu dilakukan oleh pemimpin atau olih isterinya yang berpengaruh serta kroni dan tali barut yang ada disekeliling pemimpin itu.

Bangkai gajah masakan boleh ditutupi dengan nyiru? Lama kelamaan bau bangkai itu akan terhidu juga akhirnya.

Pertuduhan keatas TLLS ini diharapkan satu pertuduhan yang dikendalikan dengan penuh keadilan dan ketulusan. TLLS merupakan orang yang kelima dituduh dalam kes PKFZ ini dan ianya melibatkan jumlah wang yang begitu banyak.

Kesemua wang yang dilibatkan adalah wang rakyat dan negara, khususnya bagi negeri Selangor. Ramai lagi sepatutnya dibawa ke pengadilan dan dalam kes ini telah melibatkan pemimpin-pemimpin MCA dan UMNO yang kedua-duanya adalah bersama didalam komponen BN.

Saya menganggap pertuduhan keatas seorang ketua parti dalam BN ini amat memaluka, bukan sahaja kepada yang dituduh tetapi juga pihak yang membantu kes ini terjadi.

Saya boleh merasakan bagaimana perasaan seorang bekas pemimpin yang telah lama merasakan nikmat berkuasa dihadapkan kemahkamah semasa beliau hidup dizaman persaraannya.

Dengan kes ini TLLS benar-benar menghadapi perasaan malu dan tertekan didalam sisa-sisa hidup setelah berkhidmat begitu lama kepada negara dan rakyat. Beliau bergelar Tun dan merupakan pemimpin besar MCA yang mewakili kaum Cina dan dengan kes yang dihadapi oleh beliau ianya merupakan satu isu yang tidak akan dapat dilupakan oleh beliau sepanjang hidup.

Pertuduhan keatas TLLS ini melibatkan isu tanah yang berhubung kait dengan kelulusan pihak Kabinet Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor; maka dalam kes ini tentulah TLLS bukan kesaorangan dan ianya pasti melibatkan ramai lagi pemimpin-pemimpin UMNO Selangor.

Pemimpin-pemimpin politik yang terlibat seharusnya bersedia untuk menghadapi proses undang-undang dan undang-undang janganlah bertindak secara 'selective'. Jangan lah diantara yang terlibat itu kemahkamah dan ada yang tidak pun disiasat.

Setakat ini hanya TLLS sahaja dikalangan pemimpin politik yang dihadapkan kemahkamah. Sebelum ini hanya 4 orang pegawai Kuala Dimensi yang menhadapi pertuduhan itu.

Apabila TLLS dibicarakan nanti tentulah saksi-saksinya terdiri dari pembesar pembesar negara termasuk kesemua PM yang berkuasa selama projek ini bermula sehingga hari ini.

Tentulah kita ingin melihat apakah jawapan yang akan diberikan oleh Dr Mahathir, Abdullah Badawi dan PM yang sekarang ini apabila mereka-mereka ini dipanggil sebagai saksi nanti.

Kes ini adalah kes yang sangat besar dalam siri skandal rasuah negara yang dilihat oleh rakyat. Skandal ini melambangkan betapa tidak bertanggunjawabnya pihak-pihak yang berkuasa sehinggakan projek yang hanya melibatkan kurang dari 2 billion telah menjadi 4 billion dan seterusnya terlajak ‘cost overrun’nya sehingga 12 billion.

Difahamkan sekarang jika projek ini diteruskan ‘cost’nya akan melebehi 15 billion ringgit. Individu-individu yang terlibat wajar menerima segala hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang jika disabitkan kesalahan terhadap mereka.

Kalau kes seperti ini berlaku dinegara maju seperti negara Scandinavia misalnya seluruh kabinet itu adalah ‘accountable’ keatas isu ini dan selalunya seluruh ahli jemaah kabinet yang terlibat akan meletakkan jawatan

Yang bertanggungjawab diatas penipuan dan ‘deception’ kepada kabinet itu tentulah TLLS tetapi yang ‘accountable’ terhadap kelulusan itu mesti diambil oleh keseluruhan ahli-ahli jemaah kabinet negara kita ini.

Mengambil ‘accountability’ terhadap isu besar seperti ini mungkin anih bagi kita disini tetapi ianya adalah praktis yang biasa dinegara-negara lain. Malahan sikap tidak mahu mengambil ‘accountability’ terhadap kesilapan dan kesalahan pemimpin-pemimpin yang memimpin kita ini lah menjadi penyebab kepada banyak keburukkan pentadbiran kita terus-menerus berlaku.

Tindakkan undang-undang seperti yang dilakukan terhadap TLLS ini wajar diteruskan dengan mengambil tindakkan undang-undang terhadap kes-kes yang lain.

Kerajaan pimpinan BN harus membersihkan nama dan imejnya dengan mengambil tindakkan tanpa memilih bulu keatas banyak lagi kes-kes lain yang berlaku didepan mata kita.

Mengambil tindakkan terhadap pesalah-pesalah dalam skandal PKFZ sahaja tidak mencukupi utuk membersihkan nama yang sudah tercemar dengan begitu teruk sekali ini.

Kepada media massa kita berharap akan menumpukan tenaga mereka untuk membongkar kembali semua kes-kes yang dilakukan oleh pemim[pin dan kerajaan kita yang telah menyebabkan ketirisan kepada wang rakyat yang jumlahnya ratusan billion ringgit selama ini.

Tidak payahlah hendak membesarkan isu kecurian pasir yang diperbesarkan oleh UMNO Selangor sekarang ini yang belum tentu salah benarnya.

Pihak kita telah mencuri wang rakyat dalam ratusan billion ringgit dan kesemua wang ini hilang dari kantung negara dan masuk kedalam saku individu perasuah negara.

Noh Omar atau pun Khir Toyo patut memberikan fokus untuk membersihkan nama UMNO dan BN yang telah sampai ketahap yang tidak boleh ditanggung lagi oleh rakyat.

Ada juga yang bertanya, selepas Tun LLS ini, Tun yang mana pula yang patut menghadapi mahkamah kerana salah laku rasuah dalam sejarah hidup mereka?

Banyak juga cerita yang didengar dari mereka yang bergelar Tun ini dan rakyat ingin juga tahu sikit-sikit.

Rakyat tetap memerhati.

13 comments:

Anonymous said...

brader,
banyak olang makan ooh! MCA makan, UMNO makan dan kelajaan punya pegawai pun makan ooh!

UMNO dan BN tidak bole lagi pelentah kita ooh! Dia olang buaya, naga dan apa-apa lainlah!

Kita susah. Antar anak sekolah pun susah. Dia olang hantam kita punya harta selupa dia punya latok nenek punya.

BN bole mampuslah!.

nyonya tua.

Anonymous said...

Kita sambut tindakkan keatas Dr Ling ini secara sporting.

Kita nak tahu siapa lagi. Kita tahu tetapi tidak resmi.

schenker78 said...

semalam, raja petra sudah dedahkan dokumen rahsia mesyuarat kabinet berhubung PKFZ....

http://malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=33463:did-liong-sik-cheat-the-cabinet-or-did-the-cabinet-cheat-malaysians&catid=20:no-holds-barred&Itemid=100087

Siapa lagi terlibat ?? Baca sendiri dan buat kesimpulan....

schenker78 said...

saya mahu 'Bakal Tun' Semy value dan Tun Mahathir mahaFiraun dihadapkan pasal skandal berbillion2 dan Maika Telekom.

Anonymous said...

harap harap kesemua orang yang pernah makan rasuah dulu dan sekarang dapat juga dibawa ke pengadilan..

tak adil le mereka kaya cara ekspres sedangkan orang lain terpaksa berusha.

Nak juga kes lama seperti BMF dicungkil semula, apa pandangan Aspan!

Anonymous said...

Salam
Jangan wayang kulit sudah lah, ambil tindakan pada semua yang terlibat. Siapa yang terlibat sila letak jawatan, ambil contoh ahli politik luar negara. Kelulusan diberi oleh siapa, Tun LLS memberi cadangan tapi kabinet yg meluluskannya. Bukan kabinet dapor yg ada dirumah yg dipengerusikan oleh sang lipas atau tikus yg dia pelajaran .

Anonymous said...

Tak perlu penin2 la. Semua pegawai KERAjaan dan parti pemerintah yang berkenaan terlibat. Period. Tanpa sokongan dan usaha bersama dalam menyediakan laporan untuk dibentangkan kepada kabinet, dan kabinet yang tak pernah menyoal tentang projek yang hendak diluluskan, terlibat secara langsung dan tidak langsung. Jadi semua pegawai KERAjaan dan parti pemerintah sebenarnya cuba menyembunyikan perkara sebenar dari pengetahuan rakyat. Pada aku, hal ini di selesaikan oleh kerajaan, bukan parti yang memerintah. BN cuma parti yang memerintah. Faham-faham ye. hehehe...

Aspan Alias said...

Anon 10:58,

seboleh-bolehnya dicungkil kesemua skandal dan saya bersetuju jika kes BMF di keluarkan semula.

Kes BMF boleh kita teliti satu persatu Lapuran Tan Sri Ahmas Nordin yang begitu detail.

Sila sdr beli lapuran itu dan nescaya sdr akan tahu bagaimana boleh berlaku.

Saya setuju untuk dikeluarkan semula kes itu kerana dengan isu itu kita akan faham bagaimana 'public companies by guarantee' ditadbir oleh 'Implemetation co-ordination unit' jabatan perdana menteri ditadbir, termasuk BBMB.

Semua 'companies by guarantee' adalah dibawah pentadbiran dan kuasa PM.

Nama baru bagi syarikat-syarikat ini ialah GLC.

Saya amat gembira kalau kita boleh korek dari kes BMF supaya kekeliruan yang ada pada setangah masyarakat dapat diperbetulkan.

Anonymous said...

siapa lagi kalau bukan TUN MUSANG

IES Agencies said...

Pan,
Anwar says Ling Liong Sik is not a big enough fish for MACC: Who does Anwar want MACC to go after? read all about it HERE

Anonymous said...

Kalau kita ikut "track record" kes2 yang melibatkan menteri kabinet serta pemimpin2 umno, semuanya akan terlepas dengan alasan tiada bukti kukuh..Yang "KANTOI" hanya BEKAS menteri, bekas adun, bekas ketua bahagian...semuanya BEKAS..
Akhirnya dibebaskan..tanpa perlu membela diri..
Yang sedang berkuasa, jauh "panggang dari api" jangan harap akan didakawa..Kalau Pembangkang,siasat sampai mati...
Kalau diluarnegara, negara orang kafir yang minum arak, makan khinzir dan berzina, kalau berlaku hal2 seperti ini, seluruh jemaah menteri yang terlibat semasa kes PKFZ diluluskan kabinet dengan sukarela meletak jawatan...
Itu baru dipanggil "Accountable" and very Islamic...
Kalau ini berlaku, saya "GUARANTEE" satu Malaysia akan undi umno/BN for the next GE.
dan tiada alasan mengapa kita harus mengundi PR...

AMP

Anonymous said...

Tun Mamak Kerala!!!

Anonymous said...

Tun Ling pun banyak simpan rahsia menteri lain jadi kita tengok lah sampai tahap mana depa nak kena kan dia nanti dia boleh kenakan balik...

Drama tahun ini.

Abang We