18 July 2010

UMNO itu ayam daging, PAS itu ayam kampong.

Kekeliruan politik negara amat jelas dan keadaan ini belum pernah kita alami. Kita beranggapan dizaman Abdullah Badawi mentadbir negara kita ini merupakan zaman yang paling tidak menentu.

Jelas sekarang ini bahawa zaman Abdullah mentadbir negara, keadaan buruk zamannya itu tidaklah seteruk keadaan sekarang ini.

Akhirnya ramai yang saya temui mengakui bahawa keadaan politik negara sekarang ini menjadi igauan bagi sesiapa yang tidak mahu parti yang memerintah hari ini akan menyeberang duduk sebagai pembangkang didewan-dewan lagislatif diperingkat negeri-negeri dan Parlimen.

Pandangan saya ini mungkin mendapat reaksi yang tidak menyenangkan bagi mereka yang masih didalam ‘state of denial’ dan pihak-pihak yang tidak mahu mendengar cerita-cerita buruk.

Saya lebih cenderung untuk menyebut cerita yang buruk kerana sudah terlalu ramai dikalangan pemimpin UMNO kita membuat cerita yang enak-enak dan melekakan UMNO dan pemimpinnya.

Baru-baru ini timbul keinginan setengah pihak untuk melihat PAS dan UMNO duduk dimeja rundingan bagi mencari penyelesaian terhadap isu Melayu dan perpaduannya.

Muhyiddin nampaknya memberi reaksi yang baik dan bersedia untuk berbuat demikian. Muhyiddin mungkin ada kesedaran yang cadangan itu adalah satu cadangan yang baik untuk mengurangkan tekanan kepada UMNO yang sedang dalam kekeliruan kerana berhadapan dengan banyak isu.

Tetapi disebaleknya Najib pula berkata rundingan itu tidak perlu kerana UMNO sedang bertambah kuat dan beliau seolah-olah tidak nampak yang UMNO pimpinannya sudah hampir terjerumus kedalam keaiban jika pilihanraya umum diadakan sekarang ini.

Pemikiran Muhyiddin dengan Najib memang jelas tidak selari dan tidak sehaluan. Dimana-mana orang ramai menyedari hakikat ini dan mereka menganggap itu adalah satu fenomena yang merbahaya bagi parti apatah lagi dalam keadaan sekarang ini.

Mendengar kata-kata Najib dan Muhyiddin yang menunjukkan perbezaan pandangan dan nilainya membuat kan orang ramai keliru, apatah lagi dikalangan ahli-ahli UMNO sendiri.

Saya bukan bermaksud untuk menyokong perbincangan dengan PAS kerana PAS dan UMNO tidak akan berjaya duduk bersama. Tetapi yang merunsingkan ialah Najib menjawab dengan kata-kata yang tidak benar bila beliau mengatakan UMNO masih kuat.

Dimana letaknya kekuatan UMNO itu? Bagi saya andaian itu, jika banar memanglah baik bagi parti, tetapi didalam naluri orang ramai mereka tidak langsung nampak kebenarannya.

UMNO/BN masih mampu mentadbir kerajaan kita hari ini semata-mata kerana dukungan Sarawak dan Sabah semasa pilihanraya yang lepas. Mereka yang mengundi diSarawak dan Sabah kerana tidak menyangka yang pengundi diSemenanjung akan memberikan sokongan kepada parti alternatif dalam pilihanraya itu.

Sekarang tekanan terhadap BN dikedua-dua buah negeri itu sudah nyata kerana mereka menjadikan arah politik diSemenanjung sebagai penentu arah politik tanah air.

DiSarawak kehaziran parti-parti pembangkan akhir-akhir ini mendapat sokongan dari orang ramai kerana kerana masalah kepimpinan Taib Mahmud yang begitu lama seolah-olah Sarawak itu adalah kepunyaan peribadi beliau sehinggakan tidak ada lagi pemimpin yang berpotensi untuk memimpin bumi kenyalang itu.

Sehingga kehari ini diSarawak masih tidak ada indikasi pertukaran pemimpin kerana semua yang berpotensi telah hanyut kerana sikap kuku besi Taib disana. Najib tidask boleh lagi menganggap Sarawak dan Sabah sebagai ‘fixed deposit’ bagi BN.

Kalaulah tidak kerana sokongan undi pos, DAP sudah pasti berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan majoriti melebihi 4000 undi didalam pilihanraya kecil Sibu baru-baru ini. Hanya pengundi pos yang merapatkan majoriti kekalahan BN kepada 398 undi.

UMNO dicawangan-cawangan tidak bergerak lagi seolah-olah cawangan-cawangan sudah mati kaku. Jika cawangan tidak pastas bekerja untuk parti maka tidak ada asas bagi seorang pemimpin seperti Najib bercakap seperti orang yang takbur dan mendabik dada kerana mempercayai yang UMNO itu masih kuat.

Saya berharap apa yang saya fikirkan ini adalah salah. Jika apa yang saya fikirkan ini benar maka kita akan melihat satu demi satu kubu yang tinggal kepada kita jatuh berderai maka akan bermulalah episod baru politik tanah air.

Jika BN terutamanya UMNO jatuh kali ini saya tidak nampak parti itu akan kembali berkuasa dalam tempuh yang lama kerana UMNO tidak biasa menjadi pembangkang kerana terlalu biasa dengan kemewahan yang telah membawa parti kita ini ketahap kufur nikmat yang amat rendah disisi dan pandangan agama kita.

Ahli-ahli UMNO ini serperti ‘ayam daging’, sentiasa mematuk makanan yang diberikan oleh tuannya. Tetapi ahli-ahli PAS itu diibaratkan sebagai ‘ayam kampong’ yang biasa dengan mencari makan sendiri.

Itulah sebabnya ayam daging selalunya gemuk tetapi dagingnya lembik dan jika dimasak terlalu lama dagingnya akan hancur. Disebaliknya ayam kampong lebih keras dagingnya jika dimasak berjam-jam lamanya untuk dimasak rending rasanya lebih sedap.

Itu sebabnya ayam kampong harganya RM11 bagi satu kilogram tetapi ayam daging harganya tidak boleh lebih dari RM 7 satu kilogram seperti yang diumumkan oleh Ismail Sabri baru-baru ini. Harga ayam daging ini jauh lebih murah dari harga ayam kampong.

Ayam-ayam daging hanya berumur 38 hingga 40 hari sahaja, kerana apabila ianya berumur 40 hari ayam-ayam daging ini akan dihantar kepusat penyembelihan untuk dijual dipasar-pasar kerana tuannya hendak mengambil keuntungan.

Lagi pun jika ayam daging dilepaskan dari sangkarnya ayam itu tidak akan mampu mencari makan dengan sendiri dan jika kita kejar pun dia tidak akan dapat lari kerana terlalu gemuk disebabkan makan terlalu banyak.

Tetapi akhir-akhir ini ayam daging pun sudah tidak dapat makanan yang secukupnya kerana tuannya sedang menghadapi kegawatan ekonomi untuk memberi makanan ayam-ayam daging belaan mereka.

40 comments:

Anonymous said...

Boto cakap kau bang. sokaghang ni kito pun dah kughang bona makanan.

Oghang PAS relek ajo boleh caghi makan sendiri. Kalau macam ni koadaannyo bang, ghobasn kito akan ghoboh bang.

mat keli

Rafiz Rahim said...

Assalamualaikum,

Saya penyokong BN dan tinggal di negeri Terengganu. Saya percaya atas apa yang tuan cakap. Di kawasan saya tinggal sampai sekarang menanti ahli DUN dan Parlimen turun padang. Tapi kelibat dioarang masih tidak kelihatan. Agihan rumah PPRT habis diambil oleh kerabat ketua JKKK dan ahli jawatan kuasa. Saya masih menyokong BN walaupun semakin ramai disekeliling saya telah bertukar arah. Kawan2 di petronas semuanya ikut warna rasmi petronas, hijau belaka. Pemimpin UMNO sibuk kejar duit poket sendiri dari berbakti kepada rakyat. Ini yang berlaku di kawasan saya.

Red Alfa said...

Salam Saudara Aspan

Selalu dan terlampau banyak kita telah mengkatakan dan kini lagi Saudara Rafiz Rahim begitu mengiyakan!

Bukan kita tak nak kepada perjuangan UMNO tetapi sekiranya sokongan kita diperalatkan kepimpinan UMNO, saya menyeru/meminta sokongan kita itu sangat-sangat bersyarat. Jangan beri percuma takutkan kita bersubahat dengan pembohongan, korupsi, ketidakadilan dan penindasan kepada yang dhaif antara kita.

Apa kurangnya dosa bersubahat dengan dosa perlakuan apabila kemungkaran kini melampaui dan bertambah meluasa?

Yang dia katakan sokongan kita akan membawa manfaat bangsa tidak ada keberkatan dariNya dan yang salah laku dia itu akan memintakan balaNya diturunkan keatas kita semua?

Non-partisan said...

Bak kata orang putih,'sometime you have to be cruel in order to be kind.'

Saya bersetuju dengan apa sdr. Aspan lakukan. Sdr perlu membongkar dan menyedarkan UMNO tentang segala kepincangan dan polemik yg berlaku dlm parti itu supaya ia tidak terus terlena dengan mimpi yang muluk-muluk kerana diulit dan dibelai oleh mereka yg berkepentingan.

Kalau tidak, ianya akan menjadi terlewat untuk menyedari bahawa mimpi yg muluk-muluk itu adalah sebenarnya igaun ngeri (nightmares) yang boleh menguburkan UMNO.

Kemenangan dlm sesuatu peperangan itu bermula dengan membina kekuatan sendiri dahulu. Kemudian baharulah mencari kelemahan dan kekurangan pihak lawan untuk dieksploitasi.

Anonymous said...

Ha...ha..ha..perbandingan yang tepat sekali. Ayam daging ni selalu juga cepat sakit sebab dia makan, tidur, makan tidur saja. Kalau tuan dia tak bagi makan dia akan mati kebuluran, yalah dah tak pandai cari makan sendiri....

Anonymous said...

Saudara Aspan,
Ayam kampong memangnya sedap dimakan.
Ayam kampong tidak ada toxic dan bahan chemical dan ianya suci dari elemen-elemen bahaya.
Jadi elok kita pilih ayam kampong dan jangan lagi makan ayam daging yang tidak tentu baiknya.
Sebenarnya sejak 2008 saya memilih ayam kampong. Keluarga dan saudara mara saya akan pilih ayam kampong pada tahun 2013 nanti.
Ayam kampong dagingnya manis tetapi ayam daging, dagingnya banyak lemak.
Saya berharap ramai lagi diantara kita akan memilih ayam kampong kali ini untuk menjaga kesihatan dan keselamatan hidup kita.

zain abidin, seremban

Anonymous said...

Tepat sekali andaian Tuan Aspan dan orang PKR juga adalah ayam daging dan inilah yang berlaku di Selangor hari ini. Ini juga yang menjadi masalah kepada parti semangat 46 dulu

shah said...

Bro, you got it spot on. As for me I have deserted UMNO for the past 5 years as what I feel UMNO is truly unbearable to get associated with.

The leaders are fooling us, they still our money they buy back the support with our money they stole.

Sorry bro...I am not with your party any longer.

shah

Anonymous said...

Betul la tu Encik Aspan, mak saya seorang yang begitu komited dlm politik meninggalkan perjuangan UMNO dalam awal tahun 90an dulu untuk menyertai 'Bulan Purnama' kerana pelbagai sebab. Salah satunya Ketua Bahagian sapu duit parti dan 1001 macam lagi. Kini kami sekeluarga dah jadi ahli dan penyokong tegar 'Bulan Purnama' dan nampaknya mak sekarang lebih tenang dan ceria kerana keputusan yang diambil lebih sedekad lalu. Namun, seperkara yang melucukan saya ialah saban tahun UMNO bahagian tidak akan lupa mengirim sepucuk surat makluman tentang mesyuarat bahagian. Saya juga dah search dalam semakan ahli UMNO online, nama mak saya memang masih ada. kah.. kah.. kah maafkan saya tapi perkara ini memang lucu...

Fooart said...

Saudara Aspan,

simple article but dalam pengertiannya. UMNO hanya menunggu mati dan berkubur sahaja dan saya harap saya akan hidup utk melihat kejatuhan UMNO!!

Anonymous said...

Incik Rafiz Rahim,

Baguih ler tu. Teruslah sokong umno untuk rompak duit awak -:)

jaguh said...

Salam saudara Aspan. Saya sudah lama sokong ayam daging dan sekarang jadi timbalan ketua cawangan. Pada PR 12 tahun 2008 saya perhati bahawa AJK kami tidak ada maya untuk berkempen di kawasan saya. AJK kami bukanlah ayam daging seperti saudara katakan tetapi ketua bahagian kebanyakkan adalah ayam daging dan mereka tidak taburkan sedikit beras untuk kempen. Sekarang selepas baca rencana tuan saya akan sokong ayam kampong.

Anonymous said...

pado den lagi copek bn/umno/apco mampiuh lagi baik.namo umno namo oghang putih nak belo nasib melayu.menipu sakan adolah,apo bondo yang tak dibuek kek bn/umno/apco ni,habih kampong tergadai.poie mampuih lah!!!

Anonymous said...

Salaam Tuan,

Saya orang PAS, apa yang tuan katakan adalah benar. Di tempat saya orang PAS jual ikan, daging, surat khabar, nasi lemak dan sebagainya. Setiap kali kalah pilihanraya kami akan mula semula dengan usrah dan gerak kerja kami. Andaian tuan kami seperti 'ayam kampong' memang tepat sekali, kami berusaha dengan gigih mengumpul dana pilihanraya dan sebagainya tanpa bantuan 'orang kuat' tertentu. Alhamdulillah 2008 kami menang. Kita berusaha Allah menentukan kemenangan.

Wassalam

Anonymous said...

Bagi aku UMNO ni bukan ayam daging.. tapi bewak yang tengah kelaparan...tak kira ayam suma nak rembat!!!

shamshul anuar said...

Saudara anonymous( ramai benar anonymous),

Masalah kita ialah bila" ayam daging tumbang", maka yang menggantikannya bukan "ayam kampong".

Yang akan gantikannya ialah DAP ibarat "musang". Tak kira ayam daging atau ayam kampung, semua akan kena "ngap".

Pasal "ayam kampung", saya tertanya-tanya apa yang PAS buat selama ini. asyik ceramah memanjang. Tak habis habis mengumpat dan memfitnah.

Dulu Mohd Sabu gelarkan Anwar Ibrahim "aljuburi" dan cabar Dr Mahathir pecat Anwar. Kini PAS pula menerima Anwar.

Malang betul nasib orang Melayu. tak habis habis kena tipu.

Anonymous said...

Give PR a chance to govern at federal level. even though selangor might not be as good as promised but it's better than the previous government. If they didn't walk the talk, its never not too late to reelect BN again.

Bukalah minda kamu saudara-saudari sekalian, undi PR sekali iaitu dalam pilihanraya umum ke 13. Ingat, jikalau PR tidak boleh mentakbir negara dengan baik, sama2 kita tendang PR keluar dalam PRU ke-14. Semoga tuhan memberkati negara kita yang tercinta untuk mencapai tahap negara maju dan membasmi kemiskinan. Kita ialah satu malaysia tidak kira bangsa dan agama. Isu perkauman usahlah ditiupkan. Ingat satu perkara iaitu, absolute power corrupts absolutely.

Orang said...

kluar umno semua, masuk pas, bersau gak tu..ape ke hal bersatu bawah perompak.

Anonymous said...

1 artikel yg mbawa kita bfikir pnjang,memilih yg terbaik atau
kita yg akn terbalik kuang..
moga yg dipilih dpt lead to jalan
yg bawa kbaiakn di sini
dan plg pntg di sana.
buka mata.minda apa sebenarnya
ubat utk sakit dlm masyarakat.

schenker78 said...

Bila Najib cakap Sabah sarawak ni Fix deposit, dia menhina penduduk negeri ini. Fixed deposit ini 2% ATAU 3% AJE....KALAU MASUK aMANAH SAHAM boleh dapat 6 hingga 8%..mana lebih untung???

Sabah, sarawak, terengganu sama2 tolak BN dan terima royalti minyak Pakatan Rakyat 20%....

Anonymous said...

ayam kampung makan tak selalu sebab mahal

dalam seminggu dua tiga kali makan ayam daging dan makan ayam kampung adalah setahun dua tiga kali

tak kisah lah kau kata BN ni ayam daging, PAS kau puji bak langit..

tapi pemimpin PAS tau berjanji aje, jaga Kohilal pun tak reti.

Quiet Despair said...

Shamsul anuar

Betul cakap anda tu.
Kita sibuk nak meratah ayam kampung atau ayam dadgng.
Takut kempunan nanti, ditelan musang. Ingat ada musang berbulu ayam.
Dalam keramaian, kedua-dua ayam diperlukan.
Ada yang sedap dibuat kari ada yang sedap digoreng.
Kedua-dua boleh bersatu dalam satu periuk.

Schenker78

Bermimpi siang hari ke anda menyebut PKR membyar royalti 20@?
Sejak bila ia memerintah dan mampu membayar royalti.
Sarawak masih lagi FD BN dan terus mngundi BN dlam pilihnraya negeri akan datang.

Anonymous said...

Kepada Saudara Shamshul Anuar,

Anda tersilap berkenaan dengan ayam daging tumbang akan diganti dgn DAP. Pada PRU12 berapa kerusi yg DAP tanding lawan UMNO/BN? Berapa jumlah kerusi Parlimen yang DAP bertanding kesemuanya?

Buat analisis sendiri dan anda akan ketemu dengan kebenaran.

schenker78 said...

20% tak boleh bayar?? kenapa sekarang x boleh, "?? pasal duit masuk poket UMNO??

gemasindah said...

salam bro...

memang hebat caro bro nulih ..mmg den tabik spring

kok kwn kwn umno totok kito tu tak yo faham laaii mmg kono sokolah baliklah

aktiflah dalam perkasa bro..mulokan kek nogori kito..tak ckp jadi ahli yo

think about it seriously bro..

shamshul anuar said...

SAudara Anonymous,

Inilah namanya permainan dunia. Ramai Melayu kerana terlupa yang segala kemudahan yang mereka dapat adalh kerana kuasa melaui "syam daging" yang selau mereka persendakan.

Apakah nasib melayu akan bertambah baik ditangan satu parti (DAP) yang tunjuk penyapu pada orang Melayu.

Sekarang kita tak nampak kerana UMNO yang berkuasa. Jika ditakdirkan BN tumbang esok, hanya Melayu bodoh saja yang boleh kata PAS akan gantikan tempat UMNO.

DAP tidak akan benarkan perkara ini berlaku.

Memang hak kita untuk tuka mana mana kerajaan. Tetapi pertukaran yang macam mana. Daalm PR, PAS tiada kedudukan seperti UMNO dalam BN .

Orang arab dulu pun termakan dengan janji British ketika bekerjasama dengan British jatuhkan Kerajaan Osman. Apa mereka dapat sekarang.

Ingin saya nasihatkan bila kuasa hilang, ianya akn hilang untuk selama-lamanya.

Anonymous said...

Shamshul anuar,

Pendapat aku, DAP lagi seribu kali baik dari MCA,Gerakan, PPP, MIC,. Majoriti penyokong dan ahli DAP adalah rakyat bukan Melayu yang tertindas. Jangan lah tak guna otak dengan propaganda Umno yang menghukum DAP adalah parti anti melayu. Kau ingat lagi kes skandal Rahim Thambichik dengan gadis melayu bawah umur. Ada peguam melayu yang membantu menyelasaikan kes tu? Orang Cina yang makan babi juga yang tolong perempuan tua melayu, kalau tak salah menyelesaikan kes cucu nya.
Zaman BN umno memerintah Pulau Pinang, ketua menteri Lim Chong Eu, Koh Tsu Koon anak pak lebai ke?
Kita dalam Islam, harus membantu kaum tertindas dan tidak kira ugama dan bangsa. Pada pendapat aku yg merujuk kepada hadis, diantara golongan kafir dan munafik, golongan munafik lah yang lagi teruk siksaan neraka ia itu neraka paling bawah sekali.
Apa sifat2 orang munafik?
1) Diberi amanah tetapi tidak jujur menlaksanakan
2) bercakap bohong
3)tidak menepati janji.

Aku fikir BN umno mempunyai cukup ciri-ciri diatas.

schenker78 said...

anuar,

awak lupa ker
awak kata 'Apakah nasib melayu akan bertambah baik ditangan satu parti (DAP) yang tunjuk penyapu pada orang Melayu'

yang syok tunjuk penyapu kat melayu adalah khir toyo, MB selangor kamu?? Dah lupa ker ?? 3 tahun lepas.....

Shamshul anuar said...

Schenker78,

Saya tak lupa. Perarakan di Kg Baru pada May 12 1969 dah tunjuk penyapu pada orang melayu. Orang melayu dihina, diludah dan dipersenda oleh extremist Cina yang cuba halau Melayu dari Kg Baru.


Tapi sudah tentu awak "pura-pura" tak ingat perkara ini.

Dr Khir tak tunjuk penyapu pada orang Melayu. yang kena tunjuk penyapu ialah seorang Yang DiPertua majlis Perbandaran. Memang memalukan tetapi itulah mesej pada orang yang tidur lena.

Apa pun awak kata pasal dr khir, dia tak tunjuk pada orang melayu tetapi pada ketua jabatan ysng cuai.

Nasihat saya , pergilah ke Kg Baru kalau mahu tahu cerita pasal DAP. Jumpalah orang orang tua disana. Cuma nasihat saya. Berpuasa selama 2 hari sebelum dengar mereka cakap. awak akan termuntah bila dengar mereka bercerita pasal perangai DAP yang sebenar.

Dan Guan eng dipenjara kerana langgar perintah mahkamah, bukan pasal nak pertahankan seorang perempuan Melayu.

Kalau Koh Tsu Koon bukan lebai, jelas sekali Guan eng jauh panggang dari api. Yang dia tahu ialah robohkan perkampungan Melayu dan India( saya rasa awak pun India juga).

DAP ialah parti perkauman. Yang berkuasa ialah Lim Sdn bhd. Orang Cina lain pun kena tolak tepi. Apasal Pengerusi DAP Penang tak jadi KM. Kenapa Guan Eng dari Melaka.

Ini adalah kronisma. Bukalah mata wahai Schenker78.

Kebenaran akan terserlah jua akhirnya.

schenker78 said...

hmm...awak ungkit lagi may13...orang yang asyik syok dengar cerita keganasan begini...hmm...tak tau la...u orang mcm apa??

ada satu lagi versi may 13, bahawa ia dirancang oleh seorang menteri tertentu untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman dan menjadi PM baru.... sekarang zaman 21st century...majukan sikit otak kamu ...kalau kamu umur 40 lebih atau 50 lebih, dan masih bersikap begini, susah la.....awak ajar lah anak2 awak nilai yang baik2....kalau tak suka pemimpin UMNO hari ini, pi lah ubah kalau mampu.

DAP hari ini bukan DAP 40 thn lalu....generasi tu ramai dah jalan.... aku sendiri grad USM, bayar PTPTN, bayar cukai...aku x peduli pun siapa menang pilihanraya pun bain UMNO atau Pakatan, janji tak korup, itu aje.

Awak yang taksub sangat dengan UMNO BN umpama mereka tu malaikat ... Kalau dia buat jahat pun awak kata , fitnah pembangkang ...pasal tu Najib Mahathir duduk atas kepala kita semua.

Awak syok sangat ker si Rosmah tu belanja shopping kat New york dan London pakai duit pembayar cukai mcm awak??

Baik sungguh Shamsul Anuar pasal menyokong bagi komisyen kapal selam kat Perimekar Baginda dan Najib supaya mereka boleh shopping beli handbag mahal2....

kalau dato sak, aspan, Ku Li bertanding tiket UMNO pun aku undi mereka, tapi jangan harap yang lain2....seluruh UMNO, MCA MIC dan semua parti lain di Sabah Sarawak korup2 belaka dan patut dihumban ke Penjara Sg Buloh...boleh?? kalau bole buat, saya percaya ramai pengundi Pakatan akan mengudi balik UMNO, kalau x berani dan takde jantan ahli2 Umno ni, jangan harap rakyat akan mengundi BN.....sayonara Najib....

schenker78 said...

Shamsu Anuar...satu lagi,

ada 1 negara lain di Asia di mana parti politik ni mengamalkan sistem 1 man, 1 post...di mana kalau seorang itu Pengerusi parti atau Ketua di negeri, dia tak boleh menjadi MB atau PM....Jawatan itu harus dipikul oleh orang yang tidak ada jawatan dalam parti...

Kalau dia menteri Besar atau PM, dia buat kerja MB atau PM sahaja manakala Pengerusi Parti dan Ketua bahagian negeri menguruskan hal ehwal parti di peringkat negara dan negeri....

Boleh ikut sistem ini di malaysia ???

Macam sekarang Azmin Ali jadi Pengerusi PKR negeri dan Khalid jadi MB sahaja???

schenker78 said...

saya ini India..?? shamsul anuar...awak ingat negara ini melayu,, cina , india sahaja dok kt sini?? x de LAIN-LAIN ker....jangan main agak2.....

schenker78 said...

Kalau Mat rempit pun zaman muda2, dia tak akan selama2 nya merempit....lama2 dia kahwin, ada anak, dia tinggal racing haram...dah bosan atau lebih suka jaga anak dan cari wang untuk keluarga....

Sama juga la...orang melayu pun semakin lama akan semakin bosan dengan UMNO kalau dia x ubah sikap, memang gerenti jatuh....walaupun awak hancurkan DAP dan PKR, akan muncul parti lain dalam bentuk lain untuk menentang UMNO ni...Mungkin ANAK felda pun boleh jadi parti politik....hmm....orang dah celik la....aku x tau brp UMNO bayar untuk cuba cover2 UMNO dan hentam DAP kat blog2 ini....

Orang Sabah dan Sarawak masih tidur....Awak berdoa sahajalah supaya mereka x bangkit lawan Melanau Taib dan Pakistani,Musa Aman nanti masa GE13....

Setakat yang saya tahu, melayu yang konservatif dan kuat pegangan agama tak akan mengundi UMNO...Yang berfahaman liberal dan berpendidikan tinggi di luar negeri mahupun dalam negeri yang tinggi moralnya x akan mengundi UMNO....

so, UMNO tinggal penyokong saluran 1, orang2 yang tua dan jahil serta kurang informasi, pemuda2 yang mahu duit RM200 untuk undi, orang2 yang jahil dan kurang pendidikan, yang gila rasuah, kakitangan kerajaan yang takut hilang kerja, UNDI2 pos (undi orang bacul)....Orang2 kat Sabah, Sarawak, orang Asli semuanya dibiarkan miskin dan kurang pendidikan supaya time pilihanraya, boleh la mereka ni semua minta sedekah dengan UMNO BN ni...

Aku tak tau awak ni kategori penyokong mana satu....hmmm

Anonymous said...

aku respect shenker78, saudara shamsul, buat pengetahuan anda, pada 13mei 69 aku memang berada di kampong baru di jalam hamzah, betul2 di laluan perarakan pemuda2 melayu yang membawa senjata tajam menuju ke rumah Datuk Harun Idris. Buat pengetahuan saudara shamsul anuar, yang menyebabkan pemuda kg.baru marah adalah disebabkan pemuda cina menaiki motosikal sambil membawa bendera parti Gerakan menyuruh menteri melayu supaya berundur. Aku masih ingat lagi pada malam 12 mei 69. Tak payah lah kita nak ungkit kesah2 lama. Itu terjadi pun sebab hasutan politik. Sebab kedua dua bangsa ia itu Melayu dan Cina sudah menerima padah nya. Sekarang bak kata Shenker78 dah masuk abad ke 21. Kita kena terima kenyataan bahawa kita sedang berada dinegara berbilang bangsa. Angkara fitnah di media arus perdana sudah boleh di "Check N Balance' dengan media alternatif iaitu internet. Tuhan memberi kita akal untuk kita berfikir dengan rasional bukan cara beremosi dan berdendam. Kita harus menolak penindasan. Kita harus ingat bahawa krisis yang berlaku didunia sekarang adalah pertembungan antara "hak dan batil" atau "Good & Evil". bukan nya Melayu dengan bukan Melayu atau Islam dengan Kafir.

shamshul anuar said...

Saudara anonymous,

bukan mahu bangkitkan perkauman. Hanya ingin beritahu pada yang "buta sejarah" ( terasa hati tetapi itu kebenarannya) akan May 13, 1969.

Saya tak bencikan orang Cina atau India atau Kadazan. Yang saya tekankan disini ialah DAP ialah satu parti perkauman. Itu saja. Dan memang ia satu kebenaran. Malah ramai kawan saya berbangsa Cina juga setuju.

DAP hanya pentingkan orang Cina saja. 1Malaysia diterima kalau menguntungkan orang Cina saja. Tetapi DAP tak pernah perjuangkan orang Melayu contohnya yang tertindas di sektor swasta.

"tak payah ungkit cerita lama..." Bukan mengungkit. Bila Melayu berdiam diri, extremist DAP keluarkan buku fitnah Tun Razak kononnya dalang menikam Tunku. Bila saya cerita apa yang terjadi pada Kg Baru, semua terdiam dan merah muka.

Orang Melayu dah lama terima bukan Melayu sebagai rakyat. Hak bukan Melayu tak pernah dinafikan. Yang jadi masalah ialah ada pemimpin Melayu seperti anwar yang mengapi-apikan semangat kecinaan hanya untuk dapat undi masyarakat Cina semata mata kemaruk nak jadi PM.

Dia dibantu oleh DAP yang tujuan hakiki untuk meruntuhkan UMNO. Memang UMNO ( macam DAP dan PAS) ada masalah dalaman. Tetapi UMNO bukanlah zalim sangat.

Cara Schenker berhujah seolah-olah UMNO terlalu zalim dan menindas bukan Islam.

Menindas? Kuil berselerak ditepi longkang atau tepi hutan, mengalahkan jumlah masjid. Tak dapat belajar bahasa Ibunda? Sekolah Cina dan India dibiayai kerajaan.

Tak dapat sertai politik? Betapa ramai calon MIC dan Gerakan dan MCA bergantung talian hayat dengan UMNO .

Tak dapat sertai ekonomi? Seboleh bolehnya mahu bolot semua dan kalau boleh tak nak langsung pegawai Melayu kecuali sebagai despatch. Terpaksa ambil juga kerana dasar kerajaan.

Tak dapat makan babi? Ladang babi bersepah sehingga cemarkan kampung dan sungai?

Mengenai Azmin dan Khalid, itu bukan masalah UMNO. Itu awak tanya PKR. Ada satu sistem lagi orang luar jadi KM tetapi Pengerusi Negeri diketepikan. Mscam di Pulau Pinang. Semuanya kerana nak bagi pada anak sendiri.


"janji tak korup..". Hak masing masing untuk memilih. Namun, apa yang saya tahu, Anwar Ibrahim ialah pemimpin paling korup pernah saya jumpa. Bagaimana Anwa jatuhkan Tun Ghaffar kalau tak kerana duit.

Masalah Schenker ialah sumber beritanya banyak fitnah.

Sokongan Melayu pada Anwar merosot. Dan begitu juga pada PAS sebab sanggup jadi kuli DAP.

Saya tak main main. Inilah yang saya akan dapat di negara lain kalau pagi petang memfitnah negara tempat saya duduk. Kalau saya secara extreme mermpersendakan UK atau Britain atau Australia bila tinggal disana, jawapan mereka mudah saja. Kalau tak suka sila cari negara lain.

Kepada Anonymous, jangan bimbang. Saya tak hasut. Saya berpehgang pada ajaran Islam. "Sesiapa yang menzalimi bukan Islam bermaknya mereka menzalimi diriku( Nabi Muhammad SAW).".

Namun saya berhak pertahankan bangsa saya bila difitnah. Ada yang kata UMNO lakukan "etnic cleansing". Di India atau Serbia memang tapi bukan Malaysia.

shamshul anuar said...

Saudara anonymous,

bukan mahu bangkitkan perkauman. Hanya ingin beritahu pada yang "buta sejarah" ( terasa hati tetapi itu kebenarannya) akan May 13, 1969.

Saya tak bencikan orang Cina atau India atau Kadazan. Yang saya tekankan disini ialah DAP ialah satu parti perkauman. Itu saja. Dan memang ia satu kebenaran. Malah ramai kawan saya berbangsa Cina juga setuju.

DAP hanya pentingkan orang Cina saja. 1Malaysia diterima kalau menguntungkan orang Cina saja. Tetapi DAP tak pernah perjuangkan orang Melayu contohnya yang tertindas di sektor swasta.

"tak payah ungkit cerita lama..." Bukan mengungkit. Bila Melayu berdiam diri, extremist DAP keluarkan buku fitnah Tun Razak kononnya dalang menikam Tunku. Bila saya cerita apa yang terjadi pada Kg Baru, semua terdiam dan merah muka.

Orang Melayu dah lama terima bukan Melayu sebagai rakyat. Hak bukan Melayu tak pernah dinafikan. Yang jadi masalah ialah ada pemimpin Melayu seperti anwar yang mengapi-apikan semangat kecinaan hanya untuk dapat undi masyarakat Cina semata mata kemaruk nak jadi PM.

Dia dibantu oleh DAP yang tujuan hakiki untuk meruntuhkan UMNO. Memang UMNO ( macam DAP dan PAS) ada masalah dalaman. Tetapi UMNO bukanlah zalim sangat.

Cara Schenker berhujah seolah-olah UMNO terlalu zalim dan menindas bukan Islam.

Menindas? Kuil berselerak ditepi longkang atau tepi hutan, mengalahkan jumlah masjid. Tak dapat belajar bahasa Ibunda? Sekolah Cina dan India dibiayai kerajaan.

Tak dapat sertai politik? Betapa ramai calon MIC dan Gerakan dan MCA bergantung talian hayat dengan UMNO .

Tak dapat sertai ekonomi? Seboleh bolehnya mahu bolot semua dan kalau boleh tak nak langsung pegawai Melayu kecuali sebagai despatch. Terpaksa ambil juga kerana dasar kerajaan.

Tak dapat makan babi? Ladang babi bersepah sehingga cemarkan kampung dan sungai?

Mengenai Azmin dan Khalid, itu bukan masalah UMNO. Itu awak tanya PKR. Ada satu sistem lagi orang luar jadi KM tetapi Pengerusi Negeri diketepikan. Mscam di Pulau Pinang. Semuanya kerana nak bagi pada anak sendiri.


"janji tak korup..". Hak masing masing untuk memilih. Namun, apa yang saya tahu, Anwar Ibrahim ialah pemimpin paling korup pernah saya jumpa. Bagaimana Anwa jatuhkan Tun Ghaffar kalau tak kerana duit.

Masalah Schenker ialah sumber beritanya banyak fitnah.

Sokongan Melayu pada Anwar merosot. Dan begitu juga pada PAS sebab sanggup jadi kuli DAP.

Saya tak main main. Inilah yang saya akan dapat di negara lain kalau pagi petang memfitnah negara tempat saya duduk. Kalau saya secara extreme mermpersendakan UK atau Britain atau Australia bila tinggal disana, jawapan mereka mudah saja. Kalau tak suka sila cari negara lain.

Kepada Anonymous, jangan bimbang. Saya tak hasut. Saya berpehgang pada ajaran Islam. "Sesiapa yang menzalimi bukan Islam bermaknya mereka menzalimi diriku( Nabi Muhammad SAW).".

Namun saya berhak pertahankan bangsa saya bila difitnah. Ada yang kata UMNO lakukan "etnic cleansing". Di India atau Serbia memang tapi bukan Malaysia.

schenker78 said...

anon 1:46,

kamu kata pemuda gerakan bawa bendera, suruh menteri berundur pun boleh amok??

Gerakan hari ini masih di BN...awak pi tanya dia lah....Aku tak tau apa DAP buat...jangan samakan semua parti pada 1969...dap, gerakan, pas....

Malu lah sikit, perkataan amok asal dari bahasa melayu hari ini di guna pakai oleh English juga. Sebab Mat Salleh pun x pernah tgk cara naik minyak nya sesetengah orang melayu ini.... Tak payah amok2...

shamsul anuar,

kalau awak betul2 pedulikan nasib orang melayu, awak suruh remaja2 hari ini belajar rajin2, jangan asyik berkepit masa dalam IPTA, jangan hisap dadah, jangan malas, jangan merempit kat jalan, jangan jadi punk kat Bukit Bintang, jaga anak2 betul2 sampai umur mereka sampai 21thn, luangkan masa lebih dgn anak2 daripada buang masa dgn cerita bodoh UMNO, jangan jadi kaki ampu UMNO, tukar pimpinan UMNO dengan melantik orang yang tidak rasuah dan jangan harapkan kontrak dari UMNO....Berdikari lah.....

Awak syok sangat pakai tongkat, Lama2 jadi bongkok macam mahathir...

schenker78 said...

ethnic cleansing Di India dan Serbia memang???

Kalau di Pakistan dan Bangladesh ada apa pulak?? Di Sri Lanka?? Di Rwanda?? Di Iran??

Masjid2 kena bom kat pakistan dan Iraq oleh mazhab berbeza2 ...apasal pulak berlaku....RPK kata lebih rama muslim mati akibat di bunuh muslim lain daripada orang kafir...faham???

shamsul anuar, awak pi damaikan syiah, sunni, ahmedi, sufi, wahabi, osama, taliban dan lain2 kat seluruh dunia sebelum cakap pasal orang lain...

Kalau betul sokongan melayu jatuh terhadap anwar dan PAS, apa awak takut?? UMNO akan menang besar GE13....tak payah sibuk2 cakap pasal DAP dan mainkan sentimen perkauman....

DAP ini bukan pakai otak 1960 tapi berada kat 2010.....UMNO bila lagi nak maju?? masih ahli UMNO mcm awak kat tahun 1969.....

tahun 1969 adalah pembunuhan sistematik yang dirancang, bukannya amok atau riot....mcm juga Hakim Augustine Paul....last mati awal tahun ni menderita sakit kanser prostate....padan muka...jangan aniaya orang....kena balasan balik...

tak tahu lah apa nasib penyakit Gani Patail dan Musang Hasan nanti....

Satu lagi,

Anuar
Cerita sikit pasal ISRAEL ini. Nampak gayanga, mahathir dah berdamai dgn Soros, Najib pulak rapat dgn APCO dan kapal Israel boleh masuk Port klang, tak lupa PDRM dgn kontrak Israel-Singapore...hmm

komen sikit....UMNO ni parti penipu bukan???

shamshul anuar said...

Saudara schenker78,

Saya tak perlu damaikan Syiah , Sunnah, wahabi atau apa saja seperti awak tak perlu damaikan pertelingkahan antara kasta di India.

Saya bercakap pasal perkara di Malaysia. Sama seperti oang putih tak boleh disalahkan hanya kerana krisis Katholik-Protestant di Ireland, saya juga tak bileh disalahkan atas apa berlaku di Pakistan atau Rwanda.

Dan saya tak malu pasal perkataan "amok". sejak bila ianya jadi masalah. Dan awak pun tak perlu malu dengan perkataan Kasta, Harijan, Brahmin atau apa saja.

Tamadun mana yang bunuh 6 juta orang Yahudi. Tamadun mana yang setengah anggota masyarakat tak boleh disentuh walaupun bayang sekali. Dimana selalu kita dengar wanita mati terbakar kerana perbuatan ibu mertua.

Tentulh tak adil hina seorag India hanya kerana masalah kasta di India atau di estet di Malaysia.

Maksud saya senang saja. Jangan menghina seseorang kerana bangsa atau ugamanya seperti anda tidak mahu dina kerana ugama atau bangsa anda.

Kalasu UMNO nak zalim pada orang Cina atau India, dia dah buat lama dah ketika menguasai hampoir 74% kerusi Parlimen dulu. antara mau aau tidak saja.

Kenapa tak buat? Kerana itu bertentangan dengan ajaran Islam. Itu saja.

Bawa bendera pusing satu bandar satu hal. Meludah pada orang Melayu dan suruh dia berambus dari Kuala Lumpur satu hal lain. Itulah yang terjadi masa May 13,1969.

Itu satu kebenaran. Tetapi sudah tentu anda tak mahu percaya. Pergilah Kg Baru dan cakaplah dengan orang disana. Tanyalah mereka.

Setiap yang hidup akan merasai mati. Sipoapa anda untuk kata Augustine Paul mati kerana zalimi Anwar.

Bukankah Anwar dulu cakap pasal racun arsenik. Tak mati pun.

Saya rasa anda bukan Islam. Tiada orang Islam yang difitnah akan mengelak jika disuruh bersumpah. Ini cara orang Islam cari kebenaran.

Hanya orang yang takut atau memyembunyikan sesuatu akan mengellak. Dan tak percaya ? Tanya Mohd Sabu yang suatu masa dulu cabar Dr Mahathir pecat Anwar kerana homoseks.

Atau Karpal singh. Dia dulu kata ada bukti Anwar homosseks.

schenker78 said...

itu bukan anwar cakap dia kena arsenik, tapi zulkiply nordin, lawyer anwar talam 2 muka.

dia mcm spy utk dua pihak...umpama usa vs soviet....talam 2 muka spy yg paling bahaya dan x boleh dipercayai.

umno dlm bahaya kerana zul nordin, zahrain, fairuz dan 2 ekor katak perak , tak lupa raja katak, Ibrahim ali.....