12 December 2010

Ampu mengampu - cara mencapai kejayaan

Saya diminta oleh salah seorang yang mengikuti tulisan saya untuk menulis tentang budaya MENGAMPU dan ‘consequence’nya kepada parti-parti, samada yang memerintah atau pun yang membangkang. Zainal Ali telah berjaya meyakinkan saya bahawa budaya ini memang telah menjadi penyakit didalam UMNO dan juga kepada parti PKR dan mengikut beliau kedua-dua parti ini mempunyai sindrom mengampu yang seolah-olah tidak dapat dikawal khususnya oleh pucuk pimpinannya.

Hasilnya, parti-parti ini mempunyai ‘attribute’ yang sama dan ianya sudah tentu membawa hasil yang negatif kepada kesihatan parti-parti tersebut. Lazimnya jika budaya ampu mengampu itu menjadi keterlaluan, ianya akan merosakkan persatuan, Institusi dan ianya akan merebak dan membawa kerosakkan kepada negara.

Dalam UMNO ‘the good and quantifiable leaders’ sudah tiada lagi. Kebanyakkan pemimpin kita menaikki tangga sosial dan politik melalui proses-proses ampu mengampu dan tidak kena mengena dengan kemampuan yang telah terbukti. Itulah sebabnya parti yang memerintah ini sudah kehilangan kudrat untuk mencari pemimpin yang berkebolehan dalam mentadbir negara dengan betul.

Siapa sebenarnya yang suka mengampu dan siapa pula yang suka diampu itu?

Pengampu itu ialah orang yang tidak ada keyakinan diri.DAN orang yang mengampu-ngampu ini sebenar tidak ada ‘kesetian’ kepada sesiapa terutamanya kepada kepada negara. Mereka ini hanya mempunyai kesetiaan dan perjuangan untuk kepentingan peribadi mereka sahaja dan sifat mengampu ini selalunya akan disaluti dengan kepura-puraan yang sangat menebal. Mereka ini akan menunjukkan kesetian semata-mata untuk memngambil hati mereka yang diampu terutamanya jika yang diampu itu mempunyai kedudukkan dan pengaruh yang boleh memberikan keuntungan kepada yang mengampu itu.

Selalunya yang mengampu ini merupakan kumpulan yang boleh dianggap sebagai ‘very good supporter and a very bad enemy’. Katakan DS PM sedang bertentangan pendapat dan pandangan dengan seorang yang lain sipengampu akan bersama-sama bermusuhan dengan orang yang bertentangan dengan PM itu malah mereka akan lebih garang dan kuat pukulan terhadap orang yang bertentangan pendapat dengan Najib itu.

Kenapa begitu? Jawapannya ialah, Najib mempunyai kuasa eksekutif yang besar dan jika Najib pus hati dengan tindakkannya si pengampu itu Najib yang termakan ampu itu akan memberikan apa-apa yang dikehendakki oleh sipengampu itu….mungkin nak jadi calun, mungkin mereka mahukan kuasa yang ada pada Najib itu untuk memberikan sokongan kepada ‘proposal’ projek-projek beliau yang telah dikemukakan kepada mana kementerian atau jabatan dan sebagainya.

Sipengampu itu selalunya tidak mempunyai tulang belakan yang kuat dan oleh kerana mereka mengampu maka segala apa yang sepatutnya diberikan kepada orang yang benar-benar berkemampuan yang tidak mengampu itu akan ditingglkan begitu sahaja. Oleh kerana ramai yang mengampu maka pemimpin yang diampu itu tadi akhirnya akan hanya nampak sipengampu-pengampu tersebut dan individu yang kebih berkemampuan itu akan terlepas pandang dari pemimpin yang termakan ampu tadi.

Apabila sipengampu-pengampu ini mendapat tempat dan menaikki tangga kejayaan kerana ampuannya yang berterusan maka mereka akan mengharapkan orang lain akan mengampu mereka pula. Maka akan timbullah kepimpinan yang lebih lemah dari pemimpin yang mahukan ampuan tadi, maka secara tidak disedari parti atau pertubuhan yang mereka anggotai itu akan menjadi lemah dari masa kemasa. Jenis itulah yang mempunyai kedudukkan pada masa kini dan budaya mengampu itu sudah tidak terkawal lagi.

Justru itu kumpulan yang memimpin akhirnya terdiri dari mereka yang mengampu dan yang suka diampu. Mereka ini lah yang sedang memegang kuasa pada hari ini.Ramai diantara yang ada pada hari ini adalah pengampu-pengamopu yang besar suatu ketika dahulu. Mereka mendapat kedudukkan yang tinggi kerana mengampu Dr Mahathir dahulu. Tetapi dengan kedudukkan tinggi yang mereka perolehi dari Dr Mahathir dulu dipergunakan untuk membelasah Dr Mahathir kembali juga kerana hendak mengampu pimpinan yang sedang berkuasa pada hari ini.

Pendeknya pengampu-pengampu ini merupakan parasit kepada kepimpinan negara. Tetapi apakan daya pimpinan lebih senang dengan ampuan yang sangat-sangat mereka perlukan kerana kelemahan mereka sendiri.

Kepada Zainal Ali, saudara tidak payah mempunyai daya pemikiran yang betul untuk menaikki tangga kejayaan. Yang perlu untuk saudara hanyalah kemahiran mengampu sahaja. Sekarang sudah terjawab persoalan kenapa ada pemimpin yang sepatutnya sudah berhenti masih berada diatas dan kenapa mereka yang tidak disangka-sangka boleh menaikki tanga kejayaan politik mereka. Semuanya adalah kerana budaya mengampu.

Saudara Zainal Ali, Setakat itu sahajalah yang saya dapat menjawab pertanyaan saudara itu.

6 comments:

Anonymous said...

Salam tuan, ampun mengampu ni bukan perakara baru semua parti politik seantero dunio. Bak kata org puteh "Its not what you know but who you know". Hebat mano pun org itu waima berjelo-jelo sijil PHD dio tak ko mano dio kalau tak pandai mengampu. Itu lumrah!
Berbalik kpd perubahan dalam pimpinan umno negeri dan kabinet umno, tak perlu risau ramai pun dah mengampu untuk dipilih. Dalam hal ini, kalau kokal...lega, kalau gugur...bersodih tp org lain yg terpilih suko hati. Jadi ada yg suko dan ado yg marah. Itu lumrah!
Namo yg naik dan gugur kalau cakap2 org umno adalah - (Menteri Gugur) Rais Yatim (NS), Ismail Sabri (Phg), Sabery Cheek (Tgnu), Khalid Nordin (Johor). Yang naik Khairy Jamaluddin (NS), Saifuddin Abdullah (Phg) dan Fuad Zakarsyi (Johor).
Perhubungan Umno yg gugur/tukar Shapie Adpal diganti Dato Bashah (Kedah); Hishamuddin/Md Said (Tgnu); Zahid Hamidi/Zainol Abdidin (PP); Mat Hassan/Isa Samad (NS); Adnan Yaakob/Najib; Khir Toyo/Najib.
Betul atau tidak tggu Najib umum nanti. Ini cakap2 org Umno saja.

Anonymous said...

CUKUP-CUKUPLAH MENCARI MAKAN SECARA MENGIPAS DAN MENGAMPU INI.....

-sg missisippi-

Anonymous said...

Tn. Hj. Aspan,
Bodek jangan tak bodek. Kalau tak silap saya budaya ini dah pun bermula dari peringkat persekolahan rendah lagi. Bila dah sampai keperingkat kepemimpinan negara, lagi la hancus. Bagaimanapun rakyat dah celek. Tanya sekarang Rakyat kata rahsia, nanti PRU13 rakyat bagi jawapan..Rakyat..He3..

Desa Mentari said...

Salam Tuan Aspan,

Dalam komen2 saya yang lepas ada mengatakan kegagalan T.Mahathir. Salah satu kegagalan beliau adalah kerana gagal menangani isu mengampu. Apabila dikritik walau benar kena tindakan. Hingga sekarang ne pun juak2nya masih mengampu lagi.

Bila nak berubah

Quiet Despair said...

Dah menjadi lumrah alam, kerja ampu-mengampu ni.
Dalam blog nipun, ada yang tersangat mengampu Aspan.
Ramai yang mengampu kerana nak hidup.
Kalau tak, tak wujudlah banyak pepatah Melayu tentang ampu bodek.
Sokong bawa rebah. Lebih sudu dari kuah.
Tetapi pempin perlu bijak menilai siapa yang cuma mengampu dan siapa yang mengkritik untuk kebaikan parti.

mo said...

Asalam saudara aspan,,, Budaya mengampu telah berlaku sekian lama dalam sejarah sejagat,,,hanya manusia yg tidak mengigati pengampu ini satu budaya yg memakan diri ??? Sejarah memboktikan pengampu inilah yg membawa kejatuhan sesebuah kerajaan dalam sejarah....Seperti yg berlaku dalam pemerintahan kita yg ada dan semua peringkat,,, kita masih mengunakan kaedah yg sebegini ??? demikian juga berlaku dgn parti lain dalam negara kita??? Dgn ini timbullah istilah baru yg di namakan kroni ??? Kroni inilah yg menjadi pengampu, dan menjadi rakan2 yg di percayai, hingga lah melibatkan scandle2 negara dan penipuan dalam kerajaan dan gajala rasuah yg menjadi dalam kerajaan...Selagi pemimpin yg kita ada masih takut dan pengecut,,,menerima perbedaan pendapat selagi itu keadaan kerajaan yg mana satu yg rakyat beri kepercayaan ,,, akan menjadi munur dan jumut???