05 December 2010

Harap Najib tidak menjadi pembawa dalil hari kiamat.

Biar kita berkelahi dahulu. Jangan pula ‘rumah siap pahat berbunyi’. Berunding biar dalam gelap asalkan adat berlalu dengan baik dalam terang. Saya tidak dapat untuk mengelak dari menulis isu mempertahankan pemerintahan oleh UMNO, jika boleh. Saya selalu dilabel sebagai orang yang tidak sayangkan parti oleh setengah pihak yang tidak suka kepada ‘guts’ yang ada pada diri saya untuk memperkatakan yang benar.

Ada pihak yang tidak suka kepada berita yang mereka tidak suka mendengarnya. Mereka hanya suka jika saya atau sesiapa pun menulis dan bercakap memuji dan mengampu mereka yang sedang berkuasa. Saya tahu jika saya bersama mombodek dan mengampu saya takut saya akan menjadi salah seorang yang bertanggungjawab menjahanamkan parti lebih-lebih lagi perjuangannya.

Saya sanggup menerima apa sahaja risikonya asalkan sahaja kita mendapat syufaat dan rahmat dari Rasul dan Tuhan kita. Jika apa yang saya katakan boleh membantu kemenangan, maka mereka yang mengampu sekarang ini bolehlah mendapat apa-apa yang diidamkan dari kemenangan dari itu. Tetapi kita terpaksa memahami dan mengakui yang UMNO dan BN sekarang ini ibarat ‘telor dihujung tanduk’.

Sikap membenci kepada yang bercakap benar ini merupakan penyumbang besar kepada kelemahan kita selama ini. Malahan itu adalah salah satu dalil hari hendak kiamat; yang benar itu dihina dan yang salah itu dijunjung. Bagi puak ini kalau menyokong itu mesti memuji dan memberikan hanya berita baik: beres boss! Don’t worry boss! Si anu tu tak menyokong boss! Dan sebagainya.

Saya melihat ada diantara yang kononnya menyokong itu meminta wang dan projek. ‘kalau dapat projek ni bolehlah saya bekerja untuk kemenangan kita boss!’. Masing-masing sibuk dengan mencari projek dan bebagai-bagai lagi untuk kepentingan peribadi dan keluarga mereka.

Apa yang saya sebut ini merupakan cebisan yang boleh dijadikan pelajaran kepada pimpinan kita. Puak pengampu dan pembodek ini jugalah yang akan menjadi kumpulan yang paling awal menyeberang kepihak lain jika pihaknya kalah dalam pilihanraya nanti. Yang penting mereka mesti berada dipihak yang menang.

Semasa Abdullah Badawi diantik saya merupakan salah seorang yang tidak berapa seronok dengan tindakkan Dr Mahathir melantik beliau kerana memahami sedikit sebanyak kemampuan pemimpin ini. Saya tidak membangkang perlantikkan beliau sebagai sebagai Timbalan Perdana Menteri, tetapi saya tahu jika beliau dilantik sebagai Timbalam PM maka beliaulah yang akan mengambil aih jawatan PM itu jika Dr Mahathir berhenti dan bersara.

Pak Lah adalah Timbalan yang baik tetapi saya meragui kebolehan beliau untuk menjadi PM yang ‘viable’ untuk politik dan pentadbiran negara yang indah ini. Orang ramai rata-rata merasakan Pak Lah hanya baik untuk menjadi Timbalan tetapi tidak untuk menjadi PM. Apabila kebenaran itu timbul dan terbukti Dr Mahathir menyalahkan semua pihak kerana kegagalan Pak Lah kecuali diri beliau sendiri.

Tetapi apabila saya meragui keupayaan Pak Lah menjadi PM saya telah dibelasah oleh banyak pihak termasuklah pimpinan diBahagian dan negeri saya dan ramailah dikalangan ahli politik yang bercita-cita menggambarkan persepsi buruk kapada diri saya kepada kepimpinan parti. Saya mengambil sikap mendiamkan diri sehingga hari ini malahan saya tidak lagi aktif hasil dari politik kotor itu.

Tetapi apabila Pak Lah mendapat tentangan dari ramai pimpinan disetiap peringkat mereka yang mengampu itu jugalah yang melakukan berbagai-bagai tindakkan untuk memastikan Pak Lah bersara. Mereka semeskali lupa yang merekalah yang pernah mendukung dengan memberikan berbagai gelaran yang baik-baik kepada Pak Lah seperti panggilan ‘Mr Clean’ dan sebagainya.

Sikap ramai pemimpin yang seperti ini ibarat seorang panglima tentera yang lemah; yang pertama mengangkat bendera merah jika mencapai kemenangan dan juga yang pertama mengangkat bendera putih jika berada dipihak yang kalah. Budaya ini telah menjadi budaya dan berakar umbi didalam parti dan inilah yang menyebabkan sokongan yang kita lihat kepada UMNO merupakan sokongan yang tidak tentu ‘legitimacy’nya. Semasa itulah berpusu-pusu kumpulan oportunis untuk menguasai parti kerana ramai yang ingin mengambil kesempatan dengan kelemahan pentadbiran masa itu.

Orang-orang seperti ini jugalah yang terawal meninggalkan parti UMNO jika kuasa dan pentadbiran kerajaan dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Puak ini merupakan parasit kepada parti selama ini dan lemahnya parti UMNO ialah kerana diberatkan oleh ‘baggage’ sperti ini. Dengan kata-kata lain UMNO dianggotai oleh terlalu ramai ahli yang bersikap seperti ini. UMNO hanya berguna kepada mereka semasa berkuasa dan akan ditinggalkan mereka jika tertewas.

Itulah sebabnya saya tidak berhenti-henti inginkan perubahan secara besar-besaran dalam UMNO. Saya pernah mengkategorikan ahli-ahli UMNO seperti ini ibarat ayam daging. Mereka terlalu biasa dan lazim diberi makanan dalam reban. Jika reban ini roboh mereka akan masuk kereban lain untuk mempastikan boleh menyuap dan menyududu makanan didalam reban yang baru. Yang penting mereka mesti dapat makan secara senang.

Budaya buruk ini telah menjadi UMNO dianggap sebagai parti yang telah hilang imej perjuangan nasionalisnya dan diambil alih oleh imej tauke dan dikuasai oleh opotunis-opotunis yang tidak mempunyai semangat perjuangan lagi. UMNO telah dikuasai oleh orang-orang eksklusif dan imejnya tidak lebih dan tidak kurang seperti kelab eksklusif untuk ‘the rich and the famous’ sahaja.

Ahli-ahli diminta bekerja keras mempertahankan parti untuk kepentingan kumpulan ekskusif tadi. Ahli-ahli biasa hanya dijadikan sebagai dahan bongkok untuk kera-kera meniti. ATAU dijadikan seperti kerbau membajak disawah ditengah panas terik sedangkan dua tiga ekor tikus yang kenyang dalam kepuk padi.

Sekarang ‘kerbau-kerbau’ yang digunakan untuk membajak sudah sedar tentang perlakuan ‘tikus-tikus’ itu. ‘Kerbau-kerbau’ sudah malas untuk membajak. Mereka mula memahami keadaan sebenarnya, maka sawah-sawah sudah tidak dikerjakan lagi.

Pekerja-pekerja parti sudah tidak bergerak lagi dimana-mana Bahagian diseluruh negara. Hasilnya UMNO telah tumpas dibanyak kawasan parlimen didalam PRU12 yang lalu.

Tidak tahulah samada ‘kerbau-kerbau’ ini masih mahu melakukan kerja berat lagi didalam PRU13 yang akan datang. Ianya bergantung kepada pada taukeh sawah yang akan kita dengar tidak lama lagi. Kali ini pastikan yang ‘kerbau-kerbau’ tidak diperdaya oleh seekor dua tikus seperti yang berlaku sejak beberapa lama dahulu.

Hentikan sikap suka menjadikan rakyat sebagai ‘kerbau’ yang gunanya hanya untuk memikul kerja yang berat tetapi hasilnya difaraidkan oleh ‘tikus-tikus’ gemuk dikepuk padi.

Tak sabar rasanya menunggu pengumuman Najib tentang perubahan dalam parti yang dijanjikan beliau tidak lama lagi. Apa sebabnya ramai yang tidak sabar?

Jawapannya; kerana ianya adalah penentu kepada nasib parti-parti yang memerintah dalam piihanraya yang akan datang. Kalau ada nasib yang baik, baiklah perubahan yang akan beliau umumkan. Jika sebaliknya saudara sambunglah ayat ini sendiri….

8 comments:

Anonymous said...

Jika tuan berpegang pada kenyakinan tuan terhadap Paklah, saya juga berpegang pada kenyakinan saya terhadap Najib.

How's this -
BAGAIMANA HENDAK TUKAR NAJIB SELAKU PM DENGAN PEMIMPIN MELAYU LAIN TAPI WAKTU SAMA TETAP MENYOKONG BN ?

It might sound childish but what to do, this is how i feel. Dan saya percaya ramai orang Melayu lagi yang sependapat.

http://dinturtle.blogspot.com/2010/12/rakyat-berkuasa-memilih-kerajaan-tapi.html

Desa Mentari said...

Salam. Tuan dihormati,

Rata2 rakyat sudah tak percayakan umno lagi. Pemimpinnya dipenuhi oleh mereka yang memikirkan tembuluk sendiri saja. Sikap ini sangat kontra dengan apa yang saya lalui dizaman kanak2 dulu. 50 tahun saya melihat bapa saya dalam umno. Sekarang tak macam dulu lagi.. keciwa saya.

Saya rasa T.Mahathir harus memikul tanggungjawab kemusnahan umno ne. 22 tahun pemerintahannya gagal membentuk ahli umno yang mengutamakan rakyat dari kantung sendiri. Beliau hanya banyak buat pembangunan material sahaja.. pembangunan insan habok..

anda gagal Mahathir..

Najib...anda janganlah gagal jugak.

Tuan Aspan pendapat anda bernas. jika setiap ahli umno seperti anda.. Malaysia ne tak kan ada orang miskin.

Anda orang umno, saya bukan.. saya hanya anak ahli umno 50 tahun.

Kembalilah seperti dulu..

Salam

Anonymous said...

Tn Aspan
Tulisan tn baik untuk dihayati.

1Dr M melakukan kesilapan bila beliau pilih T Lah sebagai pengganti. Tetapi Tun M ada alasan yag baik saya kira bila Tun M mengatakan PAKLAH BERUBAH APABILA DIA SUDAH JADI PM, dan itu pasti ada benarnya kerana siapa yg berani menyanggah dia sebagai pm, sebagai presiden umno, sebagai pengerusi bn. Keadaan diburukkan lagi dengan kehadiran menantunya berkelulusan cambridge.

2Saya tertarik dengan idea tn mengatakan ahli umno digunakan sebagai kerbau bajak oleh beberapa kerat pemimpin umno. Ini realitilah, siapalah yg mendapat nikmat dengan kemenangan umno? Dan cuba dalami pula siapa yg memenangkan seseorang calon umno/bn? Golongan peniagakah, kakitangan kerajaankah, poliskah, tenterakah, menteri2 dan beberapa kerat kuncunyakah? Jawapannya tidak, daripada undi marhain2 terdiri org2 kampung, peniaga2 pasar malam, buruh2 bangunan, manusia2 jalanan yg tak ada haluan, drebar lori dan teksi,yg memenangkan datuk2 menteri yg ada. Namun persoalan saya apakah nikmat yg didapati oleh marhain2 ini??????? Jika pembodek2 yb dapat projek dan dapat kaya segera, apa yg didapati oleh orang2 yg sebenarnya memenangkan parti sehingga dapat membentuk kerajaan?
Fikir2kanlah

masmerah

Anonymous said...

Saya amat bersetuju dgn pendapat Tuan yang perlu berubah. Saya amat takut dgn statement Najib " Kita perlu pertahankan Putajaya dgn apa cara sekali pun ". Ini mengingatkan saya kpd sejarah pemilihan UMNO sewaktu Ku Li mencabar Dr M dan ada ura-ura DSAI utk mencabar UMNO. sekiranya Dr.M berani dan gentlemen dalam kancah politik beliau seharusnya berani bertanding secara orang ygbertamadun. Kita bolih lihat perubahan2 PM di UK, Jepun dan lain-lain negara maju yang banyak berubah tanpa menjejaskan keselamatan dan ekonomi negara. Pokoknya jgn anggap jawatan yang dipegang itu hak kita selamanya.

mo said...

Asalam saudara aspan,,,,, Tidak ada kemungkinan saran saudara mendapat perhatian dari pihak umno dan najib.. ??? Kemungkinan besar saranan ada sekadar menjadi bahan sampahan umno dan najib... Najib tidak akan memberi keyakinan kepada rakyat,,, salagi najib sendiri belum membuang segala kekoturan yg sedang melekat dalam badan najib... najib sendiri membawa satu malapataka kepada umno,,,rakyat tidak yakin dgn permasaalah yg menjadi permasaalah??? mana mungkin insan yg waras bisa memnjadi najib seorang pemimpin yg jujur dan iklas??? Umno kan berjalan seperti biasa,,, harga barng keperluan akan senantiasa di naik kan ??? Inilah pemimpin yg kita harapkan ??? Saya nak tanya mana selogan rakyat di dahulukan ??? Kosong.... Perbuatan dan tindakkan yg najib buat lansung tidak boleh di yakin,,, rakyat terang di bohongi dgn alasan yg tidak dapat terima.... Namun najib masih boleh lagi yakin umno dan bn masih dapat memikat rakyat??? Itu sekadar membuat sendiri shok ??? Rakyat telah berubah dan mual dgn apa yg berlaku dan telah berlaku dgn kepimpinan yg ada ???? Mungkin perkasa ibrahim ali dan penyokong umno yg extrem mungkin di harapkan untuk menyambung tali hayat najib... Tidak dapat tidak perubahan akan berlaku dalam landscape politik dalam g13..... tq

Anonymous said...

Tahniah saudara! membaca blog anda, anda adalah seorang yang gentlemen. walaupun kami di sini bukannya ahli umno, anda tetap menyiarkan komen pedas kami. kalau ada sepuluh orang macam anda pasti parti lain akan tergugat.

Anda boleh di kategorikan sebagai diantara "ahli-ahli umno yang terakhir dalam saf perjuangan parti anda".

Kami telah lama meninggalkan parti sonsang ini sejak kemelut dizaman 90an kerana telah sedar bahawa perjuangan umno adalah sia-sia. Menagungkan "ketuanan melayu" tidak sesuai dengan islam, kerana menyerupai perjuangan Yahudi iaitu "bangsa terpilih". sebagai seorang islam gaya hidup kita dilarang oleh penghulu kita Nabi s.a.w meniru gaya Yahudi laknatullah.

Kerana Tuhan yang esa telah berfirman dalam surah An-Nisa yang bermaksud"berilah keadilan kepada kaum-kaum yang kamu tidak suka, kerana berlaku adil itu hampir kepada taqwa". dan begitu juga dalam surah al-Hujarat, dengan firmannya bahawa" Tuhanmu menjadikan kamu dari berbagai puak supaya kami saling mengenali antara satu dengan yang lain". Jadi dengan "ketuanan melayu" itu sendiri secara tidak langsung bertentangan dengan cara hidup islam.

Umno hanya akan mendapat sokongan melayu sekiranya parti itu mengamalkan lebih polisi keakhiratan dari polisi keduniaan. Kalau setakat nak buat bangunan 100 tingkat tak payahlah, sebab orang negara lain boleh tunjuk hebat lebih dari kita malah rakyat juga tak dapat apa-apa manfaatnya.

Anonymous said...

cakap tuan ada asas yang perlu di tangani untuk kemenangan UMNO. ada komen di atas nak menyalahkan Tun, nak buang UMNO semua tu bukan pointnya. yang penting sekarang surival parti UMNOdan apa yang UMNO patut buat. ada yang cerita nak islam tapi tak nak ketuanan melayu. mereka ini tidak faham perjalanan politik dan kehendak semasa. mereka kata nak islam tapi tidak tahu asas perjuangan yang di kehendaki islam.bagi saya yang penting seperti tuan Aspan sebut tadi bagaimana UMNO harus bertindak untuk kemenangan parti orang melayu islam dan mengekalkan kesinambungan pemerintahan melayu. apa yang saya lihat ialah najib tidak ada perubahan yang di lakukan. coba berikan apakah perubahan yang dia telah lakukan. najib bukan jeni yang suka ambil risiko. kabinet pak lah di kekalkan. kabinet ini lembab. menteri ramai yang dah berkarat.hak2 orang melayu kurang di beri perhatian. tidak banyak perubahan. kita tidak makan dengan hak samarata sama juga kita telah tahu bahawa kalau cia sanggup berikan harta mereka kepada orang melayu untuk kekayaan samarata, barulah bolih kita bincankan hak samarata. yang tidak akan terjadi.kenapa perlu sekolah berbagai aliran, adakah ini akan menjainkan perpaduan kaum atau lebih kepada perpecahan kaum. semua ini najib gagal tangani. tidak ada perubahan yang di lakukan. hisyamudin menteri yang lemah, begitu juga Sabri. yang lain ramai yang kurang aktif. secara ringkas najib tidak berupaya. KJ masih di beri peluang walaupun UMNO sendiri tahu betapa KJ tidak mampu dan kredibilitinya teruk.yan najib beralih kepada minta sokongan Cina dan India kenapa? sedangkan orang melayu masih menunggu apakah Najib telah menyakini mereka akan hak2 mereka. Cina dan India tak akan puas menagih namun bangsa Melayu yang sentiasa beri sokongan masih menanti najib. trend pimilihan nanti di jangkakan melayu undi melayu dan cina undi DAP. ini najib kena faham dan kalau najib tidak berubah, UMNO tak akan berubah. kalau najib tak upaya, eloklah Muhyudin gantikan saja. jangan tunggu lagi, lambat nanti.

anak muda said...

Semua orang tau UMNO dipimpin oleh pelapis yang serba cacat ketika bahtera ini kian usang dan bocor. Kami hairan kenapa ahli-ahli umno yang bijak pandai sanggup menjadikan umno sebagai batu loncatan untuk hawa nafsu, kita lihat semua pimpinan umno terlibat dengan pelbagai rasuah, salah guna kuasa dan bermaksiat. Inikah yang kita dapat dari institusi UMNO yang gemilang dan terbilang? kalau pandai tak boleh diikut dan bodoh pula tak boleh diajar! adakah mereka ingat lakunan untuk mengabui mata rakyat dari melihat keburukan mereka akan terus berjaya? saya begitu kecewa dan amat malu melihat permainan ini. Orang umno tau parti mereka sedang sakit tetapi masih berlagak sihat dan waras. Tidak mustahil masa akan tiba untuk umno merasa peranan sebagai pembangkang pula peringkat parlimen. Masa itu nanti kuku besi mereka akan berkarat dan tidak mampu lagi mencengkam mana-mana negeri. Bayangkan najib dan sekutunya pula disergah dan dihalau dari dewan rakyat!!!