23 December 2010

Padan muka aku

Rakyat Malaysia merupakan rakyat yang sudah mula menanggung hutang dalam usia yang muda. Apabila tamat sahaja pengajian diUniversiti, segulung ijazah yang diterima dari universiti itu akan diiringi dengan beban hutang yang besar. Dengan segulung ijazah itu mereka akan mengambil giliran turun naik mahkamah kerana tidak mampu untuk melunaskan hutang yang begitu besar.

Belum pun mendapat kerja semua graduan akan berhadapan dengan hutang selalunya dengan PTPTN. Jika mendapat bekerjaan graduan-graduan ini, belum pun sempat membantu ibu bapa mereka yang membesarkan mereka selama ini sudah terpaksa memberikan tumpuan untuk membayar hutang.

Bila hutang hampir selesai ibu bapa tadi sudah terlalu tua dan ada yang tidak sempat menerima kemanisan hidup dengan anak yang telah berjaya dalam pelajaran mereka. Semakin maju negara ini semakin hilang kemudahan kita yang asas seperti pelajaran dan kos rawatan kesihatan.

Semasa pentadbiran sebelum Dr Mahathir mahasiswa kita mendapat pembiayaan pelajaran melalui biasiswa kerajaan. Mahasiswa kita boleh memohon banyak tempat untuk mendapatkan biasisa itu. Semasa itu pinjaman pelajaran hampir tidak wujud.

Setiap pelajar akan dibiayai oleh salah satu dari banyak punca pembiayaan. Kalau sekumpulan mahasiswa berkumpul setiap diantara mereka ada biasiswa mereka. Setengah mendapat pembiayaan kerajaan negeri yang semasa itu disebut sebagai ‘state scholarship’. Setengahnya mendapat ‘federal scholarship’ iaitu biasiswa kerajaan persekutuan. Yang lain-lain yang tidak mendapat biasiswa kerajaan negeri atau persekutuan akan mendapat biasiswa Bank Bumiputra (BBMB) atau PETRONAS.

Tengku Razaleigh Hamzah telah menggunakan kedudukannya diBBMB dan Petronas dengan menyediakan ribuan biasiswa bagi pelajar kita kerana salah satu dari matlamat penubuhan agensi-agensi kerajaan ini ialah untuk menyediakan kemudahan pelajaran yang merupakan asas penting bagi kemajuan negara dan bangsa kita dimasa hadapan.

Segala-galanya itu hanya tinggal cerita yang nostalgik sahaja. Mencari pembiayaan untuk anak-anak untuk melanjutkan pelajaran merupakan satu usaha yang sangat memenatkan. Ibu bapa menaikki tangga satu jabatan kesatu jabatan untuk memenuhi hajat anak-anak yang ingin belajar. Pergi keMARA pegawainya kata MARA tidak ada duit. Pergi JPA pegawainya kata tak ada duit. Kemana-mana pergi pun jawapannya,tidak ada duit.

Baru baru ini MARA mengumumkan yang agensi tertua negara itu memberitahu yang MARA tidak lagi menaja pelajar untuk keluar negara bagi kursus sajana muda tetapi hanya menaja untuk kursus sarjana. Tetapi ramai pelajar yang hendak meneruskan pelaran keperongkat sarjana tidak juga dapat perhatian.

Macam mana nak ‘reconcile’ perancangan kerajaan hendak menjadi negara maju tetapi asas bagi rakyat untuk belajar tidak mencukupi? Pada tahun tujuh puluhan semua mahasiswa diberikan penajaan yang tidak payah dibayar kembali. Semasa itu negara kita saolah-olah hampir sama dengan kesebelasan negara-negara Scandinavia dalam mana pelajaran dan pendidikkan adalah percuma.

Tetapi semakin maju negara kita nampaknya semakin susah bagi rakyat hendak mendapatkan kemudahan untuk belajar keperingkat yang tinggi. Segala-galanya terpaksa dibayar dengan harga yang terlalu tinggi yang tidak berpatutan. Wang ratusan billion dibelanjakan sesuka hati dengan menawarkan projek mega yang harganya berlipat kali ganda. Harga yang RM 500 juta ditawarkan dengan harga RM 1 billion misalnya dan cara memerah wang rakyat secara sistematik ini sekarang sudah menjadi cara mentadbir negara kita ini.

Bagi negara maju sepatutnya pendidikkan, kesihatan dan bekalan air adalah percuma. Tetapi disisni semuanya terpaksa dibayar dengan harga yang keterlaluan tingginya.

Negara-negara Scandinavia adalah negara yang berpendapatan tinggi, malahan jauh lebih tinggi dari negara-negara G8. Tetapi pendidikkan adalah percuma. Negara German juga menyediakan kemudahan pelajaran percuma sehingga keperingkat yang tertinggi. Bagi kita Najib baru sahaja merancang untuk menjadikan negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 kos pelajaran dan pendidikkan sudah naik keterlaluan dan kemudahan biasiswa telah hampir dihapuskan.

Kita baru berangan-angan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi yang belum tentu tercapai tetapi kos pelajaran sudah terlalu tinggi. Persoalannya dimanakah rakyat kelas menengah dan dibawahnya hendak mencari sumber kewangan bagi pendidikkan anak-anak mereka. Hanya yang ada ialah PTPTN yang akan mengejar mereka selepas sahaja mereka mendapat ijazah-ijazah mereka.

Semuanya ini tidak diambil endah oleh pimpinan sejak 3 dekad yang lalu. Apabila ada yang mengkritik maka penyokong-penyokong dan pengampu-pengampu akan menerjah kepada pengkritik-pengkritik tersebut. Akhirnya yang menyokong tindakkan pimpinan mereka itulah yang sekarang terkapai-kapai hendak memberi pendidikkan kepada anak-anak mereka.

Lain-lain perkataan, kita ini menyokong kepimpinan yang akan memberikan kesulitan kepada anak-anak dan cucu kita. Kalau dikaji secara halusnya kitalah yang bertanggunjawab diatas segala kesusahan ini kerana kita juga yang memilih mereka dahulu.

Padan muka kita semua!

32 comments:

zain adid said...

Aspan,
Saya pun gitu.Padan muka saya kerana terlalu percaya kepada pemimpin kita.

Desa Mentari said...

Salam Tuan Aspan,

Yang peliknya mati2 org puji puja dia bagai nak rak.. kalah puji nabi. Kalau boleh lubang jubo pun nak jilat. Sekarang ne .. padan muka semua.

Kalau boleh Tuan senaraikan la apa yang tuah melayu dah tergadai.. biar jadi sejarah.

Anonymous said...

Yo just work for your own education man. Wait tables, sales, etc get out of this self entitled mindset

Anonymous said...

Dengan pinjaman pada faedah yang sangat rendah, itupun sudah memadai untuk ramai yang keluarga tidak mampu. Bila bekerja kelak, boleh bayar balik secara ansuran, itupun pada premium yg sangat rendah.

Saya masuk universiti dlm tahun 83, dan gagal mendapat biasiswa apabila ditemduga. Penemuduga terus "menghalau" saya keluar kerana bapa saya seorang guru. Mereka tidak lihat bahawa bapa saya adalah guru katergori terendah (iaitu, hanya B2 pada masa itu -- utk yg kelulusan Tingkatan 3) dan terpaksa menanggung 4 orang anak.

Saya terpaksa bekerja hujung minggu untuk menampung penginapan dan makan minum saya di universiti. Nak pinjam bank, mereka nak collateral yg saya memang takde. utk yuran semester, saya terpaksa pinjam daripada seorang saudara dan saya melunaskan kesema hutang (pinjaman untuk yuran pengajian) dalam masa setahun bekerja.

Untuk makluman, saya seorang warga Malaysia berbangsa Cina.

Anonymous said...

Macam ada org cakap, yang akan menentukan padan muka kita nanti adalah apa yang kita pangkah nanti. Berhati2 jangan pisang berbuah lagi. Jangan hanya dgn rm100 masa depan kita hancur lagi.

flyer168 said...

Aspan,

"Rakyat Malaysia merupakan rakyat yang sudah mula menanggung hutang dalam usia yang muda."

Just to share this...

Guan Eng says toll-freeze meaningless - The Malaysian Insider
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/guan-eng-says-toll-freeze-meaningless/

“…Lim revealed that according to the Finance Ministry’s Economic Report 2010/2011, the total federal government debt would soar by 12.6 per cent from RM362.4 billion in 2009 to RM408.2 billion in 2010.

This, he pointed out, meant every Malaysian would be in debt of RM15,118 as at 2010.

“In other words for every Malaysian born, he or she will be immediately in debt of RM15,118.” Unquote.

In time to come...

Students selling sex to fund studies - Scotsman.com News - http://news.scotsman.com/news/Students-selling-sex-to-fund.6662589.jp

16 December 2010
By VICTORIA RAIMES

"STUDENTS are turning to prostitution in growing numbers across the Capital in order to fund their degrees, the Evening News can reveal…."

Also to share this...

Then and Now – Life Gets Harder in Malaysia « Hornbill Unleashed - http://hornbillunleashed.wordpress.com/2010/11/28/12124/

“…If our graduates cannot make a decent living here they will go overseas to look for work.

Following their heels will be masses of Malaysians looking for work as maids, waiters and unskilled labourers.

We will become a maid and labour exporting country like Philippines and Indonesia.” Unquote.

You be the judge.

Cheers.

casper c said...

Tahniah Aspan, a concise and well thought out analysis.

Memang ramai yg mungkin sukar melangsingkan hutang student loan tetapi perlu juga kita buat tunjauan betapa 'laku'/gah segulung diploma, degree yg dicetak dan dikeluarkan sampai mencecah angka puluh ribu, tahun demi tahun.

Pasti, degree dan diploma dalam tangan bukan penyentu detik mula kerja kearah hidup senang tetapi sebaliknya - it is not easy but present curriculum and syllabus needs wholesale revamp.

Setakat ini, education appears to be one big business scam overseen by UMNO, macam biasa.

Kebetulan, saya baru saja mengemukakan pertanyaan yg sama kepada saudara Grand Marquis dalam blog M'siaWaves @ TB dibawah tajuk "UMNO/Zainal Sakom Jual Tanah Surau Kepada Taukeh Cina" tetapi lain yg dijawab saudara GM dgn tipu kelentongnya seperti biasa.

Hats off Aspan, you are a credit to your parents first and foremost, and a voice of conscience badly needed within the community that will in turn help all in society.

Anonymous said...

Saya pernah berkawan dengan adik beradik CEO SYABAS(Pemilik Air Selangor)Adik beradik beliau pemilik anak syarikat kepada SYABAS.. cara dia berbelanja sangat menakutkan saya . Dalam satu hari satu malam dia pernah berbelanja 10K.Saya tak boleh ikut gaya hidup mereka dan lari dari berkawan dengannya...kadang2 bayar duit GRO je 5K semalam kalau sebulan... kalau setahun... kira sendirilah.Industri GRO sangat rancak hasil sumbangan mereka2 ini termasuk semasa perhimpunan Agong umno GRO tak cukup di Kuala Lumpur.Maksiat bermaharajalela... jiwa Saya memberontak bila teringat duit dalam poket saya RM50semasa ikut mereka ketika itu... konon nak minta projek tapi sebaliknya projek tak dapat maksiat pula yang jadi.

Anonymous said...

Kalau boleh cipta alat untuk kenakan bil kepada udara yang kita sedut hari2 dinegara ini oleh pehak Penguasa mereka akan buat.. yang sedut udara bersih lain bil yang sedut udara tercemar bil lain.

M Alam said...

1st,Biasiswa sentiasa ada tapi tak semestinya percuma; cuma pencapaian 1st class Hons sj yg gratis.2nd,Di luar negara2 Scandinavia pendidikan adalah swabiaya. Pelajar merusuh di Britain kerana kenaikan kos universiti.Di US pelajar menanggung hutang dan menganggur.3rd, kita nak perkasakan universiti kita.Hanya calon yang pandai dihantar utk post-grad di luar negara, seperti yg diamalkan di Indonesia.4th,sungguhpun negara membiayai dgn tunai pelajaran univ sejak 70an,ramai siswazah 'lari' menetap di luar negara.Yang lain pula liat nak bayar hutang ptptn walaupun sudah bergaji besar.Bagaimana nak membangun bila yang pandai segan nak berkhidmat di tanah tumpah darah sendiri,dan wang hak rakyat tidak dikembalikan?Ramai bekas penuntut sebenarnya bersikap tidak amanah,walhal peluang yang diberi bukan senang nak dapat.Yang percuma di Scandinavia pun bukan dapat dgn sng;semuanya pun kena ada usaha.Mungkin satu hari nanti Msia akan mencapai tahap dimana kita boleh mendapat pendidikan percuma secara total.Sementara itu,bersyukurlah dgn apa yang ada dan berikhtiar tawakkal lah kita masing2.

Anonymous said...

setuju...yg diatas akan akata, "ada aku kisah"..yg penting diorang dah hidup senang...rakyat kena ubah mindset masing2..jangan terlalu mengharap subsidi..tapi pemimpin perlukan subsidi..padan dengan muka aku...

Anonymous said...

Hanya di Malaysia sahaja rakyat senang diperbodohkan oleh orang politik. Jerit sahaja perjuangan adalah untuk bangsa dan agama, atau ketuanan ini atau itu semua sokong tanpa guna otak. Ikut lah orang Taiwan atau Korea atau Jepun rakyat mereka yang memperbodohkan orang politik kalau ingin dapat undi. Rakyat mereka buat orang politik atau kerajaan kerja macam lembu. Kalau buat salah sikit kena tempelak di media atau TV. Di Taiwan orang politik dibuang telur busuk kalau buat salah atau cakap sombong. Ex-Presiden mereka sekarang masuk jel kerana rasuah. Malaysia boleh kah? Rakyat Malaysia kalau mahu negara maju mesti buat orang politik kita kerja untuk rakyat sperti lembu, jangan terlalu bagi hormat; YB inilah YB itulah, panggil sahaja nama mereka Ah Chua, Samy,Ahmad tak ada gelaran YB-YB lagi. Kita rakyat yang undi mereka jadi MP, ADUN dan jadi menteri, mereka yang patut kowtow kepada rakyat bukan sebaliknya.

Anonymous said...

Jom kita berubah!!! tukar kerajaan!

Anonymous said...

Hehehehe.... aku tak mengundi. Tak pernah percaya dengan kerajaan yang ada sejak dari zaman Mahathir + Anwar... Tapi terpaksa la terima kata ramai...
Cuma aku nak ambil info saja, kemana pemegang-pemegang saham besar dalam malaysia nak bawa rakyat dia. Masuk mulut buaya ke masuk mulut naga...
Good luck.

Anonymous said...

"Biar aku bahagia tak kesah orang lain derita" ini ayat yang ada dalam hati nurani Penguasa samada diperingkat Kerajaan mahupun GLC."sementara aku ada kuasa aku sapu nanti kalau dah tak ada kuasa lain punya cerita"

Red Alfa said...

@Anon 08:49 Mana boleh Malaysia jadi macam di Taiwan dan Korea, nanti maruah Melayu dan ketuanan Melayu macam mana?.. kalau Pemimpin dan Gomen Melayu kita dibuat macam tu!....

Bagi muka Rakyat kalau macam tu, habislah Sultan-sultan/Raja-raja Melayu nanti di jadikan apa pulak!...

Tetapi sememangnya dan bukankah itu sepatutnya dalam Demokrasi tulen?

Lagi, dah dia orang tu tak lagi berjiwa dan bermaruah Melayu kan?

@anon 08:52 jom kita berubah dan tukar kerajaan. Seterusnya kita buat kerajaan cukup-cukup berkhidmat untuk rakayt!

Janganlah kita ke setengah jalah saja, yob!

Marhaen Kacak said...

walaupun begitu ramai golongan professional muda dan bekas2 graduan hasil duit PTPTN 'tidak sedar diri'...

tak sedar diri yg dibelenggu hutang..
still tak nak amik tau isu semasa... ramai anak muda skang taknak mengambil tahu isu2 semasa dan hal2 politik sekeliling...lemau sangat mahasiswa skang ni...

Mesti Baca! : Perihal Teks Assalamualaikum Dalam SMS : Jangan Fikir Yang Remeh Temeh

Anonymous said...

"Rakyat didahulukan" bermaksud apa2 bala dan kesusahan rakyat yang kena dulu kemudian baru pemimpin itu pun kalau tak sempat lari keluar negara. Operasi Lalang dulu siapa yang lari ke Australia?

Anonymous said...

kalau Anwar Ibrahim jadi PM benda2 macam ni takkan jadi...

mo said...

Asalam saudara aspan,,,,ISU hutang oleh rakyat malaysia setelah mendapat sijil pendidikian tinggi di malaysia,,, telah menjadi isu yg senantiasa tidak di ambil perhatian oleh kerajaan umno bn selama ini,,, walaupun mereka sedar dan maklum bahawa sistem yg ada melalui pinjaman menyusahkan ??? Sering kali di lontarkan pendapat oleh rakyat, ahli ekademik dan parti lawan,,, kerajaan yg ada tidak memberi respon yg baik dan bertanggung jawab ??? Mereka kerajaan yg ada tidak lagi mempunyai hati yg prehatin,,, melainkan... Yg mereka beriya2 nak di laksanakan , seperti projek warisan merdeka, monorail dan projek yg ghah, megah, mungkin ada keuntung untuk kepentingan diri dan kroni???? projek seumpama ini yg menjadi tajuk berita di tv bn umno??? Betul lah kata tuan, padan muka ??? Dalam g13 adalah masa yg cukup baik untuk rakyat menilai kembali dokongan,,,kepada siapa yg harus kita dokong??? Umno dan bn telah kita dokong sekian lama dan ada baik kita memberi dokongan yg memberi harapan kepada rakyat??? Kalau di bicarakan dan buat pertimbangan pihak pr yg sedikit sebanyak memberi harapan,,,, pembaharuan yg di ucapkan telah banyak memberi sentuhan,,,,kepentingan rakyat??? Walaupun demikian umno dan bn tidak kurang menyetuh perkara ini,,,rakyat telah memberi terlalu panjang amanah kepada umno dan bn ,,,hingga mereka leka, dan mimpi di sepanjang waktu, mereka lupa rakyat telah di pingir dan di tindas??? Adalah baik rakyat dan umum memberi sedikit perhitungan yg baik menilai kembali ,,,dokongan kepada parti yg telah kita beri amanah sekian lama... Biarlah kita rakyat yg prehatin kepada sesuasana dan perkembangan terkini memberi PERUBAHAN MELALUI UNDI ....?

syedhs said...

Saya setuju dengan pendapat tuan. Ada orang yang tak bersetuju.. tapi cuba consider these points...

1) Ada negara yang memberi pendidikan percuma dari pre-school sampaila ke universiti.. mmg completely free.. contohnya macam Finland. Bagi saya.. ini mmg cukup bagus sebab dengan ini, orang miskin akan dapat membela nasib mereka.

2) Pembaziran yang banyak dengan memberi kroni2 yang entah apa2 tah..itu yang menyebabkan seolah2 negara takde duit. Kalau negara boleh berjimat (berbelanja yang perlu).. bagi saya pendidikan percuma memang boleh dibuat.

Anonymous said...

Ayahanda Aspan

Betul betul kena batang hidung.

Betul lah bila kerajaan tu terlalu kuat sangat dia boleh buat rakyat jadi kuli dia dan dia mencuri duit rakyat sepuas puas hati dengan kroninya.

Jika kerajaan tu takut kepada rakyat baru lah depa ni boleh menjadi hamba rakyat dan kita boleh ajar depa ni secukup cukup.

Kerajaan yg ada tak tahu malu depa hidup sebab di sokong rakyat, duit rakyat yg bayar depa tapi depa guna kesempatan merompak kekayaan negara setelah itu dibahagi sesama kongsi perompak mereka.

Yg saya hairan tak kaya kaya kah lagi ke depa ni setelah banyak sangat dirompak.

Celako lah mereka ini!

Murat

Anonymous said...

nak ambil negeri Scandinavia sebagai model; biar betul Aspan!

Tahu ke purata personal tax mereka adalah melebihi 51%.. saya rasa kalau diamalkan di Malaysia ni dah tentu ramai yang akan migrate ke negara lain..

Mungkin juga kita perlu amalkan sistem welfare mereka juga.. orang yang tak bekerja akan dibayar dengan gaji asas untuk mereka meneruskan kehidupan, rumah dan perubatan juga diberi secara percuma..

tahu tak Aspan gaji pemandu teksi dan plumber di UK misalnya adalah lebih besar dari gaji pensyarah universiti..

Kadang-kadang kita perlu bersyukur dengan apa yang ada.. negara aman.. tidak ada kebuluran, nak cari makan pun mudah,nak beribadah pun mudah..nak pergi mana-mana pun mudah..nak belajar sampai peringkat meningkat menengah pun murah..kalau dibandingkan dengan Indonesia.. nak belajar di Universiti pun jauh lagi murah kalau dibandingkan dengan Sudan, dan banyak negara Afrika yang lain.

Kalau tak bersyukur tunggulah bila nikmat ni ditarik oleh Allah..

Anonymous said...

Encik Aspan,

Saya setuju kita bandingkan dengan negara Scandinavia sebab itu adalah model dan contoh yang baik dari segi welfare dan education systems. Walaupun mungkin tidak sekarang tetapi sekurang2nya mesti ada wawasan.

Setengah mengatakan kita bandingkan dengan negara ketiga supaya kita nampak maju dan lebih berjaya, Setengah pula kita memandang kehadapan supaya hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Saya rasa pilihan kedua adalah lebih bersifat progressif jika kita ingin maju.

Lagi pun, ramai jutawan2 kita lebih kerap bercuti kenegara tersebut dari bercuti didalam negara kerana negara itu maju disebabkan negara dibina atas dasar yang kuat. Tidak kurang juga membeli harta-tanah walaupun taxnya amat tinggi. Kekadang rasa mereka ini anggap Malaysia tempat persinggahan untuk mengaut kekayaan untuk berbelanja diluar negara. Yang susah cuma boleh bermimpi disiang hari...itu pun kalau dapat

Anonymous said...

bila dok cerita fasal artikel 153 semua dok cerita fasal hak bumiputera tapi tang hak biasiswa semua disenyapkan langsung. Kenapa?

Anonymous said...

This is the price we pay for development! Selama 20 tahun lebih Mamak Kutty Bavoo ajar rakyat Malaysia ikut cara kapir jepun bekerja. Perlu di ingatkan org jepun ugamanya ialah duit! Sayang seribu kali sayang UMNO gagal dalam menaikkan taraf penghidupan majority orang Melayu. Minority UMNO-putra saja yang benar2 dapat menafaat NEP- dan bangsa cina pula yang dapata share besar indirectly dalam NEP . Di mana salahnya semua ini? Penyebabnya ialah memerintah tanpa merujuk kepada syariat islam. Ada junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang patut di contohi dalam semua aspek kehidupan dan kepemimpinan tidak di ikuti. Kan Nabi dah kata selagi kamu berpandukan Al-Quran dan Sunnah kamu tak akan sesat selama-lamanya! Nabi tak kata ikut Jepun kamu selamat dunia akhirat. Yang satu lagi islam hadhari lagilah sesat-- pemalas kaki tidur biar anak menantu rompak duit rakyat! Yang boleh di percayai untuk memerintah cuma PAS yang pegangannya kepada Al-Quran dan Sunnah mantap...insya-Allah.

Desa Mentari said...

Salam Tuan Aspan,

Syukur ramai yang telah faham permasalahan kita sekarang. Oleh yang demikian saya menyeru dan mengajak Tuan Aspan dan ahli UMNO yang telah sedar, berilah pengajaran kepada UMNO ini. Ya ubat memang pahit. Tidak kah saudara ingat Dr Mahathir dahulu sering laungkan.. Kalau ada anggota yang sakit, payah nak ubat.. kerat je supaya tak merebak ke anggota yang lain.

Kita bukan tak sayang UMNO. Berpuluh-puluh tahun emak bapak kita menyokong UMNO, tapi malangnya anak pinaknya hidup merana.

Sedar lah... berilah pengajaran.. pengajaran yang paling berguna ialah apabila sesuatu yang kita ada... telah tiada lagi... kalau tak faham2 lagi... padan muka!!!!

gula melaka said...

Setiap bulan sy ke bank membayar ptptn dua org anak. Kesian mereka baru bekerja , manalah cukup.. Nasib sy bergaji.. Nama telah di black list untuk ke luar negeri. Mereka sepatutnya di beri percuma belajar. Masa sy UKM thun 1978/79 sy di beri biasiswa. Masa tu ekonomi baru nak berkembang.. sekarang ni lagi kerajaan kata berjaya lagi teruk sistem biasiswa.. mengapa mereka terpaksa meminjam..

Desa Mentari said...

Salam Tuan Aspan,

Berikut adalah komen penganut tegar UMNO dalam blog Khir Toyo;

"Saya sendiri walaupun adalah ahli dan penyokong tegar UMNO-BN namun tidak teragak-agak untuk tidak keluar mengundi dalam PRU-13 bersama-sama dengan ahli keluarga dan saudara-mara saya kerana kecewa dengan kerajaan BN," tulis salah seorang pelawat laman beliau itu.

Menurutnya, Perdana Menteri sentiasa menyeru agar pemimpin BN merasai denyut nadi rakyat.

"Tetapi bagi saya itu hanyalah retorik kerana pemimpin BN tidak merasa apa yg dirasa oleh rakyat bawahan. Mereka hidup mewah tanpa merasa risau untuk berbelanja kerana mempunyai wang yang banyak tidak seperti kami rakyat bawahan," tulis tetamu beliau itu.

Bagaimanapun saya mengesyorkan kepada beliau supaya tidak membazirkan undi dengan tidak keluar mengundi.

Berilah undi anda pada sebelah satu lagi demi mengajar UMNO yang tak serik2 ne...

Ibu Muda 30series said...

ohhh..ramai rupanya yang kena padan muka ni. Ingatkan aku sorang, keje tonggang tonggek nak bayar hutang. Nak berbakti pada mak bapak pon semput2. :(

Nak hadiah Beads Blouse? Jom Join GiveAway ni

Entry Terkini:

Ragam Keluarga Inchik Moza - Bila kakak pakai baju melayu
Dunia Aku Ibu Muda - Orang lain pon nak smayang jugak & Malas=Tak Payah Makan

Anonymous said...

Tn. Hj. Aspan'
Kereta saya guna NGV, kurang la perbelanjaan wang minyak. Pengunaan air tak banyak sebab anak-anak dah keluar belajar (tinggal di asrama) cuma bil eletrik saja yang merisau kan saya. Pun padan muka kami. Harap-harap PRU13 akan merubah kembali GLC yang dah macam buaya, bedal saja la kiri kanan tu. Tunggu la sat nanti rakyat ubah. Rakyat..He3..

serial worker said...

i have a 2 question.

first: what does free education means? as far as i know, free education in those countries that you have mentioned, simply means waiver of tuition fees only? please enlighten me more. so "free education" simply means waiver of tuition fees only so what does PTPTN loans have to do with it?

second: what is/was the purpose of PTPTN study loan?

seems to me like in the world that you want; one gets wages for studying to support the books, food, place to live and so on to be sponsored?