02 December 2010

Sedap membaca sejarah ciptaan Dr Mahathir.

YB Bayan Baru Zaharin Hashim mencadangkan supaya supaya gelaran yang dianugerahkan kepada Anwar Ibrahim ditarik balik oleh mana Raja-Raja Melayu yang telah menganugerahkan gelaran-gelaran kepada Anwar dahulu. Zaharin telah menuduh Anwar mempersoalkan isu ketuanan Melayu didalam perhimpunan agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini.

Zaharin menganggap Anwar tidak wajar menyimpan gelaran kerana tidak bersama membina apa yang dihebohkan oleh pemimpin Melayu yang beretorik tentang ketuanan Melayu. Zaharin menempelak Anwar kerana kononnya PKR tidak mahu bersama memperjuangkan ketuanan Melayu dan oleh sebab itu segala gelaran yang diterima Anwar wajar ditarik balik.

Media perdana telah memberikan liputan cadangan Zaharin ini dan Anwar telah menjawab yang itu adalah anugerah Tuanku-Tuanku yang berkaitan dan beliau tidak pernah merayu dan mengemis untuk mendapatkan gelaran-gelaran tersebut.

Bagi saya samada gelaran itu ditarik balik atau dikekalkan bukanlah menjadi isu tetapi saya mengambil persepsi yang Zaharin membuat kenyataan ini semata-mata kerana perasaan peribadinya terhadap Anwar semata-mata. Pada hal Zaharinlah yang menjunjung Anwar semasa gerakkan reformasi dan seterusnya mendapat tempat diDewan Legislative dan sekarang digelar Yang Berhormat.

Saya bukan hendak mempertahankan Anwar kerana saya sendiri tidak ada perasaan apa-apa terhadap pemimpin ini kerana Anwar bukanlah pemimpin yang saya kagumi. Tetapi apa yang saya persoalkan ialah Zaharin bukannya berkata-kata kepada landasan kejujuran tetapi oleh kerana ‘persona non grata’ beliau terhadap Anwar sahaja.

Kalau isu kelalaian Anwar terhadap bangsa Melayu mewajarkan gelaran ditarik balik, maka hampir kesemua pemimpimpin UMNO sepatutnya ditarik gelaran Datuk Seri, Datuk, Tan Sri dan sebagainya. Zaharin sepatutnya menyarankan gelaran kepada Dr Mahathir dilucutkan kerana beliau mengepalai barisan pimpinan UMNO (Baru) menghina Raja-Raja Melayu semasa krisis prlembagaan yang dicetuskan oleh UMNO yang diketuai oleh Dr Mahathir serta Ghaffar Baba pada tahun 1993 dahulu.

Semasa itu Perlembagaan Persekutuan telah melarang Raja-Raja Melayu diipersoalkan samada didalam Dewan Legislative atau diluar Dewan. Jika dilanggar individu-individu yang terlibat boleh dipenjara ‘mandatory’. Menghina Raja-Raja itu adalah penghinaan kepada orang Melayu dan isu itu patut disebut oleh Zaharin. Kenapa hanya Anwar dipersoalkan?

Kalau dibuat intrepitasi mengikut Perlembagaan Persekutuan Dr Mahathir, Anwar, Ghaffar Baba, Najib Tun Razak, Hj Khalid Yunus, Isa Samad, Anwar Musa dan terlalu ramai yang lain sepatutnya telah dipenjarakan dan ditarik semua gelaran kebesaran masing-masing semasa krisis cetusan UMNO (Baru) itu sedang hangat didebatkan oleh setiap lapisan masyarakat semasa itu.

Kepada penggiat politik yang masih berhingus masa itu tentunya tidak ingat dengan sejarah hitam semasa itu. Isu ii diperbesarkan oleh orang Melayu dalam UMNO yang mengampu pimpinan semasa itu dan tidak kedengaran semasa itu kritikkan kepada Raja-Raja Melayu dilakukan oleh bangsa lain.

UMNO telah melakukan penghinaan kepada Raja-Raja Melayu tanpa sempadan dan media letronik dan cetak telah memberikan sokongan agar Raja-Raja Melayu ditamatkan riwayat kewujuddan mereka. Ini sejarah yang begitu baru dan pada siapa yang berumur sebaya atau lebih tua daripada saya tidak akan mampu melupakan insiden hitam yang dihadapi oleh Raja-Raja Melayu sewaktu itu.

Pemimpin-pemimpin kita yang besar dan yang kecil semasa itu telah lupa daratan dan mereka seolah-olah tidak lagi memerlukan institusi Raja-Raja Melayu dan ramai yang bertempik dan bersorak mengkritik Raja-Raja Melayu didalam akhbar-akhbar perdana dan media letronik. Kepada sesiapa yang mushkil dengan kata-kata saya ini elok pergi keArkib Negara dan bacalah setiap berita yang tertulis didalam dada akhbar pada tahun 1993 dan saudara akan terbaca semua yang saya katakan tadi.

UMNO (baru) bersikap lebih buruk dari sikap British Malayan Union yang cuba untuk menurunkan martabat bangsa Melayu dengan mencemuh Raja-Raja mereka. Kalau Malayan Union itu adalah dari kaum Inggeris cuba untuk merendahkan mertabat Raja-Raja Melayu, UMNO (B) pula adalah dari rakyat yang hampir kesemuanya Melayu yang cuba untuk menjatuhkan institusi Raja-Raja Melayu mereka sendiri.

Walaupun pindaan terhadap perlembagaan yang bersabit dengan Raja-Raja tidak dibenarkan namun UMNO tetap memindanya dan itu merupakan penghinaan kepada bangsa Melayu. Semua yang mencadangkan pindaan itu adalah orang-orang yang telah mendapat gelaran dari Raja-Raja dan Zaharin patut mengeluarkan segala-galanya jika benar beliau serius untuk memperjuangkan apa yang kikatakan sebagai ketuanan Melayu.

Jika Zaharin tidak bersikap ‘limau masam sebelah’ elok beliau diberitahu bahawa Fasal 159(5) dan 181(2) telah di’repeal’ oleh UMNO pimpinan Mahathir dan ini merupakan ancaman gila yang tidak ada tolok bandingnya terhadap institusi Melayu yang unggul itu.

Tetapi UMNO mudah lupa; dalam krisis diPerak baru-baru ii UMNO telah menggunakan kuasa yang sikit-sikit berbaki kepada Sultan Perak untuk mengambil alih kerajaan pilihan rakyat dari PR. Barulah sekarang, apabila sudah terdesak UMNO mahu menerima kenyataan yang institusi Raja itu penting.

Sejak dari itu UMNO tidak mahu lari dari berlindung dicelah ketiak Raja Melayu. Bagi sekumpulan kecil dalam UMNO yang tidak bersetuju dengan tindakkan UMNO itu hanya mampu mendiamkan diri sahaja semasa itu tanpa berdaya melakukan sesuatu kerana semasa itu semua ahli-ahli UMNO haya bangun untuk membodek Dr Mahathir bagi kepentingan politik jangka pendek mereka.

Kami bersedih dan terkilan dengan penghinaan yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO semasa itu. Semasa itu kami hanya berdoa agar Tuhan memberikan petunjuk terhadap kepimpinan yang sesat barat itu kembali kejalan yang benar.

Alhamdulillah, UMNO sudah sedar tentang pentingnya Raja-Raja Melayu, walaupu hanya setelah mereka hampir mati oleh tindakkan mereka sendiri. ‘BUT, it’s better late than never’ bak kata perbilangan Inggeris yang semua orang tahu.

Sesungguhnya sangat seronok membaca sejarah cetusan Dr Mahathir ini. Masalahnya saya tidak pandai menulis buku. Kalaulah saya seorang penulis buku sejarah, topik ini merupakan topik yang paling utama bagi saya supaya anak muda yang akan datang faham bahawa kita adalah orang Melayu yang telah dipunah ranahkan oleh pemimpin mereka sendiri.

Cukuplah setakat ini.

23 comments:

Anonymous said...

Apa yg saya tahu,anda tetap dgn penulisan yg mengkritik Tun Mahathir.
Mungkin anda mempunyai sedikit rasa tidak puas hati kpd bekas PM tersebut.

-mr manson-

Red Alfa said...

Saudara Aspan

Saudara telah membuat saya juga ramai orang Melayu mungkin yang sebaya kita kembali diperingatkan ketika berlakunya tindak-tanduk TDM yang paling kurang ajar dan yang sangat tiada berbudaya itu.

Seperti saudara saya amat tersinggung dengan gaya dan kelakuan orang Melayu UMNO menampakkan tiada kesopanan dan kebuasan telah menyokong langsung TDM "melucutkan kekebalan/martabat raja-raja Melayu".

Selepas itu saya tidak terperanjat lagi bila dan dengan cara DSAI pula di aibkan ...

Mulai zaman TDM, orang Melayu sudah tiada berbudaya "good and gentle leadership character" yang pernah diajukan oleh Kolonialis British dahulu, kini tidak memberi makna hebat dan "substance" bagi konsep Ketuanan Melayu dipandang tinggi istimewa, senang dan megah dipertunjukkan di persada dunia di zaman ini dan juga zaman-zaman akan datang!

Di tambah dengan berbanyak salah laku dan berleluasa korupsi, ketiadaan upaya dan kekurangan memberikan manfaat dalam bidang ekonomi dan teknologi dsbnya, pada saya Ketuanan Melayu kian menjadi bahan malu dan susah sungguh hendak dipermegahkan dalam jangka masa akan datang..

Sekarang, apa dia yang dimegahkan?

Anonymous said...

A salam saudara aspan,,,,, Dalam kita berbicara tentang isu ketuanan melayu,,,kini sedang hangat di bincang dan di percakap oleh umum,,, namun pengertian ketuan itu sendiri tidak ujud dalam pengertian sebenar, melainkan ciptaan politik , dgn tujuan yg bermotifkan politik........Tuan mempersoalkan tun m. mengubahkan perlelmbagaan tentang kekebalan raja2 melayu.....di sebalik tercetus sejarah pengubahan tersebut berlaku perkara yg juga memerlukan tindakan tm,,, demi keadilan jangan hingga keadaan yg serba mungkin berlaku bila mana kuasa itu melebihi undang2??? Dari aspek itu saya yakin tindakan tun m betul ??? Sebab berlandaskan perkara yg berlaku ketika itu dan tidak bermoral??? ------------------------ Ok. Inilah permasaalah yg kita lihat,,, kita masih dalam tampok yg lama,,, sedangkan tuan sendiri hendak kan umno dan pemimpin nya membawa perubahan yg baru ,,, hingga tuan mengkretik secara jujur,,,,kita sering berbincang perkara yg lama dan tidak prosif,,, mengapa kurang berbincang keadaan yg lebih positif,,,maksud apa baik nya kalau pr menjandi pemerintah??? dan apa reisko yg rakyat akan hadapi???? Tuan telah banyak membuat tulisan yg baik untuk semua,,, namun pokok pangkal nya kiat berbincang tentang politi yg kini dan yg lalu ???? Tuan seharus lebih terbuka dalam berbincang tentang bangsa malaysia.............

Kenn said...

Bacalah dulu teks ucapan semasa pindaan perlembagaan itu diusulkan pada 1993.

Kemudian nilaikanlah.

BACA TEKS TERSEBUT DI SINI.



Mungkinkah pindaan di WAKTU ITU juga untuk mengelakkan drp negeri menjadi binasa?

Maka titah Sang Sapurba pada Demang Lebar Daun, Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jika ia zalim dan jahat pekerti sekalipun.

...... Maka baginda pun bersumpah-sumpahan barangsiapa mengubah perjanjian itu dibalikkan oleh Allah bumbungannya ke bawah, kaki tiangnya ke atas. Itulah sebabnya dianugerahkan Allah subhanahu wataala pada segala Raja-Raja Melayu, tiada pernah memberi aib pada segala hamba (rakyat) Melayu; jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya, tiada diikat atau digantung dan difadhilatkan dengan kata-kata yang jahat.
Jikalau ada seorang Raja memberi aib seorang hamba Melayu, alamat negerinya akan binasa. Syahdan, segala anak Melayu pun dianugerahkan Allah subhanahu wataala tiada pernah durhaka dan memaling muka pada Rajanya, jikalau jahat pekerti sekalipun serta aniaya.

Anonymous said...

mr manson...encik aspan bukan ada isu apa2 dengan tun mahathir.....dia ( en aspan ) menutarakan isu semasa dan fakta sejarah...sunggoh memihak komen tuan....tidak memberi nelai untok membahaskan isu kepentingan tanahair.....

Unknown said...

so if you all not happy let lim k s to become presiden of malaysia kah....kah....kah...

Anonymous said...

ini pun nak salahkan tun mahathir jugak ke?

semua orang tau pindaan perlembagaan bagi baginda raja-raja adalah munasabah dan sesuai dengan konteks demokrasi negara kita. takkan nak balik zaman feudal pulak?

kita tak mau peristiwa tun besar anak tun perak ditikam oleh anak baginda sultan mansur shah melaka semata-mata sebab destar jatuh terkena bola sepak raga berulang di zaman ini.

itu saja.

fakta sejarah pun kenalah nilai dengan adil tanpa sebarang perasaan berat sebelah.

- M -

Anonymous said...

AA menulis :
UMNO telah melakukan penghinaan kepada Raja-Raja Melayu tanpa sempadan dan media letronik dan cetak telah memberikan sokongan agar Raja-Raja Melayu 'ditamatkan riwayat kewujuddan mereka'.

Penipu! mana bukti ko?
Pindaan Perlembagaan tahun 1993, raja-raja adalah:
1. Boleh didakwa dimahkamah bila melakukan kesalahan jenayah atau sivil.
2. Raja tidak boleh didakwa atas apa-apa yang bersabit daripada menjalankan tugas rasminya.

apa tujuan pindaan tu? ko tak nyatakan pun. sedangkan tujuannya
ialah supaya Raja-Raja akan menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang boleh mengakibatkan tindakan undang-undang.Oleh itu, Raja akan lebih dihormati.

Anwar merupakan orang yg terlibat dalam 'roadshow' penerangan untuk pindaan ni..

tapi apa tujuan 'menghapuskan' ketuanan/kedaulatan melayu?

-john komeng-

Anonymous said...

john komeng,

Jangan samakan Aspan dengan sdr. Mungkin sdr seorang yang penipu maka sdr anggap orang lain pun penipu.

Aspan telah menyatakan pindaan kepada fasal 181(2) serta fasal 159(5) yang telah memecahkan sembilan kunci (9 Raja-raja Melyu) yang dikhaskan untuk raja melayu mengunakan kuasa itu untuk mempertahankan nasib orang Melayu jika diancam oleh pihak-pihak yang lain.

Aspan telah meminta sesiapa yang tidak dapat memahami keadaan kerana sudah terlupa atau masih muda semasa isu itu terjadi bacalah akhbar-akhbar yang diterbitkan sekitar tahun 1993. Kalau akhbar-akhbar itu tidak ada dalam simpanan maka pergilah kearkib negara untuk membacanya.

Jangan berbahas tanpa berusaha untuk mencari fakta sdr sendiri.

james gomeng

Anonymous said...

Memang benar seperti apa yang di suarakan oleh En. Aspan. Saya adalah saksi ketika itu. Boleh di katakan setiap hari semua akhbar utama kerajaan termasuk TV1, TV2 dan TV3 memaparkan/membongkarkan salahlaku raja raja melayu.Saya sokong seratus peratus isu yang di ketengahkan oleh En. Aspan. Bagi saya pemimpin UMNO adalah hipocrit. Bila raja di perlukan, barulah nak tunjukkan sokongan. Kalau tidak,mereka rasa mereka lebih berkuasa dari raja.

Anonymous said...

Lagi satu, ia disokong oleh PAS dan siap lagi?
Terima kasih, tuan..

Anonymous said...

"Ketuanan Melayu" adalah satu bidaah besar untuk umat melayu. Ia adalah hanya satu mitos sahaja yang sengaja di timbulkan oleh orang orang jahat di dalam umno. Ketuanan melayu muncul apabila umno tersepit seperti sekarang dan bila mereka kuat, maka Raja-rajanya di herdik dan dihina oleh seorang pemimpin yang bukan pun melayu. Pemimpin itu dijulang ketika itu oleh orang-orang umno, malah dia juga pada suatu ketika boleh dianggap seperti Tuhan macam Firaun.
Malah dalam satu interview dengan wartawan di TV beliau dengan gahnya mengatakan kepada mereka "..yes, they can call me that(i.e.paroah) if they want too..". Tengoklah betapa angkuhnya manusia itu. Jadi apalah nak dihairankan dengan dengan Raja-raja melayu, sebab dia sendiri lebih berkuasa keatas Raja. Inilah pengkianatan pemimpin umno dari dulu, kini dan selamanya. Diketika itu betapa kurang ajarnya umno mengarah RTM menyiarkan filem " Sultan Mahmud mangkat dijulang" berkali-kali demi untuk membangkitkan kemarahan rakyat negara ini kepada Raja-raja melayu.
Sejarah tidak akan menipu manusia. Selagi manusia yang hidup ketika itu masih hidup, sejarah pengkhianatan umno boleh di bukukan untuk menunjukkan kebiadabpan umno terhadap Raja-Raja melayu untuk genarasi muda.
Selepas PRU ke 12, peristiwa kebiadapan umno berulang lagi dengan ahli-ahlinya merentang kain rentang, "Kami mahukan Idris,NATANG", bilamana Ahmad Said dilantik jadi MB. Begitu halnya dengan bekas MB Perlis yang memberontak bila orang lain diangkat menjadi MB. Percayalah "Ketuanan Melayu" adalah satu agenda umno supaya bangsa melayu terus menjadi bangsa yang pariah dan boleh diperkotak-katikkan.

Anonymous said...

mr nonsoon,airman1, james komeng......adalah bakal-bakal pemimpin UMNO(Baru) dimasa hadapan yang akan memperjuangkan nasib bangsa melayu dimasa hadapan. Buta sejarah, akal pendek, jumud dan buta asas perjuangan. Apalah harapan survival bangsa melayu dimasa hadapan jika diserahkan ketangan-tangan mereka. bangsa melayu tak ada can langsung bila berhadapan cabaran dizaman itu kelak.......

Pemimpin-pemimpin melayu di zaman 40an lebih berwibawa dari mereka pada usia sebaya mereka. tahukah mereka sejarah perjuangan boestaman, pak sako, sheikh alhadi dll.

wak jerman

pakteh adam said...

En Aspan. Jelasnya anda juga mempunyai ketidak puasan hati secara peribadi terhadap Tun Dr. Mahathir.

Anonymous said...

YB Zaharin kalau anda saorang YANG betul2 pembela ketuanan Melayu jawab lah coretan ini.Saya rasa anda tidak ada kekuatan hendak menjawabnya.Kata oranG Perak TELOR ISI ABU.Awak tu dah lah menumpang nasib tak ubah kata pepatah MELEPASKAN ANJING TERSEPIT.Adalebih baik anda sohsenia aja jangan buka mulut sebab apa yang keluar dari mulut anda adalah RUBBISH semata2 tak ada satu pun yang boleh dipakai

Anonymous said...

Saya berumur 51 thn dan bekas TLDM. Isunya, ketika itu hanya 'penghapusan kekebalan Raja2' dan ia adalah untuk mengelak Raja daripada membunuh orang atau terlibat dengan kesalahan yang tidak dapat kita mempertahankan mengikut undang2 kita. Kemuncaknya, selepas seorang Pegawai Memerintah Kapal TLDM hampir mati lemas di terajang & rejam di Selat Tebrau, di tangan Sultan Johor, ketika itu. Mungkin juga, selepas/sebelum itu(saya tak pasti) kes mengapa Prebet Adam mengamok di Chow Kit, yang dengan tidak sengaja, meredakan perbalahan kaum, mengenai penempatan guru Melayu di SRJKC, pada 1989.
Angkatan bersenjata Laut hampir memberontak ketika itu. Perlu di ingat, masa itu komunis masih aktif membunuh Tentera Darat & Polis Hutan di dalam hutan. Dengan negara yang berbilang bangsa, tidak aman sepenuhnya & mempunyai paling ramai Raja di dunia ini, adalah lebih baik, kita mengawal tingkah laku, sekelian Duli-duli Seri Paduka Baginda, drp mendatangkan aib kepada institusi itu sendiri.
Jadi saya tak nampak yang kita sudah menderhaka, pada ketika itu. Jangan nak salahkan Tun M, kerana keadaan masa itu.

Anonymous said...

james gomeng,

kat mana aku menipu? aku ckp tuan tanah tipu berdasarkan tulisan dia
'agar Raja-Raja Melayu 'ditamatkan riwayat kewujuddan mereka'. mana sumber tuan tanah? klu ko nak bela pn buktikan pernyataan dia benar. tang mana lak aku menipu?

pastu ko ckp
'fasal 181(2) serta fasal 159(5) yang telah memecahkan sembilan kunci (9 Raja-raja Melyu) yang dikhaskan untuk raja melayu mengunakan kuasa itu untuk mempertahankan nasib orang Melayu'

ape benda ko nk citer ni? cuba ulas. ko jgn salah anggap kuasa dan imuniti/kekebalan tu sama. setau aku fasal 181(2) pindaan 1993 adalah berkenaan imuniti/kekebalan. bukan kuasa. ko jgn campur aduk.

Dan di sini ko sepatutnya tau sejarah kenapa imuniti tu di hapuskan. ko yg patutnya semak kat arkib negara.
key word: Dalam mesyuarat Raja-Raja Melayu 11 Febuari 1993 memperkenankan pindaan perlembagaan tersebut dengan meminta sedikit pengubahsuaian. kemudian diluluskan dengan suara majoriti pd 9 mac. Mesyuarat Raja pun setuju, ko sape nk gebang lebih? Tambahan: ko senaraikan siapa yg telah menerima kesan langsung (diambil tindakan) berdasarkan pindaan perlembagaan tersebut klu ada..

-john komeng-

Asam Pedas said...

Encik Aspan,

Amat memalukan pada bangsa Melayu sendiri ahli2 politik dan YB-YB Melayu lebih menyerang sesama sendiri daripada membahaskan mengenai polisi dan pendapat membangun untuk negara. Mungkin itu sajalah modal yang ada dan untuk menunjukan ketaatan masing2 kepada hiraki keatas.

Jika ia masih berterusan politik seperti begini di era 2010, agak malang untuk bangsa dan negara Malaysia untuk maju begitu jauh lagi. Yang bersalah juga MSM yang masih janggal untuk membaiki sesuatu yang tidak betul dan memberi ruang orang seperti ini untuk bersuara.

Quiet Despair said...

Bro Aspan yang ku hormati

Cukup-cukupah tu menemplak Tun M.
Nampaknya dendam terhadapnya tak kian padam.
UMNO lama dah berkubur. Terimaje lah UMNO kini yang didokong oleh orang sama.
Kenangilah negarawan ulung atas jasanya. He's not perfect but the best there is so far which elevate our standing in the world.
Seronok baca bro kata tak ada apa-apa perasaan terhadap Nuar dan tidak mengkaguminya.
I believe it. Tapi setiap kali anda tulis macam membayangkan Keadilanlah the IT party.
Kini timbul soal ketuanan Melayu dan penyelewengan dalam pengundian dalam parti cult Pak Seikh.
Anda tidak banyak memperkatakannya. Dan UMNO pulak yang saudara bantai.
Ya memang Tun M mengurangkan immunity Raja Melayu, tetapi bukanlah macam Keadilan yang ketara nak menghapuskan kekuasaan Melayu dan orang Melayu.
Hairan ya keapa Anwar tak malu masih mengekalkan Datuk Serinya?
Sultan Selangor jelas murka. Mujurlah Anwar, isteri yang setia dan Tengku Mahkotanya Tengku Azmin tidak dibuang daerah.
Nampanya kita employ double standards with regard to Keadilan.
It's okay for Keadilan to do anything but it's a no-no to UMNO.
Terguris hati orang Melayu yang masih menaruh harapan terhadap UMNO.

Anonymous said...

salam...setuju dgn bro Quiet Despair.

Pada aku isu tu dah lama berlalu,dan keadaan ketika itu memaksa Tun M melakukan langkah2 tersebut.bagaimana pon kuasa dan peranan raja2 Melayu masih tetap kekal.

Pada aku,byk lg isu yg lebih besar yg blh dikupas daripada kita menoleh kebelakang dan menyalahkan seseorg disebabkan adanya dendam yg tak sudah2 di dalam hati.

-mr manson-

Anonymous said...

Apa yang dilakukan Tun M ialah "mengdemokrasikan" ABSOLUTE MONARCHY/DIVINE RIGHTS OF MONARCH dengan menguatkan lagi dan pengsahan institusi RAJA BERPERLEMBAGAAN. Dalam kata lain, memansuhkan KEKEBALAN Raja-raja untuk ABUSE ketuananya!! Tun M telah menguatkan lagi institusi Ketuanan Kesultanan itu,malah menyelamatkannya daripada sebarang abuses!!

Anonymous said...

pemimpin2 melayu sekarang .... mata celik mata hati tertutup rapat...OVERRATED

shahbandarmalakat said...

" Perlembagaan Persekutuan telah melarang Raja-Raja Melayu diipersoalkan samada didalam Dewan Legislative atau diluar Dewan".
apa maksud Sdr aspan? Adanya clause ini dalam perlembagaan maknanya pindahan tu tak sah dari sudut perlembagaan.Perkara yang dilarang di sentuk dan di bincang tak boleh di pinda, maka tak sah pindahan itu? sila jelaskan sdr aspan kerana ini penting...