09 December 2010

TGNA - sihat walafiat

Tok Guru Nik Aziz kembali sembuh setelah mengidap sakit demam seketika dan gambar yang terakhir beliau boleh didapati dalam blog Sayuti Omar. Gambar terakhir itu diambil semalam selepas beliau mengimamkan sembahyang Asar dimasjid yang berada didalam kawasan rumahnya.

Kegeringan sebentar Tok Guru Nik Aziz dihebohkan oleh setengah bloggers dan saya tidak tahu apa niat sebenar isu itu dihebuhkan. Tetapi sekilas ikan diair sudah tahu kita jantan betinanya. Yang lebih menyibuk ialah blog-blog yang anti PAS dan Nik Aziz tetapi tidak siapa dapat menghalang mereka dari menghibuhkan isu kegeringan Tok Guru sehari dua itu kerana masing-masing sedang terperangkap dengan politik jembelan setengah pihak.

Saya sendiri malam tadi memanggil orang-orang yang rapat dengan Tok Guru dan mereka mengatakan yang Mursyidul Am PAS itu sakit sedikit seperti juga orang-orang yang muda-muda ini menghadapinya sekali-sekala. Tetapi politik yang ‘lebih sudu dari kuah’ ini yang terlalu sibuk dengan isu itu; bukan kerana ‘concern’ terhadap kesihatan Tok Guru itu tetapi kerana beliau adalah orang politik.

Ada blogger yang mengatakan TGNA sedang tenat dihospital Kota Bharu dan ada pula yang membayangkan yang PAS akan kehilangan seorang pemimpin yang dihormati. Cara mereka menulis itu seolah-olah mereka tahu bila TGNA akan meninggal dunia; lebih dahulu dari Tuhan sendiri. Mungkin ramai yang marah kepada saya kerana menulis dan menegur sesiapa yang terlalu ‘excited’ itu tetapi saya tidak akan mengambil pusing terhadap kritikkan itu.

Hanya yang saya ingin mengingatkan semua; tidak akan sampai maut sebelum ajal. Biarlah dan serahkanlah penentuan sesorang untuk kembali kealam yang kekal itu kepada Tuhan dan elok kita lakukan apa yang sepatutnya kita lakukan sebagai hambanya yang bersifat Baharu ini, iaitu sentiasa mentauhidkan Tuhan secara istikomah. Tidak payahlah untuk cuba mengambil alih kerja Tuhan kerana tugasan kita masih banyak yang kita tidak selesaikan lagi.

Kepada To Guru saya mengucapkan selamat kembali bertugas dan diharapkan TGNA akan berada didalam sepenuh keredhoan Tuhan senantiasa. Seandainya saya sampai keKota Bharu sehari dua ini saya akan pergi menziarahi TGNA, seorang individu yang saya sangat hormati itu.

Saya mengenali beliau sebagai individu yang tidak tertipu dengan tuntutan sosial yang lazim dialami oleh ramai pemimpin-pemimpin kita dan isteri-isteri mereka.

TGNA is never a social climber. He is a leader.

10 comments:

Desa Mentari said...

Salam Tuan Aspan,

Tahniah atas sikap jantan dalam soal ne. Kalau lah sikap tuan ne dapat diterapkan kepada semua ahli UMNO, saya percaya UMNO boleh pulih.

Jika arwah bapa saya yang totok UMNO masih hidup mesti dia bangga dengan Tuan..

Syabas..
Berpolitiklah cara sihat.

Pemerhati said...

Bolehlah SPRM mengambil tindakan terhadap TGNA dan menantunya!

Anonymous said...

Wahai sdr ku Aspan ,

Tahniah diatas sikap 'magnanimous' saudara. Sdr merupakan seorang yang sanggup berkawan dan berinteraksi dengan orang yg berlainan keyakinan politik.

Sejuk rasanya UMNO jika ramai orang UMNO bersikap seperti sdr. Sdr tahu bila hendak bergomol atau hendak berbaik-baik.

Saya mengikuti perkembangan pemikiran sdr selalu.

Hj Ahmad Lazim, jengka

ilham said...

Desa Mentari,

Benar, Aspan berani brkata benar!

Anonymous said...

Saya baca juga komen-komen dari blogger-blogger anti PAS;

Rata-rata mendoakan kesahjeteraan TGNA walaupun ramai yang tak setuju dengan pandangan beliau.

Lain pula dengan blogger-blogger pro PAS bila cakap pasal kesihatan Dato' Seri Najib dan TDM. Banyak yang mengharapkan akan berlakunya'pecah perut' siap dengan sembahyang hajat sekali.

Alhamdulillah atas keredaan Allah, bertambah sihat pulak mereka.

jebat berkokok said...

Alhamdulillah kerana beliau telah pulih..berpolitiklah secara sihat..kita selalu mendoakan yang terbaik kepada semua orang dan tidak sesekali kita mendoakan musibah agar menimpa mana-mana individu..Moga-moga tidak ada lagi doa pecah perut..Santun budi kita santun jua balasannya

Mustaqim said...

Saudara,

Ya syukur TGNA sudah sihat.

Cuma sy doakan beliau juga menjadi sihat dlm tindakan berpolitik dan dlm mengeluarkan kata-kata politik beliau nanti.

Sayang kalau fikiran politik TGNA masih cetek dan dangkal tidak seperti ilmu Islam beliau.

Mustaqimah said...

Mustaqim, kamu mmg tak suka betul dgn TGNA itu ke? saya rasa kamu belum mahir berpolitik dan jadi belalang atas daun padi ye.. dah kenyang terbang.. orang tua tu jadi pendakwah, tuan guru dan masuk politik hampir 50 tahun. Dia belajar agama dan siasah. Masak dgn asam garam politik sekular dan keburukan perilaku pemimpin umno semasa dalam BN dan selepas Pas ditendang BN. Masa pemimpin dan jejuak umno menyapu khazanah negara serta hidup mewah, dia masih gitu-gitu juga. Pergilah tgk rumah dia dan bersila dengar kuliah agama dari dia.. kok dia jenih tak guna pada mata orang melayu UMNO mungkin sisi Tuhan tak gitu, lihat sahaja masa dia mengimani solat mohon hujan yang lalu di stadium.. tengah solat hujan turun dgn lebat. Ini tanda masinnya doa dia. saya nak ingatkan kamu akan peringatan Allah iaitu, SESIAPA YANG MEMUSUHI ULAMANYA, ALLAH AKAN ISTYIHAR PERANG. Orang melayu umno tak belajar agama kena hati-hati sikit.

Mustaqim said...

Mustaqimah,

Saudari harus mempunyai otak yg sihat. Sy tidak memusuhi Ulama' cuma org yg mengaku ulama' tidak HARUS diikuti. Khalifah Saidina Omar Al-Khatab (RA) juga pernah ditegur oleh rakyat biasa. Kenapa kita tidak boleh mengeluarkan pendapat kita kalau tindakan TGNA tersasar dgn segala hujah-hujah beliau yg tidak masuk akal?

Org Melayu sudah masak dgn agama mereka bukan menjadi pak turut dlm segenap hal. Itu sudah menjurus taklid / taksub buta. Jadi samalah kita dgn org Kristen atau Hindu atau Majusi - Paderi / pendeta mereka adalah suci dan wakil Tuhan di bumi ini? Pelajarilah agama kita dgn cara yg lebih Islami bukan menjadi org Parti tetapi menjadi seorg Muslim yg BERANI menegakkan yg benar walaupun di hadapan ulul amri.

Juga sy tidak pernah menyatakan UMNO itu benar! UMNO juga banyak kesalahannya tetapi boleh dibaiki. Tetapi sebagai Parti Islam, kalau kita tersalah tujuan, hancurlah sebuah perjuangan murni kita. Jika pendekatan kita salah tidak apa tetapi kalau halatuju kita tidak jelas. Gelaplah masa depan kita.

Tidakkah saudari tahu TGNA tidak pernah ke syura PAS dlm membuat kenyataan penting dlm PAS?

Sila rujuk Ustaz2 lainnya dlm PAS. Inikah ulama' yg boleh kita ikuti? Ramai lagi Ustaz2 dlm PAS yg masih kasih kepada umatnya dan tidak BODOH DAN BUTA POLITIK yg boleh kita harapkan.

Mustaqim said...

Mustaqimah,

Saudari harus mempunyai otak yg sihat. Sy tidak memusuhi Ulama' cuma org yg mengaku ulama' tidak HARUS diikuti. Khalifah Saidina Omar Al-Khatab (RA) juga pernah ditegur oleh rakyat biasa. Kenapa kita tidak boleh mengeluarkan pendapat kita kalau tindakan TGNA tersasar dgn segala hujah-hujah beliau yg tidak masuk akal?

Org Melayu sudah masak dgn agama mereka bukan menjadi pak turut dlm segenap hal. Itu sudah menjurus taklid / taksub buta. Jadi samalah kita dgn org Kristen atau Hindu atau Majusi - Paderi / pendeta mereka adalah suci dan wakil Tuhan di bumi ini? Pelajarilah agama kita dgn cara yg lebih Islami bukan menjadi org Parti tetapi menjadi seorg Muslim yg BERANI menegakkan yg benar walaupun di hadapan ulul amri.

Juga sy tidak pernah menyatakan UMNO itu benar! UMNO juga banyak kesalahannya tetapi boleh dibaiki. Tetapi sebagai Parti Islam, kalau kita tersalah tujuan, hancurlah sebuah perjuangan murni kita. Jika pendekatan kita salah tidak apa tetapi kalau halatuju kita tidak jelas. Gelaplah masa depan kita.

Tidakkah saudari tahu TGNA tidak pernah ke syura PAS dlm membuat kenyataan penting dlm PAS?

Sila rujuk Ustaz2 lainnya dlm PAS. Inikah ulama' yg boleh kita ikuti? Ramai lagi Ustaz2 dlm PAS yg masih kasih kepada umatnya dan tidak BODOH POLITIK yg boleh kita gantikan TGNA.