24 March 2011

RTC - Dari pelakon menjadi penerbit?

Rahim Thamby Chik sepatutnya ditangkap kerana menayangkan filem lucah serta menimbulkan aib bagi seseorang yang lain. Menayangkan filem lucah itu dan cuba melibatkan orang lain sebagai pelakon itu merupakan kesalahan yang bukan kecil. Jika benar pun beliau yakin yang ‘pelakon’ itu adalah musuh politik beliau yang beliau demdami sekian lama, ianya tidak semestinya dipercayai oleh mereka yang menonton.

Apa yang Rahim patut lakukan ialah untuk menyerahkan video itu kepada pihak polis atau mana-mana pihak berkuasa untuk melakukan penyiasatan dahulu dan pastikan kesahihan orang yang beliau tuduh itu adalah benar. Sehingga penyiasatan itu selesai Anwar terpaksa menanggung perasaan lebih-lebih lagi jika isu itu dibangkitkan oleh orang yang mendendami beliau.

Dulu Rahim dituduh terlibat dengan skandal seks tetapi orang yang di kalangan yang berkuasa selalunya akan terlepas dari tuduhan-tuduhan itu. Walau macam mana pun persepsi orang ramai terhadap beliau tidak berubah sehinggalah beliau menjauhkan diri dari politik secara aktif walaupun beliau adalah Ahli MKT.

Apa yang dilakukan oleh Rahim sekarang ini mengingatkan kembali isu beliau ini, beliau telah menjadi bahan lawak dan jenaka di kalangan orang yang ‘non partisan’. Ada yang mengatakan Rahim TC ini macam Jins Shamsuddin. Dulu Jins merupakan pelakon tetapi sekarang sudah menjadi penerbit filem. Rahim Thamby Chik tidak seperti A. Rahim yang sentiasa berlakon sebagai ‘crook’ dari awal penglibatan beliau dalam lakonan sehingga beliau meninggal dunia lebih dari sepuluh tahun dahulu.

Rahim Thamby Chik nampak kemajuannya; dari hanya seorang pelakon sekarang sudah menjadi penerbit yang sangat popular dalam sekelip mata. Tetapi yang pandai hanya penulis skrip dan pengarahnya yang berada di luar isu ini. Dalam filem yang diterbitkan Rahim ini, pengarahnya lah yang mendapat faedah yang besar.

Yang menjadi mangsa dan bahan ketawa oleh pengarah dan penerbitnya ialah orang ramai seperti kita semua yang berbahas sepanjang masa bagi mempertahankan puak masing-masing. Maka bergaduh dan pecah belahlah orang ramai di bawah ini dan perpecahan ini hanya akan menguntungkan seseorang yang pandai mengambil kesempatan seperti yang pernah beliau alami dahulu.

Bagi diri saya, saya tidak mahu bergaduh kerana lakonan yang diarah oleh pengarahnya yang duduk senyap sendirian sambil senyum melihat betapa bodohnya orang di bawah ini.Siapa yang hendak bergaduh juga bergaduhlah di antara saudara/i sekelian. Saya pun hendak senyum seperti pengarah yang duduk senyap-senyap di luar sana.

15 comments:

Anonymous said...

Heeeeee Heeeeeeee

Anonymous said...

Orang melaka ada cakap. Kalau tiang talipon dipakaikan 'skirt and blouse', itu pun dikibai olih Rahim. Bagitulah 'notorious' nya reputasi Rahim semasa menjadi KM Melaka.

Rahim juga patut serahkan sample DNA dia untuk dibandingkan dgn DNA anak lelaki budak perempuan yg dirogol tu.

Macamana Rahim bolih terlepas dari didakwa kes merogol? Kalau anwar yg buat, mesti kena dah.

Anonymous said...

sdr aspan

kita semua telah tertipu untuk membincanglan kemelut begini; for want of other better things kata omputih.

tapi kalau inilah yg nak dibincang baiklah. kita tinggalkan politik sekejap dan lihat dari sudut undang2. mohon para peguam di kalangan pengulas tolong betulkan jika saya salah.

mengikut penal code, rasanya tidak salah yang berdua dalam video tu lakukan. yang menonton saya tak pasti salah ke tidak. yang pasti salah adalah pengedar filem.

sebaiknya, sudah-sudahlah kita semua diperbodohkan oleh para pemimpin kita untuk memperlihatkan lagi kebodohan kita memberi pelbagai teori dalam hal sebegini.

tepat sekali apa yg saudara aspan cadangkan. kita tidak sebodoh yang mereka sangkakan.

scrooge

Anonymous said...

DSAI macam mana pulak ekk?

dulu penerbit sekarang pelakon pulak..

dunia.. dunia putaran roda macam tulah Aspan

Anonymous said...

isu dia bukan RTC la. skang ni yang jumpa video tu eskay.dia minta tolong RTC. kalau nak tibai, tibai eskay dulu. dia lah si pembaw cerita. tapi semua macam tak mau tibai eskay je.pelik sungguh...

Anonymous said...

salam,

saya rasa skrip lakonan dan babak filem itu seperti menurut karangan dan skrip pengarahnya yang telah pun diedar..saudara aspan bayangkan menonton filem pengarahnya macam ni..ceritanya bermula begini...this is the story of malaysia as i see it and this is also my story...lights, camera and action !!!!

Anonymous said...

RTC minta wujudkan suruhanjaya diraja bertujuan utk memastikan ketulinan video.. Tiada kena mengena dgn penerbit atau pengarah.... Takda baca ka...

Anonymous said...

Perbuatan datuk trio memang salah dan mengaibkan, tetapi perbuatan pelakunya/penzina lelakinya lebih berat kesalahannya.

Sekeping gambar boleh diubah/doctored tetapi gambar video bergerak selama 20 minit mustahil boleh diubah. Kalau pelakunya/penzinanya bukan spt yg dikatakan, maka teknik Mission Impossible yg memakai topeng berpanjangan untuk menyamar telah digunakan. Dalam lakonan bolehlah, dalam realiti bolehkah?

Wak Sanggang said...

Melayu oh melayu. Asyik... nak ditipu.

Jangankan urusan politik dan ekonomi, faktor sejarahpun nak ditipu. Lihat saja versi Merong Mahawangsa jenis rekayasa dan versi asli (faktor penting sejarah negara ini). Yang terpalit adalah keturunan baik dan keturunan jahat sehingga sekarang.

Kini, sampailah cerita celah kangkangpun nak ditipu.

Nasib baik ada internet sebagai alat timbangtara komunikasi yang boleh dinilai rakyat dlm menentukan kebenaran.

Wak Sanggang

TheSniper said...

Patut ler Malaysia tak maju-maju. Segala macam yang berlaku semenjak dua menjak ni menggambarkan tahap mentaliti politician Malaysia. Kalaulah boleh buang ahli politik Malaysia macam tukar langsir kan ke bagus! Politician hampeh atau kita sebagai pengundi yang hampeh?

Anonymous said...

Dalam ramai2 musuh politik Anwar, memang Rahim Tamby Chik saja yang sepatutnya buat begitu pada Anwar.

Kenapa?

Sebab dulu Anwar jatuhkan dia guna taktik kotor juga?

Yang jadi masalah sekarang ialah isu 'ketulenan' video tu.

Kalau nak kata, sebarkan tu salah la, Rahim dengki la, Rahim dendam la, ini semua masalah teknikal.

Aku rasa Rahim buat perkara yang betul dengan tunjukkan pada key person dulu sebelum serah pada polis. Bukan apa, kalau serah kat polis, jadilah macam kes Saiful Bukhari.

Yang dapat tengok bukti sebenar cuma org dalam mahkamah, lepas tu kat luar, Anwar cerita lain.

Kalau tunjukkan kat semua dulu, baru semua orang tengok dengan mata kepala sendiri sebelum polis halang penyebaran.

Sekarang ni sebarang usaha untuk halang video ni disebarkan akan jadi strategi makan diri.

Sabarlah Aspan, hanya batu yg kenal manikam. Rahim takkan nak marah kalau yg jatuhkan dia dulu tu org yang baik. Tapi, kalau sama setannya, maaflah.

Anonymous said...

Hello..yang rancang dan menerbitkan video sex tu Rahim thammby. Eskay ni telah dipergunakan shja, Dia cakap bukan ahli Umno dan kawan baik Anwar.

Apa masalah Eskay? Kes saman dia, dia beri keterangan Sultan Johor ada share dlm syarikat yg hendak bina crooked bridge, yg dibatal olih dol Badawi. Kita tahu Sultan Johor dok sibuk suruh revive crooked bridge tu. Tup2 Eskay beri keterangan dimahkamah. menjejaskan image sultan. Sultan sekarang sedang cari kepala Eskay.

mana Eskay nak lari? Anwar tak bolih tolong. Yang bolih tolong Umno shj sebab mereka control Police, Ag, dan kehakiman. Umno melalui Rahim cakap. ' we'll protect you but you have to do something for us.

Cuba fikir, your best friend, Eskay ckp anwar kawan baik dia, dimana Eskay sudah jadi millionaire bolih jual you..Ini apa jenis kawan ni?

Ini theory aku sahaja mengapa Eskay berpaling tadah dan implicate anwar, kawan baik dia. Dulu Murad, Dep governor Bank negara macam tu juga. Mahathir suruh dia buat perakuan palsu menuduh Anwar simpan RM5 billion slush fund. Kalau tidak mahathir siasat sebab ada harta RM24 million. Last2 semua palsu.

So Eakay sold off and betrayed his friend anwar to that sex maniac, Rahim Thamby, who engineered the production of the sex tape. Apa Eskay cakap dlm p/c tu semua temberanglah,

Anonymous said...

don't kill the messenger, lain kali kalau ada kita ada gambo cctv org kena bunuh, rogol, rompak, kita tak dibenarkan tunjukkan kat org sebab finas x kasi sijil b lagi, jangan jadi puuutaaaar singh la. mau menang kes teknikal aje.

Anonymous said...

RTC akan dicalonkan sebagai penerbit terbaik dalam anugerah filem malaysia tahun 2011

Unknown said...

jawatan kosong di http://onlineuni.wordpress.com/... anyone can apply....