04 June 2011

keruh di hulu, keruh di hilir

Dalam isu TNB dengan syarikat IPP dan perletakan jawatan Pengerusinya pada tahun 2006 dahulu merupakan bukti jelas berlakunya penyalah gunaan kuasa yang dilakukan oleh pucuk pimpinan semasa itu. TNB tentulah menyalahkan EPU yang memasukan elemen-elemen ‘jahat’ di dalam perjanjian itu. Jika kita tanya sesiapa yang mengetuai EPU semasa itu kita boleh andaikan jawapan yang akan diberikan kepada kita, iaitu, ‘kami yang menurut perintah dan jangan salahkan kami’.

Kita memahami situasi yang dihadapi oleh mereka-mereka di dalam EPU itu. Tetapi Pengerusi TNB semasa itu Tan Sri Anie Arope tidak berdaya untuk kekal bertanggungjawab di dalam Lembaga Pengarah TNB dan mengambil tindakan meletakan jawatan kerana tidak bersetuju dengan ‘paksaan’ yang diberikan kepada TNB untuk menerima sahaja kemahuan syarikat IPP itu melalui EPU yang akhirnya terpaksa menurut perintah ‘political boss’nya yang bersemayam di Sri Perdana.

Tindakan TS Ani Arope itu mesti kita pandang sebagai satu manifestasi seorang yang bertanggungjawab yang tidak mahu bersekongkol dengan kerja yang boleh dita’rifkan sebagai pembohongan kepada rakyat jelata. Sejak perletakan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Jemaah Pengarah syarikat berprestij itu beliau menyendiri dan tidak nampak lagi bergiat dalam mana-mana organisasi yang melibatkan rakyat ramai.

Saya hanya mendengar sedikit rungutan yang tidak didengari oleh ramai yang beliau kecewa melihat sikap pemimpin utama negara memberikan keistimewaan kepada rakan-rakannya untuk ‘menyapu’ licin sebuah badan yang mempunyai kepentingan rakyat seperti TNB itu. Sikap mengambil keputusan untuk memberikan keistimewaan kepada rakan-rakan karib dari kepentingan rakyat begitu nyata semasa pentadbiran pemimpin ini. Inilah zamannya dalam mana budaya ‘cronyism’ bercambah dan tidak lagi mampu dikawal sehinga ke hari ini.

Tan Sri Ani adalah contoh seorang yang tidak dibenarkan untuk menjaga kepentingan orang ramai; hanya untuk diarah menjaga kepentingan rakan-rakan karib pucuk pimpinan negara. Keadaan ini bukan sahaja berlaku di TNB tetapi berlaku di banyak badab-badan dan agensi kerajaan yang lain. Menjaga kepentingan ramai merupakan kesalahan besar. Yang selamat dengan jawatan dan tugasan masing-masing hanyalah mereka yang menjaga kepentingan peribadi serta membentuk budaya ‘cronyism' yang menebal. Akhirnya pucuk pimpinan akan hanya mementingkan sahabat-sahabat dan rakan karib sahaja melebihi dari kepenting rakyat ramai.

Saya percaya dari masa ke semasa nanti rakyat akan tahu satu demi satu isu yang sama berlaku dimana-mana. Akhirnya semua di antara kita akan memahami hakikat yang kemelesetan cara hidup dan politik negara kita disebabkan oleh keadaan masa lalu.

Bak kata perpatah, ‘keruh air di hulu keruhlah air di hilir.’

11 comments:

jamal said...

Kau orang sokonglah Mahathir lagi. Dulu semua kata Dr Mahathir itu negarawan dan macam-macam lagi yang hebat-hebat. Skrg baru kau orang tau siapa Mahathir tu.....

Aku dari mula dia jadi Timb PM aku dah tidak percaya beliau. Aku orang A Setar..aku tau lah dia.

jamal

Anonymous said...

Setahu aku IPP ni diwujudkan pada tahun 1993, ketika pak sheikh kita tu jadi Menteri Kewangan merangkap Timbalan Perdana Menteri.

Sebagai orang yang dikatakan amat berprisipal, sepatutnya Pak Sheikh ni menentang keputusan kerajaan ketika itu dan meletak jawatan seperti Ani Arope tu.

Tak dengar pulak saya cerita-ceriti mengenai hal Pak Sheikh ni menentang IPP ini. Yang saya faham, ramai juga kroni beliau dapat lesen buat IPP ni.

Sekarang Pak Sheikh kat luar kerajaan, macam-macam yang dicemuh kerajaan. Biarlah, sifat munafik macam tulah.

Anonymous said...

Anonymous 01:13

You may comment on anything but must be able to know what was and is practiced in the gov.

i want to say aloud that you are stupid but I can't say it Aspan doesn't like nasty words in his blog.

EPU is under the chin of Dr Mahathir or any PM. Anwar was just Finance Minister and Finance Minister does not have projects.

It was the PM who wanted the deal to go through the it was finally done.

Who could go against Mahathir then? anwar was also the Finance Minister when Mahathir used Petronas money (1.% billion)to bail out Mirzan his idiotic like son who failed in his business.

Mahathir did everything he shouldn't do.

Please understand that every Public Company by guarantee is under PM, and to be specific it is under Implementation and co-ordination unit, JPM. Please take note and understand issues well.

What was written by Aspan was wholly the truth and should not challenge his accuracy in deliberating this issue.

Thanks


Former JPM officer

Anonymous said...

kekadang aku bayangkan jika Mahathir tidak pernah wujud. agaknya tentu kita akan lebih aman lagi jika Mahathir tidak pernah di lahirkan.

Sham

Anonymous said...

Setidak-tidaknya doa arwah Fadzil Nor terkabul agar Mahathir dipanjangkan umur untuk dia melihat keburukan yang telah dia lakukan kepada rakyat.

Thank you and my stanign obation to "Former JPM Officer" for your straight forward and sincere comments.

Ws.

saji said...

Dasar pensyarikatan Malaysia yang diperkenalkan oleh Mahathir yang terkenal dengan projek2 prasarana kerajaan diswastakan atau projek penswastaan, merupakan 'pekakas' kapitalis yang digunakan oleh golongan kapitalis dalam kerajaan UMNOBN untuk mengagih2kan projek kerajaan tersebut kepada kroni2nya, tanpa melalui poses tender terbuka/open tender yang dituntut Islam berdasarkan
prinsip/hukum/kontrak jual beli
Lelong Islam.

Tak cukup dengan 'pekakas' kapitalis tersebut, kroni2 UMNOBN memperkenalkan satu lagi 'pekakas' kapitalis dalam bentuk kontrak pembinaan Barat yang dinamakan Design and Build, iaitu bentuk kontrak pembinaan Barat jenis Price-in-advance atau maksud mumalat Islamnya kontrak pembinaan Islam/al muqawalah yang dinamakan alIstisnaa' atau Melayunya Tempahan yang, dalam sistem perundagan Islam, tidak diharuskan penggunaannya sebagai kontrak pembinaan dan kewangan Islam di kalangan mazhab Hambali, Maliki dan mazhab kita, Shafi'e

saji said...

Saya tidak berhajat untuk memberikan komen lanjut mengenai sistem tender terbuka berkenaan, dengan alasan ia sudah dipraktikan dengan meluas di negeri2 di bawah PR,dan hasrat DSNajib sendiri, sebagai PM, untuk tidak mahu meneruskan sistem tender direct nego di bawah MEB beliau.

Namun, saya mempunyai sebab tertentu untuk mengulas lanjut mengenai kontrak Design and Build (D&B).

Sebenarnya, ada 2 jenis kontrak D&B.
Pertama, D&B with Contractor's design input
Kedua, D&B with Client's design input

Sdr aspan, kontrak pembinaan jenis pertama di ataslah yang penggunaannya di negara ini menimbulkan banyak masalah kepada rakyat dan kerajaan UMNOBN sendiri membabitkan projek tulen kerajaan - MRR2 yang retak itu, Stadium Sultan Mizan yang bumbungnya runtuh itu dan banyak lagi,dan projek kerajaan di swastakan -IPP dan Lebuh Raya bertol yang perjanjiannya banyak memenangkan pemajunya itu, Projek PKFZ yang banyak sekendel itu, Port Tuna yang jadi gajah putih sekarang itu, MRT yang baru dimulakan tetapi banyak kontrovasi itu dan banyak lagi.

Anonymous said...

Former JPM officer;

cakap orang puteh ye! dahsyat..

Be fair lah brother, boleh senaraikan siapa yang dapat lesen besar IPP dan siapa kroni yang dapat tu..

tak banyak pun IPP yang ada
i)YTL Power Generation Sdn Bhd
ii)Genting Sanyen Sdn Bhd
iii)Segari Energy Ventures
iv)Powertek Bhd

sapa dibelakang IPP ni..he he siasat jangan tak siasat.. silap haribulan tandatangan Pak sheikh yang meluluskan..sebab zaman tu dia tu anak emas TDM.

Yang duk katakan Allah panjangkan umur TDM kerana nak melihatkan untuk dia melihat keburukan yang telah dia lakukan kepada rakyat.Saya rasa silap tu.

Allah nak tunjukkan kebenaran apa yang dilakukan oleh TDM; contoh kes Anwar diberhentikan sebab kes moral; dah terang lagi bersuluh Pak Sheikh ni memang macam tu. Syukurlah ada video terbaru, tanpa syak lagi keputusan yang aku ambil tahun 1998 tu adalah betul.

Anonymous said...

salam,pergaduhan tdm dan dsai lah yg mengharubirukan politik negara sampai sekarang,dua 2 tak guna punya politicians...merompak bersama..bila nampak harta rompakan banyak,bergaduh,.tidak gentlemen berpolitik,ibarat boxing sudah bunyi loceng maseh bertumbuk....telinga pun gigit...biar rakyat susah,asal dapat jadi chief alibaba dan 40 penyamun...

Anonymous said...

Anda memang bodoh anon 12.06.. isu video seks masih dalam bayangan sebab tiada tangkapan dilakukan walaupun polis isytihar ada pelaku. kes liwat 1 dah digugurkan pada tahun 2004 sebab TAKDA kes.. kes liwat 2 pun nampak macam berat sebelah.. kenyataan prima facie dikeluarkan sebelum pembelaan dibuat..

Jika dulu anwar bermungkar bersama mahathir namun selepas tahun 1998 fitnah ke atasnya telah memberikan kesedaran untuk berjuang demi rakyat.. tak salah tu. Berubah dari kejahatan kepada kebaikan.. baik lagi berbanding mahathir yang dah hampir reput tapi dok melalut..

Anonymous said...

former JPM officer...

tak perlu lah anda mempertahankan sesiapa dalam isu ini..

jika benar apa yang anda katakan ndapat mengenai anwar, maka dia telah mendapat kesedaran dengan berusaha untuk memperbaikinya sehinggakan kena membayar harga yang mahal. (fitnah liwat 1, Liwat 2 dan Video Seks). Mahathir? apa yang boleh dilakukan untuk kebaikan rakyat.. hanya tahu mempertahankan dirinya, kelaurga dan kroni..

walaupun jumlah tak banyak, penyelewengan tetap peyelewengan.. walau berapa jumlahnya sekalipun.. kenyataan ini sama seperti iklan rasuah anjuran SPRM di TV yang sering kita dengar tu.. ;-).

maka fikir dan nilailah.. Jangan dibutakan mata dan hati kita..