01 September 2011

Datuk Hassan Ahmad dalam kenangan.

Berita kembalinya ke rahmatullah Datuk Hassan Ahmad bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka semalam sangat menyedihkan diri saya secara peribadi. Saya mengucapkan takziah kepada isteri serta keluarga beliau kerana pemergiannya semasa kita sedang merayakan aidilfitri di hari yang kedua..

Datuk Hasan Ahmad merupakan pejuang bahasa yang di kenali bukan sahaja di tanah air kita tetapi dikenali di peringkat antarabangsa. Jasa beliau kepada negara sangat besar khususnya dalam perjuangan menaikan taraf bahasa Melayu kita ketahap yang ada sekarang ini.

Beliau merupakan seorang yang mudah di gauli dan mesra dengan semua orang yang beliau kenali. Bagi diri saya allahyarham diakhir-akhir ini selalu saya temui dan kali terakhir menemui beliau ialah pada 7hb Ogos baru-baru ini di majlis berbuka puasa di Kediaman YBM Tengku Razaleigh dan beliau duduk semeja dengan saya bersama dengan rakan-rakan yang lain.

Pemergian beliau amat di rasai kehilangannya. Negara sudah pasti kehilangan seorang tokoh yang mengorbankan sebahagian besar usianya memperjuangkan bahasa Melayu khususnya semasa beliau mengetuai Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saya berharap Datin Hamimi serta keluarga menerima ketentuan Allah yang wajib ini dengan penuh kesabaran serta kerelaan.

Marilah kita doakan agar roh beliau dicucuri rahmat serta diletakan sebaris dengan roh-roh syuhada serta aulia dan ambia.

Alfatihah.

2 comments:

Zaidi said...

Pak Aspan,

Semuga ruh Pak Hassan itu dicucuri rahmat Allah swt. Atas segala jasa seorang pejuang bahasa dan pencinta bangsa, jika ada kebaikan itu sama-sama kita do'akan semuga di terima sebagai amal soleh. Andai ada kemajuan bahasa dari segi nahu dan istilah, lebih jelas makna dan gaya bahasa dan di pertutur ramai, mudah-mudahan Allah swt menerimanya sebagai 'amal jariah yang kekal. Amin.

Ramli Mohd Yunus said...

Allahyarham ini diantara tokoh yang aku amat hormati Aspan..Aku pernah jadi MC sewaktu Allahyarham lancarkan sebuah buku politik seorang tokoh..walau dia kurang enak dan tidak selesa dengan tajuk buku itu, allahyarham masih boleh mengulas dan mengupas mengenai ilmu dan penulisan buku walaupun tidak mengulas buku yang dilancar..benar benar pro dan berhemah tinggi..tak ramai macam Allahyarham ni dikalangan kepimpinan kita...