15 November 2011

Sharizat seorang menteri - She has no business to be in business

Isu pembelian One Menerung Bangsar oleh NFC kendalian keluarga Sharizat dengan menggunakan pinjaman dari sumber kerajaan sebanyak RM88 juta itu sekarang di serah kepada pihak polis oleh MACC. Badan yang mencegah rasuah itu berkata yang MACC tidak mempunyai kuasa untuk melakukan penyiasatan kerana itu merupakan satu isu yang di bawah penal kod dan itu hanya kuasa polis untuk menyiasatnya.

Senang betul setengah orang berniaga. Ambil pinjaman mudah dari agensi kerajaan, belum pun perniagaan dilakukan sudah membeli kondo One Menerung dengan harga RM 9.8 juta. Berniaga seperti ini tidak payah bermodal. Modalnya hanya jadi Ketua Wanita UMNO. UMNO merupakan modal untuk berniaga dan dengan mudah dapat membeli kondo yang berharga sedemikian mahal.

Itu hanya seorang menteri yang di dapati melakukan kerja tidak bermoral. Belum lagi di siasat menteri-menteri yang lain. Nampaknya semua menteri berniaga dengan laris. Ada menteri yang tidak gemar dengan KSU kementeriannya yang rasuah tetapi tidak lama kemudian menteri ini berkonspirasi untuk bersama-sama melakukan rasuah yang sama.

Apabila seorang menteri melakukan kerja rasuah ini dengan bersekongkol dengan KSUnya yang rasuah maka tidak ada sesiapa boleh mengambil tindakan terhadap KSU yang saya sebutkan tadi. Itulah yang berlaku dan akan terus berlaku. UMNO sudah menjadi parti tawkey dan kefasihan bercakap tentang perjuangan orang Melayu itu hanyalah sebagai retorik ucapan semasa meresmikan perwakilan bahagian masing-masing serta menjadi konten uacapan dasar Presiden UMNO dalam perhimpunan Agong tahunan parti yang berkuasa ini sahaja.

Pemimpin-pemimpin ini akan balek ke kawasan masing-masing dengan gegaran semangat yang tidak terperi hebatnya tetapi dalam masa yang sama mereka tidak segan dan silu berniaga dalam kementerian yang mereka ketuai. Baik menteri-menteri besarnya, baik ketua-ketua menterinya, ketua-ketua setiausaha kementerian serta ketua-ketua pengarah banyak jabatan berniaga di atas angin dengan hebatnya. Modal berniaga mereka hanyalah kuasa yang ada pada tangan mereka. Mereka berniaga hanya menggunakan pen dan tanda tangan mereka sahaja.

Harga sesuatu projek itu bergantung kepada berapa banyak komisyen yang mereka yang berkuasa hendak. Kalau banyak komisyen yang mereka hendak maka tinggilah harga projek tersebut. Mereka tidak kisah dengan harga sesuatu projek itu kerana segala kos akan ditanggung oleh rakyat yang membayar cukai. Kalau rakyat lambat membayar cukai mereka akan disekat untuk keluar negara dengan sekatan yang di lakukan oleh pihak immigresen.

Pendeknya UMNO hanyalah parti yang membina satu kelompok besar ‘commisioners’ sahaja. Yang menanggung segala kos rasuah mereka adalah rakyat jelata yang didera untuk membayar cukai pendapatan dan perniagaan mengikut skala yang telah di sediakan oleh pejabat hasil dalam negeri.

Dalam kes projek lembu ahli-ahli keluarga Sharizat Jalil pembiayaan projek yang begini besar hanya boleh di dapati kerana kedudukan Sharizat sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Sharizat orang penting dalam UMNO walaupun telah ditolak oleh rakyat di dalam pilihanraya yang lalu. Hampir kesemua yang penting dalam UMNO itu menjadikan parti itu sebagai modal untuk ‘berniaga’ secara besar-besaran.

Seperti yang saya selalu katakan melakukan perkara gila seperti ini sudah menjadi budaya yang sudah menjadi pakaian kepada pemimpin kepada parti yang sudah terlalu lama berkuasa. Semuanya tidak lagi menjadi kesalahan dan mereka tidak pun merasa bersalah melakukan kerja hina dan tidak berbudaya itu.

Di dalam keadaan defensive sekarang ini, UMNO masih lagi tidak mahu memperbaiki partinya, bukan kerana mereka tidak mahu memperbaiki tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak menjadi baik. Kebaikan kepada mereka ialah mengekalkan kuasa dengan cara apa sekali pun. Malah presiden UMNO pernah berkata ‘we will defend Putrajaya at all costs’. Apa maknanya ‘at all cost’ itu? Sanggup menipu? Sanggup melakukan segala yang tidak baik asalkan dapat mempertahankan kuasa?

Apa bila pemimpin berkata akan mempertahankan ‘at all cost’ itu, ia boleh ditafsirkan dengan berbagai-bagai tafsiran. Kenapa ‘at all cost’? kenapa tidak menerima sahaja keputusan rakyat? Negara ini bukan UMNO yang punya. Negara ini kepunyaan rakyat. Kenapa begitu takbur? Apa yang hendak di pertahankan ‘at all costs’ itu?

Boleh lah pemimpin UMNO berusaha untuk mempertahankan putrajaya itu, tetapi kalau itu kehendak dan ‘ultimate’ bagi UMNO dan BN kena adalah sifat malu sedikit. Janganlah rasuah dan berkelakuan seperti Sharizat Jalil dan keluarga beliau.

Kepada pemimpin tunjukanlah kebolehan yang mereka setidak tidaknya boleh mengawal sikap dan perangai isteri-isteri masing. Kalau nak mengawal isteri pun tidak berdaya, bagai mana nak kawal negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum yang berjumlah 28 juta orang ini? Kalau rakyat marah janganlah salahkan orang lain seperti pembangkang dan sebagainya.

Kepada pemimpin-pemimpin UMNO terutamanya, bekerjalah untuk kepentingan rakyat dan negara, bukannya untuk kepentingan peribadi yang tidak ada batasnya. Sharizat Jalil adalah seorang menteri yang masuk mengikut pintu belakang atau memanjat tingkap. Jadilah seorang menteri yang bertanggung jawab , dan bukannya bersikap tamak haloba seperti ini.

Sesungguhnya Sharizat dan mana-mana menteri pun sama tanggungjawab mereka. “They have no business to be in business”

23 comments:

Mat Indera Sipejuang said...

http//inderasipejuang.blogspot.com/

UMNO Ooiiiii UMNO APA KERJA PUAK-PUAK KAU NI !!!

Ooiiiiii LEMBUMNO.. KAH KAH KAH!!!!!

DAH TERANG2 PROJEK DAH LINGKUP BARU NAK CABAR PR BUAT PROJET LEMBUMNO !!!!

MEMANG DUIT TAK KELUAR HABIS DARI RM250 JUTA, TAPI YANG DAH KELUAR RM181 JUTA LA...... LEMBUMNO BUKAN RM181 RIBU LA...... LEMBUMNO....

BODOH PUNYA PUAK2 LEMBUMNO. DASAR ANAK DIDIK BRITISH TAK FAHAM BAHASA MELAYU... BETUL2 BODOH PUAK2 LEMBUMNO.

DARI PEMIMPIN SAMPAI KE PENGIKUT MEMANG PENIPU, BANGGANG 1 MALAYSIA..

ORANG CINA BELA BABI TAK PAKAI DUIT RAKYAT, INI DAH LA BODOH LEPAS TU NAK BELA LEMBUMNO.... ORANG BELA LEMBU KAT KANDANG NI BELA KAT KONDOMINIUM...

APASAL LAH PUAK2 KAU ORANG NI ADA KAT MALAYSIA.... BETUL2 MENYUSAHKAN, KECIK2 TAK NAK MAMPUS DAH BESAR MEROMPAK DUIT RAKYAT!!!!!

hemmmmm..... umno dengan penipuan umpama lembu dengan tali.... betul-betul meloyakan he.........

Zaidi said...

Pak Aspan,
Kak Ijat merupakan antara pemimpin UMNO yang progresif dan prihatin, namun ada juga celanya. Dalam hal ini, lembu menjadi bebanan kepada beliau. Kadang2 hal anak menantu, orang tua yang kena. Bak kata lagu Rafe'ah Buang "Udang sama udang; Manakan sama anak tenggiri ; Bujang sama bujang , Orang tua yang makan hati"
Kita yang tua2 ini melihat bukan sahaja usaha menjatuhkan pimpinan UMNO dari luar (itu semestinya kerana permainan politik) tetapi tidak kurang juga usaha menjatuhkan dari dalam. Agaknya siapalah yang bermanfa'at daripada kejatuhan Kak Ijat?

burn said...

as a "menteri", she went overboard. moreover, enriching herself and whole family members. kat luar, there are already few existing cow breeders who've been in business for donkey years that needed help. if given the extras to each of them and with guidelines, am sure they can produce more and improve their quality of livestock.

she is a "menteri"! does she knows the meaning of "menteri" means in the first place? it seems, majority of "bn" menteris have become an instant "millionass" quietly thru back door. examples have already shown openly. beside, there are to many commission involved on each transaction involving themselves. a recent warning of "recession" may come, yet, gomen can spend as there is no tomorrow. can't imagine, when seeing malaysia military "eight wheeler", "frigates", "subs" and so on cost much more higher than the rest of the world. well... probably, malaysia semuanya boleh!

salam...

saji said...

AA

Kalau Shahrizat tak bayar balik LOAN NFC keluarganya itu Kerajaan kena lupuskan semua LOAN pendidikan semenjak zaman mantan PM,TDM.Ada sesiapa yang tak setuju?

Anonymous said...

Saji,
Saya setuju 200% atas saranan tuan.
Akhir zaman, amanah dan hak, garisnye menjadi tipis dan hilang di pandangan manusia.

Anonymous said...

Please also investigate other project that has been awarded to this Sharizat family..and also the wrong doing of Salleh Budu when he was the CEO of Technology Park Malaysia --- he cheated the keli project in TPM pond.

Anonymous said...

Inilah salah satu sebab hukum hudud tidak boleh dilaksana di negara ini, kerana jika dilaksana orang dari gulungan ini akan menerima hukuman yang sekian maklum. Untuk sekian kalinya saya rasa DSN perlu melaksanakan satu lagi projek dibawah pembangunan dan penswastaan negara dengan membina satu penjara yang terbeaar, tercantik, termoden untuk didiami kaum mereka selepas tampuk perentahan bertukar kepada pihak lawan. Tak perlulah kerajaan baru nak pening kepala berhubung dengan kesesakan di penjara...

IbnAbdHalim said...

Perkara tersebut dah berlaku. Yang dikhuatiri ialah penyiasatan polis akan berakhir dengan NFA oleh AG. Ia telah berlaku dan apa jaminan ianya tak akan berulang sedangkan AG sendiri berulat.

Quiet Despair said...

The cows will bring the downfall of Aunty Ijat.
This is an opportune moment for Najib to get rid of her.
No point Najib getting headaches to defend her.
She lost the Pantai seat already. So enough of retaining her a Minister via senatorship.
Surely there are other capable Wanita UMNO leaders to take her place.
Someone in the know once told me Ijat was very critical of Daim's alleged corruption.
Looks like she's going the same way of enriching her family.
Heard of the alleged cheating by her Doktor Pokok hubby as mentioned by Anon 10.54

Juraimi Zainal said...

Salam,

Ini balasan tuhan.. Ingat tak lagi kes lembu qurban MB Sgor kene dulu & juga bawa kepala lembu tu oleh geng2 nak jd hero...
Belum next piliharaya lagi dah ada balasan nya... Akhirnya LEMBU yg dpt nama...

Qunfayakun...

Anonymous said...

Semua pemimpin UMNO sama macam Shahrizat.

Rais Yatim dengan broadbandnya,

Noh Omar dengan packaging beras di Bernas. Kontrak membukus beras semuanya diberikan kpd keluarga beliau.

Nazri dengan kerja pembangunan parlimen dan mendapat memberi kelulusan kepada dirinya beribu-ribu permit teksi

Nor Mohamed Yaakob dengan komisyen kelulusan projek pengswataan,

Malahan semuanya melkukan kerja seperti ini.

Begitulah UMNO. Kalau tidak rasuah bukan UMNO namanya.

Kita sahaja yang bodoh mempertahankan mereka ini.

Mereka memang pencuri kenapa kita berikan sokongan lagi?


ambia

Wan Shamsudin said...

Pak Aspan;

UMNO sebenarnya amat mahu akan perubahan. Pemimpin Pemimpin UMNO semuanya mahu buat yang BAIK. Cuma bagi ORANG ORANG yang makan dari hasil yang TIDAK BAIK atau TIDAK HALAL, maka mereka hanya nampak yang TIDAK BAIK itu BAIK.Tubuh tubuh mereka telah dipenuhi dengan ZAT ZAT yang tidak baik.Sebab itulah kita nampak ramai sangat orang kuat UMNO membela Syarizat. Najib, Muhyidin, Pak Lah, Noh, Khairi dan ramai lagi akan mempertahankan Syarizat. KENAPA? kerana mereka hanya nampak ITU BAIK.
Tengok saja cara hidup ISTERINYA(Najib)...kita amat malu jika punyai isteri sepertinya. Saya kagum dengan Hasmah(Isteri Mahadir)Kita menghurmatinya sampai hari ini.Kenapa? kerana beliau seorang yang baik, tak hipo seperti si gedempol itu.Semoga ramai orang UMNO bolih berfikir dengan waras......dan tahu apa itu HALAL dan tidak halal.

bruno said...

Shahrizat will be spending her retirement flying kites by the hillside,before the end of this year with the NFC cows as her long term companions.Compliments of generous and kind hearted Malaysians.

Anonymous said...

DPM kata Shahrizat tak perlu letak jawatan. Zahid Hamidi kata dia menunai haji menumpang jet kawan, jadi hajinya haji tumpang.

Ramai rakyat Malaysia kata Sharizat dan Zahid Hamidi patut letak jawatan dari Kerajaan la ni juga.

Dalam perhimpunan UMNO tak lama lagi depa berdua ni di pecat sahaja.

Anonymous said...

Saudars Aspan,

Was it not Margaret Thatcher who once quoted as saying "It is not the business of the government to be in business, neither is it the business of the government to be the government of the business"?

Unggal said...

Pemimpin UMNO sekarang sedang berlawanan antara mereka siapa yg dapat paling banyak memeras wang rakyat...

And the loosers are the rakyat yg dah jadi lembu ...!!

Anonymous said...

Salam,

Tuan Aspan,

I have only this to say. These people are worse than beggars. At least with beggars, we still have the options of either giving and not giving. But these people, they are THIEVES.

Hudud?


-MAKORANG-

Anonymous said...

Quote: "Semuanya tidak lagi menjadi kesalahan dan mereka tidak pun merasa bersalah melakukan kerja hina dan tidak berbudaya itu."

Bukankah perlembagaan negara telah menetapkan semua orang Melayu adalah Islam?

Bukankah ustaz telah ajar kita bahawa semua orang Islam masuk syurga?

Jika masih ada was-was; pergi kerjakan haji. Bukankah ustaz dan kata bila balik haji, akan jadi seperti bayi baru lahir yang tanpa dosa?

Maka apalah takut sangat kalau ambil rasuah, salah guna kuasa dll. Semua boleh settle kerana kita dah dapat pengesahan sebagai orang Islam !!

Inilah ajaran sesat orang Melayu terutama yang bernaung di bawah UMNO.

john white said...

bro aspan,
perkara seumpama inilah yang seringkali menimpa nasib para pegawai kerajaan, wakil rakyat samada ahli parlimen mahupun ahli dewan undangan negeri, dan tidak juga terkecuali ahli dewan negara (senator)yang tidak tahu membezakan antara amanah vs tidak beramanah dan tanggungjawab vs tidak bertanggungjawab. semuanya sama saja, samada wakil rakyat kerajaan bn mahupun pembangkang!

jangan menganggap wakil rakyat pas di kelantan dan kedah serta dap di penang tu baik sangat! mungkin rm 1000, mata mereka masih ok lagi. kalau rm 100,000 ataupun lebih dari rm sejuta, tak berbinau biji mata tengok. maka pada ketika itulah, segala aku janji dahulu hanya tinggal janji sahaja. istilah amanah dan tanggungjawab sudah terkeluar dari kamus peribadi diri. apa yang terlintas di depan mata, semuanya hendak difaraidkan sebagai harta pusaka.

aku harap bro aspan sekiranya terpilih menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang dan menang pula sebagai wakil rakyat di parlimen mahupun dun, janganlah buat perangai buruk seperti yang berlaku kepada golongan yang aku sebut di awal tadi.

Anonymous said...

Dulu pada tahun 80an,shahrizat merayu-rayu nak joint umno bahagian Batu,WP.Permohanannya diterima oleh ketua bahagian.Setelah berjaya dia memainkan peranan dan sampai mengugut ketua bahagian suruh letak jawatan.Cita2 Sharizat berjaya dan dapat kita saksikan.Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa,hari ni kita aniaya seseorang,esok lusa kita akan terima balasan.

Ramli Mohd Yunus said...

I beg to differ sir..

Shahrizat not in business tapi suami
dan anak anak dia la...bukan dia la..

Di India Menteri Telekom baru saja dituduh di Mahkamah kerana didakwa terlibat dengan kontrak telekom di India...itu India bro..kita di Malaysia tuan..

Apa kena mengena dengan Shahrizat..kata bekas memanda menteri perdana Pak Lah Badawi..case close!!!

May God Bless Us All...

Anonymous said...

Mohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Orang Miskin Mersing said...

Ada sesiapa pernah dengar phrase :

`Mahu susu angkat susu saja la, itu LUMBU jangan angkat la'

Adakah LUMBU yang menjadi penyelamat rakyat Malaysia?

Kah..kah..kah..kah! Moooooo..!