13 November 2013

Jamil Khir Baharom, pelawak berbakat

Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengetuai hal ehwal agama, berkata penguat kuasa agama akan di bekalkan dengan senjata api. Kenyataan Jamil Khir ini merupakan lawak jenaka yang paling sedap sekali kita dengar sejak akhir-akhir ini. Sebab kenapa penguat kuasa agama perlu di bekalkan senjata api ini ialah untuk mempertahankan diri selepas kejadian pembunuhan ke atas Pengarah Penguat Kuasa Agama Negeri Pahang, Rafli, baru-baru ini.

Mengikut pandangan Jamil Khir, ini merupakan satu cara untuk menjamin keselamatan pegawai penguatkuasa agama yang bertugas untuk menguatkuasakan undang-undang khususnya dalam isu ajaran sesat yang agak meluas di negara ini. Saya terfikir pula insiden yang meragut jiwa rakan saya Datuk Shaharudin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kastam Di Raja kerana di tembak oleh penjenayah di Putrajaya beberapa bulan yang lalu.

Adakah kerajaan akan membekalkan juga senjata terhadap semua pegawai kastam kita bagi menjaga keselamatan mereka? Bagaimana pula dengan rakyat yang bertugas dalam Jabatan dan Kementerian lain yang telah di tembak mati oleh penjenayah lain?

Jika inilah caranya kerajaan atau pimpinan hendak menjaga keselamatan pegawainya dengan membekalkan senjata api, maka setiap pegawai kerajaan mesti di bekalkan dengan senjata untuk mempertahankan keselamatan mereka dalam menjalankan tugas harian mereka.

Jika berlaku keadaan ini maka apa yang kita lihat dalam filem koboi di pawagam dan televisyen selama ini akan benar-benar berlaku di negara kita. Saya tidak dapat membayangkan Jamil Khir sendiri ada pistol di pinggang beliau semasa menjalankan tugas. Menteri-menteri kabinet dengan sepucuk pistol seorang mempunyai pistol yang tergantung di pinggang mereka kerana menjaga keselamatan mereka. Jamil Khir elok tambah lagi satu di badan beliau, ia itu topi koboi. Kalau boleh pakai cermin mata hitam sekali.

Bukan pegawai penguatkuasa agama Pahang sahaja yang mempunyai risiko di tembak malahan semua penguatkuasa akan menghadapi masalah yang sama jika tahap keselamatan negara tidak berada di tahap yang tinggi.

Negara ini akan menjadi negara koboi. PM Najib yang sentiasa di lindungi oleh puluhan pegawai keselamatan semasa pergi ke mana-mana juga perlu mengikat sepucuk pistol di pinggangnya bagi keselamatan diri beliau. Jika Datin Seri Rosmah sendiri memakai pistol untuk menjaga keselamatan beliau, di mana pistol itu hendak di selitkan?

Pendeknya pandangan Jamil Khir ini amat menyedihkan kita yang ramai-ramai ini kerana kita mempunyai pemimpin yang tidak berfikir sebelum membuat ‘public statements’ untuk pengetahuan rakyat.

Jika itu caranya pemimpin kita berfikir, sememangnya masalah negara kita tidak akan selesai sampai bila-bila. Kita tidak mahu melihat PM Najib mengenakan pistol di pinggang beliau. Begitu juga kepada Datin Seri Rosmah, memakai pistol dan topi koboi pergi kemana-mana untuk mempertahankan diri.

Yang kita pentingkan sekarang ialah meningkatkan tahap keselamatan negara dengan mengurangkan penjenayah bukannya menambah bilangan pistol dan senjata api untuk mempertahankan diri. Kita mahukan negara yang tidak mempunyai penjenayah seperti ini. Itu senjata yang paling perlu untuk mempertahankan diri rakyat, bukannya membekalkan pistol atau senjata api yang lain.

Jika terlalu ramai yang menyimpan senjata api, negara akan menghadapi masalah besar yag lain pula. Ia mungkin menambah keadaan bahaya kepada masyarakat kerana semua pegawai penguat kuasa negara mempunyai senjata api sepucuk seorang. Isu pengawalan senjata api itu akan menjadi isu besar jika terlalu ramai yang mempunyai pistol di pinggang atau di mana mana bahagian tubuh kita.

Tidak payahlah di ulas dengan lebih panjang lagi dengan pandangan Jamil Khir Baharom ini. Semua orang yang mempunyai sedikit pemikiran akan tahu bagaimana hendak berbahas dengan Jamil Khir Baharom ini.

Pandangan Jamil itu kita tolak awal-awal lagi supaya tidak timbul masalah keselamatan yang lain pula.

21 comments:

Anonymous said...

moses kata: kawan saya dr luar negara dtg kemalaysia , tengok surat khabar ada polis wanita dgn uniform lengkap dlm lrt, dia tanya saya KL tak selamat ke kerana PDRM sentiasa berada dlm lrt.Saya pun lihat gambar tu naik takut, tak selamat ke negara aku ne sekarang. Teringat cerita hindustan,tengok masa sekolah rendah,aku tak akan ke India kerana negera ne ganas, apa yg ditunjuk dlm film.

Anonymous said...

Awal-awal lagi dah buat komen yang menteri Agama yang dikutip Najib nie bodoh dia ingat dia masih dok dalam tentera lagi , boleh suruh bagi senapang kat sapa-sapa yang nak petahankan diri.

Anonymous said...

Jangan bergerak....... Pecu! Pecu!...... Cukuplah Upin & ipin je pakai pistol. Bagaimana kalau kita berikan Tuhan Maha Kuasa pada rakyat pasti semua tidak akan sempat memikir utk balas dendam dan tak payahlah beli pistol banyak

Anonymous said...

Lebih baik Jamil Khir perjuangkan peruntukan sek agama rakyat setidak2nya menyamai atau lebih sikit dari sek Tamil..!!!

gengster melayu alaf baru. said...

Saya stuju dgn cadangan mntri agama yg bodoh itu yg penting lisene untuk jual senjata api bagi saya dan saya mesti jadi pembekal senjata api kpd mntri krjaan....

Anonymous said...

Aspan,
Lucky Jamil didn't implement malaysian modern spies catching people who are violating islamic values. Enjoy!

https://www.youtube.com/watch?v=FJ02KnotZhA

Anonymous said...

Abang AA.

Memang luchu dan bodoh tak boleh diajar Menteri Jamil tu. Bayangkan sebahagian kakitangan kerajaan bila bertugas membawa senjata api, saya rasa Malaysia lebih tak selamat kalau cadangan gila Menteri Jamil itu dilaksanakan dan yang lebih tidak selamat banyak pula senjata api yang hilang bila laporan audit negara dikeluarkan.
Kalau Menteri Jamil dah jadi bodoh dan hampir gila dengan cadangan gila itu, pengubdi2 yang menngundi belia dalam PRU13 sudah tentu berganda bodoh dan gilanya.

Anonymous said...

Mujur juga tak diminta supaya dibekalkan dgn dinamit, mesingan, bom tangan, peluru berpandu atau paling-paling lekehpun C4. Nak yg terpaling lekeh...., ada....ada, nanti jap...boleh pakai lagi ke ni...apa lagi kalau bukannya keris karat!

nick said...

Pak,

Your comment about Najib's wife, Rosmah wearing a gun and where would the gun be worn is simply classic! But in my humble opinion, a small revolver or a Glock 45 doesn't really suit her. If you think about it, a Stinger missile launcher or even a good old bazooka would be gorgeous on her and of course it must come with dozens if not hundreds of expensively designed Hermes slings to match her entire wardrobe.

And by the way, any discussion regarding Jamil Khir or about his "brain excretion" would be a waste of time and energy. Who was Jamil Khir again? I wonder if he went to college and what was his C.G.P.A like? Maybe now, all of UMNO minister wants to dust off their college(?) transcript and declare their CGPA to prove that their intellectual capacity are slightly above "village idiots"!

Nick.

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan;

Saya tidak pelik kenyataan sebegini datang dari Menteri(Mrnteri-Menteri)Kabinet Malaysia.
Ini kerana PM sekarang sememangnya memilih mereka yg tahap pemikiran sebegini.
Jika kita lihat bolih dikatakan setiap negeri lantikan dari umno sememangnya bermentaliti sebegini.
Rujuk dan perhatikan ulasan, cadangan yg diberi setelah timbul satu-satu masalah, hinggakan yg tidur sebelah PM pun berperangai sama.

Wong Fey Hong said...

Membekalkan senjata api kepada para menteri,penguatkuasa malahan setiap orang dari kalangan rakyat belum menjamin keselamatan mereka malahan akan menjurus kearah permasalahan yang lain pula.Kerajaan yang ada khususnya kementerian yang terlibat dalam soal-soal keselamatan harus memikirkan,merangka serta melaksana langkah-langkah pencegahan yang lebih berkesan.Andai ianya sebagai sesuatu penyakit,mengenal pasti punca dan melaksanakan langkah-langkah pencegahan dan kawalan adalah lebih mustahak dari mengubati.Tentang kenyataan Jamil Khir Baharum,ia bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana setiap kenyataan yang di keluarkan oleh menteri kabinet adalah kenyataan yang berunsur kebudak-budakan termasuklah kenyataan dari perdana menterinya sendiri.Mungkin mereka mengandaikan bahawa rakyat bawahan lebih bodoh dari mereka lalu dengan mudah mereka memperbodohkan tanpa menyedari bahawa tindakan itu memperlihatkan kebodohan mereka yang jelas dan nyata.

Anonymous said...

Bukan sahaja dia ni Clown...tetapi juga kaki Bodek....

Anonymous said...

pegawai agama yg ditembak dia ditembak dirumah jadi bagaimanakah kebarangkalian sekiranya setiap pegawai agama akan dibekalkan pistol suatu hari nanti mereka akan dpt mempertahankan diri
apakah akan ada cadangan supaya setiap pegawai kena sentiasa menyisip pistol itu setiap hari didalam rumah didepan isteri dan didepan anak?
dah jadi macam paranoia pula..
jangan pula akhirnya suatu masa nanti isteri selain terpaksa menyediakan sarapan dan gosok baju suami terpaksa menyediakan pistol dan peluru jugak
jangan suatu hari nanti terpaka memekik
"mah ambikkan abg pistol"
"man ambikkan ayah pistol

itik said...

komen yg sungguh lucu sekali. tapi tak sangka daripada seorang menteri... aduh... menteri nama nya, ini kah cara penyelesaian?


tapi ini tahap tinggi sikit... pasal, ini cara yg menamnah benda . bukan mentaliti menteri lain yg cara menghalau aku predict:-


Kalo takut ditembak, usah menjadi pegawai agama, atau kastam atau pegawai keselamatam!!! pi buat kerja lain!!


quote daripada:-
-kalo tak suka sini, keluar dari malaysia,
- kalo tak setuju dgn pilihan raya. pi tinggal dalam hutan
- kalo ayam mahal. pi la makan benda lain

Anonymous said...

welcome to cowboy land....

sampai lah western US pun takut dengan kita ni... !!!!

Anonymous said...

Sebelum berikan senjata api kepada mereka, pastikan tidak ada salah guna kuasa dan rasuah diantara mereka.

Jangan sampai rakyat yang tidak bersalah berdosa dijadikan mangsa mereka pula.

Anonymous said...

cadangan yg paling munasabah setiap pegawai agama diperuntuk pengawal peribadi atau pengawal yg mengawal dirumah

Anonymous said...

article ini cukup memuaskan!!

tak ada provokasi, takder unsur fitnah. tepat jalan cerita ni. menteri koboi wannabe.. wahahahaaha

wild wild west ni..

Anonymous said...

He he he he......i likeeee your comment...:D

Anonymous said...

Menteri ugama ni macam badut la...semasa dlm tentera dahulu apa tugas dia, arak dlm tentera dahulu pun dia tak dapat basmi, cakap aja Piiiiiii dah Jamil mangot punya menteri

Anonymous said...

jgn la cakap macam tuh.. dia tuh EX tentera.. pun commander juga... mungkin dah lama tak pegang pistol.. so harap nak tgk wild wild west..