30 November 2013

Tidak tahu membezakan diantara menghilangkan sakit dengan mengubati penyakit

Negara menghadapi kekeliruan dalam semua hal. Dalam masa yang sama kita bergegar-gegar bercakap untuk menjadi negara maju. Apa yang dimaksudkan sebagai negara maju tidak pula kita ketahui. Tetapi kalau dipandang dari satu sudut, negara mahu kepada mereka ini ialah sebuah negara yang mempunyai bangunan yang tinggi-tinggi, tiang bendera yang tertinggi didunia dan jambatan yang panjang-panjang. Ia juga termasuk gong yang terbesar yang pernah tersergam di Angkasapuri pada suatu ketika dahulu.

Kepada setengah pihak dan kepimpinan, bangunan pusat pentadbiran yang terbesar dalam dunia. Putrajaya merupakan kejayaan nasional. Putrajaya merupakan komplek yang sedikit kecil dari komplek pentadbiran kerajaan di Abuja, Nigeria, sebuah negara Afrika yang kini telah menjadikan negara itu hampir kekeringan kewangannya kerana menyelenggara pusat pentadbiran itu.

‘Nation building’ itu mungkin juga dengan mengadakan jalan dan lebuhraya yang indah dan cantik serta mengadakan infrastruktur yang kelas pertama dalam dunia dan pemimpin-pemimpin nya yang kaya raya dengan jet-jet peribadi dan perkara yang setaraf dengannya. Bagi setengah diantara mereka jika sudah mendapat kemajuan seperti itu maka itulah kejayaan sebagai pembawa pembangunan apa yang dinamakan sebagai ‘nation building’.

Tidak pernah terfikir oleh kerajaan yang memimpin bahawa pembangunan negara itu merupakan ruang lingkup yang sangat besar, dan bukan setakat melihat pembangunan fisikal yang boleh dipandang dan dipegang sahaja. Pembangunan fisikal ini merupakan satu elemen yang ‘fractional’ sahaja dalam definasi ‘nation building’ itu. Tetapi itulah yang dianggap oleh kepimpinan kita dan mereka yang bersekongkol dengan mereka sebagai definasi ‘nation building’ itu.

Maka wujud lah rakyat yang berlumba-lumba mencari kekayaan sebagai tanda aras tahap sosial mereka yang tidak ada batasnya sehinggakan dari seorang kampung yang sederhana, wujud sikap berlumba-lumba terbang kesana kemari dengan jet-jet eksekutif misalnya, tetapi tidak pula menilai moral tindakan mereka itu. Mereka ini hanya dilihat sebagai seorang ‘maharajah’ setelah mempunyai pengaruh dalam politik melalui persahabatan secara kroni atau melalui perkahwinan dua insan yang berpengaruh dengan kuasa.

Bagi pemimpin yang sudah tersedia sebagai seorang dari keluarga yang tahap sosialnya tinggi, tidak akan tergamak melakukan tindakan yang menjadi bahan jenaka kepada masyarakat ramai yang memerhatikannya. Mereka yang sudah tersedia hidup dari kecilnya sebagai bangsawan yang asli, tidak akan melakukan tindakan yang menjolok mata rakyat kerana mereka selalunya hidup secara sederhana dan kehidupan mereka adalah ‘natural’ sebagai orang yang bertahap sosialnya tinggi dari zaman mudanya.

Di sini kerajaan dan pimpinan gagal samasekali untuk membina masyarakat yang seimbang kehidupan mereka kerana mereka menyangka dan berpendapat mereka adalah pilihan Tuhan yang boleh bersikap apa sahaja caranya. Mereka menganggap membangunkan negara hanya dengan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) yang sejemput setiap kali pemberian yang di buat. Dalam pada itu wujud projek yang tidak di perlukan tetapi projek-projek ini semuanya adalah ‘crony motivated projects’ yang menjadi cara rasuah yang dilakukan secara sistematik sejak lama dahulu.

Mereka mentadbir negara seperti orang menampal kain koyak dan berlubang-lubang. Di mana berlubang di situ ditampal. Mana yang putus di situ disambungnya. Mereka hanya memberikan ubat tahan sakit, tetapi penyakitnya tidak diubati. Penyakit-penyakitnya sampai kehari ini masih terbiar dan mereka tidak pun tahu apa penyakit yang dihadapi rakyat yang ramai.

Apabila telinga yang sakit diberinya panadol, bila mata rasa sakit diberikan kita dua butir panadol, begitu juga apabila kita menghadapi sakit tengkuk, tiada yang lain selain dari memberikan panadol. Tetapi penyakit darah tinggi yang dihidapi mereka yang menyebabkan sakit di telinga, dimata dan di tengkuk itu tidak diubati.

BRIM diberikan sedikit-sedikit, apabila hendak sampai hari raya diberikannya duit raya sejemput dan apabila sampai kepenghujung tahun diberikannya seratus ringgit untuk menambah bantuan membeli buku. Tetapi kemiskinan rakyat tidak terurus sampai ke hari ini. Rakyat sentiasa dijadikan sebagai umpan untuk menambah kekuasaaan mereka.

Pemimpin tidak tahu membezakan diantara sakit dengan penyakit. Negara yang kayaraya tidak dapat membantu rakyat dengan kesusahan mereka  Negara kita negara pengeluar minyak yang termaju, tetapi hasil syarikat minyak negara diperguna oleh keluarga pemimpin tertentu untuk mengaut segala hasilnya sedangkan penubuhan syarikat minyak nasional itu tidak lain untuk membangunkan ekonomi rakyat yang ramai.

Negara-negara maju seperti negara Scandinavia tidak ada minyak dan apa-apa hasil bumi, tetapi pendapatan per kapita mereka melebihi per kapita pendapatan negara maju G8. Di negara tersebut tidak kita kenal pun siapa pemimpin mereka di peringkat antarabangsa, tetapi di sini pemimpin-pemimpin kita leka dengan pujian seperti pemimpin dunia ketiga dan entah apa lagi.

Malahan keluarga seperti isteri dan anak-anak mereka memperguna wang rakyat untuk kesoronokan dan kebanggaan peribadi. Bukan sahaja pemimpin kita dikenali, isteri mereka pun terkenal seantero dunia. Pemimpin kita leka dengan ‘glamour’ dan itulah dia bukti kegagalan kita untuk membina mentaliti rakyat bersesuaian dengan kemajuan dunia ini.

Mentaliti ini seolah-olah sama seperti mentaliti rakyat negara-negara Afrika maka tidak terkejut ada cendiakawan negara ini menganggapkan Malaysia seperti ‘Zimbabwe in different name’ suatu ketika dahulu.

Entah bila kita akan sampai ketahap pemikiran dan penilaian rakyat negara maju tidak siapa dapat mengagaknya. Yang pasti jika masih lagi ‘set’ pimpinan yang ada pada hari ini sampai bila-bila kita tidak akan sampai ketahap negara maju. Kita hiduplah dengan budaya songsong seperti yang kita semua lalui pada hari ini.

Itu sebab retorik Najib dan kepimpinan negara bercakap tentang matlamat pencapaian negara maju menjelang 2020 itu hanyalah merupakan mimpi di siang hari dan kita tidak akan kemana-mana. Kita akan tetap duduk dan tinggal ditahap ini sampai semua pimpinan yang ada hari ini dapat diketepikan.

Kalau dilihat pada keadaan hari ini ia amat susah hendak dilakukan kerana rakyat ramai termasuk ahli-ahlu parti politik negara amat seronok memberikan sokongan kepada pemimpin yang menipu mereka yang tidak mempunyai apa-apa kemampuan.

Ada perbilangan orang Melayu, ‘bukan salah ibu mengandung’ tetapi mereka sengaja hendak dan bersoronok hidup dalam penipuan pimpinan terhadap mereka.

12 comments:

Anonymous said...

Impian menjadi sebuah negara maju sudah berjaya dilaksanakan iaitu negara kita maju dalam semua bidang yang merugikan negara dan rakyat.Tak mampu maju seperti negara barat atau timur, dasar pandang ke Afrika pula.....

Seorang Rakyat said...

Salam Pak Aspan,

Saya rasa terpanggil untuk meninggalkan sedikit catatan di ruang Pak Aspan. Melhat kepada senario yang berlaku kepada negara kita sekarang, banyak yang perlu dilakukan untuk mengembalikan negara ini ke landasan yang tepat untuk menjadi sebuah negara yang makmur. Namun apabila melihat gelagat pemimpin2 hari ini, ramai orang hanya mampu menggelengkan kepala.

Saya bukan untuk menjadi rasis, saya juga bukan mengatakan sesuatu itu salah atau benar tapi saya hanya mengatakan soal realiti pada hari ini, tentang anak2 melayu khasnya hasil lebih separuh abad merdeka. Dimanakah mereka ini? Kita lihat banyak mereka yang bekerja di restoran2 makanan segera, bekerja sebagai jurujual di pasaraya dan juga di kilang2 yang mana kebanyakan pemilik2nya adalah bukan melayu. Kalau lebih baik sedikit mungkin mereka bekerja di jabatan kerajaan. Inikah hasil kononnya memperkasakan ekonomi orang melayu bagi menghadapi cabaran sebuah negara maju di mana pencatur politik utama negara ini juga adalah orang2 melayu?

Menoleh ke belakang, pasca kemerdekaan memang terdapat usaha untuk mempertingkatkan taraf hidup dan ekonomi orang melayu, tatkala Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada tahun 1970. Pada 10 tahun pertama memang ada peningkatan ekonomi orang melayu walau masih jauh dari sasaran. Tetapi setelah lebih 40 tahun DEB diperkenalkan, adakah sasaran sudah tercapai?

Menoleh ke belakang lagi, pemimpin2 dan penggerak UMNO pada waktu dulu kebanyakannya terdiri dari guru2 yang mungkin ikhlas berjuang tanpa mengharap ganjaran sesuai dengan pandangan masyarakat bahawa mereka adalah orang berilmu dan dihormati. Itu dulu, sekarang lihat pula siapa pemimpin2 UMNO kalau bukan dari kalangan koporat, dan apabila perjuangan itu berlandaskan keuntungan, maka sudah pasti keuntungan wang ringgit menjadi keutamaan, dan mereka sanggup menjual apa sahaja waima jwa mereka.

Untuk menjadi sebuah negara maju, bukan projek2 mega berbilion ringgit yang menjadi ukuran sedangkan pengisian modal insan adalah kosong. Pendidikan adalah elemen utama, bukan bangunan2 tersegam indah tidak bernyawa. Menyediakan pendidikan yang tepat kepada rakyat sudah pasti akan menjadi pemangkin kepada kemajuan, tidak perlu slogan kosong. Kenapa pemimpin tidak berusaha gigih mempertingkat sistem pendidikan? Kenapa dulu tidak kita memperkenalkan dasar 'Oil for Education' apabila minyak dijumpai? Bayangkan kesannya sekarang.

Lihat pula apa yang terjadi kepada negara kita yang masih lagi tersangkut dlm 'middle income trap' pasca krisis ekonomi 1997 sehingga sekarang. Sedangkan Singapura, Korea Selatan dan Taiwan sudah terlalu jauh ke depan. Soalnya berbalik kepada pendidikan yang dapat menyediakan tenaga kerja professional yang kompeten. Selama mana kita hanya mampu menyediakan 'low cost labor'.

Lihat juga ke mana halatuju negara kita sekiranya selama 15 tahun berturut2 negara ini diuruskan dengan fiscal deficit? Apakah apabila hutang menjadi 100 peratus dari GDP baru kita nak sedar?
Bayangkan juga ketirisan dan salah urus yang berlaku sejak 30 tahun lepas yang sudah tentu berjumlah berpuluh bilion kalau tidak beratus bilion.
Maka kita hadapilah realiti ini.

Salam,
Seorang Rakyat

Anonymous said...

Kesian kami rkyat marhaen ni..yg celik hati sikit..bleh tinjau2 blog tuan aspan...camna yg percaya hanya kpd tv3 dan utusan n nstp. slain dr media milik bn..ianya adalah fitnah..dakyah... Syabas juga blog tuan ni famous kalu zaman mahathir dah lama tuan kna isa kdn. Hehehe....

.Pekerja kilang.

Anonymous said...

pandangan yg baik. kita sekarang di tentukan kepimpinan dr pendalaman .yg pendidikan sudah sedar.yg memenangkan kerusi kecil di pedalaman.mereka gula2kan kumpulam ini. kemudian mereka kumpulan cerdik pandai. tengok cara mereka di parlimen.malu kita dengar. ..sabarlah sehingga yg jauh itu menjadi pandai.

Anonymous said...

Rakyat lebih berhak diberikan hak milik tanah daripada memberi tanah kepada syarikat kroni.Ini punca utama kenapa rakyat sentiasa ketinggalan dalam aspek kemajuan ekonomi, kerana tanah telah dimonopoli oleh syarikat-syarikat kroni dan dalam pada masa yang sama kehidupan rakyat berhadapan dengan masalah kebanjiran buruh pendatang asing.

Anonymous said...

Tuan anon 16:05. Tak perlu khuatir..low cost labour disediakan oleh rakan rapat kita,indon..nepal..bngla..mynmar...vietnm dsb.. Kcuali petroleum monopoli glc..hasil bumi kita ni siapa taikun n towkey yg mngeluarkannya? Balak..pasir..mineral brharga...malah bot pukat laut dalam pn mlayu skadar jd awak2 je. Kalau tuan tahu statistik tanah2 org mlayu yg trjual kpd kaum lain..lg tuan sedih. Johor tu kubu kuat kebanggaan umno pembela mlayu..maju negerinya....maju ke mlayunya...kg2 tradisi mlayu yg status tanahnya bebas...apa dh jd? Rezab mlayu yg jauh dr bandar,slamat lg. Peneroka felda,lega lg. tak perlu 100 tahun lg...50 tahun kehadapan saja,apa yg ada dlm minda tuan tentang mlayu yg ketika ini setengah abad ditadbir pmimpin mlayu.. Maaf ,agak rasis tp inikan semenanjung tanah melayu...atau ini akibat dosa silam bersekongkol dgn british meluluskan jus soli demi kemerdekaan dan survival bangsawan2 mlayu ketika itu.

Unknown said...

Pak AA mmg understand hati setiap warga di seluruh sudut mengenai hal ehwal urusan pentadbiran dan juga tidak ketinggalan..ketahui segala-gala perbuatan yg rakus oleh kerajaan BN yg telah lama mengeksploitasi hak dan kebebasan serta kebajikan rakyat.

Unknown said...

Saudara Aspan,
Mentaliti pemimpin persekutuan iaitu BN terutamanya UMNO pasca 1981 sehingga kini, bertaraf sampah yg tidak langsung boleh digunakan lagi malahan menjadi toksid beracun pula. Mereka benar-benar tidak pernah ikhlas untuk membangunkan negara ini dengan nilai yang baik. Ia diburukkan lagi dengan kebodohan mereka sendiri. Dengan mengkucar-kacirkan masyarakat, mereka dapat terus memegang tampuk kuasa. Lihat sahaja kepada masalah kewangan, perundangan, keselamatan, ekonomi, hubungan berbilang kaum/agama, pendidikan, akhlak dan banyak lagi isu lain, tiada satupun yang dapat dibanggakan pencapaiannya. Apa pula fungsi pakar dan penasihat? Hampas belaka! Sampah sarap beracun ini amat wajar dilupuskan demi untuk kesejahteraan semua.

Anonymous said...

Pak Aspan,

Most politicians and big businesses only take care of their self interest.

Dividing the ordinary people is crucial to keep politicians in power......the politicians want the ordinary people distrust and hate each other so they could take advantage of their unfounded insecurity and fear.

The REAL security and welbeing of ordinary people and their future is dependent upon their NORMAL relationship with each other of various races.....without the damaging of politics of race, religion, hate, fear, intimidation, harrassment, blame and etc..to complicate matter and make life unnecessarily stressful and difficult to live.

Bad political leadership over the decades had done a lot of permanent damage.


maw said...

memanglah kalau boleh nak hilangkan rasa sakit dengan ubatan rawatan penyakit akan tetapi yang yang timbul cuma mencari penyakit.BN,barang naik penyakit rakyat demam tak kebah,ubat yang diberi GST gasak sampai terkubor.

Anonymous said...

Pak Aspan,memang betul pemimpin negara ini memikir kn dgn membina bangunan pencakar langit,menghantar angkasawan ke angkasa lepas, menganjur kn F1,memecah kn rekod2 dunia ada lh bukti kemajuan negara.Pemberian BR1M di war2kn sbg keprihatinan kerajaan tp sebenar ny membuka kepincangan mereka dlm mentadbir negara.Jika negara ni sdh maju,mustahil hampir separuh rakyat negara ini mendapat bantuan itu.Baru2 ini satu kajian mendapati 85% rakyat Malaysia tidak mampu utk bersara.Apa kh ini bukti negara sdh maju?

Anonymous said...

Tidak tahu pula selama ini ada jenis pemimpin yang tidak faham-faham bahawa bukan tanggungjawab rakyat hendak dibebankan untuk menanggung kewangan sikap pemimpin yang boros,salahguna kuasa dan rasuah.Dinegara maju yang melaksanakan gst sebagai suatu sumber memperkasakan pendapatan, kewangan negara dan bukannya menyelamatkan kekeringan sumber kekayaan negara akibat dipunahkan para pemimpin yang memimpin.