01 December 2013

Jangan dinafikan, kita perlu negara baru dengan politik baru

Siapa yang boleh memberikan jangkaan, apa yang akan berlaku selepas ini dalam siasah dan politik negara? Pemimpin bercakap di dalam forum, akhbar dan media perdana menulis dan membincangkan masalah negara dan rakyat dan media alternatif bercakap dan memberikan ulasan dengan panjang lebar dan berterusan sehingga sekarang ini. Selepas itu pilihanraya diadakan, keadaan masih dalam kebimbangan tentang masa depan negara dan rakyat.

Yang sudah berumur bertambah tua, dan anak-anak yang ramai sudah meningkat dewasa dengan kedatangan cucu-cucu yang ramai. Negara masih tidak menentu. Semakin hari semakin banyak kerisauan mendatang mengingatkan cucu-cucu yang lahir dan bilangan keluarga bertambah-tambah. Jika kita sudah tiada, siapakah yang boleh memberikan jaminan kepada generasi yang kita tinggalkan itu hidup dalam suasana negara yang aman damai?

Kata perbilangan 'keruh dihulu, keruh dihilir'. Maknanya kalau kita masih bercakaran dan bergaduh dalam semua hal maka generasi kita akan mewarisi keadaan dan susana yang tidak tenteram dan mengelirukan. Jika kita tidak mahu air keruh di hilir maka air yang di hulu wajib kita jernihkan. Jika kita tidak mahu kehidupan generasi kita berada dalam suasana tidak tenteram maka kita wajar membina kembali susana yang tenteram itu sekarang ini.

Kita bukan tidak pernah tenteram sebelum ini, malahan itulah yang menjadi sebab kenapa kita bersusah payah ‘berperang’ sekarang ini. Kita ‘berperang’ sekarang ini semata-mata untuk kembali merasakan bagaimana nikmatnya hidup dalam negara yang siasah dan politiknya aman seperti yang kita rasai dahulu.

Masing-masing berjuang untuk mempengaruhi empunya negara ini, iaitu rakyat yang berbilang kaum, untuk menegakkan hujjah masing-masing, Semuanya mengaku untuk kebaikan negara semata-mata jika mereka di beri mandat untuk menguasai kerajaan.

Tentulah isu-isu yang di gunakan oleh pihak-pihak ini adalah di sebabkan isu kelemahan pihak yang memegang kuasa dan semuanya itu di jadikan modal oleh pihak yang ingin mengambil alih kuasa itu. Hasilnya telah pun kita ketahui dan yang berkuasa masih kekal dengan kuasanya walaupun dalam angka dan peratusan yang mengecil. Yang ingin mengambil alih kuasa itu kekal sebagai pembangkang kerana rakyat juga mempunyai sebab untuk meletakan mereka kekal sebagai pembangkang.

Dalam isu ini rakyat mempunyai sebab untuk mengalihkan mandat kepada pihak lain dari BN, tetapi dalam masa yang sama mereka juga mempunyai alasan untuk memberikan yang menyandang untuk kekal berkuasa. Rakyat sedar yang berkuasa itu amat jelek tetapi yang ingin mengambil kuasa juga tidak boleh memberikan jaminan yang mereka tidak jelak juga.

Rakyat tidak mahu berada dalam situasi mengalihkan dari pihak yang jelek tetapi akhirnya yang mengambil alih itu juga tidak selurus dan sebaik mana yang mereka ucapkan dan perjuangan. Mereka tidak mahu 'keluar dari mulut naga tetapi masuk pula ke mulut buaya'. Apa pun kesudahannya, rakyat jugalah yang menentukan keadaan kerana negara ini rakyat yang punya, bukannya kepunyaan pemimpin-pemimpin parti politik yang berbilang kaum itu.

Rakyat mahukan ‘certainty’ yang sesiapa yang memerintah tidak membohongi mereka lagi. Mereka mahukan penunaian janji-janji yang di berikan kepada mereka. BN telah menjanjikan perubahan untuk kebaikan tetapi kebaikan itu belum juga nampak berlaku. Tindakan dan perlakuan rasuah masih berluas luasa. Penyalahgunaan kuasa dan pengaruh oleh pemimpin-pemimpin dan isteri-isteri  mereka masih terlihat dengan jelas.

Menggunakan sentimen perkauman masih begitu jelas dan di gunakan sebagai cara untuk mengekalkan kuasa. Muhyiddin di kritik hebat kerana isu ‘Malay first, Malaysian second’ oleh pihak yang memperjuangkan ‘multiracialism’, Sampai tidak muat dada akhbar dan media alternatif digunakan untuk membelasah Muhyiddin dengan ganasnya.

Tetapi bagaimana isu ini boleh di jadikan isu oleh pihak pembangkang kerana ada parti pembangkang yang memperjuangkan ‘multiracialsm’ sejak empat dekad dahulu tetapi mereka masih mempunyai sikap ‘Chinese first Indian 2nd and Malays 3rd’ dalam party mereka. Tidak ada langsung ‘attribute’ sebagai parti berbilang kaum di dalamnya.

Bagi saya perjuangan ‘multiracialism’ itu hanyalah retorik yang mengelirukan. Ia tidak akan menjadi kenyataan dan tidak akan wujud lagi. Kedua-dua belah pihak yang berbeza dalam banyak hal, tetapi mereka mempunyai satu persamaan, iaitu tegar dengan jiwa rasis, jika tidak dalam kata-kata mereka di lihat rasis dalam tindakan mereka.

Dalam hal ini kita tidak lagi mempunyai seorang pemimpin yang boleh memulakan cara baru dalam menyusun politik yang baru di kalangan mereka yang sedang berada dalam barisan kepimpinan peringkat tinggi baik dari BN atau dari Pakatan Rakyat.

Itu sebabnya memilih melalui parti sudah hampir tidak relevan lagi untuk memulakan politik baru, tetapi buat permulaannya kita perlu memilih manusia dan pemimpin yang mempunyai jiwa dan hati untuk membentuk suasana baru dengan politik yang baru. Jika kita tidak membentuk dan memulakan politik dan negara baru, kita berada dalam keadaan berisiko dalam mana kita akan terus di tadbir oleh mereka yang terlalu kufur dengan nikmat dan di gantikan oleh mereka yang baru menikmati kuasa yang lebih lahap lagi.

Jika dahulu ada Tunku Abdul Rahman Putra, Tan Cheng Lock, dan VT Sambanthan untuk duduk bersama menyususn sebuah negara, tidak ada sebab kita tidak boleh mencari seorang pemimpin yang boleh melakukan tugasan yang sama. Mulakan rundingan bersama ketua-ketua suku kaum termasuk dari Sabah dan Sarawak dan selesaikan masalah yang timbul dari isu Perjanjian Persekutuan Malaysia yang kini menjadi isu panas terutama lagi dikalangan rakyat dari Malaysia Timur itu.

Kita wajar berani dan selesaikan semua isu yang berbangkit ‘once and for all’. Masalah-masalah yang berbangkit ini hanya boleh di selesaikan oleh seorang pemimpin yang mempunyai ‘passion’ terhadap keamanan dan mengutamakan negara. Ia tidak boleh di selesaikan oeh pemimpin yang mendahului niat memenuhi nafsu dan kehendak peribadi seperti yang kita sedang saksikan menjadi pakaian pemimpin-pemimpin yang sedang mengetuai dan memimpin parti-parti politik negara ini.

7 comments:

Nitro said...

ini kerana ramai orang bercakap suka hati saja. mereka merasakan merekalah yang paling benar dan betul. terutama sekali berkaitan dengan perjanjian Malaysia. banyak orang hanya tahu bercakap saja tapi berapa banyak yang baca perjanjian tersebut?(baca versi bahasa inggeris kerana perjanjian tersebut ditandatangani dalam bahasa itu)

dan mulalah memberi taksiran masing-masing untuk membenarkan hujah mereka.akibatnya makin ramai yang sudah keliru.
paling lucu, ada yang menggunakan istilah 'country' untuk perjanjian tersebut. padahal hanya istilah 'state' digunakan untuk sabah, sarawak dan singapura. manakala istilah 'states' atau 'federation' digunakan untuk malaya.

Anonymous said...

Tuan AA,

Pihak yang sedang berkuasa susah hendak perbetulkan keadaan, ini kerana mereka berasa lebih rela mengelak menyelesaikan isu sebenar, lebih senang menipu dan suka bercakap separuh benar.Seperti perkara yang berbangkit berkaitan perjanjian persekutuan malaysia, sepatutnya dilaksanakan dari dahulu lagi dan kekeliruan rakyat mengenai perjanjian ini tidak akan berlaku.Rakyat sebenarnya sedang dalam keadaan daif mengharungi zaman globalisasi dan apa yang pemimpin kita buat ? bukankah mereka sedang globalisasikan amalan rasuah, salahguna kuasa, sikap boros, sentimen agama & bangsa dan segala yang merugikan rakyat.Rakyat tahu malu, mereka ada perasaan malu ?

Anonymous said...

tuan2

pls add me at FB : airmatabuaya amb

Anonymous said...

YB AA,

baru aku tau... hanya kalpal singh yg layak memanggil JEFF OOI meminta maaf, aku nampak ini tak iklas langsung. mulut jer maaf.

Tapi tgk ini.. sebelum ini. MPPP panggil dia minta ta maaf, tak dengar.. maklum la.. kucing kurap jer... lepas tuh. senior dia sendiri yg panggil.. tak maaf juge... pasal Chow pun seekor kucing kurap (juga !!kucing size besar sikit daripada ketua MPPP)

lepas ini LGE yg panggil, Yo bro... tak dengar juga... LGE pun kucing kurap yg bersize lebih besar daripada Chow. kurap juga tuh. tak perlu dilayan langsung.

Akhirnya President yg panggil, baru dia nak buat show on the stage , minta maaf dengan noda dan ucapan yg penuh arrogant betul.

Dalam kontek ini. dah jelas, tuan AA, minset Jeff dah naik ke tahap yg terulung. orang bawahan kecuali president langsung tak dihindari dia... hebat betul blogger ni. kalo orang ni menjadi exco... habis la..

Anonymous said...

oh.. ada satu lagi kurap 100kg yg juga cuba tegur Jeff yg maha kuasa tuh... orang tuh nama nya macam....the Anwar ker, tak dipedulilan?...

Anonymous said...

pak Pan,

Komen yang kurap2 tak yah siar la.. ngabih boreh jo...

mereka dah dididik makan najis

Anonymous said...

komen kurap tuh memang issue semasa dan ada logic, aku bukan cyber trooper, ko nampak bahasa pun boleh tau... Aku salute pak Aspan yg tak filter comment kurap aku...

memang hanyar chair man jer yg boleh mengarah harimau jelutong junior itu meminta maaf. pasla dier bukan low rank.