Hasil dari kelemahan pimpinan dan
teraju negara, kita melihat banyak pihak yang telah berani menyentuh tentang isu
yang telah dilindungi oleh Perlembagaan. Dulu tidak boleh disentuh kini
menjadi isu yang sering disebut dan disentuh oleh setengah pihak. Perlembagaan dan
Undang-Undang itu tetap Perlembagaan dan Undang-Undang, dan ia tidak semestinya
boleh dilaksanakan jika kepimpinan yang lemah. Ia akan lebih merumitkan lagi jika rakyat dan mereka yang berkepentingan tidak menghormati Perlembagaan itu.
Pimpinan yang lemah menghasilkan
persepsi buruk dan kurang hormat setengah pihak terutamanya bagi pihak yang
mempunyai banyak kepentingan politik untuk bangsa dan keluarga mereka. Ada pihak yang cuba mempersoalkan keistimewaan
orang-orang Melayu dan Bumiputra
sekarang ini, sedangkan itu telah pun dipersetujui sebelum kita mencapai kemerdekaan
lagi.
Ada pihak yang mengambil
kesempatan dengan kelemahan pimpinan hari ini dan ditambah pula dengan setengah
pihak mahu mengambil kesempatan menangguk di ‘air yang keruh’ dengan meminta
UiTM dibuka kepada bukan Bumiputra untuk bersama memasuki institusi pengajian
tinggi yang dari awal dikhaskan kepada Bumiputra sahaja.
Ia adalah peruntukan yang sedia
ada sebelum pun berlaku kejadian 13 Mei 1969 yang menghasilkan DEB (Dasar
Ekonomi Baru) dahulu. Tetapi tidak ada siapa yang mahu memberi tahu rakyat
tentang isu yang hanya Bumiputra sahaja yang layak menyertai UiTM itu. UiTM atau
ITM semasa itu, tertubuh lama sebelum kejadian 13 Mei 1969 yang telah
menghasilkan DEB dahulu.
UiTM ditubuhkan untuk melatih
Bumiputra yang masih jauh ketinggalan dalam bidang ‘professional’ dan ‘separa
professional’ bagi mengisi kekosongan (vacuum) yang besar dalam menempatkan
Bumiputra dalam sektor industri serta mengisi kekurangan bilangan Bumiputra
dalam pengurusan syarikat-syarikat besar dinegara ini. UiTM wujud bagi membantu
Bumiputra untuk ‘berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah’ dengan kaum-kaum
lain di negara ini.
Tetapi jika ada pihak yang masih
berusaha untuk membuka UiTM untuk bukan Bumiputra, ia elok dibukakan polimik
dengan telus bagi kita mengolah dan memberitahu rakyat kenapa UiTM ini wujud. Mungkin
ada dikalangan orang melayu sendiri mahukan UiTM ini dibuka kepada bukan Melayu
semata-mata untuk mendapat perhatian politik, tetapi ini adalah perkara yang
telah dipersetujui dari awal sejak tertubuhnya RIDA dalam awal lima puluhan dahulu.
Bagi mereka yang memperjuangkan
keharmonian semua kaum, kita wajar mempunyai toleransi yang kuat untuk
bersama-sama menikmati kekayaan negara dan jika masih ada yang tidak berpuas
hati, ia bermakna mereka ini adalah yang tidak mahu dasar kerajaan yang
dipersetujui dan dijayakan.
Tetapi kenapa wujud desakan
seperti ini? Kenapa masih ada yang berani menyebut dan mempersoalkan kedudukan
Raja-Raja Melayu dan meminta sistem Raja Berpelembagaan ini dihapuskan? Dulu-dulunya tidak ada pihak yang berani
mempersoalkan isu ini kerana didalam Perlembagaan tercatit peruntukan yang Raja-Raja
Melayu tidak boleh dipersoalkan samada dalam atau luar Parlimen suatu ketika
dahulu.
Jawapannya telah ada dipemikiran
manusia yang menduduki negara ini sebagai rakyat, tidak kira rakyat yang asal
atau yang mendatang. Jika ada yang mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu ini,
khususnya dari rakyat yang asalnya rakyat mendatang, ia tidaklah begitu mengejutkan
kerana sememangnya susah untuk menghilangkan ‘migrant mentality’ dikalangan
rakyat ini walaupun mereka adalah rakyat negara ini sejak lebih setengah abad
yang lalu.
Yang menjadi persoalannya ada
dikalangan yang mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu ini adalah dikalangan
mereka yang mengaku rakyat asal atau Melayu dan ini adalah satu perkara dan
keadaan yang sangat memilukan.
Masalah besarnya ialah kepimpinan
Melayu tidak mempunyai ‘tulang belakang’ dan lemah. Mereka tidak dihormati lagi
oleh kaum Melayu sendiri, jauh sekali untuk mendapatkan penghormatan dari kaum
bukan Melayu! Pemimpin Melayu tidak dapat lagi membuat keputusan dengan betul.
Keputusan mereka tidak akan betul lagi kerana mereka berimejkan rasuah dan ‘stigma’
ini tidak dapat lagi dibuang pada persepsi rakyat khususnya yang bukan
Bumiputra.
Hasilnya negara mendapat kepimpinan
Melayu yang tidak dihormati dan pemimpin bukan Melayu yang tidak lagi bersetuju
dengan semangat Muhibbah yang dibentuk dan dibina oleh pimpinan negara yang
sudah tiada bersama kita lagi hari ini. Tidak ada lagi keadaan dalam mana
pemimpin dan rakyat menghormati diantara satu bangsa dengan bangsa yang lain
dan ini sudah semestinya akan membawa akibah yang tidak sihat kepada negara
dalam jangka masa yang panjang.
Masih ramai dikalangan kita yang
merasakan yang negara kita ini masih sihat dan berjiwa sebagai sebuah negara,
terutamanya dikalangan mereka yang dalam korridor kuasa yang masih enak
mengelamun dengan keseronokan dan ‘glamour’ hidup mereka.
Tetapi hakikatnya negara kita
memerlukan pembetulan yang pantas dan jika kita tidak berani mengaku keadaan
ini wujud, amat kita khuatiri yang keadaan tidak akan dapat diperbaiki lagi dan
negara kita akan berhadapan dengan krisis yang lebih besar lagi dalam semua
perkara.
Siapa yang hendak melakukan ini
semua, kerana mereka yang boleh melakukan perubahan atau setidak-tidaknya kita
hambat kedatangan musibah dari mendekati kita lagi. Kata-kata seperti yang saya
sebutkan ini mungkin tidak digemari oleh banyak pihak tetapi saya berani
bercakap kerana jika kita khususnya mereka yang berkepimpinan tidak tampil untuk
menyelamatkan keadaan ini, kita tidak terkejut jika ‘nasi akan menjadi bubur’.
Tidak usahlah kita berpolimik
lagi. Polimik diantara kita yang tidak berfaedah ini tidak akan membawa apa-apa
kepada kita. Jika kita teruskan juga jangan pula menyalahkan mana-mana pihak
sebagai tidak bertanggungjawab kerana semuanya mesti mengambil ‘accountability’
terhadap apa yang akan kita rasai akan datang.
Kepada semua pihak yang
berkepimpinan, selamatkanlah negara kita kali ini. Kita tidak ada negara lain
untuk berlindung. Kebanyakan diantara kita tidak mempunyai keupayaan untuk lari
kemana-mana negara lain untuk berteduh dan kita tidak mempunyai kemudahan
jet-jet eksekutif untuk kemana-mana.
Kebanyakan diantara kita tidak
mempunyai isteri yang luas ‘networking’ mereka untuk menyelesaikan apa-apa masalah.
6 comments:
Pak Aspan...
rasanya memang dah tak ada lagi spesis Melayu yg boleh jadi penyelamat negara... sebab pemimpin yg ada sekarang jenis 'bodo tak boleh ditegur', manakala 47% rakyat pulak jenis 'bangang tak bole diajar' ... dan malangnya spesis ini bangsa melayu!!! nak harap kaum cina selamatkan negara... umphhhh... 'selamaaaaat' betoi la malaysia ni... keje dgn dia orang pun bangsa lain khususnya melayu ditindas, apatah lagi kalu kuasa diberikan pada mereka... jadi macau la malaysia!!! India? minta maap la.... puak ni naik jadi pemerintah... lingkup negara. cakap
berbelit-belit... dah tu pandai pulak komen praktikal agama orang lain... buat praktikal korban pun bising sedunia!!! masjid babri kena runtuh di india ada diaorang kesah... tadak pun... sebabnya kesetiaan kebanyakan puak ni masih lagi di tanahbesar india!!! Jadinya kalau nak selamatkan Malaysia... 3 kaum terbesar di Malaysia ni kena kembali kepada ikrar asas... kontrak sosial yg telah dipersetujui bersama... tp mampukah ini direalisasikan bila mana hak-hak penduduk asal di persoalkan oleh 'yang mendatang'?!!! UMNO sendiri terlalu mengikut telunjuk 'yang mendatang' sehinggakan meminggirkan bangsa sendiri!!! walaupun berkokok pembela bangsa!!! Negara akan selamat sekiranya ada pemimpin yg berperwatakan seperti Nik Aziz, berfikiran/berwawasan seperti Mahathir, berstrategi seperti Lim Guan Eng, dan berkarisma seperti Anwar Ibrahim.... ( dalam kontek Malaysia jer ) ... ( contoh tidak dirujuk kepada Rasulallah kerana Rasulallah melangkaui kepimpinan manusia biasa!!!! )
Segalanya berpunca dari si mualaf Omar Ong, anak didik McKinsey. Seorg pro barat, neo liberal, anti DEB, anti Bumi & free thinker. Punasihat Najib yg sgt berpengaruh yg tak bole disentuh. Najib banyak mengikuti ckp Omar termasuk slogan 1Mlsia. Manusia paling bangsat yg byak menjahanamkan & mengkhianati org Melayu & organisasi Melayu. Penyenaraian felda global ventures adalah dari nasihat si Omar yg menyebabkan felda sengsara & menghadapi zaman gelap.
Ditambah pulak kepimpinan Najib yg lembik & pemikiran yg simpang siur. Apa saja cadangan Omar diterima bulat2 sehingga mengadaikan bangsa & negara.
Respect must be earned. Tak kiralah samada seseorang itu Raja ke, PM ke, Menteri ke atau ketua kampung ke. Cermin lah diri sekiranya rakyat tidak lagi menghormati kamu. Jangan salahkan orang lain.
13 Mei 1969 usia kemerdekaan Malaysia baru hampir 12 tahun. Dalam tempoh itu hubungan antara kaum belum sempat terjalin mesra, maklumlah keadaan masih serba kekurangan dan kedaifan dalam pelbagai aspek. Wujudnya perasaan saling tidak selesa antara kaum-kaum utama iaitu melayu, cina dan india. Dapatan (findings) untuk mengelakkan tragedi 13 Mei dari berulang antaranya menyusun semula masyarakat, DEB dan muhibah. Semuanya berjalan lancar pada mulanya, tetapi UMNO yang menjadi teras pemerintah masih mendendangkan isu perkauman, terutamanya supaya melayu membenci cina. Masakan isu yang kontradik ini dapat disembunyikan selamanya. Lagipun tiada menampakkan keikhlasan disitu. Mereka tidak sedar dikalangan mualaf ini masih ada saudara menganut agama asal. Bagi kaum cina 'trustworthy' adalah perkara lebih utama berbanding wang. Melayu kehilangan trustworthy mereka dan trustworthy melayu pula mampu dibeli oleh mereka, apa jadinya? Dari tahun awal 1970an sehingga kini terlalu panjang rakaman sejarah untuk disurihkan. Kini, setelah 43 tahun tragedi itu berlalu, kenapa sentimen perkauman masih lagi didendangkan. Jadi, bahang 13 Mei seolah-olah sengaja dibiarkan masih ada baranya dan boleh ditiupkan, menyala dan membakar lagi. Perlu ada titik nokhtahnya, supaya kita tidak didatangi kiamat sebelum kiamat yang sebenar-benarnya tiba.
Begitu juga perihal raja-raja, hampir habis-habisan semua diserang peribadinya secara terbuka dan tidak berhemat oleh siapa lagi jika bukan melayu/mamak dalam UMNO pertengahan 1980an. Bagi kaum bukan melayu melihat situasi begitu, apa pula persepsi mereka?
Rakyat juga dimomok-momokkan akan penjajahan semula. Bagi mereka yang pernah merasai hidup dizaman penjajahan, penjajah yang mengaut sebahagian hasil negara ke negara mereka, dengan bakinya masih mampu membina jalan raya, membayar gaji k/tangan kerajaan, biasiswa, menyediakan hospital dll yang tidakpun membebankan. Bandingkan setelah merdeka semua (diulangi semua) hasil negara dikawal dan diurustadbir oleh anak watan, hasilnya rakyat bertambah sengsara. Penulis bukan minta dijajah semula cuma mengajak berfikir sejenak, diantara dijajah seperti dahulu dengan merdeka seperti sekarang, yang manakah lebih baik? Hakikatnya penjajahan oleh UMNO itulah yang lebih merosakkan lagi kerukunan negara.
.... kadang-kadang bila difikirin elok juga Jepun dtg perintah semula Malaysia ni... bior rakyat Melayu, Cina, India tahu menghargai Negara ini... cakap banyak penampor naik muko. kalau bangang lagi dipancung... habis cerita.... takkan kita nak perkara tu berulang?!!!
taklah elok sgt kalau korea tawan org Melayu, dah sgt kamcing dgn pelbagai projek kompani ali- korea berlambak - lambak di kl, tak perlu buat kerja, konsert(eretek ) pop hehhheehhehehe
Post a Comment