28 December 2013

UMNO dipilih bukan kerana parti itu baik, tetapi PR tidak sehaluan

Dalam isu memilih pemimpin dalam pilihanraya yang lalu, sebenarnya pemimpin-pemimpin utama pembangkang yang membuatkan BN masih menang dalam jumlah dan perbezaan yang tipis. Disebaliknya, pemimpin BN juga yang membuatkan setengah dari rakyat yang mengundi pembangkang. Masing-masing BN dan pembangkang menyumbang untuk sokongan kepada lawan masing-masing. BN membuatkan PR kuat dan PR juga membuatkan BN kekal sebagai kerajaan.

Bagi saya, kenyataan ini boleh dibuktikan semasa pilihanraya yang akan datang dan tidak perlu saya melayan kecaman setengah pihak terhadap diri saya kerana pandangan saya yang tidak menyenangkan mereka. Pandai tak ada tetapi pengalaman kepada saya ada sikit-sikit. Saya ulangi, UMNO dan BN tetap akan menang dalam pilihanraya yang akan datang walaupun saya sendiri tidak begitu gemar melihat keadaan itu.

Tetapi kenyataan, tetap kenyataan dan saya belum lagi bercadang untuk menghiburkan diri sendiri dan bermimpi di siang hari seperti ramai yang begitu di luar sana. Siapa yang hendak mengkritik saya silakan lah. Lakukanlah sekehendak hati. Katalah saya apa-apa sekali pun kerana pemimpin pembangkang dan pengikutnya tidak serius dalam melakukan pengambil alihan kuasa negara. 

BN pula begitu lalai kerana mereka tahu pembangkang tidak akan mampu mendapatkan mandat rakyat yang memerhati segala gelagat pimpinan kedua-dua belah pihak. Maka berperanglah penyokong terutamanya penyokong pembangkang dimana-mana....dalam ceramah dan dalam alam cyber memaki hamun dan mencarut dengan menggunakan bahasa yang kesat terhadap sesiapa yang mahu bercakap benar yang pembangkang tidak akan mampu mengambil alih kerajaan ini.

Kebanyakan yang bercakap besar dan mencarut itu adalah yang muda-muda yang baru bergiat dari tepian politik dan mereka ini garang-garang kerana hendak menunjukkan hebat dan berbeza. Tetapi ramai hanyalah seperti anak muda julung berkeris, batang pisang pun hendak disanggahnya.

Maklum sajalah baru cuba-cuba memegang keris, sampai tidak ada masa menyarungkan keris kesarungnya. Asyik hendak memaki hamun dengan perkataan-perkataan kotor sampaikan tidak ada masa untuk menunjukkan cadangan yang baik bagi kebaikan bersama. Baru pagi tadi seorang yang agak ‘senior’ dalam pembangkang bercakap dengan saya.

Katanya “selagi kami pembangkang masih tidak menukar pimpinan mereka selagi itulah PR tidak akan kemana-mana dan selagi UMNO dipimpin oleh Najib serta barisan yang ada selagi itulah mereka akan menjahanamkan kita”. Katanya “it’s a choice between the devil and deep blue sea”.

Saya berasa lega mendengar kata-katanya itu, kerana saya telah menulis dalam posting saya beberapa hari yang lepas, yang kita harus melupakan ‘partisan politics’ dan kita cari pemimpin yang ‘level headed’ untuk menyusun kembali negara ini buat seketika. Selepas disusun dan dikembalikan ‘sanity’ dalam politik negara beliau boleh mengundurkan diri untuk di serahkan kepimpinan negara kepada mereka yang berkesanggupan mengakui yang negara memerlukan pemimpin yang berkepimpinan, bukannya pemimpin yang tidak tahu apa dia kepimpinan itu.

“Kita letih dengan cara memilih pemimpin baik dalam PR mahupun dalam BN. Siapa yang berteriak lebih kuat atau berjenaka diatas pentas itulah pemimpin bagi mereka. Kita sudah banyak sumber untuk mendengar lawak jenaka ini. Kita boleh tengok filem lakonan AR Tompel dan rakan-rakannya” kata kawan saya tadi selamba.

Saya bersetuju dengan pandangannya kerana hakikatnya siapa yang bercakap tidak bersopan itu, memang pasti bukan pemimpin atau penyokong yang baik. Siapa yang bercakap besar dan memaki hamun dengan kata-kata kesat itu, sudah pasti mereka yang kosong dalam pemikiran atau jiwanya. Itu ‘nature’, kerana orang yang bersikap begitu selalunya orang yang terlalu banyak kelemahan yang hendak ditutupi dan dilindunginya.

Tidak ada siapa yang bercakap secara ‘organic’ untuk melakukan kelainan untuk kebaikan dan yang bercakap besar ini pun tidak nampak perkara yang benar-benar teguh yang telah membawa perubahan kepada negara. Tidak ada juga perancangan dasar yang boleh merubah politik negara kearah kebaikan. Yang kita dengar hanyalah penghapusan PTPTN, penghapusan tol dan mengurangkan harga minyak.

Tetapi tidak ada perancangan untuk membangunkan rakyat melalui dasar-dasar yang konkrit untuk menambah nilai pemikiran dan sikap manusia dan menambah nilai budaya dan membentuk ‘sense of ownership’ terhadap negara. Tiada dasar atau usaha untuk meningkatkan nilai dan keutamaan bagi menambah kekuatan negara sebagai sebuah negara persekutuan.

Baik dalam PR atau BN pemimpin yang benar-benar pemimpin tidak boleh timbul kerana politik peribadi masing-masing. Bagi mereka hanya mereka yang berada dalam barisan kroni mereka sahaja yang boleh timbul kerana kuasa itu tidak boleh terlepas kepada orang yang baik dan bermutu.

Contohnya orang Melayu P Pinang sedang cuba dibuktikan oleh parti yang memerintah negeri itu yang Melayu semuanya bodoh dan tidak boleh berada di dalam Dewan Undangan Negeri. Orang melayu yang beragama Islam hanya layak untuk menerima ehsan kumpulan yang mentadbir negeri itu dengan peruntukan untuk hal ehwal Islamnya yang sebanyak RM63 juta itu sahaja.

Selainnya Melayu hanya layak untuk menampal poster dan banting dalam pilihanraya sahaja dan jika cuba bercakap mereka akan diungkit-ungkit dengan peruntukan bagi agama Islam itu sahaja. Tetapi apabila diatas pentas berapi-api berucap mengaku sebagai parti 'multiracial' hanya kerana kehadiran seorang bukan Melayu yang memilih untuk menjadi Melayu dengan menggunakan nama Melayu dan beragama Islam.

Semua yang dikatakan oleh pimpinan mana-mana parti dan pihak semuanya berunsurkan ‘political intrigue’ terhadap sesama pemimpin dan permainan politik ‘inter-party’ dikalangan barisan pembangkang dan dalam isu ini BN nampak lebih terbuka di antara parti-parti komponennya.

Didalam PR perhubungan di antara parti-parti didalamnya terpaksa dilalui dengan penuh ranjau dan memerlukan kesabaran. Dalam berjanji setia mereka, ada parti yang membawa isu nama ‘Allah’ dan isu yang di sebutnya itu menyebabkan PAS terpaksa berkedudukan ‘defensive’ dan tidak dapat menyelesaikan isu itu dengan pengundi-pengundi di desa-desa tempat di mana PAS diperuntukan banyak kerusi dalam PRU yang lalu.

Walaupun PAS bersabar diperingkat pimpinannya dengan parti yang saya maksudkan tadi, tetapi rata-rata ahli-ahli parti Islam itu diperingkat akar umbi ternyata kecewa kerana tidak dapat menahan ombak permainan isu itu oleh UMNO dan BN. Akhirnya bukan sedikit jumlah ahli PAS sekarang percaya sebusuk-busuk UMNO itu ada juga bau Melayu dan Islam nya.

Itu sebabnya akhir-akhir ini blog ini dengan disokong oleh beberapa pihak memberikan pandangan agar permainan ‘partisan politics’ ini dihentikan dan buat sementara ini kita fokuskan untuk mencari orang yang  boleh memainkan peranan membangun persepaduan di antara kaum, yang merupakan perjuangan ‘ultimate’ negara ini sejak merdeka dahulu.

27 comments:

Anonymous said...

Semoga Allah melindungi negara kita ini. Semoga Allah menzahirkan seorg insan yg bijaksana, amanah, benar dan adil sebagai Perdana Menteri Malaysia . Amin Ya Rabbal Alamin.......

Anonymous said...

umno suatu nama yang tidak dapat diperbaiki lagi, bagus lupuskan dan ganti dengan ciri-ciri kenegaraan malaysia, bukan ketuanan melayu tetapi melayu,peribumi borneo dan lain-lain bangsa yang tidak mengamalkan amalan menipu seperti umno.

param said...


AA..thanks for deliberating the actual problems faced by the nation.

mamak penang said...


Conduct Dap dalam pru yang lalu sudah cukup untuk kita melayu berfikir seribu kali sebelum mendekati parti ini.

mo said...

Asalam,

Jelas perubahan dlm kita melihat satu kelainan. BN dan PR...dlm kita mmbuat pertimbang yg sebaik mungkin, biar kita jgn terlalu terikat dgn individu2 yg ada dlm PR, hingga kita tdk adil dlm mmbuat pertimbangan dlm mncari kebaikan pada PR ?

BN UMNO, maaf kita telah di 56 tahun di bawah kerajaan bn umno. Suidah tentu sebagai insan yg baik, sudah tentu kita telah boleh mnilai kebaikan dan keburukan bn umno. Tdk ada sebab tdk. Jelas dlm 56 tahun bn umno mnjadi kerajaan, terlalu banyak isu2 rasuah dan salah guna kuasa mnjadi, pertimbangan dlm kita mmbuat perlkiraan. Keadilan dlm media perdana, jelas sangat daif dan sonsang..Apakah ini buakn petanda betapa daif nya daya pemikiran pmimpin kita yg ada dlm bn, hingga tdk mmpu mnerima kebaikan dlm media yg lebih adil dan terbuka.

Baik dlm soal Anwar..kalau mngikut hujjah bro Aspan, seolah Anwar Ibrahim ini sebagai penghalang PR mnjadi kerajaan ? Dgn permasalahan keperibadian dan moral ? kan begitu bro aspan ? Sedang dlm saoal lain, anwar juga lah yg mmberikan nafas baru pada rakyat di msia ini, dlm kita mncari kebaikan dan kelainan selama ini . Hingga jelas bn terpaksa akur, dgn kerajaan minoriti yg mmalukan negara, demokrasi orden di dunia ini, di mana minoriti mnjadi kerajaan majority.

Kita tdk lagi boleh bersandar pada hujjah yg jelas tdk kukuh dlm kita mmbuat penilaian. Kini rakyat secara majoriti ingin melihat satu bentuk pembahruan di msia, bukan dgn apa yg ada kini. Cakap yg tdk serupa bikin. Jelas kita mahukan satu perubahan dan pembaharuan, yg bn umno tdk mmpu lakukan.

Dlm pru13 yg lalu, jelas kita tdk mmpunyai pilihanray a yg adil dan telus. HIngga jelas bn umno mngunakan keadah yg usang dan bias dan salah guan kuasa ? Ini jelas mnunjuka pada kita bahawa, hanya rakyat yg prehatin pada kebaikan dan perubahan yg akan mmpu mngubah nya. Inshaallah.

Anonymous said...

Parti Gerakan yg pernah menguasai P. Pinang juga adalah parti pelbagai kaum menurut perlembagaan parti. Tiada juga melayu yg diangkat menganggotai kepimpinan dlm parti mahupun peringkat negeri. Kenapa isu ini tidak pernah ditimbulkan? Mungkin Gerakan seolah sedang karam berbanding DAP yg semakin mendapat sambutan.

ahmadyaniDotCom said...

PR perlu melantik pemimpin yang diminati dan diyakini boleh memimpin Malaysia. Sekarang ini kelihatannya, pimpinan PR hanya diminati tapi tidak cukup diyakini boleh memimpin Malaysia.

Anonymous said...

Jelas...perlu ada perubah serangkai yg berani dan kuat.
kekuatan seperti zaman Tunku Abd Rahman, Tun Abdul Razak,Tun Dr Ismail , Datuk Sulaiman setelah Dato Oon keluar dari Umno.
Kekuatan zaman Tun Dr Mahathir, Tun Daim, Tun Ghaffar Baba, DSAI yg jatuh dari mereka yg asal tidak dapat mengampu Tun Mahathir dan bila menguasainya hari ini menjahanam kan negara.
kita perlu kekuatan serangkai yg baru..untuk memberi kebaikkan pada rakyat .

Anonymous said...

Salam pak aspan.
Izin saya respon. Pr terbentuk belum lama.dlm penyesuaian.sy kira saf kepimpinan pr sudah mantap cuma belum masa.kalu kita nk cari leader siapa cuba asp cadang atau bayangkan. Asp mungkin pernah bermasalah dgn dap tpi bolehbersama dgn pas atau pkr dan boleh beri cadangan dan pandangan. Kalu kita di luar kita tidak tahu bagaimana sukarnya membina persepakatan.buat masa ini mereka telah berjaya mengharunginya.berilah peluang kpd mereka.politik real tk sama dgn tesis.

5sal said...

Assalam pak aspan!Dari pengamatan saya,saya sokong apa yang pak aspan nukilkan itu.Selagi mana orang melayu 47% baik yang tua maupun yang muda tidak buka minda masih menerima bulat apa yang dicanangkan oleh sang penguasa yang ada sekarang terus diterima pakai oleh orang melayu 47% tu selama itu lah umno akan kekal memerintah m/sia.Selagi mana para pemimpin pr tak sehaluan dan capai kata sepakat selama itulah jangan mimpi pr akan alih putrajaya.Selagi mana RASUAH masih bermaharajalela akan bertambah sukar untuk pr sampai keputrajaya.Dengan sokongan orang melayu 47% atau akan lebih pada pru14 nanti lebih2 lagi melayu 47% kampung dan felda.Ubn tetap akan menang,walaupun harga barang naik.Kerana termakan BUDI.Adat orang MELAYU!

Anonymous said...

Jelas Tun Dr Ismail .... keistimewaan orang melayu di wujud kan bukan untuk selama lama tapi untuk orang2 Melayu dapat bersaing pada zaman itu. Dan TDI mengharapkan bila orang2 Melayu berjaya dapat membantu anak bangsanya sendiri tanpa memikir dan mengharapkan keistimewaan lagi.

Tapi hari ini yg kaya raya menjerit dan bercerita keistimewaan orang melayu. Persatuan anak melayu,persatuan peniaga2 melayu,persatuan kontrator melayu dan pelbagai persatuan yg berkaitan dgn melayu semuanya mengharap keistimewaan melayu. Tidak pernah untung...yg untung mengambil kesempatan kata rugi dan yg rugi kata .....Rugi laaa!

Kita setiap menghantar anak2 ke sekolah dan kita pura2 tidak nampak perbezaan dan kemudahan diantara sekolah kebangsaan yg mana ramainya anak bangsa kita belajar dgn kemudahan yg terhad dan berbeza dgn sekolah jenis cina dgn kemudahan yg memang mahu anak bangsanya maju dlm pendidikan. Kalau ingin lebih jelas kita boleh beza kan dari kutipan PIBG diantara sekolah cina dan sekolah kebangsaan. Seorang taukeh/petani sayur berbangsa cina sanggup tidak berniaga untuk satu hari semata mata menghantar sayur2 dari kebunnya ke sekolah tempat anaknya belajar untuk dijual disekolah dan kesemua duit jualan tersebut di derma kepada pihak sekolah...bayangkan 4 buah lori 1 tan dihantar kesekolah cina di simpang renggam Johor. Ada tauke melayu kita yg berani buat demikian pada anak bangsanya untuk pendidikan.

Di pusat2 bandar boleh dikata 80% bangunan2 semua dimiliki oleh bangsa cina.....mana perginya bangsa kita yg kaya....jadi hamba sleeping patner....lepas tu duduk diam2. Bila nama kena buang dan duit dah susut...menjerit tentang hak keistimewaan orang melayu....bila senang....lupa diam. Sampai waktu perayaan panggil media kerana nak beri derma untuk anak yatim dan orang susah. Cara orang2 Melayu yg kaya di malaysia.

Adakah perlu ketua2 Executive(CEO) dan Pengarah kerajaan yg selalu tiada di ofis dan memberi alasan tugas2 kerajaan diluar negara atau seminar. Kita kena tunggu beliau balik walaupun beliau ada timbalan...dan perkara yg boleh diselesaikan waktu yg singkat akan menjadi berminggu minggu. Dan hasilnya RAKYAT memberi ketua2 ini dgn gaji yg tinggi dgn kemudahan dan tanggungan seperti rumah,kereta dan sebagainya.



Anonymous said...

Jelas....artikel diatas...amat jelas politik negara kita sekarang. Memang Terbaeek

Anonymous said...

Setuju sangat-sangat dengan panduan tuan. UMNO/BN bukan yang baik, tapi PR juga gagal menawarkan sesuatu yang kurang baik. Yang membina serba sedikit PR bukanlah idealisma perjuangannya, bukan juga trak rekodnya, tapi semata-mata kebencian atau rasa tak senang hati kepada UMNO/BN.

Anwar Ibrahim totally out daripada senarai pemimpin yang layak menerajui Malaysia. Apa kekuatannya selain beretorik, berbohong dan mengeksploitasi isu untuk kepentingan sendiri. Dia hanya pandai menghidupkan kebencian orang, mengumpulkan kebencian itu dan kemudian dijadikan pelapik kakinya untuk naik ke atas.

Saya sangat-sangat marah dan memilih meninggalkan perjuangan yang diterajui Anwar selepas dia berlakon, berpura-pura jadi mangsa keganasan polis, berbaring di atas stretcher dengan segala tiub di hidung semasa BERSIH dahulu. Saya tak sanggup berkongsi dosa dengan pelakon seperti ini. Sorry.

Monkey Shooter said...

As Salam Tuan AA.

Kenapa tuan terlalu takutkan kepada maki hamun dan bahasa-bahasa yang kesat? Adakah begini lemah rupanya jiwa yang ingin berjuang dan membentuk politik bangsa dengan kaedah mata pena? Bayangkanlah kalau saudara AA menjadi politikus atau pemidato seperti Anwar Ibrahim, Mohd Sabu, Tian Chua atau Dr Hatta Ramli....Bukan setakat dimaki hamun malah dipukul, ditelanjangkan atau lebih teruk lagi diancam bunuh dan sebagainya. Saya pernah hadir ceramah Tuan AA di Kedah sebelum PRU13 dan saya rasa boleh tahan juga Tuan berpidato tetapi amat kurang keberanian. Saya rasa Tuan AA amat sesuai menjadi penulis atau politikus di negara dunia ke dua seperti di UK, US, Perancis, Jepun dan sebagainya yang mengamalkan demokrasi politik sebenar-benarnya tetapi tidak sesuai langsung di negara dunia ke tiga ini kerana Tuan AA langsung tiada keberanian untuk mengharunginya.

Realitinya bangsa kita ini memang tinggi budaya dan adap sopannya. Malah mereka lebih rela dipijak dan dipukul serta dizalimi..... Janji tidak dimaki hamun oleh sipenzalim tadi (sikap sipengecut dan sibacul). Walau bagaimana pun saya amat kagum dengan bahasa dan gaya penulisan Tuan yang tiada tolok bandingnya (penuh keikhlasan) tetapi amat canggung apabila Tuan mengaitkan para pemimpin DAP dan Anwar Ibrahim. Di slot lain amat sukar untuk mencari kelemahan. Saya mohon kemaafan sekiranya saya menyibuk di blog Tuan AA ini. Wassalam

Anonymous said...

Tuan Aspan....
Kami golongan yg siang bekerja dan malam belajar.....tak ada masa untuk memikir politik secara mendalam, tolong tuan beritahu siapa pilihan tuan dalam menerajui negara....kami akan sokong dan pilih, rasanya tak perlu beretorik dalam tulisan sebab rakyat bawahan spt kami tidak ada masa nak fikir semua tu...jgn tunggu pru baru nak beritahu.
Sekian.

Nordin Razak said...

UMNo tetapakan menang pada PRU akan datang tetapi dengan majoriti mudah mungkin kurang dari sekarang.Jika UMNO hendak menang dengan majoriti yang tinggi kebanyakan pemimpin UMNO sekarang patut meletak jawatan. Jika mereka sayangkan Melayu dan negara ini mereka patut berkorban. Sudah-sudahlah mengumpul harta tu. Mereka semua sudah kayaraya. Fikirkan lah nasib orang Melayu dan Negara.

Anonymous said...

Dalam PR itu sendiri pun kacau bilau, bagaimana kita boleh percaya mereka yg lebih baik mentadbir negara, buruk2 umno seribu kali lebih baik daripada PR. Kerajaan harus berusaha membaiki yg koyak rabak, jgn sampai hati rakyat terus terkoyah yg akhirnya bangkit menzahirkan ketidakpuasan melalui undi.. Kenaikan harga barang secara mendadak buat rakyat marah terutama bgi golongan berpendapatan rendah mereka tertanya-tanya dimana slogan rakyat didahulukan pencapaian di utamakan..maka para pemimpin umno harus melakukan sesuatu bagi menyelesaikan segala masalah.. Pru 14 tidak lama akan muncul....

Anonymous said...

Jelas UMNO dan BN masih terbaik dari mana mana parti.Ini telah banyak terbukti dari keputudan semua pulihanraya selama ini.DAP tidak menghormati Islam dan Melayu.Sekarang kita perbaiki kelemahan lampau UMNO yang ada.Melayu harus bersatu dibawah UMNO dan galakkan MUZAKARAH bersama PAS.Semua mimpi politik PR akan tidak akan relevan lagi.Kita tinggalkan si Anwar ni.Ayoh !!

Anonymous said...

adat Melayu camtu ler... terhutang budi di 'gadai bodi'... termasuk ler bodi anak isteri. Bengap sungguh Melayu kategori UBN ni. Memalukan & melayukan bangsa Melayu!!!

Anonymous said...

dah sikap orang melayu camtu dan pastu dididik pula oleh UBN untuk pentingkan diri sendiri,kekuarga,kroni... orang lain pedulikan. harta kumpul luar negara senang nak lari kalau negara lingkup. Mamak tolong mamak... cina tolong cina... kling tolong kling... sebab dia nak bangsa dia maju. tapi melayu??? melayu tolong pelingkup melayu sebab nak 'jilat' sisa-sisa 'taik' cina dan kling.
dapat AP kereta bagi kat cina... nak untung tanpa usaha... bila AP nak kena mansukh... melalak hak Melayu mcm anjing gila menyalak.
kalau mcm ni la... tak lama lagi melayu jadi sejarah yg malas orang nak kaji... tadak nilai sejarah!!!
Melayu boleh maju kalau pemimpinnya berani tegakkan kebenaran dan keadilan!!!

Anonymous said...

sebelum nak ajak bersatu dah dimaki hamun & difitnah hari2. Tu bukan bersatu beb, tu mush namanya. Musuh takkan bersatu

Anonymous said...

saya bersetuju pandangan tuan, dlm pr anuar di anggap masum tak penah melaku kesalahan & kesilapan dikalangan pemimpin & penyokong pr, jika dibandingkan dgn pemimpin pr yg lain. bahkan penyokong & pemimpin pas menganggap anuar lebih masum dpd pemimpin mereka sendiri termasuklah presiden mereka.

Anonymous said...

Kawan tinggalkan anwar bukan bermakna pergi ke umno..mengkritik anwar bukan menyetujui umno.. apa warasnya pemikiran nak ke umno... parti yg dah tiada jasad pemimpin didlmnya hanya penuh dengan bayang2 sejarah silam

Anonymous said...

Anwar ni kalau jadi Pinocchio hidungnya dah panjang dari Perlis ke Sabah. Bohong tak habis-habis.

Anonymous said...

Aspan,

Walaupun PR sehaluan scenario politik dan demograpy pengundi Melayu/Bumiputra lebih menjurus pada BN juga akhirnya.Saya melihat PKR akan lemah di PRU 14 apaabila sdra Anwar mula tidak relevan.TK

Anonymous said...

Aspan,
It's a damned if you do, damned if you don't situation. The allah issue appeared when Syed Hamid decided to ban the Herald from using the word. I felt that it's wrong that just because being a minority in a country where just the nation religion, one should refrain from saying such things. If so, then I dare to say Azizan, Kedah MB deserved to lose. I dread the day I wanna to use the word takdir.
Come on! Doesn't DAP got to go defensive when PAS wanna use the hudud thingy. It goes both ways. Perhaps, my matey kaytee can explain this lagi better

http://ktemoc.blogspot.com/2013/01/pas-from-progressive-to-pythonic.html

Anonymous said...

Aspan,
I felt that one got to include the misrule of PAS in Kedah before even considering saying PAS has been very patiently especially in Penang. PAS was 2 parliamentary seat & 5 state seats to contest in Penang. DAP was only given 2 state seats in Kedah
This is what has been said by Azizan (Kedah former MB).

http://thecybersniper.blogspot.com/2013/03/ustaz-azizan-yakin-pas-kedah-boleh.html

Not sure how many times DAP come for the rescue. PAS at least got the agama post in Penang. DAP only get few councillors. Time & time again DAP came to rescue PAS.

http://dinmerican.wordpress.com/2013/03/23/52894/

Meanwhile PAS Kedah fight among themselves. Guess you know what actually happen lor

http://dinmerican.wordpress.com/2012/03/06/revealed-rm600mil-cause-of-kedah-pas-crisis/

Aspan,
Perhaps, it's a blessing that LGE is in charge in Penang. Time to give some melayu seats to DAP. PKR can sacrifice a few