04 December 2013

UMNO masih lagi berjanji...dan akan terus berjanji...

Saya telah mengikuti sebahagian ucapan Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yasin semasa beliau merasmikan Perhimpunan Agung 3 sayap parti itu malam tadi. Semasa saya terlihat saluran yang memberikan siaran langsung dari PWTC itu Muhyiddin sedang menyebut tentang Islam yang UMNO menjadi bentengnya, sebagai yang di akui oleh Muhyidin sendiri.

UMNO katanya tetap mempertahankan Islam dan membangunkan Islam itu tanpa kompromi dan UMNO 'commited' untuk mempertahankan kesucian Islam dengan segala tenaga yang ada. Itu sebabnya kata Muhyiddin UMNO mengambil sikap jelas dan lantang tidak membenarkan fahaman songsang dalam Islam seperti syiah dan sebagainya dan beliau menzahirkan niat beliau untuk memasukkan ahli Sunnah wal jemaah di dalam perlembagaan negara.

Muhyidin berkata UMNO menentang usaha mana-mana pihak untuk membenarkan kegiatan LBGT dan sebagainya secara bebas. UMNO tidak tahan dengan tindakan seks di luar tabii dan apa-apa yang menentang nilai dan syariat Islam yang suci itu. Banyak lain tentang Islam yang beliau sebut dalam ucapan beliau itu. UMNO tetap mempertahankan nilai Islam dengan tegas tanpa ada kompromi langsung, katanya.

Semua yang di sebut oleh Muhyidin itu sememangnya isu dan tindakan yang baik untuk Islam, Melayu  dan negara. Itu pun perjuangan UMNO dan menjadi sebutan oleh pemimpin UMNO sejak dari dahulu sampai sekarang kerana itulah kebenaran Islam dan landasan perjuangan UMNO itu. Muhyidin menyebut isu ini dengan panjang lebar kerana isu agama menjadi isu besar dalam politik tanahair dan dengan menyebut isu ini tentulah Muhyiddin cuba hendak bermain di padang PAS yang sedang mendapat sambutan ramai sekarang ini.

Mungkin dalam keadaan terdesak UMNO akan cuba untuk melangsungkan apa yang di sebut oleh Timbalan Presiden parti itu. Tetapi itu sahajakah yang mahu di sebut dan di cakapkan dengan jelas oleh Muhyidin?

Bolehkah UMNO mempertahankan kesucian Islam dan memperbaiki persepsi agama Islam dimata rakyat berbilang kaum dan agama itu, kerana ia disebut oleh pemimpin parti yang begitu jumud jika dipandang dari sudut Islam, agama anutan seratus peratus ahli-ahlinya.

Sudah cukup bersediakah UMNO untuk mempertahankan Islam itu kerana banyak perkara yang bertentangan dengan Islam menjadi perkara biasa dalam UMNO dan dilakukan oleh hampir kesemua pemimpinnya. Perkara ini disebut dalam setiap perhimpunan agung UMNO sejak dari dulu lagi lebih-lebih lagi sejak negara memulakan budaya rasuah dan salah guna kuasa melebihi lebih sedikit dari tiga dekad yang lalu.

Percakapan tentang Islam ini sama naik dengan kebangkitan rasuah di dalam UMNO sejak awal lapan puluhan dahulu. Bagaimana kumpulan perasuah boleh mempertahankan kesucian agama Islam? Bukankah rasuah itu satu tindakan yang amat hina tidak terkira di sisi masyarakat, lebih-lebih lagi di sisi agama anutan kita. kenapa pimpinan UMNO mengaku sebagai perlindung agama Islam sedangkan apa yang mereka lakukan bertentangan secara ‘head-on’ dengan agama dan Tuhan kita?

Bagaimana kumpulan yang menentang syariat suci Islam mahu mempertahankan Islam itu tanpa kompromi sedangkan kesucian Islam yang paling penting sudah dikompromikan oleh UMNO.

Kita bukan ulamak besar malahan bukan ulamak kecil sekali pun. Tetapi sebagai seorang Islam yang masih jahil seperti saya memahami dengan jelas dan dan keyakinan saya agaknya sudah sampai keperingkat haqul yakin yang perasuah tidak mungkin mampu membuat keputusan yang baik dan itu sendiri ada penentangan terhadap Islam itu. Malahan elemen rasuah inilah yang telah menjatuhkan kerajaan negara-negara Islam akhir-akhir ini di Asia barat satu demi satu.

Kita juga memahami yang pemimpin yang bercakap tentang rasuah seperti apa yang di sebut oleh Muhyiddin semalam itu, yang rasuah sememangnya berlaku dikalangan jemaah kepimpinan mereka. Tetapi bagaimana Muhyidin begitu berani mengaku yang UMNO itu adalah benteng untuk Islam kerana beliau tahu UMNO tidak terlepas dengan isu tegahan mutlak Islam itu.

Mungkin yang ramai-ramai dalam UMNO itu tidak tahu apa itu komitmen terhadap agama itu kerana jiwa dan batin mereka telah tertutup hijab untuk mengenali yang mana yang layak untuk mempertahankan agama suci dan yang mana hanya pandai bercakap di pentas perhimpunan agung UMNO sahaja.

Kita mahu mendengar ucapan penangguhan Uztaz Kazim Elias dalam ucapan penangguhan Perhimpunan ini berhubung dengan orang yang mengetahui rasuah berlaku dikalangan mereka tetapi bergegar-gegar bercakap dan berjanji untuk kesucian agamanya. Kita tidak payah mendengar lagi ucapan Jamil Khir Baharom kerana kita sudah tahu apa yang hendak beliau katakan dan semua akan menjadi bahan cacian ramai semata-mata.

Kita hendak juga mendengar kata-kata Uztaz Kazim, yang sangat di hormati oleh UMNO itu. Kalau tidak tentunya beliau tidak dilantik menduduki ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama Azeeez Rahim dan JJ itu. Saya berharap Uztaz Kazim akan menunjukkan bakat kepimpinan beliau dan bukan lagi setakat menunjukkan bakat menyanyi dalam dakwah agamanya.

Janji-janji pimpinan sama sejak tiga puluh tahun dahulu, tetapi keadaan semakin hari semakin rumit. Alangkah indahnya kita mendapat kepimpinan yang pandai berjanji dan mampu melaksanakannya. Setakat ini kita hanya ada pimpinan yang berjanji seolah-olah dunia pun hendak dialih dan dianjaknya. Janji Muhyidin semalam seolah-olah tidak ada UMNO tidak selamat Islam di dunia ini.

Ugutan pemimpin UMNO kepada orang Melayu jika tidak menyokong UMNO, Melayu akan hilang didunia ini. Selama ini orang Melayu menyokong UMNO, tetapi Melayu hampir hilang dunianya. Inilah yang terjadi kepada kita sekarang ini….UMNO masih lagi berjanji dan terus berjanji….

19 comments:

Anonymous said...

Golongan umno ini walaupun tidak pandai memerintah tapi pandai mengodam kuasa dari pembohongan sentimen agama dan bangsa.Terbukti mereka sanggup tahap pembangunan bangsa malaysia masih berada dilevel yang sama walaupun sudah lebih 50 tahun berkuasa.

Anonymous said...

dia hanya cakap utk halwa telinga supaya ahli bersemangat...nk jadi pemimpin pun beli .mana dasar kepimpinan islam dia terapkan dlm parti. mana tarbiah .mana puak ini rajin pergi masjid.dengar org baca kitab.kalu mereka ikut lama dah umno tinggal nama tanpa ahli.

Anonymous said...

Di harap pengunjung blog en aspan sudi meluangkan masa ke blog seorang hamba Allah ini yang tegar pertahankan Umno dan melayunya.ini nama blog nya.. http://zulhairifetani.blogspot.com

bukit mertajam said...

Seriously Pak AA, Najib dan yang ada dalam kabinet hari ni memang tidak sepatutnya berada di atas tu. Apakan daya Pak, inilah warisan Dr Mahathir kerana terlalu takut dengan orang yang beliau takuti semasa mula mengambil alih kerajaan dulu. Persoalannya bolehke repair keadaan ini?
Saya rasa irreparable. Melainkan Umno ambil Ku Li sebagai pengganti pucuk pimpinan. Kalau tidak tak ada peluang lagi negara kita aman politik nya pak. It's gone and forever pak. Percayalah masa akan membuktikannya.

Anonymous said...

memang umno tidak mampu memertabatkan Islam 100%, tapi sekurang2 nya mereka berusaha ke arah itu. bersamalah kita membantu untuk menegakkan syiar Islam, walau siapa pun yg mengajaknya, samada umno @ pas.

tebing tinggi said...


Sayangnya Mahyudin tidak pula menjanjikan syurga .

Aden hanya menjanjikan rumput joo kek kobou Den.

Anonymous said...

Takpolah...dulu2, mat sabu n karpal singh jadi oelawak arena politik kita...skrg, pm najib juara lawak mega terbitan kak ros...plakon pacak tambahan ,shidan kasim..amat maslan...now ada jmputan tetamu plawok khas..kajim lias. Sumpah,makngah...makcik..abah mak teman kata..kita pertahankan umno walau imelda mngganas..walau lembu tak bertambat..umno sajalah pembela mlayu....org kampong pn smua stuju...

Anonymous said...

UMNO,Islam? Seriously?
Selama ini tindak tanduk pemerintah-pemerintah UMNO sendiri tidak menunjukkan sebarang ketakutan kepada Allah, tidak takut dan pikirkan pasal mati, tidak ingat akan dihisab, siksa kubur.. sama lah juga dengan penyokong2 Islam nya yang turut bersubahat.

Pada saya tiada lagi Islam dalam UMNO. Harapan saya agar kita tidak ditimpa bala yang amat berat atas keingkaran ini...
Subhanallah.

OrangMuslim.

bat8 said...

Sudah melawat blog yang dipapar. Sebuah blog orang dalam khayalan. Menegak benang yang dah jatuh dalam sungai. Blog ini tidak menjawab apa yang dibangkitkan oleh tuan aspan. Cakap pertahan Islam tetapi yang dilarang Islam tu m3njadi amalan. Ambik cerita Kak Ijat dengan NFC cukup le....

bat8 said...

Kuli memang paling sesuai tetapi dia juga sudah tamat tempoh. Lagipun macamana Kuli nak jadi penyelamat sedangkan dia sudah lama dipastikan terpinggir. Tuan ada cadangan cara untuk mengangkat kuli.

Peluang untuk Kuli ialah semasa pertandingan lawan Mahathir tahun 1987 dulu. Orang tu begitu takut sampai sanggup guna cara teknikal untuk mengharamkan UMNO dan menubuhkan parti baru iaitu UMNO BARU.Perkara pertama yang dibuat oleh tuan punya parti baru itu ialah memastikan seteru politiknya dalam UMNO LAMA seperti Kuli dll tak dibenarkan menjadi ahli UMNO BARU dengan buat syarat sesiapa nak masuk UMNO BARU kena memohon semula dengan mengisi borang baru. K3lulusan tertaklok kepada ibupejabat.

Anonymous said...

setuju pendapat Bat8....blog sampah penuh budaya bodek dan perkauman......adakah umno tunggu orang berdosa mati hidup semula untuk menakutkan pemimpin umno tentang alam kematian.Pemimpin umno tahu kematian tidak dapat dielakkan tapi mereka mahu anak cucu mereka hidup senang.

abuamir said...

Hanya yg bodoh & baghal aje sokong umno. Nak tegakkan Islam macam mana isteri & anak pun tak tutup aurat. Melayu,melayu tanpa Islam sesat entah kemana.

Rasuah, arak & perempuan dah jadi darah daging pemimpin umno. Perangai golongan munafik sama aje dizaman Nabi SAW dgn sekarang.

Semoga Allah selamatkan kita dari sifat munafik.

Anonymous said...

Dah 56 tahun memerintah berterusan tanpa rehat 1 hari pun - takkan masih bagi alasan masih mencuba. Cari le alasan yang l3bih cerrdik skit. Kalau dikata ....... kang kasar pulak bunyinya.

nick said...

Puak2 yang tak boleh langsung nak berkorban menolak politik wang sebanyak beberapa ratus RM semasa pemilihan UMNO yg lepas bersorak konon2nya mereka akan berkorban jiwa raga mempertahankan Islam? LOL! Lawak sungguh! Langsung tak logik orang2 yang gemar dan ketagihan rasuah juga amat suka pada islam. Pandai sungguh Muhyiddin buat lawak bagi mengubat hati rakyat yang gundah gulana disebabkan UMNO sekali lagi menyusahkan rakyat dengan membiarkan Presiden mereka menaikkan kos sara hidup rakyat yang memang sudah miskin sejak 50 tahun dahulu...

Nick.

nick said...

I've visited the blog and after reading some of its posts (which is btw are nothing more than nonsensical and delusional ranting), I'm confident to say that I will not visit it again unless somehow I have mutated into a "politik wang" junkie who couldn't get enough of the tainted money and then would have no problem of selling myself, my religion and my country to the highest bidder or become an UMNO member.

Nick.

Anonymous said...

Nick,

The irony of it all is all the PR parties like DAP , PKR and Pas are too weak to be a government.They can't even beat UMNO performance last election despite all the road rallies and perceltions PR created.None of the PR ection appeal has succeded.The 40K Banglas are all false alarm and unproven.I have regretted voting for PR

Anonymous said...

Harap dapat luangkan masa kupasan saya dalam beberapa posting tentang melayu Islam dan UMNO

http://zulhairifetani.blogspot.com/2013/12/siapa-sebenarnya-macai.html

http://zulhairifetani.blogspot.com/2013/05/soal-jawab-aku-untuk-sedarkan-orang.html

Zulhairi said...

Orang Melayu telah pun bersatu dibawah UMNO yang meningkatkan jumlah kerusinya dari 79 ke 88. Manakala PAS adalah parti yang paling banyak bertanding berbanding rakan pkatan yang lain tetapi hanya memenangi 20 kerusi dari 21 sebelumnya.. 99.2 peratus orang cina mengundi PR itu percaya akan tertegaknya kerajaan cina sebaik sahaja tamat pengiraan undi. Syukur Alhamdulillah berkat doa orang soleh yang masih sayangkan Malaysia Kerajaan ini masih lagi didominasi oleh orang Melayu Islam.. Tidak seperti PR yang dikuasai 53 kerusi bukan Islam dan hanya 36 kerusi milik orang Islam FAKTA jelas didominasi bukan Islam.. sebab itu dalam banyak hal PAS akan ikut saja isu yang dimastermindkan DAP dari isu kalimah Allah, negara kristian, chin peng, arak, rumah urut, pluralism agama, raja2 melayu dan banyak lagi..

Saya pernah menghadiri mesyuarat PKR sebaik sahaja selesai PRU12. Yang hadir semua bekas orang kuat UMNO.. Mereka ditanyakan soalan adakah kuasa orang melayu dapat di pertahankan dibawah PR.. Lalu jawapan ketua penerangan ketika itu ialah PKR sentiasa mahukan jumlah kerusi mengatasi DAP.. Maka kita semua tahu bahawa PKR sendiri tidak pernah yakin DAP boleh mempertahankan hak orang melayu.. Mereka bergabung dengan DAP hanya kerana dendam terhadap UMNO.. Bukan kerana nak bela orang melayu.. Melalui keputusan PRU 13 ini jelaslah bahawa melayu tiada tempat dalam pembangkang melainkan sebagai perkakas orang cina untuk menguasai negara. Saya di nasihatkan oleh pimpinan tertinggi UMNO baru2 ini agar tidak terlalu menyerang PAS kerana usaha untuk menyatukan UMNO dan PAS berada diperingkat akhir ketika ini.. Melalui Multaqa majlis Syura PAS baru2 ini kita Nampak tanda2nya walaupun di tentang pemimpin PAS pro DAP.. Siapa yang dapat nafikan bahawa tahaluf siyasi antara PAS dan sekutu kafir PR nya hanya merugikan PAS? FAKTA.. Kita semua orang Islam harus kembali kepada Al Quran apabila berlaku perbalahan ..FAKTA.. khatib pun baru sebut masa khutbah tadi.. Siapa yang terus memberi pelbagai alasan untuk menolak perpaduan Islam dan mengutamakan dendam kesumat maka jelaslah itu sekadar hasutan syaitan semata. Kita kenal Ahlak dan peribadi Nabi kita .. Takkan hanya sekadar berserban dan berjubah habis semua yang dikatakannya benar belaka termasuk yang jelas bertentangan dengan Islam?

Zulhairi said...

Orang Melayu telah pun bersatu dibawah UMNO yang meningkatkan jumlah kerusinya dari 79 ke 88. Manakala PAS adalah parti yang paling banyak bertanding berbanding rakan pkatan yang lain tetapi hanya memenangi 20 kerusi dari 21 sebelumnya.. 99.2 peratus orang cina mengundi PR itu percaya akan tertegaknya kerajaan cina sebaik sahaja tamat pengiraan undi. Syukur Alhamdulillah berkat doa orang soleh yang masih sayangkan Malaysia Kerajaan ini masih lagi didominasi oleh orang Melayu Islam.. Tidak seperti PR yang dikuasai 53 kerusi bukan Islam dan hanya 36 kerusi milik orang Islam FAKTA jelas didominasi bukan Islam.. sebab itu dalam banyak hal PAS akan ikut saja isu yang dimastermindkan DAP dari isu kalimah Allah, negara kristian, chin peng, arak, rumah urut, pluralism agama, raja2 melayu dan banyak lagi..

Saya pernah menghadiri mesyuarat PKR sebaik sahaja selesai PRU12. Yang hadir semua bekas orang kuat UMNO.. Mereka ditanyakan soalan adakah kuasa orang melayu dapat di pertahankan dibawah PR.. Lalu jawapan ketua penerangan ketika itu ialah PKR sentiasa mahukan jumlah kerusi mengatasi DAP.. Maka kita semua tahu bahawa PKR sendiri tidak pernah yakin DAP boleh mempertahankan hak orang melayu.. Mereka bergabung dengan DAP hanya kerana dendam terhadap UMNO.. Bukan kerana nak bela orang melayu.. Melalui keputusan PRU 13 ini jelaslah bahawa melayu tiada tempat dalam pembangkang melainkan sebagai perkakas orang cina untuk menguasai negara. Saya di nasihatkan oleh pimpinan tertinggi UMNO baru2 ini agar tidak terlalu menyerang PAS kerana usaha untuk menyatukan UMNO dan PAS berada diperingkat akhir ketika ini.. Melalui Multaqa majlis Syura PAS baru2 ini kita Nampak tanda2nya walaupun di tentang pemimpin PAS pro DAP.. Siapa yang dapat nafikan bahawa tahaluf siyasi antara PAS dan sekutu kafir PR nya hanya merugikan PAS? FAKTA.. Kita semua orang Islam harus kembali kepada Al Quran apabila berlaku perbalahan ..FAKTA.. khatib pun baru sebut masa khutbah tadi.. Siapa yang terus memberi pelbagai alasan untuk menolak perpaduan Islam dan mengutamakan dendam kesumat maka jelaslah itu sekadar hasutan syaitan semata. Kita kenal Ahlak dan peribadi Nabi kita .. Takkan hanya sekadar berserban dan berjubah habis semua yang dikatakannya benar belaka termasuk yang jelas bertentangan dengan Islam?