08 December 2013

'Amar makruf nahi mungkar' atau 'amar mungkar nahi makruf'?

UMNO telah mengenengahkan tiga isu pokok dalam Perhimpunan Agung itu yang selesai semalam. Presiden UMNO, Najib bercakap selepas Muhyiddun Yassin. Beliau telah berkata ada tiga perkara pokok yang dirumuskan oleh Najib pada Perhimpunan itu selama empat hari termasuk perhimpunan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri parti itu.

Saya hanya hendak menyentuh satu dari tiga yang dirumuskan Najib semasa penggulungan persidangan agung parti itu semalam, iaitu tentang Islam yang akhir-akhirnya menjadi laungan Najib Tun Razak itu..

Saya tidak nampak kenapa UMNO bercakap dengan panjang lebar tentang Islam ini, kerana perjuangan Islam sebenarnya tidak payah menyebutnya dengan begitu lantang. Perjuangan Islam bukan boleh ditempel-tempelkan sahaja. Ia perlu dilaksanakan tanpa laungan seperti perjuangan agama-agama lain. Bukankah Islam itu adalah 'addin' atau cara hidup yang disebut oleh perwakilan UMNO setiap tahun dalam Perhimpunan Agung nya?

Isu Islam ini disebut setiap kali UMNO bersidang dan sehingga hari ini agama kita tetap tercemar oleh mereka yang melaungkan Islam itu. Perjuangan Islam itu bukannya berjaya jika hanya mendapat pujian dari pemimpin Hammas atau Imam Masjidil Haram. Apabila kita mendapat pujian dari pemimpin Islam dari Palestin dan Imam dari Mekah Almukarramah itu bukannya bermakna kita telah berjaya memperjuangkan Islam.

Islam ini adalah Addin dan meliputi semua bidang kehidupan kita. Apa Islamnya jika kerajaan kita dipandang sebagai kerajaan rasuah dan rasuah itu menjadi masalah dan isu utama kepada kita yang akan memasukkan kedalam perlembagaan negara sebagai Islam ‘ahli sunnah wal jemaah’ itu? Bagaimana hendak dikatakan UMNO itu pelindung Islam di negara ini sedangkan rasuah yang tidak dapat lagi dibendung-bendung berlaku di negara kita?

Apa Islamnya itu? Bagaimana kita hendak mengaku negara kita negara Islam sedangkan pemimpinnya tidak langsung meng'addin'kan agama Islam itu? Adakah Islam itu cukup dengan berpuasa dan sembahyang lima waktu yang di syariatkan itu? Cukupkah Islam dengan kita pergi menunaikan fardhu Haji, mengucap dua kalimah syahadah serta mengeluarkan zakat sahaja? Bukankah itu hanya rukun yang wajib untuk melayakkan kita sebagai seorang Muslim?

Bagaimana dengan ketuhanannya? Bagaimana dengan akidah kita umat Islam dinegara kita ini? Bagaimana kita hendak mengaku kita sebagai negara Islam jika pimpinan dipenuhi dengan pimpinan yang melakukan kehendak Tuhan secara ‘head-on’ itu?

Jika benar selama ini kerajaan pimpinan UMNO ini adalah kerajaan yang berlandaskan kepada Islam yang sebenarnya, kenapa keadaan negara semakin hari semakin kecoh politiknya dan semakin miskin kantungnya walaupun di rahmati Tuhan dengan berbagai-bagai kemewahan dengan hasil minyak yang besar itu?

Jika benar pimpinan kita adalah pimpinan Islam yang sejati, kenapa pula mereka menjadi pembawa dalil hari kiamat kerana dikuasai oleh pengaruh wanita terutamanya isteri-isteri mereka? Jika betul kita negara islam kenapa pesalah-pesalah besar tidak dapat ditangkap dan di bicarakan di muka pengadilan yang adil?

Kenapa Islam itu dijadikan hanya sebagai hiasan kepimpinan dan tidak melaksanakan apa yang dikatakan tindakan ‘amar makruf nahi mungkar’, tetapi di sebaliknya mereka mengamalkan ‘amar mungkar nahi makruf’?

Kenapa dunia diberikan tanggapan yang kita ini adalah Islam yang mengamalkan sikap wasatiyah, sedangkan kita disini tahu pimpinan kita dan keluarganya berbelanja sesuka hati mereka dengan jumlah yang begitu tidak munasabah menggunakan wang rakyat?

Adakah kerana isteri kita dapat membebaskan seorang rakyat Malaysia yang tersalah tangkap di Mesir itu melayakkan beliau berbelanja jutaan ringgit untuk peribadi beliau? Di mana wasatiyah laungan Najib itu? Di mana letak Islamnya di sini?

Kenapa tidak beri tahu Imam Masjidil Haram yang isteri PM kita berbelanja wang rakyat dengan membazir itu?

Kesalahan yang begitu 'unislamic' itu satu hal, tetapi yang sangat membuatkan orang ramai marah dan kecewa ini ialah sikap pucuk pimpinan yang cuba hendak memperbodohkan rakyat negara yang seramai hampir 30 juta ini?

Takkanlah dari hampir 30 juta rakyat ini semuanya bodoh-bodoh belaka sehinggakan mereka percaya pembohongan secara terbuka pimpinan UMNO itu. Pembohongan ini bukannya ‘attribute’ UMNO yang sebenarnya.

Pimpinan terdahulu ada juga berbohong tetapi tidak ‘blatant’ sebegini. Kepada Najib, hentikanlah lakonan ini. Jika berminat sangat hendak berlakon, menetaplah di Bollywood dan lakukan kemahiran anda di sana.

Sampai di sana berlakonlah sepuas hati. Tiada siapa yang melarang. Yang kita larang ialah anda berlakon dengan rakyat yang ramai-ramai mahukan mereka terlepas dari cengkaman kezaliman pimpinan yang rata-rata marhean ini.

6 comments:

gengster melayu alaf baru. said...

Mudahan pelakun yg mmbohongi rkyt ini cepat mati kerana mkin lama mreka berada d pentas perak rkyt mkin susah jadinya..

abuamir said...

Memang dasar kaki pembohong bukan setakat rakyat kena bohong bahkan imam Makkah dan pemimpin hamas pun kena kelentong. Negara Islam konon tetapi kasino terbesar di asia kat genting dan kilang arak mega itu apa cerita.

Belum lagi dgn penipuan PRU, korup,salah guna kuasa dll. Mampus semua kena temberang. Wasatiyah lah kononnya...................hampas betul umno.

Anonymous said...

amar ma'ruf, bukan amal ma'ruf. lain maknanya tu...

Anonymous said...

Pemimpin-pemimpin UMNO/BN terdiri daripada individu-individu yang tahap pemikirannya terlampau bebal yang amat kronik secara keseluruhan. Pembohongan yang mereka lakukan dinaik taraf sehingga nampak jelas kualiti dan seni pembohongan itu. Jika tidak, ia menjadi stereotype sahaja dengan pembohongan pemimpin-pemimpin terdahulu. Inilah yang dikatakan transformasi oleh Najib, agaknya.

Anonymous said...

Agak2nya bolehkah Umno kekal memerintah dulu kini danselama2nya?

Renungkan lah perjalanan Pperhimpunan Agong Umno dari aspek ucapan pemimpin hinggalah kepada kaki ampu pembahasnya. Amat ketara melangkau pemikiran kita yang waras berpaksikan hala tuju parti itu yang sebenarnya. Ujud kerisauan kita sebagai rakyat,luahan janji2 yang agak susah untuk dipenuhi mereka.
Juga ucapan cakap tak serupa bikin. Ucapan mengampu tidak lojik, berkaitan peranan Rosmah. Ini juga pembunuh demokrasi negara berdaulat. Paling ketara juak2 yang hadir ibarat mereka memberi mesej melalui tepukkan gemuruh "menang sorak kampong tergadai" akhirnya.

Sekarang kita diasak dengan pelbagai kesusahan dengan BN barang naik harganya, kos hidup yang tidak menentu. Ini akibat pemimpin yang hanya seronok berhimpun untuk mengutuk dan menunjukkan kuasa.

Wahai Melayu yang cerdik dan bodoh fikir2lah, negara kita dibawah pimpinan dan pengikut yang syok sendiri. Akhirnya ke longkang kita semuanya.

Anonymous said...

Tidak ada perwakilan yang berdegar-degar berucap untuk menentang rasuah ketirisan dan pemborosan.

Tidak ada ahli yang menekankan kemunduran melayu disebabkan kekurangan pengetahuan.

Bagi mereka selagi UMNO berkuasa, segala masalah melayu tak perlu dirisaukan.

Perhimpunan yang buang masa, duit dan tenaga.