18 March 2014

Kita lebih kecil dari habuk di hujung tunggul di sisi Allah s.w.t.

Anwar Ibrahim berkata beliau merasa sangat ‘disgusted’ dengan pihak yang mengaitkan beliau dengan kehilangan MH370 kerana hubungan juruterbang pesawat, Kapten Zaharie dengan PKR. Anwar marah-marah kerana beliau dikaitkan dengan kehilangan pesawat itu sejak 8hb Mach yang lalu dan itu merupakan percubaan UMNO untuk politik parti kerajaan itu.

Saya bersetuju dengan kenyataan Anwar itu, tetapi betulkah apa yang di sebut oleh Anwar itu? Apa yang saya tahu, saya sendiri mendapat banyak panggilan telefon yang beranggapan kehilangan pesawat itu adalah kehendak Allah kerana membalas kezaliman pihak pemerintah terhadap Anwar. Mereka yang bercakap ini adalah penyokong PKR sendiri. Mereka mengaitkan UMNO sebagai pihak yang berdosa kerana memberikan Anwar penghakiman yang tidak betul 11 hari yang lepas.

Malahan ramai penyokong Anwar berkata dan memadankan muka UMNO kerana kononnya mendapat balasan Tuhan itu begitu cepat setelah tidak berlaku adil terhadap Ketua Pembangkang negara itu. Tidak ada sesiapa dikalangan pemimpidan penyokong UMNO dan orang ramai yang beriman akan mempercayai apa yang dikatakan oleh penyokong Anwar itu.

Sememangnya tidak ada kaitan diantara penghakiman terhadap Anwar itu dengan kehilangan peasawat itu. Yang banyak mengaitkan Anwar dengan kehilangan pesawat ini dengan penghakiman terhadap Anwar itu adalah penyokong-penyokongnya sendiri yang kononnya Tuhan telah menyebelahi Anwar dan UMNO sedang menerima hukuman dari Allah s.w.t..

Apa yang diperkatakan oleh Anwar itu tidak benar. Tidak ada siapa dalam UMNO yang membuat andaian yang kehilangan pesawat itu adalah berkaitan dengan ‘kezaliman’ terhadap Anwar. Kata mereka Allah s.w.t. sangat murka terhadap UMNO, maka kehilangan MH370 itu adalah petanda yang Anwar adalah dipihak yang benar.

Saya pun tidak faham bagaimana mereka ini tahu yang kehilangan pesawat itu adalah kerana ‘kezaliman’ terhadap Anwar dan UMNO sedang mendapat ‘retributions’ diatas ‘kezaliman’ mereka itu.

Apa yang Anwar perlu lakukan ialah dengan meminta penyokong-penyokongnya berhenti dari membuat andaian buruk ini. Katakan kepada mereka yang tidak ada apa yang mustahil berlaku jika ia kehendak Allah s.w.t.. Semuanya adalah kepunyaanNya dan tiada apa satu yang kita punyai. Semuanya di alam ini adalah kepunyaan Allah s.w.t.. Apa sahaja boleh berlaku jika ia kehendak Allah s.w.t..

Jika Tuhan berkehendak ia akan berlaku. Dalam sejarah, tiada siapa yang menjangka yang bumi boleh terbalik kerana noda dan dosa yang dilakukan oleh umat Nabi Luth a.s. yang engkar terhadap seruan Allah s.w.t.. Kedegilan umat di zaman Nabi Luth a.s. untuk memberhentikan amalan seks diluar tabii semasa itu menyebabkan bumi telah terbalik kerana kemurkaan Allah s.w.t..

Ini bukanlah cerita dari saya tetapi itu adalah sejarah yang telah diketahui umum kepada sesiapa yang mengambil tahu tentang insiden-insiden dan dalil-dalil kemurkaan Tuhan terhadap umatNya yang engkar. Jika berbohong kitab-kitab yang saya baca itu, maka berbohonglah saya ini.

Jadi sementara kita dalam debaran menunggu berita dari pencarian yang sedang dilakukan terhadap MH370 ini, kita juga wajar mengakui dan beriktikad yang semuanya ini adalah kehendak Allah s.w.t..

Jika Tuhan berkendak ia tetap akan berlaku dan tiada apa yang mustahil jika ia dikehendaki berlaku oleh Allah s.w.t. yang Maha Berkuasa dan Maha Pencipta itu. Bagi kita sebagai hambaNya, kita hanya mampu untuk memanjatkan doa dan bermunajat secara intensif terhadapNya agar terlaksana afa’alNya yang memberikan munafaat terhadap penumpang dan ahli-ahli keluarga mereka.

Kita sedang menyaksikan betapa kerasnya usaha kerajaan untuk mencari pesawat yang hilang dengan 239 orang yang berada di dalamnya dengan menggunakan kaedah yang benar-benar saintifik itu. Pesawat yang begitu besar dan sedang dicari oleh ratusan kapal terbang dan kapal laut yang canggih-canggih teknoloji dan sainsnya ia masih belum dapat dikesan.

Tetapi akhirnya nanti yang menentukan segala-galanya ialah Pencipta Sains itu sendiri. Sememangnya ada kelihatan kelemahan seperti yang di kritik oleh banyak pihak, tetapi jika PR berjaya menubuhkan kerajaan semasa PRU yang lepas pun belum tentu lagi pencarian pesawat itu akan terlaksana dengan baik.

Tidak kira samada PKR memerintah negara atau UMNO terus berkuasa, jika Allah berkehendak kapal itu hilang terus, atau pesawat itu akan selamat dijumpai dengan semua penumpangnya selamat ia akan terjadi juga.

Kita doakan terus keselamatan pesawat dan mereka yang berada di dalamnya. Mereka perlukan bantuan kita dengan doa-doa yang mustajab dan serahkan kepada Allah s.w.t. segala-galanya.

Tiada kena mengena dengan kehebatan politik sesiapa dalam isu ini, kerana manusia tidak kira yang kuat atau yang lemah, yang miskin atau yang kaya, semuanya lebih kecil dari habuk dihujung tunggul di sisi Allah s.w.t..

20 comments:

Anonymous said...

Tuan AA,
Kejadian pesawat hilang itu adalah kebetulan saja, langsung tiada kaitan dgn Anuwar. Jika Allah mahu ianya terjadi tak ada siapa mampu menghalang. Semuanya tunduk patuh pada kemahuan Allah jua. Runtuhnya stadium di T'ganu pun adalah kemahuan Allah. Jika nanti Allah mahu ampunkan Firaun, tentu masuk syurga Firaun ni. Manalah kita tahu sebab ianya adalah kemahuan Allah yg tidak boleh dihujahkan lagi.

Anonymous said...

Memang semua atas kehendak Allah tapi semua itu dirancang manusia. Allah tidak mengubah nasib sesuatu bangsa melainkan bangsa itu mengubahnya sendiri. Stadium runtuh sebab manusia buat tak ikut spesifikasi. Pesawat hilang sebab perbuatan manusia. Apa yang berlaku adalah sebab dan akibat manusia semata-mata. Berhentilah menyalahkan Allah. Orang yang mengaitkan Allah adalah manusia yang masih tidak cerdik. Saidina Ali adalah gedung ilmu pernah berpesan, "orang kafir yang mempunyai perancangan bagus akan mengalahkan orang Islam yang bertawakal semata-mata". Masalahnya ramai orang Islam yang tidak mempunyai ilmu dan mereka inilah yang bila berlaku sesuatu kejadian akan menjadikan Allah sebagai sandaran. Iqra tuan..

Anonymous said...

Anonymous said...
Oleh kerana perjuangan Wan Azizah yg paling utama di PRK Kajang ialah membela Anwar,jadi sebagai org Islam saya tidak akan mengundi beliau.

Ini adalah kerana saya sangat yakin Anwar memang melakukan liwat tersebut berdasarkan bukti-bukti mahkamah dan juga kegagalan Anwar dari segi moralnya utk melakukan perkara yg sama seperti apa yg Saiful lakukan.

Saiful dgn berani membuat lapuran polis,membuat pemereksaan doctor ,menyerahkan DNAnya secara sukarela utk di uji, berdiri di kandang saksi utk di soal balas oleh peguam bela dan paling utama keberanian beliau bersumpah laknat bagi membuktikan beliau benar.

Semua ini satu pun tidak di lakukan oleh Anwar.

Saya takut jika saya mengundi Wan Azizah,saya pula yg di laknat Allah kerana membela seorang peliwat satu perbuatan keji yg dilaknat Allah dan Rasull Nya.
Jadi lebih baiklah saya menjauhkan diri dari menyokong beliau.

Lagi pun saya dapati satu ketika dulu Wan Azizah pernah berbohong dalam kes jam Omega dulu.

tebing tinggi said...


Saudara Aspan,

Aden setuju bebonar dengan kenyataan saudara kali ini, molek bebonarlah tu.
Mugo-mugo Allah bagi kito petunjuk kapado jalan penyelesianyo , insaallah .

Aden nak kebaroh nengok kobou-kobou Den .

Anonymous said...

"...tetapi jika PR berjaya menubuhkan kerajaan semasa PRU yang lepas pun belum tentu lagi pencarian pesawat itu akan terlaksana dengan baik."
Saya pun ada lah antara orang yg kritikal terhadap Najib/BN (secara sihat ya, bukan personal). Tpi saya mengaku di dlm hati kecil saya, saya bersyukur BN masih kekal di Pusat sebab nya klu PR yg memerintah ia masih lagi di dlm "transition".
Terim Kasih Sdra Aspan, kerana menegur mereka yg mengaitkan mh370 dgn bala Allah.
H Hamid

Anonymous said...

Memang anti anuar aa

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Kehilangan MH 370 merupakan bala yang menimpa negara kita sewaktu pemimpin BN mewar-warkan bahawa pertahanan negara dalam keadaan terkini dengan pembelian asset ketenteraan pada zaman Najib, terbukti semua auta oleh Najib terbongkar. Sistem radar ketenteraan kita gagal mengesan pesawat yang amat besar dan perlahan berbanding jet-jet pejuang yang lebih laju dan kecil.

Pihak airforce juga gagal membuat pintasan bila mengetahui "sesuatu" dalam radar yang terbang rendah berada di ruang udara dengan "anggapan' ia tidak memudaratkan pertahan negara.

Pemimpin BN juga gagal belajar dari peristiwa 9/11 bila beberapa pesawat awam melanggar bangunan penting di USA menyebabkan kemusnahan yang teruk.

Mahukah kita mengalami peristiwa seumpama itu?

Kita perlu melihat kembali "kesan" daripada kehilangan MH 370 dan bukan menuding jari pada penumpang MH 370 atau pihak yang merampasnya.

MH 370 menyingkap kurap, parut dan tokak yang di hasilkan pemimpin yang ada didalam kerajaan sekarang dan betapa perlunya ketelusan dalam pembelian asset-asset tentera dengan berhemah.

Inilah keadaannya bila semua harta rakyat di belanjakan oleh pemimpin yang tidak amanah dan tidak jujur.

Semoga Allah SWT merahmati dan melindungi penumpang dan kru pesawat MH 370 dimana jua mereka
berada.

Wasallam .

Iskandar.

mohd47 said...

Saiz manusia relate kpd dunia dh disebut dlm ayat4 surahal Qariah.

ahmadyaniDotCom said...

Setiap apa yang berlaku memang ada sebab musababnya. Hanya Allah yang tahu...manusia tiada hak untuk mengandai-andaikan sebab ini. Orang yang alim dalam agama pun takut untuk mengandaikan sebab ini..takut tergelincir iman. Dan janganlah pula yang tiada ilmu agama memandai-mandai bercakap tentang sebab ini, lebih-lebih lagi hanya kerana taksub kepada seseorang.

Anonymous said...

Salam, Allah SWT Maha Berkuasa, Allah Maha Mengetahui. Sebagai orang yang menganut Islam sebagai addin, perlu kita ingat bahawa apabila kita melakukan sesuatu yang melanggar perintah Allah SWT, sebagai Yang Maha Penyayang dan Pengasih, Allah SWT dengan kehendakNya akan (1) memberi peringatan kepada kita. (2) membalas perbuatan kita itu. Peringatan itu adalah memberi peluang kepada kita supaya tidak mengulang-ulangi perbuatan yang mengingkari perintah Nya. Jikalah kita tidak hiraukan peringatan Allah SWT maka kita akan dibalas dengan sesuatu yang boleh menjadi peringatan kepada orang lain. Renungkanlah bagaimana Allah membalas keingkaran kaum luth dengan memusnahkan mereka. Sebab itulah sebagai orang Islam, kita wajib patuh kepada semua perintah dan larangan Allah. Kita jangan sesekali menzalimi orang lain kerana doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan oleh Allah. Justeru, apabila sesuatu musibah menimpa kita maka hendaklah kita muhasabah dan memikirkan apakah larangan Allah SWT yang telah kita buat, dan apakah perintahNya yang telah kita tinggalkan. Oleh yang demikian, pemimpin-pemimpin kita perlulah memimpin ummah berlandaskan tuntutan Islam!

Anonymous said...

Anonymous 19 March 2014 12:23:00 GMT+8:
Bukan pemimpin UMNO/BN saja bijak. Pemimpin-pemimpin juga banyak yang fatonah. Sesuatu kerajaan itu mempunyai banyak agensi yang bertindak sebagai pelaksana. Ada daripada idea atau perkara yang diarah oleh pemimpin kerajaan untuk dilaksanakan adalah hasil daripada idea pegawai-pegawai awam. Jadi parti mana saja yang memerintah atau diberi mandat untuk memerintah mempunyai potensi untuk melaksanakan satu pemerintahan yang baik!

awang batuburok said...

Apabila kemungkaran dan kemaksiatan berleluasa dan bermaharajalela dilindungi oleh pihak berkuasa, maka tunggulah kedatangan bala dari Allah SWT.
Tatkala datangnya bala tersebut semua akan terkena tidak kira samada yg mengikut syaitan dikenali atau sebaliknya...itulah ketentuan oleh AllahSWT.

Kapada yg diberi amanah tetapi tidak mampu menunaikannya adalah lebih baik berundur jgn buat pekak badak atau pekak lembu NFC saje......wallahualam.

Tuan Aspan,
Terimakasih kerana tidak delete komen saya.

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan,
Saya adalah pembaca regular blog tuan dan ini adalah kali pertama saya memberikan komen. Maaf sekiranya panjang. Tuan atau sesiapa saja boleh saja untuk tidak bersetuju dengan pandangan saya.
Bagi saya, kejadian kehilangan MH370 yang berlanjutan ini ada hikmahnya dan memberi pengajaran tetapi hanya kepada orang Islam yang berfikir dan ingin mengambil pengajaran daripadanya. Bagi mereka yang tidak, mereka hanya setakat bertanya sesama mereka saban hari apa cerita terbaru dan dah dijumpai belum.
Saya tidak bersetuju sepenuhnya dengan pandangan tuan dan tidak juga pandangan penyokong2 PKR. Walau bagaimana pun kita sebagai org Islam perlu sedar setiap sesuatu yang Allah izinkan berlaku peristiwa sebesar ini mesti ada pengajarannya untuk sebuah negara umat Islam yang di dalamnya ramai alim ulama. Maaf intro saya agak panjang.
Mari lah kita fikirkan kenapa Malaysia terpilih oleh Allah untuk peristiwa yg signifikan begini. Saja2 kah atau mungkin bersebab. Mungkinkah Allah ingin memberi pengajaran, ingatan, dan teguran kepada umat Islam Malaysia supaya bermuhasabah. Boleh saja Allah jadikan yg kapal terbang tersebut jatuh terhempas dgn mudah diketahui tempatnya dan tidak menjadi misteri dan tidak disusahkan untuk seluruh rakyat Malaysia memikirkannya.
Sekiranya kita lihat, terlalu banyak insiden2 daripada cara pengurusan krisis (plus kenyatan berbahasa Inggeris yg lintang pukang, tak faham kenapa tidak boleh beri kenyatan atau jawab dalam Bahasa Malaysia, sedangkan ramai pemimpin negara2 lain yg walau baik inggeris mereka masih pilih jawab dalam bahasa ibunda mereka - contoh turki, jepun), isu imigresen dan pasport palsu, kenyataan2 yg bercanggah oleh IGP dan DCA pada awalnya, kewujudan bomoh 1 malaysia di KLIA yang telah memalukan negara (sekiranya betul pun dia ada kelebihan dan cara yang betul menurut syariat, apa perlu lakukannya di KLIA? Buat di rumah saja lah!), kelemahan TUDM yg gagal melaksanakan tugas dgn sempurna yang menampakkan kelemahan pertahanan negara dan macam lagi - apakah semua itu sekiranya kita buat kesimpilan. Bagi saya kesimpulannya negara Malaysia yg majoriti umat Islam telah diizinkan oleh Allah diaibkan atau dibuka aibnya di mata dunia, dan dirasai oleh seluruh rakyat. Bukan kah Malaysia ni negara umat Islam yang 'dirahmati' patut diberi perlindungan oleh Allah? ....sambung

Anonymous said...

Anwar ni org jahat dlm gerakkan politiknya. Tapi BN lagi Dajal.

anti-LGBT & Dajjal said...

Daripada PR, lebih baiklah BN. Aku tak nak sokong parti yang ketua umum dia tu PELIWAT, pakar tebuk BONTOT jantan, betina , laki & perempuan. Aku tak nak pilih parti yang ketua umum tu satu spesis dengan umat Nabi Lut yang Allah SWT rejam sampai mampos kat dasar Laut Mati.

Anonymous said...

Salam AA,

BN sememangnya angkuh dengan banyak penyakit-penyakit typical Melayu (UMNO) melekat pada mereka. Cemburu, syak wasangka, ego, dendam, baran dan last but not least BODOH SOMBONG. In short, segala 13 sifat yang dinodai Allah itu semuanya complete package yang ada dalam mereka. Macam McDonald's punya McChicken set, Fillet o Fish set, Double CheeseBurger set umpamanya. Bodoh sombong memang penyakit yang boleh memberi kesan bukan sahaja dekat empunya penyakit tetapi orang di sekelilingnya. Umpama Virus H1N1 yang menular mencari mangsa/umpama iblis memburu orang yang senang di'spin' oleh bisikannya. Negara lain dah maju kita masih lagi dalam tempurung. Orang lain dah ke bulan, kita baru nak merangkak. Proses salah bersalahan (pembersihan) pun tak selesai lagi, lagi nak cerita reconciliation bagai. Kesederhanaan pada saya yang paling elok, terlampau ghairah pun tak guna, terlampau miskin dan terlampau bodoh sombong (inferior) dalam kekufuran pun tak guna. Dua dua dilaknat Tuhan. Dan dua dua jenis ini jugaklah yang dalam parti itu yang pandai sangat bercakap pasal agama. Eloklah jadi ahli politik yang buat sahaja kerjanya tapi tidak kacau orang. Diam je. Cakap orang Negeri Sembilan, ontok yo buek kojo.

Anonymous said...

Benar Tuan AA,

Semuanya, baik menteri, orang sapu sampah, tua, muda, kaya, miskin, berdaya atau tidak, berkuasa atau tidak, cantik atau tidak, handsome atau tidak, banyak kawan atau loner semuanya SAMA di sisi Allah. Yang membezakan ialah amal, doa anak anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat dalam kubur.

Unknown said...

Assalamualaikum..
Saya tak nak ulas apa apa..cuma saya menunggu artikel pak aspan untuk di baca dah banyak hari..saya nak bukan nak memaksa..cuma setiap kali saya buka blog ni tiada artikel baru saya tak sedar saya jadi kecewa....ilmu di sini lebih tegak dan jujur tidak condong dan mengampu .btw .nak baca penulisan baru..Tapi pak aspan sibuk agaknya.

Anonymous said...

Nabi saw juga bersabda: “Barang siapa menutupi aib saudaranya (yang muslim), maka Alloh akan menutupi aibnya pada hari kiamat. Dan barang siapa yang membuka aib saudaranya maka Alloh akan membuka aibnya, sehingga Alloh akan mempermalukannya lantaran aibnya, sehingga ia merasa malu di rumahnya sendiri.” (HR. Muslim, Abu Dawud dan Tirmidzi dari Abu Hurairoh).

Anonymous said...

Serah, tapi make sure kalau dah serah, kalau benda tak jadi according to expectation , marah. Ni kang cita serah serah, tak jadi marah. Dah marah, pinpoint. Manusia!