07 March 2014

Tiada NRP jika tidak di buang sifat tamak, amarah dan 'foolishness'

Dalam pada orang ramai berbahas dengan berita tentang isu Anwar yang didapati bersalah di mahkamah rayuan, saya masih mahu bercakap tentang isu ‘National Reconciliataion Programme’ yang masih kabur dan tiada nampak kesahihan akan berlaku.

Isu ‘National Reconciliation Programme’ (NRP) kembali sejuk dan seperti isu-isu yang lain ia tetap tidak ada pelaksanaannya secara serius. Sehingga sekarang ini tiada apa yang kita fahami apa yang hendak dilaksanakan dan tiada siapa yang tahu apa kah yang terkandung dalam NRP yang disebut oleh Najib itu.

Persoalan pertamanya, sudah adakah pelan itu tertulis dan hanya menunggu untuk diumumkan kepada rakyat sahaja? Jika sudah ada apakah kandungannya? Adakah ia hanya melibatkan pelan untuk kesatuan rakyat diantara kaum dan agama dan tidak memasukkan banyak isu terbengkalai yang lain yang nampaknya tidak ada usaha untuk diselesaikan?

ATAU, seperti biasa ia hanya janji-janji dan retorik kosong sahaja? Rakyat mesti diberitahu apa yang hendak di ‘reconciliate’ kan itu. Jika sudah ada pelannya, mampukah pimpinan hari ini untuk melaksanakannya? Sejujurnyua saya tidak nampak mana-mana pihak, samada yang menjanjikan NRP ini dan yang dijanjikan itu boleh melaksanakan matlamat NRP ini. Itu pun jika sudah ditentukan matlamatnya setakat ini.

Kita sudah jemu dengan berbagai-bagai pelan-pelan yang diumumkan oleh pucuk pimpinan negara. Pelan itu, pelan ini dan slogan itu dan slogan ini….satu pun tidak membawa apa-apa perbezaan serta perubahan. Semua perancangan dan semua pelan hanya tinggal perancangan dan pelan sahaja. Masa digunakan sepenuhnya untuk merancang sehinggakan tiada masa untuk melaksanakannya.

Kenapa semua perancangan dan pelan itu tidak terlaksana dan gagal direalisasikan?

Pertamanya semuanya itu tidak difikirkan dengan semasak-masaknya kerana tiada diantara kerajaan dan pihak ‘alternative’ yang mempunyai tahap pemikiran yang mampu menjiwai kehendak rakyat mengikut zaman dan waktunya. Pimpinan merasakan mereka faham permasalahan yang dihadapi rakyat tetapi sesungguhnya mereka tidak memahaminya.

Bagaimana pimpinan, terutamanya pucuk pimpinan mampu menyelesaikan masalah sedangkan mereka tidak pun faham masalah rakyat sebenarnya. Jika sesungguhnya mereka memahami apa masalah rakyat itu, masakan perlaksanaan yang di rancangkan itu tidak boleh terlaksana?

Kita tidak tahu apakah pimpinan kita sudah tahu masalah sebenarnya negara ini sekarang? Adakah masalah negara kita sekarang ini hanya tertumpu kepada masalah rasuah dan salahguna kuasa semata-mata? Atau pun jika ada masalah lain yang di lihat mereka hanya kepada masalah perhubungan diantara kaum yang sudah begitu buruk sahaja. ATAU masalah lain jika ada itu ialah masalah ekonomi dan harga barangan yang melambung naik sahaja?

Di peringkat parti-parti politik pula adakah masalah yang besar yang perlu diadakan NRP ini kerana masalah Anwar Ibrahim yang kepingin sangat untuk menjadi PM itu yang memerlukan sangat NRP ini dilakukan? ATAU adakah masalah Najib yang masih merasakan yang jawatan PM itu adalah haknya setidak-tidaknya sepuluh atau dua puluh tahun lagi yang terpaksa diadakan NRP ini.

Dimana letaknya premis yang telus untuk membina landasan untuk NRP ini? Saya nampak NRP ini semata-mata disebut untuk kepentingan peribadi pemimpin tidak kira dari BN atau pun dari PKR dan mereka membawa rakyat berlaga sesama sendiri untuk bersama memberikan sokongan.

Sebenarnya NRP akan hanya boleh dipimpin oleh pemimpin yang mempunyai kebolehan dan pengalaman untuk melakukannya. Bagi mereka yang mempunyai ‘seriousness’ dalam mewujudkan NRP ini mereka tidak akan melandaskan niat untuk NRP ini untuk kepentingan individu yang berkehendakkan keuntungan peribadi sahaja.

Jika elemen itu wujud sampai bila pun tiada akan terjumpa ‘reconciliation’ itu. Jika masih dilandaskan kepada keuntungan peribadi, kita akan hanya mendengar retorik-retorik buruk sahaja dan kita akan tetap ‘bermimpi disiang hari’.

Kita yakin yang sedang memimpin dan yang sedang mahu memimpin yang kita lihat berkeliaran politik mereka sekarang ini tahu yang mereka tidak layak untuk memimpin. Tetapi mereka menganggap ini merupakan satu permainan yang boleh menang dan boleh kalah sahaja.

Selagi masih ada pemimpin yang dihinggapi oleh elemen ‘greed, anger and foolishness’ selagi itulah tiada akan terjumpa penyelesaian terhadap masalah-masalah yang kita sedang alami sekarang ini. Selagi yang bercakap tentang isu ini masih mempunyai ketiga-tiga elemen yang saya sebutkan ini selagi itulah tiada penyelesaian terhadap isu ini.

Apakah yang perlu ada dalam pelan ‘reconciliation’ yang disebut-sebut itu? Kita sentuh dalam posting sambungannya besok atau lusa.

(bersambung)

7 comments:

Anonymous said...

Syukurlah Pak Aspan dah bezakan diri dari UMNO. Saya pun kalau orang politik saya akan tinggalkan UMNO dan juga bg yg berpandangan jauh yg lain. Kalau tidak, sindrom 'mencengkam' UMNO terhadap orang yang bercakap benar tu kita bawak ke hulur ke hilir. Nak keluarkan sindrom tu dari kita bukan main susah tu pasal dah terdarah daging dlm kita. Penyakit mencengkam bukan sesuatu yg main2. Jika kita tak keluarkan, yg benar dituduh jahat yg jahat dituduh benar. Yg mana kwan dan yg mana lawan sudah tidak lagi ternilai. Yang kawan di'double meaning' buat benda jahat, dan lawan di'double meaning' buat kerja elok. Double meaning pula digunakan sebagai 'taktik' last resort untuk 'teka/geletek' yg mana mungkin bersalah atau benar kerana kalau tak double meaning dan terus tuduh, kena pula btg idung sendiri. Tembelang dlm hati pula pecah. Itulah UMNO.

Anonymous said...

One day all these people akan rasa sufferings orang bawah. There is no free riding in this world. Every word and action has a consequence. Mmg lumrah orang baik dibenci org jahat dan org jahat dibenci org baik. Org alim tak suka org bertaubat dan org bertaubat tak suka org yg teghasa alim. Hanya org yg sedang bertaubat akan faham orang yg sedang bertaubat. Greatness of God. Wise people always remain calm.

Anonymous said...

Salam,

Bibir jadilah meghah eh Najib ni tapi pondan. Rosmah lagi macho. haha

Anonymous said...

Selagi rasuah, kebodohan pemimpin, budaya samseng, sifat angkuh, perkauman ekstrim serta kebajikan untuk rakyat tidak ditangani dengan betul dan cermat, jangan dikatakan bermimpi disiang hari untuk berlakunya reconciliation itu, nak berangan-angan sahajapun dah memeningkan. Mereka perlu muhasabah diri kenapa segala kebejatan ini berlaku dan apakah serta siapakah yang menjadi punca ianya berlaku. Setelah sesi brain storming dan trouble shooting dilakukan timbul pula persoalan, adakah mereka yang berkenaan rela mematuhi keputusan yang tidak selari dengan jiwa mereka sendiri? Sedangkan mereka sentiasa berdolak-dalik dalam isu melibatkan hak, umpamanya royalti minyak dan keadilan. Mimpi disiang hari itu adalah masih possible, tetapi reconciliation yang dicanangkan oleh Najib ibarat mengharap air sungai mudik dari muara sampai ke hulu. Pilihan tunggal yang ada hanyalah UMNO/BN perlu direhat dan dirawat sepenuhnya. Tidak mungkin kereta yang mengalami kerosakan brek boleh dibaiki semasa masih lagi dipandu. Setelah teruji benar-benar sihat tanpa ada lagi virus penyakit, barulah masuk semula ke tengah gelanggang.

abuamir said...

Buatlah apa pun asalkan umno terus memerintah, tak kiralah cara baik atau jahat. Dah kalah majoriti pun masih mengaku majoriti rakyat sokong mereka, malulah weh!!!

Demokrasi asasnya siapa majoriti dia yg menang dan berkuasa tetapi di mesia ni semua terbalik serupa macam kat iraq,mesir dll. Majoriti rakyat dah muak dengan umno terutama pemimpinnya yg hidup mewah tetapi suruh rakyat berkorban dan berjimat cermat.

Negara ini milik rakyat bukan rakyat jadi hamba kpd pemimpin. Sebelum pilihanraya janji macam2 bila menang, akulah yg berkuasa ikut suka akulah nak memerintah. Perangai munafik umno sejak dulu lagi.

Bilalah org melayu rumah kos rendah,felda, kampung2 ni nak sedar. Sesiapa yg ada DNA umno tu harap sedarlah hendaknya.

Anonymous said...

Salam bro,

Hidup ni biar jadi taik dunia jgn jadi taik akhirat. Biar permulaan buruk dan hina, asalkan pengakhiran kita harum dan suci/tenang. Im with you bro. All these people are suffering. It is just a matter of admitting it or not.

-Wallahualam-

Anonymous said...

Salam bro,

Hidup ni biar jadi taik dunia jgn jadi taik akhirat. Biar permulaan buruk dan hina, asalkan pengakhiran kita harum dan suci/tenang. Im with you bro. All these people are suffering. It is just a matter of admitting it or not.

-Wallahualam-