14 August 2014

Rakyat perlu diberitahu apa yang berlaku, dan PAS lebih arif tentang keadaan sebenarnya

Wan Azizah membuat deklarasi yang beliau mendapat 30 undi sokongan dalam Dewan Undangan negeri Selangor dan beliau mempunyai hak untuk menjadi Menteri Besar menggantikan Khalid yang telah dipecat dari partinya dan tidak mempunyai cukup bilangan ahli Dewan Undangan menyokong beliau.

Wan Azizah mendapat sokongan dari dua ADUN PAS dari Morib dan Hulu Kelang menyokong beliau dan tidak bersama Khalid. Jika itu ada kebenarannya maka elok dibawa ke Dewan Undangan dan lakukan usul tidak percaya terhadap Khalid. Dewan akan bersidang November ini dan usulkan sahaja undi tidak percaya terhadap Khalid.

Tetapi buat masa ini Khalid masih Menteri Besar dan elok ditunggu sehingga November setelah Dewan Undangan Negeri bersidang. Kekalkan sahaja sokongan yang diperolehi dan tidak perlu bising-bising dan diterjemahkan kepada undi dalam usul tidak percaya kepada Menteri Besar itu nanti. Apa-apa boleh berlaku sementara menunggu Dewan Undangan Negeri bersidang November ini.

Tidak perlu tergesa-gesa kerana Wan Azizah sudah dapat sokongan majoriti sebagai yang beliau umumkan pagi tadi. Kerja tergesa-gesa akan merumitkan lagi keadaan kerana bertindak secara tergesa-gesa akan memberikan kecenderungan untuk membuat keputusan yang tidak tepat.

Tidak perlu lagi mendesak untuk PAS menentukan sikap mereka kerana PAS hanya memerlukan seminggu sahaja untuk membuat penentuan itu. Bak kata Sallehudin Ayob, Naib Presiden PAS, ini bukan hendak menukar Ketua Kampung, tetapi ini menukar Menteri Besar. Apa hal di sebalik tindakan tergesa-gesa ini?

Dengan perkembangan terbaru ini tidak mustahil jika pilihanraya negeri akan berlaku dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri November ini atau lebih awal dari itu. Jika tidak ada penyelesaian di peringkat parti-parti dalam PR, maka biarkan rakyat membuat penentuan dan buat keputusan muktamad.

Dalam pada itu TS Khalid perlu memberikan penjelasan hingga ke akar umbi apa yang sedang berlaku melalui penerangan kepada struktur pentadbiran kerajaan yang terendah yang bersama dengan rakyat ramai iaitu JKKK. Sebagai kerajaan TS Khalid patut memberikan fahaman kepada semua ketua-ketua kampung kerana ketua-ketua kampung adalah pegawai kepada kerajaan yang memerintah apa pun parti yang mentadbir mereka.

Khalid perlu mendapatkan ‘feedback’ dari orang ramai dan rakyat bawahan untuk semua pihak mengambil keputusan yang paling hampir kepada kemahuan pengundi-pengundi yang ramai. Kemelut sebegini kalau tidak diawasi dan dikendalikan dengan baik mungkin akan membawa kepada kekecohan di setiap peringkat.

Jabatan Penerangan sepatutnya melakukan penerangan meminta semua pihak untuk bersabar dan dalam setiap penerangan itu perlu ada bersama pegawai-pegawai keselamatan bersama. Yang paling penting diberikan penerangan ialah semua ahli-ahli jawatankuasa kerana pemimpin-pemimpin di setiap JKKK ini merupakan pentadbir kepada semua rakyat. Tidak ada rakyat yang tidak ditadbir oleh mana-mana stuktur pentadbiran kerajaan.

Yang penting sekarang ini para pelaksana mesti melakukan apa yang perlu bagi menenteramkan semua pihak yang bertelingkah. Tindakan perlu 'preemptive' kerana kita sudah masak dengan hasil perkelahian seperti ini sejak lama dahulu.

Tindakan pelaksana ialah untuk mengamankan keadaan di akar umbi kerana setiap pertelingkahan pimpinan akan dirasai oleh rakyat di akar umbi.

Dalam kita menunggu keputusan PAS pada 17hb Ogos ini, segala pertimbangan perlu dibuat untuk menentukan semua pihak tidak terbabit dengan pertelingkahan terbuka kerana ia akan menjejaskan keadaan dan keamanan.

Tekanan terhadap PAS kian memuncak dari dua parti yang lain yang berada dalam Pakatan Rakyat dan jika akhirnya PAS bersama mereka keadaan tidak akan sama lagi kerana masing-masing telah merasakan bahang tekanan DAP dan PKR ini.

Dalam hal ini PAS perlu hanya memikirkan apa yang betul apa yang salah dalam tindakan pemimpin yang membuang pemimpin yang berada dalam parti sendiri. Nilailah samada pemecatan Khalid atau sebelumnya itu untuk memaksa Khalid keluar dari Pajabat Menteri Besar itu adalah semata-mata kerana keperluan individu yang terdesak yang kita anggap sebagai pemimpin selama ini.

Bagi mereka yang mempunyai pemikiran yang jelas dan jujur Khalid dari awal tidak sepatutnya ditolak dari Pejabat Menteri Besar itu kerana Khalid bukan mahu berada di sana sepanjang hayatnya, hanya setakat menamatkan penggal yang sekarang sahaja. Tetapi oleh kerana ada manusia yang begitu 'desperate' kerana kesalahannya sendiri sanggup meletakkan parti yang dipimpinnya berpecah seperti yang kita lihat sekarang ini.

Sanggupkah PAS tunduk dengan tekanan seperti ini, terpulang kepada kewibaan perjuangan parti itu. ‘Either way’ PAS akan menjadi mangsa permainan politik individu dalam PKR dan permainan politik 'menangguk di air yang keruh' dari sebuah lagi parti komponennya itu.

Kalau hendak tunggu dalam Pakatan pun tidak membawa apa-apa kebaikan maka tindakan untuk tidak bersama adalah tindakan yang paling wajar untuk diambil oleh PAS. PAS tidak boleh memandang rendah kepada kemampuannya sendiri. Yang penting PAS perlu mempertimbangkan dan menilai keadaan dalam konteks ‘big picture’ politik tanahair bukan setakat menilai di sekeliling keadaan di Selangor sahaja.

Rakyat sedang melihat, terutamanya bangsa Melayu samada PAS tegas dengan pendiriannya untuk bangsa dan agamanya atau setakat parti yang bermain politik lebih-lebih lagi politik mempertahankan politik peribadi individu yang rakus untuk berkuasa semata-mata.

Tidak ada sebab PAS bersama mempertahankan individu itu, sedangkan individu itu sendiri yang menyiksa dan lalai terhadap dirinya sendiri.

Bagaimana pun PAS tentu lebih arif bagaimana untuk bertindak seterusnya……

21 comments:

Lebai Gōōgle said...

Thumbs up !

Orang Kechil said...

DYMM SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH AL-HAJ
Ampun Tuanku Sembah Patik Mohon Diampun,

Adapun patik merafak sembah warkah ini kerana rasa bangga patik kepada Tuanku, tatkala kerajaan di bawah negeri Tuanku berada di dalam cacamerba, Tuanku muncul menjadi penyelamat daripada negeri Selangor rosak binasa.

Tuanku telah membuktikan kepada seluruh pelusuk gugusan nusantara Melayu ini, betapa Tuanku telah mengangkat martabat Kesultanan Raja-Raja Melayu di singgahsananya. Bahawa Raja-Raja Melayu masih berdaulat, ada daulahnya dan senantiasa di bawah lindungan Allah SWT.


Tuanku,


Tatkala musuh dalam selimut begitu rakus menggila, ketika negeri Tuanku dibelasah oleh mereka yang tamak haloba, bilamana negeri Tuanku diperhina oleh mereka yang buta sejarah... Tuanku telah menunjuk jalan bahawa Raja-Raja Melayu daulahnya akan digunakan apabila sampai masanya, bahawa daulah Tuanku boleh mematikan apa jua kesombongan mereka yang buta hati, bahawa daulah Tuanku jua memberi jalan kebahagiaan kepada rakyat jelata Tuanku.


Patik sungguh rasa bangga dan terharu, sebagai orang Melayu yang duduk di tanah jajahan Tuanku, patik mohon menyampaikan khabar gumbira bahawa rakyat jelata Tuanku berasa sungguh-sungguh bertuah dan menumpahkan lagi kasih sayangnya kepada Tuanku di atas kebijaksanaan Tuanku menyelesaikan kemelut politik di negeri jajahan Tuanku ini.


Sesungguhnya hari ini menjadi sejarah yang terbukti, bahawa tanah Melayu ini ada Rajanya, Rajanya ada di singgahsana, Rajanya menjadi penyelamat di kala kitul-kitul bermaharajalela. Syabas Tuanku.


Semoga Allah SWT memberikan hidayahNYA kepada Tuanku untuk terus memerintah negeri Selangor ini dengan aman dan sejahtera.


Daulat Tuanku.


SUMBER

Anonymous said...

Aspan,

Khalid terang2 menipu Sultan, Dewan Raja2 dan rakyat Selangor dgn mengatakan ada sokongan majoriti Adun. Ini bkn saja menghina malah menderhaka kpd Sultan. Patut ke disokong bekas MB yg takde maruah ni?

tebing tinggi said...


Pakatan rakyat dah terbiasa membuat bising dalam segala hal, mereka sentiasa mengangap mereka sahaja yang sentiasa betul.

Kobou Deb sentiasa merendah diri, berjalan sentiasa tunduk.

Anonymous said...

Tuan,

Pada pandangan saya yang amat kerdil ini, isu MB selangor ini hanyalah merupakan isu kecik pada PAS. Apa yang berlaku sebelum ini sebenarnya merupakan isu yang beasr dan menjadi titik tolak pada PAS adakah masih relevant untuk berada di bawah bumbung PR atau tidak. Isu MB ini hanyalah sebagai penambah perisa kepada tidak puas hati PAS terhadap PR. Isu hudud yang cuba dibentangkan oleh PAS tapi tidak disokong oleh anggota PR lainlah yg menjadi punca sebenarnya.

PAS telah mencuba bekerjasama dengan PKR dan DAP atas dasaar tahaluf siyasinya. PAS adalah merupakan parti yang paling konsistent dengan perjuangan islamisasinya. Menurut ulamak, diperbolehkan Tahaluf Siyasi selagi tidak menentang agama dan menghalau dari tempat tinggal seseorang. Tahaluf siyasi juga boleh dibuat dan dibatalkan mengikut keadaan semasa.

Bagaimanapun, gambaran yang diberikan pada isu hudud baru baru ini, tidak seperti yang PAS harapkan. Pada PAS tidak heranlah jika DAP tidak menyokongnya, tetapi PAS sangat terkejut bila PKR termasuklah ahli2 yang berugama islam sendiri juga tidak menyokongnya. Maka semenjak hari itu jugalah kepercayaan PAS kepada rakan2 komponen PR hilang. Bibit2 ketidak puashatian mulai timbul semenjak itu.

PAS juga merasakan kalau sebelum ini, mereka boleh lantang dengan perjuangan islamisasinya, tetapi berada didalam PR, mereka bagaikan terbatas untuk melaungkan2 perjuangan ini dengan lantang, bukan sahaja kerana tentangan dari pihak musuh malah dari pihak rakan sendiri.

Tarikh 17 ogos bukanlah hanya menentukan siapa dan masa depan Kerajaan selangor, tapi sebenarnya menentukan kededukan PAS samada masih relevant kah untuk bertahaluf atau tidak bersama rakan PR lain.

Apapun pada saya yang sangat kerdil ini, berpendapat perjuangan PAStetap relevant sampai bila-bila pun, selagi berpaksikan pada Quran dan Sunnah. Mungkin sesetengah pemimpin dalam PAS terutama golongan muda berpendapat kuasa perlu diperolehi dahulu maka proses islamisasi tersebut boleh dijalankan. Bagaimanapun pada saya, Nabi kita telah memperlihatkan bagaimana proses islamisasi dimulakan dahulu, dan akhirnya umat islam telah beroleh kuasa dan ekonomi.

Apapun keputusan Majlis syura nanti, saya yang kerdil ini akan patuh sepenuhnya dan berdiri teguh dibelakang ulama. Pesan Nabi kita, ulama itu adalah pewarisku, maka tidak akan sekali2 saya ingkar dengan pesan Nabi kita ini.

Sekadar pendapat dari insan yang sangat kerdil...

Anonymous said...

Aspan
If ever a snap election is held do you think PR performance will be the same as GE 13.Maybe DAP will be status quo and not suprise if they lose one or two seats,PAS fairly well due to their akar umbi solid support,BN esp UMNO ,its members are solid too,the big question mark is PKR.It is noted that last GE most of of the areas they won depended on DAP and PAS support and the fence sitter voters.With all fracas happening now I bet ordinary voters will think twice before voting.Just points to ponder.

Anonymous said...

PAS konsisten dengan perjuangan, boleh dikatakan betul tapi PAS tidak konsisten dalam pendirian. Ramai pemimpin dan ahli dalam PKR dan lebih-lebih lagi DAP yang bukan Islam yang mesti disantuni terlebih dahulu. Sedangkan Nabi saw dengan dibekalkan mukjizat dan berhubung secara langsung dengan Allah SWT (melalui Jibril) pun tidak berjaya meyakinkan semua amat Arab, inikan pula PAS.

Unknown said...

Sebak aku baca...

Anonymous said...

Orang yg hebat tak akan melulu utk buktikan kehebatannya. Kenapa beriya nak cadang pas bersendirian dgn alasan kononnya memelihara prinsip? Dan yg menentang dianggap tak berkeyakinan dgn janji Allah! Yg jelas muktamar dah set dgn PR, kalau nak ubah ttg tu, buat aje lah muktamar khas.

Unknown said...

Buatlah muktamar khas wahai PAS. Kalau dah nak benar-benar jadi UG. Akan umbi telah muak ni.

awang batuburok said...

Salam,

Manusia yang sama telah menggunakan kaedah yg sama ketika membuat keputusan menyertai UMNO dalam tahun 1982...
Keputusan dan kehendak peribadinya mesti dituruti dan dipatuhi semua ahli organisasi yg diketuainya, tidak boleh tidak, semua orang mesti akur dengan kehendak nafsu dan cita cita peribadinya.
Ahli ahli PAS dan ahli ahli ABIM dlm tahun 1980an tentu mengenali manusia ini.
Jangan jadi Melayu mudah lupa.....

Anonymous said...

Jawapannya mungkin ada pada 15 persoalan yg dilontarkan oleh Dr Zuhdi....

Anonymous said...

Assalam Pak Aspan,

Kita semua sudah lupa....hakikat yang Allah swt sudah izinkan berlaku.

a) Bila Ku Li cabar Dr M, Pas bersatu dgn S 46 tubuhkan BA, Pas dapat Kelantan tahun 1990.

b) Bila DSAI cabar Dr M, Ust Fadhil Noor tubuhkan GERAK dgn satukan Pas dengan Dap serta melayu2 yang bersimpati dgn DSAI, Pas dapat Terengganu sambil kekalkan Kelantan.

c) Momentum Ust Fadhil Noor ini diperteguhkan oleh DSAI dan tertubuhnya PR, Pas dapat Kedah dan pada masa yang sama terlepas Terengganu. Dap dapat Penang dan PKR dapat Selangor. PR dapat Perak dan terlepas akibat jarum umno dan mainan sultan.

Kini mainan umno di Selangor sudah membelit Khalid Ibrahim.....dgn isu Langat 2, KIDEX, bible raid dll....

Abis kita nak tunggu Pas yg dipimpin oleh dua teraju yang terlepaskan Terengganu dan juga Kedah?

Kenapa TGNA 'menjarakkan dirinya' dgn keputusan Majlis Syurah Pas dgn mengatakan beliau hanya pengerusikan mesyuarat itu hanya seketika dan terpaksa keluar kerana kurang sihat?

Ingat, TGHH dan Mustapha Ali lepaskan Terengganu walaupun selesa tetapi TGNA dapat pertahankan Kelantan walaupun dgn SATU kerusi sahaja. Ini bezanya orang yg tahu pahit maung bertahan dan berdepan dgn umno berbanding dgn orang yang tak dapat baca mainan umno terhadap Khalid Ibrahim di Selangor.

Ingat, Pas dapat laba politik bila umno bergolak tetapi mereka tak sedar hakikat ini. Dan ramai juga yang tak dapat faham hakikat ini....kerana mereka hanya kenal umno sejak lahir?

Sebab itu jahat dan dosa umno mereka tak akan nampak....malah mereka juga 'sokong' umno yang jelas dan nyata melanggar hukum Allah swt. Sebab itu Allah swt tak buka hati mereka utk melihat dan memahami hakikat ini.....

Itu saja......

The MIND!

albert magic said...

As salam mualaikum tuan Aspan,
Seronok membaca coretan tuan.Saya ingin memberi pandangan mengenai PAS tetapi maafkan saya jika ianya silap.PAS sepatutnya telah memerintah negara Malaysia ini jika majority orang melayu betul menyokong PAS memandangkan bangsa melayu adalah majority di negara ini. Tetapi nyata PAS tak mampu menarik minat orang melayu UMNO. Kebelankang ini PAS mendapat sokongan pelbagai kaum kerana tag line nya PAS for all

Quantum Metal Consultant said...

Mengetahui sesuatu kebenaran - satu perkara
Menyokong atau Tidak - satu perkara yang lain pula.

Sebab itulah apa yang terjadi sekarang ialah SIAPA TIDAK TAHU DAN KENAL ANWAR! DAP DAN PAS CUKUP TAHU KEBENARANNYA tetapi sampai kepada bab sokongan - mereka tetap pilih Anwar !!

Dalam politik kebenaran direndahkan dengan matlamat menghalal cara.

Anonymous said...

Tuan Aspan.Ulasan tuan cukup jelas dan tidak memihak kemana. Saya rasa pengundian semula (PRN) adalah lebih baik bagi Selangor walaupun memakan belanja besar.

Kemelut politik Selangor sudah menjadi perang dingin dan sudah menampakkan jurang pemisah antara parti dalam PR. Matalamat perjuangan juga kearah haluan masing masing yang sudah melencong jauh dari kata sepakat awal.

Keyakinan rakyat terhadap parti parti dalam PR dilihat sudah banyak berubah. Peristiwa Kajang Move dan memecat MB yang disokong rakyat juga cukup menjengkilkan bagai hasilkerja pemimpin kurang siuman.

Rakyat Selangor mungkin mau perubahan kepimpinan Selangor dari keadan carca merba sekarang kepada kepimpinan baru yang lebih berwibawa dan bermaruah. Selamilah kehendak hati rakyat dalam membuat keputusan yang terbaik dan bukannya mengikut kehendak peribadi pemimpin yang ingin berkuasa tetapi rakus macam tikus membaiki labu.

Anonymous said...

Assalam Pak Aspan,

Maaf saya beri cadangan. Pak Sayuti Omar (MSO-Tinta Merah) ada menulis satu catatan pagi ini bertajuk
'Sebuah kata dan bukan paksaan utk Pas'.

Sebenanya menurut Pak Sayuti Omar, beliau sudah tulis warkah sejak Jumaat lepas, tetapi menangguh siarannya sehingga pagi ini.

Saya ingin sarankan semua umat melayu beragama Islam baca dan hadam penulisan ini. Ianya ditulis utk Pas tetapi saya cadangkan kesemua umat melayu baca dan hadamnya baik2.

Kenapa?

Agar kita jelas, nak ikut mainan umno dan politik sekular serba halal mereka atau kita mahu ikut hukum agama Islam yang kita anuti......

Sekian,

The MIND!

Anonymous said...

Semua pehak perlu kuat.... sy. Suka isu ini... ramai yg belajar apa itu politik yg berhubung kait dgn undang2.... sesiapa yg lemah jgn main politik....

Anonymous said...

Pkr yg mulakan haru biru ni. Jangan salahkan pas. Mb khalid patut dikekakan .

Anonymous said...

salam, dalam islam ada tertib. kena byk buka sejarah Nabi dan kisah sahabat. aku bukan nya suka sgt pada PAS pun tp aku hardcore PR. d sabah kami berhbis menangkan PR. tp bila isu MB ni aku kesian ma PAS. yg buat hal c anuar. kot ye nk tukar Mb pn xda masalah tp jgn la fikir itu kerusi ko punya. ko boleh buat apa ko mau. mana perbincangan? ok tukar MB xda hal, tapi napa isterimu? dah takda lagi calon laki2 ? kalo xmau calon dr PAS tak kan dah takde calon laki2 dr PKR? last2 PAS yg kena tempias. di ugut2 la pulak PAS. tanya org2 bawahan dlm PAS yg bekerja utk parti. mrk juga terkilan dgn sikap PKR. berebut punya pasal last2 PAS yg kena tempias. aku secara jujur yakin dgn kekuatan PAS. menang kalah itu Allah yg tetapkan. sapa yg kata menang pasal pakatan , itu dah melebihi yakin pada ALlah. semua ni ada hikmah. yg aku nampak PAS akan d bersihkan oleh ALlah, yg tinggal hanya betul2 berjuang shj. PAS dah biasa hidup susah. oprg yg dah biasa hidup susah insyallah kalo d beri ujian susah dpt harungi tp berbeza dgn org yg x biasa hidup susah. jadi jawatan pn nk berubut , nk tamak...

Unknown said...

TS Khalid tidak menipu Sultan. Apa yg dikhabarkan kpd Tuanku adalah keadaan semasa. Pada waktu itu 2 DUN Pas belum lagi berpihak kpd W Azizah.