24 March 2015

Semuanya dipolitikkan termasuk isu Hudud

Tindakan parti-parti politik berhubung dengan banyak isu telah melebarkan lagi jurang perbezaan di antara parti-parti dalam kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat. Gerakan telah membawa isu Hudud di Kelantan ke Mahkamah dan DAP telah bertindak begitu ‘robust’ terhadap PAS yang kini sudah tidak diyakini oleh parti itu.

DAP tahu dan merasakan yang nyawa politik parti itu berada dihujung tanduk apabila Pakatan Rakyat mungkin hilang keahliannya dan akan hanya tinggal dengan dua parti sahaja, iaitu PKR dan DAP sendiri. Justeru kedua-dua pihak sedang dalam permasalahan besar dan masing-masing sedang berusaha untuk mengekalkan sokongan mengikut garis perkauman dan agama.

Kedua-dua belah pihak adalah pihak yang kalah dan tiada siapa yang menang dalam semua isu yang berbangkit. Di antara BN dan Pakatan serupa seperti seorang tua yang mengejar seorang tua yang lain. Yang mengejar penat dan dikejar pun penat dan letih. Apabila orang tua yang dikejar itu berhenti keletihan, yang mengejar pun tidak dapat menangkap yang dikejar kerana yang mengejar itu pun berhenti kerana keletihan.

Pihak pembangkang tidak boleh lagi bercakap mempunyai 52 peratus undi popular kerana angka 52 peratus itu termasuk undi yang dibawa oleh PAS dan kita tidak boleh menganggap BN itu hanya mempunyai 48 peratus kerana dengan apa yang berlaku dalam PR hari ini sedikit sebanyak BN bertambah sokongannya.

Itulah sebabnya DAP begitu resah kerana mereka sangat khuatir jika kehilangan rakan kongsi PAS ia akan menghadapi masalah untuk mendapatkan sokongan dari kaum Cina kerana MCA juga sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan kaum Cina. Pendeknya DAP serta MCA sedang berada dalam keadaan yang sangat sukar sekarang ini apatah lagi dengan timbulnya isu hukum Hudud yang sedang menjadi isu besar sekarang ini dikalangan Pakatan Rakyat.

Tidak ada sebab untuk DAP mengakui dan berbohongi dengan mengatakan yang mereka tidak perlu PAS dan mereka akan bertambah kekuatan jika PAS tidak berada dalam Pakatan Rakyat lagi. Bagi PAS pula parti itu sudah begitu biasa melalui masalah besar dalam sejarah kewujudan parti itu.

Sekarang rakyat khususnya Melayu Islam begitu terguris dengan kenyataan-kenyataan parti DAP yang mengecam PAS dan DAP begitu fasih dan lancar mengeluarkan kata-kata kesat terhadap PAS. Orang Melayu bukannya menilai dari segi siapa yang salah atau yang benar dalam isu Hudud ini, tetapi orang Melayu terguris dengan tindakan DAP yang bercakap tentang Islam lebih hebat dari orang Melayu Islam sendiri.

Salah benar sudah tidak menjadi ukuran mereka lagi, tetapi mereka merasa tersinggung kerana DAP bercakap seolah-olah parti itu lebih tahu tentang Islam dari orang Islam sendiri. Keadaan ini bertambah buruk apabila ada gulungan liberal Melayu Islam telah meghentam hukum Hudud ini begitu kuat dan ini membuatkan Melayu Islam yang mempunyai keyakinan terhadap hukum Hudud ini lebih cekal dan bersatu untuk menentang kumpulan ini.

Bagi mereka ini parti politik adalah perkara kedua dan tidak sepenting agama yang mereka anuti. Mungkin mereka salah dalam mentafsir hukum agama itu sendiri tetapi itu bukan isunya. Isunya ialah mereka tahu agama mereka sedang dijadikan modal oleh parti-parti bukan Islam dan lebih mereka marah ialah kerana Melayu Islam liberal ini lebih kuat menolak Hudud dibandingkan dengan kaum yang bukan beragama Islam sendiri. Mereka telah melekat dengan persepsi sebagai kumpulan yang menangguk di air yang keruh sahaja untuk mendapat ‘mileage’ politik. Mereka ini melabelkan diri mereka sebagai Melayu Islam liberal yang belum tentu mengenali yang mana satu tangan kanan atau kanan kiri apabila menyentuh tentang agama ini.

Maka mereka yang menuduh PAS mengambil isu Hudud ini sebagai modal politik, penolakan oleh kaum lain dan Melayu liberal itu sendiri adalah bermotifkan politik. Jika benar PAS menggunakan isu Hudud ini sebagai modal politik penolakan kaum bukan Islam terhadap hukum hudud ini juga adalah modal politik mereka.
Kedua-dua pihak sedang aktif menangguk di air yang keruh dan ia telah membawa keadaan Negara kepada tahap kerosakan yang amat besar kepada Negara.

Ada yang berpendapat hudud tidak ada di sebut dalam Quran. Saya pun tidak tahu itu. Tetapi ia ada dalam akta-akta yang diluluskan oleh Dewan Legislatif. Dalam hukum civil tidak ada peruntukan untuk menggantung pesalah sampai mati, tetapi dalam akta-akta yang diluluskan oleh Dewan Parlimen ada menyangkutkan hukum gantung sampai mati seperti jika disabitkan kesalahan kerana mengedar dadah lebih dari jumlah yang ditetapkan oleh akta tersebut.

Oleh yang demikian jika hukum gantung sampai mati tidak ada dalam perlembagaan tetapi ianya ada dalam akta-akta tertentu maka hukum hudud jika benar tidak ada dalam Quran maka ia ada dalam akta lulusan Dewan undangan negeri atau Negara. Tentunya akta-akta tersebut bersandar kepada kehendak agama dan agama kita lebih cenderung untuk menggubal undang-undang bersifat ‘preventive’ dari undang-undang civil yang hanya menumpukan kepada penghukuman pesalah melalu berbagai-bagai akta lulusan Dewan Parlimen Negara.

Bagi setengah pendapat tindakan ramai yang tidak seimbang pengetahuan dan amal di antara agama dan ketuhanan itu amat merbahaya kerana mereka mencampur-adukkan di antara ibadah dengan amalan. Maka lebih elok bagi banyak pihak yang tidak mengenali agamanya dan hukum serta ibadah maka lebih baik tidak menyertai polemik yang tidak memberi faedah itu.

Hukum civil tidak semestinya adil dan tepat pengadilannya. Sirul dihukum mati kerana membunuh Altantuya tetapi beliau tidak pernah dipersoal siapa yang mengarahkan pembunuhan itu. Motif pembunuhan tidak pernah disebut dalam ratusan hari perbicaraan Sirul dan Azilah. Akhirnya tidak ada pesalah yang menyebabkan pembunuhan itu sedangkan keluarga Altantuya kehilangan ahli keluarganya seperti orang mati katak.

Sirul dan Azilah dihukum gantung sampai mati sedangkan mereka yang menyebabkan pembunuhan itu berlaku masih hidup bebas tanpa sesiapa yang mempersoalkan. Itulah yang dikatakan kebaikan hukum civil.

Tentunya mereka yang bersalah itu dilindungi oleh berbagai-bagai undang-undang dan akta dari hukum civil tadi. Isu hudud ini tidak lebih dan tidak kurang dijadikan modal politik bagi mereka yang gemar menangguk di air yang keruh.

Tanpa isu seperti isu hukum hudud ini mereka tidak akan kemana-mana kerana banyak pemimpin yang lemah fikiran akan menggunakan dan mengambil kesempatan menangguk di air yang kotor bagi mereka memanjangkan ‘relevancy’ mereka dalam politik. 

8 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Saya sokong pendapat saudara.

Sebagai orang Islam adakah tidak terfikir yang kita akan mati dan akan berjumpa dengan apa yang telah Allah janjikan..??

Moga Allah memberi "Hidayah" kepada mereka dan menjadi tanggungjawab kita memberi penerangan yang sejelasnya kepada mereka.

Wassalam.

Anonymous said...

Sdr AA

Komentar yang mengesankan!

maae said...

He..he.. mainan manusia. Ada versi hudud :-

1. Versi mamak

2. Versi cina lebih Islamik dari Islam sendiri

3. Versi politik Pas

4. Versi liberal / sekular no-hudud

5. Versi hududulcivil ( versi ini konon hudud sudah di masukkan dalam akta sivil ) - versi playsafe hudud

Hakikat nya semua di atas, mereka akan nyatakan hudud itu Talibani (dulu). Kemudian Boko Haram. Terkini IS pula.

Nyata nya :- tidak pernah langsung secara mendalam di kaji - apa sebenar nya hudud ? Di mana sisi nya dalam Islam ? Ada kah wajib, fardhu kifayah atau harus atau sunat ? Kebanyakan para ilmuan Islam hanya berdiam
terkedu kerana mereka tidak di perlukan. Seperti mereka-mereka yang menentang hudud kerana sudah siap dengan tafsiran masing-masing.

Nyata nya Islam itu jadi bahan persendaan politik. Melayu Islam masih tidak tahu menjaga maruah dan martabat agama mereka. Majusi juga yang di pilih....

sariff said...

Survival politik vs survival rahmatan lil a'alamin

Anonymous said...

Kasihan Undang-uandang Islam dipermainkan oleh penganutnya yg Liberal dan Fasik setelah mengaku dalam bacaan SOlat " Inna Solati, Wanusuki, Wama Yahya Wamamati Lillahi Rabbil A'lamin : Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku kerana Allah Taala " Bagaimana kita khususnya Wanita muda boleh mempermainkan Hukum Allah, dia hidup pun dgn Rahmat Allah, katakan kalau Allah arahkan Izrail berhentikan degupan jantungnya bagaimana jadinya ?.

SURAH AL-MAIDAH Ayt. 45

Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Cendekiawan/Cerdik pandai/professor/Ulamak terdahulu amat ariff dalam semua disiplin pembelajaran, bukan macam skrg, jadi jurutera, akauntan, peguam, guru pilitikus,dan byk lagi.. kalau pun mahir hanya satu bidang saja..itu pun punyalah bagus bagi pendangan ttg Agama/Hukum Islam. Munkin wanita yg popular fsl permainkan hudud tu kalai Clubing dan cuba tanya dia ttg Islam 95% fail agaknya.

Anonymous said...

Kita ni orang melayu tak de benda lain ke nak bincang...hudud la, potong tangan la, hukuman la, undang -undang la....this is what happens when we are not forward looking....what happened to education, corruption, science & technology, cleanliness, poverty, health.....we are sooo behind the western countries...terlalu mundur....just like our drama swasta....only love, marriage, divorce....nothing else...so backwords

Anonymous said...

I have to say your criticism of DAP s quite valid but to be fair, to expect DAP to unpolitical when they are back against the wall? Its not reasonable.

It is apparent DAP is scrambling because it lost its bet badly. Its no time to hold high idealism for them. Practical politics and results dictate. They are literally gritting their teeth even as they are scrambling.

The truth is long term consequences of the bet going bad can be horrendous for DAP. DAP could be ultimately helpless in national politics, mere side actors in the scheme of things and if national politics goes further wrong, they will be merely be a party of wishful thinkers.

Anonymous said...

Perkataan 'hudud' ada dalam Quran tetapi hanya untuk menjelaskan perkara domestik rumahtangga sahaja. Melayu tidak akan bersatu atas nama bangsanya kerana DNA Melayu yg rojak oleh yg demikian hanya dengan pendekatan agama saja yg dapat menyatukan mereka, justru dalam perlembagaan menyatakan Melayu adalah beragama Islam. Mempertaruhkan nyawa utk orang lain adalah suatu tindakan yg sangat bodoh. Adakah 2 orang anggota UTK itu sangat bodoh? Fikir-fikirkanlah....