Sekarang adalah zaman kita
membayar cukai dari satu cukai ke satu cukai yang lain. Apabila kita membuat ‘complain’
terhadap cukai yang amat membebankan itu kita akan disuruh oleh pemimpin kita
untuk mengendalikan kehidupan kita dengan baik dan praktikal.
Jika kita tidak larat membeli
ikan jangan makan ikan. Itu kata seorang bekas Menteri kita. Seorang lagi Menteri
yang masih muda tetapi agak ‘bongok’ telah meminta kita jangan marah dengan
kenaikan tol. Jika tidak mampu membayar tol bangun pagi-pagi dan mulakan
perjalanan ke pejabat awal pagi. Sikap pemimpin dari Sabah ini tidak lebih dan
tidak kurang sikap orang yang suka melukah ditempat yang genting.
Dua hari yang lepas harga rokok
melambung sebanyak 40 peratus. Ada pemimpin yang meminta kita menggunakan wang
untuk rokok itu membeli makanan dan jangan menghisap rokok lagi. Kenyataan-kenyataan
seperti ini amat menjemukan dan menjelekan kita mendengarnya.
Masalahnya cukai dinaikkan kerana
kerajaan tidak pandai mencari sumber yang lain untuk negara. Sejak pentadbiran
yang ada sekarang ini, kita dicukai kerana pemimpin kita hanya tahu dan nampak satu
sumber sahaja untuk menambah pendapatan negara. Subsidi bahan api dan yang lain
ditarik balik dan dalam masa yang sama kita dicukai tidak berpatutan. Jika
pemimpin-pemimpin kita tidak tahu untuk mencari sumber kewangan yang lain, rakyat dijadikan seperti kerbau yang membajak di sawah sahaja. Rakyat yang
membanting tulang dicukai dengan tinggi dan rakyat disuruh berjimat cermat
dan kendalikan hidup dengan cara yang lain.
Jadi apa bezanya rakyat dengan
kerbau yang membajak disawah tadi? Kerbau diarak ke sawah untuk bekerja
ditengah panas terik dan akhirnya kerbau dibawa pulang dan diberikan makanan
rumput kering yang mati. Kebanyakkan hasil sawah padi dicukai oleh kerajaan dan
rakyat seolah-olah dijadikan hamba abdi.
Apabila ‘hamba abdi’ itu marah
pemimpin-pemimpin yang mengutip itu mereka akan mengajar cara untuk hidup yang
betul. Sebelum rakyat dicukai, rakyat sudah makan seperti kerbau makan rumput
mati tadi, sekarang kita dicukai lagi. Hatta rakyat kini terpaksa berjimat dan
mencari jalan untuk menambah pendapatan untuk mencukupi keperluan hidup dan
selain dari itu untuk mencari sedikit wang lebihan untuk persediaan untuk dicukai
yang bakal datang pada bila-bila masa sahaja dibawah pentadbiran Najib ini.
Oleh kerana pemimpin kita tidak 'resourceful' rakyatlah yang terpaksa menjadi
rakyat yang ‘resourceful’ bagi membantu pemimpin terutamanya Perdana Menteri
yang sentiasa mengharapkan rakyat untuk menyelesaikan masalah negara
terutamanya untuk membayar hutang negara yang besar hasil dari keborosan
pimpinan negara kini.
Kita perlu ingat pucuk pimpinan
kita tidak pandai hidup bersederhana. Kita terpaksa mengabdikan diri kita untuk
membayar kos penyelenggaraan jet mewah kerajaan yang Najib gunakan yang menelan
belanja puluhan juta ringgit dalam masa kurang dari satu tahun sahaja. Perdana
Menteri tidak mampu untuk mengurangkan perbelanjaan beliau dan isterinya. Kita disuruh nya makan kangkung sahaja.
Rakyat sebagai hamba abdinya
wajar bersedia untuk membayar lebih banyak cukai kerana pimpinan kita sangat
tinggi kos penyelenggaraan kehidupan mereka di Sri Perdana itu. Beliau yang
selalu bercakap isu wasatiyah tidak berbelanja secara wasatiyah yang di
sebutnya selalu. Kita hanya wajar melakukan apa yang beliau suruh tapi jangan
lakukan apa yang beliau sendiri lakukan.
Kita tidak boleh berbuat apa-apa
terhadap ‘si beruk dapat bunga’ atau si kudung dapat cincin’ itu. Tidak tahu
apa nasib kita di hari muka mendapat pimpinan yang sebegini.
5 comments:
Apa boleh kita lakukan,,pembangkang dah bergaduh sesama sendiri terutama Dap yg begitu serius menentang agenda hudud pas. Terima ja la apa yg umnobn lakukan,, rakyat dah tak yakin lagi dgn pembangkang, asyik bergaduh saja,,mcmna nak mentadbir negara?
Dipendekkan cerita kita pakat tukar ... pd. PRU 14 nanti...Pemimpin adalah hamba rakyat jika sebaliknya kita pakat tukar ...
*speaker
*menteri
*menteri
-bertindak mcm kerusi speaker dan kerusi menteri2 itu emak bapa dia punya
walaupun pembankang gaduh kita mesti tukar kerajaan sedia sebelum mereka suruh kita makan pasir.
Maka berhati2lah kerana bakal pengganti Najib nanti (kalau jadilah) lebih teruk dari 'beruk' @ 'sikudung'. Rakyat kekal abadi jadi hamba abdi. Tinggal tunjuk surat beranak je
Post a Comment