07 May 2012

Isu Scorpene: UMNO patut mengadakan Perhimpunan Agong Khas

Berbagai-bagai isu yang dihadapi oleh PM Najib nampakya tidak pula mendapat pembelaan dari pemimpin partinya dengan jelas. Pemimpin-pemimpin besar UMNO tidak ada yang kehadapan untuk mempertahankan Najib dalam isu Scorpene.yang Najib dikatakan terlibat secara terus. Pendakwaraya di Perancis telah memberitahu Suaram yang Najib pernah meminta USD 1 billion untuk dimasukkan ke akaun Paremekar Sdn Bhd sebagai syarat untuk DCNI bertemu dengan beliau di Paris. Kenyataan pihak pendakwa itu amat serius kerana ia melibatkan ketua negara sebuah negara yang dikatakan berdaulat ini.

Selalunya jika ada apa-apa tuduhan dan kenyataan yang disebut sebagai salah laku pemimpin kita, akan bertalu-talulah pemimpin-pemimpin UMNO dan kerajaan membela yang dilibatkan itu. Najib nampaknya kesaorangan dan tidak ada menteri-menteri dan ahli-ahli jemaah kabinetnya mengeluarkan kenyataan mempertahankan Perdana Menteri yang telah melantik dan diberi tanggungjawab oleh Najib. Tidak ada satu pun media perdana menyentuh isu dakwaan terhadap Najib ini. Saya telah membeli Utusan untuk menyemak samada akhbar organ UMNO itu menyentuh isu ini atau tidak.

Tuduhan ini amat serius dalam masa Najib sedang berhempas pulas untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat yang telah jelas tidak lagi memberikan dukungan yang pernah diperolehi oleh Perdana Menteri-Perdana Menteri sebelum beliau. Rakyat sedang menunggu reaksi Muhyiddin Yassin, sepupu Najib, Hishamuddin Husein serta panglima-panglima Najib yang lain.

Saya tidak tahu kenapa UMNO tidak membuat perhimpunan Agong Khas untuk menangani isu ini dan membuat keputusan memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap  Presidennya yang sedang menghadapi berbagai-bagai cobaan dan masalah yang besar sejak akhir-akhir ini. Mendiamkan diri dalam isu ini bermakna bersetuju dengan tuduhan pendakwa di negara Perancis itu. Persidangan khas untuk menangkis isu ini amat wajar diadakan dengan segera.

Lepas satu isu datang lagi isu-isu yang berat yang menghadapi Najib dan sikap ramai pemimpin-pemimpin tertinggi parti sekarang ini seolah-olah ada perancangan untuk membiarkan Najib menghadapi isu kepimpinan seorang diri sahaja. Saya mencadangkan supaya Majlis Tertinggi bermesyuarat dan mengeluarkan kenyataan resmi tentang pendirian parti keatas isu yang dihadapi oleh seorang Perdana Menteri negara kita ini.

Ini melibatkan isu dan tuduhan rasuah seorang Perdana Menteri sebuah negara merdeka. Najib bukannya pemimpin kecil. Beliau seorang Perdana Menteri Malaysia yang mempunyai kuasa memasukkan dan mengeluarkan sesiapa yang beliau suka ke penjara. Najib bukannya Presiden Filipina yang mana seorang Presiden boleh dihadapkan ke Mahkamah di atas berbagai-bagai masalah.

Perdana Menteri Malaysia adalah kebal dari tindakan undang-undang dan boleh melakukan apa yang beliau suka walaupun kerja-kerja jenayah yang besar-besar. Yang tidak boleh lari dari tindakan mahkamah ialah mata-mata (Polis) yang menerima rasuah dua tiga ratus atau pun kerani pejabat tanah yang menerima suapan dua ratus ringgit.

Berbalik kepada tuduhan pendakwa Perancis yang telah menghantar kandungan komunikasi Najib dengan DCNI itu tentang permintaan USD 1billion oleh Najib itu kepada Suaram amat memberi kesan yang amat buruk kepada negara.

Rakyat mahu melihat pemimpin-pemimpin politik UMNO dan BN mengeluarkan kenyataan dan menzahirkan pendirian mereka terhadap isu yang melibatkan Perdana Menteri kita. Reaksi barisan pimpinan kita amat penting kerana ia melibatkan maruah negara kita. Yang dinamakan sebagai seorang yang terlibat dalam isu sensitif ini ialah Perdana Menteri negara yang berdaulat dan merdeka.

Dengan berdiam diri boleh ditakrifkan yang pemimpin-pemimpin lain dalam UMNO dan BN mempunyai kepercayaan yang kuat yang apa yang dikatakan oleh pendakwa di Paris itu adalah benar belaka. Jika itulah pandangan barisan kepimpinan UMNO maka yang kita tunggu ialah untuk melihat bagaimana Najib akan disingkir atau tersingkir dari jawatan yang amat beliau perlukan untuk dikekalkan.

Itulah sebabnya blog ini selalu mengingatkan Najib yang penting beliau uruskan ialah pemimpin-pemimpin dalam partinya sendiri; bukannya menumpukan perhatian kepada parti-parti pembangkang.

Najib perlu sedar yang musuh yang terang dihadapan beliau tidak begitu merbahaya untuk beliau. Yang lebih bahaya ialah ular-ular sawa yang sedang mengintai-ngintai untuk mematuk dan membelit beliau.

Sesungguhnya Najib adalah seorang pemimpin yang dalam kesunyian. Beliau kesaorangan. Beliau nampaknya akan mengalami apa yang dialami oleh Abdullah Badawi. Sejarah Abdullah akan berulang.

Apabila saya memikirkan bermacam isu yang menjejaskan rakyat dan negara ini dengan mendalam, saya merasakan saya telah bersama dengan beberapa orang yang lain telah melakukan yang terbaik dengan menyertai DAP. Parti ini tidak ada masalah kepimpinan yang dipersoalkan kewibawaan  mereka seperti yang berlaku terhadap ramai kepimpinan BN.

Bagi mengelak dan menjauhi diri dari kumpulan yang tidak bermoral ini, keluar dari UMNO itu merupakan satu-satunya jalan yang ada kepada kita semua. Ramai yang tidak faham lagi sikap dan sifat kepimpinan UMNO. Bercakap berderai-derai tentang Islam tetapi apa yang dilakukan mereka semuanya anti dan bersalahan dengan syariat Islam. Itulah namanya sifat hipokrit

Bagi mereka yang tetap imannya mereka boleh berada dimana-mana kerana orang yang beriman itu seperti ikan yang hidup dilautan yang dalam dan masin. Ikan yang hidup tidak akan rasa masin jika dikeluarkan dari lautan yang masin itu. Ikan yang jenis ini adalah ikan segar dan begitu enak dimasak dan di gulai.

Sebaliknya kepada ikan yang telah mati (tidak berjiwa lagi) jika dikeluarkan dari lautan dan dijemur akan menjadi ikan kering masin. Ikan masin hanya sedap dijadikan perasa di dalam masakan sayuran kangkong dan kailan sahaja.  Maksud saya pimpinan UMNO sudah tidak berjiwa lagi.

Dalam isu Scorpene ini UMNO patut memanggil Persidangan Agong khas untuk menyelesaikan isu ini secara resmi. Yang dituduh itu bukannya Mat Rempit. Beliau adalah Perdana Menteri.

14 comments:

Anonymous said...

now, rakyat more concentrate on mak tom and si tanggang modern bro.

Anonymous said...

Anon 7 may 2012 14;06:00,

Very typical mindset especially from hardcore UMNO supporters, which I think too narrow minded.

Yes you're very right on "ibu" issues.

You know what every ibu always teach their children :

1. Never talking lies ( e.g Seorang kata itu SOP Polis, seorang lagi kata tidak ada SOP / sekejap kata Bersih tidak bahaya, yang seorang kata bahaya menjatuhkan kerajaan. Semua auta.)

2. Never do harm to humans even if their wromg(beramai-ramai menendang, menyepak seorang yang sah tidak bersalah; tembak air sehingga seorang ibu masuk hospital.)

3. Never boros dalam perbelanjaan (ini sudah nampak siang-siang)

4. Never main rasuah. (he .. he..)

5. Never mempermainkan agama (yang ini haram, yang itu .... senyap)

6. and .... many other issues that our mom teach us.

So ... if what every mom had said " never " and yet we still do dirty work?

Sudah tentu "Derhaka kepada ibu...."

Ingat! Bila ibu diam, tidak kata apa-apa, bukan bererti dia restui perbuatan kita.

Ibu yang berterus terang lagi selamat kita, dari ibu yang mendiamkan diri. Tak kira kita miskin atau kaya-raya. Ingat tu!

Anonymous said...

Najib belanja besar.

Coba korang lihat majlis pertunangan anak Najib menjangkau RM0.5 juta untuk satu malam sahaja.

Bil Elektrik rumah Najib adalah RM10,267,868.15 untuk tempoh setahun.

Bil Air rumah Najib adalah RM1,967,386.55 untuk tempoh setahun.

Anonymous said...

Tok imam baling selipar pun kena dakwa juga.

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=6rqIrMrjnpU

Anonymous said...

Perbelanjaan lawatan rasmi yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berjumlah RM17,118,650.58 dalam tempoh 2008 hingga 2011.

Anonymous said...

Dengar khabar perbelanjaan mewah hari jadi Najib Razak pada 24 Julai 2011 di Seri Perdana berjumlah RM79,053.

Majlis tersebut menyajikan 47 juadah istimewa termasuklah daging panggang yang diimport dari New Zealand, makanan Jepun, makanan Barat dan lain-lain.

Tiada maknanya Najib melaungkan konsep wasatiyah ini sedangkan Najib dan Umno sendiri dilihat kerapkali melakukan pembaziran.

“Wasatiyah” daripada perspektif Islam ialah kesederhanaan dalam melakukan tuntutan duniawi dan ukhrawi.

KENABOI said...

Utusan pernah melaporkan bahawa Perdana Menteri dan isterinya Rosmah Mansor mendermakan 402 ekor lembu untuk tujuan korban di kawasan parlimen Pekan.

Ini bermakna, Najib dan isteri telah membelanjakan duit sebanyak RM1.2 juta untuk mendermakan 402 ekor lembu dengan mengambil kira harga purata terkini harga lembu-lembu korban RM3,000 seekor.

Dengan gaji yang diterima oleh Najib selaku Perdana Menteri Malaysia, sebanyak RM22,826.65 sebulan, beliau memerlukan lebih empat tahun (52 bulan) untuk mengumpul RM1.2 Juta tanpa mengusik sedikit pun gaji yang diterima.

serting said...

Umno hendak berhimpun pada 11 Mei. Sudah tentu jutaan ringgit akan dibelanjakan. Sudah tentu Umno terpaksa menyewa bas, memberi duit poket dan makanan percuma untuk menarik minat orang ramai untuk hadir program tersebut.

Selain antara tarikan tradisi yang terpaksa Umno lakukan ialah dengan mengadakan konsert nyanyian artis popular, cabutan bertuah dan sebagainya. Tidak syak sebagaimana program-program lain jutaan ringgit terpaksa dibelanjakan untuk menjayakan program tersebut.

Pada hakikinya, negara kini sudah 14 tahun berturut-turut defisit. Hutang negara adalah pada tahap 53.7 peratus dari KDNK. Malaysia sedang menuju gerbang muflis. Umno masih nak beraya!

Anonymous said...

Sdra Serting,
Bukan UMNO tetapi UMNO Baru yang hendak membelanjakan jutaan ringgit untuk menyambut ulangtahun UMNO yang telah dimatikan oleh pengasas UMNO BARU.
UMNO dan UMNO BARU adalah dua entiti yang berbeza dan tidak ada kaitan antara satu sama lain. Ini adalah mengikut Akta Pertubuhan 1966. Kalau kata sama, ianya salah dibawah undang-undang.
Kalau nak UMNO juga, mengapa UMNO dibiarkan mati dulu sedangkan menteri dalam negeri masa itu mempunyai kuasa untuk memulihkan UMNO. Tetapi dia tidak mahu. Dia sengaja buat UMNO BARU supaya dia boleh kontrol 100%.
UMNO adalah parti melayu yang ditubuhkan dalam tahun 1946 dan keahliannya terbuka kepada semua orang melayu dan Islam. UMNO BARU ditubuhkan dalam tahun 1988 .
UMNO BARU sejak memasuki Sabah di awal 90an telah mengubah syarat keahlian parti. Sejak memasuki Sabah, keahlian parti UMNO BARU dibuka kepada SEMUA BUMIPUTRA, TAK KIRA MELAYU ATAU TIDAK. TAK KIRA ISLAM ATAU TIDAK.

Syarat keahlian UMNO BARU,sekarang ini telah menjadi sebuah parti bumiputra, serupa dengan syarat keahlian sebuah lagi PARTI BUMIPUTRA KAT SARAWAK pimpinan Taib Mahmud. Syarat keahlian parti PBB sarawak juga terbuka kepada bumiputra, tak kira melayu atau tidak, tak kira Islam atau tidak.Sebab itu Timbalan Presiden PBB ialah Dato Seri ALFRED JABU, dari keturunan IBAN.

Malulah nak tipu orang melayu hidup-hidup...... nak sambut ulangtahun ke 66 parti lain. Dah la itu parti lain, kena bunuh pulak dengan pengasas parti yang menyamar !!!!

bat8

Anonymous said...

Sdr Aspan,

Terbukti sejak lama dulu lagi bahawa kebanyakan pemimpin UMNO BN adalah species Pak Angguk atau YES MAN. Sikap ini berakar umbi dalam jiwa ramai pemimpin UMNO kerana UMNO bagi mereka adalah batu loncatan untuk mencapai matlamat peribadi masing2 mahu kan kesenangan dan kemewahan. Untuk itu sikap membodek harus dibibudayakan dalam diri mereka jika mahu terus mendapat habuan.

Bukan tidak ada pemimpim UMNO BN yang sedar keburukan peribadi puak pemimpin elit dalam UMNO termasuk PM Sendiri. Bukan mereka tidak tahu isu penyelewengan besar pemimpin mereka yang melibatkan kepentingan ramai rakyat. Malah mereka juga tidak menolak kebenaran kes2 sensitif dan utama yang membelit pemimpin utama UMNO iaitu Najib. Mereka sendiri mempercayai apa yang ramai rakyat persoalkan tentang Najib baik kes SCORPEON, pembunuhan Altantuya, kaitan PM dengan kes liwat Anwar I & II dan banyak lagi, tetapi kerana matlamat utama dan nawaitu mereka adalah fulus, mereka akan terus menjadi pak angguk selagi mereka rasa UMNO BN terus dapat bertahan. Soal integriti dan membela rakyat dipersetankan meraka sudah lama.

Kerana keinginan dan nafsu peribadi kepada material terlalu kuat maka kebanyakan pemimpin UMNO dan penyokong berbagai peringkat terus pertahankan pemimpin korup dan bangkrap moral itu. Mereka ini telah dibaculkan oleh nafsu tamak peribadi dan sanggup mengenepikan kebenaran. Jangan harap pada mereka ini untuk memperjuangkan harapan murni rakyat.

Bila kes ensitif melibatkan PM diperkatakan, pemimpin seperti mereka ini menjadi dayus dan bacul sebaculnya. Di hati mereka seakan menerima isu yang dinagkitkan namun mereka tidam mampu untuk bersuara. Dalam satu contoh kes di Kedah, pemimpin2 utama UMNO Kedah percaya bahawa satu antara sebab UMNO NM ditolak masyarakat Cina adalah kerana penglibatan Najib dalam kes rampasan Perak dari tangan PR. Pemimpin2 ini menyalahkan Najib dibelakang tapi jadi bacul untuk suarakan pandangan mereka sehingga terpaksa menggunakan pihak ketiga, iaitu seorang tokoh atau pemimpin sebuah syarikat jualan langsung untuk sampaikan suara mereka. Pak Aspan boleh tanya orang2 Yan mahu pun Mat Bashah dan Jamil Khir sendiri. Dalam soal macam ini pun pemimpin2 UMNO bacul untuk suarakan perkara benar kepada Najib, apalah yang nak diharapkan mereka bercakap atau menyentuh soal Scorpeon atau Altantuya itu.

Saya pernah lakukan posting ke beberapa buah laman blog pro UMNO yang dikendalikan oleh mereka yang mendakwa sebagai pejuang Melayu melalui UMNO. Saya kemukakan beberapa soalan sebagai cabaran untuk mereka memberi jawapan yang jelas tentang perkara2 yang kebanyakannya melibatkan PM tetapi tidak satu soalan itu berani dijawab oleh blogger tersebut mahu pun pengikut blog mereka.

Ini buktinya hati kecil mereka seakan mengesahkan segala tuduhan terhadap PM mereka tetapi kerana ego serta masih percaya UMNO BN ini lubuk wang dan kemewahan, isu sebesar dan amat sensitif itu dipersetankan golongan berkenaan selain mereka sendiri mati akal untuk memberi jawapan yang munasabah.

Ahh..kalau PM dan orang kuat kiri kanan sendiri mengelak untuk mengulas atau bersemuka dengan pemberita mengenai hal tersebut, maka apalh yang nak kita harapkan pada media massa untu mengulas isu ini dalam kolum dan penerbitan mereka. Kalau tuan punya tubug yang dituduh tidak mampu untuk menjawab atau mengulas walau sedikit pun, tak mungkin burung2 balam dan aparat2 dungu lain sanggup berbuat demikian.

Harap2 leher atau tengkuk golongan pemimpin pencacai ini tidak terkehel atau terseliuh sebab terlalu banyak mengangguk membodek! Pada cikgu dan jutawan MLM di Yan , Kedah tu..tahniahlah. Nampaknya tuan lebih berwibawa daripada Mat Bashah dan Jamil Khir sendiri. Tuan sekurang2nya membuktikan tuan ada "ball" berbanding mereka2 tu.

Quiet Despair said...

Can we not jump on this Scorpene case? It's early days yet.Premature. The French are busy celebrating the change of government.
We will wait whether Najib will be asked to enter his defence. It's a long process, my friends.
TAK PERLU ADAKAN PERHIMPUNAN AGUNG KHAS UNTUK BINCANGKAN KES INI.
In the event he's ever find guilty, he will resign gracefully.
UMNO leaders are true gentlemen. Deorang tak akan pakai tektik gangster ala Anwar ajak orang ramai berdemo di mahkamah terpekik terlolong menyokong dia.
UMNO RESPECTS THE RULE OF LAW.
I am so thrilled to be going to the gathering to celebrate UMNO's birthday on May 11. Rugi Tuan Aspan
and bro Sak dah quit UMNO. Kalau tak boleh enjoy bersama.
Dengarnya crowd akan jauh melebehi demo Bersih yang telahpun difatwakan haram.
Don't be surprised after this Najib will call for a snap GE. Cantik.

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan,

Apa kata kempin satu NGO agar mengadakan satu perhimpunan bagi membela pm Najib berhubung dengan tomahan? yang dihadapi sekarang.
Pihak berkuasa juga pasti akan meluluskan permit perhimpunan.
Dalam agenda bolehlah kita bercakap satu persatu tomahan? yang dilempar kepada najib. Kalau buat secara forum pun boleh, penaal boleh dicampur dari bn dan PK. Kemudian kita pilih antara rakyat agar membuaat komen.
Jangan sensored, pasti sedap dilihat.
Sesekali kena guna "Reverse" tactic.
Cuba, cuba, cubalah sekali...

Anonymous said...

Salam AA dan bloggers,

Altantuya datang Malaysia menuntut komisyen US500,000 yang dijanjikan tapi kena tipu lepas tu kena bunuh dan diletupkan dengan C4.

Yang kelakarnya rekod Imigresen dipadamkan, walhal satu dunia tahu Altantuya pernah masuk ke Malaysia.

Pembunuhnya pulak bodyguard Najib. Cuma orang hilang akal saja yang tidak mengaitkan kematian Altantuya dengan Najib.

Doa orang yang teraniaya adalah termakbul.

Sebab tu lah satu demi satu lobang sudah bocor!

Saya yakin salah satu perancangan Najib ialah melarikan diri ke negara yang tiada perjanjian ekstradisi dengan Malaysia ataupun Perancis.

Selamat mencuba wahai PM 1Billion!

Kau boleh lari dari rakyat Malaysia atau mahkamah Perancis.

Tapi kau akan tunduk jua dengan Allah satu hari nanti.

Surrogate

Anonymous said...

Hi QD,7 May 2012 23:09:00 GMT+08:00

Kasihan tengok you punya cerita.

Janganlah takut sangat pasal Najib terlibat dlm scorpene. Nampak sangat kamu bergetar lutut tentang kes ini. Kalau rasa Najib tak bersalah, lagi cepat kes ini selesai lagi bagus. Semuanya akan beres.

Kitakan ada undang2 dan polis yang akan jaga Najib. Perkasakan ada siap sedia membantu. Ini semua gentleman yang tak pernah pukul dan tendang orang dengan kasut but.

Mungkin Majlis fatwa akan keluar fatwa nanti agar Najib bukan berada dipihak yang salah.

Dalam negara kita Najib sentiasa selamat dan tidak akan merengkok dalam penjara, tapi ..... di negara lain kita tak jaminlah.

Kalau France rayakan Presiden baru, Malaysia juga bolehkan? Bukankah Malaysia negara paling demokrasi dalam dunia. 5 tahun PR tak berkesan, balik lagi pada UMNO. Fair enough?

Kalau PR berjaya ambil alih Putrajaya, Umno jangan risau. Boleh ceramah diTv1, Tv3. Tapi sayangnya janganlah Umno nanti berdemo di Dataran Merdeka, takut jadi haram pula. Demo di Stadium sudahlah. Fatwa telah digazetkan.

Jangan risau, lagi cepat GE13, lagiiiii baguuuusss.

Kalau Najib masih belum confident, janganlah Perkasa paksa dia.

Biar Najib dengan kristal ball dia.

Hidup Rakyat!