06 May 2012

Menyelenggara kereta tua terlalu mahal. Beli kereta baru!

Memandu kereta tua sangat mahal harganya. Kereta tua walau bagaimana hebat pun jenamanya, ia tetap memakan perbelanjaan penyaraannya yang tinggi jika dibandingkan kos penyelenggaraan semasa kereta itu masih baru. Sesebuah kereta lama akan mengeluarkan asap hitam dan akan tidak lagi ‘environmentally friendly’ kerana asap hitam itu akan menjadikan alam sekeliling kita menjadi kotor dan ‘toxic’.

Itulah sebabnya kita menukar kereta baru setelah kereta yang kita pandu itu sudah berumur banyak tahun. Jika kita tukar kereta baru setidak-tidaknya setakat empat atau lima tahun ia tidak akan memberikan banyak masalah kepada tuan punya kereta itu.

Lagi pula apabila kita masih mengekalkan kereta lama itu ‘petrol comsumption’nya akan menjadi tinggi dan terpaksa berbelanja lebih untuk minyak kereta tersebut. Penghawa dingin kereta itu pun akan memakan belanja besar kerana terpaksa di ‘service’ dan ditukar banyak alat ganti kepada penghawa dingin dan kereta itu keseluruhannya. Yang membuat untung hanyalah mekanik-mekanik yang mengambil kesempatan diatas segala masalah yang dihadapi oleh kereta itu.

Yang selalu kita lihat kereta yang sudah terlalu lama itu akan dibeli oleh syarikat pemotong kereta untuk menggunakan bahagian-bahagian kereta itu sebagai ‘spare parts’ terpakai. Kereta-kereta lama ini selalunya tidak dibuang kesemuanya kerana masih ada sedikit sebanyak bahagian bahagian yang boleh digunakan untuk alat ganti terpakai oleh mekanik-mekanik untuk kegunaan mereka memperbaiki kereta-kereta pelanggan mereka.

UMNO pun nampaknya begitu juga. Dengarnya minggu hadapan UMNO akan merayakan ulang tahun ke 66. Bagaimana mereka mengira pun kita tidak tahu kerana pada perkiraan saya,  UMNO baru berusia 24 tahun sahaja. Tetapi tidak mengapa. Katalah benar umurnya 66 tahun ia merupakan satu jangkamasa yang sudah terlalu lama untuk diselenggara dengan mudah. Seperti kereta tua tadi, dalam UMNO terlalu banyak alat-alat yang perlu diganti, malahan lebih banyak yang perlu diganti dari yang  dikekalkan.

Bagaimana tidak mahal belanja untuk menyelenggara UMNO ini? Bayangkan untuk Najib berkempen beliau telah membelanjakan hampir RM700 juta dalam tahun ini sahaja. Belum lagi untuk membayar BRIM dan yang lain lain. Walaupun telah banyak dibelanjakan untuk menyelenggara parti itu, macam kereta tua tadi asap hitam masih berkepul-kepul keluar.  Perjalanannya masih tidak lancar.

Dalam pilihanraya nanti parti itu akan menurunkan calon atau drebar kereta yang canggih yang bersedia untuk memacu dengan tangkas dan laju. Tetapi bagaimana dengan kondisi UMNO itu sendiri? Kalau calon sahaja yang ‘winnable’ tetapi partinya tidak ‘winnable’, bagaimana hendak mencapai kejayaan?

Keadaan sudah begitu teruk dan buruk sehinggakan UMNO itu sudah tidak diyakini lagi oleh ramai rakyat khususnya orang Melayu.  Sudah 66 tahun umur BN ini, maka ramai di antara yang mendokong UMNO sudah mengambil keputusan untuk menukar kepada kereta baru.

Kereta baru setidak-tidaknya boleh berfungsi dengan penyelenggaraan yang murah selama 4 tahun dan tidak memberikan banyak masalah. Kereta baru tidak akan memakan banyak petrol dan akan memberikan kelebihan kepada kereta tua yang sentiasa memakan minyak hitam dan terpaksa melakukan ‘top-up’ kepada minyak enjin tersebut. Mahal sangat untuk menyelenggara kereta tua (BN) ini maka tidak hairan rakyat sudah mula berfikir-fikir untuk menukarnya dengan kereta baru.

Sementara kereta tua masuk bengkel untuk dilakukan ‘overhaul’ maka sementara ini kita pakai kereta baru yang lain. Apabila kereta tua ini sudah di ’overhaul’ barulah boleh bersaing  dijalan raya dengan kereta baru yang kita pandu itu. Mengekalkan kereta tua sekarang ini memberikan kita banyak masalah kerana setiap pagi kita tengok lantai ‘porch’ kita menjadi kotor kerana kebocoran kepada enjinnya dan menitiskan minyak-minyak hitam ke atas lantai ‘porch’ kita itu.

Lagi pun elok kita mempunyai kereta kedua supaya kita tidak memandu kereta tua ini dengan terlalu lasak seperti yang dilakukan oleh kita selama ini. Kalau ada kereta baru yang lain setidak-tidaknya boleh kita berikan kerehatan kepada kereta tua itu buat sementara waktu ini.

27 comments:

Anonymous said...

kome sokong sgt ape yg abg kabor kan ni..

Anonymous said...

AA

Satu analogi yang cantik dan jelas. Komen saya; Parti politik seperti UMNO ada roh, sedangkan kereta tidak ada roh. Adanya roh inilah yang menyebabkan masih ramai orang Melayu kita yang terus menyokong UMNO meskipun mereka tahu UMNO satu parti yang banyak masalah seperti kereta tua.

...SAJI

Anonymous said...

Tuan,

Bagi kita yang masih muda ni, 66 tahun dahulu agak lama juga.

Tapi ... Che Det masa tu dah berumur 21 tahun. Bukan budak lagi. Dah besar panjang. Umur sama macam budak muda yang berhimpun di Bersih 3.0 pada abad ke 21 ini.

Yang masalahnya, kereta tua tu tak apa. Masih boleh jalan lagi. Yang jadi masalahnya, pemandu kereta tua ini lebih tua lagi dari kereta ini. Memanglah sekarang pemandu terbaru ni baru berumur 58 tahun, cuma yang 87 tahun duduk sebelah, macam cikgu kelas memandu.

Kalau dia kata 200 km sejam, terpaksalah yang memandu umur 58 tahun itu pandu laju-laju.

Apa tidak kereta bernama "umno' tua ini dilanyak habis-habisan, sehingga nak tertnggal tayar yg haus itu.

Jadi, Rakyat sekarang harus tukar kereta baru. Brand new dan lebih canggih. Banyak digital based, bukannya analog based Umno Bn yang sudah lusuh.

Jadi benda antik ni harus masuk muzium saja. Jadi bahan sejarah.

Kalau bawak di tengah highway, buat trafik jam saja nanti.

Anonymous said...

cuba ko tukar kereta jadi isteri atau ibu...

masa susah dulu, isteri tua pulak jadi harapan dan sandaran untuk membantu kita..

bila isteri dah jatuh sakit.. sampai hati kita nak cari ganti.. begitu ke..

Kalau gitu cubalah bayang pulak isteri Aspan dan anak-anak Aspan.. Ayah dah tua dah.. sakit memanjang.. elok cari ayah baru yang sihat dan hensem.. jalan pun laju aje tak macam ayah.. sebab ayah sakit gout!!!

Baru padan muka kita kalau kena kat batang hidung kita..bukan begitu..

penangkia said...

Saudara Aspan tertinggal sedikit lagi,
kereta lama yg sedia ada bukan hanya perlu membayar mekanik untuk membaiki kerosakannya dari semasa ke semasa tapi mekanik di bayar bulan bulan tak kira kalau ada kerosakan atau tidak. ini termasuk badan badan kerajaan, guaman, polis, majistret dll..semuanya bergantung pada kereta buruk ini untuk memastikan kereta lama tetap di gunakan dengan cara apa pun, kerana setiap kerosakan bermakna ada pun rezeki yang menanti.

Anonymous said...

Analogi tuan tentang membeli kereta baru ada kecacatannya.

Bila mereka menjual kereta baru, mereka biasa mendakwa kereta baru tak makan ‘petrol comsumption’. Mereka akan memberi tuan tiga tahun perkhidmatan percuma sehingga 100,000 km, minyak enjin termasuk caj kewangan faedah sifar sehingga lima tahun ke atas pinjaman maksimum 100%, atau cukai jalan percuma sehingga tiga tahun, dan sebagainya.

Beberapa bulan kemudian, tuan mendapati pelbagai perkara yang salah dengan kereta baru yang telah dibeli. Jadi tuan membawanya balik kepada penjual dan diberi bil bagi RM1,200 setelah kereta tuan diperiksa dan diperbaiki.

Apabila tuan memprotes, mereka memberitahu tuan bahawa bukan semua yang dilindungi dalam waranti. Tuan juga membantah tentang 'petrol consumption' yang tinggi.

Mereka akan memberitahu tuan bahawa ini semua adalah kerana tabiat dan cara memandu tuan yang tidak betul dan bukannya kesalahan kereta.

Tuan juga mendapati bahawa cukai jalan percuma hanya jika tuan membeli insurans dari mereka. Tetapi mereka mengenakan bayaran RM6,000 setahun bagi insuran manakala tuan boleh mendapatkannya sendiri untuk RM4,000 jika tuan membeli insurans di tempat lain.

Jadi cukai jalan bukannya percuma sebagaimana yang tuan diberitahu. Dan sebagainya.

Dengan menggunakan analogi yang sama tentang membeli kereta baru, adakah tuan tidak berasa ditipu?

Kalau analogi ini digunakan untuk mengundi parti politik yang tuan fikirkan akan menyampaikan semua janji-janji, seperti yang tuan telah anggapkan dalam penulisan terbaru ini, tuan boleh merasa bahawa 'jurujual' telah menipu tuan.

Oleh itu, analogi sebegini tidak boleh digunapakai untuk memilih parti politik.

It can back fire actually. Parti politik bukan sebuah kenderaan. Parti politik adalah satu perjuangan samada untuk rakyat atau diri sendiri.

Pakatan Rakyat berjuang untuk rakyat semetara BN berjuang untuk suku sakat sendiri.

kampong lad said...

umno kereta tua...correct, tapi pr kereta baru ka?. 'enjin' dia walaupun tak setua umno tapi patut kena tukaq juga la.

Anonymous said...

Salam..mohon Tuan Blog ini pautkan blog saya ke blog ini ye terima kasih
omakkau.blogspot.com

Anonymous said...

Camana pulak MahaTua tu Aspan ?

Anonymous said...

Yang penting pemandu dan pemanduannya. Sorry I do not agree with you.

Anonymous said...

mcmna kalau kereta baru... pemandu dn pemanduannya sgt bagus... baik kereta barulah....

Ministers:99%cow brain,1%human brain for stealing said...

These are the gifts of BN’s govt to the rakyat for voting them to be in power for half a century,and a good lesson for the rakyat.

1.Misused of power, mismanagement, uncontrollable and unlimited corruptions.
2.Amending the laws to their whims and fancies for their many hidden agendas.
3.Creating all kind of laws to protect their power with their usual propaganda of protecting the rakyat.
4.Monopolizing the money making business among their families and relatives.
5.Giving mega projects to their cronies but rakyat has to bail it out when its in deep water.
6. Using almost all public agencies to swathe and hide their thieving activities
7.Their tentacles of power gripped the Judiciary, PDRM,SPRM,EC and other public agencies to consolidate their position of power .
8.Manipulating the mainstream media to brainwash the rakyat mind to curtail rakyat political awareness.
9.Making money related policies which only benefited BN’s elite and circle of friends.
10.The various money-related scandals involving the tax-payers money which most of the rakyat already knew.

So, the only way to say thank you for their wonderful gifts is to kick BN out of Putrajaya by voting for another alternative party or parties before the country goes kaput.

Anonymous said...

Pakatan Rakyat adalah wadah perjuangan rakyat demi meleraikan rantai yang mencengkam rakyat sejak lebih setengah abad lalu dibawah cengkaman umno/bn.

Pakatan rakyat membawa suara rakyat dalam memastikan rakyat Malaysia dapat mengecapi kebahagiaan sebagai rakyat bebas dari segala kezaliman dan penipuan pemerintahan.

JEMPOL said...

Di bawah pentadbiran UMNO/BN, berjuta billion wang rakyat dan harta negara telah terlepas atau sengaja dilepaskan, tergadai atau digadaikan, terjual dan dijual kepada bangsa dan negara asing.

Pemimpin UMNO dan sekutunya telah jelas memperlekeh dan meremehkan segala kepercayaan dan pengharapan yang telah disandarkan oleh rakyat kepada mereka selama ini.

Kepimpinan UMNO/BN sekarang adalah kepimpinan yang rata-rata tidak berwibawa, tiada integriti, tiada moral, tiada keikhlasan.

Sebaliknya UMNO/BN sudah parah dan teruk teramat teruk kerana terpalit dengan rasuah, pecah amanah, salahlaku seks, moral dan berbagai lagi.

Anonymous said...

Dalam merayakan ulang tahunnya, UMNO perlu muhasabah diri tentang isu pecah amanah dalam menjaga harta dan wang rakyat.

Dalam merayakan ulang tahunnya, UMNO perlu mengkaji tentang isu rasuah kehakiman yang mana para pemimpin umno/bn bersekongkol dan terlibat dalam kes ‘rasuah kehakiman’ dalam kes ‘pita lingam'.

Dalam merayakan ulang tahunnya, UMNO perlu peka tentang isu barangan asas rakyat juga yang mana pemimpin umno/bn tidak serius mengatasi bebanan hidup rakyat akibat kenaikan harga keperluan asas seperti petrol, gas, tepong, gula dan lain-lain yang selama ini telah membebankan rakyat.

Anonymous said...

Salam...x kira la kete lama ka baru ka...janji BN/UMNO d tumbangkan...ABU

Gajah Majah said...

Pada hakikatnya, pengundi memilih calon adalah kerana wadah perjuangan yang dibawanya, bukan kerana individu semata-mata.

Terdapat perbezaan yang ketara bila rakyat memilih wadah perjuangan yang memartabatkan hak rakyat daripada memilih kerajaan yang mengamalkan kezaliman dan penindasan terhadap rakyat.

Memilih barisan yang mengamalkan rasuah dari pucuk pimpinan hingga ke akar umbi adalah satu tindakkan yang hina.

Perjuangan rakyat menentang kezaliman adalah suatu pilihan yang mulia. Kita diajar supaya menjadi lebih baik dengan anjakkan paradigma positif, bukan menjadi lebih jahat dengan menyertai penyamun.

Anonymous said...

Saudara AA,

You know what they do to jalopies - they scrap them and consign them to the junkyard.

Red Alfa said...

Saudara Aspan

Kerajaan yang sudahlah tidak berfungsi dan berkhidmat cergas dan efisien untuk kepentingan rakyat dan negara malah melebihi jadi pelaku hanya mengkayakan diri dan mengkekalkan cara-cara korup-mengkorup dan zalim menzalimi patut dibuang tanpa apa-apa sentimen rasa termakan budi atas mana-mana jasa yang diberi dahulu.

Analogi yang tepat adalah kita membuang saja kerajaan ini seperti memberak untuk mendapat keselesaan seterusnya.

Bagi saya, lebih menguntungkan membeli kereta-kereta tua yang harganya telah merosot ke yang terendah dan dipulehkan baik dan diperbaiki terus-menerus seperlunya. Pada saya ini adalah ekonomi cerdik daripada membeli kereta baru dengan harga yang kini mahal gila, dikenakan pula dengan depreciation yang terlampau dicampurkan pembayaran hutang dan harga maintenance yang tinggi dan meningkat setiap tahun.

Semenjak harga-harga kereta di Malaysia tidak lagi mengikut harga pasaran dunia dan membeli kereta impot memang hanya mengkayakan kroni-kroni memegang keistimewaan AP, saya tidak langsung berminat/berkemahuan memiliki kereta baru baik jenis Proton atau Alfa Romeo

Quiet Despair said...

Salam kawan-kawan

People love relics and treasure them. They collect vintage cars and antiques. The older, the better the value.
Look at our parents and grand-parents. Even Tuan Aspan too. They still love their old and worn-out spouses. They feel comfortable with each other.
Same goes for our beloved UMNO. At 66, they are still loveable and serviceable.
Made during the British days. Of good pedigree.
Cannot trust the new cars. Like Milo tin and easily dented when crashed.
Same for new parties.Stalled by the road-side and not built to last.
And with Malaysia's highways, we need strong, well-built cars!

husein panjabi said...

QD, UMNO is vintage. Usually vintage cars are meant for ceremonial occasions and functions only. That's why UMNO is just fit to be in the vehicle ferrying corpse for royalty and also for funeral fuctions of big Chinese tawkays and warlords.

Vintage cars are usually driven once in a while only. That is what UMNO is going to be.

budin cha said...

Quiet Despair,

Bapa saya ada dua kereta vintage. mahal nak maintain. Jadi kami jadikan kereta itu tempat ayam bertelor saja. kalu u nak naik kereta vintage bapa saya tu datanglah ke Temerloh. Tukar batteri awak boleh ambik kereta tu. Ayam saya tu akan saya buatkan reban lain untuk dia nak bertelor.

Anonymous said...

but the problem is the replacement car is rebuilt from scrap car...huhu...

Anonymous said...

dato,


UMNO now celebtating its 66th birthday this year? But why is UMNO BARU celebrating other party 66th birtday?. Shouldnt they be celebrating UMNO BARU 24th birthday this year? UMNO BARU's birthday is not on the same date as UMNO LAMA.

Mengapa dan apa tujuan parti yang tak ada kena mengena menyambut hari lahir parti lain yang dah lama mampos dan dimamposkan oleh pemimpin parti yang nak buat sambutan ini?

Agaknya sambutan hari lahir UMNO lama yang akan dibuat oleh UMNO BARU adalah untuk mengingati kejayaan membunuh UMNO LAMA KOT oleh pengasas UMNO BARU KOT?

ATAU ini satu lagi projek nak menipu orang melayu oleh sebuah parti bumiputra bernama UMNO BARU !!!!....

Bat8

Orang Seremban said...

Tuan Aspan,
Umno sambut hari jadi,habis dari jalan Ampangan ke Bandar Seremban di gantungnya bendera merah putih keris tak bersarung,dia ingat bandar Seremban ni kepala bapak dia punya?MPS no power,buat ngabihkan boreh ajo

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan pengunjung sekalian.

Allahu akbar! "CREATIVE"!!! Teruskan! Justeru, bukankah ini juga bukti, setiap yang selain-Nya adalah fana?

Pada hemat saya, ini merupakan antara keistimewaan artikel saudara, berjaya mempamer wacana dalam pelbagai versi dan kondisi. Ya, memang benar tanpa perlu disangkal; andainya saudara mentamsilkan UBN itu sebagai "kereta buruk", saya pula, sebagai menyokong kenyataan itu, dengan terus-terang, ingin menyatakan jemaah mereka, khasnya UMNO sendiri, ibarat tayar yang dah haus, atau makanan dan minuman yang dah "expired", K? Semoga setelah ini, jemaah alternatif yang kini semakin beroleh kepercayaan, ketika menerima warisan nanti, akan berusaha sedaya mungkin membentuk ketamadunan Malaysia yang baru yang jauh lebih bbbbcemerlang, gemilang lagi terbilang, insha Allah.

Terima kasih.

Anonymous said...

PR kereta utk rakyat..BN keta utk kroni2nya.