18 May 2012

UMNO berslogan, Pakatan Rakyat melaksanakannya

Slogan-slogan politik bercambah-cambah dan slogan-slogan itu bertukar apabila bertukar kepimpinan sehinggakan kita sudah kenyang dengan slogan-slogan itu. Slogan selalunya diperkenalkan oleh seseorang pemimpin itu untuk membezakan ‘brand’ kepimpinan masing-masing. Selalunya ia akan diwar-warkan yang dibawah pimpinannya keadaan itu berbeza dari keadaan yang lazim dialami rakyat dizaman kepimpinan sebelumnya.

Berslogan mula bercambah sejak kepimpinan Mahathir sahaja. Apabila Mahathir mengambil alih, rakyat telah cuba di dakyahkan sebagai zaman yang amat berbeza dengan pimpinan sebelum beliau. Gandingan beliau dengan Musa Hitam digambarkan sebagai pimpinan yang sangat berbeza dengan kepimpinan sebelumnya kerana bermula dari beliau zaman itu bermulalah zaman kepimpinan negara diterajui oleh orang biasa. Maka pimpinan itu telah dipanggil sebagai kepimpinan 2M (Mahathir Musa)

Pimpinan 2M terbengkalai dengan perletakkan jawatan Musa sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Februari 1986. Perletakkan jawatan Musa telah akhirnya membawa kepada pertandingan besar dalam UMNO pada tahun berikutnya 1987 diantara TR/Musa dan Mahathir /Ghaffar.

Apabila Mahathir mula-mula mengambil alih, maka terciptalah slogan ‘Bersih, cekap dan amanah’. Tetapi slogan ini hanya tinggal slogan kerana semasa itu tidak ada yang bersihnya, tidak ada kecekapan dan jauh sekali untuk melihat amanahnya. Zaman ini lah bermulanya rasuah yang begitu hebat dan budaya itu terus  diwarisi oleh kepimpinan Pak Lah dan pimpinan DS Najib sekarang ini.

Dalam masa yang sama tercipta juga slogan  ‘kepimpinan melalui tauladan’ dan inilah satu-satunya slogan yang amat berjaya yang dicipta Dr Mahathir Mohamad. Ini adalah kerana segala budaya rasuah itu telah diteladani oleh semua pemimpin setiap peringkat dalam kerajaan dan parti serta pimpinan-pimpinan yang mewarisi kepimpinan Mahathir sehingga  zaman sekarang ini.

Semua pimpinan UMNO dan BN benar-benar berjaya melaksanakan slogan ini sehinggakan susah untuk mendapatkan kepimpinan yang tidak rasuah. Semuanya ini adalah hasil dari kempen ‘kepimpinan melalui tauladan’ anjuran Mahathir itu. Di adakan pula slogan ‘penerapan nilai-nilai Islam’ dalam pentadbiran dalam masa yang sama tetapi tidak ada addin keislaman di dalamnya kerana kejayaan slogan kepimpinan melalui tauladan tadi.

Kita terus pula kepada slogan dalam pentadbiran Najib iaitu ‘1Malaysia’ yang masih belum difahami oleh rakyat satu Malaysia ini. Yang kita lihat hanyalah pin-pin 1Malaysia yang terlekat di dada dan kolor baju-baju pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai kerajaan sahaja. Yang sedapnya Mahathir sendiri mengaku yang beliau tidak faham tentang slogan ini.

Bagaimana slogan 1Malaysia hendak berjaya sedangkan kepimpinan termasuk Najib yang mencipta slogan itu sendiri bercakap isu rasis apabila bertemu dengan ahli-ahli UMNO. Muhyiddin Yassin pula tidak menyokong slogan ini kerana beliau secara terbuka telah mengakui yang beliau mengambil sikap Melayu dahulu barulah rakyat yang lain.

Walau bagaimana pun rakyat tidak perlu gusar tentang slogan yang tidak terlaksana oleh penciptanya sendiri. Ada pihak lain yang mampu melaksanakan slogan ciptaan pemimpin-pemimpin UMNO itu. Kita tidak payah pergi jauh. Kita tinjau sahaja apa yang dilakukan oleh negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Selangor telah berjaya mempunyai bajet yang seimbang dengan ‘reserve’ hampir RM2 billion. Pulau Pinang telah berjaya untuk menghilangkan budaya rasuah dan telah menunjukkan nilai kesamarataan. Peruntukkan Hal Agama Islam sekarang telah meningkat sehingga RM63 juta sedangkan semasa BN memerintah negeri itu peruntukkan untuk hal ehwal Islam hanyalah RM12 juta sahaja.

Tidak ada kedengaran skandal kewangan sehingga RM12 billion seperti isu PKFZ di Selangor sekarang ini ataupun kedapatan pemimpin negeri itu yang telah membina rumah peribadi sehingga RM20 juta di Shah Alam. Tidak ada lagi kedengaran skandal kehilangan RM500 juta wang Yayasan Selangor.

Kedah dan Kelantan juga mempunyai rekod baik dan tidak kedengaran rasuah yang berbillion ringgit berlaku di negeri-negeri tersebut. Kedah merupakan salah satu negeri yang mendapat kemasukan pelaburan dalam bidang pembuatan yang besar dan negeri itu adalah salah sebuah dari lima negeri teratas berbanding dengan negeri-negeri tadbiran BN.

Pulai Pinang merupakan negeri yang berkedudukan nombor satu dan diikuti oleh Selangor. Sarawak menduduki tempat ketiga dan yang keempat Johor, satu-satunya negeri yang ditadbir BN yang masuk ke dalam kategori lima teratas itu.

Dalam kata-kata lain secara ringkasnya jika slogan ‘Bersih, cekap dan amanah’ adalah laungan BN semasa Dr Mahathir menjadi PM dalam senyap-senyap negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyatlah yang menjayakan slogan itu. Begitu juga slogan ‘1Malaysia’ ciptaan Najib, BN tidak mampu melaksanakannya tetapi yang berjaya melaksanakan konsep 1Malaysia ialah parti-parti dalam PR kerana setiap bangsa bersatu dan tidak ada parti untuk satu-satu kaum sahaja.

Oleh itu kita nampak dengan jelas yang BN hanya pandai berslogan tetapi  PR lah yang mampu melaksanakannya. Kita akui slogan-slogan ciptaan BN itu adalah baik kesemuanya. Hanya mereka tidak mampu melaksanakannya dan ia hanya tinggal retorik kosong BN sahaja.

Maka kita simpulkan sahaja isu ini: BN berslogan PR melaksanakannya. Maka tidak ada lagi masalah perlaksanaan slogan-slogan tersebut apabila Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat semasa pilihanraya yang akan datang ini.

UMNO dan BN boleh membantu mewujudkan slogan-slogan yang baik semasa jadi pembangkang nanti dan berikan tugas kepada Pakatan Rakyat untuk melaksanakannya dengan baik sebagai kerajaan baru yang begitu lama ternanti-nanti saat untuk membetulkan kebobrokan yang dilakukan oleh bekas parti pemerintah, iaitu Barisan Nasional (BN) yang semasa itu sudah duduk dikerusi pembangkang di semua Dewan-Dewan Lagislatif di negara ini.

Apabila perubahan berlaku maka bermula jugalah sistem 2 parti yang sangat penting untuk mendapatkan pimpinan yang mengakui yang kuasa dalam negara demokrasi ini terletak di tangan rakyat. Rakyat tidak payah lagi bersusah payah kerana jika Pakatan Rakyat  tidak melaksanakan tugas seperti yang dijanjikan maka rakya boleh memberikan kembali mandat itu kembali kepada BN.

Tetapi yang penting sekali kita mesti bermula untuk menunjukkan kepada kepimpinan yang bongkak dengan kuasa itu bahawa rakyat, jika diizin Tuhan, merupakan penentu kepada nasib mereka yang berkuasa. Rakyat boleh menggali dan menganjak kepimpinan negara, kerana negara ini sebenarnya adalah kepunyaan rakyat.

Hanya sebelum ini rakyat belum lagi sedar yang kuasa itu adalah kuasa mereka. Baru sekarang mereka (rakyat) sedar yang mereka lah yang mesti bertindak untuk melakukan usaha memperbetulkan keadaan negara kita ini.

Lagi pun BN sudah terlalu lama memerintah, iaitu selama 55 tahun. Kita mesti ingat jika pokok kelapa itu sudah berumur 55 tahun ia terlalu tinggi dan beruk pun takut untuk memanjatnya. Jika ditebang pokok kelapa yang berumur 55 tahun, umbutnya pun sudah keras dan tidak sedap lagi untuk digulai.

27 comments:

Anonymous said...

Salam AA dan bloggers,

PM dan kuncu2 menjelajah keseluruh negara meminta rakyat berterima kasih pada BN dan mengenang jasa2 BN dan mengundi BN pada PRU13 nanti.

Sepatutnya pemimpinlah yg patut berterima kasih pada rakyat yang memilih mereka bukan sebaliknya.

Rakyat disogok dengan projek2 dan peruntukan segera sebagai gula2 seolah2 duit itu datangnya dari parti UMNO/BN.

Walhal ianya duit cukai pendapatan tak kira dari parti apa sekali pun.

Maka merayu2 lah pemimpin korup ini keseluruh negara menunjukkan hipokrasi @ munafik.

Ikan membusuk dari kepala.

Kita buang Najib dengan menghantarnya ke Perancis untuk menjawab rasuah kapal selam dan pembunuhan Altantuya!

Cuma satu cara.

Tumbangkan UMNO/BN PRU13 nanti.

Surrogate

Anonymous said...

Rasa tidak sabar lagi menunggu PRU13. Sudah letih dengan pemerintahan BN skg. Seronok mendengar negeri2 dibawah pembakang telah berjaya dan bertambah maju. Rakyat hidup lebih selesa. Syabar PR.

Anonymous said...

Sauadara AA dan bloggers

Marilah kita bangkit warga Malaysia untuk membina sebuah negara yang bangga dan dapat bersaing dengan negara-negara lain di serantau dunia. Hapuskan gejala rasuah yang diibaratkan sebagai dadah masyarakat. Pilihlah kebenaran.

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan,

Bersih cekap amanah! Sapu bersih. Cekap menguruskan penipuan. Baru nampak amanah.

Satu Malaysia - kena tipu.

Cukuplah. Tukar lah kerajaan ini. Dah penat, hari-hari merungut dah.

Quiet Despair said...

Lagi tua dan lama, lagilah disanjung, disukai dan disayangi. Examples wives, parents, perfumes, wines and songs.
Lagi tua, lagi ganteng. Tengoklah you and Sakmongkol. Tak macam chichos like me or Zairil.
Apatah lagi parti yang memang ada brand and experience. Makin lama, makin dipercayai. Tried and tested.
Takkanlah we want to put our trust on a nothing party with a king of nothing leader.
Slogan pun tak de. What is Pakatan's slogan? Takkanlah nak pakai slogan UMNO seperti yang you cakap. Adakah slogan Pakatan: "Asalkan Anwar dapat"?
Apa macam dengan orang vintage over 55 dalam parti Tuan like si anu, LKS, Karpal, Tok Guru, Ustaz Hadi, Mat Sabu etc.
Nak letak dema kat mana? Tak kan nak buang. Tak baik kan.
And what about you and Sakmongkol who's embarking on a new political adventure after 55?
Old means gold. We will still mine for it.

Anonymous said...

Harap slogan jer gempar tapi hasilnya hampeh! Sampai bila UMNO BN nak hidup dengan slogan auta depa tu?

Jangan haraplah slogan depa tu jadi kenyataan kalau geng lucah tayang bontot dan punggong tu pun depa boleh restu.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu alias Presiden Geng Tayang Bontot tu mengaku depa tu veteran dan kira dah tua bangka laa tu. Tapi perangai mengalahkan budak tadika syndrom down. Dah tua bangka tunjukkan perangai dewasa dan tua. Ada ka patut dia marah KJ yang menegur perbuatan dia dan penyokong dia tu. Jauh baik KJ dri puak puak bontot ni.

Malanglah anak anak dia yang dapat sorang bapak Presiden Geng Bontot. Duit tayang bontot laa yang dia nak kasi makan anak bini. Uhuk uhuk uhuk! Apalah malang nya kau bontot bontot oii!

Lupa pulak aku. Sejak event senaman bontot tu, aku tengok muka presiden tu pun dah bertukar hampir serupa bontot. Tunggu sebulan dua lagi..pasti susah nak bezakan antara bontot dan muka dia.

Anonymous said...

betul lah tu saya sokong sangat

"UMNO berslogan, Pakatan Rakyat melaksanakannya"

UMNO dok sibuk kena tuduh, pakatan haram rakyat laksanakan,

contohnya pakatan haram rakyat cerita pasal rasuahlah, teluslah, jujurlah, last sendiri bagi rasuah,

Red Alfa said...

Salam Saudara Aspan

Majoriti keluarga saya termasuk yang terdekat adalah penyokong UMNO tegar; mereka adalah termasuk kalangan pegawai atasan Polis, Kehakiman dan Kerajaan, kontraktor-kontraktor kelas F, pegawai GLC, kesemuanya baik secara terang-terang atau dengan tidak terkata menganggap orang Melayu termasuk sesaudara macam saya adalah "Haram Jadah" kalau tak memberi sokongan/ mengundi UMNO/BN.

Bagi mereka UMNO/BN tak lain macam parti komunis dimana ahli-ahli politburonya dijaga walaupun tidaklah setakat ditatang seperti mereka yang bertaraf kroni tetapi adalah bagi mereka ini merasa mencukupi terbela dan kini mereka ini akan memberi ketaatan dimana mereka sedia, sanggup dan mampu seperti seketika dulu telah/pernah membakar/ menghilangkan dokumen-dokumen rahsia demi untuk melepaskan pemimpin tertentu dari dikenakan tindakan undang-undang.

Saya telah kerap dibayangkan bahwa penyokong UMNO tegar seperti saudara saya ini bukan setakat pencacai-pencacai seperti QD atau dsbnya tetapi mereka ini bermotivasi untuk berusaha dengan cara-cara yang lebih sinister.

Saya percaya walaupun/sekiranya UMNO dapat dikalahkan pada PRU 13, selain dari Pelan B ada disini Pelan C yang akan diusahakan dengan penuh bermotivasi oleh penyokong tegar UMNO macam ini.

Anonymous said...

look at the quality of the responses here and on Sak's blog. Then, go ahead and read the drivel on www.papagomo.com

matpenang said...

Pak aspan,

Saya baru balik umrah. Dalam penerbangan balik saya lihat ramai sekali jemaah dari peneroka. Setelah saya risik2, katanya ada pegawai dtg buat tawaran nak pergi umrah atau melancung semua di tanggung! Quite Desperate

Anonymous said...

0AA,

Saya perhatikan penyokong Umno terlial-kial dan tidak dapat menjawab perbahasan dengan beretika. Marah-marah dengan tuan tetapi tidak ada arguments yang munasabah. Akhirnya maki hamun semua orang....malu betul.

Ahli Umno seremban (penyokong Aspan Alias)

Anonymous said...

Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan agar Selangor tidak turut serta dalam Pilihan Raya Umumke-13 (PRU13) serentak bersama Kerajaan Pusat jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersihkan senarai daftar pemilih yang dipertikaikan pembangkang.

Anonymous said...

Pilihan raya Selangor hanya
selepas daftar pemilih bersih

http://www.selangorku.com/wp-content/uploads/2012/05/Selangorkini-Mei-4-2012.pdf

Anonymous said...

Dalih menteri, bertentangan akta industri air

http://www.selangorku.com/wp-content/uploads/2012/05/Selangorkini-Mei-4-2012.pdf

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan,

Saya cadangkan PR buat kempen bongkar kemewahan pemimpin UMNO/BN. Biar rakyat tahu yg mereka ni sebenarnya manis di mulut saja. Mereka sebenarnya lanun negara. Saya rasa ramai yg akan beri kerjasama. Ramai dah meluat dgn UMNO/BN ni. Tunjukkan bagaimana mereka menipu kita selama ni. Tunjukkan rumah, kereta, harta benda, syarikat yg dicontrol oleh ahli keluarga, etc. Kita hebohkan keseluruh negara. mungkin kempen seumpama BERSIH... Juga bongkarkan kemewahan balaci2 UMNO dlm kerajaaan...

Rahim DoHa

Zaidi said...

QD,
Blog sendiri tak laku..tumpang blog AA. Aiyaa...susah kedai tak laku...curi jual kat kedai orang. Ptuih!

Quiet Despair said...

Heehee Zaidi

Saya dah lama tutup blog. Blog itu to introduce myself to Malaysians after I came back here for good from The States.
Sekarang saya ada FB and tweeter saja.
Kasi canlah kat I bro. Tengok ramai kat sini asyik kutuk saya. I mean no harm lah, my brothers.
I pun cuma pergi 3 or 4 blogs je. Tak pernahpun pergi blog Papagomo or whatever blogs which I think is overly vulgar.
Sayapun baru tau ada orang kampung saya nama WZWH. Itupun kerana Sak wrote about him.

Anonymous said...

Quiet Despair


"Lagi tua dan lama, lagilah disanjung, disukai dan disayangi. Examples wives, parents, perfumes, wines and songs."

Saya sokong UMNO kalau keadaan tua dan lama kewujudannya macam bangunan tua dan lama Central Market di Kuala Lumpur yang telah dilakukan kerja2 konservasi atau pemuliharaan terhadapnya pada 1986 untuk dijadikan Bangunan Pasar Seni yang bertukar fungsinya daripada menjual ikan, ayam, sayur, dsb kepada menjual barangan seni atau kraf seperti seadanya itu.

Tapi tak sokong kalau UMNO yang tua dan lama itu tidak dilakukan kerja2 konservasi atau pemuliharaan terhadapnya seperti yang dilakukan terhadap bangunan Central Market di atas, mahupun membina UMNO Baru sebagai replika seperi seadanya sekarang dengan merobohkan UMNO Lama.
...SAJI

Anonymous said...

Skandal Taib Mahmud, Musa Aman Mula Di Bongkar Di Parlimen Switzerland

http://addin77.blogspot.com/2012/05/skandal-taib-mahmud-musa-aman-mula-di_18.html

Zaidi said...

QD,
Kalau mahu "jual" barang, cari kedai lain. Ini kelab "Manchester United"...jadi faham-faham ajelah. Tak kisahlah kalau tak setuju tapi carilah kedai lain OK? ...tapi nampak macam QD nak join kami aje tapi segan kut? he he Pak Aspan kasi can dekat QD sebab dia baru nak belajar lawan UMNO...

pakwe tiz zaqyah said...

pak aspan kalau ada yg tk kena ngn DAP rasa2 nk keluar DAP tk?

apanama pun boleh said...

QD oi QD,
Yg dimadsudkan oleh penulis ialah sebuah parti yg dah tua,bukannya individu2.Kalau nak bandingkan individu2 tua ramai lagi kat UMNO macam Dr M yg dah nak nyanyuk tapi masih lagi gila kuasa.Lagi panjang komen awak lagi dalam kebodohan kamu.Ntah2 sijil kamu sijil beli kot atau pun sijil cap Ayam..hahaha

Anonymous said...

Its not gona happen. This elections, BN will still take it strong, maybe even 2/3 again. Why?

Back at my kampung, they all still read and believe utusan 100%. New media has not penetrated enough in the rural sabah, sarawak and peninsula.

Im sorry guys. Its over. GE13 is a foregone conclusion. Unless major strategies changes are made.

brian said...

Nature will take its place AA. PR is going to win. That's it.

Anonymous said...

Have you all realised that the value of 1 vote from the kampung is equivalent to 25 votes from the urban area?

Anonymous said...

Rakyat sangat mudah diperbodohkan. Hanya dengan mendapat sokongan rakyat sebanyak 40%, BN sudah boleh menerajui negara.

Dengan hanya sokongan 55%, BN sudah memperolehi 2/3 kuasa dalam parlimen.

Anonymous said...

Pemimpin Umno mengamuk dan isytihar keluar parti

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=qTi9tEqUIPQ