23 April 2013

All the best to you Jenice Lee

Saya tertarik dengan isu Jenice Lee, bekas ADUN Teratai, Ampang yang telah bertindak dengan berani dengan meletakkan dirinya sebagai calon bebas di kawasan DUN tersebut. Saya pernah bersama dalam satu dua majlis ceramah umum DAP dan saya agak terkejut apabila nama beliau tidak tersenarai dalam calon DAP. Seorang wanita yang masih muda, bertenaga ini merupakan seorang yang begitu popular di kawasannya. Saya tahu hal ini kerana Jenice adalah salah seorang pimpinan yang saya hormati walaupun masih berusia 30 tahun.

Tujuan saya memberikan komen ini bukan untuk menyebelahi beliau tetapi saya menulis isu ini secara khusus kerana apa yang berlaku dan dilakukan terhadap beliau oleh ahli dan pimpinan parti itu banyak yang tidak betul. Walaupun saya hanya berjumpa sekali dua dalam majlis ceramah Pakatan Rakyat tetapi sebagai seorang yang sudah berumur, saya tahu dan yakin penyingkiran beliau dari senarai calon parti kali ini adalah tidak kena, membuktikan ‘gutter politics’ juga berlaku sesama sendiri dalam DAP.

Kenapa saya menyebut isu ini? Kepada yang tidak senang dengan Lee, musuh politik dalam partinya telah menggunakan isu peribadi terhadap beliau. Isu yang kononnya beliau terlibat dengan masalah duit serta beliau mempunyai ‘affair’ dengan ramai lelaki dan sebagainya itu adalah permainan politik yang sangat kotor. Jika isu ini berlaku di dalam DAP itu sendiri apakah elemen yang boleh menyangkutkan perasaan orang ramai terhadap parti itu?

Kepada Jenice, beliau tidak perlu peduli dengan isu peribadi yang dilemparkan terhadapnya. Saya sendiri sedikit sebanyak diisukan dengan sedikit isu peribadi. Diperbesarkan sebiji busut kecil menjadi sebuah gunung dan ini adalah biasa dalam politik yang dilakukan oleh pihak dan individu yang lemah pemikiran. Itu sebab saya tidak terlibat melobi dan mendesak untuk menjadi calon dan sejak lebih dari setahun yang lalu saya tidak pernah berjumpa dengan pimpinan DAP.

Ada sekali saya terjumpa pemimpin besar DAP di lapangan terbang tetapi beliau hanya bersalam dengan saya sambil berjalan tanpa berhenti walaupun sesaat sedangkan saya baru sahaja turun daripada pesawat dari berceramah untuk meyakinkan orang Melayu yang DAP itu tidak parti perkauman. Saya tidak mengambil hati dengan sikap pemimpin besar itu kerana saya menjaga jiwa saya supaya jujur tanpa mengharapkan penghargaan dari parti itu.

Sikap kurang etika itu tidak dapat dibetulkan serta-merta kerana itu telah ‘entrenched’ di dalam diri beliau, mungkin kerana cara didikan keluarga yang beliau terima kurang sempurna. Tidak ada siapa yang boleh memperbaikinya kerana ia sudah menjadi darah dagingnya. Walau bagaimana pun saya tetap memberikan hormat kepada beliau kerana saya sentiasa terdidik untuk menghormati orang yang lebih tua daripada saya. Saya pun sudah berumur juga, maka saya tidak ada ketakutan untuk bercakap yang benar. I speak with my heart.

Bagi saya yang terpenting ialah tanggungjawab saya untuk meyakinkan orang Melayu yang DAP itu bukan parti perkauman. Tetapi apabila terjadi apa yang kita lihat pada hari ini, tentulah saya malu sedikit kerana saya seolah-olah telah membohongi orang Melayu secara terbuka. Jika ada seorang dua di setiap negeri muka-muka Melayu dalam senarai calon itu tentulah orang ramai tidak akan mempersoalkannya. Secara peribadi saya amat membenci sikap rasis samada di kalangan orang Melayu, Cina atau India atau mana-mana kaum sekali pun. Tidak ada siapa yang boleh secara moralnya mengenepikan sesiapa di dalam negara kita ini. Negara ini adalah kepunyaan semua kaum.

Isu peribadi yang ada dimainkan oleh sesetengah pimpinan itu tidak menjadi kudis pada saya kerana saya berada di atas sikap berebut-rebut ini. I must say that I am above that. Berebutlah kamu sekuat mana...Saya tidak mahu berlumba dan berebut kerana saya bukan berada dalam’ league’ yang itu.

Hanya yang saya berasa sedikit ialah saya tidak dapat membuktikan yang DAP itu bukan parti Cina oleh kerana DAP sendiri yang menunjukkannya. Bagaimana saya hendak menutupinya? Saya tidak dapat melindungi sikap sesetengah pimpinan DAP yang terlalu ghairah kerana mereka sudah begitu yakin yang ‘power is just a door knock away’. Saya khuatir jika DAP sudah ‘mencurahkan air dalam tempayan hanya kerana mendengar guruh di langit atau sedang gila mengira buah kerayong’.

Kepada Jenice Lee, saya tahu anda sangat kasih kepada DAP, tetapi parti itu tidak menghargai anda kerana politik ‘gutter’ yang dilakukan terhadap anda. Tetapi yang penting bagi Jenice lakukan sekarang ialah untuk berusaha untuk memastikan ‘purity of your  mind’ anda terjaga. Biar apa pun yang orang lain dan musuh anda kata, anda perlu berdiam diri sahaja. Bezakan diri anda dengan mereka itu.

Ingat Jenice, pemikiran dan jiwa yang bersih tidak akan dapat ditewaskan oleh mereka yang berjiwa kotor dan pemikiran yang ternoda. Ingat itu. Niat anda untuk menjadi ahli legislatif yang ‘Pakatan Friendly’ jika dipilih rakyat itu, menunjukkan anda secara relatifnya berjiwa besar dan mengkagumkan saya secara peribadi. Saya mendengar ramai yang mengagumi anda juga.

Jenice, all my prayer for you Jen..

37 comments:

Anonymous said...

Sounds like a broken hearted. do you?

still, I admire your writing. keep it up.

ABCD.

Anonymous said...

Salam pak aspan...
Tak pa la dia tak nak calonkan Nelayu bertanding PRU 13 ni... tak jadi kudis pun.Orang dia sendiri pun kena 'pangkah'. DAP bukan rasis ler sebab semua yg dia tak suka kena tendang-melayu cina india he he he... tapi ini SIKAP SEGELINTIR MAKHLUQ PEROSAK YANG ADA DALAM DAP... !!! Tak boleh tengok orang lain lebih!!! Apa pun saya undi PR. ini kalilah. ABU.ABCD

Anonymous said...

Salam Pak,

DI DUN KUANG N13 PUN SAMO. YANG BEKERJA BERTAHUN-TAHUN, BERPANAS, BERHUJAN, BERBANJIR, KELUAR DUIT POKET SENDIRI AKHIRNYA DI KETEPIKAN. TUP-TUP DITERBANGKAN CALON PAYUNG TERJUN YANG TIDAK DIKENALI PENGUNDI.

BILA DISELIDIKI CALON YANG DITERJUNKAN INI ADALAH PA MB SELANGOR. RUPANYA DALAM PKR JUGA 'GUTTER' POLITIK INI SUDAH MULA BERCAMBAH DGN PANTAS.

SEPERTI UMNNO JUGA PAK, AMALAN BODEK, CIUM TANGAN, PEGANG TANGAN, BERLAGA PIPI PAK SYEIKH AKAN MENJADI PILIHAN UTAMA UTK TERSENARAI MENJADI CALON. YANG BEKERJA BERTUNGKUS LUMUS, YANG TAK PANDAI BODEK, TAK CIUM TANGAN, TAK BERLAGA PIPI AKAN DIKETEPIKAN. ITULAH KPI YG DI GUNAKAN DALAM PKR SEKARANG INI. HANTARLAH SURAT RAYUAN DGN BERTANDA TANGAN SEKALIPUN AKAN DIBAKULSAMPAHKAN.

SEKARANG, JENTERA SUDAH 'DOWN' JENTERA BERPECAH. DULU AMAN SEKARANG ADA DUA TIGA KEPARAT NAMPAK DUIT MUNCUL TIBA-TIBA JADI JAGUH PRU13 INI. INILAH JENTERA YG CALON GUNAKAN SEKARANG.

PENYAKIT BERJANGKIT UMNO SUDAH MULA MERESAP DALAM PKR DGN PANTAS. JIKA DULU, UMNO SAYA JANGKAN AKAN REPUT DALAM MASA EMPAT PENGGAL IAITU SEHINGGA PRU13 INI MAKA PKR JIKA TIDAK DIUBATI AKAN REPUT DALAM MASA DUA PENGGAL INI.

MOHD ZUKI

Anonymous said...

If jenice is good she will get the votes away from the DAP candidate and teach DAP a lesson She might win and then she can remain independent or join MCA
That's politics If you feel DAP is becoming arrogant then you should let the leaders know I think they respect your views Or else it s not nice to keep on criticizing DAP openly and make umno bloggers happy Even pirates of putra jaya saying No way they will not vote dap and quoted you in one of their articles
Every vote counts at this stage

Kamarulzaman said...

Saudara Aspan,

Sikap saudara yang berlapang dada dan menyokong Janice Lee amat saya sanjungi. Sesungguhnya tiada tempat di Malaysia ini untuk mereka yang mengamalkan politik perkauman. Sebenarnya dalam Pakatan Rakyat pun ada mereka yang bersikap perkauman; cuma oleh sebab dah hampir ke pintu kekuasaan, sikap itu dipendamkan sahaja. Nak mengubah paradigma mereka yang rasis ni bukannya mudah. Kalau sejak kecil lagi mereka dah terpengaruh dengan dakyah dan prejudis, amat sukar sekali untuk mengubahnya. Teruskan perjuangan saudara untuk mengubah paradigma ini. Semoga satu hari nanti kita akan lihat parti DAP benar-benar mewakili semua kaum dan tidak tertumpu kepada kaum Cina semata-mata.

Anonymous said...

Salam tuan.

Saya hanya pemerhati politik dan tidak pernah memberi apa-apa komen politk dalam mana-mana blog.

Untuk artikel ini, saya sangat setuju dgn tuan tentang Jenice Lee.

Untuk Jenice, all the best to u!

Anonymous said...

jenice ni cun...

Tukang Kayu said...

Inilah real politik. Namun, saya bulatkan tekad untuk undurkan BN terlebih dahulu.

FKM MOSES said...

moses kata: pak aspan sedih saya bawa artikel pak aspan kali ne. tapi saya tabik spring kerana kejujuran pak aspan. pd saudari janice tahniah n selamat berjuang, tak dpt saya pangkah saudari kerana saya dikaw lain. gombak n ulu klang. ABU n ABC 1 undi 4pkr

Anonymous said...

Salam,

Saya hargai Tuan Aspan yang senantiasa sikap terbuka. Kami tidak lupa itu.

Dalam perjuangan sudah tentu sedikit kesilapan, kealpaan dll. Tapi kita harap pimpinan PR kena berhati-hati, kerana sedikit kesilapan mudah akan menyebabkan perjuangan macam Bersih 1,2 & 3, harapan RAKYAT keseluruhan yang inginkan landskap politik yang baru akan tinggal kenangan sahaja.

Lihat kes 7 kerusi yang bertindih, dalam zaman IT, Facebook, Tweeter pun masih ada kesilapan mudah sebegini yang tak sepatutnya berlaku.

Yang penting "komunikasi" antara pimpinan dan akar umbi semua pihak mesti senantiasa hidup.

CYL said...

Salam Pak AA,
Sama seperti Pak AA, saya pun terkejut dengan pencaturan DAP Kali ini. Sebagai pengundi Teratai, ini membimbangkan saya yang mengharapkan Pakatan boleh terus menerajui Selangor tercinta ini. Nanum begitu, sekiranya Jenice turut bertanding, pihak yang menang adalah BN. If she really want DAP to win this seat, she can help DAP candidate from behind. Becoming an ADUN is not the only path to serve the PEOPLE....

Anonymous said...

sebenarnya DAP tidak memerlukan undi melayu, undi kaum cina pun tak habis makan ...

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Saya bersetuju dengan pandangan tuan tersebut dan inilah perkara yang ditakutkan berlaku dalam parti itu. Saya ada komen terhadap perkara ini melalui tulisan saya dalam blog saya sejurus setelah pengumuman pemilihan CEC yang lepas yang mana majoriti calon Melayu telah tertewas. Harapan saya untuk melihat DAP yang lebih multiracial tidak kesampaian... Walau apapun diminta tuan sebagai seorang ahli DAP yang berumur walaupun hanya beberapa tahun menjadi ahli,supaya dapat memberikan pandangan ikhlas tuan ini kepada kepimpinan besar DAP itu supaya parti itu tidak dilihat chauvinis yang tidak memberi tempat kepada orang lain... walaupun mereka mendasrkan tindakan mereka kepada prinsip demokrasi dan meritokrasi tetapi seharusnya mengimbanginya dengan suasana sekitar negara ini... supaya negara ini benar-benar harmoni dengan semua rakyat hidup dalam saling memahami...

giorgio said...

Saudara Dato Aspan,

Dalam beberapa comment lalu, saya pernah berkata kalau la negara ni menjadi negara Islam seperti apa yang di mogokkan oleh MCA, jadi la..saya lebih gemar dan senang melihat Nik Aziz menjadi sebagai ketua negara, seperti Mathama Gandhi, soal DAP, belum dapat kuasa da pun gila kuasa, saya lebih menghormati Pemimpin PAS, Melaka SIM T H dipecat disebabkan pemimpin tertinggi DAP menghantar orangnya ke DUN yang pasti menang, sedangkan orang yang memberi perkhidmatan tempat tu tidak dapat di calonkan, banyak antara orang cina amat syangkan DAP seperti Melayu terhadap UMNO, tengok apa sudah jadi, banyak diantara cina di bahagian tersebut tidak mengundi LOGO tapi mengundi candidate...Salam Pak Aspan

SL Chan said...

Salam Sir,

This first time i write comment in your blog. It seem you are quiet dishearted. I do respect you and what you wrote...Anyway keep up the way you approach to many issues..I think you are on the right track to voice out any constructive criticism be it to PR or BN(Hopeless for the time being)..

SL Chan said...

Salam again,

We need people like you to bring changes within DAP...time will come..

BCTan said...

Pak Aspan,

Salute. You say what needs to be said. And I respect you for that. I hope DAP leaders and ardent supporters take note. And if you are right about Ms Jenice Lee, (and to her too)...this I will say: the truth will prevail and she will be vindicated. And those sitting up there will eat crow, if they have the humility to admit it.
To be fair to the disciplinary committee, they did give an extension. They tried to be fair and gave Jenice a way out...

Anonymous said...

Saudara Aspan,

Pada pandangan saya, saudara menyokong tindakan Jenice Lee melanggar peratuan parti DAP yang tidak membenarkan ahlinya bertanding atas tiket bebas.

Tapi bagi saya yang bukan ahli DAP pula menyokong pimpinan parti DAP melucutkan keahlian Jenice Lee kerana beliau bersikap biadap kerana tidak menghiraukan amaran tarik diri yang telah diberikan keatasnya.

Dalam dunia politik, kita akan memperalatkan seseorang atau diperalatkan oleh pihak tertentu.... dan ianya akan bergerak beriringan sehingga tiba pada satu tahap ia akan ditingggalkan seperti sampah dalam longkang.

Sebagai contoh.... Pernahkah kita terfikir tentang Hee Yit Foong yang dikenali sebagai ahli politik Wanita DAP yang pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, telah menukar fikirannya untuk keluar parti DAP dan menyokong kepimpinan parti Barisan Nasional..?

Pada mata kasar, kita lihat Jenice Lee memang rajin bekerja untuk masyarakat setempat. Tapi pernahkah kita faham apa ancaman dan masaalah yang beliau hadapi selaku ahli politik ?

Disebabkan Jenice Lee masih muda maka banyak mata yang sentiasa memfokas dan mencurigai setiap gerak gerinya walau dimana beliau berada. Dan hasilnya pihak kepimpinan mengambil keputusan menangguhkan dulu dari menampilkan Jenice sebagai calon dalam pilihanraya umum ke 13.

Jika Jenice ikhlas untuk berkhidmat untuk masyarakat melalui parti DAP, dia perlu bersabar... semestinya dia menarik diri kerana patuh diatas amaran yang diberikan keatasnya.

Tapi yang jelas, Jenice Lee bertindak menongkah arus.... alasannya dia selalu bersama pengundi dan pengundi menyukai beliau ?

Jikalau saudara adalah salah seorang dari pemimpin tertinggi parti DAP apakah tindakan saudara akan memberi sokongan pada Jenice bertanding sebagai calon bebas melawan ahli parti sendiri.

...atau melantik beliau sebagai calon DAP dan apabila beliau menang ada kemungknan jawatan yang diperolehinya itu akan dilelong kepada mana-mana parti yang memerlukan seperti yang dilakukan oleh Hee Yit Foong ?



T Hong said...


No one can conceal the truth or fallacies

hong

Anonymous said...



Aspan Alias... saya sangat menghargai semua pandangan saudara sejak berjumpa dengan blog saudara. You are upright in all your thoughts.

Anonymous said...

Saudara Aspian,
Saya amat bersetuju dengan pendapat saudara di sini. Bagi pendapat saya, didalam semua parti politik memang ujudnya bermacam macam pergolakan yang tidak di ingini dan seperti kes Jenice ini tidak di kecualikan. Tapi, ini bukanlah masanya untuk mengheboh hebohkan perkara sebegini, lebih2 lagi kes2 bersifat negatif yang boleh memecah belaikan semangat bersatu padu. Yang penting, matalamat utama parti gabungan itu mestilah diselenggarakan terlebih dahulu dan perkara2 kecil tertimbul disetiap parti itu boleh diperelokan dan diubah apabila matalamat utama telah tercapai. Dengan itu, di PRU 13 ini persefahaman dan bersepakatan didalam Pakatan Rakyat amatlah mustahak sekali bagi tujuan menghapuskan UMNO/BN. Apabila hasrat ini tercapai maka barulah masanya kita berikhtiar untuk mengatasi dan menyempurnakan perkara2 yang tidak disenangi dan tidak disetujui oleh ahli2 dan penyokong2 setiap individu parti berkenaan. Insyallah, ini semua akan dapat dibereskan dengan usaha dan dengan penuh sabar.
Demikian dengan SALAM.

Anonymous said...


Tuan Aspan,

Saya sangat terkesan dengan beberapa dari statement anda:

These statements below show that you are not just a true Malay gentlemen but a prince among men. Berhati mulia dan nurani yang jernih. Salam, Naresh


Saya tidak mengambil hati dengan sikap pemimpin besar itu kerana saya menjaga jiwa saya supaya jujur tanpa mengharapkan penghargaan dari parti itu.

Sikap kurang etika itu tidak dapat dibetulkan serta-merta kerana itu telah ‘entrenched’ di dalam diri beliau, mungkin kerana cara didikan keluarga yang beliau terima kurang sempurna. Tidak ada siapa yang boleh memperbaikinya kerana ia sudah menjadi darah dagingnya. Walau bagaimana pun saya tetap memberikan hormat kepada beliau kerana saya sentiasa terdidik untuk menghormati orang yang lebih tua daripada saya. Saya pun sudah berumur juga, maka saya tidak ada ketakutan untuk bercakap yang benar. I speak with my heart.

Tidak ada siapa yang boleh secara moralnya mengenepikan sesiapa di dalam negara kita ini. Negara ini adalah kepunyaan semua kaum.

Tetapi yang penting bagi Jenice lakukan sekarang ialah untuk berusaha untuk memastikan ‘purity of your mind’ anda terjaga

Anonymous said...

Bagus tuan AA mula membuat teguran keatas pimpinan2 PR spt yg dilakukan oleh MSO dlm blognya.. Kita rakyat adalah pemantau tindak tanduk pemimpin2.. Ini lah politik pemikiran baru.. Syabas

Zainal

bumi-non-malay said...

ABU is OK. DAP pun ada beberapa tin kosong. Lepas ABU. Kita ABUKAN Tin Kosong DAP dan mereka yang celaka....Tak payah bagi UMNO-BN anymore tips!!

Unknown said...

Parti Melayu utama adalah PAS dan kedua PKR... DAP memang mengambil orang Melayu supaya prejudis dikurangkan dan kedua dapat memahami kehendak orang Melayu.

So jangan harapkan DAP ambil banyak orang Melayu sebagai calon... DAP mengatasi semua parti BN kecuali UMNO dalam mencalonkan orang Melayu...

DAP tiada skandal yang ketara berbanding dgn BN, begitu juga dengan PAS dan PKR...

Jangan lupa matlamat kita adalah ABU.....

Kalau tidak habis bangkrap negara ni....

Unknown said...

Parti Melayu utama adalah PAS dan kedua PKR... DAP memang mengambil orang Melayu supaya prejudis dikurangkan dan kedua dapat memahami kehendak orang Melayu.

So jangan harapkan DAP ambil banyak orang Melayu sebagai calon... DAP mengatasi semua parti BN kecuali UMNO dalam mencalonkan orang Melayu...

DAP tiada skandal yang ketara berbanding dgn BN, begitu juga dengan PAS dan PKR...

Jangan lupa matlamat kita adalah ABU.....

Kalau tidak habis bangkrap negara ni....

Anonymous said...

Siapa kata DAP mengamalkan meritokrasi ... tengoklah calon-calon mereka, ada yang tak sekolah pun

Hwe Chin said...

Sir Aspan Alias,

I want to commend you for being a true gentlemen and your continuous support to the DAP aspiration despite the treatment you received from the higher powers of the party.
I truly believe in the DAP aspiration of a just, democratic and equal Malaysia.
But I’ve also witnessed cronyism and racism within the party which we must all reject as it contradicts with the party’s aspiration.

Please continue with your fight sir, you have 100% support from my family and I.

Hwe Chin
DAP supporter.

Anonymous said...

As an experienced politician you should know that a political party will not drop any dynamic law maker from defending his/her seat without a good reason.
Jenice has a problem. Cronyism. Tan Kok Wai has already given the reason. So its not fair to the DAP to mnake insinuation even before you have check out the reason.
In any case, as a senior you should know about discipline.
If she has been fielded, BN would have gone to town with this scandal.
I hope you will publish my comment.

Anonymous said...

Salam AA.
Saya juga bersetuju dengan pandangan tuan, tapi kita kena paham semua parti ,baik BN maupun PR. Ada masalah. Whatever,balik kepada asas perjuangan kita.Peranan dan komitmen dalam menjayakan sesuatu perjuangan tidak semestinya berlaku bila menjadi YB. Yang penting kebersihan hati dalam meletakkan nawaitu.Munkin tindakan Janice betul tapi belum tentu benar dalam membantu hasrat rakyat yang inginkan perubahan. Carilah persamaan bukan dengan terus melebarkan perbedaan demi kemenangan rakyat dan negara tercinta. I love my country more than i love Janice Lee.

Anonymous said...


Past experience had shown, one should not trust politicians....most are in it for self interest.

As long as the ordinary people are not educated of their rights, these people in position of power, trust and influence will LORD over them like servant/cooli/slave.

Before we were servant/cooli/slave to the Penjajah, now we are servant/cooli/slave to former servant/cooli/slave.

The ordinary people must know they are the TUAN/BOSS.

Anonymous said...

To: Anonymous 24 April 2013 11:42:00 GMT+08:00,

Saudara,
Tolong janganlah komen dengan tidak memakai otak dan cakap je ikut perasaan. Calon mana DAP yang tak bersekolah? Mampukah MP menjalankan tugas nya jikalau tidak bersekolah langsung? Sebagai MP perlu tahu membaca dan menulis. Macam kau yang berotak lemah selut pun tahu membaca dan menulis masakan lagi sebagai MP. Tolong bercakap dengan waras dan berbukti, saudara. Terima Kasih.

Anonymous said...

Superb Encik Aspan, semoga banyak lagi ahli ahli DAP seperti Encik Aspan yang berani memberi teguran yang benar dan telus.

JC

burn said...

walaupun, si janice have done her job well, still, she need to look at the bigger picture. what she is doing now, is more for selfish reason. it is all about oneself, but how about the whole malaysians that wanna have a change. she should put her pride aside and think of all malaysians first! di lantik atau tidak, does it matter? ppl around her area will still recognized her for a long time on her contribution. am sure, she will be up again when time is right. right now, she have to accept the fact that she is out in this comin "ge", and should follow the party flow rather than going against it. there is a saying, "there's a harsh reality - nothing lasts forever. you've to be ready to grow, and grow fast."

AverageMalaysian said...

Dear Aspan,

Please do not be disheartened. DAP is and will be only as good as the supporters and members dictate it to be. Its the time for the Rakyat. I believe there is many more in DAP with integrity and you can make a difference. Help make it right in the party. Malaysian has come together in this GE13 to say we are above racism, we can support DAP, PAS and PKR regardless of race and religion. Please continue your work, and I hope you don't only pen down your thoughts but share it with the party higher ranks. Let them know we need change, internally and externally. For a better Malaysia.

biastee said...

Dear Sdr. Aspan,

Do not be disheartened, but instead take this opportunity to lay the plans for next position of responsibility, such as a municipal councillor.

Another factor that your article failed to consider is DAP's small Malay membership constrains its talent pool from this ethnic group. The party's difficulty is reflected in the (Penang DAP's) past choice of Zulkifli Md. Noor when he hardly fit the mold of a winnable candidate given his knack for coming alive only during the election period and then slinking back to total obscurity for 4 years. Nevertheless, he has recently found his niche as a municipal councillor - a position that better suited to his laid-back style than as an MP.

Unless you have a famous father like Zairil, you will have to propel yourself into the national consciousness in order to noticed by the selection committee. Like it or not, bluster is expected by the anti-establishment constituencies that the DAP traditionally competes in; think the Tiger of Jelutong.

Anonymous said...

Anda juga tertipu????