Pada 8hb yang lalu, Bloomberg
yang membuat penganalisaan ‘conclusive’ yang keseluruhan manifesto BN yang dibentangkan
oleh Najib itu adalah serupa seperti yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat
beberapa minggu yang lepas. Dalam bahasa yang pendek ia bermakna manifesto BN
itu adalah ciplak ‘Buku Jingga’ Pakatan Rakyat. Itulah pandangan masyarakat antarabangsa terhadap manifesto BN itu.
Ini kenyataan dan itulah
hakikatnya. Buku Jingga Pakatan Rakyat itu menjadi percetakan yang menjadi
‘reference’ besar bagi UMNO untuk membentuk manifesto BN kerana apa yang
terkandung di dalam Buku Jingga itu adalah realistik dan itulah yang telah
menyentuh naluri rakyat yang ramai. Sesungguhnya pimpinan BN selama ini adalah
dari golongan yang terlalu ‘kenyang’ dan tidak mempunyai kemampuan untuk
membina dasar-dasar yang secocok dengan kehendak rakyat.
Pemimpin UMNO tidak mampu berfikir
sendiri kerana mereka adalah dari golongan yang keliru kerana mereka naik ke
tampuk kuasa dengan wang ringgit serta ampu-mengampu, budaya yang menebal di dalam
parti itu. Ramai pimpinan baik UMNO telah dicantas di semua peringkat kepimpinan semasa Mahathir menjadi PM. Yang
celik hanya Dr Mahathir seorang. Itu sebabnya dalam UMNO hanya pucuk pimpinan sahaja
yang dibenarkan berfikir. Yang lain hanya ditugaskan untuk mengangguk dan
bertepuk tangan apabila pucuk pimpinannya berucap bergegar-gegar.
Beliau tidak perlukan
pemimpin-pemimpin yang baik. Mahathir hanya memerlukan pemimpin yang akur untuk
mengekalkan kuasa beliau (Mahathir) sahaja. Mahathir tidak pernah membina
kepimpinan pelapis. Ini sahajalah hasil kepimpinan yang diwarisi kepada kita
kini. Oleh kerana kepimpinan sebenarnya sudah tiada, maka UMNO terpaksa hidup
dengan kepimpinan yang ada hari ini. Bak kata perpatah, ‘Tidak ada rotan akar
pun berguna juga’. Maka Najib dan Muhyiddin pun terus menjadi orang penting
negara.
Ada ramai pelajar mendapat markah cemerlang
walaupun tidak pernah pandai dalam pelajarannya. Tetapi mereka ini ramai juga
yang mendapat markah yang tinggi kerana pandai meniru. Ramai siswazah lanjutan
mendapat Doktor Falsafah dan ada di kalangan mereka mendapat gelaran ‘DR’
kerana thesis mereka dibuat oleh orang lain. Yang perlu bagi mereka ialah menyediakan wang yang secukupnya untuk membayar sesiapa yang
membantu mereka mendapatkan ijazah lanjutan itu.
Gelaran ‘DR’ yang terhasil daripada
tiru meniru itulah yang ditayangkan dan mengakui merekalah yang pandai dalam
segala-galanya. Tetapi oleh kerana ‘Doctorate’ yang mereka dapati itu bukan
hasil daripada keringat dan usaha mereka yang sebenarnya itu, maka terdengarlah
kata-kata dan ungkapan yang tidak ‘commensurate’ dengan gelaran yang dijunjung
mereka ke hulu dan ke hilir itu.
Itu jugalah yang berlaku dalam
isu manifesto BN ini yang asas pembentukannya adalah dari Buku Jingga Pakatan
Rakyat. BN hendak mengambil untung dari Buku Jingga Pakatan Rakyat itu. BN
hendak ambil yang cantik dalam Buku Jingga yang mereka kritik keras itu.
Segala-galanya mereka hendak tunjukkan kepada rakyat itu adalah hasil pemikiran
dan kerja mereka.
Kalau kita tengok filem ‘Bawang
Putih Bawang Merah’ kita akan mudah memahami isu manifesto BN ini. BN itu
membawa watak Bawang Putih dan Pakatan Rakyat itu memegang watak Bawang Merah.
Bawang Putih cuba
sedaya upaya untuk meniru kemerduan suara Bawang Merah menyanyi untuk menambat
hati anak seorang Raja yang sedang mencari siapa gadis yang didengarnya
menyanyi dengan merdu itu.
Apabila Bawang Putih cuba
mengambil alih watak Bawang Merah, Bawang Putih pun terus menyanyi lagu nyanyian
Bawang Merah itu. Apabila Bawang Putih menyanyikan lagu yang selalu dinyanyikan
Bawang Merah itu, bunyi nyanyian Bawang Putih itu ibarat ‘kambing naik
junjung’. Tak sedap langsung didengar. Berkerut muka anak Raja itu
mendengarnya.
Anak Raja yang mendengarnya tidak
tertarik dan terus sahaja anak Raja itu mencari siapa sebenarnya yang menyanyikan
lagu yang merdu itu. Akhirnya anak Raja itu berjaya menjejaki Bawang Merah dan Bawang Merah dipinang oleh anak Raja dan terus berkahwin. Maka Bawang
Merah yang ‘original’ itu akhirnya mendapat kasih sayang anak Raja itu.
Dalam isu ‘manifesto’ BN dan
Pakatan Rakyat ini, akhirnya rakyat yang menjadi Raja itu akan tertarik dan
menerima Pakatan untuk pilihanraya ini. Rakyat yang menjadi Raja itu akhirnya
akan tahu siapa yang sebenarnya berkemampuan untuk melahirkan manifesto yang
baik itu.
Bawang Putih itu sesungguhnya
perempuan yang tidak tahu malu.
23 comments:
Kuang kuangg kuanggg...
Apa dah jadi dengan pas dan pkr di sungai acheh..ulasan yang bertajuk kesilapan kecil akan memusnahkan harapan...sepatutnya satu pihak kena mengalah supaya kes ini tidak menjadi isu hangat bn...
BAWANG PUTIH BAWANG MERAH..utk rakyat msia tercinta.saya amat mengkaGumi tulisan tuan aspan. bernas berilmu padat mudah faham dan amat sesuai utk jd bahan bacaan harian rakyat yg punya otak cerdas. SELAMANYA PAKATAN RAKYAT
Berkaryalah setiap saat utk membersih minda rakyat yg karat teruk dgn asuhan bn umno.
In Sha Allah
Salam Datuk Aspan,
Rasa nak tergelak membaca analogi kisah Bawang Merah dan Bawang Putih.
Lebih kelakar lagi dalam Manifesto PRU13 ini, Bawang Putih telah menjadi MERAH BIBIR kerana terkial-kial dan termoncong-moncong mulut kerana nak meniru Bawang Putih.
Terimaksih Datuk diatas analogi yang cukup tepat dan menarik sekali.
Tuan Aspan,
Wajib Baca!! Peringatan Buat Pemimpin Pakatan Rakyat Menjelang PRU13
PRU 13 adalah pertembungan org yg pakai kepala otak dengan orang yang emosi atau yang pakai kepala LUTUT.
BN terang2 meniru menifesto Pakatan Rakyat. BN sudah tak mampu berfikir utk memahami kehendak rakyat yg dia mampu MENIRU atau PLAGIAT.
izinkan saya utk tampalkan cerita bawang putih bawang merah ini ke ruangan awam agar semua rakyat blh memahami
Salam AA,
Memang klas la tuan punya perumpamaan, tapi berapa ramai anak2 muda yg tahu kisah citer klasik bawang merah bawang putih? Solute utk tuan.
As Salam Pak Aspan,
The secret project of “1Care Healthcare Tax”
Sir...
Malaysian academics ask BN and PR to explain how they will manage nation's finances and debt..... manifesto kan banyak promises...
http://english.cpiasia.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2514&catid=216
Tolong circulate..
REBOOT MALAYSIA #1
BN has released its Manifesto and wants the RAKYAT to believe that they can deliver on their promises… LOL !
In 56 years BN has been in government, why until today BN are not able to resolve the simplest task of all i.e. issuing taxi permits directly to taxi drivers without any conditions whatsoever.
Even Najib with his PEMANDU, NKRA, GTP, ETP and etc has not been able to resolve during his term in office.
Vote wisely………………
Jangan percaya dengan janji-janji bn..kalau betul apa yang bn cakap dan janji kenapa dari zaman madhirr tak buat...bila nak pilihan raya baru nak janji...semuanya tipu dan tipu dan terus tipu...dari dulu samapai sekarang dan untuk masa yang akan datang rakyat akan kena tipu selagi bn menang....
dalam masakan pun, bawang merah lebih kerap di gunakan berbanding bawang putih. ada tapi jarang2.
Jika anda tiada dlm pru ini, hilang semangat kami. Anda gigih orgnya.
Pak aspan,
Apa ada pada manifesto? Walaupun ia ditepati, namun yang lebih penting ialah bagaimana terlaksana. Adilkah dalam menepati janji?
Wakil rakyat yang mewakili parti lawan tidak diberi peruntukkan bagi membangun kawasan diwakili. Penyokong parti lawan tidak berpeluang mendapat kenaikan pangkat dalam penjawat awam. Royalti tidak diberi, meninggalkan negeri ditadbir parti lawan dihimpit kemiskinan.
Umpama seorang bapa yang memberi kemewahan, janji itu ini pada anak tetapi disebalik tabir rupanya sumber pendapata bapa datang dari peras ugut dan rasuah. Mahukah kita dengan janji dan manifesto sebegini??
Kalau dalam makan minum pun ALLAH pesan dengan halalan toyyiban. Bukan sahaja halal tetapi baik.
DALAM SETIAP MASAKAN BAWANG PUTIH BIASA ORG TARUK 2ULAS JE BAWANG MERAH LEBIH BYK SEBAB IA PENYEDAP MASAKAN DAN JIKA LEBIH BAWANG PUTIH MASAKAN JADI HAMBAR DAN LECAS. CERITA INI BERKAITAN LANGSUNG SINONIM DGN PERJALANAN HIDUP MASYARAKAT DAN NEGARA TERCINTA.
Cikgu Bard dah buat pengakuan. Dia terima apa sahaja keputusan pucuk pimpinan (sumber keadilandaily). Itulah apa yg telah diperkatakan & pendirian 'gentlemen' beliau.
Rakyat (Raja) suka dan minat dgn manifesto PR (Bwg Merah) kerana ada kenikmatannya. Bwg Putih sifatnya, dengki, khianat, cemburu dan macam-macam lagi. Nak tiru Bwg Merah tapi tak kesampaian. Akhirnya memakan diri sendiri. Ibu dia jadi 'master mind' pun lingkup sama. Itulah akibat tidak cerdik dan ketandusan idea. Dan hebatnya manifesto PR.
As Salam Tuan Aspan.
Menyampah betul dengar Najib dok asyik sebut "transformasi" dan "janji ditepati". Apa benda ni?
1. Sesungguhnya Najib adalah seorang PM yang ke-2 paling korup selepas Mamak Kutty Mahather. Politiknya penuh dengan sogokan dan rasuah serta terlalu kuat menipu rakyat. Beliau hanya berkempen PRU13 hanya untuk dirinya sahaja (I Love PM). Pemimpin BN lain....Lu Punya Hal lah...
2. Politik Najib tiada yang istimewa dan berinovasi melainkan untuk menjatuhkan reputasi Anwar dan memburukkan parti pembangkang.
3. Di samping terlalu pengecut dan tiada kebijaksanaan dalam pentadbiran, beliau juga merupakan ikon lelaki paling dayus kerana membenarkan bini beliau membuat sesuka hati kepada aset negara ini tanpa berani menegurnya (jika bini yang 3 tahun tua padanya pun tak mampu nak dikawal, macam mana nak kawal satu negara utk jangkamasa 5 tahun lagi?)
4. Kepada para penyokong UMNO/BN, kalau dahulu kamu sokong UMNO/BN maka natijahnya (korupsi) kurang tempiasnya terhadap kamu tetapi kali ini kalau UMNO/BN menang lagi PRU13, nasib kamu di negara ini pasti akan teruk dan amat buruk dengan menanggung segala hutang dan korupsi yang para pemimpin mereka akan kenakan terhadap kamu (rakyat). Pastinya kamu akan menyesal seumur hidup kerana memilih para penyangak (UMNO/BN)ini.....
5. Hijrahlah untuk kesejahteraan dan sebagai seorang Islam, kerana Hijrah adalah sunnah dan ajaran Rasulullah SAW.
Manifesto BN = Aku Janji Manifesto PR = Tak Janji kwang! kwang! kwang! The End.
X kiralaa bawang putih ker bawang goreng yg penting....Muddin kaki kencing .....mcm ni pun ada ka TPM ....debat laa jgn main tembak peluru kosong je umno oooo
Manifesto BN adalah untuk "TIPU" rakyat sahaja.
Turunkan harga kereta, memncegah korupsi, .......etc boleh dilasanakan semasa mereka berkuasa selama 50 tahun yang lalu dan tak payah tunggu 5 tahun akan datang.
Ini adalah sendiwara untuk menipu rakyat dan ikut pakatan manifesto.
Bn hanya tahu bagi duit semasa pilihanraya dan tidak ada muslihat macam mana nak nenambah pendapatan negara.
Mereka akan melasanakkan "Government Service Tax" (GST) and AES untuk menghisap darah rakyat untuk menanpung perbelajaan supaya dapat mengurangkan cukai kereta, brim RM 1200....dll.
Deficit RM 550 billion hutang Negara adalah bukti yang nyata bahawa kerajaan ini terlampau tenat untuk diubati dan sudah tidak dapat dipulihkan.
Bukab Bawang merah yan gtiru Bawang Putih dalam cerita rakyat ke? Sekadar nak jelaskan konpius
Post a Comment