16 April 2013

Bermula hari ini, UMNO akan berpecah

BN telah mengumumkan bahawa 49% daripada calon-calon Dewan Undangan Negeri adalah muka baru dan 30% daripada calon Parlimen merupakan calon-calon gantian untuk memantapkan prestasi parti itu dalam PRU yang akan datang. Beberapa Menteri Kabinet BN juga telah digugurkan, antaranya ialah Rais Yatim dan Nor Mohammed Yakcop. Mohamad Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi  akan bertanding di Kawasan DUN di Johor untuk menjadi Menteri Besar jika BN memenangi pilihanraya kali ini.

Tidak payah kita sebut siapa yang digugurkan dan siapa yang beralih kawasan dari Dewan Undangan Negeri atau Parlimen yang diumumkan oleh Pengerusi BN semalam. Isu yang saya hendak komen hari ini ialah tentang kebanggaan Najib menurunkan calon-calon yang berkelayakan akademik yang tinggi serta berpelajaran. Najib telah menurunkan calon-calon yang berpelajaran tinggi, setidak-tidaknya pemegang Diploma dan ke atas.

Pemilihan calon yang berpelajaran tinggi itu adalah wajar kerana tindakan itu sejajar dengan keadaan semasa dalam mana rata-rata rakyat telah berpelajaran. Tetapi yang dihadapi oleh UMNO sekarang ini bukannya masalah taraf akademik calon-calonnya. Dari dahulu sememangnya calon-calon dalam UMNO itu adalah di kalangan orang yang pandai-pandai belaka. Ada yang berpendidikan sehingga Doktor Falsafah, ada yang Doktor perubatan, ada akauntan dan berbagai-bagai lagi bidang professional dan separa professional yang hebat-hebat diletakkan sebagai calon.

Tetapi apabila mereka yang pandai-pandai ini menyertai UMNO, mereka dipengaruhi oleh budaya yang songsang dan buruk seperti rasuah dan berbagai-bagai lagi kesalahan undang-undang dan moral yang dilakukan oleh pimpinan BN. Keadaan itu bertambah meruncing dari masa ke masa dan sekarang budaya buruk itu sudah tidak terkawal lagi. Pendeknya, berpelajaran tinggi itu tidak dapat memperbaiki akhlak kepimpinan mereka setelah menyertai UMNO walau setinggi mana sekali pun taraf pelajaran mereka.

Mereka itu mungkin berpelajaran, tetapi kurang pendidikan. Seseorang yang berpelajaran tidak semestinya seorang yang berpendidikan. Seseorang yang berpendidikan baik itu akan mencakupi nilai moral yang selari dengan pelajarannya yang tinggi itu. Saya selalu berkata sebaik mana pun seseorang itu, apabila menyertai UMNO dan mendapat kedudukan, mereka akan lupa yang diri mereka telah belajar di menara gading tetapi sikap mereka seolah-olah seperti orang yang tidak pernah melalui pendidikan yang betul.

Apabila menyertai UMNO mereka akan menganggap yang buruk itu sebagai baik dan baik itu sebagai buruk, seolah-olah mereka ini adalah pembawa dalil hari hendak kiamat. Pendeknya mereka yang berpelajaran tinggi tidak mampu untuk menjadi seorang pemimpin yang terdidik.

UMNO sentiasa gagal untuk mengetengahkan mereka yang terdidik sejak tiga dekad yang lalu. Dalam UMNO ada yang berkelulusan bidang kejuruteraan sehingga PhD tetapi kita nampak dengan jelas kelulusan tinggi itu tidak mampu untuk menjadi orang yang mampu berfikir. Mendapatkan sarjana muda, atau sarjana serta doktor falsafah itu hanyalah untuk mengesahkan mereka telah lulus mata pelajaran dan module yang mereka pilih di menara gading itu. Tetapi matlamat sebenar kita masuk universiti itu ialah untuk belajar dan mendidik kita untuk berfikir dengan baik dan tahu membezakan yang mana satu yang bermoral dan yang sebaliknya.

Tetapi apabila bergiat dalam UMNO kemampuan mereka untuk berfikir semakin tumpul kerana budaya yang tidak membolehkan sesiapa bersuara dan memberikan pandangan yang bernas. Maka jadilah mereka perasuah dan penyalahguna kuasa yang besar apabila mendapat kuasa mandat rakyat itu untuk bersama membina budaya membina kepentingan dan kekayaan peribadi dan keluarga mereka. Sepatutnya jika seseorang itu telah berjaya untuk berfikir mereka tidak akan tergamak melakukan rasuah dan kerja-kerja hina yang lain itu.

Maksudnya jika kita berjaya untuk berfikir, maka gejala buruk akan terhindar dari diri mereka. Pemimpin yang benar-benar terdidik tidak akan sanggup melakukan rasuah kerana mereka akan merasakan malu yang amat sangat hasil dari didikan dan berfikir secara orang yang berpendidikan tinggi.

Saya ingin mengulangi yang berpelajaran itu tidak semestinya yang terdidik. Jika kita hanya berpelajaran belum tentu kita akan melakukan kerja yang baik-baik. Hanya yang terdidik sahaja yang boleh diberikan keyakinan, bukan kepada yang hanya berpelajaran. Senarai calon-calon yang dikatakan sebagai barisan yang berpelajaran itu tidak akan membawa apa-apa perubahan selagi budaya rasuah dan mementingkan keuntungan peribadi itu tidak dihapuskan dalam UMNO. Keadaan dalam UMNO itu akan tetap sama. Jika UMNO masih diberikan mandat ia tetap seperti biasa yang kita alami sekarang ini. Salah laku itu akan tetap berlaku, hanya yamg menjadi pelakunya itu orang yang berlainan sahaja.

Selalunya yang terdidik itu akan mempunyai nilai etika, bermoral tinggi dan lebih lagi ada agamanya dan meng’addin’kan agamanya dalam pentadbiran dan politik mereka. Yang terdidik itu selalunya akan melakukan segala-galanya dengan beriktikad untuk melakukan fardhu kifayahnya sekali kerana dengan fardhu kifayah itulah yang akan membuka jalan ke arah keredhaan Tuhan dalam semua tindak-tanduk kita.

Pemimpin yang terdidik dengan didikan yang benar, mereka akan ada sifat malunya untuk melakukan kerja rasuah dan sebagainya. Merasa malu pada diri sendiri itulah yang mampu membendung kita dari melakukan kerja terkutuk seperti rasuah, membunuh serta dosa dan noda yang lain.

Walau apa pun, UMNO akan berpecah dan kita akan saksikan bersama-sama semua yang akan berlaku dalam UMNO itu. Tamat sahaja pengumuman calon nanti, kita akan lihat perpecahan itu berlaku dengan cepat dan deras di mana-mana.

Malahan ia telah pun berlaku di beberapa tempat di Selangor dan di Perak di mana ahli-ahli UMNO telah berkumpul dan berarak menentang calon yang ditonjolkan oleh pucuk pimpinan parti.

Benar, bermula hari ini UMNO akan berpecah. Dr Mahathir bolehlah saksikan apa yang beliau telah wariskan kepada pimpinan-pimpinan selepas beliau. Segala-galanya bermula hasil kerja beliau memecah dan memerintah rakyat semasa mentadbir negara dahulu.

Sekarang beliau boleh saksikan puas-puas. Kehendaknya telah tercapai sepenuhnya. Dr Mahathir boleh tidur lena sekarang.

38 comments:

Amuraria said...

matlamat menghalalkan cara ,apa saja boleh ! ABU jangan lupa !

awangbatuburok said...


"Kumpulan Syaitan Yang DiKenali" memang sudah terkenal dengan budaya bunuh-membunuh untuk mencapai kehendak nafsu serakah mereka.

Tidak ada halal-haram dalam mencapai matlamat dan kehendak nafsu mereka.

amier said...

ABCD
Asal Bukan Calon Dacing

Anonymous said...

biar mereka hancur.....arap2 lpas ini xada nama party umno lagi......simpan dlm muzium.....klu boleh simpan madey kutty di sblhnya........

Anonymous said...

Great and strong leadership from real Malay/Bumi will protect their unique culture, traditions and way of life and being fair to others with good policies will move this country forward.

Anonymous said...



Sir, please fix yourself to contest in the coming GE. You are indeed a man of consequence sir.

Balan, Skudai

Anonymous said...

YA BENAR ABCD KAEDAH MEMAJU MSIA MENUJU NEGARA MAJU TANPA RASUAH TANPA SKANDAL TANPA MEMBUNUH TANPA KOMISEN HALAL HARAM TERAJU UTAMA. PEMIMPIN ITU KHADAM RAKYAT. JGN JADIKAN ANDA SEBAGAI KHADAM PEMIMPIN DULU KINI SELAMANYA. INILAH DEMOKRASI

Anonymous said...

Ahli Umno seumur hidup,

Yg lain tak penting ketika ini. yg paling penting Tuan AA mesti bertanding utk memberi ruang tuan bercakap dalam parlimen.

Anonymous said...

Adakah PR menurunkan Calon dari kelas PERMATA Roastmah. Selagi ada Bekas Calon korup maka yang baru akan ikut telunju mereka. Syabas Be End.

Anonymous said...

May god bless all the contestent being anounce by Najib for BN where mostly will be in history for PR victory to PETRAJAYA, as what ballot result been shown most of BN members were not satisfied with Najib proclaimed the names selected was agreed by all members of barisan components,go PR for victory.

Anonymous said...



Fascinating blog you have. No wonder you have huge followers Mr Aspan

Anonymous said...

Saudara AA

I say amen to what you have penned down. God willing, the march to Putrajaya will be unstoppable for PR!
We are also anxious to know where you will contest.

Observer.

Anonymous said...

SALAM Sdr Aspan;

Letaklah calun yg mempunyai"Accesories"berpuluh pun yg penting ketua misti BERSIH.
Si ketua cermin diri dulu, baru menilai orang bawahan, kalau cermin betul nama si ketua pun tak layak jadi calun.

INIKALILAH.....Myi

1Crony said...

Salam Sejahtera Tuan.

Pecah dan Perintah adalah sistem politik Kuno yang masih teguh dan tegak berdiri walaupun usia dunia seperti seorang tua yang bongkok dan terlalu uzur.

Sistem ala-ala demokrasi ini sebenarnya terlalu buruk dan memudaratkan rakyat dan sebaliknya bagi para pemimpin yang berjaya mengamalkan politik tersebut, mereka akan berkuasa dan memerintah mengikut acuan mereka sendiri.

Keburukkan yang terlalu menyerlah terhadap sistem politik ini adalah timbulnya terlalu banyak korupsi dan rasuah di dalam pentadbiran. Pembentukkan golongan pemimpin pelapis yang terlalu lemah dan hanya pandai mengampu dan menjatuhkan lawan politik mereka. Lebih buruk lagi, para pemimpin baru ini tidak pandai menghasilkan idea dan pandangan-pandangan berinovasi, sebaliknya mereka ini hanya pandai menghabiskan apa yang sedia ada di samping menipu serta membuat perpecahan perpaduan rakyat supaya mereka boleh tampil sebagai penyelamat "palsu".

Yang amat sinonim dan terlalu hampir dengan maksud ini adalah para pemimpin "UMNO Baru".

Anonymous said...

Selalunya yg berfikiran berpelajaran tinggi luas pula cita-citanya, cuma kearah mana, nawaitunya, jika baik maka di cari kelompok yg baik, kalau sebaliknya pula, maka "padang buaya" lah di huninya

Anonymous said...

Tuan A.A.
Bg la tau tuan dpt bertading @ x? Klu dpt umum kan kat mana kami pembaca blog Akan dtg membantu tuan utk menang...awak malang jika tn x bertanding pru nie...coz idealisme tn diperlukan dlm parliament

Anonymous said...

Bayangkan, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang & Nik Aziz kalah dlm PRU 13 nanti. Apa Pak Aspan akan lakukan? Kembali ke pangkal jalan dgn menelan semua kata-kata sendiri atau meneruskan perjuangan yg sia-sia demi ego? pilihan perlu dibuat sebab inilah saja pilihan yg ada nanti.

Anonymous said...

Namun malangnya kejahilan tetap menjadi pilihan orang melayu yg memilih pemimpin spt Anwar Ibrahim, Lim kit Siang & Nik Aziz.

Anonymous said...


Most people are properly brought up with decent moral and principle until the join the wrong organisation or in the wrong environment with bad leaders and culture.

Paper qualifications, status or title is nothing.....it's the character and value of a person that are important.

AA, as long as you keep writing, the great and real Malays' leadership, pride and dignity will not be lost.

Anonymous said...

yes PR will just march to Putra Jaya to see how great it is & then go back home to dream again for the next five years....

Anonymous said...

.....you must be an Indonesian bcos you write like one....

ahmadyani said...

Niat Najib menurunkan muka baru yang muda-muda yang dianggapnya berpendidikan tinggi untuk meraih undi rakyat macamlah niat Mahathir meletakkan Khir Toyo anak muda berpendidikan DR untuk menjadi MB Selangor dahulu. Apa akhirnya kelakuan Khir Toyo?

Mereka yang diharapkan oleh Najib ini akan jadi macam Khir Toyo juga kerana pinggan untuk meletakan makanan iu sudah kotor! Selazat manapun dan semahal manapun makanan itu, kalau sudah diletak dalam pinggan kotor, ia tiada harga!

Anonymous said...

Betul, memang betul apa yang dikatakan di sini. Dr Mahathir memang banyak silap. 80% isi kandungan blog Tuan AA ni dari dahulu sehingga sekarang memang betul tentang UMNO dan negara.

Sekarang ni macam-macam gejala rasuah yang membuatkan bapak-bapak yang patut memberi perhatian kepada anak sibuk betul dengan politik, kuasa, glamour. Kalau betul pulak buat kerja tu. Dekat ahli keluarga, cakap macam-macam konon tanak glamour lah apa lah, dekat kawan-kawan ckp lain. Tahu2 dah ada kereta besar. (cakap tadi, live within your means; apa cita?)At last wrong doing bapak, (pemusingan cerita kepada ahli-ahli keluarga)anak yang tanggung (banyak). Nak diikutkan, 'manipulation' boleh dikira sebagai aniaya kerana membuat orang kena teka je 24 jam. Anak kena patuh je. Melawan, derhaka (walaupun benar apa yang dikatakan oleh anak itu). Kedua, cerita agama sana sini, konon jaga etika pemimpinlah apalah jangan gatal lah, tapi kantoi scandal sana sini. Anak tak patuh lah apa lah, anak itu dalil akhir zaman lah apa lah. (Dia je yg betul; mungkin terikut-ikut perangai Dr M agaknya dari kaca mata anaknya). Ketiga, berbalik kepada, ckp pusing-pusing tadi.

Memang bagus seorang pemimpin mendidik keluarga jangan jadi 'materialistic' (mendidik isteri dan anak-anak). Tetapi, kalau bila anak dah tak jadi materialistic, di carinya pula salah tempat lain. Kedekut pula khabarnya.(pasal masa tu beliau tgh takde duit). Bila anak dah jadi pemurah, ambil pula kesempatan. (perhatikan saja bila anak keluar gaji: boleh minta). Bila anak tak bagi, anak dikatanya derhaka.(for all you know, anak tu lah yang mendoakan beliau hari-hari). Tapi mungkin beliau (pemimpin zaman sekarang; tak kisah lah pemimpin UMNO ke pemimpin keluarga) sudah lupa ada satu firman Tuhan yang mengatakan yang anak tidak boleh menuruti kehendak bapa dan ibu jika kehendak mereka itu bertentangan dengan ajaran Tuhan (seperti; pride mereka anak harus cover, bila dekat kawan-kawan cara diceritakan seolah-olah beliau pandai mendidik anak; anak tgh suffer betul betul tak tahu kerana memang tak pernah kenal pun anak:assume je anak tu ok dari muda sampai tua.) It is a form of aniaya lah. Yang diisi dalam kepala family pride 24 jam. (cakap pelajaran tak menjamin pendidikan; tapi heboh ke hulu kehilir anak study overseas). Anak tu humble je.

Contoh yang terbaik Nurul Izzah dan Anwar. Mereka ada 'nama' masing-masing. No such thing as bapak dengki (jealous) dengan anak/ anak jealous dengan bapak. Yang ditekankan profesionalism bersembang dengan bapa sendiri.(Tidak ada bapa terasa "eh, nak melawan tauke ni. cerdik pulak anak aku ni"...takde pure professionalism).

Ini tanda-tanda pemimpin UMNO dan juga pemimpin kepada keluarga akhir zaman banyak menyelindungi perkara2 yang tidak mahu diketahui ahli keluarga.

Penutup, bila beliau (pemimpin) dah rasa semua orang keliling kita zalim, kita kena buat reality check. Kita ke yang leka sgt dgn surrounding (populariti, nama, siapa lagi megah) sampai isteri dan anak di 'bully'(mmg balance orang UMNO agaknya) ataupun memangbenar zlim kepada diri sendiri.

Wallahhualam

Anonymous said...

Keburukan umno menjadi kekuatan PR.. Segala tindak tanduk umno boleh dijangka... Umno seperti di dalam lubang yg digali sendiri..dan cuba merangkak naik tetapi tidak kesampaian...

Anonymous said...

Najib pembohong. Pelajaran tinggi calun bn konon..2 calun adun dlm parlimen aku hanya spm gred 3. Tipu berok mat yeh boleh la.


Bn gua musang

Anonymous said...

Saudara Aspian,
Ini artikel yang sungguh meriangkan hati. Biarlah UMNO pecah busuk sampai keususnya. Yang mustahak Pakatan Rakyat dapat berjaya menguburkan BN dan menuju ke Putrajaya. Inilah impian majoriti rakyat Malaysia untuk menubuhkan kerajaan baru Pakatan yang lebih tulus ikhlas, bersih dan adil sebagaimana yang telah terbukti di negeri2 dibawah Pakatan dengan pencapaian cemerlang dari segi ekonomi yang berhasil dan pentadbiran yang telus dan bersih. Takbir

Anonymous said...

Pucuk kepimpinan (Dr M) telah banyak melakukan kesilapan dan pemutaran alam. Sekarang sudah tidak berdaya lagi; terkejar sana sini menegakkan benang yg basah.

Pemimpin kecil-kecilan pun ada juga yang macam tu. Tapi sempat cover silap (ala..ada jugak silap).
Untung orang orang yang cover silap itu datangnya dari orang-orang yang hati (purified). Kalau tak, pemimpin kecil-kecilan ni pun masak jugak masuk neraka jahanam.

Wallahualam

Anonymous said...

Anon 18:31 DAN Anon 18:34 adalah orang yang sama. Dia takde banyak nak dikatakan sebab otak dia beku.

Kenapa beku?

Pasai dia sudah lama duduk dalam Tongkang Chap Keralla!!

hahahahahh

Anonymous said...

Jaga2 Zul 9/10 bertanding di Shah Alam

Dia ni akan jadi jarum umno (baru) CHAP Mahdei & Sons untuk jadikan kaum India sebagai 'BLACK SHEEP' setelah umno dgn kerja kuat Mahdei pada tahun 1969 gunakan sentimen anti CINA.

Anonymous said...

Benar Bang, mereka akan bergaduh!

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/18350-team-mahathir-tewas-di-tangan-rosmah

dan saya teringat doa TGNA di Jalan Kebun, Kelang beberapa tahun lalu akan berlaku perpecahan dalam umno (baru) satu hari nanti.

Paling klasik, Najib masih letak Ku Li di Gua Musang!. Selain DSAI, Ku Li ni musuh Mahdei seumur hidup tapi Najib masih letak di Gua Musang?

PANGlima Mahdei Berghaim ali kena gugur? wuh berani Najib yerrr.

Zul 9/10 dapat bertanding? Najib bagi?. Abislaaa dia ni kena cincang kat Shah Alam oleh adik Shahril, Khalid Samad!!

Mahdei kecewa dgn Najib? atau Mahdei kecewa dgn roastmahaha???

Satu perkara: saya nak tahu hassan ali masih mahu jaja nama Mahadei lagi kah????

Anonymous said...

Jelas kelihatan tahap pemikiran & fahaman penyokong PR, dangkal & penuh kepura-puraan. Mereka menyanjung ciri-ciri pemimpin yg tdk berprinsip & tdk bermoral hingga digelar "chameleon" oleh seorang penganalisis politik dr USA. Dalam temubual Hard Talk di UK pula Anwar berbohong & tdk konsisten dlm menjawab hinggakan orang yg menemubualnya menggelengkan kepala pd akhir siaran. Sungguh menakjubkan, sebab sungguh pun perlakuan & tindak-tanduk Anwar Ibrahim yg tdk konsisten, tdk berprinsip & tdk bermoral telah dibuktikan berkali-kali dgn jelas & disokong pula oleh ramai saksi, namun terdapat juga manusia yg menyokong beliau. Benarlah spt apa yg telah dinyatakan Quran iaitu jika mata, telinga, hati serta akal telah tertutup, kebenaran itu tdk akan kelihatan bagi mereka walaupun kebenaran itu adalah terang & nyata.

Anonymous said...

DSAI, LKS, TGNA & pemimpin PR yg lain xde masaalah kalau kalah. Mereka dah senang hidup dgn elaun pencen YB dll. Yg paling malang bukan mereka tapi rakyat yg akan menerima padah nya, terutama nya Melayu yg sebilangan besar nya miskin zahir utk cope up dgn sara hidup hari2. Yg lebih dahsyat lagi, jahil sbb x kenal siapa sebenarnya BN tertipu dgn hiasan zahiriah yg bina BN

john white said...

Bro aspan,
i dah banyak kali check u punya nama untuk parlimen seremban, tapi tak jumpa. untuk dun pun belum jumpa lagi - apa sudah jadi bro. u punya kawan mahu tanding di raub pula. i ingat dia mahu challenge bekas boss dia di pekan.

Anonymous said...

Bang,

Kat Penang dah mula pening laaa

Kaki Kerakan nak lawan BN

Bekas Timb Ketua Menteri nak bertanding bebas....

Gado2 satu!

Anonymous said...

Bang,

Berahing kata dia rasa tertipu!

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/04/17/back-the-bn-man-for-pasir-mas/

Puas Mahadet bersora bagi pihak dia utk dipilih sebagai calun, tetapi Najib enggan dengar!

Gado2 DUA!

Anonymous said...

Bang,

Jol 9/10 neh lagi hebat dari boss dia berahim kaa???

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/18373-tiga-bilik-gerakan-umno-shah-alam-tutup

Perkosa Shah Alam @ Najib dah langgau umno (baru) chap Mahadet??

Ezam mana????

hahahahahahah

Gado2 TIGA!

Anonymous said...

MANAH AMAT @BAGUS BETUL ARTIKEL YG APAI ASPAN TULIS DALAM BLOG INI.MEMANG BETUL BANYAK CALUN BN DAN BAKAL CALUN BN DI TEBANG SIANG SIANG .DI SARAWAK ADA CALUN BN MELEBIHI 5 PENGGAL DAN KALI INI BEROK BEROK INI PASTI DI TURUNKAN OLIH RAKYAT.ADA INCUMBENT YANG BEGITU EGO SEHINGGA MENYATAKAN TIDAK ADA CALUN LAIN YANG LAYAK WALAUPUN DIA BERJALAN PUN PAKAI TONGKAT.ADA YANG GUNA TALIAN DASAR LAUT UNTUK DI KEKALKAN MELALUI BINI NAJIB DAN INI KALILAH !TUMBANGLAH MANGKOK HAYUN BN DI SARAWAK..JANGAN UNDI BN ...KERANA CALUN BN SELALU BULAK @ BOHONG ..

Sam Raj said...

Malaysia memerlukan lebih ramai pemimpin yang bolih beri khidmatan seperti Gabenor Jakarta, JOKOWI yang berjiwa rakyat biasa, telus, tidak berpendidikan tinggi, yang mampu membawa kemajuan dengan pimpinan "decisif" di daerah mana2 dia dihantar sehingga dapat ranking yang ketiga di antara Mayor2 (Dato Bandar) seluruh dunia.