19 April 2013

Adalah hak DAP untuk tidak melaksanakan politik berbilang kaum - bhg 1

Saya dihujani dengan pertanyaan berhubung dengan keadaan Pakatan Rakyat di NS dan meminta saya memberikan komen secara jujur. Saya tidak melayaninya selama ini kerana saya bukan pemimpin dan saya bukannya calon atau berkedudukan dalam mana-mana parti. Saya hanya seorang blogger yang menghabiskan masa menulis dan memberikan ceramah-ceramah seluruh negara untuk bercakap sebagai seorang yang luar dari kepimpinan.mana-mana parti politik.

Saya hanya keluar dari UMNO yang telah saya sertai selama 40 tahun dan memohon menjadi ahli DAP setelah diajak dan dijemput oleh parti itu untuk bersama dalam parti itu. Sejak saya menyertai parti itu saya tidak ada berhubung dengan DAP dan pimpinannya walaupun saya sering berjumpa sebelum saya menyertainya.

Malahan dalam masa ‘mood’ pilihanraya yang sedang panas ini, ramai yang menghantar email bertanyakan samada saya bertanding atau pun tidak. Saya tidak menjawabnya kerana saya bertanding atau tidak, itu adalah dalam bab percaturan dan permainan politik dalaman DAP itu sendiri. Kalau diminta saya bermain percaturan politik dalaman, saya sememangnya akan ‘crash before taking off’ kerana saya tidak pandai melakukannya.

Saya tetap mampu untuk memberikan komen secara bebas dan melayangkan pandangan terhadap isu-isu semasa, termasuklah tentang isu yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat sekali pun. Itu sebab saya selalu menyebut dan memberikan pandangan secara terbuka dan ikhlas tentang pilihanraya ini.

Bagi saya kekuatan kedua-dua belah pihak adalah sama. Pihak mana yang melakukan kesilapan dalam saat akhir ini akan menghadapi kekalahan dan kekalahan itu pun tidak menjadi hal kerana ini adalah demokrasi. Pihak pembangkang tidak ada masalah jika menghadapi kekalahan kerana mereka telah kalah sejak kita mengadakan pilihanraya pertama pada tahun 1955 dahulu. Yang merasa gila jika kalah ialah pihak BN kerana mereka menganggap kekalahan itu seperti menghadapi hari kiamat.

Pembangkang sedang menghampiri kemenangan pertama jika mereka tidak melakukan kesilapan. Secara jujur saya menghormati parti PAS kerana parti itu tidak menghadapi hiruk piruk seperti parti-parti lain samada dalam BN mahu pun dalam Pakatan Rakyat. PAS merupakan parti yang lebih tersusun berbanding dengan semua parti yang lain.

PAS serius dan tidak memungkiri janji-janjinya dan sisik kematangan politik PAS itu lebih jauh ke hadapan dari parti-parti lain. PAS tidak menghadapi masalah perkauman kerana parti itu bukan parti perkauman. PAS bersandar banyak kepada kehendak agama dalam banyak hal walaupun ia bukan agama. Walaupun berbagai-bagai tuduhan dilemparkan oleh UMNO terhadap PAS, parti itu tetap dengan pendiriannya dan tidak terganggu dengan segala tohmahan pihak lawannya.

PAS telah memenuhi janjinya untuk menurunkan calon bukan Islam untuk bertanding dalam pilihanraya ini dan ia telah terlaksana. Ramai bertanya samada DAP akan memenuhi janjinya untuk menjadi parti berbilang kaum. Untuk menjawabnya saudara boleh teliti senarai calon-calon DAP yang akan sepenuhnya diumumkan mungkin hari ini.

Samada benar atau tidak yang DAP hanya memberikan ‘lip service’ sahaja tentang perjuangan ‘multiracial’nya kita boleh lihat hari ini  Samada benar tuduhan orang ramai yang DAP memerlukan beberapa kerat orang Melayu sebagai ‘window dressers’nya sahaja juga, boleh saudara lihat pada hari ini. Tidak perlu mana-mana pihak membidas saya dan mengecam saya secara peribadi kerana semuanya akan kita lihat pada hari ini.

Saya telah melakukan perkara yang sepatutnya saya lakukan untuk DAP. Selama lebih dari satu tahun saya menjelajah keseluruh negara berceramah di pentas PAS untuk memberikan penerangan tentang perlunya orang Melayu untuk tidak mengekalkan prejudis mereka terhadap DAP. Saya cuba sedaya upaya untuk meyakinkan seramai mana orang Melayu untuk menghilangkan persepsi negatifnya terhadap DAP itu. Saya mengeluarkan tenaga untuk melakukannya secara jujur dan terbuka.

Saya lakukan itu kerana saya merasa bertanggungjawab untuk memainkan peranan  kecil-kecilan untuk membina masyarakat berbilang kaum untuk hidup dengan menghormati diantara satu dengan lain. Selebihnya tanggungjawab untuk menyempurnakan matlamat yang dilaungkan oleh DAP itu terpikul di atas bahu kepimpinan parti itu. Saya tidak berada dalam barisan kepimpinan parti itu.

Jika parti itu masih mahukan persepsi rasis yang telah dimomokan terhadapnya maka DAP tidak perlu menurunkan calon-calon Melayu. Jika DAP merasakan ia boleh ‘survive’ buat selama-lamanya tanpa orang Melayu itu adalah hak parti itu untuk menentukannya.

Ini demokrasi dan rakyat boleh menentukan nasib mana-mana parti termasuk DAP itu sendiri. Saya meminta supaya tidak membidas saya semborono. Saya hanya memberikan sokongan kepada DAP kerana laungan ‘multiracialism’nya. Itu janji DAP.

Rakyat boleh memberikan tanggapan yang DAP tidak memerlukan sokongan Melayu jika saudara percaya kepada tanggapan itu benar. Jika saudara bertanggapan yang DAP masih mahu kekal sebagai sebuah parti Cina itu juga terpulang kepada saudara dan kita tidak payah bergaduh dan memaki hamun sesama kita.

Setakat itu sahaja jawapan saya untuk menjawab ribuan email yang saya terima sejak seminggu lalu dan saya tidak mampu untuk membaca semuanya itu. Selama lebih setahun penjelajahan saya keseluruh negara ialah untuk memanjangkan apa yang dijanjikan oleh DAP untuk perjuangan berbilang kaum. Tetapi jika DAP jelas tidak memenuhi janji-janjinya itu maka terpulanglah kepada semua untuk membuat penilaiannya.

Yang penting kita mesti berpijak di atas kebenaran dan realiti. Pilihanraya kali inilah yang boleh memberikan gambaran samada DAP benar-benar jujur dalam laungannya sebagai pejuang semua kaum.

Jika tidak ada tanda-tanda serius yang DAP itu memperjuangkan semua kaum dalam pilihanraya ini, ia tidak akan terjadi sampai bila-bila. (bersambung)

56 comments:

s raman said...


DAP sudah merasakan mereka akan dapat kuasa tanpa Melayu!!!

Anonymous said...



DAP sedang mengembang kan kepak skrg. Sudah terasa dapat kuasa. Pandai-pandailah kita menilainya.

Anonymous said...

salam pak aspan ..
dont worry as malaysian yg matang saya tak termakan pun apa org ckp psl dap ni.whatever org nak ckp apa pun terpulang la pada mereka utk menilainya.nobdy is perfect.kkdg sya & rakan2 bangsa lain ketawa melihat pemikiran stgh rakyat kite masih xberubah walaupun negara dah merdeka 50thun
.. for me my vote still goes to PR..

Lam said...



AA, where should we go now bro? I think I am abstaining! I shall go back to Australia maybe

Anonymous said...

Uban Janggut... bersuara...

Dap boleh bermuslihat tapi kita kena ingat putaran antara kebenaran dan kebatilan. kebenaran akhirnya akan memusnahkan kebatilan. Berpeganglah kepada kebenaran kuat2 tanpa merasa gelisah. Kalau DAP mengerakkan kebatilan secara sistematik maka akhirnya kehancuran DAP itu sendiri.

Saya minat dengan tulisan dan ceramah yg Tuan AA sampaikan. Jelas sekali fakta2 pencerahan yg di analisis dan tuan Jujur dlm memastikan matlamat Malaysia yg harmoni dan kemas interaksi rakyatnya yg berbilang kaum.

Saya sokong Tuan AA menjadi salah seorang calon melayu dalam DAP pada Pilihan Raya ini.Outcome atau kesannya bukan sahaja di NS tetapi seluruh Malaysia. Yang pasti kesannya sangat banyak utk menambah Nilai Politik Baik dlm Pakatan Rakyat.

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Lama tidak berbual bukanlah bermakna saya tidak menjenguk rumah tuan ini. Berkunjung tanpa mengganggu isi perbualan tuan rumah adalah lebih baik buat saya.

Gendang perang pilihanraya telah dipalu. Tibalah masa kita berjuang dimedan sebenar setelah sekian lama berhujah.

Saya tetap berfahaman bahawa DAP adalah parti rasis seperti UMNO. PAS pada saya juga adalah parti rasis. DAP dan PAS hanya menggunakan beberapa orang yang bukan sebangsa mereka untuk mencipta wajah berbilang bangsa. Pada saya, hanya PKR sahaja setakat lebih hampir kepada parti berbilang bangsa.

Setuju dengan tuan berkaitan hebatnya disiplin ahli PAS. Sedari dulu saya menghormati kejituan komitmen mereka pada parti. Kalah menang bukan isu utama untuk ahli PAS. Unit Amal mereka juga terbukti aset utama parti. Saya berdoa mereka ini kekal dengan hala tuju parti tanps keterlaluan mengikut rentak DSAI,

Keyakinan saya tetap tinggi bahawa parti saya (UMNO) tetap akan memenangi sebahagian besar kerusi yang ditandingi. Cuma saya jangka dan berharap kelantan akan tetap diperintah oleh PAS.

Dalam keyakinan BN akan menubuhkan kerajaan lagi, saya juga sudah berjanji pada diri saya untuk akur dengan kehendak majoriti rakyat. Marilah kita berganding bahu memastikan kehendak rakyat yang diterjemahkan dalam pilihanraya nanti kita laksanakan walaupun tidak memihak kepada parti pilihan kita. BN dan PR hanyalah alat untuk kita dan bukanlah sebaliknya..

Unknown said...

Baru sekarang saudara sedar ke siapa dan apa itu DAP?????

Kesian.... what a waste for anak bangsa

Unknown said...

Saudara baru sedar ke siapa itu DAP???

Kesian.... setelah apa yang saudara buat untuk anak bangsa sendiri selama dengan DAP........

Anonymous said...


Saya bersama sama yang lain di Kedah yang begitu tertarik dngan ucapan sdr. Saudara jujur berjuang untuk bangsa saudara dan saya juga setuju dengan pandangan sdr itu. Ramai yg lain setuju. Kami tahu kerana itulah komenn ramai seytelah endengar ucapan sdr itu.

Sekarang saya juga setuju yang hanya PAS sahaja yang lebih telus dari dua parti lain dalam Pakayan itu.

Saudara teruskan perjuangan dgn kejujuran yang ada itu. Sdr telah membuka minda kami seluas-luasnya dan saya ucapkan berbanyak terima kasih.

peminat setia aspanaliasnet

Alor Setar

Anonymous said...


DAP is nearing to power. DAP sudah mula lupa daratan. Kita tengokkan sehari dua ini.

Anonymous said...


Mr Aspan Alias, I am avid follower of your fantastic blog. I am mesmerized by your politeness in your write up and to me it's reflection of your honesty bro.

I am now wondering whether or not to go to the polling booth this time around. Or I close my eyes and vote for Ghani as I am a voter of Gelang Patah.

William, Muar

Anonymous said...



Bang, den undi calon PAS. Namun nak mengundi UMNO, PKR dan DAP haram den tak akan buek.

Kalau DAP hanya untuk Cino maka untuk Melayu hanyolah PAS.

Den sayang samo kau bang. Den kona kau dah lamo. Kau jujur tapi di mangsokan oleh UMNO jahananm tu. Sokaghang DAP dan PKR pula yang macam UMNO.

Nak selamat hanya sokong PAS. Tak do yagng lain.

mohd jan, dusun nyior.

Anonymous said...


William, let's still go for PR but minus DAP and PKR. Thanks

giorgio
JB

Anonymous said...

Dap always stand in Chinese majority areas that's their strength You cannot deny that Just like PAS will be in Malay majority areas That is the reality of Malaysia today MCA is not popular so DAP has replaced it If you want to win putrajaya that is the battle now to win as many seats as possible Maybe dap will give more non Malays positions in the party some day they will have to change they have no choice
But at this moment so near the election is not the time to complain and quibble Pakatan has to be united
Face it if they put a non Chinese is a traditional seat where dap is strong will the person win? I don't think so so one seat Is lost

Anonymous said...



Sayang, DAP yang hampir meyakinkan orang Melayu sekarang nampaknya menjadi persoalan besar oleh rakyat sekarang ini.

Anonymous said...



Ya, the Malays should go for PAS minus PKR and DAP.

kajai

Anonymous said...


Aspan,

you are above everyone who plays politics sir. Write a lot more and let us evaluate everything all over again.

So nice write up telling the plain truth.

nathan, JohorBaru

Anonymous said...

Cina tetap cina. kalau untung bagi dia dia akan pakai kalau boleh tipu , bangsa cina akan tipu sebab dah jadi ideologi cina dan hati perut cina. cina kalau tak menipu tidur malam pun dia tak lena. Cina akan takut bila satu masa keadaan genting PAS berghabung dengan UMNO. masa tu, anak dia pun sanggup dia jual. Minta maaf lah Bang rasis sikit sebab cina malaysia belum benar2 jujur dgn politik melayu. ini hakikat malaysia negara sedang membangun , mentaliti maseh ditahap negara sedang membangun.

Anonymous said...


Saudara AA, betul lah kata orang, 'the truth is always painful'.

Anonymous said...



Saya sangat teruja untuk menanti siri kedua tulisan saudara malam ini.

Afzan, Miri

Anonymous said...



cheers bro!!!

Anonymous said...


You all want peace of mind? Be in PAS!!

chin abdullah, kk

Anonymous said...


It's just normal that the good is for the good and the bad is for the bad bro.

Anonymous said...



Encik Aspan, it's fascinating article. Be yourself always. Congrats sir.

micheal sim kluang

padang jawa said...


Tulisan tuan masuk ke tulang saya tuan.

bumi-non-malay said...

Kerana PROJEK ROS - Registra of Society Macam Projek IC and EC....


Maka Semua Calun DAP akan KELUAR DAP Masuk PAS ..... MAMPUS UMNO!!!

Ini KALI LAH!!!

Rakyat Marah dan semua Perkakas UMNO akan di VSS-kan...ada yang akan singgah kat Hotel Sg Buloh.....Ini Janji. Berani Buat jijik dan jahat....Padan muka bila Semua Di Gadaffikan!!

Anonymous said...


We are led by RACIST LEADERS for decades to be racist.....what's new!

It is no surprise most people are racist with strong prejudices.


Anonymous said...



True, PAS is the party for all. let's work for it.

Anonymous said...

' bangsa cina akan tipu sebab dah jadi ideologi cina dan hati perut cina'.

This is a racist that does not accept that he/she is a racist.

With power, one can be more racist and get away with it.

Anonymous said...

Think Pak AA mention that we have to see who's in. Think is not right for us to make assumption now. For those makes racist remark, its a shame for you. In the same time I really hope DAP could break the barrier as Chinese party. I am in mid of migrate, if BN won I will pack up my stuff and leave. I really don't see any future of Malaysia other than seeing those racist statement by either politician and commentator who keep on slamming each other base on skin color.

Anonymous said...

YTM Tunku sudah berkata dalam interview di youtube: DUA tahun sebelum terjadinya 13 May 1969, ada orang sudah menjelajah untuk rancang onar itu.

Siapa dia yang YTM Tunku maksudkan??

Kini kita sedang berdepan tarikh 13 May 2013 (13/5/13) yang nampaknya tetap akan muncul dengan onar yang lebih besar.

Anonymous said...

Dan kenapa YTM Tunku dan Tun Hussein KELUAR dari umno (baru) dan meninggal DI LUAR umno (baru) yang dimiliki Mahdei???

Memang kedua2 mereka sudah TERMANGSA oleh Mahdei. DAN mereka mahu nama mereka bersih dari kerenah 13/5/13.

Mungkin??

bewox air said...

hmm...

im always be a silence reader of yr thought mr aspan.. but now.. i think i need to..

pada pendapat saya.. kita buang dulu isu rasis ni... sbb pada saya isu ni umpama si dara yg baru bernikah dgn si teruna..

buat pengetahuan sedara.. saya sering menasihatkan pasangan yg baru khawin.. 3 tahun pertama perkahwinan adalah tahun yg penuh cabaran.. dan dalam masa 3 tahun itulah yg akan membentuk peribadi keluarga yg kita bina itu.. memang dalam masa 3 tahun pertama itu kita akan memadu kasih/saling mencakar/bergaduh dan saling memahami...

selama kita hidup bujang.. kita hidup atas 'kapal' ibubapa kita.. dan sekarang kita harus bekerjasama dengan orang yg baru.. yg penuh dengan ideologi2 baru..dan sebagai sebuah perkongsian maka perlunya kita melakar satu undang2 baru yg akan di gunapakai oleh keluarga kita sendiri...

jadi kita akan bercakar pasal benda2 yg di suatu hari akan menjadi undang2 di bawah sedar.. yg mana akan menjadi rutin tanpa perlu di tanya oleh pasangan kita.. mengenai kesukaan dan kebencian kita dan pasangan.. masing2 akan tahu..

jadi perkongsian antara pakatan rakyat ini.. pada 3 tahun pertama.. jgnlah kita harap akan terus sempurna.. kerana ideologi pemimpin 2 diatas adalah berlainan..

rasis itu tidak dapat lari dari pemikiran semua kaum.. kerana selama ini kita di perintah oleh satu parti yg sememangnya rasis.. mereka menginstill fahaman rasis dalam segala urat saraf kita..

slow2lah kita buang perasaan tu..

bila masing2 sedar.. kita semua bergabung bukan kerana BANGSA..

kita BERGABUNG adalah untuk kesejahteraan ANAK CUCU CICIT kita nanti.. mungkin kita tak dapat merasakannya.. tapi.. generasi kita akan terus makmur.. tanpa parti yg rasis.

-bewoxair-

bewox air said...

hmm...

im always be a silence reader of yr thought mr aspan.. but now.. i think i need to..

pada pendapat saya.. kita buang dulu isu rasis ni... sbb pada saya isu ni umpama si dara yg baru bernikah dgn si teruna..

buat pengetahuan sedara.. saya sering menasihatkan pasangan yg baru khawin.. 3 tahun pertama perkahwinan adalah tahun yg penuh cabaran.. dan dalam masa 3 tahun itulah yg akan membentuk peribadi keluarga yg kita bina itu.. memang dalam masa 3 tahun pertama itu kita akan memadu kasih/saling mencakar/bergaduh dan saling memahami...

selama kita hidup bujang.. kita hidup atas 'kapal' ibubapa kita.. dan sekarang kita harus bekerjasama dengan orang yg baru.. yg penuh dengan ideologi2 baru..dan sebagai sebuah perkongsian maka perlunya kita melakar satu undang2 baru yg akan di gunapakai oleh keluarga kita sendiri...

jadi kita akan bercakar pasal benda2 yg di suatu hari akan menjadi undang2 di bawah sedar.. yg mana akan menjadi rutin tanpa perlu di tanya oleh pasangan kita.. mengenai kesukaan dan kebencian kita dan pasangan.. masing2 akan tahu..

jadi perkongsian antara pakatan rakyat ini.. pada 3 tahun pertama.. jgnlah kita harap akan terus sempurna.. kerana ideologi pemimpin 2 diatas adalah berlainan..

rasis itu tidak dapat lari dari pemikiran semua kaum.. kerana selama ini kita di perintah oleh satu parti yg sememangnya rasis.. mereka menginstill fahaman rasis dalam segala urat saraf kita..

slow2lah kita buang perasaan tu..

bila masing2 sedar.. kita semua bergabung bukan kerana BANGSA..

kita BERGABUNG adalah untuk kesejahteraan ANAK CUCU CICIT kita nanti.. mungkin kita tak dapat merasakannya.. tapi.. generasi kita akan terus makmur.. tanpa parti yg rasis

Anonymous said...

Keep up the good work that you are doing,and you will definitely be nominated, if not soon, than a little later. The stakes for PR are too high to take chances now. The DAP are mostly contesting in Chinese-majority areas, hence most nominees are Chinese.It would make sense for DAP to put Malays in mixed areas but these are dominated by PKR, while PAS are mostly in Malay-majority areas. Because of the election-pact, the status quo remains with minimal change. Cheers to you Pak Aspan.

bewox air said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Uban Janggut,

saya memang tak akan percaya DAP lagi kalau Tuan AA diketepikan dari menyumbang pemikiran dan perbahasan dalam perlimen atau dewan undangan negeri.

Unknown said...

saudara aspan,

ramai yang berjuang dalam politik tanpa mengharapkan apa2 dalam parti atau pilihanraya... contohnya haris ibrahim, ambiga etc...

DAP pun ada masalah tersendiri. Bukan senang puaskan semua orang.
Spesis manusia ni memang susah...

Yakinkan diri dengan perjuangan manifesto Buku Jingga. Sebagai rakyat dan penundi, kami harapkan malaysia yang lebih baik, xde rasuah, telus, adil dan .

Bukan nya orang tertentu jadi calon tertentu....

Untuk Malaysia berbilang kaum berubah sepenuhnya, perlukan 1 atau 2 generasi lagi. Sehingga tu perasaan kemelayuan, kecinaan, keindiaan akan terus menebal di kalangan orang tertentu...

Tapi tahun demi tahun, generasi muda akan lebih malaysia daripada terikut2 ras dan warna kulit....

Terima kasih saudara Aspan berkempen bagi Pakatan Rakyat...untuk perubahan positif....

Anonymous said...

Bewox air, I totally agree wid ya.

brian said...


I ve some uncomfortable feelings towards DAP of late. Noe I know all, or almost all.

Anonymous said...

Apa ni teragak2. Dah nak dekat PRU tawakkal ajer lah.

50 tahun Umno berkuasa, Malaysia jauh ketinggalan dari Singapura. Sekarang masa nya mengundi parti ABU. Tak cocok lepas 5 tahun tendang saja.

Tentu nya dalam masa 5 tahun, jangan harap perubahan yang ketara sangat. Semak itu Perlembagaan, tengok mana2 ada loophole pegi tampal.

AA cocok nya jadi think-tank. Politics not for you, you sopan walaupun kadang2 menusuk.

Anonymous said...


To all readers of this blog,

This write up is a good and strong reminder to anyone who play intrigue on racial issues.

DAP should listen after all the problems they face with the RoS. DAP is somewhat overly taking things for granted as they think they are too near to power now.

DAP segambut

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan;

Saya rasa LGE patut memperamati perkara ini. DAP masih perlu menengahkan calun Melayu dgn bilangan yg menesabah untuk menegakkan falsafah "Demokratik".Ramai orang Melayu telah boleh menerima hakikat parti "multi-racial" sangat2 diperlukan bagi menjamin Malaysia menawarkan keadaan Kompetitif dalam segala bidang.
Jika orang Melayu boleh memberi sokongan kpd calun DAP selama ini mengapa DAP masih meragui untuk menawarkan clum Melayu????

Ada yg perlu diperbetulkan....myi

Anonymous said...

Agree woth u 1000%

ahmadyani said...

Kalau satu keluarga Cina buat majlis di rumahnya dan dia jemput orang Cina sahaja sedangkan ada jirannya Melayu..itu hak dia! Orang melayu yang bodoh sahaja akan bising.

Kalau dia jemput jiran Melayu sahaja ke rumahnya dan tidak jemput jiran Cinanya yang lain...itu juga hak dia! Orang Cina yang bodoh sahaja akan bising.

Dan kalau dia jemput jiran Melayu dan Cina sama-sama ke rumahnya...pun hak dia! Orang yang bukan jirannya sahaja akan bising.

Benda ini tidak perlu dikecoh-kecohkan. Benda remeh!

Three Trees said...

Bro AA, Don't Despair,don't give up your quest for a better Malaysia,we owe it to our cucu n cicit. I hope and I am sure your party have other plans for you.Don't burn the bridges that you have built and we the non partisan admire your courage to cross the Rubicon.Keep going,bro,we are all for you.Remember,when you are appointed to an important position when PAKATAN take over,carry out your responsibility without fear or favour.Keep your cool and bide your time.With utmost sincerity n humility I hope you will face this crisis and progress from this little setback.Maybe you can harness all the positive energy and campaign for Dato'SAK.

Anonymous said...

...adakah apabila kita makan lauk CURRY...maka kita India?...
...adakah apabila kita makan YONGTAUFU...maka kita china?...
...adakah apabila kita makan BELACAN...maka kita melayu?...

...jauhi perkauman...kita rakyat Malaysia .....

dari sutan.nahu...

hkt hkt said...

Baca sejarah terperinci perjanjian Hudaibiyah antara nabi dan Quraiysh Mekah, perjanjian yg dilihat tidak adil kpd pihak islam. Ramai sahabat tidak setuju terutama Umar.. Boleh diibaratkan perjanjian dlm PR terutama antara Pas dan Dap..

akhirnya perjanjian itu bawa kemenangan kpd pihak nabi..

Jom kita baca Sejarah Hudaibiyah.. Luangkan masa utk membaca. Kalau blog AA boleh baca, tentu sejarah islam boleh baca juga.. lagipun sgt berkait rapat dgn politik negara kita. Insyaallah islam akan menang. Segala andaian serong terhadap Dap tidak akan berlaku berkat ikut sunah nabi (perjanjian Hudaibiyah).

Anonymous said...

slm semua,

jgn pening2, yg penting tak rasuah, pecah amanah, berat sebelah, yg lain no 2.
kalau seagama, sebangsa pun tp perasuah, zalim, berat sebelah apa guna?

Anonymous said...

AA, I am sure you are a man with integrity and principle. Help DAP to change. Get more Malay to join you. I am disappointed you not in the candidate list because i read your blog everyday. But importantly we need to ubah. I will join DAP after this election, hopefully AA still with DAP.

Regards,

Bryan lee

Anonymous said...

sekian lamanya say menuruti blog saudara AA...saya seakan2 terhidu kekecewaan dari olahan karangan saudara kali ini......saya tahu saudara mungkin kecewa kerana tak terpilih menjadi calun.....itu hak saudara...tapi saya sanjung perjuagan2 yg saudara lakukan sebelum ini.....saya harap kekecewaan itu tak membantut atau mengubah pendirian kita utk membenam sedalam2nyer UMNO/BN kedlm kuburan tak bernisan.....sbb mereka telah melakukan onar dlm had yg melalui batas minda kita......pastikan target ini tak hilang dari minda saudara......

budin Jiboi said...


Hendak ku indu PKR nanti Anwar jadi PM pulak. Hancur pula negara. Hendak ku undi Umno nanti Najib jadi PM dan Mat Asan jadi MB. Hancur juga.
Bukan senang nak timbang. Aku tak nak Najib dan Muhyiddin jadi PM dan tak nak Anwar juga. Apalah nasib negara ni???

Anonymous said...

Bro Aspan, have u heard Stephen R Covey, who wrote this book 7 habits of Highly Effective People ?

This Habit

HABIT 5: SEEK FIRST TO UNDERSTAND, THEN TO BE UNDERSTOOD

Communication is the most important skill in life. You spend years learning how to read and write, and years learning how to speak. But what about listening? What training have you had that enables you to listen so you really, deeply understand another human being? Probably none, right?

If you're like most people, you probably seek first to be understood; you want to get your point across. And in doing so, you may ignore the other person completely, pretend that you're listening, selectively hear only certain parts of the conversation or attentively focus on only the words being said, but miss the meaning entirely. So why does this happen? Because most people listen with the intent to reply, not to understand. You listen to yourself as you prepare in your mind what you are going to say, the questions you are going to ask, etc. You filter everything you hear through your life experiences, your frame of reference. You check what you hear against your autobiography and see how it measures up. And consequently, you decide prematurely what the other person means before he/she finishes communicating. Do any of the following sound familiar?

"Oh, I know just how you feel. I felt the same way." "I had that same thing happen to me." "Let me tell you what I did in a similar situation."

Because you so often listen autobiographically, you tend to respond in one of four ways:
Evaluating: You judge and then either agree or disagree.
Probing: You ask questions from your own frame of reference.
Advising: You give counsel, advice, and solutions to problems.
Interpreting: You analyze others' motives and behaviors based on your own experiences.

You might be saying, "Hey, now wait a minute. I'm just trying to relate to the person by drawing on my own experiences. Is that so bad?" In some situations, autobiographical responses may be appropriate, such as when another person specifically asks for help from your point of view or when there is already a very high level of trust in the relationship.

Bro Aspan, don't draw conclusions from your past experiences.
Seek first to understand.
Go and ask why ...you deserve an answer.

Anonymous said...

Saya ahli dap...masalah DAP ialah LGE & bapanya LKS yg tamak kuasa. Terbukti calon zairil di bkt bendera adalah window dressing yg indah khabar dr rupa. Krn tamakkan kuasa, LGE tidak berani terima ahli DAP Melayu yang ramai dan menidakkan soal hal mereka dlm parti. Begitu juga dgn kaum india dap. Wbgmanapun, Dap akan menjadi parti haram tdk lama lagi. Ini berlaku kerana angkara LGE tamak kuasa. Tuhan maha besar dan akan memakbulkan doa2 org yg teraniaya terutamanya ahli2 DAP Melayu veteran yg telah berjuang begitu lama bersama DAP.

Anonymous said...

These are in fact wonderful ideas in on the topic of blogging.
You have touched some nice factors here. Any way keep up wrinting.


Here is my webpage ... loadrunners

Anonymous said...

Hey I know this is off topic but I was wondering if you knew
of any widgets I could add to my blog that automatically tweet my newest twitter updates.
I've been looking for a plug-in like this for quite some time and was hoping maybe you would have some experience with something like this. Please let me know if you run into anything. I truly enjoy reading your blog and I look forward to your new updates.

Feel free to surf to my homepage: business